Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012


Assalamualaikum.

31/12/2012 – Hari terakhir ditahun 2012. Ya Allah, sekejap nya masa berlalu. Rasa macam baru je jejak kaki ke tahun 2012. Tetiba esok dah tukar tahun 2013 plak.

Perjalanan 2012 ada macam-macam cerita. Yang seronok, sedih, pahit, manis semua pon ada. Dan semua cerita tu bila dicampur tolak darab bahagi, inilah dinamakan pengalaman hidup. Yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan.  Entry kalini dah macam entry motibasi la plak.

Seperti biasa, bila masuk tahun baru, ada je wishlist baru kan. Yang tahun lepas punya wishlist dah tercapai semua ke? Aku? ada je yang x tercapai. Tapi xde la sampai nak nangis guling-guling macam tenggiling bila apa yang dihajatkan tahun 2012 tak dapat dimiliki. Lagipon apa yang dihajatkan lebih kepada keinginan diri bukan keperluan. Jadi keinginan tu boleh dibawa lagi ketahun tahun seterusnya. Tu pon kalau still rasa nak lagi la. Kalau tak kita kasi cuci tukar la.

This year, impian nak bercuti ke Bandung dah tercapai. Tapi ada dua ke tiga percutian yang aku harapkan tak dapat dipenuhi. First, nak bawak Afiqah ke Gambang water park. Semua dah get ready. Just tinggal pergi je. Tapi last minute ada emergency kat kampung. So burn camtu je la. Walaupun frust, tapi xpe la. anggap je bukan rezeki aku. Lagipon setakat Gambang tu je pon. anytime boleh pergi kalau nak. (ayat sedapkan hati. Padahal sepanjang wujud Gambang tu x pernah aku sampai.)

Yang kedua, konon nak gi USS ngan adik ipar la akhir tahun (Dis 2012), tapi sebab aku dah pregnant, so kita tangguhkan dulu ye. Kalau pergi pon, bukan aku boleh main semua game kat dalam tu. Aku nak pergi sana sebab aku nak try semua benda. Bayar mahal-mahal xda guna kalau pergi just untuk tolak stroller. Betul x? Hopefully by next year after dah deliver ada la rezeki  pergi USS. Kalau ada yang nak sponsor lagi bagus. (pray pray pray). Then last konon cita-cita nak bawak my parents pergi jalan-jalan Langkawi. Dengan alasan yang sama seperti di atas (USS), jadi kita tangguh ke next year jugak.

2012 juga tahun yang membahagiakan sebab aku pregnant for 2nd child. Actually, tak expected seawal April untuk pregnant lagi. Tapi bila dah diberikan rezeki, kami terima je la dengan hati yang terbuka. Lagipon due date on January 2013. Kira kalau calculate ikut tahun, Afiqah and baby akan beza 3 tahun la. Kira cun la kan.

Tahun 2012 jugak kitorang start duduk rumah sendiri. Ini kalau ikut pencapaian terbaik 2012 la. Sebab tak sangka, umur 27tahun dah ada rumah sendiri. Dulu tak pernah terfikir nak beli rumah before umur 30-an. Alhamdullillah, impian kami tercapai lebih awal dari yang dijangkakan. Thanks to all yang bagi support terutama our parents’ la. sebab bukan je bagi moral support untuk beli rumah, tapi also financial support untuk masuk rumah baru.

Afiqah plak dah semakin besar and makin bijak pandai. Bijak sampai mama ngan papa pening sebab dia lagi hebat dari kita. semua benda dia nak buat sendiri. Jangan berangan la nak mandikan dia, nak bukakkan or pakaikan baju untuk dia. Pampers pon kalau boleh nak pakai sendiri. memang best nampak macam pandai berdikari. Tapi kalau time nak kejar masa, memang rasa nak menangis push dia suruh cepat. Yela, nak sarung baju nampak bearbear. stop kejap. nak pakai seluar, ada citer best kat tv, stop lagi. dah tu benda 3minit jadi setengah jam. Next year dah jadi kakak. Harap-harap dia ok la. sebab nampak macam dia suka baby. bila tengok gambar baby mesti nak sayang. Kalau jumpa adik Fahim (cousin dia) mesti nak kiss. Adik Fahim je rimas sebab kakak Qah asyik nak sayang je. hahaha

Dari segi kerjaya, aku still lagi stayed ngan company first aku bekerja start dari aku graduated. Impian nak tingkatkan kerjaya tu ada. Tapi bila fikirkan anak, terus macam malas nak fikir untuk cari kerja lain. Next year dah bertambah ahli keluarga. I think we need extra money, tapi bila fikir if aku tukar kerja, masa dengan keluarga adakah still akan sama macam tempat aku kerja sekarang. Mungkin dari segi gaji boleh dapat lagi banyak. Tapi dari segi masa? Hmmm…Or next year aku perlu fikirkan untuk buat own business. (akan difikirkan secara serius.)

