Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, January 9, 2013

Review Set Bersalin Tropical Herbs Amway


Harini nak kongsi sikit pengalaman aku sendiri menggunakan Set Bersalin Tropical Herbs dari Amway. Tapi diingatkan, penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis bukan info berdasarkan fakta saintific ye. Ini adalah testimonial dari seorang pengguna. Keberkesanan sesuatu produk adalah bergantung kepada tubuh individu itu sendiri. (MLM habis ayat aku. Huhuhu)

Set bersalin tropical herbs ni ada 10 item semuanya + satu free bengkung. Aku ada beberapa reason kenapa aku pilih produk ni berbanding dengan produk lain yang ada dipasaran. Disini aku listkan sebab-sebabnya:

  • Terpengaruh dengan review orang ramai kat forum- time tu suka layan forum. Tak kenal lagipon blog-blog semua ni. so semua pon duk bincang dalam forum je. bila ramai yang duk suggest produk ni, sedikit sebanyak mak terpengaruh nok.

  • Set ni antara yang paling murah. Harga bawah dari RM300 – Set ni bukan la set paling murah dipasaran. Ada je yang lagi murah. Yang jamu-jamu kat pasaran tu murah je or boleh je beli kat klinik ubat berpantang ni. Tapi aku kan konon-konon orang muda yang moden, so xnak kalah beli produk yang ala-ala glemer gitu. Konon kalau beli ubat kat klinik ke jamu ke takde kelas la. (jangan ikut aku) Time tu yang femes tak silap aku Sendayu Tinggi la. Yang ammy 60 days kalau tak silap. Yang tu kan time tu kalau tak silap aku dekat rm400 kot, tak pon lebih lagi. Jamu mak dara pon ala-ala baru nak femes (sebab time tu tak banyak review pasal jamu mak dara ni) and harga pon lebih rm300. Nona roguy  or sekarang dah jadi NR pon lebih RM300. Tropical Herbs ni harga time aku beli RM287. Still dalam range harga budget aku la.

  • Set adalah termasuk bengkung – first time bersalin, mestila semua benda nak baru. Tapi nak beli asing kedekut. Disebabkan set bersalin ni memang dah termasuk bengkung, tu yang terus aku ok. Lagipon bengkung dia best pakai. Bengkung tu cover dari bawah dada sampai ke paha. And satu lagi senang nak pakai. Xyah orang assist pon. Aku pakai sendiri je. kau baring then masukkan tali-tali tu dalam compartment yang tersedia. Then ketatkan ikut keselesaan diri sendiri. Lepas balik kampung berpantang, rupanya kakak aku dah ready tinggal bengkung dia untuk aku guna. Tapi bengkung kakak aku tu macam pendek. Then kena lilit-lilit yang macam bengkung tradisional. Bila pakai lama-lama macam jadi naik keatas plak. Kurang selesa bagi aku. Tapi aku guna jugak la bengkung kakak aku tu bila aku basuh bengkung aku.

  • Jamu dalam bentuk kapsul and satu jenis je skali makan – aku ni bukan orang yang pandai makan jamu serbuk tu semua. Bila dalam bentuk kapsul, ko telan je. Lagipon sehari satu jenis je. takde la pening tetiba ko rasa macam, Eh! yang ni aku dah makan ke belum tadi. Kiranya untuk orang yang sedikit pelupa macam aku, memang sangat sesuai.


Aku bagi empat sebab kenapa aku pilih tropical herbs ni. sebab kalau aku letak lagi, makin berjela-jela la entry aku kali ni. Macam aku bagitahu kat atas tadi, dalam ni ada 10 item + free bengkung. Tapi sebab aku adalah manusia yang tidak berdisiplin, dari 10 item tu, hanya 8 je yang aku guna and yang habis semua hanya 5 benda. Last month balik kampung cari barang-barang yang masih boleh guna, terjumpa la segala benda yang aku tak sentuh lagi. Membebel laki aku. Perabih boreh yo beli mahal-mahal. Last2 yang guna dua tiga benda je. Meh aku list item dalam set bersalin tu:



  • Teh Herba – Habis. Mestila habis sebab konon nak slim cepat.

  • Kapsul lepas bersalin 1 – pon habis. Reason adalah sama seperti diatas

  • Kapsul lepas bersalin 2 – habis jugak. Reason tetap sama

  • Herba pembersih wanita – Ini guna awal-awal je. lepas luka dah kering, terus aku lupakan. Ada lagi balance dalam kotak.

