Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Kisah Pengembaraan Bermula: Cari BabySitter untuk Afiq Amsyar


Assalamualaikum.

Harini nak story kisah pencarian BBsitter Afiq Amsyar. Ni request by my BFF, mama Na.

Agak kelam kabut juga nak cari BBstter untuk Afiq ni. sebabnya, lepas habis pantang baru sibuk nak cari. (jangan ikut cara saya) Kalau boleh, mom-to-be ke or sape yang bakal ada anak and still tak de BBsitter/Nursery, silalah cari since baby dari dalam kandungan lagi. Kalau mak ayah korang mmg available untuk take care ur daughter/son sementara, kira OK la. tapi kalau macam saya, my mom dah tak sekuat dulu. Memang takde back up langsung if xdapat BBsitter/nursery dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh saya memulakan kerja. (tetiba bersaya la plak.#inisemuapoyo)

Actually, aku dah risau time 30hari pantang sebab lom cari BBsitter untuk AFiq. Ni kes confident, nursery Afiqah accept bb 2bulan dan ke atas. (tahun lepas still terima). Bila suh papa tanyakan, Kak Za (penyelia) cakap skang Taska Lemon just terima toddler 1 tahun dan keatas sahaja. OMG! Macamana ni. Nak harap en suami round carikan taska sendiri, rasanya agak mustahil bin ajaib la. Apa lagi carikan BBsitter. memang bab-bab macamni, memang aku yang kena buat. Nak taknak tunggula hamba habis pantang ye.

FYI, awalnya berbelah bahagi nak letakkan Afiq Amsyar kat Nursery or BBsitter. Dua-dua pon ada pro and cons. Kalau ikut pandangan ramai, Baby ni better hantar pada BBsitter sebab boleh concentrate pada anak kita. Antar Nursery, diorang ada quota. Biasa bagi taska yang berdaftar, quota untuk sorang guru/pengasuh ialah 5 orang bayi. So kena la pilih BBsitter yang jaga anak kita sorang or paling ramai pon 3 orang. Sebab kalau BBsitter jaga sama ramai kat nursery jaga, better antar nursery yang berdaftar, sebab lebih secure. Kelebihan nursery compare to BBsitter ialah hari cuti. Nursery ni dia mmg dah ada waktu operasi yang ditetapkan. If terlebih, bayar la OT. And diorang takleh nak cuti sesuka hati. BBsitter ni, kalau ttb ada emergency ke sure kena cuti, then kita pon kena cuti sama la. sebab kena jaga anak kat umah.  Tapi dari segi harga, Nursery ni biasa dah fix and takleh nak nego-nego. BBsitter ni boleh la nego-nego lagi. Kalau lambat ambik leh la minta jasa baik, and bincang untuk tak charge OT. Kalau untuk toddler or budak baya Afiqah, memang nursery adalah terbaik. Sebab dia boleh belajar banyak perkara. Tapi untuk Baby macam Afiq AMsyar, tido, bangun isap susu, tido balik. itu je la keje dia. so lebih bagus antar BBsitter kot.  (pendapat orang kurang yakin dan berbelah bahagi.)

Dah la before masuk keje banyak plak kes baby kena dera. Yang paling terkesan, kes baby 4bulan yang kena lambung macam tebar roti canai dek bibik. #memangmemakiakutengokvideoni. Takut mak nak antar afiq kat orang lain jaga. Time tu jugak rasa nak benti keje, jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Tapi sendiri gak jawab takleh sebab ada komitment kereta yang nak kena bayar sampai 2017. Lama lagi tu. #pengsan. #doaadadurianruntuhdapatduitjutajuta. Atau tunggu gaji en. Suami sama ngan gaji kami berdua boleh la kot.

Ok, dah melalut plak. Back to the topic. Lepas meround Kota kemuning dan Jalan Kebun, aku just dapat 4 je no phone nursery. 2 amik baby, satu tak amik baby, satu lagi tak pickup phone. Yang amik baby dua-dua kat jalan kebun. Tapi  yang satu tu, aku terbaca kat blog orang review yang kurang best tentang nursery tu. so, aku taknak take a risk, terus reject even en suami suruh try gak tgk. Tapi aku ni, bila dah negative susah nak positivekan balik. so baik tak yah dari aku pandang orang ngan muka kerek. And last choice Taska Annizah. So far kat internet xde feedback or komen pasal nursery ni. so untuk checklist pertama dah passed. Then aku called and make appointment with person in charge. Sabtu aku pergi sana berdua ngan Afiq Amsyar (papa ada kursus full day). Tapi memang bukan rezeki Afiq Amsyar duduk kat situ. Last quota telah diisi oleh orang yang datang before aku. #Nangis.

