Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label afiqah. Show all posts
Showing posts with label afiqah. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Anak oh Anak....

Salam semua...

Tiba tiba muncul lam blog bersawang ni..

Ni semua afiqah humaira nye pasal la.

Buat mama sayu hati.

Hantar dia kat kedai pengasuh pagi tadi..tiba tiba dia buat drama air mata kat kerusi batu.

sambil makan karipap hadap ke belakang jalan, lap lap air mata.

Aku dah nak gerak bila nampak dia nangis terus tak jadi nak gerak.

Sebelum tu dah lap air mata dah masa salam mama.

dah aku plak menitik air mata sama.

Dah mcm first day antar anak umah pengasuh lak gayanya.

Kakak, kalau kakak tau mama pon taknak kakak duduk umah org, nak kakak depan mata mama je sentiasa. Tapi mama keje kakak. Jangan la buat mama tak senang duduk kat opis.

Harini kawan kawan lain tak dtg, balik kg. tu yang sedih sgt tu.

Ok..tu je nak cerita. dilema mak kena antar anak umah pengasuh.

Thursday, October 17, 2013

Berkorban di Hari Raya

Assalamualaikum.
Selamat hari raya Aidiladha.  Nak juga walaupun lambat.
Seperti biasa aku akan balik kampung.
Sebab cuti jatuh hari selasa so aku amik leave hari isnin n rabu.
Ok la 5hari lepak kampung.
Semalam bertolak balik, lega tak jam kat bentong.
Tapi kat jerangau jabor agak slow.
So kami bosan kereta gerak macam siput, kami decided lalu ikut cukai.
Sempat la berhenti makan satar kat Geliga.
Hari Isnin lepas, our wedding anniversary (ikut islamic calendar)
Takde celebration pon.
Masing masing buat bodoh macam xde pape.
Just cakap eh! Harini dah 4tahun kita kawen?
Lakiku plak kata yeke? Bukan kita kawen bulan 11 ke.
Memang la. Tapi tu ikut kalendar omputih.
Ni ikut kalendar islam.
Ok fine...lupa la tu.
Tapi malas nak sentap sebab dah kenal lakiku macamana.
Klu dulu mungkin sedih la.
Tapi sekarang aku dah tak heran.
Lantak la igt ke tak.
Kalau dia tak ingat aku ingatkan.
Klu aku nak hadiah aku minta.
Xyah cakap tersirat tersurat ni. Dia memang tak paham.
Terus je straight to the point.
Abg ayang nak beli rantai emas seutas dua. Hahaha.
So raya haji ritu kami buat aqiqah utk afiq amsyar.
Buat kat kg mak aku.
Kiranya tahun ni kami raya di kg kg.
Buat makan jemput org kg sana je.
Asal nak buat kat umah parents aku je.
Tapi Kat perumahan parents aku dah ada juga yg buat majlis.
So dah bertembung.
Tanya FIL kot boleh buat kat kg dia.
Pon tak dapat atas sebab yg sama.
Sebab aqiqah kali ni kakak aku pon buat utk anak dia.
So mak aku kata buat kat kg dia je la.
I ok je. Tapi sentap sikit la sb time aku nak buat kata tak boleh suh tanya FIL kot boleh buatkan.
Skali bila kakak aku nak buat juga terus boleh la plak.
Nampak sangat aku ni anak angkat. (Ni ayat sentap.bukan betul betul)Hahaha.
So selesai sudah mjls aqiqah afiq amsyar time raya haji baru ni.
Memang mjls simple jemput orang mkn je.
Lepas asar buat majlis tahlil.
Aku memang tak up to date macam org sekarang berbuai berendoi semua.
Cukup stakat majlis sederhana.
Yang penting happy happy. Sudey.
Gambar majlis pon xde.
Tapi gambar laki aku lapah daging lembu ada la.
Semalam lama sgt dlm kereta, badan dah penat sangat.
Pagini dua beradik tu demam.
Kakak dari semalam lg nampak tak larat.
Muntah kat RnR sekali.
Lepas tu sampai umah ready nak mandi muntah lg sekali.
Adik bangun pagi rasa badan panas la plak.
Demam juga dia. Patot la semalam tidur tak lena.
Mintak tak larat la.
Ok la. Itu je cerita raya haji aku tahun 2013.
Bye semua.
Ini hero saya.
Bukan nak puji, tapi itu hakikat.
Kalau xde dia, memang kesian la mie ngan abah aku.
Katanya dia pwincess..
Tapi hari tu asyik melalak je.
Mood tak elok la tu.
tak pon berebut mainan ngan sepupu dia.
Tuan blog n budak masyam belum mandi.