Tapi yang menyedihkan sikit bila tahun ni my mom skali lagi admitted ward sebab masalah ulser usus dia. Kalau tak silap, tahun ni dah dua kali sakit dia jadi. And peluang untuk  jadi lagi adalah sangat tinggi. Memang kesihatan my mom tahun ni turun naik. Bila suruh berehat betul-betul ada je alasan dia. hmm...susah gak nak nasihat orang yang memang jenis suka tolong orang ni. My abah so far alhamdullillah masih diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya. Abah aku pon jenis tak leh duduk diam. Kalau kena duduk umah, jawabnya macam orang sakit la dia. Cuba suruh pergi kebun ke, potong getah ke, tembak tupai ke, sure sihat walafiat. Cuma doa aku, semoga kedua ibu bapa aku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang baik dan dipanjangkan umur. Begitu jugak untuk kedua ibu bapa mertua aku dan semua keluarga aku. Amin.

Oklah, stop sini dulu untuk tahun 2012. Sampai berjumpa lagi ditahun hadapan. Bye semua.

Selamat Tinggal 2012

Selamat Datang 2013

Saturday, December 29, 2012

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Agak lama tak update blog. Actually ada gak mengarang tapi sekerat jalan dah hilang point. Huhuhu.
Harini Semalam pergi Hospital Putrajaya untuk booking bersalin. Ni nak bagi tips sikit if korang mmg checkup private tapi nak bersalin kat Hospital Putrajaya.

Tips: Dapatkan refer letter dari klinik anda buat monthly checkup yg menyatakan anda hendak bersalin di HP. Surat tu perlu dihantar ke O&G HP selepas kandungan berusia 32 MINGGU dan keatas untuk proses memasukkan  data pesakit. (Booking process). Hari untuk booking hanyalah hari ISNIN dan JUMAAT. 

Procedure booking lebih kurang macam ni la: Pergi ke klinik pakar HP then amik no giliran bagi pendaftaran di kaunter. (tekan  Button B untuk O&G). Serahkan surat refer pada pegawai bertugas. Selepas pendaftaran di kaunter, anda akan diarahkan ke Kaunter A (Klinik O&G). Document yang diperlukan di Kaunter A ialah 1. Rekod Bulanan Pemeriksaan Mengandung 2. Surat refer 3.Buku Temujanji (diberikan oleh pegawai di kaunter pendaftaran) Letakkan document-document yang diperlukan di kotak disediakan. Seterusnya tunggu la nurse bertugas panggil nama anda. Sekian.

Kembali kepada topik utama. Lepas dah buat booking then my bff, Puan Zatun comment kat FB. She informed me that kat Putrajaya ada pusat bersalin Satu Malaysia yang dah setahun beroperasi. Tapi just accept for normal delivery.  Disebabkan aku mmg cuti rini  semalam, jadi aku pon merajinkan diri buat rondaan disekitar Presint 8. Berpeluh jugak makcik nak cari tempat ni sebab aku tak familiar sangat kat sini. Kalau nak gi Alamanda aku terre la. Kihkihkih.

Location bertanda X merah tu.

Actually senang sangat nak pergi pusat bersalin ni. Kalau dari Elit Highway, kita nak gi Hospital Putrajaya, kita kena turn left. Tapi pusat bersalin ni kena turn right, naik flyover nak ke jambatan Putrajaya (yg ala ala Penang Bridge tu). Kalau korang dari arah bertentangan, contoh senang dari Alamanda, Pusat Bersalin ni kena turn left. Then ada traffic light before naik bridge. (Landmark: Shell belah kanan). Dekat traffic light, amik kanan (Jalan P8H), masuk ke kawasan yang banyak apartment. Then jumpa again traffic light simpang empat, amik kiri (Jalan P8G). Korang akan nampak padang bola presint 8 sebelah kanan and Apartment untuk penjawat awam belah kiri. (Jalan P8R2). Pusat bersalin tu sebelah rumah tu la. Ada tulis P8R3. (Landmark:padang bola presint 8). If korang tak jumpa jugak boleh la guna GPS ye.

kredit to (http://fadlulfifah.blogspot.com/2012/08/pusat-bersalin-berisiko-rendah.html)

Dah sampai kat sana, so aku masuk la jumpa nurse yang bertugas. Lega la nurse tu baik hati nak melayan aku. Siap bawak pusing kawasan lagi.Tapi ingat, tak semua orang boleh bersalin kat sini. Ada beberapa syarat yang korang perlu penuhi sebelum boleh diterima bersalin. Dah nama pon Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Jadi hanya kes yang bersalin berisiko rendah sahaja diterima ok. Maksudnya? Okey aku list apa info yang aku dapat dari nurse tu td.

Info:

1. Untuk yang buat pemeriksaan di KK, hanya ibu yang mempunyai tag putih kedua di buku pink sahaja yg diterima. Maknanya ibu tersebut mengandung kali kedua hingga kelima tanpa apa apa masalah ketika proses mengandung.

2. Untuk yg private checkup macam aku: Perlu buat pemeriksaan di hospital kerajaan at least sekali. Then hospital akan buat satu surat, (lebih kepada laporan penilaian yang menyatakan kita memang boleh bersalin normal dan x mengalami apa-apa masalah ketika mengandung) Ada nurse tu tunjukkan surat tu kat aku. Tapi macam aku, memang dah 36weeks and tak pernah ada checkup kat gomen. So nurse tu cakap, aku perlu pergi ke Hospital Putrajaya dulu if dah rasa nak bersalin. Kalau ward penuh, kita memang akan direfer ke tempat lain. So dia suh aku beritahu Hospital Putrajaya aku nak bersalin kat situ. Kalau Hospital Putrajaya cakap ok, nanti diorang tahu la apa yang diorang perlu buat.

