Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, October 30, 2012

Saya tak cute tapi saya sweet...like a candy

Saya Afiqah...


Afiqah ni kalau tak kenal betul-betul, mesti cakap jenis tak pandai berkawan. Even kalau pergi nursery pagi-pagi pon muka dia mesti blur, macam baru first time jumpa cikgu tu. Kalau amik gambar pon sama. Sangat tak photogenic, susah nak senyum and tak focus. Yang perangai blur, macam susah nak bergaul tu, memang perangai aku. Aku ni memang susah nak sembang ngan orang aku tak kenal. Even orang tu aku kenal and kurang rapat pon aku susah nak sembang-sembang. Laki aku cakap aku ni kalau tak kenal memang orang cakap sombong habis la. dah la suka tengok orang ngan muka tak puas hati je. tapi kalau dah kenal, aku la manusia paling friendly. Tak caya? Try tanya kawan-kawan aku. Yang tak photogenic, susah nak senyum n tak focus bila bergambar tu memang mewarisi papa dia. Sebijik. Nak cari gambar laki ak senyum sangat la susah. Kalau ak, pantang sua camera kompom senyum je. orang tak amik gambar ak, ak amik gambar sendiri. Ada ku kisah?

Back to main story. Tapi Afiqah ni sangat kelakar and mulut dia macam bertih jagung. Tapi hanya dengan orang yang kenal dia je tau dia macam tu. Kalau balik kampung, kompom semua cari dia. Ingat lagi raya aritu. Kami pergi umah mertua ak kat kampung. Balik je umah, mak ak terus cakap, Afiqah takde sunyi rasa rumah ni. padahal anak kakak-kakak and abang-abang aku ada je memekak kat umah tu. walaupun dia antara yang terkecil antara sepupu-sepupu, tapi dia ni bagus. Takde nak menangis tak pepasal. Stakat sakit sikit-sikit bukan masalah la bagi dia. Nak dengar dia menangis sangat la susah. Sebab tu dia jadi kesayangan. Memang kalau ada dia dalam rumah tu, mesti akan dengar gelak dia je la. dah la dia gelak macam lain sikit. Tapi yang paling buat orang teringat kat dia is dia suka buat benda yang kelakar. Meh ak kasi contoh.

Buaian = dia tak panggil buaian, tapi ditukar dengan Taman Laju. Kenapa jadi taman laju? Sebab buaian kan ada kat taman permainan. Laju tu plak sebab nenek dia slalu nyanyi lagu ayun buai laju. So tercipta la perkataan taman laju. Ni memang dia create sendiri. Ak pon tak tau macamana dia dapat idea.

Petang-petang, mesti call nenek dia kat kampung. Boleh kata everyday. Kalau ak tak call, mesti dia duk sorang-sorang, amik remote control ke, or wat ever yang leh letak kat telinga jadikan phone. Then dia akan tekan-tekan macam orang tekan dial button. Then dia akan cakap, “Hello…ermmmm…wan tak angkat.” Dua tiga minggu ni dah start call orang lain. Orang tu ialah


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Upin & Ipin
Sambil tekan-tekan tapak tangan, letak kat telinga.” Hello upin ipin…ermmmm…tak angkat.” @ “Upin-ipin….%^^*(***(#(ntah apa-apa dia sembang)…xde pon,…tak angkat.” Atoi. Punya la panjang menyembang, tetiba cakap tak angkat. Mana la ak tak gelak besar.

