Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, December 30, 2013

Berkampung di KPJ Shah Alam

Assalamualaikum.

6 hari aku berkampung di KPJ Shah Alam Seksyen 20.
Afiq dah demam seminggu.
Pg klinik and doc bagi ubat demam, batuk and cairkan kahak.
Bila makan ubat, demam kebah. Then panas balik.
Berulang ulang sampai seminggu.
Hari isnin (23/12/13) get ready nak pg keje macam biasa.
Afiq nampak ok and badan tak panas macam hari hari sebelum.
Papa pergi keje awal sb nak antar Adik n abah ke Putrajaya. 
Adik ada interview untuk posting. (Tak pasti nama interview tu?
Kul 8pg masuk kereta tengok afiq macam tak larat je.
Tapi still teragak agak nak g keje ke tak.
Dah nak sampai sangat rumah pengasuh aku rasa kepala afiq.
Ya allah. Panas sangat.
Terus pusing balik rumah. Aku mesej boss inform aku el.
Kul 10 terus bawak afiq pg klinik. Klinik yg pg sebelum ni tutup.
So pg klinik lain kat jln kebun.
Ya allah doc tu cakap macam berbisik je.
Aku dgr dia ckp nebu, refer spital.
Lepas nebu sekali dia cakap bawak pergi hospital je la. Banyak sgt kahak dia ni. Takut jd infection.
Dia tanya nak gi hospital mana?
After discuss ngan hubby ikut telephone aku decide bawak pg kpj.
Kalau tak warded bayar sendiri.
Kalau kena ward insurance bayar.
Dapat je refer letter terus pg kpj.
Just 3 of us. Aku, afiqah n afiq.

Jumpa paed (Dr. Ling) checked suhu and penafasan.
Time tu suhu afiq 39.4. Penafasan sangat laju.
Bunyi sangat kuat.
Memang kena tahan la. Dignose as acute bronchiolitis.
Before that kena masukkan ubat sab n nebuliser.
Nak masuk ward memang kena tunggu gl letter dari insurance dulu.
Kalau taknak tunggu boleh tapi kena bayar deposit rm2500.
Kalau taknak bayar boleh balik dulu or tunggu kat lobby.
Tapi kalau nak balik kena dapat approval doc and bayar deposit rm400.
Nnt tak pepasal lari balik tak masuk terus. Hehehe.
Disebabkan aku datang dgn tak bawak baju n barang keperluan lain so aku minta balik and bayar deposit.
But dgn syarat dalam tempoh dua jam dah kena ada kat spital for 2nd nebuliser.
Balik packing barang, tunggu en suami saya balik & siap makan dulu baru pergi hospital balik.
Tgh kemas kemas barang, hospital called cakap insurance dah approved.
So moh la kite ke hospital.

First 2nd day afiq kena nebu setiap dua jam sekali.
Macam wrestling nak bagi dia nebu.
Kena kepit tangan kepala.
Ubat jangan cerita la.
Aku ni jenis malas nak panggil nurse tolong pegang.
Tapi berjaya jugak la.
Hari ke-3 dah start nebu tiap empat jam sekali.
Boleh la aku tidur nyenyak sikit.
Hari ke-4 hingga ke hari ke-6 kena buat fisio atau senang cakap sedut kahak.
Menjerit jerit afiq melalak.
Aku memang tak leh tengok.
Kental kental aku pon aku tak sanggup tengok anak wek wek muntah kena jolok wayar dalam mulut ngan hidung.
Hari first je aku pegang afiq.
Dua kali fisio lagi papa dia yang pegang.

Enam hari duk spital memang tepu otak aku.
Afiq pon siap nangis nangis bosan.
Aku bawak main kat playroom and pusing pusing ward.
Masuk je bilik dia dah geleng geleng kepala tak nak duk dalam baby coat.
Papa datang suh berdukung je la.

Aku duk bilik dua katil.
Kebetulan katil sebelah anak kawan en suami.
Nama amsyar juga.
Boleh la sembang sembang citer citer.
Dia masuk lewat sehari dari kitorang.
Rasanya dah keluar kot.
Nanti suh en suami kol kawan dia tanya izzul amsyar dah keluar belum.
Teringat plak kat izzul amsyar yang cute dan pemalu tu.
Orang panggil senyum tapi malu malu.

So enam hari duk hospital, kami kena bayar rm364.40.
Yang selebihnya Insurance company bayar.
Berbaloi juga la ada medical card ni.
Nanti dapat cheque utk enam hari duk ward.
Kira macam tak bayar pape la.
Boleh je nak g hospital kerajaan.
Tapi aku fikir dah ada medical card guna je la kan.
Tak guna rugi plak.

Wednesday, December 18, 2013

Menagih Cinta Kekasih Lama

Tak faham la aku kalau orang yang dah nak kawen sangat sangat ni gatal tuttt sangat gi melayan kekasih lama.
Kekasih lama plak still single but I'm not sure whether available or not.
Ok la kalau cakap just layan macam kawan biasa je pon bukan ada niat lebih lebih pon.
Tapi ayat biasa biasa dia bunyi macam frust bebenor tak dapat bersanding di pelamin indah dengan sang mantan kekasih.
Lepas tu ada la lagi ayat mengayat yang lain yang membawa maksud kalau boleh pilih u, I akan pilih u.
Adoi la! Agak agak la weh.
Lepas tu kantoi ngan tunang.
Dah jadi ribut taufan.
Tunang plak jenis tak berapa matang nak face kecurangan si tunang.
Siap cakap yang bukan bukan kat ex gf tu.
Kata yang cik abang dah choose that gurl not her.
Padahal lom bincang elok elok lagi ni.
Macam la hal nikah kawen tu hal dia berdua je kot.
Ni masalah keluarga.  Bincang la elok elok.
Ni main off telefon. Remove dari friend list fb.
Remaja sekolah sangat gaya nya ni.

Jadi kepada semua diluar sana tak kira lelaki atau perempuan,  bila dah bertunang ke dah kawen tolong la setia dan jujur dalam perhubungan.
Bila dah bertunang berkahwin, cerita dah tak jadi cerita antara korang berdua macam masa bercinta.
Tapi dah melibatkan cerita dua keluarga.
Time bercinta nak putus berapa kali pon lantak kau la kan.
Yang malu diri sendiri.
Yang nak mengadap masalah korang sendiri.
Once dah ada niat nak melangkah ke alam rumahtangga,  buang la perangai mesra alam, ramah tamah dan ayat manis utk orang ramai.
Simpan untuk bakal bini/bini or bakal laki/laki sudah.
Memang la tak salah kalau nak berkawan.
Pepatah pon cakap kawan biar seribu, bercinta biar satu.
Yang jadi masalahnya, kalau dengan kawan berlainan jantina pon bukan main lagi layanan dah macam yang seribu tu cinta hati.
Tapi yang satu tu plak tak tau plak nak dijaga hatinya..

So kalau ada sape sape yang rasa nak curang mencurang lupakan lah.
Kalau ada yang masih tak boleh lupakan cinta lama walaupun anak dah berderat, blaja blaja la MOVE ON.
Tak kemana nya nak mengingat kisah lama.
Baik la dijaga hubungan yang sekarang elok elok.
Takut yang dikendong tak dapat,  yang dipikul berciciran.
Apa pon tak dapat.

Thursday, December 5, 2013

Banjir

Assalamualaikum.

Pagi ni akak aku yang duduk di Kuantan update yg hujan dah berhenti.
Tapi macam biasa kalau hujan  stop, air deras dari hulu sungai akan start turun ke hilir. (Ye ke ayat ni.boleh la! Boleh la!)
Aku ni memang jarang sangat tengok berita or baca newspaper.
So family and kawan kawan la yang update keadaan kat sana.
Risau hati ni bila fikirkan keluarga terutama parents and in law yang duk di kuala berang terengganu.
Family members n kawan2 pon ramai yang duduk di kawasan yang terjejas dengan banjir.
Mak mertua aku and abang aku antara mangsa banjir.
Yang paling kesian mertua abg aku la.
Rumah, kereta and kilang semua tak dapat diselamatkan.
Sekarang duduk dirumah anak diorg kat indera mahkota.
Aku tak mampu nak tolong apa.
Just mampu berdoa.
Bila kawan2 yang rumah masuk air shared gambar kat fb and whatsapp group, kelu lidah ni.
Yang mampu kata suruh bersabar and berdoa semoga keadaan pulih sepenuhnya.
Alhamdullillah rumah parents aku selamat.
Sepanjang aku hidup and tinggal kat rumah tu memang tak pernah kena banjir la.
Tapi bila tgk keadaan di Kuantan dan Kemaman,  jadi risau juga.
Semua pon unexpected.
Air naik terlalu cepat.
Kawan aku tu barang semua dah naikkan atas meja tapi tetap tak selamat.
Sebab air dah naik sampai paras pinggang pagi semalam.
Hari ni aku tak pasti la macamana.
So mari la kita sama sama doakan semoga keadaan pulih seperti biasa.
And kalau kawan kawan ada maklumat untuk kita salurkan bantuan boleh komen kat sini ye

Niantara gambar yg di shared family and kawan2 kat whatsapp groupt.

Ni dekat rumah mak mertua abg aku
Ni pula gambar rumah kawan aku ekey kakat bukit mentok, kemaman

Friday, November 29, 2013

Tudung Biru Tak Cantik & Kain Pasang Cotton Silk

Pagi ni pergi kerja aku pakai shawl dari Radiusite yang triple colour tu. 
Dah lupa apa ke nama tudung tu.