3. Kat sini xde doctor okey. Just nurse yang memang berpengalaman. And no epidural or ubat tahan sakit. Only gas. Kata nurse tu, konsep bersalin macam kat rumah.

4. Bilik bersalin ada 6 or 5. Lupa. Memang selesa. Bilik satu2 macam kat HP gak.

5. Ward adalah rumah 3bilik. Seorang pesakit satu bilik. Jadi husband leh la temankan. Tapi lupa lak nak tanya kanak-kanak bawah 12 tahun boleh masuk ke tak.

So far itu je yang aku ingat. Tentang bayaran, lupa lak nak tanya. tapi rasanya bayaran macam klinik kerajaan jugak la. Tapi dengan condition class pertama gitu. Kat mana nak dapat bayar murah tapi dapat bilik first class. Sorang satu bilik. Kat swasta, first class punya bilik sehari paling cikai pon harus dua tiga ratus. So kalau korang memang ibu-ibu yang berisiko rendah, nak bersalin anak kedua dan seterusnya, boleh la cuba bersalin kat sini. Tempat dia dah la macam sunyi je. Tenang gitu. Semalam lepas dah balik baru teringat aku tak amik gambar sekeping pon. Aku memang bukan blogger tegar sebab sokmo la lupa nak amik gambar. hahhaa.

(Tadi blog walking ada jumpa blog mommy yang cerita pasal pusat bersalin ni jugak. Katanya, kalau memang bila check kat HP and kita berisiko rendah, automatik kita akan dihantar kesini. Aku xsure la. tapi nurse yang sembang ngan aku tu cakap, kalau ward kat HP still available, tetap boleh bersalin kat sana. and if dah full, and anda berisiko rendah baru diorang refer ke sini. Wallahuallam.)

Monday, November 26, 2012

Peringatan!!! Pencuri Di Majlis Kahwin

Assalamualaikum.

Korang, aku nak ingatkan korang semua yang akan buat majlis kahwin ke, cukur jambul ke, majlis berkhatan ke rumah terbuka ke, and majlis tu semua dibuat dekat rumah sendiri, (sebab kalau dewan, pencuri tak tahu nak curi apa, tapi kemungkinan tetap ada. biasa bag tetamu la jadi sasaran.) sila la berhati-hati ye. Kalau boleh barang berharga biarlah seorang yang sangat dipercayai menjaga. yang diberi amanah, sila la kelek and kepit kemana saja amanah yang diberikan pada anda. walaupun rasa cerewet macamana sekalipon. sebab ada manusia yang memang kerja or habit dia adalah mencuri and tunggu masa je nak ngap barang-barang berharga tu semua bila ada peluang.

Lagi menakutkan bila bukan je barang berharga yang jadi sasaran, tapi anak-anak kecil pon kalau boleh diorang nak culik. memang GILA sangat. Yang ada anak kecil, make sure anak anda ada yang menjaga, sebab takut ada yang hati hitam dan dasar manusia busuk yang ambil kesempatan untuk bawak lari anak anda. sekarang kan banyak sindiket jual budak or perdagangan manusia. sebab masa kenduri kawan aku last weekend, bukan je PENCURI tu nak curi barang, tapi siap cuba CULIK baby umur 2 bulan. anak buah kawan aku tu. YA ALLAH. aku tak tahu la kalau diorang berjaya larikan baby tu. taknak bayangkan apa nasib baby tu. Alhamdullillah, baby tu masih dilindungi and ada yang sedar ngan perlakuan orang tu.

Bila kawan aku share kat FB apa yang jadi, colleague aku pon ada story yang sama. and yang mengejutkan aku, modus operandi si PENCURI tu sama weh. Bawak budak kecik (kurangkan syak wasangka orang. takkan la bawak anak pon sanggup buat kerja jahat) and mintak izin nak tumpang SOLAT. Kawan aku tu, masjid sebelah umah dia je pon. Tapi bila masing-masing busy and dah ramai-ramai orang takde nak fikir bukan-bukannya. Yang colleague aku tu plak, duit yang orang kasi kat mak ayah pengantin, habis semua kena kebas. Bila ada yang tegur tanya dia sape, siap buat kecoh macam dia tuan rumah, last-last hilang macamtu je, cabut lari. memang hebatla, tak sempat nak tangkap. ni memang jenis dah biasa buat kerja mencuri la tu.

so korang yang bakal buat majlis hati-hati tau. tak kira la korang kat negeri mana sekalipon. sebab memang ada manusia jahat yang memang kerja dia mencuri. sebelum buat majlis besar, pastikan planning keselamatan dah bincang siap-siap. maybe boleh agihkan tugas untuk ahli keluarga orang ni jaga barang-barang. orang ni jaga budak kecik. ye la, buat majlis besar, memang semua pon akan busy. and kalau ada yang nak tumpang solat tu kalau boleh tak yah kasi la kalau korang tak kenal. suh je diorang solat kat surau or masjid. kampung mana yang takde surau or masjid? mesti ada la walaupun hanya surau kecil. walaupun muka orang tu nampak baik, sopan santun and bawak anak, tetap jangan mudah percaya ok.

semoga kita dijauhkan dari manusia berhati busuk and jahat macam ni. Yang paling lega, bila dengar baby tu selamat.

