Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Salam Ramadhan....Apa Khabar Semua??

Assalamualaikum.

Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa pada semua.
Hahaha. Ada lagi ke yang baca blog aku ni? Berzaman tak update.  Seriously aku busy and takde mood nak update blog. Baru dapat mood nak mengarang, time tu la ada kerja nak kena buat.  Terbantut segala idea.

These few months, a lot of thing happened to me. One of my best friend time study dekat USM telah kembali ke rahmatullah menemui penciptaNya. Arwah meninggal  pada tanggal 22 June 2014. Pemergian arwah sangat terkesan di hati kami teman teman rapat dia. Aku akan buat entry khas untuk Arwah Nor Hamidah Mohd Zulfi. Yang lebih meruntun hati kami, arwah pergi meninggalkan dua anak lelaki yang masih kecil. Si abang nak masuk 4 tahun, dan adik baru 6bulan. Masih kecil untuk mengerti dengan apa yang berlaku. I will story all about this in one special entry. Dah karang pon tapi lom terdaya nak habiskan.

Also happened in June. On 1st of June 2014, aku miscarriage. Unexpected and sangat blur blur dengan apa yang jadi. But I have nothing to cry for. Ketentuan Allah. Sebab apa boleh miscarriage? Janin tak sihat and naturally jatuh. Maybe I have not enough rest and a little bit stress with my work routine. That time I am really busy sampai balik rumah pon lewat malam. Afiq siap merajuk and buat buat tak kenal mama masa tu.Tapi apapon yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Pejam celik pejam celik, 12hari je lagi kita berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Surely ramai dah dalam holiday mood and raya mood kan. Dah shopping raya ke semua. Aku siap buat check list raya. Ye la, bila bajet ciput, kena plan betul betul la. Sebab bajet ni bukan untuk raya je. Lepas raya pon banyak lagi nak pakai duit. Lagipon bukan aku je nak raya, kereta pon nak beraya gak. Yela, kg tercinta bukan dekat. Sebelum balik nak kena service apa yang patut. En suami plak banyak pulak dia punya planning untuk kereta sebelum balik kg ni. Nak tukar tayar, tukar break pad, alignment tayar lagi. Senang cakap bajet kereta lagi besar dari bajet raya. Ni pon kira half half. Kereta kongsi so semua kena kongsi la kan. Pastu next month pon kira besday kereta. Nasib la dah bajet siap siap untuk insurans and road tax. Kalau tak lagi haru biru.

Tahun ni, puasa and raya sangat bajet. Tapi kawan kawan aku cakap bukan bajet tapi wassattiah. Tahun ni memang aku pilih untuk masak sendiri untuk juadah berbuka. Balik kerja sempat gak la rehat rehat lu dalam sejam. Biasa kul 6.30 baru aku start masak. Masak lauk yang simple je pon. Pastu aku masak maximum 2 lauk. Tapi banyak hari buka puasa satu lauk je. Memang wassattiah sangat ni. Hahaha. Sebenarnya aku ngan en.suami memang jenis tak pandai makan lauk yang pelbagai sangat. Tak reti nak campur lauk pastu sumbat dalam mulut. As long as takde complain dari en. Suami cukup la kan. Perut pon kenyang jugak walaupun satu lauk. Ke macamana?

Baju raya pon beli yang biasa biasa je. Anak ni bukan dia kisah mahal ke murah. Janji cantik ala ala pwincess cukup lah. Kalau Afiq tu lagilah tak tau pape. Apa aku sarung itu yang dia pakai. Macam Afiqah dah ada taste sendiri. Baju yang dia rasa cantik kita amik je la. Bajet baju raya rm300 untuk empat orang. So far berjaya bawah target lagilah.
Company aku ni tak macam gomen atau company lain. Gaji dah tetap masuk end of month. Raya ke apa ke tetap masuk akhir bulan. Takde nak awalkan. Kalau rasa pokai sangat boleh la mintak advance ngan boss. Aku ni ngah fikir nak advance ke tak. Kalau advance takut sakit lepas raya plak. Happy sangat habiskan duit untuk raya, hidup lepas raya terumbang ambing.  Jadi aku akan fikirkan balik samaada nak advance ke x. Korang rasa perlu tak?

Apa lagi ye nak story? Hmmm…kalau ada masa aku nak share program “The Biggest Loser 2014”. Bukan rancangan TV pon. Tapi rancangan aku sendiri. Ni semua sebab berat aku lama sangat static dengan angka 6 dihadapan. Aku sakit hati tengok penimbang. Aku mulakan program aku ni masa berat aku 64-65kg.  Memang take time la program ni. Sebab aku tak menggunakan apa apa produk. Just buat sendiri. Jadi apa pencapaian aku? Oklah. Ada pengurangan dari size baju dan seluar jeans kira pencapaian yang membanggakan la. Nnt aku share ok.


Oklah…jumpa lagi di lain entry. Itu pon kalau datang mood rajin aku lah. Selamat berbuka puasa semua. Assalamualaikum.

Friday, November 29, 2013

Tudung Biru Tak Cantik & Kain Pasang Cotton Silk

Pagi ni pergi kerja aku pakai shawl dari Radiusite yang triple colour tu. 
Dah lupa apa ke nama tudung tu.


Inilah tudung nya...
Saja up gambar terbaru tuan belog..
Ada purple, grey and blue colour.
Tengah duk melilit tudung ni tetiba Afiqah bersuara.

Afiqah: Mama tak cantik la tudung mama.

Terus terhenti tangan aku yang tengah duk cucuk jarum. Sentap hati mak kau ni nak bila anak cakap tak cantik. Mak kau ni dah habis perasan cantik tau dak.
Aku pon tanya dia balik.

Mama: Kenapa cakap tudung mama tak cantik.
Afiqah: Sebab BIRU la.

Ayork!! Sebab biru je pon.
Then aku tanya dia lagi.

Mama: Dah tu warna apa mama pakai cantik.
Afiqah: Pink laaaaa.

Hahaha. Anakanda ku ini very the girly la. Nampak je cam ganas. Sekali suka pink.
Mamanya plak memang kurang gemar warna pink.
Takde la tak pakai langsung pink karer. Tapi agak jarang la.

Citer pasal warna pink. Ingat plak kisah kat matrik.
Aku memang takde langsung tudung pink. Aku ni tak putih, hitam, pastu krim. Itu je la warna tudung aku.
Sengkek giler.
Bosan giler minah nama NURUL AKMA ni.
Nak wat camana. Aku kan natural beauty. Hahaha..Giler perahsan.
Sebenarnya aku ni memang minah sempoi tak pandai la nak cantik cantik sangat.
Sekali tu aku pon pinjam la tudung pink kawan aku.
Ada janji nak study kat library beramai ramai.
Roommate aku, practicum mate aku, boyfriend aku time tu and bestfrend Bf aku.
Kata ada boyfriend. Nak la kelainan sikit. Tu yang pilih pink.
Punya la lambat bersiap, semua duk tunggu aku kat library dah time tu.
So aku pergi sorang-sorang.
Masuk je library, diorang ada kat meja depan.
Semua duk pandang aku. Pastu wat muka terkejut masing-masing.
Sampai jalan pon tak betul aku bila semua duk pandang macam tengok miss universe datang library gitu.
Bila duduk terus diorang cakap, lain giler tengok aku pakai warna pink.
Berseri seri dan cantik giler (yang cantik giler tu aku tambah sendiri. Nak bagi sedap cerita)
Lepas tu tiap tiap hari aku pakai tudung pink. Hahhaa…
Ok tak..tu aku tipu. Memang takdenya aku nak pakai pink sebab orang puji.
Tetap la pakai tudung bawal putih, hitam, krim.
Kalau nak lain sikit pinjam tudung rummate kesayangan ku HUDA and SHU.
Tapi biasa tudung HUDA la jadi mangsa sebab dia je banyak tudung. SHU tu sama je ngan aku.
Warna basic sudah. Orang cantik, pakai apa pon cantik…hahaha…Ok tak kelakar.

Kembali ke cerita Afiqah.
Ni kali kedua dia cakap tudung aku tak cantik.
Dan kedua-duanya sebab warna biru je pon.
So sekarang aku dah tahu, di mata anak aku biru adalah tak cantik.
Nanti raya tak yah la buat warna biru, nanti Afiqah taknak pakai.
Raya tahun depan confirm bukan biru la.
Hehehe…
Ok la..itu je pon nak cerita.
Takde story tapi nak story jugak.

Oppss!!! Ada satu lagi story.
Pagi tadi sembang ngan adik-adik store.
Diorang tegur, kulit aku dah makin cantik sekarang.
Aku ni ada masalah jeragat yang teruk tau kat muka.
Lagi lagi time pregnantkan Afiq aku memang ignore terus rutin untuk muka.
Memang kulit teruk sangat. Pigmentasi sangat obvious.
Dalam dua tiga bulan ni baru aku start balik rutin harian untuk muka aku.
Diorang tanya aku guna produk apa yang kulit aku dah makin ok.
Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!
Aku guna.......
Safi yang warna hijau tu je pon. Yang paling murah kat watson.
Inilah produknya...
Credit to http://melacolea.wordpress.com sb amik gambar awak.

Hahaha...Then sebab muka aku ni mudah kena pigmentasi aku kenalah pakai protection yang ada SPF.
So aku choose BB cream silky girl yang harga RM15 hinggit tu je pon.

Ini BB creamnya.
Credit to https://www.vanitytrove.com 

Pigmentasi pon dah makin pudar.
Nak hilang terus mungkin susah la.
Tapi ok la, walaupun murah je produk aku guna tetap orang nampak ada perubahan.
Yippeee, I Like!!!!
Ok habis.