Thursday, October 10, 2013

Jam 1 Pagi

Update blog dipagi hari.
Begini la kehidupan aku semenjak ada Afiq Amsyar. 
Bila waktu tidur dia, aku pon bantai tidur sama.
Then tengah malam sure jaga sebab dia nak susu.
Bila dah jaga ni, nak boleh lelap balik payah weh.
Nanti bila aku baru nak lelap, aih kak iqah plak mintak milk-milk.
Biasa kalau aku ngantuk sangat aku suh dia tidur je.
Ngan kepala weng cakap bagi mama masa 5 minit.
Nanti mama buat milk-milk kakak.
Biasa dia akan tidur balik.
Lupa terus pasal tu.
Kalau nasib tak baik, dia lapar sangat kot, dengar la bunyi minta milk-milk lagi skali.
Time tu bangun juga la walaupun ngantuk.
Kul 5 lebih lebih nanti adalah orang duk main atas aku.
Lompat lompat suh bangun.
Tak pon dia nak lompat dari katil nak keluar dari bilik.
Siapa lagi kalau bukan Mat Afiq la.
Tiap2 hari memang dia bangun kul 5 lebih.
Dia yak yak.
Kalau nasib aku baik, lepas basuhkan yak yak dia still ngantuk, bagi susu terus tido balik.
Tapi untuk jadi macam tu sangat jarang la.
Sb kalau dia dah starf jaga maknanya sampai ke rumah BS la dia jaga.
Untuk elak jatuh katil, aku bawak dia duk living room.
Biasa aku biarkan je dia.
Aku sambubv tidur.
Dia main kat sekeliling aku je.
Tak lari jauh.
Lagi satu kena bawak keluar.
Sebab kalau tak dia akan pergi kacau kakak dia tidur.
Kalau time tu kakak minum milk-milk dia rampas botol kakak.
Tapi feveret tarik rambut kakak la.
Kalau kakak ngantuk sangat dia lari jauh dari adij then sambung tidur.
Kalau tak dengan dia dia bangun skali.
Memang masak la mama ngan papa time tu.
Sb pagi buta mintak buka upin ipin kat tv.
Tak kat tv buka hp mama.
Ni dah dua hari aku bangun tengah malan layan baca novel.
Tadi baru habis baca satu novel.
Punya la lama nak boleh habiskan satu novel.
Kalau dulu semalaman dah khatam.
(Kalau baca quran macam tu kan bagus)
Lupa nak cerita, last week aku pergi jualan gudang karangkraft kat seksyen 15 tu.
Memang tgk orang lain menggila borong novel.
Sb offer diorang memang berbaloi baloi.
Tapi apakan daya aku duit kurang.
Lagipon aku aim nak beli latest novel Ramlee Awang Mursyid (RAM).
Kalau korang pernah baca entry lama aku tau la aku ni memang peminat RAM ni.
So far aku ada buat collection novel dia.
Bila tau dia keluar novel baru nemang tak tunggu lama la.
Aku igt nak beli kat mph or popular je weekend tu.
Tapi dah rezeki plak karangkraft buat jualan gudang memang tak lepas la.
Dapat la 30% diskaun even for new novel.
Aku just beli 3 novel, 2 buku resepi and 2 buku kakak.
Novel yg aku beli magis (RAM), Adam dan Hawa 2 & rindu awak 200%.
Aku start with novel yg ringan2 dulu (rindu awak 200%)
But per expected jalan cerita dah boleh jangka and ending dia pon dah tau walaupun tak baca yang last page dulu (biasa aku buat camtu la)
For me just nice to read.
Tengok la klu rajin boleh la buat novel review.
Ni tadi igt nak start baca novel Magis tu.
Tapi bila aku start baca prolog aku dah tau aku tak leh mula lagi.
If aku start baca jawabnya pagi esok aku jdi panda.
Sebab kalau aku tinggal novel ni separuh jalan, sure otak aku tak leh rest betul2 even aku dah tidur.
Asyik duk teringat segala watak dalam novel plak.
Esok pagi bangun kepala pening.
Mula la habis orang aku nak marah.
Afiq Bangun awal pon aku marah. Hahaha.
Jadi baik aku tunggh sampai betul betul ready.
Aku memang takleh wat benda separuh jalan.
Nnt otak aku tak tidur walaupun mata dah pejam.
Kuat berfikir benda tak berfaedah aku ni.
Okla dah ngantuk plak rasanya.
Baik aku tidur sebelum anakanda aku bangun.
Ok la semua gud nite.
Sweet dreams.
Ini je yang aku beli...Dah baca Rindu awak 200%..
Oklah...boleh di baca but still kisah tentang kahwin paksa.
Dari benci jadi sayang.
Kira dah boleh jangka what will happen next, next and next.
Nanti ada masa aku review bout novel yang aku beli ni ye.
Ahmad Afiq Amsyar yang very the manja...
nak berkepit ngan mama je...
aktif sangat-sangat orang nya..
lepas tu terlebih berani...
Kerja nak memanjat je.lepas tu berlagak lepas tangan.
walaupun dah berkali-kali terlentang, terlungkup, kepala benjol, mulut berdarah tapi tak pernah serik...
Cepat-cepat la afiq boleh jalan..
Ini budak cerdik ni..
Nurul Afiqah Humaira yang chicky, yang manja, yang cergas dan yang kuat makan.
Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi dia senang pujuk..
kalau permintaan dia kita tak tunaikan, tak pernah nak mengamuk nangis-nangis...
senang compromi ngan kakak iqah ni.
Kalau ngan adik ikut angin..kadang ya allah baik bukan main..
bergurau bergelak ketawa sama-sama siap nyanyi untuk adik..
tapi kalau datang angin kuskus, tak bersebab dia pegi gigit adik...
Biasa la, belum berakal...
Ngan dia mama marah memang tak jalan...kena pujuk cakap elok elok...
Kalau mama marah, dia jawab balik kat mama "ITU PON NAK MARAH"
Dari marah pon boleh reda... Anak oh Anak..

Wednesday, July 17, 2013

Story Mory Baju Raya PLak.

Assalamualaikum...

Dah takde mood plak nak story mory kisah juadah berbuka. Orang pon dah naik muak baca kot. Sini makan, sana makan. Kurang pahala puasa sebab duk ingat makan je. Hehehe.

Last weekend (Ahad) seawal 8 pagi kami dah keluar dari rumah menuju ke Pasar Shah Alam. Ada orang panggil Pasar Karat. Tujuannya hanya lah satu, mencari tudung untuk puteri kesayangan, Nurul Afiqah Humaira. Mama ngan papa kesian dengar Afiqah tiap-tiap hari berdondang sayang lagu Tudung Pink & Bunga. Nak beli kat kedai biasa macam mahal sangat. Cakap kat dia Ahad ni kita pergi beli. Ke pasar Shah Alam la kami Ahad tu.

Sebesar-besar pasar tu, bukan main susah nak cari tudung untuk budak yang ikut kehendak Afiqah. Wah anakanda saya dah ada taste sendiri. Mama amik yang ni, dia taknak. Amik yang tu dia taknak. Last-last suh dia pilih sendiri. Asal nak beli dua helai je. Tapi kat first gerai ada satu je yang dia suka. satu RM10. Jalan lagi jalan lagi, jumpa la satu gerai yang jual tudung 2 RM15. Kat situ ada tudung pink. So kita amik la. Dah Afiqah nak pink kan. Then papa dia ada berkenan satu tudung warna hijau. Aku tengok pon cantik. Tapi Afiqah taknak yang tu. Tapi papa kata amik je. Nanti dia pakai la tu. Tapi sampai ke hari ni, dua helai yang dia pilih tu je dia pakai. Yang papa pilih tak bersentuh lagi. Takpe, nanti mama suh Kak Iqah pakai.

