Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

My First Day Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdullillah, semalam berjaya menghabiskan puasa ke penamat. Walaupun di awal pagi rasa lemau, lembik sebab ngantuk tak cukup tidur tapi perasaan lapar dahaga langsung tak berjaya melemahkan jiwa. Maybe dah terbiasa tak makan di siang hari, lapar dan dahaga bukan isu utama. Tapi nak mengawal diri dari hawa nafsu mata telinga dan mulut tu yang mencabar sikit.Aku ni suka duk berkuntum kat forum. baca macam-macam isu. So bulan puasa kena la kurangkan baca isu yang tak berilmiah. Kena duduk kat bod agama je selama sebulan.

Korang berbuka apa semalam? Mesti bestkan? Biasa la hari first puasa mesti semangat je kan. tak kira la yang masak ke or beli kat bazaar. mesti meriah je atas meja. Aku semalam takde la beria sangat masak. Masak main dish based on hubby nyer request. Semalam dia request sup tulang. Untuk side dish aku ada dua jenis iaitu goreng kangkung sos tiram dan telur dadar lobak asin. Air plak soya kotak yang memang dah sedia ada dalam peti ais. Simple tapi menjilat pinggan jari. Kuih memang tak beli. Malas nak menjengah bazaar ramadhan. Next week kot baru beli kuih. tu pon kalau jiran aku dah start buka gerai kat simpang jalan masuk taman umah kami. Kuih jiran aku jual best. Feveret aku donut ngan karipap dia. Laki aku plak suka sardin roll. Atleast beli ngan dia dah tau sedap. Pergi bazaar belum tentu sedap. Harga bukan murah sangat pon. Aku tak snap plak juadah berbuka semalam. Boleh tak sebelum berbuka dah ambil hp nak snap gambar. Pastu Afiqah sibuk suh amik gambar dia. Terus lupa nak snap gambar. Dah separuh makan baru teringat. huhuhu.

Laki ku antara feveret dia ialah sup tulang. Tapi faham je la kalau nak masak tulang nak kasi empuk betul-betul memang makan masa. Sebelum ni kalau nak lunch sup tulang, pagi-pagi lagi dah start merebus tulang. Memang dua tiga jam atas dapur. Bukan je makan masa, tapi membazir gas lagi ada la. Lakiku kata kalau macam ini gayanya memang sup tulang masak weekend je la. Sedeh je bunyinya. Then sehari sebelum puasa kami pergi giant nak beli diapers ngan susu anak. Tetiba nampak pressure cooker 4L jenama ntah pape rege RM59.90. Ini yang manual tengkek atas dapur gas. Bukan electric punya ya. Dah lama dah lakiku ini bersungut nak cari pressure cooker tapi macam mahal sangat katanya. (Aku malas la nak cakap kat dia camni. "Ai bang, mesin pancing ngan joran beribu boleh beli. Takkan pressure cooker harga seratus dua takleh beli." tapi cam kejam je bunyinya.) Hari tu bila jumpa yang bawah seratus terus dia beli je. Satu lagi alasan dia taknak beli yang mahal takut beli tak guna. Tu tuju ke aku la tu. Semalam rasmikan la. Tengok macamana performance pressure cooker tu. Alhamdullillah sangat success. 45minit dah empuk tulang ngan daging. Like sejuta kali. Walaupun murah and takde jenama tapi sangat membantu aktiviti memasak saya dibulan puasa.

Tapi yang lawak, aku ni kan ulu sikit. Mana reti guna pressure cooker. Padahal umah parents aku ada je. Tapi sebab aku kurang cakna (ambil berat) tu yang blur je bila nak guna. Kelam kabut aku tutup api bila dengar bunyi wap keluar dari pressure cooker tu. Rasa bodoh gila time tu. Pastu bila nak buka takut meletup. hahaha. So aku stopkan then aku google camana cara nak guna pressure cooker. Sedeh sungguh nak guna pressure cooker pon siap google. Nasib aku tak kol mie aku tanya. Kalau tak memang kena gelak la. Rupanya aku kena masukkan dulu semua bahan kasi sedap, tunggu didih baru tutup. Lepas dah tau terus konpiden nak guna. Walaupun sebelum tu aku rasa betapa bodohnya diri ini, benda simple camtu pon tak tahu tapi takpe atleast aku tak terus membodohkan diri sendri and try to get info kat tenet. so semalam aku dah dapat new knowledge. Clap clap clap untuk aku.