Iklan sikit. Kalau korang nak tengok kain sulam colour block boleh pergi ke page kami Amsyarhumaira.
Kalau nak diskaun bagitau la korang reader blog ni.
Nanti I bagi harga kasih sayang ye.




Friday, November 8, 2013

Playboy Itu Suami ku Plak Dah..

Semalam dah selamat tamat Love You Mr Arrogant.
Tapi aku sempat tengok sekerat jalan je.
Semuanya jasa Mr Arumugam aku tu la.
After lunch semalam aku Wassap dia nak ajak gi makan steamboat.
Tapi dia tak nak. Alasannya malam tu nak kayuh basikal.
Ok la. Kan 9hb ni katanya nak join program kayuhan apantah kat Shah Alam.
Disebabkan aku taknak tanggung malu sebab lakiku kayuh 1km dah pancit tu yang aku support tu.
Lepastu kena habiskan kayuhan (30km) dalam tempoh 2 jam baru berpeluang untuk dapat nombor untuk cabutan bertuah.
Lagilah aku bagi semangat suh dia berlatih tiap tiap malam.
Kalau dapat cabutan bertuah, hadiah tu aku chop dulu.
Dia kena setuju ngan syarat tu, kalau tak aku pancitkan tayar beskal dia.
Terus berangan nak join program tu. Nasib kau la bang. Wakakakakah!!!
Lagipon aku pon nak tengok LYMA aku tu.
So aku pesan suh tapaukan aku Bihun Celup (orang ganu panggil bihun sup)
Tapi sebab aku risau kemungkinan aku terlupa ke apa, aku dah rekod siap-siap.
Nasib la umah ada Astro PVR.
Tapi kalau tak rekod pon aku leh layan kat tonton.my je pon.
Banyak je kemudahan sekarang.
Tak yah nak gelabah sangat lah padahalnya.
Cuma keinginan untuk tak jadi manusia ketinggalan zaman  tu yang saja buat gelabah tu. Gedik je lebih.
Dan dalam kul 6.45p.m lakiku telefon, katanya dia dah termasuk lorong nak balik rumah.
Lupa nak singgah beli makanan aku.
So dia ajak makan kat kedai je.
Dia pon teringin nak jugak katanya.
Betul firasat aku. Memang takdenye aku dapat tengok LYMA time time tu.
Tapi kat kedai pon diorang pasang cerita tu.
So dapat la tengok walaupun dialognya macam dengar tak dengar je.
Tapi potong stim la tengok sekerat sekerat.
Balik umah lepas makan citer lom habis.
Tapi malas nak layan sebab dah rekod kan.
Lakiku pergi kayuh beskal dalam kul 9.30, aku pon layan la LYMA sorang-sorang.
Ok la. As per expected la kan.
Dah nama pon citer melayu.
Hero heroin sure la bahagiakan.
Lepas ni citer yang ganti LYMA ni pon adaptasi novel jugekkk.
Aku nak tulis novel gak ah camtu. Mana tau novel aku orang amik jadi filem teruskan?
Berangan tak nak kalah orang tua ni.
Tajuk citer tu ialah “PLAYBOY itu suamiku” plak dah.
Kenapa tajuk novel sekarang semua nak remaja je.
Dah tak romantika de amor macam zaman aku dulu.
Ombak rindu la, Kau milikku la, Cintaku di bahan pohon sakura la (ada ke novel ni? Hentam saja la. Janji bunyi jiwangkan.)
Ok ok aku paham..tu maknanya aku dah tua. Titik.
Aku terima hakikat itu. Tapi tetap nak layan jugak drama cintan cintun remaja.
So kita tengok best tak citer PIS tu nanti ye.
Kot sape ada novel PIS ni, nak let go murah-murah bagitau la.
Nak juga aku baca. Malas la nak beli baru.
Takut jadi macam novel Jodoh Itu Milik Kita.
Beria beli, sebab starting cerita macam best je.
Skali hmmm…malas nak komen. Below my expectation.
Citer tu kat astro mustika pon aku rekod je. Pastu layan time lunch hour.
Scene yang tak best aku laju-lajukan.
Banyak je aku nak komen pasal citer tu.
Tapi malas la. Naik bosan korang baca kemerepekan aku plak.
Ok la. Stop sini dulu. Next time story lagi.

Bye.

Thursday, November 7, 2013

Love You Mr Arumugam..Opps!!! Arrogant la

Korang layan tak drama kat tv3 tu?
Aku tak layan dari first episode.
Mungkin sb tak pernah baca novel tu.
So tak excited sgt la once tau dah di adaptasi ke drama bersiri.
Kalau tak silap aku start follow cerita ni masa zara sakit kaki.
Then scene tu kat kg zara ngah gaduh taknak tidur dlm kelambu.
Then ada terskip dua tiga episod.
Asyik lupa cerita ni kat tv.
Duk berebut remote ngan en laki ku itu la.
Dia suka layan food channel.
Last2 aku pon terjebak sama tgk makanan best2. Dasar laki bini pencinta makanan la katakan.
Lagi lagi time tu tunjuk burger yg macam macam style...meleleh gua cakap lu.
Terus lupa nak tgk LYMA.

Baru ni pc aku kat office rosak.
So antar format.
So sementara waktu aku guna lattop.
Pc aku xde speaker.
Tp lattop kan ada.
Time lunch aku sanggup tak kuar sb nak layan cerita tu.
Tapi aku tak tengok pon dari first episode tapi aku tengok episode yang aku terlepas sehari sebelum tu je.
Kalau tak silap time tu episode 20 kot.
Ala time si zara ngan am dah duk umah yg giler punya best.
Cantekkkk angattttt!!!!!.
Nak jugekkkkk!!!
Tunggu lakiku kaya. Insyaallah.

Tapi yg aku tak suka bila tgk citer ni kompom aku dengar ulasan dari orang tu.
Lakiku ini bukan layan cerita cerita melayu ni.
Yang dia tau citer pasal ikan, mancing, bola epl game arsenal, then food channel.
Kalau hiburan or drama dia layan ncis, leverage,  ngan the voice.
Opps!  Tertinggal satu lg citer slugtera. Kartun kat channel 617.

Back to LYMA.
kan si Zara tu duk suh am kawen kan.
Tapi am tu cam xnak.
Laki aku dah menyampah ni.
Bebel bebel dia.
Apa la pompuan ni. Laki tu nak dgr kau cakap NO je pon.
Itu pon bengap jugak.
Lepas tu dia sendiri jawab.
Dah nama cerita kan?
Kalau tak, bukan drama melayu.
Tau pon kau. Yang duk jd 2nd script writer tu dah kenapa.
Tapi yang tak tahan lepas tu tanya aku.
Kalau abg nak kawen dua ayg bagi tak.
Aku dah gelak gelak.
Aku tanya dia. Nak lempang ke nak parang.
Yg ngokngek gi tanya kak iqah.
Kak iqah nak mama baru.
Kak iqah kan sayang mama.
So dia akan jawab taknak.
Siap buat gaya tangan no no no.

Tapi disebabkan harini dah last episode,  aku memang tak leh terlepas.
Kalau tak frust sebab tak leh nak join org meroyan dalam fb.
Dulu cerita apa ntah semua duk buat status kat fb.
Sampai jd trending kat twitter semua.
So kita tgk Love you mr arrogant ni berjaya tak jd trending.
So korang yang macam aku suka layan perasaan sambil sengih sengih lepas tu nangis depan tv jangan terlepas tgk citer LYMA di tv3 jam 7mlm.
Kita tgk apa yg jadi kat si Zara tu ye walaupun aku rasa semua dah tau ending nya macamana.
Sebab mesti ramai dah baca novel tu dulu kan?
Tapi aku tak tahu sebab tak baca lagi novelnya.
So aku jd lebih suprise and excited.
Selamat menonton semua.

Wednesday, October 23, 2013

Diet: Dah Seminggu Apa Hasilnya?

Assalamualaikum

Poyo sangat bunyi diet tu.
Padahal celah mana diet pon aku tak tahu.
Hahahaha.
Diet aku ni ikut sedap rasa aku je.
Mula aku ingat nak diet atkins.
Means x amik carb or sugar langsung.
Tapi ntah la.
Aku tak kuat semangat.
So aku buat la diet style aku.
Aku still take carb but in small portion la compared before aku start diet.
Aku stop minum ice ice baby.
Then banyakkan minum air putih (air masak)
Air manis aku masih cuba untuk tak amik.
Tapi godaan nescafe kat opis ni kuat sangat.
So untuk puaskan nafsu aku, aku buat juga.
Tapi aku minum sikit je.
Bagi rasa. Yang lebih aku buang.
(Pembaziran amalan syaitonnirrojjim. Jangan ikut.)
Yang paling aku kecewa sikit ialah untuk tak amik carb time makan malam.
Tak berjaya weh.
Yang ni aku nak salahkan laki aku.
Aku baru nak call dia cakap aku taknak makan berat kalau malam.
Skali dia call aku dulu cakap dia nak makan bubur.
Aku ni benda takde depan mata takpe.
Bila dah depan mata susah nak tolak weh.
Lagi lagi time suap anakanda ku berdua tu.
Sesuap diorang dua suap aku. Hahaha.
Dah tu acaner????
Semalam aku buat spaghetti.
Lakiku kata dia tak makan lagi tghr.
Aku taknak makan sebenarnya.
Aku dah siap grill ayam khas untuk aku.
Sekali dia lambat sampai.
Aku ni dah bosan tunggu last last termakan juga sikit spaghetti. 
Yang ni pon aku nak salahkan laki aku sebab balik lambat.
(Padahal aku yang takleh tahan nafsu makan)
Sepanjang seminggu diet ni, dah empat hari straight aku tak amik nasi.
So aku pon timbang la berat aku pagi tadi.
Dengan harapan yang menggunung.
Sekali kecewa.
Sekilo pon tak berganjak.
Hampeh sungguh.
Dua hari awal tu aku still makan nasi.
Turun juga 500g.
Ini yilek perenggek dari last aku timbang.
Geramnya aku.
Nampaknya badan aku ni perlukan nasi untuk bakar lemak la aku rasa.
Tapi aku kena control la portion nasi tu.
Walaupun tak de pengurangan dalam berat tapi aku leh rasa ada pengurangan inci diperut aku.
Sebab dah kurang buncit dari sebelum diet.
Seluar pon dah rasa loose sikit.
(Ye ke ni? Ntah perasaan aku ni nak psyko diri)
Ada satu benda je lagi yang aku belum start buat balik.
Iaitu aerobic.
Sebelum raya dulu rajin aerobic.
Seminggu kadang dua kali.
Tapi lepas tu aku dah start malas.
Hahaha.
So lepas ni nak tak nak kena nekad untuk start balik.
Aku nak cycling ngan laki aku time weekend memang xdapat la.
Afiqah ngan afiq nak letak manakan.
Lagipon tayar beskal aku dah xde satu sebab laki aku tukar tayar tu letak kat beskal dia.
(Tayar dia pecah).
Aku kena bertabah menahan nafsu makan dalam diri aku ni.
Penat weh tahan sebab bila diet ni la banyak godaan mendatang.
Sadis sangat rasa.
Tengok next week ada turun tak berat aku.
Kalau xde juga aku kena fikir cara lain la yang lebih extreme.
Tapi yang sihat dan tak bagi bad effect kat badan sendiri la.
Doakan diri ini berjaya ye.