Baru ni, tengah tunggu tukar tayar kereta (nanti cerita kat entry lain), tetiba dia datang kat aku. “kak rossssss, nak ayammmmmm.” Mula-mula ak tak paham. Apa AFiqah cakap ni, ngan kawasan bising semua. then dia ulang lagi ayat yang sama. Aku dah nak gelak besar ni. then ak tanya dia. “mana kak ross?” dia tunjuk aku smbil cakap, “Ni kak Ross.” Ni la jadi bila suka sangat layan Upin Ipin. Tiap-tiap hari mesti nak tengok upin ipin. Pantang nampak phone mesti mintak nak tengok upin ipin. Yang pasti dia akan tekan sendiri cerita mana yang dia nak tengok. Aku pon dah leh tau susunan pilihan cerita dia. yang first mesti lagu Pengembala dan biri-biri, kedua, jari jemari saleh, ketiga mesti kembara kecil kecilan.  Lepas tu dia bosan. Bila dia bosan, dia campak je phone ak kat mana-mana then start main ngan permainan dia. lama bila dia nampak balik phone tu, dia akan mintak nak tengok upin ipin. Then situasi diatas akan berulang. Kalau lagu pengembala dan biri-biri tu dia memang akan follow nyanyi. Walaupun tak semua dia boleh ikut, tapi boleh katakan banyak yang dia ingat la susunan lagu tu.

Satu lagi feveret Afiqah is berangan nak bawak kereta and motor. Pernah sekali tu ak tengah drive, tetiba dia cakap. “mama, duduk sini.” Tunjuk kat seat penumpang depan tempat dia duduk time tu. “qah bawak teta (kereta).” Sambil sengih-sengih. Hamboi, umur baru 2 tahun, dah berangan nak bawak kereta. Sekarang, pantang seat pemandu kosong, mesti dia terus take over. Siap penuh semangat pusing stereng, tekan segala button yang ada, tarik signal ngan viper. Memang gaya orang bawak kereta la. Lagi best kalau naik kereta ngan dia and kita lupa nak pakai seat belt, mesti dia akan tegur. Tapi yang biasa kena sure la papa sebab asyik lupa pakai. Afiqah akan cakap kat papa dia. “papa, pakai belt.” Malu je, budak besar tu pon pandai. Hehehe.

Inilah gaya saya driving. Korang Mampu?

Last two week (kalau tak silap) pergi jalan-jalan kat cash converter (kedai trade in barang lama then dia jual balik) ada la motor kecik yang ada enjin and guna petrol tu. papa dia letak la dia atas tu. (lupa nak snap gambar, sebab syok sangat tengok aksi dia) gaya dah macam orang racing, pastu press handle minyak dengan bunyi lak tu. siap tak mau turun. Memujuk la papa. Lepas dari tu, tiap-tiap hari duk cerita kat mama ngan papa. “ Iqah bawak motor cha (besar). Vroommmm..” siap ngan gaya kepak-kepak tangan tu. anak ak ni ada ciri-ciri nak jadi pendebat ni. hahaha.

Kalau balik dari nursery, ak just bukakkan pintu kereta and bawak bag masuk rumah. Dia akan follow belakang aku. Dia tutupkan pintu kereta, tutupkan pintu pagar, susun slipper dia atas rak kasut, then dia akan tutup sliding door, and kunci pintu. If papa balik kerja, dia dengar je papa ketuk pintu, dia akan bangun and cakap. “papa balik, qah buka intu (pintu).” Then berlari gi bukakkan kunci pintu rumah untuk papa. tapi ak akan follow la. sb takut bukan papa yang balik. bahaya. 

Adoi, kalau nak cerita pasal Afiqah, satu entry pon tak habis jawapnya. Macam-macam benda dia buat kat rumah tu. Menyanyi, mengira, mengaji, berlakon, menconteng, gosok baju semua bagi kat dia. Everyday, ada je kisah dia. Walaupun AFiqah ni kalau tengok muka or gambar tak la se adorable budak-budak kecik lain, tapi dia memang penghibur kami. Ak bersyukur sangat dapat anak macam AFiqah. Yes,  ak memang bukan ibu yang perfect untuk Afiqah. Kurang penyabar, cepat melenting. Tapi Afiqah memang sangat mudah nak jaga. Very independent.  Mungkin mewarisi perangai papa dia. nak tido malam senang, nak mandi senang, nak makan senang, nak pujuk pon senang. Bukan nak puji anak sendiri. Tapi tu la hakikatnya. Walaupun kekadang tu ada la susahnya tapi banyak senang la dari susah. Hopefully baby A nanti pon sama macam Kakak Afiqah dia jugak. 

dah titon...

bestnye lolipop

anak papa...