Saturday, November 24, 2012

Bersalin Dimana Yer?


Assalamualaikum.

Today dah masuk 31weeks 4days. Kejap je masa berlalu. So far, sepanjang 2nd pregnancy ni, everything going smoothly and steady je. Ada jugak masalah, but I think it is not too serious. Just pray and Insyaallah everything will be fine. Aku nak lalui saat-saat pregnant dengan fikiran yang positive and happy je. Hope kawan-kawan pon doakan aku sama ye.

Aku rasa semua orang bila tahu pregnant dah fikir nak bersalin kat mana kan? Aku sebenarnya lom decide lagi samaada nak bersalin kat private or gomen. Now tengah memikirkan all the consequences, pros and cons pilihan yang aku ada.

FYI, monthly checkup memang aku buat kat private. Time preggykan AFiqah pon sama. Aku tak pernah ada buku pink. Yang aku ada hanyalah card biru. Hehehe. Kalau orang yang tak tahu, (macam mak aku and also my family members) mesti marah-marah aku sebab tak pernah buka buku pink. Alasan diorang:

 “Walaupun nak bersalin kat private, tapi ada apa-apa hal diorang refer ke GH gak. Nnt antar ke GH gak. Kalau takde buku pink, nanti nurse marah.”
Xde makna diorang nak marah. Sape diorang nak marah-marah aku? Bukan aku tak pergi check up langsung kat mana-mana. aku pon ada report card aku sendiri. Isi kat dalam sama je. Cuma beza satu warna pink, satu lagi warna biru. Satu tu aku bayar rm1, and satu lagi tiap-tiap bulan ak bayar tak pernah kurang rm50 hinggit.

Mesti bila tahu aku checkup kat private je, mesti semua fikir aku confirm akan bersalin kat private kan? Aku bukan taknak pergi KK. Tapi aku ni memang kedekut masa sikit. Sekarang pon tiap-tiap bulan aku pergi check up hari Ahad. Memang tak ganggu waktu kerja aku. Lagipon kalau pergi waktu bekerja (pergi KK) aku mesti kena pergi sorang-sorang. Dulu time pregnant Afiqah pon, banyak je pergi sorang-sorang even pergi private (sebab awal-awal tu suami kerja kat Terengganu). So untuk kali ni, nak dia ikut sama. Tahu condition baby and if dia ada apa-apa pertanyaan dia leh directly tanya kat doc. (aku ni blur then laki lak suka tanya soalan mencabar minda. Jadi dari aku sentap nak marah dia tanya benda aku tak tahu, senang dia tanya sendiri ngan doc.) so checkup weekend, tak ganggu masa kerja dua-dua. Kalau bab menunggu tu, bagi aku private or gomen sama je. tetap kena tunggu. So itu bukan isu utama la bagi aku.

Back to the main topic. Walaupun check up kat private, tapi aku still lagi menimbang kemungkinan untuk bersalin kat GH. Actually, awal-awal dulu memang dah decide nak bersalin kat tempat aku checkup. Tapi tetiba aku rasa nak tukar fikiran.

  •  Selangor Vs Terengganu – ak tengah berkira-kira nak balik kampung. Nak bersalin kat sana, sebab aku nak anak aku lahir kat Terengganu Darul Iman. Dulu AFiqah dah bersalin kat Putrajaya. So IC dia dah IC Putrajaya. Sebab mak pak orang ganu, kalau boleh biar la anak pon lahir kat ganu. Lagipon jadi anak ganu ni banyak kelebihannya. Bila memikirkan kelebihan sebagai anak Ganu, itu yang berbolak balik hati ini. Tapi kalau nak bersalin kat ganu, kena la cuti awal. Xkan la dah rasa sakit nak bersalin, baru nak gerak balik kampung. Aku belum lagi bincang ngan boss aku. Kalau dia ok nak lepaskan ak at 38weeks or 39weeks, boleh la aku bersalin kat ganu. tapi better at 38weeks dah cuti la. sebab time Afiqah dulu masuk 38 minggu dah bersalin. Walaupun orang cakap lain anak, lain cara. Tapi kemungkinan untuk bersalin seawal 38 minggu tetap ada. Hmm..pening makcik pikior.