Petang ni korang masak apa? Aku dah ada idea nak masak apa petang ni. Still lagi simple dish tapi bakal menjilat ibu jari kaki. Yang pasti main dish aku hubby dah tentukan. Dia nak makan ikan bawal goreng garing-garing. Untuk sayur, aku nak buat masak tumis labu air ala terengganu and tak dilupa telur dadar. Pastu ikan bawal kita cicah budu letak cili padi pedas-pedas. ayork dah meleleh air liur ku ini. Simplekan? kami memang tekak kampung sikit. Kalau lauk bandar ni, lakiku kurang sikit nak tambah menambah nasi. Tapi kalau aku masak camni, tak sedar dah dua pinggan. Memang puji pujiann la aku dapat Baru semangat aku nak terus memasak. Lagipon AFiqah pon memang suka makan makanan bersup. kalau masak merah ke kari ke dia tak berapa nak makan. Sikit sangat makannya.

Ok la nak sambung kerja plak. Tadi pening mengadap nombor. tu yang curi masa tulis entry. hehehe. SElamat berbuka ye korang. Kalau ke bazaar ramadhan jangan membazir ye. BYe. see you next entry.

Thursday, July 4, 2013

Makan Makan: Mohd Chan Restaurant (Chinese muslim) : Kota Kemuning

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama planning nak pergi try makanan kat Restauran Mohd Chan (MC), akhirnya semalam berjaya juga merasa makanan kat sana. Restauran ni last year baru buka cawangan dia di Kota Kemuning. Sebelum ni aku biasa lalu depan kedai dia kat Seksyen 15 Shah Alam. Tapi sebab always la sorang-sorang kalau pergi sana (pergi ambank bayar loan kereta) so tidak la nak masuk makan. Kebetulan semalam pergi bank dekat ngan area MC restaurant ni so kita singgah la ye.

Semalam kami order nasi putih, tom yam seafood, butter prawn, daging masak black papper kot plus air satu sorg. Aku amik Mango QQ jelly, hubby Jus epal asam boi and afiqah air ribena. Afiq amsyar sila tengok sahaja. Semua skali rm73.

Penyebab utama aku nak sangat try makan kat sini is butter prawn. First time aku makan butter prawn kat bukit kemuning.  Memang sedap sangat. Cukup rasa. Memang kedai Chinese tapi ramai gak Malay (muslim) makan kat sini. Sebab time ni orang bawak (vendor) and diorang kata halal. So aku taknak pikir bukan-bukan la. Tapi untuk pergi skali lagi sendiri tak la kot.  Dah banyak kedai aku pergi and try butter prawn tapi semua mengecewakan. Will see macamana plak kat MC ni.


First tengok gambar dah passed. So kita order. Satu plate ni harga rm25. Bila sampai, passed sebab sama yang aku harapkan. Yang penting serdak dia tu kena cantik and kering. Tak berminyak or lembik2. So lets try. Hmmmmmm…… Dari segi rasa tak mengecewakan aku. Tapi still xleh lawan kedai yang first aku makan tu. dia punya serdak, bahan perasa semua sekata. Bila ko makan, xde la yang sini masin sikit, tawar sikit. Untuk MC ni, rasa dah sedap, Cuma kadang bila makan serdak tu, aik boleh rasa telur yang tawar. Tapi kalau kena yang betul, memang cukup rasanya. Harap korang paham apa yang aku maksudkan la.

dalam gambar nampak macam pedas..
tapi yang aku makan semalam kaler dia pucat-pucat sikit sebab mcm letak santan/susu.