KIsah Raya Aidiladha yang Panjang


Ada ke kawan-kawan yang tersangkut dalam jammed Ahad lepas? Mesti adakan. Rasanya ramai yang update status dalam FB n twitter cakap stuck dalam jammed. Tak kira dari arah utara selatan timur atau barat. Semua pon sesak teruk. Memang semua syok balik kampung jumpa keluarga sampai malas nak balik ke Bandar ye. Me? Alhamdullillah, tak terjoin sama. Sebab dah gerak balik sabtu malam lepas isyak. Memang sangat tenang je perjalanan.

But kita start story raya haji kita mula dari hari kita gerak balik kampung ok. Ak n en suami memang ambil cuti on 25hb tu. planning konon nak balik pagi 25hb la. tapi disebabkan ak ni bukan reti sabar. Balik keje dah siap lipat baju n siapkan barang nak bawak balik. en suami balik, ak tiga empat kali tanya kita nak balik kul berapa? Dia kata pagi esok la. Then ak tanya lagi. Dia kata malam-malam sikit la baru gerak. macam balik raya hari tu. kakak liyana (sedara) nak balik gak, so kena amik dia kat upm dulu. So kalau gerak lewat sangat nanti tak pat amik kakak lak. So en suami cakap, kita gerak kul 8 la macam tu. bila ak dah siap semua, ak memang lg kurang sabar. Lepas je maghrib, terus ajak en suami gerak. kan maghrib sekarang awal. So 7.30 tu ak dah siap semua. suh en suami masukkan barang dalam kereta. Ak  siap terus gerak. xde tunggu kul 8. Amik kakak kat upm, konon nak gi makan lu. Kat kedai yang dekat UPM. Skali tutup. Nak cari kedai lain. Skali dah silap masuk jalan ke seri kembangan yang kawasan cina tu. so stuck dalam jammed kat situ. Skali kuar kesas, kesas pon dah jammed gila. So kami berenti makan kat Bandar Sri Permaisuri. Kul 10.30p.m gerak ke tol Gombak. But as per expected, kereta banyak gila menuju ke tol Gombak. So kami decide untuk lalu jalan lama. Memang best. Tak jammed langsung, tapi ak diam seribu bahasa. Sebab takut weh. Gelap n jalan bengkang bengkok. Si en suami ngan kakak lak suka cerita scary-scary ni. hahaha. Dasar penakut ak ni. alhamdullillah. 30-45 minit dah sampai genting sempah. Tapi sebab nak shishi. Benti la kat genting sempah. Setengah jam or lebih kut beratur sebelum leh masuk toilet. En suami sampai tertidur dalam kereta menunggu kami. Hehehe. Afiqah lak dah lama dibuai mimpi.