Macamana ni. Aku dah risau sangat ni. then teringat kat colleague aku (Noni) and kawan (k.yus). Dua2 duduk jalan kebun. Terus mesej dua-dua kot ada tau sape nak jaga baby. Alhamdullillah, dua-dua bagi feedback yang baik. Noni bagitahu kakak ipar dia dah benti keje sebab nak jaga baby dia (tua sebulan dari Afiq) and dia try tanyakan kakak ipar dia samaada nak jaga budak ke tak. K.Yus pon bagitau bekas jiran dia pon ada jaga budak. So buat appointment nak jumpa dua-dua ni. Hari Ahad pagi. Satu kul 10 and satu kul 11. Tapi tetiba k,yus cakap dia ada hal. Just free belah petang. Aku plak petang tu ada tetamu.  Ingat lepas zuhur nak pergi. Tapi en suami plak dah janji nak jumpa orang. So terpaksa cancel and tak tahu bila ada masa nak gi jumpa orang tu.

So Ahad tu, pergi la jumpa kakak ipar noni ni. Kak Yah namanya. Orangnya ramah. And sangat suka budak. Bila dah sembang-sembang semua, en suami kata antar kat k.yah je la. lagipon kita kenal family in-law dia semua. yang k,yus tu memang bukan sedara mara dia. lain sikit relationship tu. Aku pon rasa k.yah tu ok. Siap dia tawarkan untuk tgglkan Afiqah if hari sabtu aku kena keje. (nursery Afiqah charge OT kalau antar sabtu) Bila tanya berapa nak bayar bulan-bulan. Dia cakap ikut suka aku la. Ikhlas hati. Jangan la mahal macam antar nursery. Atoi, pening lagi. So aku cakap k.yah bagitau je berapa. Aku tak kisah (sebab en.suami yang bayar.#kejam) janji orang tu ikhlas jaga and boleh sayang anak kita macam anak dia sendiri. Lepas cakap-cakap, kita pon bersetuju ngan harga yang rasa nya reasonable ngan harga pasaran sekarang. Lagipon dia just jaga Afiq  Amsyar ngan anak dia je Haziq.

Laluan nak antar AFiq pon sehala ngan laluan aku nak gi keje. So sangat memudahkan la. So sekarang dah 3 4 hari AFiq Amsyar duduk ngan Cik Yah. So far, semua ok. K.yah pon setuju nak handle EBM. Hopefully semua dipermudahkan and aku harap sangat K.yah sayang AFiq Amsyar juga and hepi jaga dia. and semoga bertahan la sampai Afiq Amsyar dah layak masuk nursery.

Wednesday, March 21, 2012

Afiqah dan Nursery...

we are angry bird...lol
Assalamualaikum...

rasanya lama x cerita perkembangan terkini Afiqah...
kalau ikut date entry ni, AFiqah dah berumur 1 tahun 7bulan 6hari...
tak sampai setengah tahun je lagi pon Afiqah nak masuk 2 tahun...
cepat sangat masa berlalu...

Alhamdullillah, perkembangan Afiqah nampak normal kecuali...
gigi Afiqah baru tumbuh 4batang...
kalau ikutkan usia, perkembangan ni sangat lambat...
mama sangat risau...and mama should bring afiqah jumpa paed...
and mama juga salahkan diri mama, coz time preggy kan afiqah...
mama tak amik calcium yg cukup...
coz mama Afiqah ni mmg x suka minum susu...
kalau tak perut ni memulas mulas and tekak ni rasa nak mengeluarkan kembali segala isi...
pernah la try minum anmum materna tu...
tapi xle bla la plak...
hopefully, ini bukan masalah yang besar...jangan la gigi anak ak tak tumbuh...
pengsan!!!
hehhe...
kan comel smile camni...