Memang pergi Pasar Shah Alam tu just untuk lepaskan hajat Afiqah je. Dah dapat tudung dia terus gerak. Mula-mula ingat nak balik. Tapi kalau balik mesti rasa macam lama je kat umah. Sure takde aktiviti lain yang aku buat selain membuta. Jadinya marilah kita ke Aeon Bukit Tinggi. Gi tengok baju raya kut ada yang berkenan di hati. Last month sebelum puasa dah pergi, tapi just dapat cari baju untuk AFiq Amsyar je. Baju AFiqah memang paling awal beli. So cari baju based on colour baju dia.

Semangat ni, sampai Aeon pintu pon lom buka. Hahaha. Tapi ramai je orang dah menanti pintu buka. semangat aih nak shopping sampai semua pon dah macam pak guard tunggu kat pintu masing-masing. Aku bersabar sikit, so tunggu kat dalam kereta. Ala tersampai awal pon sebab memang tak plan langsung nak gi situ. Last minute baru decide pergi. Hahaha. Ada je alasan.

Sampai-sampai terus pergi ke bahagian baju lelaki. Pusing punya pusing, akhirnya ada la jumpa kemeja yang boleh match ngan baju Afiq Amsyar ngan Afiqah. Tapi suami saya ni very the super cerewet punya orang. Aku kata amik je la. Dia plak, nanti la kita pusing lagi kot ada yang lagi ok. Atoi la. Dah berapa round dah pusing, last-last tuju kat baju tu jugak. Tu tanda suh beli yang tu la. Tengah en. suami duk kelebet baju, Afiqah plak nak terkencing. Afiqah sekarang dah free diapers kemana mana je. Tapi malam still pakai la bila dia dah betul-betul lena. Nasibla toilet dekat je. Berlari aku bawak dia ke toilet. Kalau terkencing kat situ dah satu hal orang nak bersihkan. Satu hal lagi tak bawak satu pon extra seluar. Baguskan mama dia. Konpiden gila anak dia takkan kencing dalam seluar.

Akhirnya lepas berapa kali round berjaya la beli sehelai kemeja untuk en. suami. Now turn for me plak cari baju raya. Berpusing la kat bahagian baju perempuan. Satu pon aku taknampak warna yang ala-ala baju anakanda ku berdua tu. Payah nau nak cari warna tu. Aku dah terai cari kat online shop. Memang ada warna yang aku nak tapi dah sold out. Tahun ni semua orang cari warna dusty pink/purple ke? Last last aku ajak balik je. Sebelum keluar tengok ada satu baju kat display. Berkenan plak kat design tu. Tak jadi balik. Aku ajak pergi tengok kot ada warna yang aku nak. Kecewa sebab takde yang sejibik sejibun warnanya. cuma ada la macam purple sikit-sikit kat baju tu. En. suami cakap try la pakai dulu. Nampak macam boleh match jugak walaupun sikit. Ok aku cuba la. Tapi sebelum sampai fitting room, ternampak plak ada satu jubah yang bagi aku cutting dia super comel. Walaupun warna takde kaitan ngan tema, tetap nak terai jugak.

Masuk fitting room, aku nak buka kerongsang dari tudung. Tetibaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Kerongsang tu jatuh atas kaki aku. Tapi yang paling terbaikkkkkkkkkkkk............

Jarum tu menjunam masuk dalam kaki sampai ke tulang. Sakit wehhhhhh. Masa nak tarik, panjang rupanya dia masuk ke dalam. Benda jatuh dari tempat tinggi, dengan gravity lagi. Berdarah kaki ku. Siap 3 hari bengkak. Cerita pasal gravity ni, korang ada tak tengok iklan 100 plus ke Revive yang air jatuh dari bangunan then diorang leh selamba badak main-main air kat bawah tu. Kalau air jatuh dari tempat tinggi korang ada kat bawah boleh mati ok. Bocor kepala. Sebab apa? sebab gravity tu la. Ada satu kes kat Johor kalau tak silap aku. Air tangki dari high rise building pecah. Berlubang jalan kat bawah tu tau. Tapi nama pon iklan kan. Ikut depa la nak buat apa pon. Logik tak logik belakang kira.

Ok back to the topik. Bila dah test dua-dua baju tu, ayork aku suka dua-dua. Camana tu? Tapi en suami suka cutting yang baju tak masuk colour theme tu. Yang satu lagi dia kata cantik jugak tapi dia lagi suka yang tadi. Last-last aku kata tak payah la beli. Lagipon dua-dua pon tak menepati tema. Memang muka aku kecewa gila time tu. siap pegang-pegang lagi baju tu. Langkah sambil seret kaki. Nampaknya tak berjaya juga aku cari baju raya. Ntah bila la nak cari lagi. So jom la kita bergerak balik.

Dah nak keluar ni, tetiba en suami cakap, jom kita gi terai skali lagi yang baju ada kaler tema sikit tu. Wah, senyum balik. Aku pon terai la. Lepas tayang-tayang depan en suami, tetiba en suami bersuara. Takpe la, yang ni biar abang bayar. Amik la yang satu lagi tu. Yang tu ayang bayar sendiri. Padahal yang aku bayar sendiri tu duit yang dia bagi juga. Tapi bulan lepas punya masa cari baju anak-anak tu. Melonjak la aku kegembiraan. Kembang-kempis hidung kesukaan sambil bawak baju gi bayar. Tapi rasa macam tak adil pulak, baju aku dua, baju dia satu je. Aku pon suh dia pilih baju yang match ngan baju aku. Yang ni aku belanja ngan duit aku. So pusing la lagi kita cari baju en suami plak.  Tapi aku ada misi terbaru. Nak cari selai lagi baju untuk AFiqah n Afiq AMsyar yang sama kaler ngan baju second tu. Hehhee. Tapi tahun ni kami takde baju kurung ngan baju melayu baru. Tapi ingat nak cari jugak selai baju melayu untuk AFiq Amsyar. Just nak amik gambar. Dia pon lom pandai jalan. Pakai smart-smart pon mama juga yang dukung.Selesai misi kita balik.