Tom yam seafood dia aku suka. Small portion harga rm15. Berbaloi sebab walaupun small boleh makan untuk 3-4 orang. Tomyam dia lain sikit dari kebiasaan tomyam yang aku makan sebab macam ada masukkan santan or susu sejat. Pedas pon light light je and sesuai la kalau bawak budak kecik cam Afiqah. Kalau ikut selera mama dia ni, memang tak makan la anak aku tu. Suka betul Afiqah ngan tomyam tu. 3 mangkuk dia hirup kuah. Afiqah memang feveret dia kalau kuah-kuah or sup sup ni. KIra bila Afiqah makan berselera means tomyam dia sedap la tu.


Daging black papper tu ok la. Harga lupa la plak. Resit ada ngan lakiku itu. Yang tu lakiku makan banyak sebab dia memang feveret daging-daging ni. seafood suka juga tapi ikan la. Kalau udang dia kurang sikit.  So bila lakiku makan habis means ok jugak la tu. dia xde complain apa-apa kira MC ni passed la piawaian kami. Laki aku ni kalau tak best memang dia berzikir la kat telinga aku cakap tak berbaloi apa semua. so bila xde bunyi bunyian kira dia suka. Nasib sebab aku yang ajak dia makan.
Air lakiku ngan AFiqah sedap la. Tapi air yang aku pilih rasa macam air ubat la plak. Hahaha. Tapi dalam rasa air ubat tetap habis jugak aku sedut. Dah itu je air yang ada. takkan nak bazirkan. So minum je la sampai habis.

Aku bagi 3.5bintang untuk restaurant Mohd Chan ni. Service pon laju, and kedai pon bersih. Makanan dia sedap untuk dimakan tapi tak la wow sampai ko teringat-ingat sampai sekarang. But still worth it la bagi aku. so kalau korang nak try boleh la pergi ke cawangan yang berdekatan dengan tempat korang. Kalau korang tak pasti kat mana boleh chekidout dianya website www.mohdchan.com.my . Kat situ ada menu and info berkaitan ngan kedai diorang. Aku pon xde nak ambik gambar makanan yang aku makan. Semua aku amik dari website diorang je. so credit all pictures to Mohd Chan website.


Nota kaki:- entry ni hanya pendapat aku sebagai seorang customer. Takde dapat komisyen pape pon buat entry ni ye. Just bagi review kot ada yang tengah usha-usha kedai ni and still konpius ok ke x. Tapi kalau tak kena selera korang jangan salahkan aku plak. Ni ikut selera tekak aku la. lain orang lain pendapat. Ye dak? 

Monday, June 18, 2012

Makan Makan: Mastercook (Muslim Chinese Cuisine), Bandar Sri Permaisuri


Assalamualaikum...

Arini nak citer tentang aktiviti makan2 kitorang. Last week (lupa hari apa), kami pergi makan malam di Restoran Mastercook. Menyajikan makanan ala cina muslim gitu. 


Dah lama sebenarnya en hubby nak ajak makan kat sini, tapi asyik tertangguh je. Kenapa en suami ak bersungguh sangat ajak ak makan sini? Adakah sebab ada awek cun? Atau memang makanan dia marvelous?  Sebenarnya, laki ku itu idak la pernah lagi pergi makan sana. Tapi sebab director company dia cakap best, so dia pon nak gak try. Tapi takkan nak try sorang2 kan, kena la bawak anak bini sama. Nanti puan isteri bising and merajuk plak tak ajak dia. Nanti cakap en suami nak makan sedap sorang2. Hehehe.

 So semalam, akhirnya berjaya jugak kami makan kat sini. Kat mana location restoran ni? Ia terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras. Kedai dia bersebelahan dengan kedai Satay Station and Snogurt (kedai ala2 tutti frutti).  Jauh kan kami pergi makan. Umah kat shah alam. Cari makan sampai ke Cheras. Sebenarnya, kebetulan nak ke KLCC jumpa my sis in law. Dia datang sini untuk program maktab. So terus la pergi.