Inilah tudung nya...
Saja up gambar terbaru tuan belog..
Ada purple, grey and blue colour.
Tengah duk melilit tudung ni tetiba Afiqah bersuara.

Afiqah: Mama tak cantik la tudung mama.

Terus terhenti tangan aku yang tengah duk cucuk jarum. Sentap hati mak kau ni nak bila anak cakap tak cantik. Mak kau ni dah habis perasan cantik tau dak.
Aku pon tanya dia balik.

Mama: Kenapa cakap tudung mama tak cantik.
Afiqah: Sebab BIRU la.

Ayork!! Sebab biru je pon.
Then aku tanya dia lagi.

Mama: Dah tu warna apa mama pakai cantik.
Afiqah: Pink laaaaa.

Hahaha. Anakanda ku ini very the girly la. Nampak je cam ganas. Sekali suka pink.
Mamanya plak memang kurang gemar warna pink.
Takde la tak pakai langsung pink karer. Tapi agak jarang la.

Citer pasal warna pink. Ingat plak kisah kat matrik.
Aku memang takde langsung tudung pink. Aku ni tak putih, hitam, pastu krim. Itu je la warna tudung aku.
Sengkek giler.
Bosan giler minah nama NURUL AKMA ni.
Nak wat camana. Aku kan natural beauty. Hahaha..Giler perahsan.
Sebenarnya aku ni memang minah sempoi tak pandai la nak cantik cantik sangat.
Sekali tu aku pon pinjam la tudung pink kawan aku.
Ada janji nak study kat library beramai ramai.
Roommate aku, practicum mate aku, boyfriend aku time tu and bestfrend Bf aku.
Kata ada boyfriend. Nak la kelainan sikit. Tu yang pilih pink.
Punya la lambat bersiap, semua duk tunggu aku kat library dah time tu.
So aku pergi sorang-sorang.
Masuk je library, diorang ada kat meja depan.
Semua duk pandang aku. Pastu wat muka terkejut masing-masing.
Sampai jalan pon tak betul aku bila semua duk pandang macam tengok miss universe datang library gitu.
Bila duduk terus diorang cakap, lain giler tengok aku pakai warna pink.
Berseri seri dan cantik giler (yang cantik giler tu aku tambah sendiri. Nak bagi sedap cerita)
Lepas tu tiap tiap hari aku pakai tudung pink. Hahhaa…
Ok tak..tu aku tipu. Memang takdenya aku nak pakai pink sebab orang puji.
Tetap la pakai tudung bawal putih, hitam, krim.
Kalau nak lain sikit pinjam tudung rummate kesayangan ku HUDA and SHU.
Tapi biasa tudung HUDA la jadi mangsa sebab dia je banyak tudung. SHU tu sama je ngan aku.
Warna basic sudah. Orang cantik, pakai apa pon cantik…hahaha…Ok tak kelakar.

Kembali ke cerita Afiqah.
Ni kali kedua dia cakap tudung aku tak cantik.
Dan kedua-duanya sebab warna biru je pon.
So sekarang aku dah tahu, di mata anak aku biru adalah tak cantik.
Nanti raya tak yah la buat warna biru, nanti Afiqah taknak pakai.
Raya tahun depan confirm bukan biru la.
Hehehe…
Ok la..itu je pon nak cerita.
Takde story tapi nak story jugak.

Oppss!!! Ada satu lagi story.
Pagi tadi sembang ngan adik-adik store.
Diorang tegur, kulit aku dah makin cantik sekarang.
Aku ni ada masalah jeragat yang teruk tau kat muka.
Lagi lagi time pregnantkan Afiq aku memang ignore terus rutin untuk muka.
Memang kulit teruk sangat. Pigmentasi sangat obvious.
Dalam dua tiga bulan ni baru aku start balik rutin harian untuk muka aku.
Diorang tanya aku guna produk apa yang kulit aku dah makin ok.
Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!
Aku guna.......
Safi yang warna hijau tu je pon. Yang paling murah kat watson.
Inilah produknya...
Credit to http://melacolea.wordpress.com sb amik gambar awak.

Hahaha...Then sebab muka aku ni mudah kena pigmentasi aku kenalah pakai protection yang ada SPF.
So aku choose BB cream silky girl yang harga RM15 hinggit tu je pon.

Ini BB creamnya.
Credit to https://www.vanitytrove.com 

Pigmentasi pon dah makin pudar.
Nak hilang terus mungkin susah la.
Tapi ok la, walaupun murah je produk aku guna tetap orang nampak ada perubahan.
Yippeee, I Like!!!!
Ok habis.

Iklan sikit. Kalau korang nak tengok kain sulam colour block boleh pergi ke page kami Amsyarhumaira.
Kalau nak diskaun bagitau la korang reader blog ni.
Nanti I bagi harga kasih sayang ye.




Saturday, November 23, 2013

Kain sulam manik cantik

Assalamualaikum.

To all my readers, ak baru je mulakan business kain sulam dan manik secara online dan juga offline.

Klu kawan-kawan berminat nak beli kain pasang sulam boleh la jenguk ke website ak amsyarhumairafabricshop.wordpress.com or nak update yang cepat dan terkini boleh like fb page ak Amsyarhumaira

Klu ada kawan kawan yang beli kain pasang ngan kita tapi tak tahu mana nak hantar jahit pon kita ada tailor yg boleh jahit cepat and harga berpatutan. Jahitan pon cantik dan kemas. Kita boleh bagi harga pakej kain dan jahitan yang surely klu compare ngan beli baju siap kat luar lebih murah.

Actually mula mula mcm confuse nak jual kain pasang or jahit semua kain to jadi baju ready made.  Tapi bila fikir keselesaan macam better ak jual kain and diorang boleh hantar tailor. Sure size badan sendiri.

For me tak selesa beli baju siap coz my body shape ni jenis pear. Mesti tak selesa coz klu amik size m kecik kat peha, kalau amik L baju lak kedabak.  So the best way utk dapat baju yang selesa is tempah tailor.

So we offer u kain pasang sahaja or together with tailor package.
But that one i'm still not update yet. Coz ada 3 more design yang  akan saya releasekan dalam minggu ni or minggu depan.

So check it out my website & fb page for new update.

Ni kita bagi dua tiga gambara kain yang aku jual utk tatapan korang.

If nak lbh detail boleh terus ke website or fb page ok.

Wednesday, November 20, 2013

Teaser: COMING SOON!!!Kain sulam dan manik

Assalamualaikum.

Harini nak war warkan tentang business baru saya.
Saya akan release kan kain pasang sulam dan manik sikit masa lagi.
Jom la like fb page saya (SINI)
Or visit my Ig: akmamanan
Atau jenguk website saya (SINI)

Friday, November 8, 2013

Playboy Itu Suami ku Plak Dah..

Semalam dah selamat tamat Love You Mr Arrogant.
Tapi aku sempat tengok sekerat jalan je.
Semuanya jasa Mr Arumugam aku tu la.
After lunch semalam aku Wassap dia nak ajak gi makan steamboat.
Tapi dia tak nak. Alasannya malam tu nak kayuh basikal.
Ok la. Kan 9hb ni katanya nak join program kayuhan apantah kat Shah Alam.
Disebabkan aku taknak tanggung malu sebab lakiku kayuh 1km dah pancit tu yang aku support tu.
Lepastu kena habiskan kayuhan (30km) dalam tempoh 2 jam baru berpeluang untuk dapat nombor untuk cabutan bertuah.
Lagilah aku bagi semangat suh dia berlatih tiap tiap malam.
Kalau dapat cabutan bertuah, hadiah tu aku chop dulu.
Dia kena setuju ngan syarat tu, kalau tak aku pancitkan tayar beskal dia.
Terus berangan nak join program tu. Nasib kau la bang. Wakakakakah!!!
Lagipon aku pon nak tengok LYMA aku tu.
So aku pesan suh tapaukan aku Bihun Celup (orang ganu panggil bihun sup)
Tapi sebab aku risau kemungkinan aku terlupa ke apa, aku dah rekod siap-siap.
Nasib la umah ada Astro PVR.
Tapi kalau tak rekod pon aku leh layan kat tonton.my je pon.
Banyak je kemudahan sekarang.
Tak yah nak gelabah sangat lah padahalnya.
Cuma keinginan untuk tak jadi manusia ketinggalan zaman  tu yang saja buat gelabah tu. Gedik je lebih.
Dan dalam kul 6.45p.m lakiku telefon, katanya dia dah termasuk lorong nak balik rumah.
Lupa nak singgah beli makanan aku.
So dia ajak makan kat kedai je.
Dia pon teringin nak jugak katanya.
Betul firasat aku. Memang takdenye aku dapat tengok LYMA time time tu.
Tapi kat kedai pon diorang pasang cerita tu.
So dapat la tengok walaupun dialognya macam dengar tak dengar je.
Tapi potong stim la tengok sekerat sekerat.
Balik umah lepas makan citer lom habis.
Tapi malas nak layan sebab dah rekod kan.
Lakiku pergi kayuh beskal dalam kul 9.30, aku pon layan la LYMA sorang-sorang.
Ok la. As per expected la kan.
Dah nama pon citer melayu.
Hero heroin sure la bahagiakan.
Lepas ni citer yang ganti LYMA ni pon adaptasi novel jugekkk.
Aku nak tulis novel gak ah camtu. Mana tau novel aku orang amik jadi filem teruskan?
Berangan tak nak kalah orang tua ni.
Tajuk citer tu ialah “PLAYBOY itu suamiku” plak dah.
Kenapa tajuk novel sekarang semua nak remaja je.
Dah tak romantika de amor macam zaman aku dulu.
Ombak rindu la, Kau milikku la, Cintaku di bahan pohon sakura la (ada ke novel ni? Hentam saja la. Janji bunyi jiwangkan.)
Ok ok aku paham..tu maknanya aku dah tua. Titik.
Aku terima hakikat itu. Tapi tetap nak layan jugak drama cintan cintun remaja.
So kita tengok best tak citer PIS tu nanti ye.
Kot sape ada novel PIS ni, nak let go murah-murah bagitau la.
Nak juga aku baca. Malas la nak beli baru.
Takut jadi macam novel Jodoh Itu Milik Kita.
Beria beli, sebab starting cerita macam best je.
Skali hmmm…malas nak komen. Below my expectation.
Citer tu kat astro mustika pon aku rekod je. Pastu layan time lunch hour.
Scene yang tak best aku laju-lajukan.
Banyak je aku nak komen pasal citer tu.
Tapi malas la. Naik bosan korang baca kemerepekan aku plak.
Ok la. Stop sini dulu. Next time story lagi.

