Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Story Mory Baju Raya PLak.

Assalamualaikum...

Dah takde mood plak nak story mory kisah juadah berbuka. Orang pon dah naik muak baca kot. Sini makan, sana makan. Kurang pahala puasa sebab duk ingat makan je. Hehehe.

Last weekend (Ahad) seawal 8 pagi kami dah keluar dari rumah menuju ke Pasar Shah Alam. Ada orang panggil Pasar Karat. Tujuannya hanya lah satu, mencari tudung untuk puteri kesayangan, Nurul Afiqah Humaira. Mama ngan papa kesian dengar Afiqah tiap-tiap hari berdondang sayang lagu Tudung Pink & Bunga. Nak beli kat kedai biasa macam mahal sangat. Cakap kat dia Ahad ni kita pergi beli. Ke pasar Shah Alam la kami Ahad tu.

Sebesar-besar pasar tu, bukan main susah nak cari tudung untuk budak yang ikut kehendak Afiqah. Wah anakanda saya dah ada taste sendiri. Mama amik yang ni, dia taknak. Amik yang tu dia taknak. Last-last suh dia pilih sendiri. Asal nak beli dua helai je. Tapi kat first gerai ada satu je yang dia suka. satu RM10. Jalan lagi jalan lagi, jumpa la satu gerai yang jual tudung 2 RM15. Kat situ ada tudung pink. So kita amik la. Dah Afiqah nak pink kan. Then papa dia ada berkenan satu tudung warna hijau. Aku tengok pon cantik. Tapi Afiqah taknak yang tu. Tapi papa kata amik je. Nanti dia pakai la tu. Tapi sampai ke hari ni, dua helai yang dia pilih tu je dia pakai. Yang papa pilih tak bersentuh lagi. Takpe, nanti mama suh Kak Iqah pakai.

Memang pergi Pasar Shah Alam tu just untuk lepaskan hajat Afiqah je. Dah dapat tudung dia terus gerak. Mula-mula ingat nak balik. Tapi kalau balik mesti rasa macam lama je kat umah. Sure takde aktiviti lain yang aku buat selain membuta. Jadinya marilah kita ke Aeon Bukit Tinggi. Gi tengok baju raya kut ada yang berkenan di hati. Last month sebelum puasa dah pergi, tapi just dapat cari baju untuk AFiq Amsyar je. Baju AFiqah memang paling awal beli. So cari baju based on colour baju dia.

Semangat ni, sampai Aeon pintu pon lom buka. Hahaha. Tapi ramai je orang dah menanti pintu buka. semangat aih nak shopping sampai semua pon dah macam pak guard tunggu kat pintu masing-masing. Aku bersabar sikit, so tunggu kat dalam kereta. Ala tersampai awal pon sebab memang tak plan langsung nak gi situ. Last minute baru decide pergi. Hahaha. Ada je alasan.

Sampai-sampai terus pergi ke bahagian baju lelaki. Pusing punya pusing, akhirnya ada la jumpa kemeja yang boleh match ngan baju Afiq Amsyar ngan Afiqah. Tapi suami saya ni very the super cerewet punya orang. Aku kata amik je la. Dia plak, nanti la kita pusing lagi kot ada yang lagi ok. Atoi la. Dah berapa round dah pusing, last-last tuju kat baju tu jugak. Tu tanda suh beli yang tu la. Tengah en. suami duk kelebet baju, Afiqah plak nak terkencing. Afiqah sekarang dah free diapers kemana mana je. Tapi malam still pakai la bila dia dah betul-betul lena. Nasibla toilet dekat je. Berlari aku bawak dia ke toilet. Kalau terkencing kat situ dah satu hal orang nak bersihkan. Satu hal lagi tak bawak satu pon extra seluar. Baguskan mama dia. Konpiden gila anak dia takkan kencing dalam seluar.

Akhirnya lepas berapa kali round berjaya la beli sehelai kemeja untuk en. suami. Now turn for me plak cari baju raya. Berpusing la kat bahagian baju perempuan. Satu pon aku taknampak warna yang ala-ala baju anakanda ku berdua tu. Payah nau nak cari warna tu. Aku dah terai cari kat online shop. Memang ada warna yang aku nak tapi dah sold out. Tahun ni semua orang cari warna dusty pink/purple ke? Last last aku ajak balik je. Sebelum keluar tengok ada satu baju kat display. Berkenan plak kat design tu. Tak jadi balik. Aku ajak pergi tengok kot ada warna yang aku nak. Kecewa sebab takde yang sejibik sejibun warnanya. cuma ada la macam purple sikit-sikit kat baju tu. En. suami cakap try la pakai dulu. Nampak macam boleh match jugak walaupun sikit. Ok aku cuba la. Tapi sebelum sampai fitting room, ternampak plak ada satu jubah yang bagi aku cutting dia super comel. Walaupun warna takde kaitan ngan tema, tetap nak terai jugak.