Makanan kat sini ok la. Ak bg 3.5/5 untuk this restoran. Kira makanan dia ok la. Boleh makan, but ak pernah makan tempat yang lagi sedap. Hikhikhik. Or mungkin sb kesilapan ak tak order nasi putih tapi makan lauk pauk ngan nasi goreng thai menyepoil kan kesedapan makanan tu semua. Laki ak la ni, dia kata dalam menu takde nasi putih. Ak ni plak xtau nape semalam blur tak terkeluar tanya kat waiter tu. hahhaa. Jadinya, nasi goreng thai tu ak makan hanya 1/3, selebihnya ak makan lauk je.  (nasi goreng thai tu sedap sebenarnya, tapi sebab nasi dah ada garam, lauk pauk pon sama, jadi ak rasa macam masin gila makanan ak)

Jom layan gambar makanan yang kitorang order.

air longan & barli

Tomyam...
Hubby suka, ak pon suka gak, tapi compared to tomyam kat Pormthip (kat area situ gak)
ak lagi suka yg pormthip, sebab pedas gilosss...
ak skg memang hantu pedasss...

Scallop Porridge, sedap gak la
ni en ahmad makan ngan Afiqah...
tengok Afiqah makan banyak, maknanya sedap la tu...
mama rasa sikit je...

Dry Butter Prawn. Ok la, sebab ak rasa habuk2 dia tu kurang rasa.
ak pernah makan kat satu kedai kat KLang.
yang tu memang sangat sedap smpai rasa x cukup...

ak lupa nama apa, tapi benda ni macam taufu fa, letak kicap kat atas.
yang ni ak suka, sedap sangat.
maybe sb ak memang suka makan taufu fa kot.

ni nasi gorang thai yang ak makan sikit gila.
sedap tapi masin nak makan ngan lauk2 tu semua.
So bayaran untuk semua ni RM 75++. Ak tak igt sen kat blakang. Yang jadi mahal sebab butter prawn tu la (RM45/35). Tapi takpe. Sb ak nak makan, kira mahal pon mahal la. Laki bayar. Kihkihkih.  After makan kami pon bergerak ke destinasi tujuan. KLCC. Nnt update tentang ni k.

Wednesday, August 10, 2011

Bistik daging burger di Ramadhan ke-9

Assalamualaikum,

Cepatnyer masa berlalu, sedar tak sedar dah 10 ramadhan kita berpuasa...
dah hampir ke pertengahan Ramadhan...
Setakat ni berpuasa sy berjaya memasak juadah berbuka untuk kami ber3...
dan  belum merasa berbuka di luar...
cuma ada sehari tuy time berjalan kat bazar terbekenan ngan kerabu perut...
so beli la rm2...aduh!! x terkata diri ini...
ciput sgt penjual tuy letak...tp xper, harapan bila balik makan n rasa nyer berbaloi...
tapi sangkaan ku punah...rasa n bau kerabu tuy mcm dah lama...
tp x nak membazir makan la jugak...en suami rasa sikit terus dah xnak mkn...
so better masak jer kat umah yer...

so semalam masak Bistik daging burger...
ni semua sb xnak membazir beli bahan mentah kat pasar...
n guna jer daging burger dalam peti...
igt nak share la resepi ngan kawan2 seme...
senang n simple jer resepi ni...

Bahan2 yg diperlukan...

Bistik

1.2 keping daging burger
2. 2 biji telur
3. 1 biji tomato buah (potong dadu)
4. Lada sulah
5.Garam 

cara2

Lenyek daging burger then pecah kan telur dan gaul sebati...
kemudian masukkan tomato dadu dan perasakan dengan lada sulah n garam...
kemudia goreng didalam minyak panas...

Bahan sos

1. 2 ulas Bawang merah - dimayang
2.1 ulas Bawang putih
3.2cm Halia
4.2 biji Cili Padi
5.1 sb Sos Tiram
6. 2 sb Sos tomato
7.2 sb Sos Cili
8. 1/2 sb besar Cili Giling
9.Sayur sayuran (ikut la nak guna sayur apa yg korg suka)
10.Tepung jagung campur air

Cara2

Tumiskan Bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi..(saya guna halia yg banyak sb hubby suka makan halia) sampai naik bau...then masukkan cili giling...(saya guna cili giling setengah sudu jer sb dah letak cili padi,lgpon kuah bistik ni kena ada rasa2 masam sikit2) masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato...masukkan sedikit air...then masukkan la sayur2 yg dah dipotong...(sy guna bunga kobis,sawi,carrot and sedikit tomato)..biarkan lama sampai sayur masak...then masukkan bancuhan tepung jagung (ni nak bagi kuah lebih pekat)...kemudian perasakan dengan garam dan gula...dah siap, angkat then kasi tuang atas ituy daging ngan telur yg dah goreng td...

ini la hasilnya


p/s: maaf sekiranyer resepi saya sukatan kurang tepat, sb saya memasak memang x guna sukatan...saya masak main agak2...

