Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, March 13, 2013

Review Set Bersalin Herbanika NR


Seperti yang dijanjikan dalam entry #ini, after confinement aku akan buat satu entry untuk review set bersalin NR. Dan selepas 62hari, still tak buat-buat lagi. So harini, dengan rajinnya aku akan sedaya upaya habiskan story tentang produk bersalin NR.

Produk set bersalin NR didalamnya terkandung 6 jenis barang. Aku listkan barang yang ada and last sekali aku akan komen kesan set bersalin ni pada aku ye. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin bila anda gunakan kesannya akan berbeza. Dan aku juga tak ambil apa-apa keuntungan bila aku publish entry ni. Aku hanya pengguna dan kalau korang nak beli boleh la cari mana-mana penjual set bersalin NR ni ye. Jom baca.

1.PHYTO NATAL – Guna sampai habis
2.AKAR HERBANIKA – Guna sampai habis
3.MINYAK HERBANIKA – Tak guna pon time pantang. Sebab time mengurut, tukang urut tu guna minyak yang dia bawak sendiri.
4.UNCANG CUCI – ni pon tak guna. Aku guna pencuci intimates tu je sb senang. Tak yah rebus/rendam air.
5.HERBANIKA LULUR – Habis guna. Sangat suka
6.HERBANIKA BARUT – Guna sampai habis jugak.

Komen aku: 

Aku suka set besalin NR ni sebab SENANG nak guna.( Dalam senang nak guna pon ada jugak yang tak bersentuh. Ni semua kes aku nak cepat je.) Yang paling aku suka ialah Herbanika Lulur. Lepas guna tu, rasa kulit sangat lembut dan halus. Memang aku guna lulur tu bersungguh untuk sental segala daki yang ada kat badan ni. Kata pregnant kan. Stretch mark bersepah kot. Tu yang usaha gigih dan tawaduk nak bagi kulit cantik balik. and hasilnya agak memuaskan hati. Tak la sampai hilang terus stretch mark and segala daki-daki hitam tu kalau guna just time pantangkan. Kalau nak hasil yang lebih berkesan kenalah guna secara berterusan. Tapi aku dah stop guna pon lepas dah habis. Sb kedekut nak beli lain.

Herbanika Barut pon best guna. Kata guna untuk mengempiskan perut. So far ada kepis jugak la perut ni. and yang penting lebih mudah nak guna compare tu amway punya. Sebab amway kan kena bancuh. Then bila kering dia bersepah and berhabuk. Yang ni, kau picit then sapu je kat tempat yang dikehendaki. Tapi jangan lupa lapik ngan tisu or kain ye. Sebab nanti habis la kuning kain bengkung korang. Untuk kedua-dua set bersalin yang aku guna, aku suggest dua-dua sebab kesan nya sama if korang cekal hati berbengkung and pakai. Kalau setakat berangan nak kurus tapi malas, sila la berangan jugak nak dapat kesan yang terbaik ye.

Yang kena makan plak ada dua benda. Satu phytonatal and satu lagi akar herbanika (ni minum). Untuk orang yang ada masalah sembelit kena la maka 4 biji. Tapi aku ni alhamdullillah, xde sembelit semua (lepas habis pantang plak start sembelit), so aku just makan 2biji je sehari. Tu pon aku start makan hari ke 11. Sebab risau Afiq Amsyar jaundice.  Kan nurse datang hari ke-10 check baby. Konon lepas nurse kompomkan anak tak jaundice baru nak makan. Last skali, nurse tak datang pon hari ke-10 tu. malas nak tunggu, aku telan je la. lagipon tengok Afiq Amsyar elok je. xde jaundice. So far, dua benda ni antara yang membantu aku untuk turunkan berat badan. Ada dekat seminggu aku miss minum akar herbanika tu. bila aku minum balik, mak kau, segala angin keluar ikut badan. Tapi sekarang dah habis plak dua-dua benda tu. aku nekad nak continue dua benda ni even lepas habis pantang pon. tapi tak sempat lagi beli. 

Tapi aku tahu, semua mesti tertunggu aku review pasal BERAT BADAN kan? Turun tak berat. Banyak ke sikit. Berat aku before aku preggykan Afiq Amsyar ialah 63kg.(sangat demok) sampai waktu bersalin aku ternak lemak dalam badan aku lebih kurang 10kg. Lepas 60hari berat aku adalah 59kg. and aku ada 4kg lagi nak kurangkan. Tapi aku taknak kurang secara mendadak. Now aku control makan and aku tak ambil apa-apa2 ubat. Macam aku bagitahu tadi, aku nak terus amalkan phytonatal n akar herbanika ni. tapi kena kumpul duit dulu sebab duit banyak habis ke benda lain.