  • Herba mandian – Ni pon sama. Awal-awal je rajin nak merebus, semua. Lepas dah beberapa minggu, xde maknanya.

  • Minyak urut herba – ni makcik yang mengurut guna campur sama minyak dia bawak untuk mengurut aku. lepas tu aku ada gak guna nak urut kaki aku ke and sapu bila aku rasa perlu. And minyak ni habis sebab tumpah, bukan sebab guna sepenuhnya. tapi kita kira habis la ye.

  •  Minyak bayi- guna jugak bila Afiqah kembung. Tapi macam kurang effective je sebab last2 kitorang guna minyak yun yee je. Tapi untuk BB AAA, aku tak beli minyak yun yee (sebab ada pertikaian tentang isu kehalalannya), kali ni beli minyak telon je. Tapi minyak bayi ni habis jugak la. sebab kalau tetiba rasa pening ke, sakit perut ke, aku guna untuk diri sendiri jugak.

  •  Campuran peramping perut – yang ni still ada beberapa sachet lagi. Walaupun semangat nak rampingkan perut, tapi aku ni mana boleh kalau benda tu buat aku rasa leceh. Jadinya sekerat jalan la. Aku ni pemalas nak bancuh2 then sapu kat perut ni. pastu bila kering, jadi berdebu, mulala aku rimas. So last aku beli je krim mustajab. Sapu then pakai bengkung.
  • Campuran penghangat badan @ param – langsung aku tak guna.

  • Campuran penenang @ Pilis – pon aku tak guna. Aku memang tak reti nak bertempek-tempek atas dahi semua ni. Sebabnya duk tengok drama kat tv la, bila berpantang je kepala bertempek hitam, macam orang tak sihat je aku tengok. Lembik, lemah je. hahaha. Psyco je aku ni. mungkin sebab aku tak pakai pilis, yang otak jadi weng sikit lepas bersalin. Macam otak masuk air.

Dari penggunaan aku tu, rasanya macam tak layak nak ratekan produk ni berapa bintang. Sebab dah ko sendiri tak berapa disiplin, lagi nak kata benda tu bagus tak bagus. Tapi sebagai pengguna, aku puas hati ngan produk bersalin tropical herbs dari amway ni. Produk ni banyak membantu aku kurus balik lepas bersalin. Tapi nak dapatkan perut yang flat, syarat utama silalah berbengkung. Yang lain 20hari pertama je kot aku bersungguh. Tapi bengkung, memang aku pakai sampai 44hari and lepas tu sambung pakai corset. Tak tinggal. Then siap pakai seluar getah lagi, nak bagi cepat berpeluh and ramping kembali.

Untuk kali ni, aku tukar angin sikit. Aku beli set bersalin NR. Sebab item dalam set tu aku rasa yang penting je. Lagipon banyak good review tentang Phytonatal tu. so nak la trykan. Nanti dah habis pantang, aku akan review tentang set Herbanika Nona Roguy plak k. Untuk yang nak try amway pon dialu alukan, sebab tropical herbs ni bagi aku bagus. Tapi untuk aku yang hangat-hangat tahi ayam memang lupakan je la. sebab kalau beli jugak amway ni, jawabnya, berpeket-peket la param ngan pilis kat rumah aku tu. then aku akan dengar leteran lakiku untuk kesekian kalinya.

Sekian review dari aku pengguna tropical herbs amway. Aku tak dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk promo mana-mana produk bersalin. and aku pon xde bisnes jual-jual set bersalin. sape-sape yang berminat nak beli mana-mana set bersalin, boleh google je ye. banyak kedai online yang jual. tapi kalau korang nak beli set bersalin NR yang murah boleh try cari Puan Ice (Klik sini untuk ke fanpage). Ice ni kerja dia sebagai Confinement Lady. Suka baca FB dia tentang berpantang and pengalaman hidup dia. Tak sangka orangnya muda lagi, tapi pandai tentang pantang berpantang ni. kagum I dengan dia. 

Oklah, jumpa lagi for the next entry. Taadaa.

16 comments:

Mimie_Zatun said...

aku dulu pakai sendayu tinggi..
Kali ni tak tau la nak cuba ape.
Tapi sendayu tinggi okay coz jamu cover sampai 60 hari..

Akma said...

semua set bersalin pon okey...
aku tak beli sendayu tinggi hari tu pon sebab dah over dari bajet aku...
banyak pilihan ada kat pasaran...
just choose either one u like...
yang penting sedia ongkosnya la...hehehe

azzpinky said...