Masuk fitting room, aku nak buka kerongsang dari tudung. Tetibaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Kerongsang tu jatuh atas kaki aku. Tapi yang paling terbaikkkkkkkkkkkk............

Jarum tu menjunam masuk dalam kaki sampai ke tulang. Sakit wehhhhhh. Masa nak tarik, panjang rupanya dia masuk ke dalam. Benda jatuh dari tempat tinggi, dengan gravity lagi. Berdarah kaki ku. Siap 3 hari bengkak. Cerita pasal gravity ni, korang ada tak tengok iklan 100 plus ke Revive yang air jatuh dari bangunan then diorang leh selamba badak main-main air kat bawah tu. Kalau air jatuh dari tempat tinggi korang ada kat bawah boleh mati ok. Bocor kepala. Sebab apa? sebab gravity tu la. Ada satu kes kat Johor kalau tak silap aku. Air tangki dari high rise building pecah. Berlubang jalan kat bawah tu tau. Tapi nama pon iklan kan. Ikut depa la nak buat apa pon. Logik tak logik belakang kira.

Ok back to the topik. Bila dah test dua-dua baju tu, ayork aku suka dua-dua. Camana tu? Tapi en suami suka cutting yang baju tak masuk colour theme tu. Yang satu lagi dia kata cantik jugak tapi dia lagi suka yang tadi. Last-last aku kata tak payah la beli. Lagipon dua-dua pon tak menepati tema. Memang muka aku kecewa gila time tu. siap pegang-pegang lagi baju tu. Langkah sambil seret kaki. Nampaknya tak berjaya juga aku cari baju raya. Ntah bila la nak cari lagi. So jom la kita bergerak balik.

Dah nak keluar ni, tetiba en suami cakap, jom kita gi terai skali lagi yang baju ada kaler tema sikit tu. Wah, senyum balik. Aku pon terai la. Lepas tayang-tayang depan en suami, tetiba en suami bersuara. Takpe la, yang ni biar abang bayar. Amik la yang satu lagi tu. Yang tu ayang bayar sendiri. Padahal yang aku bayar sendiri tu duit yang dia bagi juga. Tapi bulan lepas punya masa cari baju anak-anak tu. Melonjak la aku kegembiraan. Kembang-kempis hidung kesukaan sambil bawak baju gi bayar. Tapi rasa macam tak adil pulak, baju aku dua, baju dia satu je. Aku pon suh dia pilih baju yang match ngan baju aku. Yang ni aku belanja ngan duit aku. So pusing la lagi kita cari baju en suami plak.  Tapi aku ada misi terbaru. Nak cari selai lagi baju untuk AFiqah n Afiq AMsyar yang sama kaler ngan baju second tu. Hehhee. Tapi tahun ni kami takde baju kurung ngan baju melayu baru. Tapi ingat nak cari jugak selai baju melayu untuk AFiq Amsyar. Just nak amik gambar. Dia pon lom pandai jalan. Pakai smart-smart pon mama juga yang dukung.Selesai misi kita balik.

Tapi tak balik terus, pusing-pusing Aeon kat bahagian bahan mentah sebab nak cari butternut squash untuk Afiq Amsyar. Kan Afiq AMsyar dah 6 bulan lebih. Aku dah start introduce solid food untuk dia. Tapi dia macam tak pandai lagi nak makan. Banyak keluar dari masuk. Akhirnya Baby Bullet blender yang aku beli kat groupon dah berguna. Hoorey. Tapi tak jumpa pon butternut squashnya. Tak tahu la aku mana lagi nak cari benda tu. Pastu berenti beli dorayaki untuk Afiqah. kesian dia dah penat n lapar. Siap suh dukung lagi. Papa dah la sakit tangan, tapi tetap usaha dukung dia guna tangan kiri. Lepas papa mama plak dukung. Pengsan. Nasib mama gagah perkasa. Tak de balik umah teguk air. Hehehe.

Panjang lebar plak story cari baju raya. Aku konon sedey sebab tak de beli kain nak wat baju raya pon tahun ni. Konon bersederhana la di hari raya. Skali baju raya aku je pon dah lebih dari orang lain. Baju anak-anak pon baru selai. Kesian. Xpe, mama dapat gaji bulan ni, mama belanja baju dua lai sorang k. Tapi baju murah-murah je la. Mama tak mampu beli yang branded manded ni. heheheh.