Bye.

Thursday, November 7, 2013

Love You Mr Arumugam..Opps!!! Arrogant la

Korang layan tak drama kat tv3 tu?
Aku tak layan dari first episode.
Mungkin sb tak pernah baca novel tu.
So tak excited sgt la once tau dah di adaptasi ke drama bersiri.
Kalau tak silap aku start follow cerita ni masa zara sakit kaki.
Then scene tu kat kg zara ngah gaduh taknak tidur dlm kelambu.
Then ada terskip dua tiga episod.
Asyik lupa cerita ni kat tv.
Duk berebut remote ngan en laki ku itu la.
Dia suka layan food channel.
Last2 aku pon terjebak sama tgk makanan best2. Dasar laki bini pencinta makanan la katakan.
Lagi lagi time tu tunjuk burger yg macam macam style...meleleh gua cakap lu.
Terus lupa nak tgk LYMA.

Baru ni pc aku kat office rosak.
So antar format.
So sementara waktu aku guna lattop.
Pc aku xde speaker.
Tp lattop kan ada.
Time lunch aku sanggup tak kuar sb nak layan cerita tu.
Tapi aku tak tengok pon dari first episode tapi aku tengok episode yang aku terlepas sehari sebelum tu je.
Kalau tak silap time tu episode 20 kot.
Ala time si zara ngan am dah duk umah yg giler punya best.
Cantekkkk angattttt!!!!!.
Nak jugekkkkk!!!
Tunggu lakiku kaya. Insyaallah.

Tapi yg aku tak suka bila tgk citer ni kompom aku dengar ulasan dari orang tu.
Lakiku ini bukan layan cerita cerita melayu ni.
Yang dia tau citer pasal ikan, mancing, bola epl game arsenal, then food channel.
Kalau hiburan or drama dia layan ncis, leverage,  ngan the voice.
Opps!  Tertinggal satu lg citer slugtera. Kartun kat channel 617.

Back to LYMA.
kan si Zara tu duk suh am kawen kan.
Tapi am tu cam xnak.
Laki aku dah menyampah ni.
Bebel bebel dia.
Apa la pompuan ni. Laki tu nak dgr kau cakap NO je pon.
Itu pon bengap jugak.
Lepas tu dia sendiri jawab.
Dah nama cerita kan?
Kalau tak, bukan drama melayu.
Tau pon kau. Yang duk jd 2nd script writer tu dah kenapa.
Tapi yang tak tahan lepas tu tanya aku.
Kalau abg nak kawen dua ayg bagi tak.
Aku dah gelak gelak.
Aku tanya dia. Nak lempang ke nak parang.
Yg ngokngek gi tanya kak iqah.
Kak iqah nak mama baru.
Kak iqah kan sayang mama.
So dia akan jawab taknak.
Siap buat gaya tangan no no no.

Tapi disebabkan harini dah last episode,  aku memang tak leh terlepas.
Kalau tak frust sebab tak leh nak join org meroyan dalam fb.
Dulu cerita apa ntah semua duk buat status kat fb.
Sampai jd trending kat twitter semua.
So kita tgk Love you mr arrogant ni berjaya tak jd trending.
So korang yang macam aku suka layan perasaan sambil sengih sengih lepas tu nangis depan tv jangan terlepas tgk citer LYMA di tv3 jam 7mlm.
Kita tgk apa yg jadi kat si Zara tu ye walaupun aku rasa semua dah tau ending nya macamana.
Sebab mesti ramai dah baca novel tu dulu kan?
Tapi aku tak tahu sebab tak baca lagi novelnya.
So aku jd lebih suprise and excited.
Selamat menonton semua.

Tuesday, November 5, 2013

Reader's Digest Contest & My New Project is Coming Soon

Assalamualaikum.

Agak terabai blog kesayangan aku ni.
Actually i'm a little bit busy with a preparation of my new project.
Insyaallah if takde aral melintang, it will be launched in end of November or early December.
Hope you all doakan my new project kali ni successful.
Last time punya business aku buat agak kelam kabut and takde preparation langsung.
Main redah aje.
Itu yang last-last terabai my blogshop tu.
This one i gave 200% my commitment and be more prepared.
Nantikan my new project ye kawan2.
Do support me please????

Next story plak.

Last week (lupa tarikhnya)aku received satu letter atas nama Nurul Manan dan di alamtkan ke address office aku.

Atas sampul tu ada tulis READER’S DIGEST.

Ini la suratnya.
Malas nak rotate...hehehe

So aku pon buka la macam aku buka surat-surat lain.
What a surprise? Kat letter tu tulis:
Dear Nurul Manan,
Take a deep breath, this question could be worth SIX HUNDRED AND TWENTY FIVE THOUSAND RINGGIT to you:
Can You Tell when a cash prize is genuine?
Bila baca RM625,000 bulat bijik mata. Ye dak?
So aku baca la isi surat tu. Tapi tak bersungguh sangat la walaupun nilai yang dia tulis tu memang membeliakkan biji mata aku.
Ringkasnya, aku ni terpilih untuk menang cheque bernilai rm625,000 atas nama aku.
Tapi aku kena tunggu satu lagi surat bersampul kuning yang akan dihantarkan pada aku sedikit masa lagi.
Ok! Fine. Ingatkan terus bagi cheque kat aku.
So aku anggap ini adalah SCAM!!!!
Aku takde la nak google dulu pasal benda ni. Lepas pada tu aku terus lupa.

Tiba-tiba harini aku terima satu surat bersampul KUNING seperti yang dinyatakan dalam surat yang lepas.

Punya Banyak Isi Kandungan..
Memang tak la aku baca semua..
tengok yang bergambar je.

Tapi kali ni bukan main tebal lagi. Aku benda tebal ni malas sikit nak baca.
So aku pon belek la satu-satu tanpa baca dengan teliti isi kandungan surat tu.
Tapi yang menarik perhatian aku ialah gambar 3 biji kereta dan satu kotak untuk digores.
Wah! Wah! Wah!
Dah serope peraduan GORES & MENANG nampak.
Then dekat kertas yang sama ada ruang untuk kita isi maklumat CC bagi pembayaran untuk projek apa ntah.
Macam projek bagi makan kat orang kot. Kena bayar dalam rm 98.00 kot.
Kalau kita setuju untuk beli program tu kita kena masukkan macam voucher dalam sampul yang dia sediakan bersama voucher kereta yang kita menang tadi beserta maklumat pembayaran.

Ini sampul yang kita perlu masukkan segala voucher tu.
Bila kita isi and hantar its mean we agreed to join this contest la kot.
Aku ni kalau duk minta maklumat CC segala memang aku takkan ikut la. Takut wehhhh.
Terus aku curiga.

Korang mesti nak tau kan aku menang kereta apa?
Aku menang VOLVO XC60. Kelas kau mak limah oiii! Dapat VOLVO sebijik. FREE ke?

Itu dia...
Saya menang Motor...eh! silap...Kereta la...

Tapi aku ni ada rasa was was yang amat bila kata ko nak bagi hadiah VOLVO la, duit sampai ratus ribu tanpa aku keluarkan sesen pon. Opps!!keluar kan juga duit untuk beli program yang dia nyatakan tu.
Walaupun yang approach aku tu dari well known company tapi aku susah nak percaya.
So aku pon decide untuk google about this;
Key Words: READER’S DIGEST CONTEST
So keluarla macam-macam berkaitan contest ni.
Rupanya dah lama pon benda ni berleluasa.
Dan dah ramai pon yang dapat surat yang macam aku terima ni.
Jadi aku simpulkan disini (dari bacaan aku di blog blog serta komen orang yang pernah received this letter to) this is one of BUSSINESS STRATEGY yang di pilih oleh RD untuk jual produk dia.
So I don’t know whether we can called it SCAM or not.
RD gives you a choice to buy their product or not.
If you choose to buy their products so you have a chances to win the prizes they offered.
However if you do not interested to buy their products, you still have a chance to win a car yang aku dah gores tadi dengan menghantar that voucher only.
So in the future, they will send to you more letter yang akan offer more products and prizes.
Tapi yang betul betul menang hadiah tu tak pastilah ada ke tak.
Sebab setakat yang aku baca semua komen rasa tertipu. Dah beli buku la, itu la tapi habuk pon tada.
Jadi feeling aku untuk taknak percaya benda ni adalah tepat.
Aku tak kata RD ni tipu. Mungkin dah ada yang menang.
Tapi macamana nak menang tu? Of coz kena spent money ratus ribu untuk beli product dia baru chances nak menang tu lebih besar.
RD tak salah sebab dia tak paksa pon kita beli. Tapi kita yang  terpengaruh ngan hadiah yang mahal-mahal dia tawarkan so kita decide untuk beli.
Aku ni senang je. Moto aku satu je;

NAK KAYA USAHA LA MAK CIK OIII!!!! KO INGAT SENANG ORANG NAK BAGI DUIT JUTA JUTA KAT KO FREE FREE?