Kami sampai kampung jam 6.30pagi. bukan sb jammed kat lpt tapi sebab berenti tido lama sangat. Tapi macam sia-sia je benti tido, sebab last skali ak gak yang drive dari cheneh sampai ke kampung. Driver konon nak rest kejap, tapi sb memang kul 4 tu waktu membuta en suami, memang asyik menguap je. ak dengar pon sakit telinga. Last-last ak gak tawar diri nak drive. Sebelum ni buat keras, malas nak drive. Like I told before la. ak memang kurang sabar orangnya. so baik ak drive dari benti tido 3 4 kali. Setakat tekan minyak, apa adahal. Lagipon ak rasa lagi sakit pinggang duk kat seat penumpang. Tapi semua pon bergantung dari rasa malas ke rajin ak je. hahaha.  Tapi satu je ak tension bila turn ak drive, memang ak sorang je la berjaga. Memang malang nasib ak, xpernah dapat co-pilot yang leh teman sembang. So sebab korang membuta. Nasib la x dapat membuta dengan aman. Sebab ak akan melalak semua lagu dalam radio. Nasib tak baik, lagu zaman tok kaduk mana la radio ni pasang. Tapi tetap ak melalak jugak. Janji hilang mengantuk n bosan ak. Sampai kampung kita membuta la. tapi harapan la. en suami bukan boleh tengok ak berehat lebih. Mula la ajak pergi sana sini. Lega la ak ni memang bukan jenis kena tido cukup2 8 jam, kalau tak semua benda pon xjalan. Kul 1lebih dah terpacak kat Sabasun KT beli susu n diapers untuk Afiqah. Beli stok untuk sebulan terus. Then en suami konon nak makan nasi bungkus kat warung feberet dia zaman muda remaja la, skali dah habis da. sb dah habis ak ajak pergi makan ikan celup tepung kat pantai teluk ketapang. Atas jambatan sultan Mahmud skali kete slow je gerak. dalam hati, semua orang nak balik kampung belah Kelantan kot. Tapi, lepas je dari tapak tol lama, dah smooth. Memang ak tak tahu sebab apa yang slow sangat tadi. Memang bikin panas je. dah settle makan terus balik kampung. Tapi kena antar adik ipar lu. So lepak umah FIL smpai kul 6lbh. Balik umah, ak rasa lepas maghrib ak dah lepak dalam bilik. Afiqah entah kemana. Pandai2 la anak ak tu bawak diri. Lagipon apak dia ada. So ko layan la anakanda mu itu ye. Ak mau titon. Kul 1pagi ak terjaga, sebab mak ak panggil cakap Afiqah nak susu. Dah buat susu, semayang isyak, ak tido balik. Afiqah tido ngan wan dia. sb dia masuk bilik ak pon tak mau.

Raya haji adalah sama hari-hari lain. Sb tahun ni mak ak tak sihat, so xde sape pon masuk bahagian korban. Pagi raya kali ni pon, mak ak just masak nasi minyak je ngan tempah pulut panggang. Biasanya pagi raya kami request nasi dagang. tapi mak ak kata cerewet nak buat. Buat je nasi minyak.  Apak mertua ada amik bahagian korban. Tapi en suami suh ak duk umah je ngan Afiqah, dia je pergi tolong orang kat kampung. Lepas semayang raya, terus en suami terus pergi umah apak dia. Ak is lepak je kat umah dengan tak mandi lagi. Afiqah pagi2 dah bangun n siap mandi semua. dalam kul 10, Afiqah ikut mak n ayah ak, kakak liyana, n aqilah (anak sedara) melawat  nenek, atuk n pakcik kakak liyana.(kakak tido rumah ak, sb mak ayah dia tak balik kampung. Keje kat kelate) So ak adalah sorang-sorang. Jadi ak amik peluang untuk membuta sepuas hati. Hahaha. Bangun kul 12.30 kot sebab en suami dah balik. memang terbaikkk. Saya suka, saya suka.

So hari raya haji pertama kita makan daging, daging n daging. Konon, pagi tu takde orang pon antar daging kat umah mak ak. Ak dah macam, tak ramai orang korban kot. Xde pon orang kasi daging. Skali laki ak bawak balik daging n tulang dari kampung, baru ada yang lain antar. After semayang jumaat, makin banyak n last sekali dah tak muat freeze. Amik kau. Yang antar lauk masak pon banyak. Sampai last ak xmampu nak pandang daging. Padan muko. Mula mula cam sangap tak pernah makan daging. Sekarang rasakan. Hehehe