Saturday, August 6, 2011

Tupat Sutong a.k.a Sotong Sumbat

Assalamualaikum...

My hubby penah request nak makan tupat sutong ni...
klu org pantai timur sure tau makanan ni...
sotong yang disumbat ngan pulut dan di masak ngan santan...
actually, tupat sutong ni ada 2 version...
satu version manis, ni kelantan style and 
satu lagi version berlemak berkrim disukai ramai, yg ni lak Ganu style...
cara nak masak dua version ni bezanya satu tuy letak gula melaka/ nisan...(bukan batu nisan yer)
n satu lg xyah letak...klu nak letak pon sikit2 jer nak bg rasa manis lemak berkrim gituy...

ak ni macam biasa la...dari kecik smpai ke besor yg ak pandai...MAKAN...
mmg x pnh tau pon camana nak wat tupat sotong ni pon...
disebabkan sayang sayang abg punya psl...me menggodek la resepi2 yg ada dlm tenet ni...
sebenarnya nak kol my mom, tp smlm mie sy lupa la plak nak charge hs...
kol punya kol asyik masuk voice mail jer...
dpt la resepi ni dr website my resepi...tq kepada tuan punya resepi...

so nak share ngan korang resepi tupat sutong versi lemak berkrim disukai ramai
(ak suka yg manis, tp hubby ak suka yg ganu version...so ikut abg la)

bahan2 yg diperlukan
(ak punya resepi mmg xder sukatan...main rasa2 jer)

sotong putih (ikut bp ramai nak makan)
pulut (kasi rendam lbh kurang 1/2 jam)
santan
halba
bawang merah (mayang)
halia 
gula n garam secukup rasa

cara2...

basuh sotong kasi bersih...kepala sotong klu nak masak skali pon xper klu x nak pon xper...
(ak xsumbat pon kepala sotong)
kasi masuk pulut yg dah rendam dalam sotong...pulut tuy jgn masuk sampai penuh...
2/3 pon ok sb nnt pulut tuy kembang, pecah lak sotong bila masak nnt....
then korang cucuk sotong ngan lidi kat bahagian atas...(xnak kasi pulut tuy tumpah)
panaskan santan...then masukkan sotong...
campakkan semua bahan2 halba, bawang merah n halia...
then perasakan dengan garam n gula...klu nak manis sikit leh letak gula melaka...
tunggu mendidih n cucuk sotong nak pastikan pulut dah masak...
siap...sgt senang hokey...
ni la hasilnya

tupak sutong...best2...
p/s: arini dah ramadhan ke-6...means anakanda dah setahun klu calculate dlm bulan islam...ptg ni balik kg amik anakanda kat kg...

Thursday, July 21, 2011

Tart Gulung Pertamaku..

Hello frens,
Semalam, i super duper excited nak try resepi  'Tart Nenas Gulung' given by my dear fren, Mrs Zatun Najmiah.
Actually,ni my first trial nak wat  my own biscuit utk celebrate Hari Raya this year.
FYI, i'm not too good in the kitchen...
Masa bergelar student, saya mmg x masuk dapur tolong my mom masak...
masuk dapur cari makanan, YES...itu la saya...
Dasatkan diri ini...kihkihkih...