Main sport toto ke magnum ke mungkin la. Itu pon tetap kena keluar duit beli nombor. Tapi berkat ke weh???
So lepas ni if ada yang terima surat macam ni, kaji la sedalam dalamnya sebelum nak ikut serta.
Ye la sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian GAJI tiada guna.

Jumpa lagi di lain masa.
Assalamualaikum


Friday, October 25, 2013

Ini Cerita Benar...Seram Weh

Macam biasa aku adalah orang yang buka pintu office.
Sebab aku kan masuk jam 8.
Orang admin & marketing semua masuk jam 8.30.
That day aku dah siap sarapan kat rumah ngan en suami dan anak-anak.
so aku masuk office awal la dari biasa.
Sebab bosan aku pon duk la berselfie sorang-sorang depan pc.
Aku tak view balik gambar yang aku amik tu.
Tapi tadi lepas lunch aku buhsan.
Aku pon tengok balik gambar-gambar dalam gallery phone aku ni.
Ada satu gambar tu pelik sikit.
Macam ada bayang kat kawasan pipi aku.
Aku pon perati la....
Ya allah.. Berderau darah naik ke muka.
Jantung dah kencang ni.
Kembang kuncup kepala aku rasa.
Nak menangis weh...
Ada bayang orang rambut panjang...
aduh...nak tulis ni pon rasa takut...
aku taknak share gambar tu...
cukup aku, opismate aku and husband aku je yang tengok gambar tu.
aku akan delete gambar tu dari phone.
Aku cakap benar sebenar benarnya.
Memang tak kuasa aku nak buat cerita bodoh seram macam ni.
Saja kut makhluk Allah yang satu tu nak bergurau ngan aku.
Peringatan untuk aku kot.
sebab aku kan suka baca cerita-cerita seram kat forum.
Aku rasa hari yang sama gambar tu diambil, aku cerita ngan opismate aku pasal hotel berhantu.
Then one of my opismate tu cakap ada husband and wife ni pergi bercuti.
Husband dia snap picture banyak-banyak.
skali makhluk Allah tu menunjukkan diri dia.
Aku pon cakap kat opismate aku yang aku taknak terbuka hijab.
taknak sangat.
tapi mungkin saja dia nak kacau aku.
Tapi husband aku cakap kita bersangka baikla.
Kamera telephone aku kotor.
tu yang ada bayang macam tu.
Ok la...aku pon nak sedapkan hati aku juga.
aku setuju dengan pendapat dia.
Lepas ni aku dah taknak berselfie sorang-sorang lagi.
Takut weh. 
aku tak kuat.
Tadi pon aku dah tak tahu kencang mana dada aku berdegup.
Mintak dijauhkan la jadi lagi.
So korang nak percaya, silakan.
Taknak percaya pon silakan. 

Yang pasti aku Tatutttttttt Angatttttttttttttttt!!!!

Wednesday, October 23, 2013

Diet: Dah Seminggu Apa Hasilnya?

Assalamualaikum

Poyo sangat bunyi diet tu.
Padahal celah mana diet pon aku tak tahu.
Hahahaha.
Diet aku ni ikut sedap rasa aku je.
Mula aku ingat nak diet atkins.
Means x amik carb or sugar langsung.
Tapi ntah la.
Aku tak kuat semangat.
So aku buat la diet style aku.
Aku still take carb but in small portion la compared before aku start diet.
Aku stop minum ice ice baby.
Then banyakkan minum air putih (air masak)
Air manis aku masih cuba untuk tak amik.
Tapi godaan nescafe kat opis ni kuat sangat.
So untuk puaskan nafsu aku, aku buat juga.
Tapi aku minum sikit je.
Bagi rasa. Yang lebih aku buang.
(Pembaziran amalan syaitonnirrojjim. Jangan ikut.)
Yang paling aku kecewa sikit ialah untuk tak amik carb time makan malam.
Tak berjaya weh.
Yang ni aku nak salahkan laki aku.
Aku baru nak call dia cakap aku taknak makan berat kalau malam.
Skali dia call aku dulu cakap dia nak makan bubur.
Aku ni benda takde depan mata takpe.
Bila dah depan mata susah nak tolak weh.
Lagi lagi time suap anakanda ku berdua tu.
Sesuap diorang dua suap aku. Hahaha.
Dah tu acaner????
Semalam aku buat spaghetti.
Lakiku kata dia tak makan lagi tghr.
Aku taknak makan sebenarnya.
Aku dah siap grill ayam khas untuk aku.
Sekali dia lambat sampai.
Aku ni dah bosan tunggu last last termakan juga sikit spaghetti. 
Yang ni pon aku nak salahkan laki aku sebab balik lambat.
(Padahal aku yang takleh tahan nafsu makan)
Sepanjang seminggu diet ni, dah empat hari straight aku tak amik nasi.
So aku pon timbang la berat aku pagi tadi.
Dengan harapan yang menggunung.
Sekali kecewa.
Sekilo pon tak berganjak.
Hampeh sungguh.
Dua hari awal tu aku still makan nasi.
Turun juga 500g.
Ini yilek perenggek dari last aku timbang.
Geramnya aku.
Nampaknya badan aku ni perlukan nasi untuk bakar lemak la aku rasa.
Tapi aku kena control la portion nasi tu.
Walaupun tak de pengurangan dalam berat tapi aku leh rasa ada pengurangan inci diperut aku.
Sebab dah kurang buncit dari sebelum diet.
Seluar pon dah rasa loose sikit.
(Ye ke ni? Ntah perasaan aku ni nak psyko diri)
Ada satu benda je lagi yang aku belum start buat balik.
Iaitu aerobic.
Sebelum raya dulu rajin aerobic.
Seminggu kadang dua kali.
Tapi lepas tu aku dah start malas.
Hahaha.
So lepas ni nak tak nak kena nekad untuk start balik.
Aku nak cycling ngan laki aku time weekend memang xdapat la.
Afiqah ngan afiq nak letak manakan.
Lagipon tayar beskal aku dah xde satu sebab laki aku tukar tayar tu letak kat beskal dia.
(Tayar dia pecah).
Aku kena bertabah menahan nafsu makan dalam diri aku ni.
Penat weh tahan sebab bila diet ni la banyak godaan mendatang.
Sadis sangat rasa.
Tengok next week ada turun tak berat aku.
Kalau xde juga aku kena fikir cara lain la yang lebih extreme.
Tapi yang sihat dan tak bagi bad effect kat badan sendiri la.
Doakan diri ini berjaya ye.

Wassalam.

Friday, October 18, 2013

Nak Gemuk Senang Nak Kurus???

Aku tension la.
Nape la bila nak gemuk sangat la senang dan menyedapkan.
Nape bila nak kurus tak macam tu?
Nak naik sekilogram dua hari pon dah boleh.
Tapi nak turunkan sekilogram seminggu pon susah.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Jeles dengan orang yang melantak macam bela hantu.
Tapi badan sekeping aje.
Anak dah sepuluh tapi badan maintain lagu tu je.
Apakan daya aku tidak dilahirkan begitu.
Terima la hakikat yang aku kena usaha lebih kalau nak slim melim.
Tapi biasa la aku ni.
Baru turun 2 3 kilo dah puas hati.
Lepas tu lupa nak control makan.
Bila orang cakap aku gemuk tau sentap.
Baru terhegeh hegeh nak diet balik.
Lepas tu tak tahan salahkan nasi sebab nasi aku jadi gemuk.
Padahal sendiri mentekedarah macam bela hantu tak sedar.
Hahaha.

Apakah sebenarnya motif entry ni?
Aku pon tak tahu.
Meluahkan perasaan tension sebab balik dari kampung baru ni berat dah naik lagi sekilo.
Bermula harini aku akan berdiet secara sihat.
Nasi tetap makan.
Tak mampu la nak diet style atkins tu.
Sebab aku takut aku yg parkinson.
Lagipon aku tak kuat untuk tgglkan nasi yg dah sebati menjadi darah daging aku selama 28tahun aku dimuka bumi ini.
Walaupun orang kata seksa dua minggu je tak makan nasi.
Lepas tu perut dah biasa. Tak denya  heran kalau nampak nasi.
Siap rasa nak muntah bila telan nasi.
Ntahla aku tak sanggup.
Sayang sangat aku ngan nasi tu.
Sebab aku sayang nak berpisah ngan nasi jadinya aku nekad nak clash dengan ABG ICE.
Insyaallah tanpa dia aku masih mampu tersenyum.
So kita tengok aku berjaya ke tak.
Aku akan melaporkan disini samaada diet style AKMA berjaya ke tak.
Doakan aku. Hahaha

