Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label suka suka. Show all posts
Showing posts with label suka suka. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Salam Ramadhan....Apa Khabar Semua??

Assalamualaikum.

Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa pada semua.
Hahaha. Ada lagi ke yang baca blog aku ni? Berzaman tak update.  Seriously aku busy and takde mood nak update blog. Baru dapat mood nak mengarang, time tu la ada kerja nak kena buat.  Terbantut segala idea.

These few months, a lot of thing happened to me. One of my best friend time study dekat USM telah kembali ke rahmatullah menemui penciptaNya. Arwah meninggal  pada tanggal 22 June 2014. Pemergian arwah sangat terkesan di hati kami teman teman rapat dia. Aku akan buat entry khas untuk Arwah Nor Hamidah Mohd Zulfi. Yang lebih meruntun hati kami, arwah pergi meninggalkan dua anak lelaki yang masih kecil. Si abang nak masuk 4 tahun, dan adik baru 6bulan. Masih kecil untuk mengerti dengan apa yang berlaku. I will story all about this in one special entry. Dah karang pon tapi lom terdaya nak habiskan.

Also happened in June. On 1st of June 2014, aku miscarriage. Unexpected and sangat blur blur dengan apa yang jadi. But I have nothing to cry for. Ketentuan Allah. Sebab apa boleh miscarriage? Janin tak sihat and naturally jatuh. Maybe I have not enough rest and a little bit stress with my work routine. That time I am really busy sampai balik rumah pon lewat malam. Afiq siap merajuk and buat buat tak kenal mama masa tu.Tapi apapon yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Pejam celik pejam celik, 12hari je lagi kita berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Surely ramai dah dalam holiday mood and raya mood kan. Dah shopping raya ke semua. Aku siap buat check list raya. Ye la, bila bajet ciput, kena plan betul betul la. Sebab bajet ni bukan untuk raya je. Lepas raya pon banyak lagi nak pakai duit. Lagipon bukan aku je nak raya, kereta pon nak beraya gak. Yela, kg tercinta bukan dekat. Sebelum balik nak kena service apa yang patut. En suami plak banyak pulak dia punya planning untuk kereta sebelum balik kg ni. Nak tukar tayar, tukar break pad, alignment tayar lagi. Senang cakap bajet kereta lagi besar dari bajet raya. Ni pon kira half half. Kereta kongsi so semua kena kongsi la kan. Pastu next month pon kira besday kereta. Nasib la dah bajet siap siap untuk insurans and road tax. Kalau tak lagi haru biru.

Tahun ni, puasa and raya sangat bajet. Tapi kawan kawan aku cakap bukan bajet tapi wassattiah. Tahun ni memang aku pilih untuk masak sendiri untuk juadah berbuka. Balik kerja sempat gak la rehat rehat lu dalam sejam. Biasa kul 6.30 baru aku start masak. Masak lauk yang simple je pon. Pastu aku masak maximum 2 lauk. Tapi banyak hari buka puasa satu lauk je. Memang wassattiah sangat ni. Hahaha. Sebenarnya aku ngan en.suami memang jenis tak pandai makan lauk yang pelbagai sangat. Tak reti nak campur lauk pastu sumbat dalam mulut. As long as takde complain dari en. Suami cukup la kan. Perut pon kenyang jugak walaupun satu lauk. Ke macamana?

Baju raya pon beli yang biasa biasa je. Anak ni bukan dia kisah mahal ke murah. Janji cantik ala ala pwincess cukup lah. Kalau Afiq tu lagilah tak tau pape. Apa aku sarung itu yang dia pakai. Macam Afiqah dah ada taste sendiri. Baju yang dia rasa cantik kita amik je la. Bajet baju raya rm300 untuk empat orang. So far berjaya bawah target lagilah.
Company aku ni tak macam gomen atau company lain. Gaji dah tetap masuk end of month. Raya ke apa ke tetap masuk akhir bulan. Takde nak awalkan. Kalau rasa pokai sangat boleh la mintak advance ngan boss. Aku ni ngah fikir nak advance ke tak. Kalau advance takut sakit lepas raya plak. Happy sangat habiskan duit untuk raya, hidup lepas raya terumbang ambing.  Jadi aku akan fikirkan balik samaada nak advance ke x. Korang rasa perlu tak?

Apa lagi ye nak story? Hmmm…kalau ada masa aku nak share program “The Biggest Loser 2014”. Bukan rancangan TV pon. Tapi rancangan aku sendiri. Ni semua sebab berat aku lama sangat static dengan angka 6 dihadapan. Aku sakit hati tengok penimbang. Aku mulakan program aku ni masa berat aku 64-65kg.  Memang take time la program ni. Sebab aku tak menggunakan apa apa produk. Just buat sendiri. Jadi apa pencapaian aku? Oklah. Ada pengurangan dari size baju dan seluar jeans kira pencapaian yang membanggakan la. Nnt aku share ok.


Oklah…jumpa lagi di lain entry. Itu pon kalau datang mood rajin aku lah. Selamat berbuka puasa semua. Assalamualaikum.

Friday, November 29, 2013

Tudung Biru Tak Cantik & Kain Pasang Cotton Silk

Pagi ni pergi kerja aku pakai shawl dari Radiusite yang triple colour tu. 
Dah lupa apa ke nama tudung tu.


Inilah tudung nya...
Saja up gambar terbaru tuan belog..
Ada purple, grey and blue colour.
Tengah duk melilit tudung ni tetiba Afiqah bersuara.

Afiqah: Mama tak cantik la tudung mama.

Terus terhenti tangan aku yang tengah duk cucuk jarum. Sentap hati mak kau ni nak bila anak cakap tak cantik. Mak kau ni dah habis perasan cantik tau dak.
Aku pon tanya dia balik.

Mama: Kenapa cakap tudung mama tak cantik.
Afiqah: Sebab BIRU la.

Ayork!! Sebab biru je pon.
Then aku tanya dia lagi.

Mama: Dah tu warna apa mama pakai cantik.
Afiqah: Pink laaaaa.