Wassalam.

Thursday, October 17, 2013

Berkorban di Hari Raya

Assalamualaikum.
Selamat hari raya Aidiladha.  Nak juga walaupun lambat.
Seperti biasa aku akan balik kampung.
Sebab cuti jatuh hari selasa so aku amik leave hari isnin n rabu.
Ok la 5hari lepak kampung.
Semalam bertolak balik, lega tak jam kat bentong.
Tapi kat jerangau jabor agak slow.
So kami bosan kereta gerak macam siput, kami decided lalu ikut cukai.
Sempat la berhenti makan satar kat Geliga.
Hari Isnin lepas, our wedding anniversary (ikut islamic calendar)
Takde celebration pon.
Masing masing buat bodoh macam xde pape.
Just cakap eh! Harini dah 4tahun kita kawen?
Lakiku plak kata yeke? Bukan kita kawen bulan 11 ke.
Memang la. Tapi tu ikut kalendar omputih.
Ni ikut kalendar islam.
Ok fine...lupa la tu.
Tapi malas nak sentap sebab dah kenal lakiku macamana.
Klu dulu mungkin sedih la.
Tapi sekarang aku dah tak heran.
Lantak la igt ke tak.
Kalau dia tak ingat aku ingatkan.
Klu aku nak hadiah aku minta.
Xyah cakap tersirat tersurat ni. Dia memang tak paham.
Terus je straight to the point.
Abg ayang nak beli rantai emas seutas dua. Hahaha.
So raya haji ritu kami buat aqiqah utk afiq amsyar.
Buat kat kg mak aku.
Kiranya tahun ni kami raya di kg kg.
Buat makan jemput org kg sana je.
Asal nak buat kat umah parents aku je.
Tapi Kat perumahan parents aku dah ada juga yg buat majlis.
So dah bertembung.
Tanya FIL kot boleh buat kat kg dia.
Pon tak dapat atas sebab yg sama.
Sebab aqiqah kali ni kakak aku pon buat utk anak dia.
So mak aku kata buat kat kg dia je la.
I ok je. Tapi sentap sikit la sb time aku nak buat kata tak boleh suh tanya FIL kot boleh buatkan.
Skali bila kakak aku nak buat juga terus boleh la plak.
Nampak sangat aku ni anak angkat. (Ni ayat sentap.bukan betul betul)Hahaha.
So selesai sudah mjls aqiqah afiq amsyar time raya haji baru ni.
Memang mjls simple jemput orang mkn je.
Lepas asar buat majlis tahlil.
Aku memang tak up to date macam org sekarang berbuai berendoi semua.
Cukup stakat majlis sederhana.
Yang penting happy happy. Sudey.
Gambar majlis pon xde.
Tapi gambar laki aku lapah daging lembu ada la.
Semalam lama sgt dlm kereta, badan dah penat sangat.
Pagini dua beradik tu demam.
Kakak dari semalam lg nampak tak larat.
Muntah kat RnR sekali.
Lepas tu sampai umah ready nak mandi muntah lg sekali.
Adik bangun pagi rasa badan panas la plak.
Demam juga dia. Patot la semalam tidur tak lena.
Mintak tak larat la.
Ok la. Itu je cerita raya haji aku tahun 2013.
Bye semua.
Ini hero saya.
Bukan nak puji, tapi itu hakikat.
Kalau xde dia, memang kesian la mie ngan abah aku.
Katanya dia pwincess..
Tapi hari tu asyik melalak je.
Mood tak elok la tu.
tak pon berebut mainan ngan sepupu dia.
Tuan blog n budak masyam belum mandi.

Thursday, October 10, 2013

Jam 1 Pagi

Update blog dipagi hari.
Begini la kehidupan aku semenjak ada Afiq Amsyar. 
Bila waktu tidur dia, aku pon bantai tidur sama.
Then tengah malam sure jaga sebab dia nak susu.
Bila dah jaga ni, nak boleh lelap balik payah weh.
Nanti bila aku baru nak lelap, aih kak iqah plak mintak milk-milk.
Biasa kalau aku ngantuk sangat aku suh dia tidur je.
Ngan kepala weng cakap bagi mama masa 5 minit.
Nanti mama buat milk-milk kakak.
Biasa dia akan tidur balik.
Lupa terus pasal tu.
Kalau nasib tak baik, dia lapar sangat kot, dengar la bunyi minta milk-milk lagi skali.
Time tu bangun juga la walaupun ngantuk.
Kul 5 lebih lebih nanti adalah orang duk main atas aku.
Lompat lompat suh bangun.
Tak pon dia nak lompat dari katil nak keluar dari bilik.
Siapa lagi kalau bukan Mat Afiq la.
Tiap2 hari memang dia bangun kul 5 lebih.
Dia yak yak.
Kalau nasib aku baik, lepas basuhkan yak yak dia still ngantuk, bagi susu terus tido balik.
Tapi untuk jadi macam tu sangat jarang la.
Sb kalau dia dah starf jaga maknanya sampai ke rumah BS la dia jaga.
Untuk elak jatuh katil, aku bawak dia duk living room.
Biasa aku biarkan je dia.
Aku sambubv tidur.
Dia main kat sekeliling aku je.
Tak lari jauh.
Lagi satu kena bawak keluar.
Sebab kalau tak dia akan pergi kacau kakak dia tidur.
Kalau time tu kakak minum milk-milk dia rampas botol kakak.
Tapi feveret tarik rambut kakak la.
Kalau kakak ngantuk sangat dia lari jauh dari adij then sambung tidur.
Kalau tak dengan dia dia bangun skali.
Memang masak la mama ngan papa time tu.
Sb pagi buta mintak buka upin ipin kat tv.
Tak kat tv buka hp mama.
Ni dah dua hari aku bangun tengah malan layan baca novel.
Tadi baru habis baca satu novel.
Punya la lama nak boleh habiskan satu novel.
Kalau dulu semalaman dah khatam.
(Kalau baca quran macam tu kan bagus)
Lupa nak cerita, last week aku pergi jualan gudang karangkraft kat seksyen 15 tu.
Memang tgk orang lain menggila borong novel.
Sb offer diorang memang berbaloi baloi.
Tapi apakan daya aku duit kurang.
Lagipon aku aim nak beli latest novel Ramlee Awang Mursyid (RAM).
Kalau korang pernah baca entry lama aku tau la aku ni memang peminat RAM ni.
So far aku ada buat collection novel dia.
Bila tau dia keluar novel baru nemang tak tunggu lama la.
Aku igt nak beli kat mph or popular je weekend tu.
Tapi dah rezeki plak karangkraft buat jualan gudang memang tak lepas la.
Dapat la 30% diskaun even for new novel.
Aku just beli 3 novel, 2 buku resepi and 2 buku kakak.
Novel yg aku beli magis (RAM), Adam dan Hawa 2 & rindu awak 200%.
Aku start with novel yg ringan2 dulu (rindu awak 200%)
But per expected jalan cerita dah boleh jangka and ending dia pon dah tau walaupun tak baca yang last page dulu (biasa aku buat camtu la)
For me just nice to read.
Tengok la klu rajin boleh la buat novel review.
Ni tadi igt nak start baca novel Magis tu.
Tapi bila aku start baca prolog aku dah tau aku tak leh mula lagi.
If aku start baca jawabnya pagi esok aku jdi panda.
Sebab kalau aku tinggal novel ni separuh jalan, sure otak aku tak leh rest betul2 even aku dah tidur.
Asyik duk teringat segala watak dalam novel plak.
Esok pagi bangun kepala pening.
Mula la habis orang aku nak marah.
Afiq Bangun awal pon aku marah. Hahaha.
Jadi baik aku tunggh sampai betul betul ready.
Aku memang takleh wat benda separuh jalan.
Nnt otak aku tak tidur walaupun mata dah pejam.
Kuat berfikir benda tak berfaedah aku ni.
Okla dah ngantuk plak rasanya.
Baik aku tidur sebelum anakanda aku bangun.
Ok la semua gud nite.
Sweet dreams.
Ini je yang aku beli...Dah baca Rindu awak 200%..
Oklah...boleh di baca but still kisah tentang kahwin paksa.
Dari benci jadi sayang.
Kira dah boleh jangka what will happen next, next and next.
Nanti ada masa aku review bout novel yang aku beli ni ye.
Ahmad Afiq Amsyar yang very the manja...
nak berkepit ngan mama je...
aktif sangat-sangat orang nya..
lepas tu terlebih berani...
Kerja nak memanjat je.lepas tu berlagak lepas tangan.
walaupun dah berkali-kali terlentang, terlungkup, kepala benjol, mulut berdarah tapi tak pernah serik...
Cepat-cepat la afiq boleh jalan..
Ini budak cerdik ni..
Nurul Afiqah Humaira yang chicky, yang manja, yang cergas dan yang kuat makan.
Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi dia senang pujuk..
kalau permintaan dia kita tak tunaikan, tak pernah nak mengamuk nangis-nangis...
senang compromi ngan kakak iqah ni.
Kalau ngan adik ikut angin..kadang ya allah baik bukan main..
bergurau bergelak ketawa sama-sama siap nyanyi untuk adik..
tapi kalau datang angin kuskus, tak bersebab dia pegi gigit adik...
Biasa la, belum berakal...
Ngan dia mama marah memang tak jalan...kena pujuk cakap elok elok...
Kalau mama marah, dia jawab balik kat mama "ITU PON NAK MARAH"
Dari marah pon boleh reda... Anak oh Anak..

