Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, December 3, 2014

Episod 1: Afiq First Appointment With Occupational Therapist (OT)

Assalamualaikum.

Selasa (02/12/2014) first appointment Ahmad Afiq Amsyar dengan Occupational Therapist (OT) di KK Bandar Botanic. Untuk first day belum masuk praktikal class, just briefing how class akan berlangsung. OT ada buat analisis tentang behavior AFiq untuk tahu apa sebenarnya masalah AFiq.

Analisis & penerangan OT;

  •      Behavior – nampak normal mengikut milestone umur Afiq. Alhamdullillah.

  •      Afiq tidak menunjukkan ciri ciri Autisme – antara sebab kenapa aku mintak rujuk ke OT and Speech Therapy (ST).  Jadi OT cakap, kerisauan aku untuk Autisme dah selesai. AKu tak perlu risau lagi.

  •       Speech Delay- afiq punya tahap adalah seperti baby berumur 9 bulan. Sangat jauh kebelakang. Tapi OT bukan la orang yang boleh buat Afiq boleh bercakap sebijik sebijik perkataan. Tapi OT akan ajar cara kerja untuk bantu afiq focus dan lebih behave. Selagi Afiq tak boleh focus dan behave, nak ajar dia bercakap pon akan sukar. Dah la nak dapatkan appointment kat HSAR bukan senang, patient ramai. So better selesaikan masalah focus sebelum start dengan ST.  Kalau susah nak gi ST dekat HSAR, maybe aku boleh pergi ke swasta je.

  •       Drooling – Yes afiq masih drooling walaupun umur dah nak masuk 2 tahun. OT cakap ni mungkin jugak sebab kenapa afiq susah nak bercakap. Sebab otot pipi dan mulut dia masih lemah. Untuk selesaikan masalah ni, aku kena urut pipi and mulut afiq untuk bagi otot pipi lebih kuat. OT juga suggest untuk cari straw yang lilit lilit tu, nanti afiq akan sedut dengan lebih kuat. Aku tak jumpa lagi straw macam tu, tapi sekarang en suami akan tekan straw kalau Afiq tengah minum, nak bagi afiq sedut lagi kuat.

  •       Disebabkan Afiq jenis yang cepat serap perlakuan orang, OT bagi kerja rumah untuk aku dan en suami ajarkan Afiq dengan tunjuk dan bunyikan. Contoh  kucing. Tunjukkan kucing pada AFiq then tiru bunyi kucing. Mulakan dengan ajar anggota tubuh dan barang didalam rumah. Walaupun dia taknak focus, keep on ajar ajar and ajar. Memang ini antara masalah yang kami hadapi. Bila kita ajar AFiq contohnya, ni mata, point dekat mata dia, amik tangan dia point dekat mata kita. Feedback dia memang menguji kesabaran, sebab nanti dia gelakkan kita, then lari. Kalau paksa nanti dia akan tantrum.

  •       Aku bagitahu OT aku risau afiq ada masalah Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). OT kata melalui pemerhatian dia untuk setakat beberapa minit ni tak ada ciri ciri hyperactive tu. Tapi melalui kelas kelas yang akan datang, kita tengok Afiq macamana.

  •       Afiq suka pukul orang and tantrum bila tak dapat apa yang dia mahu. Tu pon aku suarakan pada OT. Dia cakap, point ni dia take note and kita cuba untuk tengok kenapa.


Itu saja untuk sesi pertama Afiq di OT KK Bandar Botanic. Next appointment ialah dua minggu dari tarikh first appointment. Ok la. Tak lama nak tunggu untuk sesi kelas seterusnya. So kita tengok la macamana and apa improvement Afiq  bila dah start kelas ngan OT. Aku belum refer ke HSAR. Maybe tunggu apa feedback OT untuk kelas pertama nanti.