  • Kemungkinan kena czer – banyak sangat cerita cakap if kat private diorang kalau boleh nak kita czer. Aku ni kalau boleh nak bersalin normal la. biar sakit time bersalin, dari sakit lepas bersalin. Kalau orang cakap, best r dapat bersalin czer, orang tu memang silap besar weh. Yang lagi bangang pernah sekali aku baca kat mana ntah. Rasanya FB sorang akak ni, dia kata ada kawan dia kata orang bersalin czer, tak terhapus dosa dia macam orang bersalin normal. Bodoh gila orang yang cakap camtu. (bukan akak tu, tapi kawan dia yg cakap tu) Dia sedar tak, xkira la czer ke normal ke, tetap bertarung nyawa. Yang bersalin normal, lepas bersalin, hazab sakit tu dah hilang. Yang kena czer? Perut dah la kena belah. Habis ubat bius, tau la macamana sakitnya. So memang aku adalah prefer normal. Lagipon keadaan sekarang, doc (private) macam bagi hint kat aku yang kemungkinan  untuk kena czer adalah tinggi. dari weeks 28 lagi dah suh aku bersedia if ada bleeding even sikit. Alhamdullillah, until now still xde tanda-tanda tu. Kesinambungan dari kemungkinan kena czer is adalah duit.

  •  Duit – suami aku cakap duit bukan masalah. Aku decide la aku nak bersalin kat mana. If kena bersalin czer sekalipon, dia tetap akan bayar. Tapi masalahnya sekarang ialah AKU. Walaupun duit en suami yang keluarkan tapi effectnya tetap pada kami semua. Bagi aku, dari aku membazir duit bayar cost bersalin sampai lebih rm4k if bersalin czer, baik aku simpan duit tu buat benda lain. (leh aku pow laki aku buat cabinet dapur yang bertangguh tu) Kalau kena czer kat gomen pon, baru berapa je kan. Kalau normal lagi la murah. Macam bersalin AFiqah dulu kat hospital Putrajaya, normal baru rm440. Xke banyak beza tu. kalau czer pon, ak rasa cost paling tinggi pon rm2k la kot kat gomen. Lebih kurang ngan bersalin normal kat private. So point disitu kuat menyatakan, baik aku bersalin kat GH je.

  • Bad review – tapi bila pikir balik, aku macam takut nak bersalin kat GH. Sebab kalau bersalin kat GH kali ni, aku rasa kat Hospital Klang la kot. Banyak weh cerita tak best aku dengar. Kalau bersalin kat Hospital Putrajaya, aku memang terbuka hati and terus decide nak bersalin kat gomen je. sebab aku memang dah ada pengalaman bersalin kat sana. Dulu memang dekat la nak bersalin kat Putrajaya. Sekarang dah pindah Shah Alam, jauh nak kejar ke sana kalau tetiba nak terbersalin. So GH paling dekat mestila Hospital Klang. Makcik takut weh bila dengar Hospital Klang. Terus ketar lutut. So terus terpikir nak bersalin kat private lak. Kalau confirm balik Ganu, aku nak bersalin kat hospital hulu je. malas la nak pikir apa private hospital yang ada kat sana. Lagipon syarat private hospital or clinic semua kena ada record at least sekali atau dua kali check up kat tempat dia. Kalau ada yang pernah bersalin kat Hospital Klang nak komen, sila la drop your komen kat comment box di bawah.


 4 point ni pon dah buat makcik pening nak pikir. Dah tu macamana nak buat keputusan. Jawabnya kita tunggu dah lihat je la hari nak bersalin nanti kereta ku tuju kemana. Nanti bincang balik la ngan en suami. Kalau susah sangat biar dia yang tentu. Dengar point of view dari dia pulak. Kalau aku tak setuju pon aku muncung kejap je. lepas aku dah pikir logic, biasa aku akan ikut jugak. 

Thursday, November 22, 2012

Congratz and Boycott..


Assalamualaikum kawan-kawan.

Moh sini, aku nak story mori sikit. Dah macam joyah je kan. Hehehe. 1st, nak congratz to my colleague coz dah deliver baby gurl (3.0kgs) yesterday morning, 211112. Nice number. Tapi kan yang jadi nak menjoyah ni sebab dia kena caesarean (czer) sb gyne dia expecting yang baby dia lahir nanti 4.2kgs. Actually dia nak deliver secara normal. Tapi disebabkan gyne cakap baby dia overweight, so gyne adalah prefer czer.(first baby) Ok, sebagai pesakit should be dengar apa kata orang yang lebih pakar. But kat sini aku simpulkan, technology tak la sehebat mana. Dia kata, doc yang scan dia guna mesin baru tau. Bukan yang kelabu asap (bila doc cakap, ini kepala baby, tapi ko macam hmmm..pk panjang sebab apa pon tak nampak). Tapi ni membuktikan yang manusia ni lemah. Apa yang kita tahu tetap terbatas walaupun technology secanggih mana. Hanya Dia yang lebih tahu. Right? Tapi kesian kawan ak ni. doc tak bagi dia makan nasi, kena diet and kena check kandungan gula dalam darah tiap-tiap hari. Bayangkan dia just naik 6kg je sepanjang 39w preggy. tapi maybe doc concern sgt sebab dia preggy bukan secara natural. Dia buat IVF. Maybe doc taknak take a risk if anything happened kan. And guest what ni bukan private hospital ok. Dia buat semua procedure dia kat GH. Remember cerita ak yang my fren suka sangat merungut pasal kandungan dia semua. now ak macam rasa dia jadi over macam tu sebab doc dia tu la. suka takut-takutkan patient. Dia ada gak dapatkan 2nd opinion kat private clinic. And doc tu cakap yang kandungan dia semua normal. Kesian dia, tak dapat nak melalui hari-hari preggy dengan positif and happy. Sb tiap hari kami dengar cerita yang negative je dari dia. It’s ok, semua dah selamatkan. Just pray for her happiness.