Tapi tak balik terus, pusing-pusing Aeon kat bahagian bahan mentah sebab nak cari butternut squash untuk Afiq Amsyar. Kan Afiq AMsyar dah 6 bulan lebih. Aku dah start introduce solid food untuk dia. Tapi dia macam tak pandai lagi nak makan. Banyak keluar dari masuk. Akhirnya Baby Bullet blender yang aku beli kat groupon dah berguna. Hoorey. Tapi tak jumpa pon butternut squashnya. Tak tahu la aku mana lagi nak cari benda tu. Pastu berenti beli dorayaki untuk Afiqah. kesian dia dah penat n lapar. Siap suh dukung lagi. Papa dah la sakit tangan, tapi tetap usaha dukung dia guna tangan kiri. Lepas papa mama plak dukung. Pengsan. Nasib mama gagah perkasa. Tak de balik umah teguk air. Hehehe.

Panjang lebar plak story cari baju raya. Aku konon sedey sebab tak de beli kain nak wat baju raya pon tahun ni. Konon bersederhana la di hari raya. Skali baju raya aku je pon dah lebih dari orang lain. Baju anak-anak pon baru selai. Kesian. Xpe, mama dapat gaji bulan ni, mama belanja baju dua lai sorang k. Tapi baju murah-murah je la. Mama tak mampu beli yang branded manded ni. heheheh.


Monday, March 18, 2013

Video: Kak Iqah Blaja Mewarna


Sambil mewarna mulut tak berhenti bercakap.memang mak murai k.iqah ni
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, March 13, 2013

Daily Routine Totally Change

Assalamualaikum.

Amboi! Amboi! Amboi!

Konon dah masuk keje, rajin plak mengupdate blog ye. Macam xde keje ye kamu. Hehehe. Aku biasanya taip siap-siap dalam words then copy paste je ke blog. Biasa aku type entry bila otak dah tepu buat keje. Sambil take 5, gagahkan diri siapkan satu entry. Tu yang kadang satu entry sampai amik masa nak siapkan. Kalau nasib tak baik, terus hilang mood nak publish. Hahaha.

Macam diberitahu dalam entry semalam, aku dah start keje kan. So bermula la routine harian ku yang baru. Sebelum ni handle Afiqah sorang je. Now, dah ada dua anak nak kena siapkan before pergi keje. Mesti korang nak tau kan (macam la orang kisah) kelam kabut ke tak aku pagi-pagi? 2 bulan cuti memang aku relaks je.  Takdenya nak practice ke apa. Bajet terre la katakan. Alhamdullillah, dua hari ni still leh manage and masih dalam perancangan.

So today aku nak story plan aku untuk hari-hari bekerja. Kiranya flow chart aku seharian. (kata QC, kene terre tentang flow chart semua ni)

Omey Omey tak lukisan aku. Hehehe


Dah tengok gambar, kena la bagi explaination:

5.50am: Bangun pagi, mandi, gosok gigi, sabun. Then buat apa yang perlu ditunaikan. (paham-paham sendiri. Kalau tuliskan kata poyo plak.) #tangandidadamatakeatas. Pilih baju untuk diri sendiri and en suami. Iron baju, siapkan baju anak-anak dalam bag. Siapkan diri sendiri. (ni case malas nak siapkan before tidur)

6.30a.m:. Siapkan EBM yang nak bawak pergi umah BBsitter. Salinkan diapers Afiq Amsyar. Then mulakan sesi mengepump susu sambil breasfeedkan Afiq Amsyar. (Backup plan kalau Afiq Amsyar dah kenyang: sambil pump sebelah, kita mermet sebelah lagi. Nak wat camana, terbeli single pump. Kena pikir untuk invest double pump ni. tapi ni kena tunggu atleast 6bulan.)

7.00a.m: Kejut Afiqah bangun. (kalau dia bangun awal lagi senang.) Suh dia bukak baju seluar diapers then mandi sendiri.  Papa will take over untuk siapkan Kak Iqah and diri dia sendiri. (mama dah siap iron baju.) Kalau papa kena pergi keje awal, mama akan siapkan Kak Iqah. (baju n diapers dia nak pakai mama dah get ready siap-siap masa kemas bag nursery dia. susu Afiqah pon mama siapkan terus time tu and letak kat tepi bag dia.)

7.30a.m: Mama siap pakai tudung. Then bawak semua bag masuk kereta. Panaskan enjin kereta.  Masukkan budak berdua tu dalam kereta. Check lampu, kipas, Tv dah off, then kunci pintu. Salam-salam dulu. Then bergerak.

7.40a.m: Antar Afiq Amsyar umah Cik Yah.

7.50 a.m: Antar Afiqah ke nursery.

8.00 a.m: Gi sarapan dulu.

8.15 a.m: Masuk Office.

Hopefully, dengan perancangan ni semuanya akan berjalan lancar. Aku ni memang jenis yang akan plan semua benda yang aku nak buat. Siap lukis and tulis dalam organizer lagi. If tak tulis aku lupa. Then sendiri kelam kabut. Lagipon dengan ada perancangan, kita boleh buat backup plan if timbul masalah. contoh kalau en suami kena kuar awal. (kalau tak memang kuar serentak pergi kerja) Tapi bak kata orang, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Tapi atleast kita ada perancangan dari takde langsung. Sebab dengan perancangan macamni, dengan sendiri akan memudahkan kerja kita. Lagipon aku betul-betul kena rancang time consume aku sebab aku kena antar dua-dua anakanda aku. Boleh je papa nak antar Kak Iqah, tapi dah alang-alang memang laluan kerja aku. Biar aku hantarkan je la. Lagipon jauh lagi perjalanan en suami dari rumah ke tempat keje.