Monday, June 18, 2012

Makan Makan: Mastercook (Muslim Chinese Cuisine), Bandar Sri Permaisuri


Assalamualaikum...

Arini nak citer tentang aktiviti makan2 kitorang. Last week (lupa hari apa), kami pergi makan malam di Restoran Mastercook. Menyajikan makanan ala cina muslim gitu. 


Dah lama sebenarnya en hubby nak ajak makan kat sini, tapi asyik tertangguh je. Kenapa en suami ak bersungguh sangat ajak ak makan sini? Adakah sebab ada awek cun? Atau memang makanan dia marvelous?  Sebenarnya, laki ku itu idak la pernah lagi pergi makan sana. Tapi sebab director company dia cakap best, so dia pon nak gak try. Tapi takkan nak try sorang2 kan, kena la bawak anak bini sama. Nanti puan isteri bising and merajuk plak tak ajak dia. Nanti cakap en suami nak makan sedap sorang2. Hehehe.

 So semalam, akhirnya berjaya jugak kami makan kat sini. Kat mana location restoran ni? Ia terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras. Kedai dia bersebelahan dengan kedai Satay Station and Snogurt (kedai ala2 tutti frutti).  Jauh kan kami pergi makan. Umah kat shah alam. Cari makan sampai ke Cheras. Sebenarnya, kebetulan nak ke KLCC jumpa my sis in law. Dia datang sini untuk program maktab. So terus la pergi.

Makanan kat sini ok la. Ak bg 3.5/5 untuk this restoran. Kira makanan dia ok la. Boleh makan, but ak pernah makan tempat yang lagi sedap. Hikhikhik. Or mungkin sb kesilapan ak tak order nasi putih tapi makan lauk pauk ngan nasi goreng thai menyepoil kan kesedapan makanan tu semua. Laki ak la ni, dia kata dalam menu takde nasi putih. Ak ni plak xtau nape semalam blur tak terkeluar tanya kat waiter tu. hahhaa. Jadinya, nasi goreng thai tu ak makan hanya 1/3, selebihnya ak makan lauk je.  (nasi goreng thai tu sedap sebenarnya, tapi sebab nasi dah ada garam, lauk pauk pon sama, jadi ak rasa macam masin gila makanan ak)

Jom layan gambar makanan yang kitorang order.

air longan & barli

Tomyam...
Hubby suka, ak pon suka gak, tapi compared to tomyam kat Pormthip (kat area situ gak)
ak lagi suka yg pormthip, sebab pedas gilosss...
ak skg memang hantu pedasss...

Scallop Porridge, sedap gak la
ni en ahmad makan ngan Afiqah...
tengok Afiqah makan banyak, maknanya sedap la tu...
mama rasa sikit je...

Dry Butter Prawn. Ok la, sebab ak rasa habuk2 dia tu kurang rasa.
ak pernah makan kat satu kedai kat KLang.
yang tu memang sangat sedap smpai rasa x cukup...

ak lupa nama apa, tapi benda ni macam taufu fa, letak kicap kat atas.
yang ni ak suka, sedap sangat.
maybe sb ak memang suka makan taufu fa kot.

ni nasi gorang thai yang ak makan sikit gila.
sedap tapi masin nak makan ngan lauk2 tu semua.
So bayaran untuk semua ni RM 75++. Ak tak igt sen kat blakang. Yang jadi mahal sebab butter prawn tu la (RM45/35). Tapi takpe. Sb ak nak makan, kira mahal pon mahal la. Laki bayar. Kihkihkih.  After makan kami pon bergerak ke destinasi tujuan. KLCC. Nnt update tentang ni k.

Wednesday, April 18, 2012

UPDATE SECARA PUKAL!!

Sebab cerita dah nak basi so kita compilekan semua cerita dlm 1 entry je

Sabtu

Pagi-keje half day.

Petang-konon nk bawak afiqah ke morib tp sb dia tido dlm kete jd skdr tgk laut dr dlm kete je la. (pantai morib x menepati piawaian kami. Rindu pantai kt ganu). pusing2 daerah banting sampai jmp makam diraja, istana lama dan msjd lama kt kg bandar, banting. Baru ku tahu yg dulu banting ni pernah jadi bandar pemerintahan selangor. Dah penat sesat,singgah mall cari ikan nk blk masak utk mkn mlm.

Istana Lama 

Masjid Lama - Nama betul x tahu and gambar tak cantik
capture ngan enset je pong.