Tapi raya kedua yang paling best. Abang ak request kat akak ak nak makan nasi ayam. So akak ak ni bersungguh la nak masak nasi ayam untuk adik kesayangan dia kan. mula mula cam semangat la nak tolong. Tapi last-last dah banyak sangat resepi, dah gaduh gaduh manja lak kat dapur. Siap laki ak sound, kalau gaduh-gaduh nnt makanan tak best. hehehe. Biasa laki ak memang semangat klu bab tolong mak ak masak. Tapi bila dah ramai chef, dia dah lepak main computer dalam bilik. Ak lak memang malas nak gaduh. So surrender awal-awal. Tinggal la akak n kak lang. tapi kak lang ada tetamu(adik beradik abang ipar ak). So kita serahkan pada akak ak je masak. Hambik ko, sampai berjam-jam kat dapur  nak boleh siapkan nasi ayam je pon. dari tetamu sampai, hingga diorang dah balik, makanan tak siap-siap lagi. Yang lawak, akak ak siap tak sedar tetamu dah sejam lebih balik. dah siap masak dia cakap suh jemput tetamu makan. Ak ni dah gelak-gelak. Tetamu celah mana. dah berkurun balik. abang din (laki akak) siap bagi nama nasi ayam tu nasi ayam perang. Hahaha. Ak ada la tolong tumbuk bahan perapan ayam. Dah gaduh sangat, yang tu kata tak yah letak bawang, yang ni nak letak. Last2 ak tumbuk je suh akak gaul. Ala, masak ni bukan ada rules pon. janji last product sedap. Masuk perut kenyang gak.  Lepas makan, kami lepak adik beradik la. Sembang-sembang. Kutuk sikit-sikit. Dah ke petang semua pon ada hal masing-masing. Ak lak dah nak kena kemas-kemas apa yang patot. Malam lepas isyak dah nak gerak balik.  Tapi petang, kami (ak n en suami) siap buat daging bakar special. Terbaik la laki ak punya resepi campak-campak. 

Friday, October 12, 2012

Thursday, October 11, 2012

Selera Makan Terumbang Ambing

Hi all.

Minggu ni selera makan cm ntah hape2. Seriously, tiap kali nak breakfast ke lunch ke dinner mesti blur. Blur sikit takpe. ni dah tahap kronik. langsung x tau nak makan apa. then bila ingat nasi je terus jeng krong kreng otak ni. dia feel macam tekak ni nangis raung mintak jangan sumbat nasi.

dua tiga hari lepas ok lagi la bila sumbat nasi, tapi sure pembaziran la. tapi lauk pilihan. nak ikan masin goreng ngan lada n bawang (ala2 macam ikan pekasam la, tapi pekasanm xde, ikan masin tenggiri pon boleh layan) then goreng telur (konon nak wat telur mata kerbau, last2 mata kerbau dah pecah daaa.) kalau macam ni sokmo, senyum laki ak sebab bini dia sngat berjimat cermat. hahaha.

semalam, sarapan just beli kuih 3 singgit. then tengahari tak pat balik umah sebab janji ngan boss nak gi SIRIM jumpa testing department nye orang. Kalau balik umah, kompom masak2 lu. takut terlambat lak masuk office. biasa kuli tunggu boss, nnt jadi kes boss tunggu kuli. xmau xmau, nanti dari boss niat nak bagi bonus terus dia ubah fikiran. kipas kipas. hahaha. so kena makan kedai la. mmg tepu tak tau nak makan apa. siap kol en suami mintak idea. tu pon x membantu sb dia ngah meeting, tak pat sembang. kena wat keputusan sendiri. so decide makan nasi hayamm je la. tu pon ak makan setengah je. selebihnya pembaziran lagi. tu yg ak mls nak makan luar tu. makan umah duit tak kuar. masak apa ada.

dinner sumbat sushi beli kat Aeon Bukit Tinggi. tu pon beli 8 biji. ak 4 biji, lakiku 4 biji. pastu en suami beli sponge cake yang 3slice. tiga2 slice dia makan sorang. Konon beli untuk Afiqah, tapi Afiqah tak sampai 5 minit masuk kereta dah dibuai mimpi indah.

Saja ajak en suami ngan Afiqah jalan. alasan nak gi tengok stroller. bukan nak beli lagi pon. just nak gi tengok2 je. Afiqah excited tgk stroller tu, siap suh letak dia dalam tu lagi. Kamu time dulu letak dalam stroller kamu tak mau, sekarang dia yang lebih. jangan nanti beli stroller untuk baby, kamu plak yang lebih2 nak duduk. baby mama kena dukung. terbaik la lagu tu. kalau jadi camtu, kena pikir nak beli twin stroller la. tapi kalau beli Afiqah tak mau duduk lak dah bazir lagi. tengok la camana. pikir kendian. lagipon lambat lagi nak bersalin. (3 bulan tu lama ke kak. pejam celik pejam celik dah meletup dah)