Mudah-mudahan kehidupan seharian aku dipermudahkan la. Walaupun nampak susah tapi seronok. Aku dulu takut aku tak dapat handle dua orang anak (orang lain berderet anak relax je. baru dua dah takut) Tapi alhamdullillah, walaupun aku tak perfect and bukan supermak, tapi aku rasa aku boleh sangat2. Tak tahu dari mana datang rasa yakin tu. Lagipun en suami banyak membantu terutama bab jaga Afiqah. Afiqah and AFiq pon senang nak jaga. Cuma Afiqah la, datang hari geram kat adik je la yang buat mama ngan papa nak marah. Yang lain semua bagus. Sebelum tutup entry, silala  layan gambar dua beradik ni dulu.




Wednesday, February 20, 2013

Check up Afiq Amsyar & Kak Iqah Injured

Assalamualaikum,

Semalam 19 Feb 2013, kami (hubby and I) ke Klinik Desa Jalan Kebun (KD) untuk checkup  sebulan and cucuk Hep B dos ke2 Afiq Amsyar. Ini adalah kali pertama aku jejak kaki ke KD. Ye la, masa preggy tak pernah buka buku mengandung ngan kerajaan. Memang blur jugak la. Memang jenis blur sokmo pon. Hubby amik half day sebelah petang. Konon nak tunggu depan KD la dengan harapan leh siap cepat. skali tengok jam baru 1.45p.m. KD bukak kul 2.00p.m. Hubby kata kita gi tapau lauk dulu la. Siap-siap tapau lauk, terus gerak ke KD. tengok dah ada yang menunggu. Then sekejapan je, berdoyon-doyon kete masuk ke perkarangan KD. Petang pon dah ramai orang, pagi aku tak tahu la. mesti lagi ramai. Untuk pengetahuan semua (orang lain maybe dah tahu, tapi aku baru tahu, so nak kena bagi tahu jugak), Selasa & Rabu merupakan hari untuk anak-anak. so nak cucuk ke checkup anak ke hanyala pada dua hari ni je. Aku tengok kat papan kenyataan diorang, sesi pagi untuk anak-anak and sesi petang untuk perancang keluarga. Tapi aku tengok yang datang semua nak checkup anak je. Dari jumlah manusia yang datang KD, memang takdenya sempat buat satu sesi je.

Bila nurse buka je pintu klinik, semua macam nak menyerbu. Ok la,nombor aku 75. Start no petang tu 69. tak lama sangat la menunggu. so far bagi aku, perkhidmatan kat KD Jalan Kebun adalah efficient. Bila nama dipanggil, nurse suh kita bukak baju baby tinggal diapers je. Disebabkan AFiq Amsyar pertama kali datang, and lom ada buku rekod kesihatan (lepas bersalin dapat kertas dua helai je rekod kesihatan Afiq lepas bersalin) nurse mintak surat beranak. lega la lakiku bawak. then dia bukakkan buku untuk Afiq Amsyar.



Biru untuk boiboi boy Afiq Amsyar

Lepas dah buka buku, nurse suh letak bb kat tempat mengukur panjang and lilit kepala. Then, buka diapers untuk check berat bb.

Keputusan untuk ketiga-tiga tu: Berat Afiq Amsyar sekarang dah 4.5kg, Panjang 54cm & ukur lilit kepala 37cm. Ada peningkatan untuk ketiga-tiga perkara.

oopss!! seksi la plop. Tengok la dagu saya yang berlapis.

lepas dah check semua tu, kena tunggu panggil no untuk jumpa nurse. nak check fizikal baby. Alhamdullillah, everything is normal. Nothing abnormal yang di detect. and nurse telah setkan next appointment for 2 months checkup pada 25/03/2013 untuk sesi petang. Next checkup nak kena jumpa doctor.  Dah settle tu, kena tunggu lagi untuk sesi cucuk mencucuk. tunggu kejap, nurse dah panggil. memang tak sampai sejam la tunggu untuk settle semua. For the first time, KD Jalan Kebun bagi good impression and buat aku tak nyesal untuk datang sini lagi.

Cerita Afiq Amsayar kena cucuk plak, jarum menjunam je dalam daging terus dia menangis sekuat hati. sampai nak masuk kereta pon still nangis.  Ayork, apa ni anak jantan nangis. Kakak Iqah dulu, tak pernah nangis kena cucuk. Tapi Kak Iqah memang special. bab mandi, jumpa doctor dia memang terbaik la. Orang lain (termasuk mama dia) kalau balik kampung, kul 10 baru mandi, sebab sejuk gila air kat sana. tapi Afiqah Humaira, bangun tidur kul 6, terus cakap Kak Iqah nak mandi. bukak baju, diapers, masuk bilik air, mandi sendiri. Kalau sejuk sangat, dia akan cakap, "mama tujok." Tapi tetap teruskan main air. Kalau dia lelah kena nebu pon xde nak nangis jerit-jerit, siap dia pegang sendiri lagi.

Last week, cuti CNY, kami balik kampung. dah alang-alang balik, sempat la buat majlis cukur jambul Afiq Amsyar. Tapi buat simple-simple je la. xde buaian cantik-cantik. just jemput orang surau untuk marhaban, jiran-jiran and sedara mara. nanti kita story pasal majlis cukur jambul bidang terjun. Kat kampung ada kucing. Ku ingatkan Afiqah takut la ngan kucing. Oh tidak! selamba rock dia je tarik ekor, angkat kucing tu. skali time dia tarik ekor, kucing tu cakar jari dia. tapi dia selamba je. xde sakit ke apa. luka tu papa dia just sapu minyak gamat. ingat xde pape la. Kami balik Shah Alam weekend lepas. Ahad pagi, Afiqah mandi, tetiba dia cakap kat mama tangan dia sakit. Tapi time tu, Afiq Amsyar ngah menyusu, terus terlupa nak tengok tangan dia. Papa yang perasan jari dia bengkak and dah start bernanah time nak lap tangan dia yang kotor sebab makan coklat. terus on the spot bawak pergi klinik sebab dah tau infection kena cakar kucing. Kena minor surgery la jari Afiqah. Tapi Afiqah ni memang tough kot. doc just sapu alcohol then cucuk jarum sedut nanah, belah jari dia ngan pisau, sikit pon dia x nangis. cuma time doc tekan nak bagi nanah keluar semua je dia nangis sikit. dua hari gak kena gi klinik cuci luka. berbalut jari anakku

Budak injured tapi tetap aktif tak macam orang sakit.

itula dulu kisah anakanda ku dua orang tu. nanti ada kisah baru akan update lagi.

p/s: Afiq Amsyar dah respond bila kita sembang ngan dia. dah balas senyum kita. kepala pon dah tegak bila didudukkan. cepat-cepat leh meniarap ye Afiq.