Malam- masak2,makan2,lepak2 n tido.

Ahad

Pagi- tunggu hubby blk dr cycling. Ak x ikut sb afiqah baru baik demam. So x sesuai lg nk kayuh2 basikal. Dlm kul 10 siap2 brg afiqah nk gi ke Zoo Negara. Actually dah lm nk gi Zoo tapi dah 2 kali smpai dpn gate dah tutup. Rasanya dah ptg sgt kami pergi. Tapi tu hajat hubby nk gi. Afiqah duk kt kg lg time tu.so kali niat nak educate afiqah mengenali dan menyayangi haiwan, alhamdullillah tercapai gak akhirnya hasrat.

Note: untuk tiket masuk ada 2 jenis bg setiap golongan. ( kanak2 with or without my kids n dewasa with or without my card). 2 jenis tiket sb satu masuk semua tempat n satu jenis lagi without taman serangga. Yang ak paling sure tiket dewasa with mycard rm25 n rm20. yg lain xigt. gambar sign board tiket lupa lak nak capture.hehehe.

Seronok gak la gi Zoo. sebab Afiqah dah start kenal mcm2 haiwan. Bila kita cakap itu apa, ini apa, dia akan follow kita cakap. yang paling best tgk gajah. Afiqah cam takut tapi tak mau balik sb nak tgk gajah yang cerdik tu.

kami kat dalam dari kul 11 smpai kul 3. Lama kan. Kat dalam tu kami jalan kaki je. xder naik tram angkut 2 orang tu. betul2 exercise. Ngan layan Afiqah yang kejap nak jalan, kejap nak duk dalam stroller kejap nak dokong. Tapi overall sangat enjoy. Ni sikit je gambar AFiqah time kat Zoo. Ni gambar dari henset. Gambar dari kamera x upload2 lg dlm lattop.

Dalam kereta OTW ke Zoo...cantik je ikat rambut

dah xder cantiknya...muka pon blur2 dah..
penat sangat dah pusing2.

Selamba je kena tinggal ngan papa...
memang tak takut apa2 anakku sorang ni...

bebas meneroka...
good for her development...

baikla budak tecik...
buat la apa kamu mahu...
balik dari Zoo, tiga2 terbongkang. Ak ngan Afiqah memang tak tunggu lama. masuk rumah terus landing atas katip. Zappp...lelap sampai kul 5lbh..Penat nya.

Isnin

Keje cam biasa. Tapi skang ak sangat bz nak launch new product. Kena deal ngan orang sana sini. Bila ada yg boss tak puas hati, ak yang jadi orang tengah. Yang bestnya bila ak cakap, ada la jawapan diorang. Sistem kita down la. xleh kuar quotation la. dah 4 bulan weh. tiap2 hari ak kejar ko. smpai ke kerani ngan boss ko ak called. Tapi mcm biasa la, orang ni kalau cakap ngan boss2 terus ok. Pagi boss ak called, petang dah kuar quotation. Aik! boleh guna plak sistem korang erk. Tapi xbest la. Cam ak x buat keje lak kan. Kalau boleh taknak la smpai boss masuk campur. Ye dop?

Selasa

Semalam, seharian ak kat luar. Petang dlm kul 4 baru masuk opis. Pergi Sirim dan pergi kat supplier buat test. Penat wehh.. Igt nak ngular balik umah terus je. tapi sebab boss masuk opis, ak kena la masuk opis. hahaha. Semalam kul 3.30 baru lunch. dah tu lunch sorang2 kat kedai. (hukaloh, macamkan ko tak biasa sorang2 Nurul Akma hoi. Selama ni bukan sorang ke?hehehe..tapi biasa tapau makan kat opis) Balik opis, boss suh edit video testing yang ak wat plak. ak ni memang semua kerja buat. Ak la QC, ak la editor, ak la draftman. Segalanya ak la. So lambat sikit la balik amik afiqah kat nursery. Cian anak mama.