Thursday, October 17, 2013

Berkorban di Hari Raya

Assalamualaikum.
Selamat hari raya Aidiladha.  Nak juga walaupun lambat.
Seperti biasa aku akan balik kampung.
Sebab cuti jatuh hari selasa so aku amik leave hari isnin n rabu.
Ok la 5hari lepak kampung.
Semalam bertolak balik, lega tak jam kat bentong.
Tapi kat jerangau jabor agak slow.
So kami bosan kereta gerak macam siput, kami decided lalu ikut cukai.
Sempat la berhenti makan satar kat Geliga.
Hari Isnin lepas, our wedding anniversary (ikut islamic calendar)
Takde celebration pon.
Masing masing buat bodoh macam xde pape.
Just cakap eh! Harini dah 4tahun kita kawen?
Lakiku plak kata yeke? Bukan kita kawen bulan 11 ke.
Memang la. Tapi tu ikut kalendar omputih.
Ni ikut kalendar islam.
Ok fine...lupa la tu.
Tapi malas nak sentap sebab dah kenal lakiku macamana.
Klu dulu mungkin sedih la.
Tapi sekarang aku dah tak heran.
Lantak la igt ke tak.
Kalau dia tak ingat aku ingatkan.
Klu aku nak hadiah aku minta.
Xyah cakap tersirat tersurat ni. Dia memang tak paham.
Terus je straight to the point.
Abg ayang nak beli rantai emas seutas dua. Hahaha.
So raya haji ritu kami buat aqiqah utk afiq amsyar.
Buat kat kg mak aku.
Kiranya tahun ni kami raya di kg kg.
Buat makan jemput org kg sana je.
Asal nak buat kat umah parents aku je.
Tapi Kat perumahan parents aku dah ada juga yg buat majlis.
So dah bertembung.
Tanya FIL kot boleh buat kat kg dia.
Pon tak dapat atas sebab yg sama.
Sebab aqiqah kali ni kakak aku pon buat utk anak dia.
So mak aku kata buat kat kg dia je la.
I ok je. Tapi sentap sikit la sb time aku nak buat kata tak boleh suh tanya FIL kot boleh buatkan.
Skali bila kakak aku nak buat juga terus boleh la plak.
Nampak sangat aku ni anak angkat. (Ni ayat sentap.bukan betul betul)Hahaha.
So selesai sudah mjls aqiqah afiq amsyar time raya haji baru ni.
Memang mjls simple jemput orang mkn je.
Lepas asar buat majlis tahlil.
Aku memang tak up to date macam org sekarang berbuai berendoi semua.
Cukup stakat majlis sederhana.
Yang penting happy happy. Sudey.
Gambar majlis pon xde.
Tapi gambar laki aku lapah daging lembu ada la.
Semalam lama sgt dlm kereta, badan dah penat sangat.
Pagini dua beradik tu demam.
Kakak dari semalam lg nampak tak larat.
Muntah kat RnR sekali.
Lepas tu sampai umah ready nak mandi muntah lg sekali.
Adik bangun pagi rasa badan panas la plak.
Demam juga dia. Patot la semalam tidur tak lena.
Mintak tak larat la.
Ok la. Itu je cerita raya haji aku tahun 2013.
Bye semua.
Ini hero saya.
Bukan nak puji, tapi itu hakikat.
Kalau xde dia, memang kesian la mie ngan abah aku.
Katanya dia pwincess..
Tapi hari tu asyik melalak je.
Mood tak elok la tu.
tak pon berebut mainan ngan sepupu dia.
Tuan blog n budak masyam belum mandi.

Thursday, October 10, 2013

Jam 1 Pagi

Update blog dipagi hari.
Begini la kehidupan aku semenjak ada Afiq Amsyar. 
Bila waktu tidur dia, aku pon bantai tidur sama.
Then tengah malam sure jaga sebab dia nak susu.
Bila dah jaga ni, nak boleh lelap balik payah weh.
Nanti bila aku baru nak lelap, aih kak iqah plak mintak milk-milk.
Biasa kalau aku ngantuk sangat aku suh dia tidur je.
Ngan kepala weng cakap bagi mama masa 5 minit.
Nanti mama buat milk-milk kakak.
Biasa dia akan tidur balik.
Lupa terus pasal tu.
Kalau nasib tak baik, dia lapar sangat kot, dengar la bunyi minta milk-milk lagi skali.
Time tu bangun juga la walaupun ngantuk.
Kul 5 lebih lebih nanti adalah orang duk main atas aku.
Lompat lompat suh bangun.
Tak pon dia nak lompat dari katil nak keluar dari bilik.
Siapa lagi kalau bukan Mat Afiq la.
Tiap2 hari memang dia bangun kul 5 lebih.
Dia yak yak.
Kalau nasib aku baik, lepas basuhkan yak yak dia still ngantuk, bagi susu terus tido balik.
Tapi untuk jadi macam tu sangat jarang la.
Sb kalau dia dah starf jaga maknanya sampai ke rumah BS la dia jaga.
Untuk elak jatuh katil, aku bawak dia duk living room.
Biasa aku biarkan je dia.
Aku sambubv tidur.
Dia main kat sekeliling aku je.
Tak lari jauh.
Lagi satu kena bawak keluar.
Sebab kalau tak dia akan pergi kacau kakak dia tidur.
Kalau time tu kakak minum milk-milk dia rampas botol kakak.
Tapi feveret tarik rambut kakak la.
Kalau kakak ngantuk sangat dia lari jauh dari adij then sambung tidur.
Kalau tak dengan dia dia bangun skali.
Memang masak la mama ngan papa time tu.
Sb pagi buta mintak buka upin ipin kat tv.
Tak kat tv buka hp mama.
Ni dah dua hari aku bangun tengah malan layan baca novel.
Tadi baru habis baca satu novel.
Punya la lama nak boleh habiskan satu novel.
Kalau dulu semalaman dah khatam.
(Kalau baca quran macam tu kan bagus)
Lupa nak cerita, last week aku pergi jualan gudang karangkraft kat seksyen 15 tu.
Memang tgk orang lain menggila borong novel.
Sb offer diorang memang berbaloi baloi.
Tapi apakan daya aku duit kurang.
Lagipon aku aim nak beli latest novel Ramlee Awang Mursyid (RAM).
Kalau korang pernah baca entry lama aku tau la aku ni memang peminat RAM ni.
So far aku ada buat collection novel dia.
Bila tau dia keluar novel baru nemang tak tunggu lama la.
Aku igt nak beli kat mph or popular je weekend tu.
Tapi dah rezeki plak karangkraft buat jualan gudang memang tak lepas la.
Dapat la 30% diskaun even for new novel.
Aku just beli 3 novel, 2 buku resepi and 2 buku kakak.
Novel yg aku beli magis (RAM), Adam dan Hawa 2 & rindu awak 200%.
Aku start with novel yg ringan2 dulu (rindu awak 200%)
But per expected jalan cerita dah boleh jangka and ending dia pon dah tau walaupun tak baca yang last page dulu (biasa aku buat camtu la)
For me just nice to read.
Tengok la klu rajin boleh la buat novel review.
Ni tadi igt nak start baca novel Magis tu.
Tapi bila aku start baca prolog aku dah tau aku tak leh mula lagi.
If aku start baca jawabnya pagi esok aku jdi panda.
Sebab kalau aku tinggal novel ni separuh jalan, sure otak aku tak leh rest betul2 even aku dah tidur.
Asyik duk teringat segala watak dalam novel plak.
Esok pagi bangun kepala pening.
Mula la habis orang aku nak marah.
Afiq Bangun awal pon aku marah. Hahaha.
Jadi baik aku tunggh sampai betul betul ready.
Aku memang takleh wat benda separuh jalan.
Nnt otak aku tak tidur walaupun mata dah pejam.
Kuat berfikir benda tak berfaedah aku ni.
Okla dah ngantuk plak rasanya.
Baik aku tidur sebelum anakanda aku bangun.
Ok la semua gud nite.
Sweet dreams.
Ini je yang aku beli...Dah baca Rindu awak 200%..
Oklah...boleh di baca but still kisah tentang kahwin paksa.
Dari benci jadi sayang.
Kira dah boleh jangka what will happen next, next and next.
Nanti ada masa aku review bout novel yang aku beli ni ye.
Ahmad Afiq Amsyar yang very the manja...
nak berkepit ngan mama je...
aktif sangat-sangat orang nya..
lepas tu terlebih berani...
Kerja nak memanjat je.lepas tu berlagak lepas tangan.
walaupun dah berkali-kali terlentang, terlungkup, kepala benjol, mulut berdarah tapi tak pernah serik...
Cepat-cepat la afiq boleh jalan..
Ini budak cerdik ni..
Nurul Afiqah Humaira yang chicky, yang manja, yang cergas dan yang kuat makan.
Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi dia senang pujuk..
kalau permintaan dia kita tak tunaikan, tak pernah nak mengamuk nangis-nangis...
senang compromi ngan kakak iqah ni.
Kalau ngan adik ikut angin..kadang ya allah baik bukan main..
bergurau bergelak ketawa sama-sama siap nyanyi untuk adik..
tapi kalau datang angin kuskus, tak bersebab dia pegi gigit adik...
Biasa la, belum berakal...
Ngan dia mama marah memang tak jalan...kena pujuk cakap elok elok...
Kalau mama marah, dia jawab balik kat mama "ITU PON NAK MARAH"
Dari marah pon boleh reda... Anak oh Anak..

Tuesday, October 1, 2013

Anbebe baby seat with playtray


THE  HOTTEST PRODUCTS IN JAPAN IS FINALLY HERE IN MALAYSIA
20% OFF! Anbebe Baby Seat with Playtray + FREE Delivery within Peninsular Malaysia @ RM159.90 instead of RM199.90
The Best price in Malaysia.

Highlights

- With this deal, you’ll get:
  o Anbebe Baby Seat with Playtray
  o FREE delivery within Peninsular Malaysia
- Price: RM159.90 instead of RM199.90
- Made of lightweight and easy to care material.
- Portable and convenient to use.
- Recommended age: 3 or 4 months and above.

- Colour Availability
• Pink Seat with Ivory Tray
• NEW Blue Seat with Yellow Tray

Anbebe Baby Seat features a unique design that allows your baby to sit unassisted, supported safely and comfortably. It enables your child to sit upright and observe the world around them confidently while also acting as an ‘extra set of hands’ for parents. Designed according to your child’s posture, this baby seat can be placed on flat surface and promotes interaction between carer and the baby at all times.