dari segi tingkah laku...banyak perubahan Afiqah skg...
dulu dia agak tak pandai control kelajuan tangan...sikit2 nak pukul org...
skg masih lagi ada perangai tu...tapi dah tak melulu macam dulu...
lps dia dah pindah ke bawah kat nursery...duduk ngan kakak and abg2...
dia nampak lebih matang...and paham every arahan yang kita bagi...
kalau dia tak paham dia akan tanya ha!!ha!!...
tapi hari ni, teacher cakap nak antar afiqah naik atas balik duk ngan kawan2 toddlers dia...
sb afiqah jadi mangsa buli sorang budak lelaki baru masuk kat nursery tu...
kat bawah, afiqah la paling kecik...jadinya best la budak tu nak pukul...
sb afiqah tak melawan...
budak tu pon pandai, kawan2 yang gagah pekasa dia tak wat...
berani la, ko pukul ak, ak pukul ko balik...
yang jadi mangsa yang nampak lembik, soft dan x melawan...
and Afiqah adalah feveret dia...sampai Afiqah nampak je budak tu terus nangis...
sebab kesian, teacher terpaksa bawak Afiqah naik ke bilik toddlers...
actually mama risau, bila naik atas afiqah lak jadi pembuli...
takut dia wat baby sb dia paling besar...
lagipon dia ni suka main,...klu kat bawah ada je kakak or abg yang melayan...
takut duduk atas dia bosan, mula la cari pasal...
skg pon dah pandai taknak pergi nursery...
lagi la mama risau...

hopefully everything will be baik baik sahaja...amin...
layan gambar2 afiqah sikit...

sarangheo...heheh
afiqah and mama...
smile...
ni adalah gaya smile afiqah yg tersendiri



rajinkan saya membaca...
kusyuk banget...

candid...
dah besar pon saya ni...
baru kenal dah leh bergelak ketawa...
mesra sangat Afiqah ni...



posing depan cermin...
ayork...





Thursday, January 19, 2012

Afiqah Sakit Mata...


Salam semua…
Wah…kawan2 makin bertambah…so kena cari idea baru for my blog utk elakkan kawan2 bosan baca my entry… but firstly, salam perkenalan utk my new frens…
Ketika entry ni ditulis, my one n only pwincess of heart ada kat kg with my parents…
My mom bawa Afiqah balik kg ngan dia sebab AFIQAH SAKIT MATA…

Oh…mama sangat rindu kat AFiqah…
mama n Afiqah
time ni mata dah bengkak sikit

Sangat sunyi rumah xder budak ucyuk mama tuy…and sebab tuy jugak, mama siap balik lambat dari office…biasa on time dah cabut balik (tunggu kat office lama2 pon wat per…bukan ada OT pon…sgt kurang berdaddy kasi…)…amik ucyuk mama kat nursery, balik umah tunggu papa balik…
Ni first time Afiqah kena sakit mata…maybe skg musim kot…
Coz kat nursery, ramai yg sakit mata…and their parents still antar anak yg sakit mata ke nursery…
Sebagai ibu yang bekerja, I surely understand kenapa ada parents yg still antar anak yg sakit ke nursery…
Bukan senang nak amik leave…maybe 1 or 2 days ok la nak EL…but sakit mata bukan boleh baik dlm masa sehari  (maybe boleh, I’m not really sure bout that  coz my BFF cakap dia titik susu ibu dlm mata anak dia n esoknya teruk baik..i x BF afiqah so xder susu nak kaci…hehhhe...)  tapi like Afiqah,mata dia bukan jer merah tapi bengkak…mata dia start merah since Saturday last week and last Monday mata dia start bengkak until now tapi dah makin ok la… Jadinya, xkan parents nak EL sampai seminggu…prestasi keje akan affected tapi mereka tiada initiative lain and terpaksa jugak antar anak ke nursery…