Kisah hari ni, nasi pon ak tak leh tengok. nak muntah. pagi ak makan sebiji epal ngan air kosong. tengahari ni mmg nak balik umah, tapi mood nak masak nasi kelaut. pikir2 nak masak apa. last2 bawak kete pergi gerai makcik kawan ak. tapi dah sampai depan gerai, ak rasa cam ilang mood. terus tak benti then balik umah tangan kosong. last2 ak makan megi  ngan epal sebiji lagi je. kejap tadi melantak biskut kering cicah milo kosong. nak kata lapar, tak de pon. tapi yang pasti dahaga.

ak dah pening nape jadi camni. ke sebab dalam minggu ni ak gila makan epal. epal ni hilangkan selera makan ak. wahwahwah, kalau betul boleh la praktikkan lepas pantang nanti. so sep duit tak yah beli ubat kurus semua sb makan epal je selera makan ak yilek. tapi now tak sesuai la. so esok ak kena habiskan semua stok epal kat umah. kita tgk, if tak makan epal, selera kembali normal ke tak. tak pon sebenarnya ngengada ibu mengandung. hehehe.

arap sangat selera makan balik ke asal, tapi jangan makin over sudah. ak tak mau la berat naik mendadak. 1kg sebulan je kalau boleh. so petang ni ngah pikir nak makan apa lak. tapi nasi memang tak mau la. tak lalu la. sebut nasi pon dah rasa geli campur pening. hover sangat tau. hahaha.


Monday, October 8, 2012

Sembang Kosong.

Assalamualaikum.

This weekend memerap je kat rumah, sebab Afiqah tak sihat. Dua hari pertama demam dia still aktif. tapi semalam, melepek je. siap kena paksa mandi, makan ubat then dia tido balik. petang baru la nampak ok sikit. siap leh main air kat luar ngan papa dia. tapi semalam, kul 8p.m dia dah tido lepas kena paksa makan ubat. Ya Allah, sangat susah nak bagi makan ubat. siap kena ugut cakap orang xnak makan ubat kena tido luar. tu pon jerit taknak lagi. siap mama duduk depan pintu dapur, buat2 macam nak buka pintu, baru la makan. sowi la anak. terpaksa. kalau tak kamu taknak makan ubat. nak paksa pegang mulut kepit tangan kaki, kamu lagi terre dari mak ayah kamu. dia sembur je ubat tu.

Kadang-kadang naik geram ngan Afiqah ni. bila tak sakit, pantang nampak ubat. siap berlakon amik ubat, tuang dalam sudu then suap ke mulut. boleh mintak2 lagi nak makan. tapi bila sakit, mengamuk ngamuk taknak. siap ak kena panampor free sejibik sebab nak marah ak paksa dia makan ubat.padahal apaknya yang pegang mulut dia. ak tukang sua ke mulut je. tapi biasa la budak sakitkan. cranky tu biasa la. adat. dia sakit semua orang dia taknak. ak pon dia tak bg sentuh dia, apaknya lagi la. tapi semalam dah ok sikit. tengah malam, bangun cari mama. nak tido bawah ketiak mama dia. huhu.

Pagi ni, badan still panas2 sikit. tapi ak terpaksa antar pergi nursery jugak. sebab last week dah EL. nnt cuti banyak2 boss ak bising plak. papa pon sama, pagi petang ada meeting. Tapi dah pesan ngan cikgu dia, if tetiba suhu badan dia naik balik, just give me a call. ak akan pergi pick up dia kat nursery. but until this entry ditulis, lom ada mesej and phone call dari cikgu dia. tghr tadi mesej cikgu dia pon cakap dia ok.Hopefully dia tak buat perangai comel dia kat taska la. siap pesan kat cikgu cakap dia dua tiga hari ni mood tak elok. cikgu pon cakap ok. faham. budak tak sihat memang macam tu.