Friday, February 8, 2013

Baby AAA: Ahmad Afiq Amsyar Day One Until Today

Lama tak update blog. Harini tengah kumpul mood nak up entry baru. Tapi sebelum tu kita panaskan entry ngan gambar Ahmad Afiq Amsyar bin Ahmad Farehan dari day one sampai hari ni. Diselitkan juga aksi si kakak yang suka sangat riba adik then suh mama amik gambar. Tiap kali duk dekat adik or riba mesti suh mama amik gambar. 

















Wednesday, May 23, 2012

Monday, May 14, 2012

Jalan jalan Cari Feeding Bottle Afiqah


Assalamualaikum semua.

Tak terlambat rasanya nak wish selamat hari ibu kepada semua ibu ibu tak kira dimana anda berada.
Mesti mommy semua dapat present yang best2 kan dari en hubby masing2. Me? Nan hado. Hahahha.

Tapi time gi shopping barang2 afiqah, dia hulurkan ak kuali frying pan . Katanya hadiah hari ibu. Pastu ak tanya sape nak bayar?  Jawapan dia sangat menarik. “Kan hari ibu, ibu la bayar.”  Hampeh ke tak namanya? (Tapi last2 dia gak bayarkan.kih3. tapikan, ak ada hutang hadiah besday en hubby. Dah dia cerewet sangat. Ak nak beli sendiri tak mau. Nak pilih ikut selera dia. Ikutkan je la.)

Ini cerita basi:

Last week lagi nak story pasal pergi celebrate besday hubby kat Sunway Pyramid, tapi sebab mood hilang kes tertengok video dera baby tu, terus ak malas nak update apa2 story. (ak harap baby tu membesar menjadi manusia yg solehah dan dididik dengan baik oleh orang yang jaga dia sekarang.) Lagipun bukan ada apa yg best sangat pon nak story. Just selit gambar dua 3 keping. Cukup.hehehhe

tetiba rasa nak makan sushi lg...


Budak tecik ni behave la gak bila dapat makan..
tapi jangan lambat ye...nanti dia jerit nakkkkkkkkkk....
malu mak nak oi....

bergerak macam angin anakku ini...
satu pon gambar dia tak nampak muka...

time ni dah taknak jalan...
nak kommmmmm je....

Citer Afiqah lak:

Afiqah ni guna Pigeon teats yg kaler kuning since dari baby. (Mama dia xdpt nak BF dia like mommy lain.) Putting ni, cepat mengembang and perlu tukar lebih kerap. Sekarang Afiqah ada habit tekan teats tu masuk dalam. Then dia tonyoh2 nak bagi keluar balik. Disebabkan keseronokan dia wat camtu, puting tu sampai koyak dan berlubang sangat besar. Cikgu yang jaga kat taska tak perasan puting tu dah berlubang, and cikgu suruh dia minum milk sb nak tidur kan. Sekali dia tonggeng, hambik kau, habis basah Afiqah. Menjerit la cikgu dia.
Puting camni...pict miss Google..

Sebab mama n papa terlebih busy, sampai tak sempat nak pergi beli puting baru, so Afiqah pergi taska bawak satu botol je la.

And now cerita this week/ Sabtu dan Ahad.

Sabtu petang kami pergi Carrefour nak cari botol susu baru untuk Afiqah. (botol sedia ada satu je yang sesuai digunapakai lagi. Yang lain dah tahap perlu buang dlm tong sampah je.) Jadi, bila discuss ngan hubby konon nak try guna glass feeding bottle. (Saja nak kurangkan penggunaan plastic.) Ok, kami beli la. Tapi tak sampai 10 minit guna, habis berkecai. Botol terlepas dari tangan Afiqah and jatuh atas tiles. Hehehe. Baik la, percubaan tidak berjaya.

So semalam, kena la pergi cari feeding bottle baru. Isnin dah keje. Kalau tak beli weekend kena beli online la jawabnya. (padahal dah survey pon and terbekenan nak beli stainless steel bottle kat website OneBabyWorld. Tapi beli online,tak leh terus dapat. Dasar orang kurang sabar.) Kebetulan kami pergi ke Cheras,(sebenarnya ak dah planning baik punya) lunch kat kedai ayam kampong kat Valadrome,Cheras so terus pergi OBW kat Bandar Permaisuri. (Sebelah opis en hubby je pon) Tapi, stock ngak ada la plak. En hubby cakap, xpe la, beli lain kali. Lagipon sebelah opis dia je pon. Dia mai beli pon boleh. Tidak tidak tidak. Ak x puas hati kalau x dapat beli hari tu jugak. Dah alang2 terus ajak pergi HQ kat Taman Permata (ke pertama? Ak konpius.hahaha).

Kat HQ macam2 ada. Dah rambang mata duk sana, sampai laki ku tensen (Afiqah la, semua benda dia nak touch and wat masuk bakul. Hape dia igt mama dia tokey balak, main letak je apa kamu nak ye anakku?) and cakap nak tunggu dalam kete je pon. Sejam ak amik masa duk belek segala hape feeding bottle yang ada. (ak rasa budak yg jaga pon tensen ngan ak. Bila la minah ni nak bayar.hahhaa) Ada 3 bottle yang kami berkenan. 