Berbalik kpd story mori wat tart gulung ni...
smlm, after office hour saya rush balik umah...
smpai jer umah terus kuar kan brg2 nak wat biskut...
lepas berperang kat dapur, akhirnya doh utk tart gulung pon siap...
ngan xcitednye sy pon masukkan doh dlm acuan...
try tekan acuan...Ya Ampun...macam tekan batu...
smpai peluh2 nak dpt 10 biji tart...
dlm kepala...doh ak ni keras sgt ke...rasa ngan tangan cam lembut jer...
Xpe2...try la bakar luy yg 10biji tuy...
letak dlm oven 15 minit....
Ting!!...dah siap...bukak2 oven...hambik ko...gelap...(gambar lupa nak capture)
Hahaha...try la rasa...not bad even dah hampir hangus...
lega 10 biji jer...

Ak pon tunggu la my hubby balik...nak suh tolong ak tolak acuan...
hubby ku ini, klu korg nak tau lg terre bab masak memasak dr ak...
ak nak masak kene ada resepi...dia x perlu semua tuy...
dia tung tang tung tang kat dapur...sedar2 dah masak...
sedap jauh dr ak msk lg...
Sebab tuy klu ak masak x sedap baik dia punya komen...
(tp jarang dia kata x sedap...jaga hati ak la tuy)

Balik2 jer...dia tolong ak kat dapur...
dia cakap doh ak keras ni...
so dia suh ak pukul butter smpai kembang...then masukkan balik doh tuy...
Yeeee!!!...akhirnya doh ku jd cantik molek jasa en hubby ku yg sgt hebat...

Ini la hasil kerja keras ak mlm tadi...
Cantik nyer tidak sebab ak x sapu kuning telur pon atas tart...
ak malas...just nak try masuk dlm mulut jer pon...
TADAAA!!!dipersembahkan...

ni bawak opis nak bg dak opis rasa...
Komen pengkritik utamaku:
en suami: dia kata best...leh la wat utk raya...tp pas masak tuy tolong kemas dapur yer...
ak jawab: ala smlm tertido...konon nak tunggu biskut last tuy masak...last2 ak tido smpai pg...

petang ni nak try wat Almond london cik Noni plak....


Monday, June 13, 2011

Review:Muara Ikan Bakar @ NorthPort Klang

Hello fren...
dah lama sgt teringin nak review tmpt2 mkn yg best kat malaysia ni...
but today baru berjaya merajinkan diri nak menulis (taip) kat blog ni...

actually, ak mmg suka makan...
ada ke org x suka mkn??
n biasa bila hari gaji, we will spend our money utk melawat tmpt2 yg special (for us la)
maknanya belanja lbh sikit la from our regular days...
biasa klu x msk mesti pg mkn kat kedai belakang umah or benti psr mlm jer...

Tempat: Muara Ikan Bakar, Northport Klang

sini dah nama tepi laut for sure la makanan yg diorg serve berasakan seafood la...
if ask my opinion...food taste here i gave 3.5/5...kiranya xder la tip top sgt...
but i like to eat here because the view time malam kat sini...
n harga agak berpatutan... (4/5)..ni compare to other seafood restaurant yg pnh ak pg la...
yer la klu ko melantak mcm2 nak rege cam ko mkn nasi goreng sepinggan x logik r...
n kitorg dtg sini, mmg cam dah ada menu wajib r...

sotong celup tepung.
ketam masak pedas.
ikan pari bakar.
n biasa kita tmbh ikan masak tiga rasa.

posing luy sementara tunggu makanan smpai...

muka lapar...cam x mkn seminggu...

suka view kat sini...tenang jer...
ni la makanan yg kami order...
tp ada satu dish yg lupa nak capture sb smpai plg lamabat...
dah asyik melantak...


sotong celup tepung...tuy dah luak sikit...smpai plg awal...

nasi puteh...
kat sini ada pilihan...smada nak nasi puteh atau nasi lemak...
biasa smbal nasi lemak ngan kacang awal2 diorg dah letak...
tp ak prefer nasi puteh jer...
xpnh try plak nasi lemak diorg.

pari bakar...ni makan tanpa nasi pon best...cicah air asam

ni air ak jer...smpai 2 gelas...

ketam masak pedas...ni pon slalu makan last...hbskan nasi pastuy mkn ketam saja...
layanan n serving kat sini sgt pantas...
even org ramai tp diorg leh manage...
ak bg 4/5 utk serves diorg...
so klu yg nak mkn ikan bakar or seafood leh la try dtg makan sini yer...