The Play Tray is attached to the Baby Seat and allows your child to keep their toys within arms reach. This Play Tray will help your child to sit longer in the Baby Seat because they are occupied and will allow them to have their food and drink within reach while they enjoy sitting up and watching the world around them.

NEW BLUE COLOR WITH YELLOW TRAY

PINK WITH WHITE TRAY

If you interested with this product, just email me at akmamanan85@gmail.com to place your order.

or also can visit my page at fb KLIK SINI

Hurry up, While stock Last!!!

Monday, September 30, 2013

Pening Fikir

Harini aku rasa down sangat.
Tadi BS anak2 ku mesej cakap dah tak sanggup nak jaga Afiq.
Dia cakap Afiq asyik nangis aje.
Nangis sampai dia takleh gerak.
Nak wat kerja pon tak leh.

Kat rumah yes Afiq memang la nangis.
Tipu la aku kalau cakap dia tak nangis langsung.
Nak kata asyik nak berkepit ngan kena dukung je bila kat rumah, memang tak.
Kalau aku buat kerja kat dapur, dia biasa ok je.
Main, merangkak sana sini, tengok tv.
Kalau lama sangat aku takde baru dia mencari.
Biasa kalau ada benda kat tangan untuk dia main, dia kenyang, tak ngantuk dia ok je.
So aku tak tahu kalau BS cakap Afiq asyik nangis je.
Macam nangis sepanjang masa.
Sampai takde satu masa pon dia tak nangis.
Nangis nangis nangis.
Skang aku plak nak nangis.

Aku dah tak tahu cara apa nak bagi dia tak nangis kat rumah BS tu.
Marah dia pon bukan dia paham.
Kalau dia nak nangis,  tetap dia nangis juga.
What to expect from bb 9months old.
Ada budak memang senang nak jaga.
Ada yang agak susah.
Untuk aku Afiq kat rumah memang senang aku nak jaga.
Sebab dia anak aku.
Aku boleh sabar sebab dia anak aku.
Tapi bila orang lain, it is different.
Nangis sikit pon dia akan kata banyak.
Walaupun hakikatnya anak dia pon sama juga.
Tapi tu sebab anak dia.
Tetap akan berbeza rasa sayang dan perhatian yang akan dia bagi.
But its ok. Aku paham.
If aku kat tempat dia pon, aku mungkin rasa yang sama.
Aku takde nak marah ke apa kat BS aku tu.
Cuma mungkin rasa sikit sedih dan terkilan.
Dia pon dah banyak tolong aku.
Sekarang dia rasa dia tak mampu and aku tak leh salahkan dia.
Aku memang tak pujuk dia langsung untuk terus jaga anak2 aku.
Aku just minta dia sabar sementara aku cari pengganti.

Tadi try tanya kawan yang duk jalan kebun juga.
So balik nanti nak pergi jumpa sorang akak yg jaga budak juga.
Tapi dia dah jaga budak lain.
Takpe aku pergi tgk dulu macamana.
Kalau ok, boleh fikir for the next step.
If tak kena try cari orang lain la.
Hmmm...

Aku ada niat nak berhenti kerja tapi aku tak yakin boleh survive dengan gaji laki aku je.
Kecuali aku ada income lain ok la.
But now aku tak tahu nak start dari mana.
Nak buat apa pon aku tak tahu.
I have to do something.
But aku tak tahu apa yang aku perlu buat.
Waaaaa......

Thursday, September 26, 2013

Afiqah Dah Nak Sekolah Tahun Depan

Insyaallah next year Afiqah akan start blaja kat kindergarten.
Ada yang cakap to early kot antar dia masuk tadika.
Entah la. Aku pon tak tahu.
Sebab kita tak tahu pilihan kita tu baik atau buruk.
Hanya Dia yang tahu.
Kita hanya pilih yang kita rasa baik dan seterusnya tawakal dan doa semoga pilihan kita adalah betul.
Kalau pilihan kita tu tak seperti yang kita harapkan, cuba betulkan and if still tak berjaya redhakan la.

Bila tanya Afiqah dia nak pergi sekolah tak.
Kalau sekolah teacher yana (taska lama dia) dia taknak tapi kalau sekolah macam abg long ngan abg syam (anak BS) dia nak.
Siap suh mama belikan baju sekolah lagi.
Tapi tak tahu la kalau dah betul betul pergi sekolah dia ok ke tak ok.
Minta minta ok la.
Lagipon dia akan pergi tadika sesi pagi.
Dari 8.30 sampai 11.30.
Pagi aku akan antar dan tengahari aku akan amik.
Tak confident nak bagi dia naik van.
Dengan style dia yang blur macam aku bertambah la aku tak percaya.
Nanti nak kena slow talk dengan boss nak keluar awal lunch hour untuk next year.
(This is another reason why aku tak bersungguh untuk tukar kerja)
Once dah nampak dia ok.
Dah nampak berani sikit baru aku fikirkan untuk dia balik dengan van.
Selagi aku kerja kat sini, Insyaallah takde hal la nak antar amik dia.

Berdebar plak bila fikirkan.
Hahaha.
Paling aku takut dia buat menangis meraung tak nak gi tadika.
Sekarang boleh la pujuk pujuk.
Bila dah makin besar akal makin banyak, ntah apa perangai plak dia buat kalau dia taknak.
Baiklah malas nak fikir lagi.
Kita tengok je apa jadi tahun depan
Hehehe

Tuesday, September 24, 2013

My Breastfeeding Story: Tuhan Tarik Rezeki Macam Macam Cara

Impian aku nak susukan afiq amsyar sampai umur dua tahun.
Alhamdullillah, aku tak pernah hadapi masalah susu kurang.
Walaupun kadang kadang jadual pam tak consistent tapi susu tetap ada.
Even masa awal awal masuk kerja aku tak kumpul stok dari awal pantang macam orang lain.
Yes! Dari segi tu rezeki aku memang murah.
Tapi mungkin tuhan nak uji aku atau mungkin  ada mana mana silap aku yang aku tak nampak.
Tuhan tarik nikmat menyusu dari aku.
Aku kuatkan hati untuk tak mengalah.
Mintak tuhan mudahkan jalan aku.
Tapi ternyata setakat 7bulan je rezeki aku menyusukan afiq amsyar secara penuh.
After that afiq dah on FM.

Mesti korang pelikkan. Susu ada tapi tak susukan.
Ceritanya bermula masa afiq nursing strike masa umur 3bulan lebih.
Dia rejected untuk direct feed.
But if tengah tido mamai sumbat cik N dia hisap lagi.
Tapi bila dia makin selesa ngan botol, dia dah start totally rejected DF.
Kalau tak silap masa tu dia umur 4bulan lebih or 5bulan camtu.
Aku siap nak merajuk ngan afiq bila dia macamtu.
Tapi pujuk hati jangan kecik hati ngan anak.
Ni saja dia nak uji aku.
So tiap malam bangun pam susu then masukkan dalam botol.

Everyday aku bekalkan dua bottle fresh bm, yang chill dua botol (pam sehari sebelum) and thawed milk (yang beku di cairkan) dua botol.
Lepas kes taknak df, afiq start buat perangai taknak minum susu yg dicairkan tu.
Dia just minum yg fresh milk ngan yang sehari sebelum punya susu je.
Jadi aku memang pam hari ni untuk guna esok.
Alhamdullillah memang aku takde masalah untuk memenuhi demand afiq.
Tapi kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Masa umur dia 6bulan, dia start rejected susu yg dah masuk dalam peti.
Hanya yang fresh sahaja dia nak.
Kalau dia minum pon just minum utk hilang dahaga.
Dah la blom start makan.
Babysitter dah kesian dia tak minum.
Pastu asyik nangis.
Minta campur ngan FM.
Tapi time tu aku still keraskan hati taknak bagi FM.
Tetap bawak BM je ke rumah dia.
Dia memang ada bersungut cakap afiq asyik nangis lapar kesian dia.
Tapi aku pekakkan telinga.
Kejamkan aku sebab nak mencapai misi aku.
Kat rumah aku paksa juga afiq minum yang chilled.
Bila dia nak susu aku bagi je yang chilled.
Sebab nak ajar bg dia ok balik.
Memang tak pernah habis la.
Kalau yang fresh  dia akan habiskan.
Tapi macamana aku nak bagi yang fresh je.
Nak taknak mmg tetap kena minum yg chilled.
Lepas story ngan en suami, dia mmg ikut je mana aku nak.
Aku yang decide.
Last sebab kesian ngan afiq ngan BS, aku pon beli la FM.
Time ni dia 6bulan lebih.
kira siang kat BS pagi dua botol yang fresh aku bekalkan. Then bila dah habis minum FM.
Tapi bila dah kenal FM, slowly dia tolak BM.

Memang aku merajuk gak ngan afiq cakap sampai hati afiq buat mama macam ni.
Mama punya la semangat nak susukan afiq tapi afiq tak bagi kerja sama.
Tapi bila fikirkan balik, bodohnya nak salahkan anak kecik yang tak tahu apa apa.
Macam aku lupa pada qada dan qadar Allah.
Bila fikir balik ni cara cara allah tarik one of rezeki yang dia bagi pada aku.
Mungkin balasan untuk aku atas kesilapan aku.
Dia tak redha dengan  apa yang aku buat.
Balasan untuk aku yang Terlupa untuk bersyukur pada Dia.
Mungkin ada selama aku ada ilmu tentang breastfeeding then aku teriak n takbur.
Dia tak tarik dengan mengurangkan susu yang mengalir keluar dari tubuh badan aku, tapi tarik dengan cara lain.