Wednesday, July 17, 2013

Story Mory Baju Raya PLak.

Assalamualaikum...

Dah takde mood plak nak story mory kisah juadah berbuka. Orang pon dah naik muak baca kot. Sini makan, sana makan. Kurang pahala puasa sebab duk ingat makan je. Hehehe.

Last weekend (Ahad) seawal 8 pagi kami dah keluar dari rumah menuju ke Pasar Shah Alam. Ada orang panggil Pasar Karat. Tujuannya hanya lah satu, mencari tudung untuk puteri kesayangan, Nurul Afiqah Humaira. Mama ngan papa kesian dengar Afiqah tiap-tiap hari berdondang sayang lagu Tudung Pink & Bunga. Nak beli kat kedai biasa macam mahal sangat. Cakap kat dia Ahad ni kita pergi beli. Ke pasar Shah Alam la kami Ahad tu.

Sebesar-besar pasar tu, bukan main susah nak cari tudung untuk budak yang ikut kehendak Afiqah. Wah anakanda saya dah ada taste sendiri. Mama amik yang ni, dia taknak. Amik yang tu dia taknak. Last-last suh dia pilih sendiri. Asal nak beli dua helai je. Tapi kat first gerai ada satu je yang dia suka. satu RM10. Jalan lagi jalan lagi, jumpa la satu gerai yang jual tudung 2 RM15. Kat situ ada tudung pink. So kita amik la. Dah Afiqah nak pink kan. Then papa dia ada berkenan satu tudung warna hijau. Aku tengok pon cantik. Tapi Afiqah taknak yang tu. Tapi papa kata amik je. Nanti dia pakai la tu. Tapi sampai ke hari ni, dua helai yang dia pilih tu je dia pakai. Yang papa pilih tak bersentuh lagi. Takpe, nanti mama suh Kak Iqah pakai.

Memang pergi Pasar Shah Alam tu just untuk lepaskan hajat Afiqah je. Dah dapat tudung dia terus gerak. Mula-mula ingat nak balik. Tapi kalau balik mesti rasa macam lama je kat umah. Sure takde aktiviti lain yang aku buat selain membuta. Jadinya marilah kita ke Aeon Bukit Tinggi. Gi tengok baju raya kut ada yang berkenan di hati. Last month sebelum puasa dah pergi, tapi just dapat cari baju untuk AFiq Amsyar je. Baju AFiqah memang paling awal beli. So cari baju based on colour baju dia.

Semangat ni, sampai Aeon pintu pon lom buka. Hahaha. Tapi ramai je orang dah menanti pintu buka. semangat aih nak shopping sampai semua pon dah macam pak guard tunggu kat pintu masing-masing. Aku bersabar sikit, so tunggu kat dalam kereta. Ala tersampai awal pon sebab memang tak plan langsung nak gi situ. Last minute baru decide pergi. Hahaha. Ada je alasan.

Sampai-sampai terus pergi ke bahagian baju lelaki. Pusing punya pusing, akhirnya ada la jumpa kemeja yang boleh match ngan baju Afiq Amsyar ngan Afiqah. Tapi suami saya ni very the super cerewet punya orang. Aku kata amik je la. Dia plak, nanti la kita pusing lagi kot ada yang lagi ok. Atoi la. Dah berapa round dah pusing, last-last tuju kat baju tu jugak. Tu tanda suh beli yang tu la. Tengah en. suami duk kelebet baju, Afiqah plak nak terkencing. Afiqah sekarang dah free diapers kemana mana je. Tapi malam still pakai la bila dia dah betul-betul lena. Nasibla toilet dekat je. Berlari aku bawak dia ke toilet. Kalau terkencing kat situ dah satu hal orang nak bersihkan. Satu hal lagi tak bawak satu pon extra seluar. Baguskan mama dia. Konpiden gila anak dia takkan kencing dalam seluar.

Akhirnya lepas berapa kali round berjaya la beli sehelai kemeja untuk en. suami. Now turn for me plak cari baju raya. Berpusing la kat bahagian baju perempuan. Satu pon aku taknampak warna yang ala-ala baju anakanda ku berdua tu. Payah nau nak cari warna tu. Aku dah terai cari kat online shop. Memang ada warna yang aku nak tapi dah sold out. Tahun ni semua orang cari warna dusty pink/purple ke? Last last aku ajak balik je. Sebelum keluar tengok ada satu baju kat display. Berkenan plak kat design tu. Tak jadi balik. Aku ajak pergi tengok kot ada warna yang aku nak. Kecewa sebab takde yang sejibik sejibun warnanya. cuma ada la macam purple sikit-sikit kat baju tu. En. suami cakap try la pakai dulu. Nampak macam boleh match jugak walaupun sikit. Ok aku cuba la. Tapi sebelum sampai fitting room, ternampak plak ada satu jubah yang bagi aku cutting dia super comel. Walaupun warna takde kaitan ngan tema, tetap nak terai jugak.

Masuk fitting room, aku nak buka kerongsang dari tudung. Tetibaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Kerongsang tu jatuh atas kaki aku. Tapi yang paling terbaikkkkkkkkkkkk............

Jarum tu menjunam masuk dalam kaki sampai ke tulang. Sakit wehhhhhh. Masa nak tarik, panjang rupanya dia masuk ke dalam. Benda jatuh dari tempat tinggi, dengan gravity lagi. Berdarah kaki ku. Siap 3 hari bengkak. Cerita pasal gravity ni, korang ada tak tengok iklan 100 plus ke Revive yang air jatuh dari bangunan then diorang leh selamba badak main-main air kat bawah tu. Kalau air jatuh dari tempat tinggi korang ada kat bawah boleh mati ok. Bocor kepala. Sebab apa? sebab gravity tu la. Ada satu kes kat Johor kalau tak silap aku. Air tangki dari high rise building pecah. Berlubang jalan kat bawah tu tau. Tapi nama pon iklan kan. Ikut depa la nak buat apa pon. Logik tak logik belakang kira.

Ok back to the topik. Bila dah test dua-dua baju tu, ayork aku suka dua-dua. Camana tu? Tapi en suami suka cutting yang baju tak masuk colour theme tu. Yang satu lagi dia kata cantik jugak tapi dia lagi suka yang tadi. Last-last aku kata tak payah la beli. Lagipon dua-dua pon tak menepati tema. Memang muka aku kecewa gila time tu. siap pegang-pegang lagi baju tu. Langkah sambil seret kaki. Nampaknya tak berjaya juga aku cari baju raya. Ntah bila la nak cari lagi. So jom la kita bergerak balik.

Dah nak keluar ni, tetiba en suami cakap, jom kita gi terai skali lagi yang baju ada kaler tema sikit tu. Wah, senyum balik. Aku pon terai la. Lepas tayang-tayang depan en suami, tetiba en suami bersuara. Takpe la, yang ni biar abang bayar. Amik la yang satu lagi tu. Yang tu ayang bayar sendiri. Padahal yang aku bayar sendiri tu duit yang dia bagi juga. Tapi bulan lepas punya masa cari baju anak-anak tu. Melonjak la aku kegembiraan. Kembang-kempis hidung kesukaan sambil bawak baju gi bayar. Tapi rasa macam tak adil pulak, baju aku dua, baju dia satu je. Aku pon suh dia pilih baju yang match ngan baju aku. Yang ni aku belanja ngan duit aku. So pusing la lagi kita cari baju en suami plak.  Tapi aku ada misi terbaru. Nak cari selai lagi baju untuk AFiqah n Afiq AMsyar yang sama kaler ngan baju second tu. Hehhee. Tapi tahun ni kami takde baju kurung ngan baju melayu baru. Tapi ingat nak cari jugak selai baju melayu untuk AFiq Amsyar. Just nak amik gambar. Dia pon lom pandai jalan. Pakai smart-smart pon mama juga yang dukung.Selesai misi kita balik.