Hahaa...aku je la yg pantang mcm xpantang...mana ada bengkung2 bagai sbb mak ak ngan makcik2 ak xberani pakaikan ak bengkung since ak c-ser..

Utk herba2 plak juz beli pil2 dari Klinik Sakit Puan...dan ikan haruan fresh2...huhuu...mujur la xgedempol bdn ak pas bersalin tu...

Harapnya ak akn lbh tekun tuk berpantang nnt bln 7 ni...nak try gak Produk Shaklee sbb review kata membantu production susu badan...

Akma said...

na: skg kan ada bengkung moden untuk yg berpantang czer...
ak ada baca a few review pasal bengkung tu...
x menyakitkan luka and bila pakai bengkung tu perut jadi kemas...bila batuk ke apa luka jahitan tu tak sakit. nak bangun pon jadi senang.
at least mu makan jugak pil semua kan...
aku mula-mula igt nak try shaklee gop, tapi igt lepas habis pantang la baru start makan supplement ni semua. tengok keperluan badan lu macamana...

Mummy Iswatie said...

Pengalaman saya guna set bersalin amway
http://iswatie.blogspot.com/2010/11/set-bersalin-amway-tropical-herb-post.html?m=1

Jannah said...

saya pun tgh usha2 set bersalin nih. tp nak yg luaran jer... sbb dalaman nak amik shaklee terus.

ada masa meh jenguk blog saya juge

Siti Al'Izzah said...

Salam

seronok baca review puan, nampaknya sangat ramai suka dengan amway dengan tanamera

saya tak pernah try amway

tapi

saya dulu suka sangat nak try set tanamera sebab ikut kata kawan saya (Dynaz) bau spray tu sangat refreshing dan dia sangat suka pakai.


tapi tak terbeli jugak sebab tak sempat beli baby dah keluar :)


btw

izinkan saya share pengalaman saya bersama puan dan pembaca lain :)



saya menggunakan Set Bersalin Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee sejak tahun 2007

manakala

Set Kehamilan Shaklee sejak tahun 2006


dan tak pernah guna sebarang jamu

alhamdulillah

anak saya tak pernah sorang pun dapat kuning (anak saya 4 orang)

tak pernah kembung

alhamdulillah

dapat menyusu penuh (dah 6 tahun menyusu)

sayangnya set bersalin shaklee ni takde untuk external care,tu yg nak beli tanamera tu :)


cadangan saya jika nak buat pilihhan set bersalin, selain dari meminta cadangan dan recommendation kawan2, boleh juga ikut Panduan Memilih Set Bersalin di sini....

dalam memilih set bersalin, yang penting ialah ianya selamat untuk ibu dan bayi

semoga perkongsian saya ini bermanfaat ya

terima kasih

Anonymous said...

Sy pun pengguna set bersalin drpd amway. beli dr satu blogger ni .. http://hne-happytogether.blogspot.com/p/blog-page_5300.html..not badlah..best jugak produky..murah daripada set bersalin len..produk ni pulak menggunakan herba...

h a r t i n i said...

Saya ade jual set bersalin amway..
berminat leh contact saya..

www.hartinipunyerblog.blogspot.com

tq

h a r t i n i said...

saya pun ade jual set amway..sape berminat leh contact saya..

http://hartinipunyerblog.blogspot.com/2013/02/set-bersalin-amway-tropical-herbs.html

tq

lovelivestrong said...

Sy prefer amway. Igt yg 2nd ni pn nk gn amway jgk. Cuma ada sesetengah x terguna..hehe. yg best barut dia. Mudah n ringkas. Minyak pn best. Memang best lah!

Akma said...

Amway barut memang best. Even for second time confinement pon still guna amway punya je. Sangat friendly used. Not need assistance.boleh buat sdr je. But i choosed NR for second one because i very the pemalas nak bancuh segala bagai peramping perut la pilis la. Dari segi keberkesanan saya rasa sama je. Bergantung pada diri sendiri.

liza sahab said...

Amway Tropical herbs is the best la pada saya sebab saya dah try bandingkan dengan 2 produk terbama yg lain. Tropical herbs cost effective dan consumer friendly .. Mudah guna sebab dah di sukat2 dlm sachet dan uncang ..

Kalau minat nak try boleh contact saya 019 553 1229 kak Liza Sahab

Eiyda Aizrish said...

Berapa harga set bersalin amway ya?

h a r t i n i said...

0139027002 saya jual set bersalin ni..berminat boleh wtsap/msg..

h a r t i n i said...

0139027002 saya jual set bersalin ni..berminat boleh wtsap/msg..