 Tapi sebagai ibu tetap ada rasa kecewa dengan situasi ni…coz fikir kesian anak orang lain yg berjangkit disebabkan kita…saya pon mulanya risau, berapa lama nak on leave, sape nak kena amik cuti coz next week factory dah shut down for CNY, lagi nak cuti ke before tu…xkan nak antar gak AFiqah ke nursery, nnt berjangkit ngan baby…dah la AFiqah duk ngan baby2 kat atas…Afiqah yg dah besar sikit pon merengek2 sakit apalagi ngan baby2…hati ni x keruan sangat… but I’m lucky coz my big bro had meeting at Putrajaya on Monday and my mom sanggup dtg from Terengganu to take care of my baby while I’m working…klu my big bro xder meeting, my dad siap suh my mom dtg sini naik bas…betapa amik berat nya my parents ngan anak n cucu dia…(Bersyukurla kerana diri ini masih ada ibu bapa yang sanggup bersusah payah walaupun anak2 dia dah kawen…) and AFiqah x perlu pg nursery and mama xla risau anak orang lain lak berjangkit…

Afiqah n pokte nya...
mata Afiqah smpai cepet sebelah...sedey tgk...
ni gambar semalam, amik from fb my kak ipar

Tadi saya search tentang sakit mata ni…apa penyebabnya n macaman leh berjangkit…

Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.

Punca peryakit

1. bakteria( jenis haemophilus)

2. jangkitan virus (beserta selsema )

3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:

· tangan yang tercemar, tuala
,  alat kosmetik, bulu mata palsu, kanta sentuh

tanda-tanda:

· gatal, mata merah, perit terkena cahaya, mata bertahi, bengkak mata, sakit, rasa “pasir” dalam mata, kabur penglihatan

tempoh: ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.Pencegahan:

Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:

· mengelakan tangan menyentuh mata

· kerap menyuci tangan

· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan

· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata

· penggunaan kanta sentuh secara bersih

· memakai alat pelindung mata apabila perlu

· tidak berenang didalam kolam yang kotor

AMARAN:

Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda

· penglihatan berubah

· sakit mata yang bersangatan

· sakit ketika menggerakkan bola mata

· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat

· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti

· mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.

Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.Petua:

· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.

· Elakkan daripada menggosok mata.

· Kerap mencuci tangan.

· Jauhkan tangan daripada mata.

· Gunakan kacamata hitam.

· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.

· Elakkan menggunakan kanta sentuh.

· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

Disediakan oleh:

Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.

Dipetik dari: Sini 

Kesimpulannya disini, untuk mengelakkan jangkitan sakit mata, kita perlulah mementingkan kebersihan  dan mengelakkan dari berkongsi barangan peribadi dengan orang lain… kenapa kat nursery senang kena penyakit mata ialah…kanak2 yang sakit mata ni mesti akan menggosok mata ngan tangan then terus sentuh barang mainan…dan barang mainan ni akan dikongsi dengan kawan2 yang lain…benda camni bukan senang teacher diorang nak pantau…kanak2 kat nursery bukan sorg dua...nak quarantine kan plak teacher cukup2 jer jaga kanak2 kat situ… Jadi, sebagai ibu bapa,selagi boleh elakkan menghantar anak ke nursery ketika dia sakit, tapi klu dah xder choices lain, apa leh buatkan…so kena la ibu bapa lain pon faham situasi mereka2 ini…ini la cara hidup bermasyarakat…

Tuesday, July 26, 2011

First Day Afiqah di Nursery

this morning, mama antar afiqah ke nursery, TASKA LEMON 3...
on d way dr umah td afiqah sgt bgs...
tp nak duk diam tuy mama kene nyanyi mcm2 lagu...
klu x sori la...mmg xduk diam la...
sb smlm afiqah bgn awal...so on d way pg nusery afiqah siap tertido lg...
smpai2 nursery mama kejutkan la...
lom apa2 dah geleng2 kepala x mo...
bila nak bg kat cikgu...afiqah pon dgn kejapnyer pegang mama...
nak tercabut tudung...
apa lag...WAAA WAAA la anakanda mama tuy...
tp pastuy bila tgk ramai kwn2 terus afiqah diam...

hope anak mama ok la...
mama ngah risau ni...
rs nak kol tiap sejam kat taska...
tp x bgs la...apa kata org nursery lakkan...
mcm kita  x pecaya kat diorg plak kan...

sayang intan payung mama...ucuknyer
cepat la petang...mama nak jupe afiqah...

Thursday, July 7, 2011

Taska taska taska...