Nnt nak update pasal AFiqah yang dah besar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 20, 2012

Trip Bandung: Day 2- Pasar Baru n FO



Hi all’s…
Malas sangat nak update blog…
Padahal entry bandung lom habis lagi…
Sb malas nak tulis panjang2…rasanya biar gambar bercerita la…
Kita tambah sikit2 je kat bawah ye…


kota bandung dari atas Pasar Baru


nyopping telekung sembahyang utk family di tja collection

ole2 utk family dari bandung

shopping kebaya and kain pasang sulam di seruni jaya
tokey kedai sangat baik...harga pon menarik...


kain sulam utk diri sendiri..
yg atas dah jual kat kawan and utk adik iparku


nak shopping kain cotton and lace pon boleh...
murah and cantek gak...
lepas dah habis duit kat pasar baru...
pak supir bawak ke FO di jalan riau and jalan dago....
then balik rehat...
malam makan satey kat warung satey chinta...
best gak satey nya tapi lg best satey kat malaysia...
malaysia tetap dihati...hehehe



Thursday, March 15, 2012

Bandung Trip: Day1 (Tangkupan Perahu and Warm Up di FO)


Utk tidak mengganggu aktiviti shopping kami disana, ak dah decide utk pergi ke Tangkuban Perahu terlebih dahulu…terus Pas Agus bawak kami ke sana…tapi cuaca kat BDO waktu tu tak berapa baik…hujan je…tapi sb utk x menghampakan diri nak jejakkan jugak kaki ke TP…sepanjang perjalanan ke TP sgt menarik…kawasan berbukit and bagi ak BDO sangat nyaman...hijau sana sini…


dah sampai wajib amik gambar kat sini


Tips di TP: elakkan dari membeli apa2 barang kerana harganya lebih mahal dan barang2 jualan boleh didapati dengan harga yang lebih murah di PB atau kawasan sekitar BDO..

Walaupun tak dapat melihat Kawah Ratu disebabkan kabus yang sangat tebal tapi cuaca waktu tu sangat2 best…anginnya dingin sangat and Afiqah suka sangat…senyum je dari turun kereta…kami kejap je kat TP sb mmg xder apa yang boleh dilihat…berdekatan dengan TP tu ada Hot water (sari alter) tapi kami tak benti pon…Restoren kampong daun pon kami tak benti…cam x minat je…sb niat nak ke TP jer pon…

On the way turun, pak agus berhentikan kami kat taman strawberry petik sendiri…baru je nak keluar kereta hujan plak turun…sb bawak si kecik tak jadi kami nak petik strawberry…tapi klu nak banding ngan Cameron lagi best Cameron la…hehehe…
Ladang Strawberry


Kami terus kan perjalan turun ke BDO…berhenti makan kat Rumah Ikan Indonesiafood…menu kami utk lunch hari tu…nasi putih, bistik sapi goring mentega, cumi tepung, kangkung apa ntah, and gurame bakar…makanannya memang x mengecewakan langsung…terbaik…especially gurame bakar and bistik sapi goreng mentega…Cuma conclusion harga makanan kat BDO sepanjang 4 hari kami di sana, rate nya lebih kurang Malaysia jugak la…maybe klu yang murah, gerai2 kecik tepi jalan tu…tapi kami tak cuba sb takut cirit birit…lg2 bawak si kecik…
portion makanan utk 4 org..kami makan berdua...

After lunch, kami terus ke Jalan Dago…kira warm up la…kami just bawak baju sehelai je…klu x beli jawabnya rotate baju yang sama la...tp kat FO jalan dago kami just beli baju untuk Afiqah je kat Grande…sb x berapa berkenan baju2 yang ada…disebabkan kepala dah pening n mengantuk…kami mintak Pak Agus antarkan kami ke Orange Home, check in and rehat2 dulu…dah tak leh teruskan sebab kepala dah weng…berjaga dari jam 4 pagi…janji ngan Pak Agus utk pickup kitorang after maghrib…

Malamnya kami ke Rumah Mode…for me, kat sini memang wajib pergi…baju dia lebih menarik untuk dipilih tapi harga lebih mahal sedikit la compared ngan FO yang lain2…tp kalau nasib anda baik jupa baju ada tag diskon 30% ke 40% ke…and kat sini saya grab 3 helai baju kemeja and sepasang slipper for Afiqah…en hubby x beli apa pon sb dia kata semua dia tak berkenan…dan harga kemeja yg saya beli after convert to RM xde sat upon lebih dari RM45 hinggit…

Rumah Mode

Malam tu kami just dinner roti yang kami beli kat Rumah Mode…penat nak makan berat2…so malam tu balik hotel n tido…Penat!!!

Bandung Trip: Day 1 (Bandara Hussein Sastranegara)


Yeee...akhirnya dapat mencoret kisah trip kami ke Bandung 8hb - 12hb March 2012...

Jom Mula...(utk elak entry panjang berjela...saya kecik kan scope ye...).