Hahaha. Anakanda ku ini very the girly la. Nampak je cam ganas. Sekali suka pink.
Mamanya plak memang kurang gemar warna pink.
Takde la tak pakai langsung pink karer. Tapi agak jarang la.

Citer pasal warna pink. Ingat plak kisah kat matrik.
Aku memang takde langsung tudung pink. Aku ni tak putih, hitam, pastu krim. Itu je la warna tudung aku.
Sengkek giler.
Bosan giler minah nama NURUL AKMA ni.
Nak wat camana. Aku kan natural beauty. Hahaha..Giler perahsan.
Sebenarnya aku ni memang minah sempoi tak pandai la nak cantik cantik sangat.
Sekali tu aku pon pinjam la tudung pink kawan aku.
Ada janji nak study kat library beramai ramai.
Roommate aku, practicum mate aku, boyfriend aku time tu and bestfrend Bf aku.
Kata ada boyfriend. Nak la kelainan sikit. Tu yang pilih pink.
Punya la lambat bersiap, semua duk tunggu aku kat library dah time tu.
So aku pergi sorang-sorang.
Masuk je library, diorang ada kat meja depan.
Semua duk pandang aku. Pastu wat muka terkejut masing-masing.
Sampai jalan pon tak betul aku bila semua duk pandang macam tengok miss universe datang library gitu.
Bila duduk terus diorang cakap, lain giler tengok aku pakai warna pink.
Berseri seri dan cantik giler (yang cantik giler tu aku tambah sendiri. Nak bagi sedap cerita)
Lepas tu tiap tiap hari aku pakai tudung pink. Hahhaa…
Ok tak..tu aku tipu. Memang takdenya aku nak pakai pink sebab orang puji.
Tetap la pakai tudung bawal putih, hitam, krim.
Kalau nak lain sikit pinjam tudung rummate kesayangan ku HUDA and SHU.
Tapi biasa tudung HUDA la jadi mangsa sebab dia je banyak tudung. SHU tu sama je ngan aku.
Warna basic sudah. Orang cantik, pakai apa pon cantik…hahaha…Ok tak kelakar.

Kembali ke cerita Afiqah.
Ni kali kedua dia cakap tudung aku tak cantik.
Dan kedua-duanya sebab warna biru je pon.
So sekarang aku dah tahu, di mata anak aku biru adalah tak cantik.
Nanti raya tak yah la buat warna biru, nanti Afiqah taknak pakai.
Raya tahun depan confirm bukan biru la.
Hehehe…
Ok la..itu je pon nak cerita.
Takde story tapi nak story jugak.

Oppss!!! Ada satu lagi story.
Pagi tadi sembang ngan adik-adik store.
Diorang tegur, kulit aku dah makin cantik sekarang.
Aku ni ada masalah jeragat yang teruk tau kat muka.
Lagi lagi time pregnantkan Afiq aku memang ignore terus rutin untuk muka.
Memang kulit teruk sangat. Pigmentasi sangat obvious.
Dalam dua tiga bulan ni baru aku start balik rutin harian untuk muka aku.
Diorang tanya aku guna produk apa yang kulit aku dah makin ok.
Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!
Aku guna.......
Safi yang warna hijau tu je pon. Yang paling murah kat watson.
Inilah produknya...
Credit to http://melacolea.wordpress.com sb amik gambar awak.

Hahaha...Then sebab muka aku ni mudah kena pigmentasi aku kenalah pakai protection yang ada SPF.
So aku choose BB cream silky girl yang harga RM15 hinggit tu je pon.

Ini BB creamnya.
Credit to https://www.vanitytrove.com 

Pigmentasi pon dah makin pudar.
Nak hilang terus mungkin susah la.
Tapi ok la, walaupun murah je produk aku guna tetap orang nampak ada perubahan.
Yippeee, I Like!!!!
Ok habis.

Iklan sikit. Kalau korang nak tengok kain sulam colour block boleh pergi ke page kami Amsyarhumaira.
Kalau nak diskaun bagitau la korang reader blog ni.
Nanti I bagi harga kasih sayang ye.




Friday, April 13, 2012

Entry Sempena Anniversary ke-6: How i met him


Peringatan: Ini adalah kisah poyo tuan rumah. So kalau rasa nyampah and nak muntah baca kisah peribadi sila jangan baca. dan Entry ini pastinya agak panjang. Sekian.

Esok our 6 years anniversary…

Dah lama gak rupanya ak kenal en hubby ak rupanya. Actually macam poyo jer nak citer kisah cinta kat blogkan. Padahal dah kawen anak sorag dah pon. Tapi, hati rasa nak crite gak macammana we start knowing each other. Orang kata mengimbau kenangan lama. (bila cerita2 kisah lama ngan hubby mesti nak gelak. And rasa sweet je sb ada benda untuk dikenang together gether.)

Mari kita mula.

February 2006 - The story begin when we join hiking activity at campus. Me one of the committee members (secretary) and kumpul semua nama peserta. Sebab ada sorang mamat ni I/C number dia kodnya 11 (Terengganu) sama ngan ak, so sibukla nak kenal orang sekampung. (yoyo je. Padahal gatal). Before hiking, of coz ada briefing kan what do’s and don’ts time hiking. (Ye la nak naik gunung, bukan nak gi shopping2 kat Bandar. Banyak pantang larang.) Nampak la one guy duk kat tepi sembang ngan pakcik yg akan guide kitorg nnt. Biasa aktiviti outdoor ni, muka sama je join. Tapi kali ni tgk muka lain. Mesti la tertanya tanya. (busy body kekdahnya) So sibuk la kenen2 ngan big boss ku. Rupanya mamat ni la yang senegeri ngan ak tu.

Before we start panjat gunung, kena kumpul tunggu orang lu. So dapat la sembang2 ngan yang lain and ngan mamat tupon x terkecuali. Rupanya parents kitorang sekampung. (semuanya sangat drama). After habis hiking and kami teruskan kehidupan kami seperti biasa. Memang xde tukar2 phone no ke. Bagi frenster nyer id ke (time ni fb x femes lg). Tapi xtau kenapa, muka and nama mamat ni bermain2 di fikiran.

Dia di depan, Aku di Belakang...