Yang kedua, pasal apa erk? tetiba terlupa plak. Atoi. Makcik dah tua. Skg mudah sangat lupa tau. Hmmm. Kalau ingat nanti kita update kat bawah-bawah. Sekarangkan isu boycott barang keluaran company yang support Israel. If open FB ke blog ke, di mana-mana ada post pasal boycott ni. Tapi yang x syok tu, ada je yang komen tak sedap didengar dibaca. Bagus korang ada pendapat sendiri, tapi tak perlu la sampai cakap pendapat orang lain useless, bodoh, tak munasabah and tah apa-apa. Kalau korang nak buat korang buat. Kalau taknak buat, tak yah buat. Jangan la cakap banyak. Niat kita ni tuhan lebih tahu. Dapat ke tak dapat pahala, tuy yang di atas lebih mengetahui. Kita buat sedaya yang kita mampu. Nak boycott ke, nak derma ke, just nak berdoa ke, sekurang-kurangnya kita ada buat sesuatu. Jangan pung pang, komen orang ni tak betul, komen orang ni tak betul tapi kita hanya setakat komen. Tapi satu apa tindakan pon kita tak ambil. Tapi yang pegang kata kita perlu boycott, jangan la plak pandang sinis kat orang yang tak boycott. Dah cara dia dan kita berbeza. So silala hormat menghormati pendapat masing-masing.


Untuk aku, In sya Allah selagi termampu aku akan cuba tak beli barang-barang yang ada kaitan ngan Israel ni. Tapi macam Intel processor yang ak memang dah pakai bertahun tu, tak dapat la ak nak boycottkan. Nak buang, macamana aku nak buat kerja. Ak bukan nya mampu sangat. Yang memang dah terbeli tu guna je la selagi benda tu halal digunakan. Sebab kalau buang, dah jadi pembaziran. Pembaziran tu kan amalan syaitonnn. Untuk barangan keperluan harian tu, In sya Allah, kita cuba elak la. sekarang banyak pilihan yang ada kat pasaran keluaran pengusaha muslim kita kan. Macam fast food Mc’D ke KFC ke Burger King ke dll kita tanam dalam hati yang makanan-makanan tu semua tak baik untuk kesihatan. Kiranya  kita cuba menjauhkan diri dari sesuatu yang boleh memudaratkan. Takkan kita sanggup nak bersikap zalim keatas diri kita sendiri? Betul tak? Tengok. Kan dah jadi 2 in 1. Bukan hanya menyokong kempen boycott tu, tapi dalam masa yang sama kita dapat menjaga kesihatan kita. Bersama-sama kita menjaga kesihatan demi masa depan yang lebih cerah. (tak agak-agak, dah macam kempen kementrian kesihatan plak.) hehehe. So anda punya pilihan untuk membantu rakyat palestin (saudara seagama kita). Tak perlu prejudis dengan setiap tindakan orang lain. Selagi tindakan kita tak bertentangan dengan agama Islam teruskan la. Kerana pasti ada ganjaran untuk setiap apa yang kita buat. Kalau bukan di dunia, In sya Allah di akhirat kelak. Allah s.w.t lebih mengetahui.


Sebab memang dah tak ingat apa cerita kedua tu smpai ke sudah, kita sudahi je la entry kita hari ni ye dengan isu diatas. Hehehe. Untuk sesiapa yang nak member bantuan kepada Gaza boleh refer bawah ni. And untuk maklumat lanjut boleh jugak masuk ke web http://www.amanpalestin.net/.  

sampai bertemu lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, November 20, 2012

Risau: Maybe ada yang sudi bagi pendapat


Risau la tengok Afiqah a few weeks ni. Last weekend (Saturday), Afiqah stayed at home with mama coz mama off. Macam biasa, bangun pagi mandi-mandi and siap-siap. After papa pergi kerja, ak basuh pinggan and clear kan dapur and sidai baju semua la. pagi tu just buatkan jemput-jemput (cekodok) bilis. Dah penat tu, ak lepak-lepak la ngan Afiqah sambil tengok kartun. Tetiba dia datang kat ak then cubit mulut ak sambil cakap, “eee…bisingggg…diammmmm.” (walaupun mama tak cakap sepatah pon) Seriously terkejut ak sb even me or her papa tak pernah buat camtu. If dia degil biasanya papa dia just pukul kaki dia. Ak lak macam biasa la besarkan mata then marah dia je la. (sebab tu dia memang bo layan je bila mama dia marah dia. tak takut langsung, siap sengih lagi ada la) Ak pon tanya dia, kenapa Qah buat mama camtu? Sape buat camtu? Then dia jawab, “teacher pukul cubit.” Ok fine. Jawapan anak kecil. Tak tahu la nak percaya ke tak.