Flight schedule is 6.30a.m at lcct…
tido lam taxi...
lepak lu kat lcct...
Kesian Afiqah kena bgn awal pg…asal nak tukarkan diapers je tapi dia terjaga terus mandikan…
Taxi dtg and terus ke lcct…smpai lcct awal lg so lepak kat Marry Brown for breakfast…disebabkan kami dah siap2 check in online and boarding pass dah ada and xder nak drop baggage so kami cam lembap2 je…kami masuk dah last called for flight ke BDO…hahaha…gelabah kejap…tapi smpai kat flight orang tgh manjat tangga…and rupanya ada lg orang lambat dari kami…baru jer nak perasan last masuk flight…hahaha…

bergambar lu before masuk flight...

suka je org tu...xtakut langsung...

indahkan ciptaan tuhan...tenang


Flight on time and we arrived BDO awal 30minit…tapi disebabkan Husein Sastranegara International Airport ni kecik aje…ada 2 imigresen post utk cop passport je pon…kira satu utk Indonesian and satu lagi utk foreigner…tp disbkan mmg foreigner terlebih ramai so mana pon boleh…sb kami bawak toddlers so terus pegawai pggl ke depan…walaupun kami turun antara yg paling lambat…so xyah beratur lama2…


isi biar lengkap yer...nnt senang kat post imigrasi..


Tips: bawak pen siap2 ye utk isi imegresen card yang diberi dlm flight and isi dgn lengkap ye utk memudahkan proses pengecopan pasport…(ak tertggl pen kat umah…kelam kabut gak…lega la abg kat sebelah baik hati bg pinjam pen…)

















sampai sudah
kecik jer balai ketibaan...

Keluar dari balai ketibaan, pak supir kami sudah menunggu…supir kami di BDO namanya Pak Agus…baik bangat orangnya…and for transportation and hotel, kami mintak tolong kak lina…dapat contact nombor dia dari forum cari…kenderaan kami disana adalah Suzuki APV…cukup selesa utk kami bertiga…


next entry Tangkuban Perahu and Warm Up di FO...


Monday, February 6, 2012

Jalan2 Umah Untie Zatun: Afiqah Over Excited...

Salam Maulidur Rasul...
Petang semalam jalan2 ke rumah baru my BFF, Zatun...
Janji ngan Na kat Petronas Kesas Highway, n gerak sama2 ke rumah Zatun...
dua2 pon x familiar ngan Bandar Baru Salak Tinggi...
but sampai gak la kat umah Zatun around 5.30p.m...

OTW ke sana, Afiqah tido, sampai2 kena kejut...so mood memang out la...
siap nangis2 lagi...
tapi itu hanya la sekejapan jer...
lepas tu dia wat rumah Untie Zatun dia macam rumah dia sendiri...

Tapi kesian Zameer...dah la dia paling kecik...
kena lak buli ngan AFiqah...
Sowi na...x psl2 Zameer nangis...sampai takut ngan AFiqah...
Afiqah ni memang dia suka berkawan n main2...
tapi dia lebih prefer orang yang besar baya2 sepupu dia..
yg baya dia memang dia tunjuk hero sikit...
tapi ngan Batrisyia dia ok...
cuma kadang2 terlepas gak la kenakalan dia tu...
saja jer usik Batrisyia ngah main toys...
dia amik toys tu then dia campak jauh2...tapi kalau mintak elok2 dia akan kasi balik...
sometimes Afiqah nampak cam paham bila kita cakap no, you can't do this but you can do this...
tapi apa kita leh jangka ngan kanak2 umur 18bulan...

take it from zatun's blog...


but hepi la semalam pergi umah Zatun...
kul 9 gak baru gerak balik rasanya...
planning asal, pas maghrib gerak balik la...
skali, hambik ko...klu dah kumpul tu banyak la ceritanya...
thanks Tun for the Nasi Ayam and Choc. Cake...
Afiqah cakap dap2...siap wat umah ko mcm umah dia...
siap xmau balik lg...ayork...anakku...

Next time datang la ke umah kami lak...
tapi umah kami x besar and cantik cam rumah korang berdua...
hehehe...





Monday, January 30, 2012

Cuti Panjang Yang Sangat Padat...

Assalamualaikum...

Harini, hari pertama masuk kerja lepas 9 hari cuti sempena CNY...
lemau rasa mood ni nak masuk keje...
ye la...syok duk umah...jalan sana sini...
tak yah mengadap muka boss...tak yah dengar boss panggil...
"Nurul...please do this...Nurul...can you...Nurul...bla bla bla..."
hehhehe...adat bekerja ngan orang...kena la ikut arahan...
klu xnak kena arah...sila jadi boss...
even jadi SRSM pon kena ikut arahan...arahan sape lagi klu bukan encik suami...
(SRSM ni stand for Suri Rumah Sepenuh Masa...)