Walaupun mcm suka kat mamat ni tapi sb dia cam ignore je ak, ok xpe. Gua x kisah. (ayat cover frust)  So ak hidup mcm biasa.  One day, ak jumpa mamat ni nye frenster. So add la dia. Then msj mintak gambar time hiking. (adakah ini adalah trick untuk berkenalan. Ak pon xpasti. Mungkin yes. Katalah perigi cari timba ke apa ke. Ada ak kesah?) then dia bg email add la YM. Tapi xpenah sekali pon ak nampak dia online. Kalau ada pon bila ak online dia offline. Time tu ak rasa macam, mamat ni memang x suka ak kot. Sampai ak online dia terus off. X pon gf dia marah dia layan pompuan lain. So dia invi kan profile dia dari aknyer YM. (giler psycho ak time ni)

Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan.

End March/ Early April 2006 – Lepas hiking memang kita xde terserempak kat mana2 pon. So one day jumpa balik time balik dari lecture. Ak nampak mamat ni baru kuar lab. Then dia pandang ak, dia senyum and ak xtau kenapa ak gi jelir lidah kat dia (ni kes nak cover excited kot. Gila x excited, ko memang suka kat dia tapi x penah sekali pon jupe lps hiking) then dia balas balik and say hye then ak bye.
A few days after that incident, we met again kat lab comp sb nak print out assignment. Dia masuk with his fren and we sama2 surprised bila nampak each other. Then dia landing baik punye tepi ak. Tapi xcakap banyak pon just tanya watpe. Then aknye assignment dah siap print. (rasa nak salahkan printer je. Time ak nak cepat bukan main slow print tapi bila ak nak take time cpt je dia siap. Xbagi can langsung.)

And orang kata bila kali tiga kali dlm masa seminggu ko jumpa dia tu ada petanda la tu (sape ntah kata. Padahal ak reka sendiri). Kali ketiga ak jumpa dia kat café. Terserempak dia nak makan ke nak bg barang kat org and ak ngah wat study grup. Then sembang sikit2 je. Balik je dari study grup, ak terus pegi pinjam pc kwn ak on YM. (lattop ak rosak) and mamat tu buzz ak.

Kami pon berYM la. Tapi sb masing2 pinjam pc orang (pc dia pon rosak. Dia pinjam pc kawan dia. Kan ak cakap kisah kami memang drama habis.) xleh la over wat macam pc sendiri. Boleh tak first time ym dia dah propose ak jd gf dia. Dah la selamba badak tanya ak, “ko nak jadi gf ak tak?”  yang ak lak mcm org kena ubat pengasih leh jawab. “Nak.”. Bangang gila rasa. Siap ajak gi library lagi. Yang tak tahan time tu baru tukar2 number phone. (Ntah2 orang mana guna ID dak tu kenakan ak ke.  Gamble gila kan. Lepas dah offline baru terpk kemungkinan tu semua. Kerja gila sungguh ak. Ni la kalau dah suka. Semua pon jadi).

And date dia propose ak jadi gf dia adalah Tengah malam 14 April 2006. Paginya nak gi library dah dup dap dup dap takut xde orang pon yang muncul kat tempat janji or orang lain tunggu ak and gelakkan ak. (drama swasta sangatkan? banyak sangat baca novel la ni.) Luckily, mamat yang ak suka dari first time ak jumpa dia and ak pendam smpai ke hari ak jumpa dia balik yang muncul. And we have been together until today and dah kawen anak sorang pon.

Jodoh ni datang macam2 cara yang kita tak duga. Before ak ngan Ahmad Farehan, ak ada kawan ngan ramai gak lelaki. Tapi after ak kenal dia, ak leh lupakan semua kisah2 lama ak. Walaupun kami ni tak banyak persamaan and dia ni memang langsung tak romantic, tapi kami boleh blend together sampai dah kawen skg. Sebab dari awal berkawan, dia seorang yang gentleman and berani ngadap mak ayah ak. Tiap kali nak kuar ngan ak, memang dia amik ak kat umah. Xder la kuar sorok2, kantoi kat Bandar ngan mak ayahkan. And so far dia boleh terima ak and sabar ngan ak. (tapi ak tak tahu berapa lama dia boleh sabar. Tapi ak harap selama lamanya la.) Gaduh2 tu biasa la. Asam garam kehidupan.

Harapan ak, semoga Ahmad Farehan sayang Nurul Akma sampai mati and sentiasa ada disisi Nurul Akma. Sebab now, serius ak tak tahu leh manage tak diri ak kalau xder en Ahmad. Sebab ak dah terlalu selesa dia ada ngan ak. Semua ak buat or pergi mesti ngan dia. Kalau dia xnak ikut or x buat kompom ak pon xnak buat. Doakan kami together gether sampai ke sana. Amin.

Inilah kesayangan saya...Sayang Afiqah and Papa Afiqah...


Wednesday, April 4, 2012

Jual Insurance Dalam Phone



Phone’s Scammers??

Betul kot title yang ak bagi kat orang telemarketing yang called kita by phone utk jual life insurances.
Korang biasa tak dapat phone call from orang2 ni and claimed they represent this and that company and give us special offer to sign up life insurances with special price and its valid only for that day.  Ak rasa, sebulan klu tak 3 or 4 kali diorang tak called ak macam x lengkap je hidup ak. Tiap2 bulan wajib called tau. Kadang ak naik rimas and takut nak pick up phone dari number yang ak tak kenal.

Before this ak melayan gak la dengar diorang cerita itu ini, tapi bila dah makin kerap ak jadi malas nak layan. Yang paling wat ak meyampah tahap gaban, bila diorang nak marah2 bila kita kata kita tak berminat. Ni sedikit conversation ak ngan sorang mamat telemarketing ni:

Mamat: Assalamualaikum, puan. Saya mamat wakil dari XXXXXX company. No. phone puan telah terpilih untuk mendapat tawaran bagi life insurances hanya dengan harga rm35 sahaja.

Ak: Xpe la, saya dah beli insurance.

Mamat: Puan dengar dulu penerangan saya. Kalau puan x dengar macamana puan nak tau insurance ni ntah lagi baik dari insurance yang puan dah ada.