sekarang memang musim sakit kan. demam, batuk n selsema ni biasa je. ak pon tekak dah macam perit2  je. tapi maybe sb tak cukup tido kot. camana nak nyenyak tido kalau anak sakit. sabtu ak pergi keje, (Afiqah start demam khamis malam jumaat. jumaat ak EL. sabtu suami plak EL) dak opis ak tegur ak. dia cakap yang bawah mata ak lagi teruk dari mata dia. ni jawapan ak:

Ak:  biasa la kalau ada anak.nnt u ada anak then leh la rasa camana.
Dak Opis: ye ke? mana tahu nanti anak i bangun makan then tido je.
Ak: Good for you.

then ak diam je la lepas tu. ak ni kan kaki sentap. hahaha. tapi seriously, now muka ak dah tahap kusam, n lemau. Since pregnant, ak jadi malas nak belek2 muka semua ni. tu nasib baik ak still cuci muka lagi. tapi skg satu hape krim pon ak tak sapu kat muka ni n secalit bedak pon xde. apa lagi nak berlipstik bagaikan. bukan je malas bila pergi kerja, tapi pergi ke mana2 pon sama je. and ak pon dah tak tahu ak letak mana segala alat make up ak and krim muka dah lama gila ak tak beli lepas habis awal bulan May haritu. Maybe after deliver kembali normal kot. Lagipon skg badan dah gumukss, so xde mood nak berlawa2. Baju pon xcukup.

cerita pasal baju. next Saturday ada convocation sedara ak. tapi dah macam adik ak dah Kakak Liyana ni. Masa baby dia pernah duk ngan parents ak jap. kira dia ni macam anak bongsu parents ak la. actually tak tahula pertalian darah jenis apa yg kitorang ada. tapi yang ak pasti, nenek n atok dia dah macam mak ayah pada mak ak. (grandparents ak ngan grandparents kakak ni berjiran dulu) and dah macam tok nenek ak sendiri dah. Kak Lah, (mak Kakak Liyana) ni dah macam adik mak ak. Maybe ada la talian kekeluargaan, tapi jauh la kot. tapi ada kami kesah. yang pasti kami adalah keluarga. panjang pulak story pasal relationship family. kui3.

So parents dia akan stay umah ak dari Friday to Sunday. So ak rasa ak perlukan baju baru. takkan nak pergi convo pakai baju t'shirt bodo. cikai2 pon pakai blouse. so kena online shopping la macamni. nak pergi jusco ke ak malas la plak bila Afiqah kurang sihat ni. Mana erk baju cun2 n harga affordable. please anyone, give me an opinion or link online shopping yang u'olls suka. ak belek2 poplook, but kurang berkenan la. maybe korang ada fav website then leh share with me.

k la. jangan lupa drop link online shopping fav korang. leh ak pergi tengok gak. sampai jumpa lagi. daaa

Saturday, October 6, 2012

Wan Kuar Ward, Afiqah Lak Demam

Assalamualaikum.

Semalam ak EL, sebab Afiqah demam. Today papa take over untuk jaga Afiqah kat umah coz today ak terpaksa kerja jugak. Ingatkan today nak balik kampung, tapi sebab demam AFiqah still tak kebah jugak n yang makin merisaukan sebab tiap kali makan, mesti muntah, minum susu muntah, batuk sikit muntah, duduk saja pon muntah. So perjalanan jauh buat masa sekarang not good to her. takut demam yang nak baik jadi makin teruk lak. Dah inform my mom cakap tak jadi balik. sedey je suara dia, tapi dia cakap kalau still tak sihat arini,xyah balik la. Balik lain kali je. Ak sendiri pon sedey x dapat balik sedangkan mak ak sakit. tapi kesihatan AFiqah pon kena fikir gak. so sabar la hati. raya haji nanti balik lama sikit.