Aku memang sedih.
Mungkin kalau ada yang baca salahkan aku sebab surrender awal.
It's ok.
I'm trying to do everything yang orang ajar if baby rejected utk directfeed.
Tapi tak berjaya.
Sebagai ibu for sure I want the best for my child.
And I know susu ibu is the best milk ever.
Aku memang support penyususan susu ibu.
Tapi aku tak berjaya.
So what should I do?
Merintih meratap menyalahkan takdir tuhan hanya sebab aku tak berjaya macam orang lain.
I will never do that.
Life must go on.
And aku still share apa yang aku tahu tentang susu ibu.
Tak bermakna kau tak berjaya kau tak leh sebar ilmu.
Cuma nasihat aku satu je, kalau kita ada banyak susu jangan kata orang yang kurang susu tak berusaha.
Mungkin usaha dia lebih dari apa yang kita usaha tu.
Tapi jalan dia lebih sukar dari dia.
Kalau kita ada ilmu dan berjaya jangan kita riak atau bangga diri.
Kalau tuhan nak tarik anytime dia boleh tarik.
Apa apa pon, untuk yang sedang menyusukan, semoga anda berjaya dengan misi anda.
Usaha selagi mampu. Tawakal dan doa pada yang Esa. Seterusnya redha dengan segala ketentuan.
Me? I will try for the next one.
Pray for me.

Monday, September 23, 2013

Sesuai Sangat Untuk Orang Kurang Rajin Macam Aku

Itu dia panjang berjela tajuk kita pagi ni.

Alkisahnya, aku ni memang jenis basuh baju seminggu sekali.
Maksudnya, kumpul semua dalam bakul, weekend kita basuh semua skali.
Kalau tiap tiap hari basuh memang boleh, tapi aku ada dua reason kenapa aku tak basuh hari hari.

1. Penjimatan air dan letrik.
2. Kurang kerajinan. Sebab basuh memang senang. Nak jemur ngan lipat tu yang ambik masa.

So baiklah kita kasi kumpul then basuh weekend.
Isu baju takde lom basuh memang tak berlaku la.
Sebab baju yang ada rasanya boleh je pakai straight sebulan. 
Lagi lagi baju laki aku.
Baju banyak tapi aku tengok baju yang aku basuh tiap minggu tu juga la dia ulang pakai.
Tak paham aku.

Back to the topic.
Last  two week aku punya penyepit baju patah.
Sebab jemur baju time kerja punya pasal la.
Pastu tghr hujan.
Jemur tempat terbuka. Habis basah baju.
Dah berat terlampau habis patah dua penyepit baju tu.
Jadi bila nak jemur baju anakanda agak susah la.
Nak pergi beli, asyik bertangguh n lupa. Alasan.
Dengan cuaca yang tak berapa menentu.
Malam sabtu tu Konpiden laki aku suh basuh toto dalam mesin kat rumah.
Memang la muat bila masukkan.
Aku letak sabun n softener then aku biar.
Yang aku tau pagi ahad aku keluarkan rupa macam tu jugak.
Bau pon tetap hancing.  Afiqah terkencing atas toto.
Laki aku suh aku basuh tangan.
Tapi aku kan kekurangan kerajinan.
Aku pon ajak dia pergi kat dobi self service kat kota kemuning.
Yang overnya aku, asal nak basuh toto je.
Skali aku suh bawak juga baju baju yang baru keluar dari mesin basuh.
Kasi kering kat sana je.
Tengok la dasar orang rajin macam aku.

Basuh baju kat sana rm7.00 (14kg).
Untuk 9kg pon ada. Tapi aku malas nak g check berapa ringgit sekali cuci.
For drier plak rm4.
Memang la kena keluar duit sikit.
Tapi sangat memudahkan keje aku.
Tak yah tunggu lama lama nak bagi kering baju.
Sejam semua skali siap.
Sebab kerja dah mudah, balik rumah terus aku lipat baju.
Tengok, betapa bagus ada perkhidmatan macam ni.
Aku yang tak berapa rajin lipat baju pon jadi rajin.
Lagi best kalau ada mesin lipat baju juga.
Hahaha. Tapi yang tu pergi antar dobi je la.
Siap boleh suh ironkan lagi.
Yang penting sedia la duit.
So lepas ni memang aku pergi sana je la.
Basuh baju siap siap kat rumah, bawak pergi keringkan je.
Lagipon kesegaran baju dapat dikekalkan.
I like.
Tapi ni untuk orang yang kurang rajin macam aku boleh la.
Yang rajin tu tak yah la.
Simpan duit tu.
Kalau nanti duit tak cukup bising plak.
Aku tak bising. Aku marah dalam hati je.
Hahaha.

Friday, September 20, 2013

Sembang kosong

Afiq skg dah boleh duduk sendiri.
Jadi bila gi makan, aku letak je dia dalam baby seat.
Bg tudung botol.
Ketuk la ko sampai puas.
So aku leh makan dengan amannya.
Tapi bila dia dah start bosan.
Mula la drama air mata.
Sambil mulut mammamama.
Tengok mama ngan  muka sedih.
Biasa klu aku dah habis makan angkat la.
Kalau tak suh je kakak wat lawak depan adik.
Ok la kejap.
Klu dah bosan panggil mama lagi.
Dah la sekarang batuk selsema.
Dah lama dia batuk.
Kejap ok then batuk balik.
Biasa bawak pg klinik kat area rumah je.
Kali ni dengar nafas dia bunyi pelik sikit.
Terus bawak dia pergi jumpa paed.
Ada bunyi la and banyak kahak.
But bukan asthma.
Doc bg ubat utk kahak and legakan penafasan dia.

Btw, next year Insyaallah Afiqah akan start tadika.
Hopefully dia ok la.
Tapi risau gak takut dia bosan kena belajar je.
Dah la dia tu susah nak jangka.
Time ok, suruh je buat apa dia buat.
Kalau time dia malas. Marah pon dia buat tak tahu.
Tapi dia paling takut kalau aku cakap nak antar dia pergi taska.
Melalak dia taknak. Terus buat apa yg aku suruh.
Allergic betul dia dengan orang nama yana. (Teacher kat taska nama yana)
Terus nak nangis kalau dengar aku sebut yana.
Padahal aku bukan cerita pasal teacher dia tu pon.
Betapa terkesannya dia sampai dah berbulan bulan tak gi taska pon still takut ngan teacher yana.
Aku kadang terkilan sikit la ngan teacher tu sebab ada ke pegi tunjukkan cerita hantu kat budak baya afiqah.
Dah takut nak masuk bilik sorang2.
Tapi mungkin dia ada alasan sendiri yg aku tak tahu.
Tapi bila sembang ngan en laki dia kata mungkin sb afiqah ni susah tido kot.
So bila bg tgk cerita hantu baru dia diam n pejam mata.
Ntah la. Hope dia dah tak buat camtu lagi la.

Aku pon dah tak tahu nak merepek apa lagi.
Sekian wassalam.

Baru Terasa Minyak Naik

Since Abg Jib announced minyak naik, aku lom berpeluang untuk isi tangki kereta ni. Sb sehari sebelum announcement aku dah isi penuh. 
Isnin lepas, meter minyak dah nyala. So untuk pertama kali nak isi minyak ngan harga baru.
Aku time isi minyak tu mmg lupa yg ron95 dah rm2.10 seliter.
Isi punya isi, dah pelik napa tak berenti lg.
Biasa tangki penuh dlm 60 plus plus je.
Ni dah masuk 70 tak benti lagi.
Skali 80lbh baru stop.
Aku macam bongok je dah kenapa mahal sangat.
Bila nak amik resit baru perasan rm 2.10.
Baru nak bebel kat laki nape yg mahal sgt ni.
Pam rosak ke. Hahaha.
Sapa yg cakap ala minyak naik 20sen je pon tu pon nak bising.
Walaupun aku dah kira ketinggalan tapi nak juga melepaskan geram.
Aku isi minyak full tank seminggu skali.
Sebulan ada 4 minggu la kita kira.
Dah klu skali isi extra 20.
4 minggu dah 80.
Gaji aku tahun ni naik pon baru berapa.
Nak cover minyak naik lg.
Cover makan minum yg pon naik jugak.
Hmmmm...nak buat bisness aku ni tak bisness minded.
Klu yg nak approach aku buat mlm ke or jual barang kesihatan/ubat kurus ke memang awal2 aku angkat tangan la.
Aku memang tak minat.
Skali aku kena, aku memang serik.
Takut ooo melibatkan kesihatan orang lain.
(Kena apa nanti la aku cerita. Tu pon klu aku rasa nak. Sb benda ni melibatkan keluarga aku juga. Nanti ada adik beradik aku terguris perasaan. Kang jadi gaduh plak kami.)
Saja je kan. Konon la org nak tau. Hahaha.
Ok la. Nnt kita story lagi ye.
Bye

Tuesday, September 10, 2013

Afiq Amsyar Monthly Check Up

Assalamualaikum

Pukul 2 tadi bawak afiq check up kat KD Jln Kebun.
Kul 1.45 aku dah terpacak depan pintu.
Buka pintu terus letak buku rekod afiq dalm bakul.
Yes! Akhirnya aku berjaya jadi org pertama.
Kalini just timbang and ukur panjang je.
No cucuk cucuk.
Next appointment will be on Nov 12.
Sbb orang first, jadi aku tak tunggu lama.
Kul 2 buka pintu klinik, 2.20 dah siap.