Ak: hmmm…ok…

Mamat: bla…bla…bla…this and that.

Ak: hmmm…ok…ok…ok…(nada memang malas gila nak dengar. Atau sebenarnya ak siap letak telepon kat tepi. Bior dia membebel sorang2)

Mamat: so puan, boleh puan berikan no i/c puan untuk kita sign up this offer.

(dalam hati ak ni cam dah menyirap, aik! Bila plak ak kata ak nak sign up)

Ak: hmmm…xpe la encik, saya tak berminat la. Lagipon saya dah ada insurance.

Mamat: KALAU TAK MINAT CAKAP LA AWAL AWAL. WAT PENAT AKU JER BERCAKAP. (dengan nada yang kurang ajar)

Then terus letak phone. Ak plak terpinga pinga. Salah ak ke? Ak dah cakap awal2 ak ada insurance. Pas ko suh ak dengar. Ak cakap tak nak ko nak marah ak. Macam B@#$ kan.(memang ak geram tahap mencarut semua la). Kalau dah niat awal tak betul, tuhan tutup nya rezeki ko nak dpt client. Cuba hati mau baik, and ko x der niat nak menipu orang or hanya pentingkan komisen ko, tuhan akan buka nya pintu rezeki. Tak ak sign up, adalah orang lain. Orang camni, keje tak kemana nya.

Bagi ak, maybe telemarketing ni betul2 jual insurance tapi cara dia cari prospect tu salah. Sb ak pernah called celcom tanya tentang benda2 ni. Katanya diorang xder deal ngan mana2 insurance company untuk provide offer2 ni semua. Tapi, mana diorang dapat number phone kita semua erk? Ada orang cakap ada pihak berkaitan yang jual detail customer. Ak tak nak tuduh tapi kemungkinan tu ada la.

And pagi tadi ada gak yang called ak tapi kesilapan dia satu je la. Dia kata dia wakil dari syarikat telekomunikasi yang ak guna skg. Tapi detail pasal customer dia pon dah salah. Sb no phone ak bukan atas nama ak. Ak hanyalah subline and main line adalah hubby ak. Camana ko leh kata nombor ni atas nama ak. Tettttt. Anda telah silap. that’s y ak cakap diorang ni scammers.

So kawan2 kat luar sana, kalau boleh elakkan la dari sign up apa2 insurance dari telemarketing ni.  Kalau nak beli insurance cari la agen yang korang kenal and korang yakin leh menolong korang di kemudian hari.  Lagipon telemarketing ni kita bukan tau pon. Entah betul ke entah menipu.lagi2 siap mintak no credit card kita semua. Jangan mudah bagi detail korang pada sesiapa yang tak dikenali tau.
Semoga kita dijauhi dari tipu muslihat orang yang tak bertanggungjawab.

Thursday, March 22, 2012

Motor Hubby Rosak & Share Resepi Kerabu Paku Pakis


Hello uolls…

Bagaimana hari anda, hangat ke hangit??heheh, dah cam dj stesen radio hot fm la plakkan. Xctually ak nak citer kisah semalam. Balik2 dari keje, singgah kedai runcit nak beli barang untuk masak kerabu paku pakis ngan ketam masak lemak cili padi. Dah beli2 and amik afiqah kat nursery, dah park kete teringat camana nak wat kerabu kalau xder ikan rebus.

Called hubby suh dia singgah kedai, padahal orang tu kat opis lagi, ngah wat keje…dasar malas nak gi kedai kan… so hubby suh pg sendiri…siap bagi direction nak gi kedai kat lorong sebelah…hahaha... dia tahu yg wife dia ni tau je kedai tu…tapi sb nak suh gi sendiri…kalau x banyak bunyi lak kata x tau la…jauh la. hehehe

Kuar balik cari ikan…smpai umah…masak nasi,siang dan rebus ikan, kuarkan ketam ngan paku pakis dari peti, perah kepala (wah, rajinnya I siap perah sendiri kelapa, x main la instant..)…asingkan sikit kelapa nak wat kerabu…kupas bawang merah, bawang putih, kunyit semua…tb2 terperasan serai xder…waaaa…hilang semangatku nak masak…banyak sangat cabaran nak memasak ni…

So macam biasa, called en suami suh beli serai…tapi dia x jawab  phone…dah balik kot, naik motor la tew…so duk lepak tunggu kawan datang amik kek lapis bandung…kiranya nak masak after en hubby balik la…suh dia beli serai je…barang lain semua dah ready…mmg seme nak arap suami…heheh…x independent langsung…(malas!)

Sementara tunggu, called my mom lu…then masuk phone called dari hubby…hati dah terdetik…aik!!lom balik ke?? Meeting kot time ak called tadi…Dah habis nyembang ngan my mom, terus called hubby…surprise!!suprise!!suprise!!...rupanya motor en hubby rosak kat laluan motor kat kesas highway…hilang nak nyusahkan suami,last2 ak yang kena…padan muka…

Ayork!!moto papa rosak


Siap2, masukkan afiqah lam kete gi amik hubby…tau2 je la kat persiaran kewajipan time kul 7p.m keadaan nya camana kan?? Stucked plak lam jammed…menarik….then en hubby tunggu tepi jalan..amik dia balik umah, malam baru gi amik motor…OTW balik rumah, singgah kedai lagi, beli serai…sampai umah terus masak…siap x bukak tudung…semangat tul…(sebenarnya dah kebulur…x lunch…)

Jadi malam tu kami lunch nasi putih, kerabu paku pakis and ketam masak lemak cili padi…wallahhhh…hilang semua tension dapat makan…dah la percubaan pertama wat kerabu tanpa refer mana2 resepi berjaya…kelas kau cik kema oiii…(getik..perasan nak mampsss, macam la susah sangat wat kerabu tu…campak ngan goreng je segala bahan dlm kuali tu…)

Lepas makan, kami pon pegi kat kesas balik…sementara tunggu en suami ku godek2 motor dia, ak tunggu lam kete tepi highway...dekat sejam gak mr handyman tu godek motor dia…(just nak bg gerak and smpai umah je)…ngah tunggu datang peronda kesas…sedang elok diorang smpai motor pon leh gerak…”Encik, lain kali nak datang, datang awal sikit yer, bukan lepas orang tu dah mandi peluh baru nak sampai”…(tapi kami xder call pon peronda, so camana diorang nak tau kan??)..