Semalam just pergi klinik kat rumah. Doc cakap suhu AFiqah agak tinggi 40.8degree C. Patotla malam sebelum tu, dia tidur mama leh rasa panas badan dia. Even dah bagi makan ubat, suhu still tak turun. Biasa sebelum ni, kalau AFiqah demam, makan ubat dah kebah. Memang tak lena tido la semalam sebab nak make sure suhu badan dia tak tinggi sangat. ak basahkan kepala and badan dia dengan Aloe Vera. Dia pon tak merengek sangat bila kepala sejuk. Tapi dalam 4.30a.m dia terjaga then nangis2. dia cakap dia sakit kepala. Basahkan lagi kepala dia then picit2, tertido balik.

Ingat lepas kena masuk ubat ikut montot, dah baik. tak jugak. sampai pagi ni suhu still tinggi. If tak turun juga, kena bawak pergi hospital la. risau gak takut serius. doakan afiqah cepat sembuh ye.


Wednesday, October 3, 2012

My Mom Warded Again


Assalamualaikum.

Dear all,

Tolong doakan kesihatan mak saya ye. Now dia admitted kat HSNZ sebab penyakit berulang, Usus luka. Harap tak serius, sebab if serius juga, maybe doc terpaksa operate and potong usus. Kalau boleh taknak la sampai tahap tu. 

Tuesday, October 2, 2012

Check up at 24 weeks

Assalamualaikum.

Firstly, congrats to my dearest BFF, Puan Zatun for a 2nd pregnancy. Perancangan menambah ahli keluarga di makbulkan Allah. Alhamdullillah. Take a gud care my dear. dah la keje ngah berlambak kan. at first trimester ni mmg kena xtra careful. Ak doakan semoga semua dipermudahkan sampai baby deliver.

Semalam (dah taip semalam tapi tak sempat nak post) Last Sunday, pergi klinik for monthly check up. Now dah 23w 6 days / 24 weeks la senangkan. ngengada nak juga day yg sehari je lagi tu. Alhamdullillah semua pon ok. Berat increase 0.5kg since last check up. risau gak naik terlalu banyak. tapi lagi risau kalau tak naikkan. Check up kali ni kena suntikan ATT. Baiklah, tangan saya sampai skang dua hari sakit. but it's ok, i'm tough ok. setakat cucuk ni, apa adehal. wah berlagak kau.

So scan semalam, check size baby. Doc said yang baby size normal. not to small or to big. Gud kob my dear BB A. Tp ukur lilit perut dia yang besar sikit. ni nak ikut size perut papa n kakak Afiqah ke? hehehe. yang lain semua cun ngan week pregnant. Yang buat me a bit worry is doc cakap uri/ placenta  a bit lower. time 16w scan, uri ok kat atas. but doc cakap its ok. don't worry. ak pon ada Google bout this. n mmg tak perlu risau sgt. coz makin meningkat usia kandungan, insyaallah uri akan makin naik. Just pray for baby sake.

Lain2, doc baru kasi blue card (sama cam buku pink la) and need to bring every time ada checkup. and this card is really important kalau tetiba ada emergency nak terberanak kat tempat lain selain tempat ak biasa check up ni. Doc asked me whether dah tau baby gender or belum. Last scan, memang ada bg tahu but not to confirm coz baby only at 16w. so semalam doc cakap its a....., but buat relax je la. takut yoyo ooo je confident, tetiba kuar lain. so just wait n see. Boy or gurl, kami tetap terima dengan hati terbuka.

Next check up kena repeat detail scan untuk tgk jantung baby and maybe amik darah untuk check HB. Hopefully this 2nd time, HB akan cantik secantiknya. coz time pregnantkan AFiqah, my HB only 9.6 sahaja. but alhamdullillah, semua nya selamat n dipermudahkan. Of coz for this time, ak harapkan semua dipermudahkan la.

sebab now dah 24w, so me need to buka balik semua note lama nak tgk check list do and don't barang baby. Like i told before, barang yang dah ada n masih elok kita guna je dulu. yang penting and belum ada je kita beli dulu. nnt kalau ada mood, i share la barang apa yang perlu ada untuk panduan mommy2 yang lain. hehehe.

K la, need to stop first coz this morning i have product audit with SIRIM officer. nyempat je kan? hehehe. sampai ketemu lagi. bye bye.