Berbalik kepada cerita cuti panjang last week...
Kami gerak balik Terengganu from Shah Alam jam 3pg at 21st...
konon nak elakkan dari jammed...lgpon Afiqah dah ada kat kg...
so boleh la nak gerak jam berapa skali pon...
klu Afiqah ada sama memang kami akan gerak balik siang...
sebelum tu..petang jumaat, balik dari keje terus ke UPM amik my adik (Aloha Liyana) dulu...
luckily, kitorang tak terperangkap ngan jammed langsung...
jalan sangat smooth...cuma kat Jerangau Jabor jalan kurang cantik...
dah la ak yang drive lepas kuar tol sampai umah...
en Suami n Cik Aloha kita syok tidur la...

Sampai umah my parents jam lebih kurang 8pg...
Afiqah dah tunggu mama n papa dia smpai...
Ahad...Terengganu still kerja..so kami decided nak pergi wat pasport...
Ingatkan tak ramai la orang...Ya ampun...sangat ramai...
Kami pergi sana jam 11.30a.m...pukul 4p.m baru selesai urusan...
siap boleh pergi jalan2...makan2...lepak2 tepi pantai...
dah la bawak Afiqah sama...nasibla anakanda ku x wat perangai...
cuma rimas orang ramai jer...and kat imigresen tuy jp my x-skulmate, cik moon n her mom...
tp yg sedih...kami just dpt amik pasport kami next working day...
Pasport Afiqah Humaira...
Isnin lak, me, en suami, Afiqah, my Mom and Cik Aloha ke Kelantan...
tujuan nyer hanyalah untk hantar Cik Aloha balik umah...
sambil melawat Kak Lah and Abg Mat Sekeluarga (Parents Cik Aloha)...
Hari yg sama terus balik Terengganu...
Hari seterusnya wat aktiviti biasa la...ke umah my FIL and sedara mara la...
rabu kami dah kena balik Shah alam...en suami kena keje...
Pagi2 lagi dah gerak ke KT amik pasport then terus gerak balik Shah Alam...

Khamis, Jumaat...En suami kena keje...Urusan umah sewa pon lom settle...
jadi mama antar Afiqah ke nursery...and mama ke BSP kemas and basuh rumah...
Sabtu barulah semua urusan sapu, kemas, buang dan basuh umah siap...
Ahad janji ngan landlord nak serah kunci rumah...
and semalam semua urusan umah sewa selesai secara rasmi...
Gud Bye BSP...kami dah jadi warga Jalan Kebun, Shah Alam...hehehe

Keadaan rumah after dah siap basuh...
Lega tuan umah puas hati...senang2 jer dia bagi balik deposit...
lepas dah selesai urusan rumah sewa...kami pergi ke Karnival Karangkraf kat Seksyen 15, Shah Alam...
Mak Aih...ramai nye orang...sampai ada yang sanggup park keta jauh...
ak memang xla...hahhaa...dasar pemalas...
nasib baik dpt park keta dekat jugak la ngan bangunan Karangkraf...tp tetap kena menapak la...
dengan keadaan sesak, papa bawak Afiqah pusing2...
and mama bersesak ngan orang cari novel...
berjaya gak la memborong novel 4 biji + buku cerita utk Afiqah...
Murah la nak banding beli kat kedai bukukan...sebijik kurang rm6 berbaloi la kan...
lupa nak snap gambar hasil tangkapan semalam...
yg berjaya di grab...Ombak Rindu (yg lama dah hilang so beli baru), 
Gemersik Kalbu (Kes mls nak layan drama kat TV), 
Bila Sena Kembali Berbunga 2 (sambungan BSKB...x pernah baca lg) 
and 1 novel baru Ramlee Awang Murshid (penulis fav. ak ni...semua novel dia ak ada) Penjara Mandatori 302 (klu x silap la...lupa tajuk) 
and Mia Merah Jambu (untuk Afiqah)...
lepas balik dari karnival terus ke Sri Gombak tengok basikal...
igtkan pergi tengok jer...tapi hakikatnya terus en suami beli...
nekad sungguh lakiku...katanya nekad xpe janji jangan naked...boleh???

ayork...panjang nyer entry kali ni...mesti bosan bacakan...
baikla...itu jer la cerita cuti saya...
lain kali kita cerita lagi...bye semua...



Friday, June 17, 2011

Movie for today:KL Gangster

Malam td, me n hubby went to GSC Summit USJ.
Muvie plhn kami is KL Gangster...