Then after dia bangun dari tidur, ak ngah lipat baju. So ada la hanger semua kat situ. Then dia amik satu hanger pergi kat bilik tengah. Dengan muka garang habis, dia pukul pintu ngan hanger tu sambil cakap. “angan bisingggg…diammm.” Oh my god! Terkejut weh tengok dia buat macam tu. banyak kali lak tu. Then ak akan tanya dia Qah tengok sape buat macam tu. then macambiasa dia jawab, “teacher wat.” Again and again, ak tak tahu nak percaya atau tak. Tapi yang paling ak makin risau is semalam sambil pegang hanger dia point kan hanger ke muka ak then cakap, “bisinggg…diammmm.” Pastu dia pukul cabinet tv depan dia. garang wehhh. Sumpah, sepanjang ak jaga Afiqah, ak tak pernah buat macam tu. ak tanya papa dia, pernah buat macam tu ke depan Afiqah. (walaupun ak yakin sangat-sangat yang papa dia tak pernah buat macam tu) papa dia cakap kat ak. “biasa ayang tengok abang marah Afiqah, abang buat macamana?” Yes, ak tahu. Afiqah papa dia bulatkan mata sikit dia dah takut. Kalau dia tak dengar sangat, papa dia cubit je kaki dia.

Ak taknak terus jump to conclusion bila dengar setiap jawapan Afiqah. But ak teragak-agak nak tanya teacher dia. Nanti teacher dia cakap ak tak percaya diorang and cakap diorang yang bukan-bukan. Mungkin juga ada kawan-kawan yang buat dia macamtu, then dia lupa nama kawan dia so yang ada dlm kepala dia teacher je. so bila mama tanya, dia jawab apa yang dia ingat je. Maybe kawan-kawan ada pendapat apa yang perlu ak buat. Or maybe ada nak bagi idea soalan macamana ak leh tanya kat teacher dia tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa. Yang ak risau sekarang, takut Afiqah buat mcm tu kat kawan-kawan dia (cubit mulut). Pening-pening. Nanti ada yang cedera, macamana nak menjawab kat mak ayah budak-budak tu. 

Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru: Cerita Awal Muharram


Salam maal hijrah kawan-kawan. Semoga tahun ini dan akan datang adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. So apa aktiviti di tahun baru semua? me, adalah kena kerja hari ini. Kesian. Kilang ni tak amik cuti awal muharram. Ni kira bernasib baiklah boss dah bagi cuti hari raya aidiladha and alternate Saturday. Masa awal-awal keje kat sini, bekerja la diri ini 6 hari seminggu. Hari raya aidiladha pon xde. Before this, no muslim workers here. Only Chinese and Sabahan. Sabahan ni pulak semua Christian. After my 2nd year here, boss pon announce that Hari raya Aidiladha is public holiday. Then at 4th years here, dapat cuti 2 kali sabtu dalam sebulan. So kene bersyukur la dari xde langsungkan.

Sempena awal muharram, of coz la taska afiqah pon tutup. Nasib la papa tak keje. If tak, mama kena amik leave la. so today afiqah duk umah ngan papa je. after breakfast kat mamak and antar mama ke office, diorang balik rumah. Around an hour camtu, dapat called dari papa cakap botol susu afiqah tak tahu letak mana. dah merata rumah dah cari tak jumpa. Tanya Afiqah dia cakap dia letak dekat kereta. Cari dalam kereta xde. Papa cakap dah intai bawah kereta semua. hmmm… actually, aku kalau suh En. Farehan ni cari barang, memang jawabnya sampai ke sudah tak jumpa. Sebab tu kalau apa-apa barang yang tak jumpa, memang aku je la yang boleh cari. Dia barang depan mata pon tak nampak.
Then lepas tu dapat called lagi cakap memang tak jumpa botol tu and dia called sebab nak tanya mana satu lagi botol Afiqah. Huhuhu…pon kena call aku. Alhamdullillah jumpa. Tu pon aku siap bagitahu atas meja dalam bilik sekian sekian. Kalau ko cakap just dalam bilik, jawabnya aku suh dia datang amik aku kat office, then aku amikkan and hulur kat dia.

Lunch hour tadi dia datang pickup aku balik makan kat rumah. Sampai je rumah, jeng jeng jeng. Botol tu dah terbaring depan pintu pagar. Dah kena lenyek ngan tayar kereta. Macam mana la dia kata dia dah cari bawah kereta semua. sabar je la. aku siap tanya, masa langgar botol tu tak rasa ke macam pijak something. Dia kata xde. Geleng kepala aku. Afiqah pon satu nape la dia ada idea nak letak botol tu bawah tayar kereta time papa dia tengah sibuk refill air bateri kereta. Dah rosak satu botol susu. Nampaknya mama kena beli botol baru la plak. Pandai Afiqah. Lega botol yang pecah tu botol plastic. Kalau botol stainless steel, memang menagis la mama.

Setakat ini, itu saja story mory awal muharram. Kat office ni tahap lemau je memasing. Ngan cuaca yang dingin. Memang membuatkan mata ni nak tutup. Lagi-lagi sebab tahu ramai orang cuti. Lagila lemau tahap langit ketujuh. See you guys.