Kalau korang suh aku bagi berapa bintang produk ni. aku bagi 4/5 bintang and sangat recommended. Tapi apa-apa pon tetap kena disiplin. Terutama time pantang. (pandai nasihat orang, diri sendiri kelaut) aku ni disiplin kurang sikit terutama bab bertungku. And untuk orang yang berpantang sendiri and takde yang menjaga, produk ni sangat sesuai. Sebab tak cerewet.  So pilih la produk mana yang sesuai untuk korang and budget korang ye. sebab bagi aku semua produk yang ada kat pasaran ni akan bagi kesan yang positif (kalau tak takkan diorang jual and ada yang beli) sekiranya kita positif dan disiplin. Jangan mengharap kesan dalam sekelip mata. nak kurus, arini makan terus kurus. arini pakai terus cantik. xleh macam tu. badan kita ni perlu masa untuk perubahan. benda yang mendadak ni tak bagus. biar lambat asal selamat ye. selamat mencuba dan untuk wanita-wanita yang bakal melahirkan, Selamat Berpantang.

11 comments:

Mimie_Zatun said...

Mcm menarik je. 1st baby sendayu tinggi. 2nd baby ni ingt nk pkai amway. Tpi bila review citer ni mcm nk tukar NR jer.. conpius mak.. adoi..

Mimie_Zatun said...

Mcm menarik je. 1st baby sendayu tinggi. 2nd baby ni ingt nk pkai amway. Tpi bila review citer ni mcm nk tukar NR jer.. conpius mak.. adoi..

Akma said...

dua dua pon bagus. tapi kalau agak pemalas and semua nak cepat macam aku, memang NR pilihan la. sebab main sapu je. amway ni banyak yang bancuh-bancuh. Lagipon aku ni jenis tak pakai yang tepek kat dahi tu. just guna minyak cap kapak je atas kepala bagi kepala relaxs.

Mimie_Zatun said...

Oo.. ak bab2 bancuh ni pn mmg mls jgk. Harap abg tajul je yg buatkn. Sbb tu byk set sendayu tinggi x abis pakai coz byk sgt bancuh2.. hehe

Akma said...

lagipon NR ni barang dia yg penting2 je. masa first pantang lu dah tau mana yang aku guna, mana yang tak guna. so buat apa nak beli set yang banyak benda tapi atlast mmg kau dah tau kau tak guna pon. dah membazir jadinya. yang sikit ni pon ada yang tak sentuh jugak. apa cer.klu ada rezeki pantang lagi, kena beli loose satu-satu la.

azzpinky said...

Ma, NR ada tuk booster EBM x? ak plan nk ambik Shaklee sbb review dr byk user yg kata Shaklee sgt membantu tuk booster susu...tp klau dh ambik Shaklee xkan nk campur2 pkai yg NR gak kan? ak berminat gak ngan NR ni sbb bukan yg jenis pil2 dan kapsul2 tuk telan je mcm Shaklee...minyak NR mmg dh sedia ada kat umah pon...

Akma said...

Dalam info psl phytonatal rasanya ada kata membantu.Pasal shaklee membantu untuk booster susu tu aku tak mo la kata yes its realy work atau no, semua itu poyo. aku pon still tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu ni. Nanti aku share pengalaman aku psl supply vs demand. Tak pon mu try masuk group kami ibu menyusu.banyak benda mu boleh blaja if mu betul2 positif nak fully breastfeed lepas bersalin kekgi. masa tu mu boleh wat keputusan samada perlu tak amik shaklee tu or tak perlu.

mawar yus said...

Salam pn kema...aku tengah gigih gugel set bersalin..tup..tup..terjumpa blog kk..kecik betol dunia alam maya ni...x pasal2 aku dah stalk blig ko...haha...

Ct Edzreena said...

Set Bersalin NR sangat2 best...anak dr no 1 - 3 mmg pakai ni jeee...sebb serasi..& mudah.. anak no 3 berpantang sendiri selepas 10 hari di rumah ibu...alhamdulilah..sangat2 ok..sebab nk kurus & nk displin berpantang secara betul2..so..alhamdulilah...;)

Ct Edzreena said...

Set Bersalin NR sangat2 best...anak dr no 1 - 3 mmg pakai ni jeee...sebb serasi..& mudah.. anak no 3 berpantang sendiri selepas 10 hari di rumah ibu...alhamdulilah..sangat2 ok..sebab nk kurus & nk displin berpantang secara betul2..so..alhamdulilah...;)

nurul iman said...

salam. oooo. ok bagus2. membantu review ni. Biasa saya pakai minyak je. Ni nak try pakai yang lain