KL Gangster...
Ak pg dgn highest expectation coz ramai yg review this movie awesome...
smpai ada yg bg rating 4* from 5...
actually after muvie 'Kami the Movie' ak rs filem malaysia banyak berubah...
kira byk citer2 melayu yg blh di tonton di Cinema...
X lg mcm dulu-dulu...
bila kuar citer melayu. org mesti ckp..."ala tunggu rayer jer la...kompom kuar tV punyer"

Berbalik kpd KL gangster, pd pandangan ak...di ulang pandangan ak...
filem ni so-so sajer...
jalan citer mmg ada...but agak boring...
aksi mmg ok, tp x wat ak kagum n ak rs dialog nyer cam panjang2 sgt...
cuma bl time dah keboringan tuy muncul la badut yg wat kita gelak...
sape lg klu bukan abg long dil...

tp ak agak konpius ngan watak Shark...dia tuy bangsa apa??
nak kata cina muka melayu...tp ckp kalah gangster cina...
wa lu wa lu...x phm gua...
dah la berlakun muka static jer...no expression...

yg lawak bila ak tgk Bang Heron Ajis atas sejadah berdoa...
terus dalam kepala ak...cam citer Nora Elena Jer...
dia mmg x nmpk gangster langsung...
ngan muka bersih...mmg xnmpk cam bekas gangster...
ok la...mgkn sb dia dah insap...tp ttp x sesuai jd gangster...hehehe...
sekali lagi pandangan ak...jgn marah yer peminat heron ajis...

but for me watak Jai, Ajib n Dragon mmg btl2 KL Gangster r...
ini la gangster...Ak mmg takut mati, tapi ak xnak mati...
hati keras macam batu...muka jahat habis...mmg terbaik...

pape pon, muvie ni ada jalan citer and straight forward...
mudah difahami...but a bit disappointed la...last citer dia hbs ngan masuk lokap balik...
sian mak dia...ntah apa jd...and citer ni cam tunjuk polis malaysia lgsung x wat keja

Kesimpulan dr citer ni: Sekali korang jd gangster, smpai bila2 korang adalah gangster. Bila korg adalah gangster, Family korg pon terlbt sm...so sayangi keluarga anda...

Monday, June 13, 2011

Review:Muara Ikan Bakar @ NorthPort Klang

Hello fren...
dah lama sgt teringin nak review tmpt2 mkn yg best kat malaysia ni...
but today baru berjaya merajinkan diri nak menulis (taip) kat blog ni...

actually, ak mmg suka makan...
ada ke org x suka mkn??
n biasa bila hari gaji, we will spend our money utk melawat tmpt2 yg special (for us la)
maknanya belanja lbh sikit la from our regular days...
biasa klu x msk mesti pg mkn kat kedai belakang umah or benti psr mlm jer...

Tempat: Muara Ikan Bakar, Northport Klang

sini dah nama tepi laut for sure la makanan yg diorg serve berasakan seafood la...
if ask my opinion...food taste here i gave 3.5/5...kiranya xder la tip top sgt...
but i like to eat here because the view time malam kat sini...
n harga agak berpatutan... (4/5)..ni compare to other seafood restaurant yg pnh ak pg la...
yer la klu ko melantak mcm2 nak rege cam ko mkn nasi goreng sepinggan x logik r...
n kitorg dtg sini, mmg cam dah ada menu wajib r...

sotong celup tepung.
ketam masak pedas.
ikan pari bakar.
n biasa kita tmbh ikan masak tiga rasa.

posing luy sementara tunggu makanan smpai...

muka lapar...cam x mkn seminggu...

suka view kat sini...tenang jer...
ni la makanan yg kami order...
tp ada satu dish yg lupa nak capture sb smpai plg lamabat...
dah asyik melantak...


sotong celup tepung...tuy dah luak sikit...smpai plg awal...

nasi puteh...
kat sini ada pilihan...smada nak nasi puteh atau nasi lemak...
biasa smbal nasi lemak ngan kacang awal2 diorg dah letak...
tp ak prefer nasi puteh jer...
xpnh try plak nasi lemak diorg.

pari bakar...ni makan tanpa nasi pon best...cicah air asam

ni air ak jer...smpai 2 gelas...

ketam masak pedas...ni pon slalu makan last...hbskan nasi pastuy mkn ketam saja...
layanan n serving kat sini sgt pantas...
even org ramai tp diorg leh manage...
ak bg 4/5 utk serves diorg...
so klu yg nak mkn ikan bakar or seafood leh la try dtg makan sini yer...