Tapi tak balik terus, pusing-pusing Aeon kat bahagian bahan mentah sebab nak cari butternut squash untuk Afiq Amsyar. Kan Afiq AMsyar dah 6 bulan lebih. Aku dah start introduce solid food untuk dia. Tapi dia macam tak pandai lagi nak makan. Banyak keluar dari masuk. Akhirnya Baby Bullet blender yang aku beli kat groupon dah berguna. Hoorey. Tapi tak jumpa pon butternut squashnya. Tak tahu la aku mana lagi nak cari benda tu. Pastu berenti beli dorayaki untuk Afiqah. kesian dia dah penat n lapar. Siap suh dukung lagi. Papa dah la sakit tangan, tapi tetap usaha dukung dia guna tangan kiri. Lepas papa mama plak dukung. Pengsan. Nasib mama gagah perkasa. Tak de balik umah teguk air. Hehehe.

Panjang lebar plak story cari baju raya. Aku konon sedey sebab tak de beli kain nak wat baju raya pon tahun ni. Konon bersederhana la di hari raya. Skali baju raya aku je pon dah lebih dari orang lain. Baju anak-anak pon baru selai. Kesian. Xpe, mama dapat gaji bulan ni, mama belanja baju dua lai sorang k. Tapi baju murah-murah je la. Mama tak mampu beli yang branded manded ni. heheheh.


Thursday, July 11, 2013

My First Day Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdullillah, semalam berjaya menghabiskan puasa ke penamat. Walaupun di awal pagi rasa lemau, lembik sebab ngantuk tak cukup tidur tapi perasaan lapar dahaga langsung tak berjaya melemahkan jiwa. Maybe dah terbiasa tak makan di siang hari, lapar dan dahaga bukan isu utama. Tapi nak mengawal diri dari hawa nafsu mata telinga dan mulut tu yang mencabar sikit.Aku ni suka duk berkuntum kat forum. baca macam-macam isu. So bulan puasa kena la kurangkan baca isu yang tak berilmiah. Kena duduk kat bod agama je selama sebulan.

Korang berbuka apa semalam? Mesti bestkan? Biasa la hari first puasa mesti semangat je kan. tak kira la yang masak ke or beli kat bazaar. mesti meriah je atas meja. Aku semalam takde la beria sangat masak. Masak main dish based on hubby nyer request. Semalam dia request sup tulang. Untuk side dish aku ada dua jenis iaitu goreng kangkung sos tiram dan telur dadar lobak asin. Air plak soya kotak yang memang dah sedia ada dalam peti ais. Simple tapi menjilat pinggan jari. Kuih memang tak beli. Malas nak menjengah bazaar ramadhan. Next week kot baru beli kuih. tu pon kalau jiran aku dah start buka gerai kat simpang jalan masuk taman umah kami. Kuih jiran aku jual best. Feveret aku donut ngan karipap dia. Laki aku plak suka sardin roll. Atleast beli ngan dia dah tau sedap. Pergi bazaar belum tentu sedap. Harga bukan murah sangat pon. Aku tak snap plak juadah berbuka semalam. Boleh tak sebelum berbuka dah ambil hp nak snap gambar. Pastu Afiqah sibuk suh amik gambar dia. Terus lupa nak snap gambar. Dah separuh makan baru teringat. huhuhu.

Laki ku antara feveret dia ialah sup tulang. Tapi faham je la kalau nak masak tulang nak kasi empuk betul-betul memang makan masa. Sebelum ni kalau nak lunch sup tulang, pagi-pagi lagi dah start merebus tulang. Memang dua tiga jam atas dapur. Bukan je makan masa, tapi membazir gas lagi ada la. Lakiku kata kalau macam ini gayanya memang sup tulang masak weekend je la. Sedeh je bunyinya. Then sehari sebelum puasa kami pergi giant nak beli diapers ngan susu anak. Tetiba nampak pressure cooker 4L jenama ntah pape rege RM59.90. Ini yang manual tengkek atas dapur gas. Bukan electric punya ya. Dah lama dah lakiku ini bersungut nak cari pressure cooker tapi macam mahal sangat katanya. (Aku malas la nak cakap kat dia camni. "Ai bang, mesin pancing ngan joran beribu boleh beli. Takkan pressure cooker harga seratus dua takleh beli." tapi cam kejam je bunyinya.) Hari tu bila jumpa yang bawah seratus terus dia beli je. Satu lagi alasan dia taknak beli yang mahal takut beli tak guna. Tu tuju ke aku la tu. Semalam rasmikan la. Tengok macamana performance pressure cooker tu. Alhamdullillah sangat success. 45minit dah empuk tulang ngan daging. Like sejuta kali. Walaupun murah and takde jenama tapi sangat membantu aktiviti memasak saya dibulan puasa.

Tapi yang lawak, aku ni kan ulu sikit. Mana reti guna pressure cooker. Padahal umah parents aku ada je. Tapi sebab aku kurang cakna (ambil berat) tu yang blur je bila nak guna. Kelam kabut aku tutup api bila dengar bunyi wap keluar dari pressure cooker tu. Rasa bodoh gila time tu. Pastu bila nak buka takut meletup. hahaha. So aku stopkan then aku google camana cara nak guna pressure cooker. Sedeh sungguh nak guna pressure cooker pon siap google. Nasib aku tak kol mie aku tanya. Kalau tak memang kena gelak la. Rupanya aku kena masukkan dulu semua bahan kasi sedap, tunggu didih baru tutup. Lepas dah tau terus konpiden nak guna. Walaupun sebelum tu aku rasa betapa bodohnya diri ini, benda simple camtu pon tak tahu tapi takpe atleast aku tak terus membodohkan diri sendri and try to get info kat tenet. so semalam aku dah dapat new knowledge. Clap clap clap untuk aku.

Petang ni korang masak apa? Aku dah ada idea nak masak apa petang ni. Still lagi simple dish tapi bakal menjilat ibu jari kaki. Yang pasti main dish aku hubby dah tentukan. Dia nak makan ikan bawal goreng garing-garing. Untuk sayur, aku nak buat masak tumis labu air ala terengganu and tak dilupa telur dadar. Pastu ikan bawal kita cicah budu letak cili padi pedas-pedas. ayork dah meleleh air liur ku ini. Simplekan? kami memang tekak kampung sikit. Kalau lauk bandar ni, lakiku kurang sikit nak tambah menambah nasi. Tapi kalau aku masak camni, tak sedar dah dua pinggan. Memang puji pujiann la aku dapat Baru semangat aku nak terus memasak. Lagipon AFiqah pon memang suka makan makanan bersup. kalau masak merah ke kari ke dia tak berapa nak makan. Sikit sangat makannya.

Ok la nak sambung kerja plak. Tadi pening mengadap nombor. tu yang curi masa tulis entry. hehehe. SElamat berbuka ye korang. Kalau ke bazaar ramadhan jangan membazir ye. BYe. see you next entry.

Monday, April 15, 2013

Afiq Amsyar Nursing Strike


Petang semalam a bit stress coz Afiq Amsyar buat perangai taknak DF. Dia punya meraung ngan geleng kepala kanan kiri taknak hisap nenen macam sakit-sakit je. Tapi time tido, alhamdullillah dia hisap jugak walaupun muka time menghisap macam tertelan biji getah. Stress sungguh hamba. Pagi ni, mula-mula dia reject juga, tapi aku angkat dia, peluk dia dalam posisi nursing, then alas bantal kat bawah dia. Cik N aku halakan ke tepi pipi dia. Lama-lama dia palingkan muka dia and start licking with his tongue. Dekat setengah jam gak aku biarkan, then akhirnya dia hisap juga. Happy sikit hati. Tapi risau plak skang sebab bila duk ngan BBsitter dia minum ngan bottle. So aku risau dia buat balik macam semalam.

Dah la papa dia takde kat umah dua hari, sabtu ahad dia buat perangai menangis di petang hari. Nasib la neneknya ada kat umah. Boleh la baca-baca apa yang patut. Kalau mama sorang. Harus menggelabah la tak tahu nak buat apa. Maybe dia rindu papa dia kot. Or dia serabut or campur dua2. Sabtu tu kakak aku sefamily dtg. Kakak aku tu dia kata dia banyak benda mistik. Dia kata. Aku tak tahu betul ke tak. Dia datang je. petang tu terus Afiq melalak. Hahaha. Jahat je aku. xde la. Maybe Afiq terkejut. Sebab kat umah K.Yah (BBsitter) buaian terjatuh tepi dia. memang dia menangis terkejut k.yah cakap. Balik umah kak iqah  plak over sb orang ramai kat umah dia. Pergi cubit Afiq kat dada time tido. Then bagi kaki. Terkejut lagi kawan tu. tu yang jadi macam tu.  Lepas nenek dia bacakan ayat quran tertido dalam pelukan nenek dia.

Ahad plak gi umah kakak aku kat Gombak. Kat umah tu memang lagi tahap hard core punya bising. Sampai-sampai ok la dia tido dalam bilik. Dah ke petang semua bantai berkumpul dalam bilik tu. Dia dah la mengantuk, nak hisap susu, lepas tu orang tu panggil, orang ni bising, dia nak isap susu pon tak tenang. Stress terus tolak taknak DF. Sampai la balik umah pon merajuk ngan mama taknak DF. Menangis-nangis lagi semalam. Nenek dah baca-baca, still nangis. Nenek dia bagi aku pegang sebab nak semayang maghrib, nenek dia sapukan air wuduk ke muka dia. slow sikit nangis. Aku peluk, tepuk-tepuk, last-last tertido.