1. Pura Kiki Stainless Steel bottle

 2. Stainless steel gak tapi lupa brand (check dlm OBW website xde lak)  

Bentuk and rupa bottle tu camni la tapi xde pemegang tu je...
Gambar ni dapat dari myBBstore 


3. Glass bottle. 
Weego Glass Bottle yang sangat menarik...
Serious jatuh cinta with this bottle...
tapi mama ngan papa tak nak take a risk...
gambar credit to miss google


Dan sebenarnya, ak berkenan sangat kat glass bottle tu. Tapi hubby taknak amik risiko, kalau beli rege mahal2, hancur berkecai sekali lagi. (walaupun ada review cakap setakat jatuh sikit2 bottle ni susah nak pecah.) so ada dua lagi pilihan.

Hubby suka pilihan no.2. brand tu sb nampak kemas and ada silicone cover dah kat luar. (jadi ada penebat haba la kat luar, idak la panas tangan kan bila nak wat susu) Tapi sizenya just 9oz. yg  Pura Kiki tu xprovide silicone cover kat luar and kena beli asing. (dah la rege cover sikit je lagi nak sama rege ngan bottle.) Tapi yang ni for 11oz. So papa kata sebab mama nak belanja, so mama choose la either one mama like. Rege antara dua ni just beza rm10 je pon. So mama kata amik Pura Kiki tu je la. Try tgk camana. (silicone cover tunggu ada modal lebih ye)

Kenapa kami pilih stainless steel? Sebab xyah nak tukar2 bottle 6bulan sekali.(insyaallah leh tahan sampai afiqah dah tak minum susu lam bottle.) Bottle plastic pon bukan murah. So kira economi la, xyah nak tukar 6 bulan sekali kan. Lagipon grade stainless steel ni #304 (grade food yg selamat digunakan and sama ngan bahan untuk wat periuk2 kat dapur tu.) Tak mudah pecah banding ngan glass (tapi ak lebih suka glass. nampak cantik and tough je.hehehe).

Selain botol tu, ak beli satu lg botol Tommie Tippee.  Ni backup sementara ada modal beli satu lg botol stainless steel. Hehehe. Tapi lakiku kata, meh dia welding je termos besi kat umah tu wat jadi botol susu Afiqah. Hampeh tak laki ak.

Ok la. Dah tak tahu nak story apa. Taadaa

P/s: Afiqah jatuh katil pagi tadi. Tgk 24h, if xde apa2 baru lega. 

Thursday, May 3, 2012

Entry Seminggu: Balik Kampung

Assalamualaikum...

Sebenarnya, dua hari lepas nak post entry baru, tapi sb busy sangat, terus x jadi.
Now, time lunch hour, malas nak kuar (dah makan ngan auditor, kul 11 dah lunch, awal nak mampsss) jadi amik peluang update blog.

Last week, after keje sabtu tu, terus balik ke kampung halaman tercinta, Koberang (read as Kuala Berang). dah lama gak la tak balik kampung. so sempena cuti hari pekerja 1 May, kita mintak cuti isnin and extra lg sehari, hari rabu. Konon, kalau selasa nak balik shah alam, kompom jammed.

Aktiviti balik kampung, banyak lepak umah my parents and then balik kampung jumpa my FIL. Suka la Afiqah, semua orang layankan dia. Apatah lagi my FIL. Itula sorang cucundanya (my hubby kan anak sulong. my parents dah berbelas orang cucu. Tapi kepulangan Afiqah memang dinanti nanti. Kepulangan mak ayah AFiqah takder orang nak heran. hahahah.)

Before balik kampung, dah discuss ngan en ahmad, nak bawak Afiqah pergi mandi Air Terjun Sekayu. So. Ahad kan Terengganu keje, jadi kompom tak ramai orang mandi manda. kalau pergi weekend n public holiday, for sure ramai gila umat manusia kat sana. Sebab my niece sorang tu monteng skolah (jangan ikut perangai ini ye adik2) so, dia pon ikut kami sama. (kebetulan lak air takde kat umah, so pergi mandi kat sana la.) Tapi smpai sana, mak pak nya yg over eksited. anaknya, baru masuk air dah sejuk sejuk. dari awal smpai ke dah nak balik, sejuk sejuk. geram nya mak nya ni rasa. so xlama la berendam dalam air tu. (gambar xder sebab malas nak bawak kamera or hp kat air terjun. takut masuk dalam air. tak pepasal menangis tak berlagu) Tapi kan syok sangat2 dapat berendam dalam air yang sejuk dan nyaman. dengan cuaca yang panas terik sekarang, memang rasa nak makan, minum, tidur dalam air je. tak mau kuar2. (over tau)

tapi balik kali ni ak tak sempat pergi makan ikan, sotong, or udang celup tepung. (tiap kali balik kampung, ni antara aktiviti wajib la) lega mak tak mengidam u. kalau tak kempunan i nnt. ouchhh!! (dah macam nyah bunyinya. Goli Mat.) Nak makan celup tepung apa nya lagi, dah kat umah pon melantak tak hingat. (ni la perkara paling ak tak suka bila balik kg. Memang kompom la berat mencanak canak naik. Balik shah alam, kita diet balik hokeyyy.) Mak ak masak gulai ayam kampung, sayur keladi (ni peberet laki ak.) and pagi2 sarapan nasi kerabu my mom. (TERBAIK!!!) 

balik kg haritu jugak, ak dapat melawat sekolah lama ku. Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT). tapi masuk kejap je pon. (kejap pon ok what, dari langsung xder kan?) antar my niece balik asrama. dah banyak berubah ye SMTT. Zatun n Na, ak rindu zaman sekolah dulu. Geng Jalan Ribut. Tapikan, ak sadis tengok asrama, tak berubah2 dari dulu smpai sekarang. Blok gamma tu masih buruk seperti dulu. hahahha.