Dah settle balik umah, titon…itu la kisah ku yang sangat hangat…bila ak rajin, mesti macam2 cabaran datang menduga…bila ak malas,mmg steady je…duk relax tunggu laki balik umah, ajak kuar makan…hahaha

Nak share resepi kerabu paku pakis..tapi lupa nak snap kerabu yang dah siap…sb dah tahap kebulurkan..kerabu ni sesuai utk orang yang on diet…

Bahan-bahan

2 ulas bawang merah (dimayang halus)
bawang and cili
Sebantang serai (diracip2)
Cili padi (dihiris halus2)- ikut tahap kepedasan yang dimahukan.
Kelapa – tgk portion orang nak makan. Ak letak secawan je. Cukup utk dua orang makan.
Paku pakis – ni pon tgk portion. Kalau korang nak tukar ngan ulam2 lain pon boleh…contoh daun salon (org ganu pggl…org luar ganu tak ku pasti), daun pegaga (ni pon best)
Ikan rebus – ak guna seekor, tapi nak lagi best letak banyak lagi
Limau nipis, garam dan bahan perasa


paku pakis
kelapa 



Cara-Caranya:


Ikan rebus dilenyek2 sampai hancur…kemudian panas kan kuali…goreng kelapa tanpa letak minyak ye…then masukkan la bawang merah, halia, cili padi and ikan rebus tadi…gaul semua…then masukkan garam or bahan perasa (ak mmg x guna pak aji bila masak.)…kacau lagi then masukkan paku pakis…akhir skali perah asam limau dalam campuran then kacau sehingga sebati…before tutup api rasa la dulu cukup tak manis, masin or masamnya…ni ikut mulut masing2 ye…then siap…sangat mudah… mak ak rajin wat kerabu camni tapi dia guna perut lembu…

Wednesday, March 21, 2012

Afiqah dan Nursery...

we are angry bird...lol
Assalamualaikum...

rasanya lama x cerita perkembangan terkini Afiqah...
kalau ikut date entry ni, AFiqah dah berumur 1 tahun 7bulan 6hari...
tak sampai setengah tahun je lagi pon Afiqah nak masuk 2 tahun...
cepat sangat masa berlalu...

Alhamdullillah, perkembangan Afiqah nampak normal kecuali...
gigi Afiqah baru tumbuh 4batang...
kalau ikutkan usia, perkembangan ni sangat lambat...
mama sangat risau...and mama should bring afiqah jumpa paed...
and mama juga salahkan diri mama, coz time preggy kan afiqah...
mama tak amik calcium yg cukup...
coz mama Afiqah ni mmg x suka minum susu...
kalau tak perut ni memulas mulas and tekak ni rasa nak mengeluarkan kembali segala isi...
pernah la try minum anmum materna tu...
tapi xle bla la plak...
hopefully, ini bukan masalah yang besar...jangan la gigi anak ak tak tumbuh...
pengsan!!!
hehhe...
kan comel smile camni...

dari segi tingkah laku...banyak perubahan Afiqah skg...
dulu dia agak tak pandai control kelajuan tangan...sikit2 nak pukul org...
skg masih lagi ada perangai tu...tapi dah tak melulu macam dulu...
lps dia dah pindah ke bawah kat nursery...duduk ngan kakak and abg2...
dia nampak lebih matang...and paham every arahan yang kita bagi...
kalau dia tak paham dia akan tanya ha!!ha!!...
tapi hari ni, teacher cakap nak antar afiqah naik atas balik duk ngan kawan2 toddlers dia...
sb afiqah jadi mangsa buli sorang budak lelaki baru masuk kat nursery tu...
kat bawah, afiqah la paling kecik...jadinya best la budak tu nak pukul...
sb afiqah tak melawan...
budak tu pon pandai, kawan2 yang gagah pekasa dia tak wat...
berani la, ko pukul ak, ak pukul ko balik...
yang jadi mangsa yang nampak lembik, soft dan x melawan...
and Afiqah adalah feveret dia...sampai Afiqah nampak je budak tu terus nangis...
sebab kesian, teacher terpaksa bawak Afiqah naik ke bilik toddlers...
actually mama risau, bila naik atas afiqah lak jadi pembuli...
takut dia wat baby sb dia paling besar...
lagipon dia ni suka main,...klu kat bawah ada je kakak or abg yang melayan...
takut duduk atas dia bosan, mula la cari pasal...
skg pon dah pandai taknak pergi nursery...
lagi la mama risau...

hopefully everything will be baik baik sahaja...amin...
layan gambar2 afiqah sikit...

sarangheo...heheh
afiqah and mama...
smile...
ni adalah gaya smile afiqah yg tersendiri



rajinkan saya membaca...
kusyuk banget...

candid...
dah besar pon saya ni...
baru kenal dah leh bergelak ketawa...
mesra sangat Afiqah ni...



posing depan cermin...
ayork...





Monday, February 6, 2012

Jalan2 Umah Untie Zatun: Afiqah Over Excited...

Salam Maulidur Rasul...
Petang semalam jalan2 ke rumah baru my BFF, Zatun...
Janji ngan Na kat Petronas Kesas Highway, n gerak sama2 ke rumah Zatun...
dua2 pon x familiar ngan Bandar Baru Salak Tinggi...
but sampai gak la kat umah Zatun around 5.30p.m...

OTW ke sana, Afiqah tido, sampai2 kena kejut...so mood memang out la...
siap nangis2 lagi...
tapi itu hanya la sekejapan jer...
lepas tu dia wat rumah Untie Zatun dia macam rumah dia sendiri...