Sunday, June 12, 2011

Minggu Western Food!!!

Uiks!! Ntri ak kali ni cam ada celebration minggu Western Food jer...
cam smbutan minggu setiausaha jer...hukhukhuk...
no lah...actually, me n hubby rs mau makan western this week...
so kitorg planning mau pg ke satu kedai makan @ ss26...Williams Corner...
rasanya ramai tau kot kedai ni...tp today mls promote dis kedai here coz i'm frustrated hokey...
kitorg ngan gembira pg ke ss26....then smpai2 kedai tuy dah xder...
kedai dah kena runtuh...
Oh My!!! mau makan macaroni carbonara seafood...so kami pon balik dgn kekecewaan...
(rupanya kedai tuy dah pindah...)

then kitorg decided to cook it at home...
we went to giant Putra Height n bought all the ingredient...
so mlm tuy kitorg masak...
tadaaaaaaaaaaa!!!!
ini la hasilnya....
macaroni carbonara

beef steak with black pepper sos
best rasanya...n kita lbh appreciate apa yg kita msk...


Monday, June 6, 2011

Sana Sini Majlis Kawen!! SELAMAT PENGANTIN BARU...

Hello frens,
last two days, i went back to my hometown "LASAKLAND"...
mesti ramai confuse kat mana kg ak ni...
ada ke kg kat mesia ni namnya LASAKLAND...
hehehe...actually LASAKLAND ni gelaran ak n hubby utk KUALA BERANG...
terbaca dlm majalah PRAJURIT, n they called Koberang as LASAKLAND...
so start from there we called koberang LASAKLAND...wink!!wink!!!
inila bandar LASAKLAND...credit to panoramio.com
balik kali ni sgt banyak jemputan majlis perkahwinan...
sana sini kawan kawen...ada yang dpt pergi n ada yang x...
4hb June tuy umah ak pon agak bz ngan org kg bergotong royong...
aik...ada kenduri lg ke umah Cik Zah ngan Pak Asang??kenduri sape??
hehhehe...xkan kenduri cucu kot...kui3...
actually, my childhood friend weds...Tahniah huda n fahmi...
so semua proses memasak kat umah ak...
makcik2 sdg bergotong royong

masih segar suasana kg
mmg sgt syok duk RUMAH MURAH JALAN PUSARA ni...
kat sini mmg masih kuat suasana kg..
walaupun sini bukan la kg, tp hanya kawasan perumahan...
ak sempat tolong makcik2 gaul rempah untuk gulai daging...
kiranya satu periuk gulai tuy hasil air tgn ak la...kihkihkih...
biar tolong gaul jer pon...pakai senduk k...bukan ngan tgn...hahhaha
baru ngesyok tolong org...Fariezza pon pggl chu...Afiqah batuk...dia muntah...
tido x smpai sejam...dah bangun meyah mama ni...
Afiqah klu org ramai2 kat umah mmg dia x tido la...klu tido pon kejap sgt...
mama naik tgk dia...dia pon angkat punggung nak bgn dr buaian ...
wat turun bwh lwtak dlm walker...mcm pelesit la...kesn sini dia...

main cak cak ngan papa

papa dah penat tolong org...duk rehat ngan meyah...
aktiviti seterusnya nak ke jemputan lain la plak..
mandikan afiqah, tunggu papa mandi,
n last skali mama turn mama la...

ada call la mama....

afiqah dah cantek...nak g kenduri...
afiqah pon dah siap...kitorg pon gerak ke kg kepong  (ye kot)
kenduri kawen kawan my hubby...
lepak2 tunggu pengantin smpai...
then kami gerak ke batu 21, Ajil lak...
ke kenduri kawen my BFF since SMA Mahmudiah...Mimie...
hujan plak turun ptg tuy...hujan rahmat...sejuk sikit Hulu Terengganu...

3 umah jer kami berjaya pergi...sb banyak jemputan kawen kawan2 luar terengganu...
so x dpt la attend...
to all my dear frens yg kawen...congratulation...
semoga berbahagia ke akhir hayat...