Sedih hati ni bila Afiq taknak DF. Tapi cuba buang jauh-jauh rasa negative tu. Aku akan make sure issue Nursing Strike ni takkan berlarutan and  jadikan isu ni sebagai alasan untuk tidak teruskan BF Afiq Amsyar. Banyak sebab kenapa boleh berlaku nursing strike ni. Kalau nak tahu nanti la aku listkan erk kat entry lain. Malas plak nak copy paste kat sini. Tapi macam kes Afiq Amsyar, stress dengan keadaan sekelililng pon antara factor berlaku Nursing strike ni. Cara nak mengatasinya? Aku pon tak pasti. Tapi seperti yang diceritakan diatas, nampaknya sedikit berjaya. Tapi tips paling penting, kesabaran ibu menangani anak yang Nursing strike perlu tinggi. Tips kedua: cuba menyusu di tempat yang sunyi. Kosentrasi anak tidak akan terganggu. Tips ketiga: perbanyakkan skin to skin dengan anak anda supaya dia kembali boleh detect bau ibu nya.  Next time aku sharekan lg pasal Nursing strike ni ye. Arini macam malas plak nak menaip. Sambung di next entry.

Tuesday, April 2, 2013

Aktiviti Tahunan: Reward Diri Sendiri & Airasia Free Seat

Assalamualaikum.

Last week, I'm a little bit busy with work task. Dah promised nak buat entry tentang breastpump. Hahaha. Sampai sudah tak siap-siap lagi. Baru nak mengadap, ada je benda nak buat. so sampai skang kita perap dulu la ye. Lagipon maybe ada yang buhsan duk citer pasal kisah menyusu je kan. Nanti ada yang duk kata me obsess ngan breastfeeding plak. No no no. Saya tidak obsess but just wanna share my experience yang saya tak dapat buat pada Afiqah Humaira. I'm really enjoying my breastfeeding journey. But we talk about that later ok.

Today nak story activity Ahad lepas. Since jadi mak orang ni, aku jarang spent money untuk diri sendiri. Before pergi jalan kemana-mana bukan main lagi ni dalam fikiran nak beli baju la, seluar la untuk diri sendiri. Tapi bila smpai masa, satu pon takde. Planning nak beli benda lain, last-last beli benda lain. Benda lain tu for sure la untuk anak-anak tercinta. Lepas baju anak, baju anak lagi. dan seterusnya pon baju anak. Aku rasa semua mak-mak kat luar sana macam tu la. Takpe sendiri rotate baju tahun-tahun sudah. Anak-anak lebih penting.

Jadi Ahad lepas, aku ambil peluang untuk mereward diri sendiri dengan shopping ikut nafsu. Setahun sekali je pon. Thanks to en suami sebab sudi menjaga Afiq Amsyar and Mama n Kak Iqah dapat bershopping sepuas hati. Kak Iqah follow je mana mama pergi. Biasa kalau nak beli apa-apa akan tanya pendapat en. suami. Tapi kali ni dia tunggu luar kedai ngan Afiq Amsyar, so Kak Iqah la tempat mama bertanya. Tiap kali tanya Kak Iqah cantik tak baju ni Kakak. Jawapan Kakak sama je. "Cantikkkkkk Mammmmaaaa." Satu pon xde yang tak cantik. Hahhaha.

Hasil dari bershopping ikut nafsu, aku berjaya sambar 5helai baju kemeja (skang kena beli baju nursing atau yang butang depan je sb senang nak pam susu or DF Afiq Amsyar), 3helai nursing bra, 2pasang kasut dan sepasang selipar untuk aku. Tak dilupakan juga untuk anak-anak, 3helai baju setiap seorang and untuk en suami sehelai kemeja dan sepasang selipar. Siap tak tahu berapa banyak duit hangus hari tu. tarik-tarik je duit dalam purse. Like i told before, shopping ikut nafsu. Kalau tak, nak beli baju sendiri harga 20hinggit pon aku berkira. Untuk anak-anak and makan memang aku tak kisah nak spent lebih. Memang jenis aku camtu. sebab tu aku amik sekali dalam setahun untuk reward diri aku. Tahun lepas dah buat gila habiskan duit kat Bandung. sebab tahun ni tak berkesempatan nak melancong lagi, so kita shopping kat Aeon Bukit Tinggi sudah. Lepas dah balik shopping baju, shopping barang dapur plak. Puas hati aku. Senyum sampai pipi. En suami senyum gak sebab aku dah upah baju, makan ngan beli barang dapur. Kalau tak, mesti suh aku cepat-cepat. Afiqah and Afiq Amsyar pon sangat gud. Kerjasama yang baik.

Korang tau tak skang Airasia ngah buat promosi untuk Jan - April 2014 punya flight ticket. Booking boleh buat since today until 7 April 2013. Korang boleh masuk ke website diorang ye. www.airasia.com. Tadi aku ada gak jenguk sana. Tak mudah nak dapat free seat promo ni. sebab limited. Tadi aku dapat gak ticket ke Hat Yai, RM 541.00 untuk 4orang. Called en suami tanya nak ke. and dia kata ok gak tapi taknak study dulu ke before beli. Aku macam, kalau tak beli skang xde plak ticket murah tu. En suami kata ok la, tempah je la. kita pikir kemudian yang lain. Tapi kalau nak gi Hat Yai, Langkawi kita tak yah pergi la tahun ni. Kiranya simpan duit yang planning nak gi Langkawi nnt untuk ke Hat Yai. Dah nak masukkan guest name dah ni, tiba aku macam xde mood plak nak gi Hat Yai. Called en suami lagi skali cakap tak yah la Hat Yai. Kita gi Langkawi je la. So tak jadi la cuti-cuti naik Kapaltubang (bak kata Kak Iqah). Sian Kak Iqah, sokmo ajak mama ngan papa naik kapaltubang. Next time la Kak Iqah. Bak kata papa, kita kumpul duit gi jalan jauh sikit.

Ok la. nnt ada masa kita sambung story mory lagi k. bye  semua.

Wednesday, March 20, 2013

My Breastfeeding Story #4: Mitos Mengenai Susu Ibu

Assalamualaikum.

Harini aku nak share sikit berkaitan dengan susu ibu (SI). Before this aku pon percaya dengan kebanyakan mitos mengenai SI. Disebabkan mitos-mitos inilah menjadikan kebanyakan dari kita gagal untuk menyusukan anak kita secara penuh/ exclusive. Jom baca.

Mitos mengenai susu ibu

Susu kering
::: Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.


- Bak kata pepatah, kalau hendak seribu daya, kalau taknak satu dalih pon dah cukup. tak yah banyak-banyak. Sebab tulah pentingnya memahami konsep asas penyusuan. Jangan bila cuba sekali tapi susu tak keluar terus give up. Direct feed sebanyak yang mungkin dan kalau tak dapat DF, sila la pam. Ini adalah untuk meningkatkan demand. kalau takde demand xderla supply. konsep berniaga pon macam tu kan? Untuk ibu-ibu yang baru nak berkecimpung dengan dunia breastfeed macam saya, jangan mudah putus asa sebab nak buat benda baik memang banyak cabaran. Macamana nak patahkan semua cabaran tu ialah dengan cari ilmu sebanyak yang mungkin dan jangan mudah menyerah kalah.  

Luka
::: Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.


- Ini pon berkaitan dengan ilmu jugak. kalau kita tak tahu, kita kena bertanya. Nak bertanya kena la dari orang yang tahu. Macam aku, masa bersalinkan anak pertama, lepas nurse dah bersihkan baby dia akan suh kita skin to skin dengan baby. time ni wa cakap lu, rasa sayu sangat hati. then diorang suh kita feedkan bb dengan SI. Diorang siap tanya, pandai tak macamana nak bagi baby susu. Kalau tak tahu macamana meh saya ajarkan. And the day after deliver, siap dapat taklimat free berkaitan penyusuan susu ibu and cara feed baby yang betul. Tapi ni cara bersalin kat Government Hospital la. Kalau swasta, aku tak pasti. Lagipon sekarang banyak bengkel-bengkel berkaitan dibuat untuk bakal-bakal parents. so atas nak taknak je la. Kalau still takleh selesai juga, boleh pergi jumpa pakar laktasi.

Penyebab sakit kuning
::: Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.


- Ibu-ibu yang anaknya jaundice teruskan la bagi susu ibu. sebab bila baby kerap menyusu,pasti baby akan kerap poo poo and shi shi. 

Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah
::: Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat
::: Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

Makan banyak untuk hasilkan banyak susu
::: Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.


- Jadi jangan jadikan alasan takut gemuk bila breastfeedkan anak. sebab tak perlu pon makan macam gajah tapi makan je ikut keperluan badan dan diet yang seimbang. Siap ada orang, bila breastfeed makin slim lagi. Lagipon kalori intake untuk ibu menyusu adalah berbeza dengan kalori intake orang yg tak menyusu. Ibu menyusu memang perlu makan sebab kalau tak makan mana nak ada energy. kalau takde energy, stressla, moody la. nak breastfeed xleh stress-stress. nanti susu malu-malu nak keluar. kena la sentiasa happy. Tapi kalau makan boleh happykan anda, apa salahnya makan. kena la berkorban sikit untuk anakkan.


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.


So bakal ibu and ibu-ibu yang ada niat nak menyusukan anak dengan SI, jangan mudah terpengaruh dengan mitos-mitos ni semua ye. Cari ilmu yang betul sebelum buat kesimpulan atau menyerah kalah.
Gud luck semua.

Monday, March 18, 2013

My Breastfeeding Story #3


Assalamualaikum.

Harini aku nak mencoret kisah My Breastfeeding Story #3. Diharap sesiapa yang membaca kisah aku ni tak menganggap aku menunjuk atau poyo. Tujuan aku mencoretkan kisah aku ni sebab aku nak jadikan kenangan untuk aku kenang dikemudian hari dan juga untuk berkongsi ilmu yang aku dapat walaupun tak seberapa. Dan dari penulisan ni juga memberikan aku semangat untuk terus menyusukan Afiq Amsyar sekurang-kurangnya 6bulan.