Tapi kesian Zameer...dah la dia paling kecik...
kena lak buli ngan AFiqah...
Sowi na...x psl2 Zameer nangis...sampai takut ngan AFiqah...
Afiqah ni memang dia suka berkawan n main2...
tapi dia lebih prefer orang yang besar baya2 sepupu dia..
yg baya dia memang dia tunjuk hero sikit...
tapi ngan Batrisyia dia ok...
cuma kadang2 terlepas gak la kenakalan dia tu...
saja jer usik Batrisyia ngah main toys...
dia amik toys tu then dia campak jauh2...tapi kalau mintak elok2 dia akan kasi balik...
sometimes Afiqah nampak cam paham bila kita cakap no, you can't do this but you can do this...
tapi apa kita leh jangka ngan kanak2 umur 18bulan...

take it from zatun's blog...


but hepi la semalam pergi umah Zatun...
kul 9 gak baru gerak balik rasanya...
planning asal, pas maghrib gerak balik la...
skali, hambik ko...klu dah kumpul tu banyak la ceritanya...
thanks Tun for the Nasi Ayam and Choc. Cake...
Afiqah cakap dap2...siap wat umah ko mcm umah dia...
siap xmau balik lg...ayork...anakku...

Next time datang la ke umah kami lak...
tapi umah kami x besar and cantik cam rumah korang berdua...
hehehe...





Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday #1- New Rides

This MTB will use to fulfill my 2012 wishlist- get back my ideal weight...

Friday, January 20, 2012

Friday Blues: Doa Untuk Ibu



Mau nangis dengar lagu ni...
this song, i dedicate to all mommies out there...
and also to my mom...

mode: x sabar mau balik kg tonight...windu Afiqah n my parents...

Wednesday, January 11, 2012

Tambahan Azam Tahun Baru muncul Pagi ini....


Sekarang aku ngah unpack barang2 dari kotak2 yang sangat la banyak…
Ak x tau la barang2 tuy datang dari mana…Boleh???
Selama duk umah lama rasanya ak tak penah nengok pon kebanyakan barang2 ni…
Tetiba bila dah pindah ni, macam macam barang mak nenek ak leh jumpa…
Kat mana la benda2 ni menyorok sebelum ni ya??..ak pon x pasti…
Ok…tadi mukaddimah…crita sebenar baru bermula…
Bila ak kemas2 baju ak dari kotak, baru ak sedar yg sebenarnya banyak baju ak yer…
Tapi yang menyakitkan hati adalah, baju2 itu sudah tidak sesuai untuk dipakai…
bukan xleh pakai, tapi semua pon cam nampak x cantik di badan ak…
cam kepelikan jer…hahha…
jadinya…muncullah azam di tahun 2012 ini iaitu mau menyelimkan lagi badan yang dah sedia slim ni..
(tengok…x sedar diri lagi tuy…hahhaah)
Dulu ak ni sangat la pentingkan kecantikan (muntah) dan penampilan diri (muntah kali kedua)…
(Walau hakikatnya ak pergi keje pakai jeans ngan t shirt bodoh plus slipa yg cantik sikit dari slipa jepun yang warna warni tuy)
Gambar Ihsan Mr Google..bukan ak punya

Pantang berat naik sekilo, terus ak diet sampai berat turun lg 3kilo…betapa tau…
Pantang jerawat tumbuh sebijik kat muka, terus ak cuci muka macam xder esok okey…
(nak bgtau nyer betapa amik berat nya ak ngan diri sendiri)…
Tapi pas Afiqah dah stayed ngan kami, terus ak cam ignored kan diri sendiri…
Jadinya…dengan rasminya ak mengisytiharkan, azam tahun 2012 adalah untuk grooming diri sendiri…
And menurunkan berat badan yang dah terlebih ni…
Misi akan bermula esok…
Pesanan kepada encik suami: Marilah kita sama2 slim kan diri kita kembali…

Tuesday, October 4, 2011

Apa Yang Boleh Aku Katakan....

Hello friends...

lama kan this blog x update...
actually i have no idea to share with u all..
but today terasa nak menulis...

FYI, i am working with medium local company more than 3 years...
n majority of my colleagues are non-muslim... they all Chinese and Sabahan...
4 of us are the only muslim here...but i have no prob to mingle with them...
they all really nice and respect me as a muslim...
klu diorg tahu kita puasa, they will never eat in front of us...
n if they invited us to lunch with them, they will make sure the restaurant should be HALAL...
n if makanan yang diorg beli xder HALAL, diorg xkan bagi kami makan or sentuh...

hati saya tergerak untuk menulis hari ni disebabkan isu buang bayi kat Gombak semalam. One of my colleague ckp macam ni...
"Tuhan mmg x penah adilkan...org yang nak anak, dia x bagi, tp yang xnak dia bg...saya xpenah buat jahat ngan org tapi kenapa tuhan x adil dengan saya.."...my colleague yg ckp ni Chinese...
saya macam x tau nak ckp apa kan...sb kepercayaan dia ngan kita x sama...
macam agak pelik la bila saya kata kat dia..."tuhan bukan x adil, tapi dia nak uji u jer tuy...nak u sabar...klu u sabar nnt dia bagi la baby kat u...(n saya igt nak tambah, banyak hikmahnyer bersabar ni)...n dia bagi kat org2 yang lom kawen tuy sb nak suh diorg sedar tentang dosa diorg..." tapi lom habis saya ckp dia dah baiknyer potong..."Saya x penah wat jahat ngan org, x penah pukul org..bla bla bla..."

kadang2 saya serba salah berckp dengan non-muslim tentang perkara2 macam ni...sb takut diri saya sendiri tersilap cakap n menyebabkan akidah saya dah terpesong...tuy yg kadang2 x nak ckp apa2 ngan diorg bila berkaitan ngan kepercayaan ni...tp saya respect apa yg diorg ckpkan...sb setiap agama x kira agama apa sekali pon mengajar kita membuat kebaikan dan suh menjauhi kejahatan...n kadang2 saya malu bila kuar berita tentang kes buang bayi n mcm2 lg citer sosial tentang org seagama ngan saya...sb kadang2 diorg ada bertanya saya, kenapa kamu pakai tudung, kenapa ada gak org islam pakai skirt mcm diorg, xpe ke...susah untuk memberi jawapan bg soalan mcm ni...sb silap ckp nnt diorg akan pandang agama islam ni begini dan begitu mengikut pandangan org yang cetek ilmu agama seperti saya...