Berat: 7.8kg
Panjang : 73cm
Ukur lilit : 45cm

Berat just naik 400g dari dua bulan lepas.
Sb bmi nya chart dah menghampiri border kuning jd kena bebel la ngan nurse.
Nurse suh aku masukkan minyak or planta dalam mknn afiq.
But the main problem is Afiq taknak makan.
Kalau makan pon dua tiga sudu sebelum dia sembur kita.

As a mother sure aku nak tgk Afiq bam bam macam anak orang lain.
But still aku tak tertekan coz for me janji anak sihat.
Kurus tak semestinya tak sihat.
As long as afiq aktif and menyusu dengan baik, nothing to worry la.
Lagipon bukannya tak naik langsung.
Dia pon makin panjang.
Last two months panjang dia 70cm.
Sekarang dah 73cm.

Esok afiq genap 8bulan. Gigi lom ada tanda nak keluar. Hahaha. (K.iqah setahun dua bulan baru ada gigi. Keturunan gigi lambat tumbuh kot)
Dah pandai duduk sendiri.
Gaya nak merangkak tu ada tapi dari posisi merangkak tu sama ada dia duduk or dia panjat kita untuk bangun.
Mulut pon boleh tahan bising.
Da dah, mammaaa, papppaaa...tu feveret words dia.
Makan tak berapa nak. Susu je la. (K.iqah dulu pon macam tu. Sekarang dia la paling hebat bab makan)
Dah boleh pegang or amik barang.
Then semua pon nak masuk mulut.

Itu la saja cerita dak kecik afiq amsyar.

Barang Free

Kejap sangat weekend.
Tak sempat nak rehat betul-betul.
Weekend ni lagi la.
Aku duk bertungkus lumus mengangkut barang dari Bandar Sri Permaisuri ke rumah aku.

Ceritanya camni:

Company en suami dah jual stor.
Sebelum panggil orang lain clear, so big boss suruh la staff dia amik apa yang diorang nak.
Dalam tu banyak barang untuk project rumah la.
Dah nama developer company.
Tiles memang banyak sangat.
Tapi sebab rumah aku dah renovate, so ceramics tiles memang dah tak mahu.
Kami cari tiles homogenous or porcelain yang kuat untuk letak kat porch.
Dapat la dalam 15 kotak yang homogenous and 3 kotak porcelain.
Tak kisah la tak cukup.
Janji dah kurang cost untuk beli tiles.

Then kami dapat 4 biji katil solid wood.
2 queen and 2 single size.
Big boss diorang renovate rumah, tukar semua perabot.
Still cantik. Solid wood memang tahan la kan.
Kalau yang baru pon tak murah la.
And aku mengaku, untuk beli perabot dari solid wood memang aku kena fikir banyak kali.
Luar dari bajet aku sangat.
Actually ada 1 King size katil.
Tapi sebab tak muat nak angkut and tak tahu nak letak mana, so tinggal kan je.
1 katil queen tu dan kasi babysitter anak aku.
3 lagi simpan kat rumah.
Nanti ada masa nak kemas rumah and tukar katil tu semua.
Katil yang sedia ada nanti kita fikir apa nak buat.

Stor tu agak besar la.
Gelap plak tu.
So mencari la kami menggunakan torchlight.
Terjumpa la cabinet office yang memang elok.
Walaupun tu cabinet office tapi bila kami susun nampak cantik plak.
Kami amik dalam 4 biji.
Balik rumah, ukur-ukur semua.
Ngam untuk letak dekat dapur.
So kami dah dapat cabinet dapur.
Save lagi duit untuk buat cabinet dapur tahun depan.
Nanti dah pasang aku tunjuk kat sini ye.
Kalau cantik la, kalau tak cantik takde la.

Aku ada berkenan satu cabinet ni. Sesuai sangat letak dalam stor rumah.
Boleh susun barang cantik-cantik dalam tu.
Sekali datang untuk second trip dah habis kena anggut di lori boss kecik en suami.
Frust juga, tapi takpe. Bukan rezeki.
Tapi yang buat aku keciwa tahap gaban ialah dua kerusi yg aku tak dapat amik.
Satu kerusi solid wood yang panjang lebih kurang 7 kaki.
Try masuk dalam frontier, tak lepas.
Boleh bawak kalau berani.
Tapi kami tak berani.
Takut tak berbaloi plak kena saman. Hahaha.
Satu lagi kerusi rotan. Dua biji skali dengan coffee table.
Cantik sangat. Tapi boss kecik tu dah cop dulu.
Takpe la bukan rezeki.

Before semalam, en suami dah bawak balik aircond, kitchen hood n sport light.
Bila nak pasang semua tu aku tak pasti.
Tapi puas hati la. Banyak barang yang memang berguna untuk rumah kami dapat bawak balik.
Aku jenis tak kisah guna barang second.
Barang kat rumah pon memang banyak beli dari kedai second hand.
Yang aku tahu, cantik, berqualiti dan murah.
Barang solid wood dalam rumah aku semua aku beli dari kedai second.
Next target aku nak tukar semua wardrobe dalam rumah aku dengan solid wood punya almari.
Wardrobe Afiqah yang aku baru beli masa masuk rumah tahun 2012 dah rosak.
Harga 6ratus untuk almari dua pintu, tapi lom apa-apa dah runtuh kat dalam.
Memang aku menyesal beli.
Aku ada pergi a few kedai perabot second.
Nanti ada masa aku list kat sini k.
Mana tahu ada juga orang yang baca blog aku suka barang second hand tapi tak tahu mana nak cari.

“Alah Membeli Menang Memakai”

Tuesday, August 27, 2013

Rindu Zaman Muda kat Matrik Johor

Pagi tadi pergi sarapan kat kedai nasi campur. Pagi pagi dah ready lauk pauk untuk makan tghr. Harini rasa nak makan heavy sikit sb malas nak mkn tghr. So pilih la nasi goreng. Ingat nak makan ngan sambal paru tapi tetiba terpandang ikan keli goreng cili. Macam sedap je. Tak pikir panjang terus ceduk masuk pinggan. Sedap jugak la sebab pedas. Tapi still takleh lawan ikan keli goreng cili time aku blaja kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Terus terindu zaman belajar kat Tangkak.

Buat status kat fb terus je aku nye roommate Huda komen. Hehehe. Huda ni dulu kalau makan ngan aku, dia la yang tolong habiskan makanan yang aku slalu tak habis makan. Aku ni dulu memang makan sikit je. Huda ni plak jenis tak suka bazirkan makanan. So dia la tolong habiskan. Tapi dia xpe. Makan banyak pon xde hal  sebab orangnya kecik molek je. Tak gemuk punya la. Dia dulu suka sangat dengar walkman kuat kuat. Ko bayang la dia duk kat meja study tepi pintu, aku plak kat tepi tingkap hujung sini boleh dengar lagu yang dia duk pasang tu. Lepas tu dia cakap telinga dia dah jd kurang dengar.  So adik adik yg suka sgt pasang earphone kat telinga tu be careful ye. Sumbat lagi telinga tu, lama lama terus sumbat tak dengar apa apa. Baru korang tau.

Sorang lagi roommate kesayangan aku mesti la shu. Dia ni sempoi nak mampsss. Selamba je kalau study. Yang paling aku jeles ngan dia, nampak macam tak study tapi result gempak siot. Pointer 4.00 dua2 sem. Dia memang otak bergeliga la. Memang jenis senang masuk. Study sikit, pahamkan dah boleh selesaikan soalan. Aku kalau fizik n math tanya la dia. Dalam cakap aku tak tahu la boleh ke tak buat ni tapi tangan gerak jawab soalan.  Sekali dah siap. Hebat betul minah ni. Dah la comel pastu suka gelak. Aku memang takkan lupa suara dia ngan cara dia gelak. Lagi satu bila dia panggil nama aku. Memang gitu la gayanya dari dulu sampai sekarang.

Dak praktikum 24 dulu pon best2. Tapi sekarang dah lost contact. Dulu masa ada arwah ecah, dia la yang rajin nak gather kan kawan kawan praktikum dia ni. Arrangekan buka puasa kat times square and kol kawan2 semua. Bila dia dah xde, dah tak ada yg nak jd lead arrange kawan2. Rindu ecah. Al fatihah utk ecah. Semoga ecah tenang di sana.  Yang masih aku contact sekarang and tau cerita hanyalah yang aktif kt fb je la. Ada la 7 ke 8 org je kot. Masing masing pon dah berkeluarga so masa lebihkan pada keluarga kan. Hopefully one day dapat kumpul ngan kawan2 lama lagi.

Aku ni memang jenis tak ramai kawan. Aku kawan ngan dak praktikum, roommate aku n kawan2 yang rapat ngan dak praktikum n roommate aku je.  Kalau yang takde kaitan ngan diorang memang aku tak kenal punya. Yang buat aku terkejut,  kawan aku kat usm rupanya satu matrik ngan aku. Tu pon baru tau tadi sebab dia komen status aku. Camana aku leh tak tahu ni. Aku ingat dia matrik negeri sembilan.  Sb kawan dia masa usm kebanyakan memang dak kmns. Huhuhu.

Serius rindu kat KMJ. Nnt ajak hubby gi jalan 2 sana lagi la. Sambil lawat pintu pagar KMJ boleh gi makan seafood kat Sabak Awor Muar nga  cari mee bandung. Then boleh pergi main air terjun kat kaki gunung ledang.  Apa erk nama air terjun tu? Dah lupa lak. Last pergi dua tahun lepas. Masa second anniversary.  Tapi terpaksa rushed balik terengganu sebab my mom masuk hospital.  Sekejap je la pergi sana.