PANIK

Selepas aku dah jumpa BBsitter untuk Afiq Amsyar, aku niat nak antar Afiq Amsyar sehari dua untuk tengok macamana. Aku bagitahu K.Yah, maybe hari khamis  and Jumaat aku nak hantar Afiq ke rumah dia. Kiranya dari hari bagitahu K.Yah hingga hari nak hantar, aku ada 3hari nak prepare EBM untuk bekalan Afiq Amsyar. Tapi dalam peti ais time tu kalau tak silap adalah dalam 3 botol frozen EBM. Yang chilled memang xde langsung. Aku dah kelam kabut pam susu. Tapi susu macam taknak keluar. Skali pam kalau dapat 1oz tu dah syukur sangat. Sebelum ni aku tak keep stok banyak sebab aku takde tempat nak simpan. Peti sejuk yang aku beli tahun 2008 (second hand) memang limit sangat spacenya. Lama bincang ngan en suami pasal nak beli peti baru. Kiranya beli peti baru ni sebagai investment untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara exclusive. Tapi bila dah beli, susu plak tak mau keluar bila di pam. Tapi sesi DF tetap diteruskan seperti biasa. Dalam entry  sebelum INI, aku ada bagitahu aku ada pam susu tapi lebih kepada nak ajar Afiq Amsyar guna botol. Kiranya yang frozen dalam peti lama alih ke peti baru tu, baki yang aku pump time nak ajar Afiq botol la.

Aku memang stress sebab memang susu nak bawak umah K.Yah memang tak cukup. Last-last, tak jadi hantar hari khamis tu. Hantar Jumaat je sebab bekalan susu cukup untuk sehari antar je. Tapi before tu, aku start buka FB, masuk group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) untuk blaja cara marmet and macamana nak bagi susu keluar. Rupanya cara marmet aku salah selama ni. patutla susu tak mau keluar. Breastpump (BP) pureen pon tak banyak membantu. Menyakitkan Cik B aku lagi adalah. Sebab aku force untuk bagi susu keluar. Then dari pembacaan kat sana, aku troubleshoot apa masalah aku takleh pam susu banyak.

Sini aku share kat korang kenapa aku pam susu dapat sikit sangat:

  1.  Aku pam selepas DF Afiq Amsyar. Sebelum tu, aku just pam susu untuk ajar AFiq Amsyar guna bottle. So lepas pam terus feed dia. lepas tu dalam dua minggu aku tak pam langsung  just DF. (masalah peti) So supply susu just cukup untuk demand Afiq Amsyar. Jadi kalau pam lepas DF, susu yang aku dapat memang sisa-sisa yang tinggal untuk kosongkan Cik B je. 
  2.  Dah la time tu aku konon-konon nak dietkan. Takmau makan nasi la konon. Hahaha. Lepas tu, dah la diet tak makan nasi, skali air pon aku kurang minum. Dah tu mana tenaga ngan source untuk hasilkan susu. Lepas tu merasa la kau stress pump susu tak mau keluar. Lepas dapat ilmu, terus aku makan nasi. Tapi betul, bila aku tak makan nasi, berat maintain duk kat situ je. (aku pon tak tahu kenapa) skang bila aku tak skip nasi, pagi-pagi timbang (psyco kan aku takut gemuk) mesti kurang 100g. walaupun turun just 100g sehari kalau kumpul-kumpul seminggu dah 700g.
  3.  BP yang aku guna tak sesuai. Aku pernah baca satu artikel yang mengatakan “pam yang baik ialah pam yang tak menyakitkan.” Bila sakit, kita akan stress. Bila stress, susu nak kuar pon malu-malu. Jadi setelah difikirkan, kena invest untuk beli pam baru yang lebih ok. Ingat nak ngepow en suami, tapi bila fikir balik aku ni kalau benda orang bagi ni takut semangat kelaut. Bila beli ngan duit sendiri, semangat dia lain sikit, sebab fikir duit yang kau dah keluarkan sebelum ni. Kalau tak guna, rugi la duit akukan. So invest la beli pam baru. (nnt aku buat review tentang pam yang aku beli k)
  4. Aku tak buat langsung apa-apa teknik penyusuan yang boleh meningkatkan demand susu badan aku. Ini adalah kunci utama aku takdapat keep stok.  Patut yang ni kena letak point pertama.

JUMPA JALAN PENYELESAIAN

Untuk pengetahuan korang semua, aku beli BP adalah hari Jumaat. Hari yang sama aku antar Afiq AMsyar kat rumah K.Yah. Sebenarnya aku dah beli pam ni online pada hari khamis. Tapi malam khamis pon xde feedback dari diorang. Aku email diorang tanya status pembayaran yang aku dah buat and aku cakap aku nak pergi collect sendiri kat tempat diorang. Aku memang dah sangat desperate time tu.  Gila tak desperate. Stok yang aku ada pon aku dah hantar kat umah K.Yah. Kalau aku tak bertindak segera, macamana aku nak sediakan bekalan sepanjang Afiq Amsyar rumah bbsitter.  Dengan berbekalkan google map yang tiba-tiba tak tunjuk mana aku berada time tu, aku drive sendiri ke Rawang. First time ni aku sampai Rawang drive sendiri. Ngan hubby pon baru sekali pergi sana. Alhamdullillah, tuhan permudahkan perjalanan aku. Aku hampir terlepas kedai tu, tapi kuasa tuhan, tengah nak pusing roundabout aku terpandang signboard kedai Littlekidz. Masuk lorong ke kedai tu, ada plak kete nak keluar parking. Rasa macam nak nangis sangat time tu. Sangat dipermudahkan walaupun aku tak pernah sampai kat situ, and aku pergi sorang-sorang tanpa teman. Dah settle urusan pam. Sekarang aku kena usaha untuk memenuhi permintaan Afiq Amsyar sepanjang hari di rumah BBsitter.

Balik dari Rawang, terus sterilize kan semua equipment. Cik B dah bengkak sebab tak directfeed Afiq Amsyar  dari jam 9pagi. Aku sampai rumah dah pukul 3. Siap pasang semua, terus aku pump. Dapatla 6oz. Aku dah asing siap-siap 2bottle x 3oz. Hari sabtu tak dapat nak pam untuk stok sebab banyak sangat program. Just direct feed je. So aku just ada 2hari je lagi sebelum masuk keje, Ahad n isnin untuk make sure susu untuk Afiq cukup atleast seharian kat rumah BBsitter. Ahad dan isnin tu, dengan penuh kesungguhan, aku start buat tandem pumping. Afiq Amsyar df sebelah, aku pump sebelah. Every dua jam aku pump, even Afiq taknak menyusu. Malam pon bangun untuk pam. Dan akhirnya susu untuk Afiq Amsyar cukup untuk atleast 2hari. Sekarang aku akan makesure aku akan pam susu atleast 4 sesi di siang hari. Pagi sebelum pergi keje  sambil DF Afiq Amsyar, dapatla dalam 4- 5oz. 3oz untuk bekalan fresh milk Afiq Amsyar ke umah BBsitter. Selebihnya simpan dalam fridge.  Kul 10 @ 11(tengok mana sempat) , kul 1 @2 and balik keje kul 5@ 6 (yang ni pon kadang sambil DF Afiq). Sekarang aku memerlukan zat rajin untuk bangun pam dimalam hari. So far, dah dua hari aku bangun kul 3 untuk pam. Lepas tu takleh tido terus. Kul 5 baru tido. Dah tu merasa la bangun lambat. Harini mengelabah sebab lambat bangun. Nasibla 10minit je lambat masuk keje.

Kiranya sekarang aku masih terkedek-kedek untuk tambah stok frozen EBM aku. Tapi aku tetap akan cuba. Tapi chilled EBM aku insyaallah cukup untuk Afiq Amsyar dua hari kat umah BBsitter. Then sikit-sikit aku turunkan EBM ke freezer. Naikkan satu frozen, turunkan dua chilled. So dapat topup slow2. Aku naikkan yang frozen sebab nak ajar juga Afiq Amsyar ngan frozen EBM. Kalau dia tolak kan dah jadi pembaziran. Hopefully aku dapat supply susu untuk Afiq Amsyar selama yang mungkin. Seronok tengok Afiq Amsyar yang makin tembam al-debab. Kalau ikut aku nak je suapkan Afiqah skali ngan SI. Tapi mcm tak je. Kadang dia minum gak susu yang panaskan untuk Afiq time kat rumah. Sebab Afiq kalau mama depan muka memang dia main-main je ngan putting botol tu. Dari membazir, Kak Iqah la yang habiskan. Sedap dia cakap. Hehehe.

Panjang lebar sangat dah cerita aku ni. Baik aku stop dulu. Next aku akan review BP yang aku beli. (BP aku bukan jenama yang biasa orang pakai. So memang payah la nak dapat review pasal BP ni kat internet) Aku memang suka melawan arus, and amik risiko guna benda yang orang jarang pakai. Tapi jarang orang pakai tak semestinya tak ok kan. Cuma kau terpaksa take a risk la if memang tak OK kan. See you semua dalam next entry ok. Taadaa. 

Wednesday, March 13, 2013

Daily Routine Totally Change

Assalamualaikum.

Amboi! Amboi! Amboi!

Konon dah masuk keje, rajin plak mengupdate blog ye. Macam xde keje ye kamu. Hehehe. Aku biasanya taip siap-siap dalam words then copy paste je ke blog. Biasa aku type entry bila otak dah tepu buat keje. Sambil take 5, gagahkan diri siapkan satu entry. Tu yang kadang satu entry sampai amik masa nak siapkan. Kalau nasib tak baik, terus hilang mood nak publish. Hahaha.