Banyak la ak mengarut harini. pape pon, 8hb ni besday my hubby. tak tahu nak beli hadiah apa kat dia. tapi boleh dia mintak ak belikan tayar kete dua biji sb tayar kete ak dah start nak menunjukkan tanda2 botak sebelah. (dah macam kepala orang la plak kan?) bagus kan laki ak. hadiah untuk dia pon masih ada relate ngan ak gak. kira tak la dia nak enjoy sorang2. (tapi kalau besday ak, hadiah xleh share2. hahahha. ko igt senang orang nak bagi hadiah? )

sebelum menutup tirai entry kali ni, terima la gambar terbaru dari Afiqah Humaira Comot.

pakai sweater  kak cha....
mama nak capture gambar dia pon susah...
xduduk diam. semua gambar macam angin.. ini je yang nampak elok sikit rupannya...
tu pon tengok tangan...seperti kelajuan angin...



Friday, April 20, 2012

Ragam AFiqah


Makin besar makin ak kena banyak sabar.

Ya ampun! Macam2 peel cik fiqah mama sorang ni. Today umur dia dah 1tahun 8bulan 4hari. Semalam pergi antar dia kat nursery sempat la nyembang2 ngan cikgu2 yang jaga dia. Bila teacher cerita perangai nakal dia kat mama, dia wat muka seblur blurnya n mata pandang jauh ke luar. Memang tak pandang muka mama. Senyum apatah lagi.

Cikgu dia cerita:-
“ Afiqah sekarang suka kacau kawan2 dia. Dia rampas botol susu then dia bawak lari jauh2. Bila teacher mintak dia pon pergi kasi and buat macam dia tak bersalah. Cikgu cakap nanti cakap kat mama. Dia pun cakap balik kat teacher, akap mama. Mentang2 dia kat atas paling senior, tunjuk hero la.”
Bila mama cakap kat Afiqah jangan buat kawan. Bukan main lagi angguk. Bila sampai nursery tu, ak la orang paling baik. diam je. Tapi rupanya, dah jumpa kawan2, ak la paling hebat. Papa pesan suh cakap kat cikgu Afiqah, suh letak Afiqah kat bawah je ngan abg2 n kakak2. Bila duk bawah dia paling Jr. xberani dia nak pukul2 orang. Petang ni mama kena gitau teacher la. Lagipun bila duk bawah Afiqah leh blaja ABC, blaja melukis, nyanyi2, blaja aliff baa taa. Dulu masa Afiqah duk bawah sekejap, dia nampak lebih matang. Cuma satu je yang negative dia jadi penakut.

Perkembangan Afiqah
  •      Akan tiru apa yang dia dengar and nampak.

Sekarang Afiqah suka tiru apa yang dia nampak n dengar. Paling dia suka pakai tudung macam mama. Then dia akan cakap “mey mey”. Kalau merajuk pon dah ada gaya baru. Sambil nangis, pergi mengadap dinding, muka tekup kat dinding, tangan angkat ke atas (macam orang jahat kena tngkap polis tu).  Yang lucu nya, siap boleh beralih tempat. Tapi gaya tetap sama. Selagi tak pujuk or tak dapat dia nak, selagi tu gaya nye begitu. Biasa penyebab utama dia merajuk adalah papa suka kacau Afiqah. Papa memang, mama pon dia suka kenakan.
Bukan main pakai tudung tapi syekshi...
nampak cepentot..

  •       Suka dengar lagu,menari and menyanyi

Afiqah sekarang pantang dengar lagu, konpom terus menari, sambil goyang badan n tangan. Then dia akan nyanyi. (walaupun mama tak paham tapi melodi tu ada) Bila nampak phone mama, mesti cakap “nak star” sambil tangan wat kelip2. Dia nak dengar lagu kanak2. Yang mama geram, orang dah buka tu dengar je la, tapi ni sibuk nak tekan sana, nak slide sini. Bila tiba2 gelap, nak nangis. Marah2 mama. Dia yang pandai2, mama lak jadi mangsa. Tapi layankan je la. Kalau tak nanti dia nangis kuat2 lagi panjang cerita.

  •      Sangat independent, semua pon nak buat sendiri.

Yang lagi buat mama geram, sekarang semua benda nak buat sendiri. Makan, minum, pakai ngan bukak baju n suar, kasut pon sama. Kalau terre xpe. Ni tak, last skali mama gak yang kena wat. Kan senang biar mama wat semua dari awal. Anak oh anak. Dah la kalau mama wt apa2, (makan ke, sikat rambut ke, pakai bedak ke) semua dia nak wat gak. Dengki ngan mama. Pastu bila kita mintak dah taknak kasi macam benda tu dia punya sorang.

  •      Makin kodokut ngan mama n papa. Tapi ngan sepupu dia ok lak dia nak share.

Kalau mama belikan makanan untuk dia, bukan main kedekut. Xmau share ngan mama n papa. Tapi kalau mama ngan papa punya, bukan main lagi dia mintak. Kalau xnak bagi tau lak dia nangis. So mama ngan papa mesti pesan kat afiqah. Kalau nak orang punya kena la share yang kita punya dulu. Tapi kejap je ingat. Sok buat balik. N mama n papa kena ingat kan lagi. Tapi kalau ngan cousin dia, semua dia nak share. Ok la. Ngan mama n papa leh over sikit.

  •      Dah pandai conteng2 kertas

Sekarang pantang nampak pen, mesti cari kertas. Pas dia pon conteng2. Pasni kena extra care la. Takut nanti dia pergi conteng dinding rumah plak. Haru mama nak bersihkan. Hehehe. Dah la semalam siap nak lukis atas muka mama.

  • Dah pandai cakap apa yang dia nak

Kalau afiqah nak apa2, dia dah pandai bagitahu. Kalau nak milk mesti cakap “Nak milk qahqah”. Kalau nak gi mana2. “bye bye kakak” (sampai mama pon dia panggil kakak). Kalau nak turun jalan sendiri “jallan” (berbelit lidah nak sebut). Kiranya skang semua benda dia nak wat dia akan bagitau.
Gigi je yang xnak tumbuh2 lagi...
tapi dah nampak ada macam biji beras kat atas gusi bawah kanan n kiri gigi sedia ada
hope gigi afiqah cepat tumbuh. sian sangat bila nak gigit makanan..

Untuk masa ini, itu je yang mampu di recall. Lagipon dah panjang berjela lak entry ku ini. Bosan lak yang duk membaca ni. Ok see you on next entry. Taadaa.