Kawan2 pnh ke face same situation mcm saya...
saya just nak share my experience slm 3 tahun kerja dlm environment 1 Malaysia ni...
and my boss sgt nice orgnya...he has a lot of knowledge and experience. and x lokek utk ajar ilmu baru pada saya...

Thursday, July 21, 2011

Tart Gulung Pertamaku..

Hello frens,
Semalam, i super duper excited nak try resepi  'Tart Nenas Gulung' given by my dear fren, Mrs Zatun Najmiah.
Actually,ni my first trial nak wat  my own biscuit utk celebrate Hari Raya this year.
FYI, i'm not too good in the kitchen...
Masa bergelar student, saya mmg x masuk dapur tolong my mom masak...
masuk dapur cari makanan, YES...itu la saya...
Dasatkan diri ini...kihkihkih...

Berbalik kpd story mori wat tart gulung ni...
smlm, after office hour saya rush balik umah...
smpai jer umah terus kuar kan brg2 nak wat biskut...
lepas berperang kat dapur, akhirnya doh utk tart gulung pon siap...
ngan xcitednye sy pon masukkan doh dlm acuan...
try tekan acuan...Ya Ampun...macam tekan batu...
smpai peluh2 nak dpt 10 biji tart...
dlm kepala...doh ak ni keras sgt ke...rasa ngan tangan cam lembut jer...
Xpe2...try la bakar luy yg 10biji tuy...
letak dlm oven 15 minit....
Ting!!...dah siap...bukak2 oven...hambik ko...gelap...(gambar lupa nak capture)
Hahaha...try la rasa...not bad even dah hampir hangus...
lega 10 biji jer...

Ak pon tunggu la my hubby balik...nak suh tolong ak tolak acuan...
hubby ku ini, klu korg nak tau lg terre bab masak memasak dr ak...
ak nak masak kene ada resepi...dia x perlu semua tuy...
dia tung tang tung tang kat dapur...sedar2 dah masak...
sedap jauh dr ak msk lg...
Sebab tuy klu ak masak x sedap baik dia punya komen...
(tp jarang dia kata x sedap...jaga hati ak la tuy)

Balik2 jer...dia tolong ak kat dapur...
dia cakap doh ak keras ni...
so dia suh ak pukul butter smpai kembang...then masukkan balik doh tuy...
Yeeee!!!...akhirnya doh ku jd cantik molek jasa en hubby ku yg sgt hebat...

Ini la hasil kerja keras ak mlm tadi...
Cantik nyer tidak sebab ak x sapu kuning telur pon atas tart...
ak malas...just nak try masuk dlm mulut jer pon...
TADAAA!!!dipersembahkan...

ni bawak opis nak bg dak opis rasa...
Komen pengkritik utamaku:
en suami: dia kata best...leh la wat utk raya...tp pas masak tuy tolong kemas dapur yer...
ak jawab: ala smlm tertido...konon nak tunggu biskut last tuy masak...last2 ak tido smpai pg...

petang ni nak try wat Almond london cik Noni plak....


Saturday, July 16, 2011

Makcik Nak Berangan Diva di Hari Raya!!

Ello semua...
dah lama gak yer x mengupdate blog...
dah berabuk...klu lama lg agaknya bersawang terus la...
Sebenarnya banyak benda nak share ngan kawan2...
tp masa x mengizinkan...
jejari ni hanya sempat membalas komen kat fb...
n intai kawan2 nyer blog jer...
sendri punya x sempat...

wah2...tgk tajuk ntry mcm apa jer kan...
hehhe...sbnrnya xder apa2 pon...
sj nak kasi gempak baru org nak baca...kui3...
FYI, last year diri ini tidak la berkesmptn nak menyambut hari raya...
yer la 26hari tggl pose, lg mau raya....
oitt...ha ha x pose...x malu...hehehe...
bukan la sj xnak pose tp dah time tuy ngah pantang nak pose camn kan...
skg tggl 3 hari lg balance nak dihabiskan...

so last raya tidak la diri ini berbaju raya baru...
pakai jer baju yg ada...
lgpon xder nak gi mana2...duk umah tunggu org dtg...
so this year konon2 nak qada' balik la rayer taun lps...

untuk merealisaikan impian rayer 2nd time la yer kiranya ngan en hubby n cik afiqah...
(sb afiqah lahir bulan ramadhan...kira ni raya ke dua dia la...)
i dah hantar kain nak wat baju raya kat cousin hubby i dr bulan 6 lg..(ke bulan 5)...
semangat x semangat nyer...alasan antar awal nnt org dah xmo amik tempahan...
first2 antar 2 jer...pastuy jd 3...hehhee...
yg beli siap x kira lg...
tahun ni tema raya color ORANGE...
meriah gituy...
xtau la cmn my hubby nak pakai baju melayu oren dia...cam abang la ke x yer??

orange karer pilihan weolls taun ni...i like i like

utk afiqah lak...wan dia dgn rela hati tanpa disuruh nak jahit baju cucunda tersayang...
yg lain beli yg dah siap ajer la....

nak menghavockan lg raya tuy kekononnyer nak la pakai contact lens yg kaler2...
yg big size gituy...konon2 nak nampak cute cam budak2 korea tuy...

mata ala2 cute baby doll gituy...ouwch...bajet muda remaja...

hak3...x pnh dlm sejarah pakai lens ni...
so gitau la en hubby ckp nak beli lens kaler2...
tp sedey...:(
en hubby kata: Klu ayang nak pakai lens, abg tindik hidung nnt...pastuy dia gelak2...
Ayork...tuy tanda dia x suka la tuy...
demi menghormati en suamiku...
idak dapat la menDIVA mama afiqah raya ni...
guna jer la mata asal ni...
EN hubby nak sedapkan hati wife...
Abg suka yg ori...dah cantik...hukhukhuk...

xper la...diri ini bersyukur ngan 2 biji anak mata yg sihat walafiat...


sekian la panjang lebar coretan diriku ini...