Macam diberitahu dalam entry semalam, aku dah start keje kan. So bermula la routine harian ku yang baru. Sebelum ni handle Afiqah sorang je. Now, dah ada dua anak nak kena siapkan before pergi keje. Mesti korang nak tau kan (macam la orang kisah) kelam kabut ke tak aku pagi-pagi? 2 bulan cuti memang aku relaks je.  Takdenya nak practice ke apa. Bajet terre la katakan. Alhamdullillah, dua hari ni still leh manage and masih dalam perancangan.

So today aku nak story plan aku untuk hari-hari bekerja. Kiranya flow chart aku seharian. (kata QC, kene terre tentang flow chart semua ni)

Omey Omey tak lukisan aku. Hehehe


Dah tengok gambar, kena la bagi explaination:

5.50am: Bangun pagi, mandi, gosok gigi, sabun. Then buat apa yang perlu ditunaikan. (paham-paham sendiri. Kalau tuliskan kata poyo plak.) #tangandidadamatakeatas. Pilih baju untuk diri sendiri and en suami. Iron baju, siapkan baju anak-anak dalam bag. Siapkan diri sendiri. (ni case malas nak siapkan before tidur)

6.30a.m:. Siapkan EBM yang nak bawak pergi umah BBsitter. Salinkan diapers Afiq Amsyar. Then mulakan sesi mengepump susu sambil breasfeedkan Afiq Amsyar. (Backup plan kalau Afiq Amsyar dah kenyang: sambil pump sebelah, kita mermet sebelah lagi. Nak wat camana, terbeli single pump. Kena pikir untuk invest double pump ni. tapi ni kena tunggu atleast 6bulan.)

7.00a.m: Kejut Afiqah bangun. (kalau dia bangun awal lagi senang.) Suh dia bukak baju seluar diapers then mandi sendiri.  Papa will take over untuk siapkan Kak Iqah and diri dia sendiri. (mama dah siap iron baju.) Kalau papa kena pergi keje awal, mama akan siapkan Kak Iqah. (baju n diapers dia nak pakai mama dah get ready siap-siap masa kemas bag nursery dia. susu Afiqah pon mama siapkan terus time tu and letak kat tepi bag dia.)

7.30a.m: Mama siap pakai tudung. Then bawak semua bag masuk kereta. Panaskan enjin kereta.  Masukkan budak berdua tu dalam kereta. Check lampu, kipas, Tv dah off, then kunci pintu. Salam-salam dulu. Then bergerak.

7.40a.m: Antar Afiq Amsyar umah Cik Yah.

7.50 a.m: Antar Afiqah ke nursery.

8.00 a.m: Gi sarapan dulu.

8.15 a.m: Masuk Office.

Hopefully, dengan perancangan ni semuanya akan berjalan lancar. Aku ni memang jenis yang akan plan semua benda yang aku nak buat. Siap lukis and tulis dalam organizer lagi. If tak tulis aku lupa. Then sendiri kelam kabut. Lagipon dengan ada perancangan, kita boleh buat backup plan if timbul masalah. contoh kalau en suami kena kuar awal. (kalau tak memang kuar serentak pergi kerja) Tapi bak kata orang, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Tapi atleast kita ada perancangan dari takde langsung. Sebab dengan perancangan macamni, dengan sendiri akan memudahkan kerja kita. Lagipon aku betul-betul kena rancang time consume aku sebab aku kena antar dua-dua anakanda aku. Boleh je papa nak antar Kak Iqah, tapi dah alang-alang memang laluan kerja aku. Biar aku hantarkan je la. Lagipon jauh lagi perjalanan en suami dari rumah ke tempat keje.

Mudah-mudahan kehidupan seharian aku dipermudahkan la. Walaupun nampak susah tapi seronok. Aku dulu takut aku tak dapat handle dua orang anak (orang lain berderet anak relax je. baru dua dah takut) Tapi alhamdullillah, walaupun aku tak perfect and bukan supermak, tapi aku rasa aku boleh sangat2. Tak tahu dari mana datang rasa yakin tu. Lagipun en suami banyak membantu terutama bab jaga Afiqah. Afiqah and AFiq pon senang nak jaga. Cuma Afiqah la, datang hari geram kat adik je la yang buat mama ngan papa nak marah. Yang lain semua bagus. Sebelum tutup entry, silala  layan gambar dua beradik ni dulu.




Friday, February 8, 2013

Baby AAA: Ahmad Afiq Amsyar Day One Until Today

Lama tak update blog. Harini tengah kumpul mood nak up entry baru. Tapi sebelum tu kita panaskan entry ngan gambar Ahmad Afiq Amsyar bin Ahmad Farehan dari day one sampai hari ni. Diselitkan juga aksi si kakak yang suka sangat riba adik then suh mama amik gambar. Tiap kali duk dekat adik or riba mesti suh mama amik gambar. 

















Monday, May 28, 2012

Mengimbau Kenangan: Kenduri Kawen Zaman Aku Kecil Dulu.

Assalamualaikum…

Ya ampun, sekarang rasa sangat malas nak update blog. Rasa macam nak tutup je blog ni sb tak de idea langsung nak update apa. Ye la, takut bosan lak orang buka blog ni asyik cerita syok sendiri. Tapi nama pon personal blog, memang la tempat untuk syok sendiri. Orang suka, boleh baca, tak suka sila la tutup, ye dak?

Jumaat lepas dah start cuti sekolah untuk warga Terengganu, Kelantan dan Kedah and negeri2 lain sabtu baru start cuti. So, semua dah tau kalau cuti sekolah, musim orang kenduri kendara sana sini la ye. Bersedia la kembung perut and muntah makan nasi minyak and minum air sirap banyak2. (ini trademark kenduri kawen di kampong ak.)

Jom ak nak share kenangan bila tiba musim kawen.

  • Makan gulai kawah dan nasi minyak hari hari

Dulu, time ak memang duk kampong, tiba je musim orang kawen, memang nasib la klu kena mengadap gulai daging ngan nasi minyak hari2 sampai habis musim kawen. Dah nak wat camana, tiap kali mak ak gi makan gulai (bahasa orang ganu ni) kompom wat balik sebungkus nasi dan sebungkus gulai. Kalau kenduri tu kat sebelah umah, semua lauk kat kenduri pon akan ada kat umah ak. Dah ada lauk tu, mak ak panaskan je atas dapur. Katanya malas nak masak. (lagipon xde nya mak ak duk umah musim2 gini, sebab dia pon sebuk pergi tolong orang wat keje kawen tu) Makan je la lauk yang ada ye anakku. Jangan membazir.Kalau rasa nak lain sikit, wat nasi goreng dari nasi minyak dan daging gulai. Improvise sendiri la sb kalau tak memang x lalu nak telan.Tak pon masak nasi putih or makan roti cicah gulai daging.

  • Telur rebussssssss.

Satu lagi, dulu2 kan orang kampong ni macam wajib bagi telur rebus as a souvenir . penuh la dalam fridge ngan telur rebus. Awal2 tu semangat la makan telur rebus, lama2 pandang telur pon rasa nak pengsan. So untuk hari seterusnya, akan adalah resepi seperti telur sambal, telur masak kicap, kari telur dan semua menu mesti ada telur. (ak tak tau korang pernah mengalaminya atau tak. Tapi ni memang pengalaman ak la) tapi sekarang, orang dah kurang nak bagi telur ni. Skg diorang letak je gula2 dalam kotak ke plastic ke, pas bagi jelly or baulu yang besar tu, dah cukup. Jadi nanti ready la umah anda penuh ngan semut sebab duk ada je gula2 dimana2. Tapi kalau ada orang bg telur, mesti berebut2 masing2. Macam la telur takde dalam fridge, rebus je la kan. Tapi feel makan telur kenduri tak sama macam makan telur ko rebus sendiri. Serius. Memang lain.

  •  Air sirap free.

Kalau ada kenduri kat sebelah umah kan, mesti ak suh anak sedara ak pergi amik air sirap. Sb kat umah ak xde ais. Parents ak bukan suka minum ais2 ni. Berulang alik la anak buah ak gi amik air sirap. Ak malas nak gi sendiri sb ak kan pemalas pemalu. Hakhakhak.

  •  Plastic kilat2 bungkus telur.


plastic tu bentuk dia lebih kurang camni la.
letak telur kat tengah2, then cantum dua sisi and stapler..
korang jangan kutuk lukisan yang kretip tahap langit ke-7 ni...

Ak rindu plastic kilat2 orang wat bungkus telur zaman2 ak kecik dulu. Sangat old skul benda tu. skg mana nak dapat benda2 camtu. Sb ada banyak kan, pastu kita stapler, sambung2kan plastic kilat2 tu jadi panjang. Pas main sangkut2 jadi perhiasan dinding. Lepas tu mak membebel sb semakkan umah je. Kalau pandai simpan xpe. Ni lepas main biarkan bersepah.

4 je yang ak dapat ingat setakat ni, sebabnya zaman ak lom kawen n masih dibawah tangungan ibu bapa ak, ak x kuasa nak ikut parents ak gi makan gulai ni. Ak lebih suka duk depan tv or berangan sorang2 kat umah. Kalau nasib baik, ada la habuan yang mak ak bawak balik. Memang nasib selalu baik pon. Kalau anak buah ak ada kat umah, berebut la goodies bag yang orang kasi. Biasa ak dah tunggu mak ak depan pintu. X sempat dia masuk ak dah ulur tangan mintak. Hahahah. So anak buah ak makan apa yg ak xnak je la. Nasib ko la k.long ngan aye sb dpt mak sedara camni. Hehehe. Tapi itu dulu la. Sekarang dah xde dah benda2 tu. rindu la. Ak nak duk kampong la. Bosan duk sini. Memang jiwa ak jiwa orang kampong kot. Bila la ak dpt kembali ke kampong halaman tercinta ni.