Adoi la...seriau lak baca paper pagi ni....
ada plak kes baby 4 bulan tersedak susu masa kat taska...
dah la akhir bulan ni nak antar anakanda ku ke taska...
tp xper kot...anakanda ku dah besar...
dah pandai....

Mama ni x mau la pk yg bukan2 bila nak antar Afiqah ke taska...
tp unsur2 negative cepat sgt menguasai diri...
lg2 bila bc pengalaman org yang mcm2...
tp kalau nak yang terbaik untk anak kita sendiri jaga la...
duk umah jaga anak...
klu boleh mmg nak wat camtuy...
tp apakan daya, family ku bukanlah senang lenang...
duk goyang kaki duit masuk...
commitment diri sendiri pon masih banyak...
so mmg akhirnya kene la antar anak kat org yg sudi menjaga...

Skg bila datang seruan negative, cepat2 la dirini beristighfar...
mintak dijauhkan dari perkara yang tak elok pada keluarga kita...
Yang paling penting bila nak antar anak ke nursery ni...
kene hantar dengan penuh lapang dada...
memberi sepenuh kepercayaan pada cikgu2 yang menjaga anak kita...(arap2 dirini berjaya la)
kita sebagai ibu mmg akan cerewet sbb nak yang terbaik utk anak kita....
tp bila kita yakin dan meletak kepercayaan pada mereka,
Insyaallah mereka akan melaksanakan amanah yang kita beri dengan sempurna..
(ni ayat utk sedapkan hati sendiri pas baca paper tadi)

Tips yang ak dapat time berblog n berforum, bila antar anak ke nursery...:

1. Berlapang Dada
2. Jalinkan hubungan yang baik dengan cikgu2...apa slh bila bulan pose antar juadah berbuka utk diorg ke...diorg rs kita appreciate diorg mesti diorg akan jaga anak kita pon dgn lbh baik...
3. Boleh sekali sekala wat spot check tgk cmn diorg jaga anak kita...tp jgn la kerap sgt...nnt diorg pon annoying ngan kita...dan mgkn kita akan mengganggu tugas mereka...
4. Sentiasa bertanya perkembangan anak kita...bukan pagi antar, ptg amik tanpa amik tau apa yg berlaku sepanjang di nursery...

Ku coretkan disini sebagai pedoman utk ak bila ak nak antar AFiqah ke nursery nnt...
takut terlupa leh baca blog balik igtkan diri sendiri

Tuesday, June 28, 2011

Searching a Nursery around Kota Kemuning

Hello frens...
dah 3 hari x bukak this blog...
i went back to my hometown...'LASAKLAND'
jp buah hati syg la...
anakanda dah makin besar, makin aktif n makin pintar...
dah pandai angkat tangan bila kita pggl nama dia...
dah pandai wat mcm2 gaya...
duk sorg2 siap nyanyi lagu 'Twinkle Twinkle Little Star'...(nyanyi guna bahasa dia jer phm)
smbil tangan wat cam star kelip2..
nyanyi lagu Tepuk Amai Amai smbil dia tepuk lbh dr org...

haaaaa...ni la muka tegur org...nganga mulut luas2...

skg afiqah dah 10bulan..
so mama n papa dah discuss n... 
we decided to bring her back here to stay with us even our new house lom siap...
so today mama start called a few nursery to ask bout the fees and condition of the nursery...
but this weekend rasanya need to pusing2 around Kota Kemuning...
cari lbh banyak nursery...
so we can make a comparison between all the nursery...
lg banyak lg bgs...choose the best one...

aksi siapa busyuk...huhuhu..xnampak idung...


Actually, before this rasa cam nak antar afiqah ke umah babysitter jer...
klu antar babysitter, leh concentrate kat afiqah jer...
yer la antar nursery, jaga ramai baby...
takut lak jd apa2 kat anakanda ku ituy...
sng sakit bila duk nursery ni...
lg anakanda ku ituy aktif orgnyer...nak main jer kejenya...
tp bila fikirkan, antar nursery ni ada gak advantage nya...
anak2 lbh pintar sb dari kecil di ajar ngan ilmu2...
so mama n papa decided nak antar Afiqah pg nursery jer la...

if ada kwn2 yg tau nursery around kota kemuning ni leh la share kat saya yer...