Friday, July 1, 2011

Relieve Stress di Driving Range

Semalam hari yg agak stress...
ngan hati resah gelisah memikirkan anakanda yg x bapa sihat...
ngan external auditnyer...
mmg agak tekanan...
same goes to my dearest hubby...
dah la keje kat office menimbun, risau anak lg...
klu dia tension confirm dia x banyak ckp...
ak lak xleh..dia stress ak bertmbh stress...hahaha
balik2 keje my hubby ckp dia nak gi driving range...
nak relieve stress smbil mengeluarkan peluh...
after maghrib kitorg siap2 utk gerak ke Driving Range Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya...
Ni antara hobi baru kami di tahun 2011 la selain dari ak blaja wat kek...

Pemandangan di Kawasan Driving Range
ni memang tempat wajib kitorg if rasa nak pukul bola golf...
ni kami punya golf set...
ak pinjam hubby ak punya jer...bukan pandai pon..
ak mmg x pandai pon sbnrnya...
tp sonok gak...leh kuarkan peluh...
sihat tubuh badan...

ni ak nyer glove...kecik yg amat...
anak buah ak leh pakai...susah nak cari size ak ...
ni siap pusing KL baru jp...tuy pon tggl satu jer...
selain dari driving range, kat sini ada jugak tempat riadah yg lain2...
klu dtg petang2 leh jogging n relax ngan family smbil mengadap tasik...
sape yg nak main paintball pon boleh...
kelab komuniti ni btl2 tepi bangunan MP Sepang n depan kelab ni ada Universiti Multimedia Malaysia...






Friday, June 24, 2011

Aku Insan Yang Lemah....

Hidup di dunia ni hanya sementara,
Berjasa la sementara terdaya,
Namun jangan diungkit jasa yang tak diminta,
Jangan dibangga jasa yg x seberapa,
Kerana hidup ni umpama roda,
Kadang kita berada dipuncak awan,
Kadang kita jatuh tersungkur tak sempat dilawan,
Jangan sekali menghina sesama manusia,
Kerana yg dihina juga mungkin pernah berjasa,
dan mungkin jasa sihina masih diharapkan,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Aku ini insan biasa,
Punya hati, punya rasa,
Kadang tersimpan dendam kesumat didada,
Maaf la yer kalau tetiba Seth Tan datang menghasut dijiwa,
Tuy yang ku pulang paku buah keras,
Saja nak bergurau senda,
Pandai lak nak terasa.
:P

Wednesday, June 15, 2011

Comeynye mereka ini...


Look at her...she's so beautiful...
with flawless skin and minimum colour on her face...
i'm so jeles ok...

ak mmg suka tgk korean artist punya makeup style...
diorg xperlu makeup smpai nmpk mcm pakai foundation sekati...
n artist malaysia yg ak suka ngat tgk bila makeup ngan sgt minimum ialah...
Dato' Siti Nurhaliza...
Dia sgt comel ok...

Credit to www.hiburan.info
ak pon suka la menerai conteng2 kaler kat muka ni...
kdg2 rasa cam opera cina pon ada...
best kan klu ada kulit cantek mcm dato' siti ni...
x pakai make up pon dah tantek...
jeles2...

p/s:jgn mara...sj meluahkan rs kejelesan kpd mereka yg cantek...tp kita semua adalah cantek...semua ciptaan tuhan ituy cantek...diri kita jer yg slalu x puas hati ngan diri kita...




Monday, June 6, 2011

Sana Sini Majlis Kawen!! SELAMAT PENGANTIN BARU...

Hello frens,
last two days, i went back to my hometown "LASAKLAND"...
mesti ramai confuse kat mana kg ak ni...
ada ke kg kat mesia ni namnya LASAKLAND...
hehehe...actually LASAKLAND ni gelaran ak n hubby utk KUALA BERANG...
terbaca dlm majalah PRAJURIT, n they called Koberang as LASAKLAND...
so start from there we called koberang LASAKLAND...wink!!wink!!!
inila bandar LASAKLAND...credit to panoramio.com
balik kali ni sgt banyak jemputan majlis perkahwinan...
sana sini kawan kawen...ada yang dpt pergi n ada yang x...
4hb June tuy umah ak pon agak bz ngan org kg bergotong royong...
aik...ada kenduri lg ke umah Cik Zah ngan Pak Asang??kenduri sape??
hehhehe...xkan kenduri cucu kot...kui3...
actually, my childhood friend weds...Tahniah huda n fahmi...
so semua proses memasak kat umah ak...
makcik2 sdg bergotong royong

masih segar suasana kg
mmg sgt syok duk RUMAH MURAH JALAN PUSARA ni...
kat sini mmg masih kuat suasana kg..
walaupun sini bukan la kg, tp hanya kawasan perumahan...
ak sempat tolong makcik2 gaul rempah untuk gulai daging...
kiranya satu periuk gulai tuy hasil air tgn ak la...kihkihkih...
biar tolong gaul jer pon...pakai senduk k...bukan ngan tgn...hahhaha
baru ngesyok tolong org...Fariezza pon pggl chu...Afiqah batuk...dia muntah...
tido x smpai sejam...dah bangun meyah mama ni...
Afiqah klu org ramai2 kat umah mmg dia x tido la...klu tido pon kejap sgt...
mama naik tgk dia...dia pon angkat punggung nak bgn dr buaian ...
wat turun bwh lwtak dlm walker...mcm pelesit la...kesn sini dia...

main cak cak ngan papa

papa dah penat tolong org...duk rehat ngan meyah...
aktiviti seterusnya nak ke jemputan lain la plak..
mandikan afiqah, tunggu papa mandi,
n last skali mama turn mama la...

ada call la mama....

afiqah dah cantek...nak g kenduri...
afiqah pon dah siap...kitorg pon gerak ke kg kepong  (ye kot)
kenduri kawen kawan my hubby...
lepak2 tunggu pengantin smpai...
then kami gerak ke batu 21, Ajil lak...
ke kenduri kawen my BFF since SMA Mahmudiah...Mimie...
hujan plak turun ptg tuy...hujan rahmat...sejuk sikit Hulu Terengganu...

3 umah jer kami berjaya pergi...sb banyak jemputan kawen kawan2 luar terengganu...
so x dpt la attend...
to all my dear frens yg kawen...congratulation...
semoga berbahagia ke akhir hayat...