Friday, November 9, 2012

Luahan Rasa Je ni...x Suka x Yah Baca

Xtau la patot ke x cerita kt blog bout ni. Tp ak jd sakit hati ngan beberapa org dlm keluarga ak ni. Ak tau la laki ak ni baik, x pnh ckp x klu org mintak tolong. Tp ak dah naik segan dah ngan lakiku ni.mcm diorg ni amik ksmptn lak ngan kebaikan dia.
Bayangla,ayah dia ngan adik dia pon jrg sekali nk mntk tlg dia. Ni org lain lak lebih2. Bila ada family ak yg skt2 cari dia. Mntk dia tolong itu ini, bl ak tau ak akan marah2. Then kitorg akan gaduh. Sb dia mesti ckp kt ak, org tu bkn susahkan ak pon, tp mntk tlg dia. So ak x yah nak tensen2.

Dia mmg takkan paham knp ak angin. Sb ak malu asyik2 ada je family ak yg nak susahkan dia. Klu laki ak ni pon mmg jns suka sshkan diorg ak xde hal. Masalahnya,dlm 100 diorg cari laki ak, 1 pon lom tentu laki ak cari diorg.

Bukan kata tak leh mntk tolong tapi agak2 la.ada orang lain yg lbh dkt ngan ko, nape kami jugak yg korg nak cari. Yang lagi ak bengang, adik dia yakni adik ipar ak yg sorg tu pon nak mntk tolong ngan abg dia pon teragak2. Serius ak malu weh. Ntah apa kata family mertua ak.mesti kata ak queen control laki. Padahal,ak dah naik tensen.siap gaduh2 kami laki bini sb diorg2 ni. Nyampah2.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 30, 2012

Saya tak cute tapi saya sweet...like a candy

Saya Afiqah...


Afiqah ni kalau tak kenal betul-betul, mesti cakap jenis tak pandai berkawan. Even kalau pergi nursery pagi-pagi pon muka dia mesti blur, macam baru first time jumpa cikgu tu. Kalau amik gambar pon sama. Sangat tak photogenic, susah nak senyum and tak focus. Yang perangai blur, macam susah nak bergaul tu, memang perangai aku. Aku ni memang susah nak sembang ngan orang aku tak kenal. Even orang tu aku kenal and kurang rapat pon aku susah nak sembang-sembang. Laki aku cakap aku ni kalau tak kenal memang orang cakap sombong habis la. dah la suka tengok orang ngan muka tak puas hati je. tapi kalau dah kenal, aku la manusia paling friendly. Tak caya? Try tanya kawan-kawan aku. Yang tak photogenic, susah nak senyum n tak focus bila bergambar tu memang mewarisi papa dia. Sebijik. Nak cari gambar laki ak senyum sangat la susah. Kalau ak, pantang sua camera kompom senyum je. orang tak amik gambar ak, ak amik gambar sendiri. Ada ku kisah?

Back to main story. Tapi Afiqah ni sangat kelakar and mulut dia macam bertih jagung. Tapi hanya dengan orang yang kenal dia je tau dia macam tu. Kalau balik kampung, kompom semua cari dia. Ingat lagi raya aritu. Kami pergi umah mertua ak kat kampung. Balik je umah, mak ak terus cakap, Afiqah takde sunyi rasa rumah ni. padahal anak kakak-kakak and abang-abang aku ada je memekak kat umah tu. walaupun dia antara yang terkecil antara sepupu-sepupu, tapi dia ni bagus. Takde nak menangis tak pepasal. Stakat sakit sikit-sikit bukan masalah la bagi dia. Nak dengar dia menangis sangat la susah. Sebab tu dia jadi kesayangan. Memang kalau ada dia dalam rumah tu, mesti akan dengar gelak dia je la. dah la dia gelak macam lain sikit. Tapi yang paling buat orang teringat kat dia is dia suka buat benda yang kelakar. Meh ak kasi contoh.

Buaian = dia tak panggil buaian, tapi ditukar dengan Taman Laju. Kenapa jadi taman laju? Sebab buaian kan ada kat taman permainan. Laju tu plak sebab nenek dia slalu nyanyi lagu ayun buai laju. So tercipta la perkataan taman laju. Ni memang dia create sendiri. Ak pon tak tau macamana dia dapat idea.

Petang-petang, mesti call nenek dia kat kampung. Boleh kata everyday. Kalau ak tak call, mesti dia duk sorang-sorang, amik remote control ke, or wat ever yang leh letak kat telinga jadikan phone. Then dia akan tekan-tekan macam orang tekan dial button. Then dia akan cakap, “Hello…ermmmm…wan tak angkat.” Dua tiga minggu ni dah start call orang lain. Orang tu ialah


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Upin & Ipin
Sambil tekan-tekan tapak tangan, letak kat telinga.” Hello upin ipin…ermmmm…tak angkat.” @ “Upin-ipin….%^^*(***(#(ntah apa-apa dia sembang)…xde pon,…tak angkat.” Atoi. Punya la panjang menyembang, tetiba cakap tak angkat. Mana la ak tak gelak besar.

Baru ni, tengah tunggu tukar tayar kereta (nanti cerita kat entry lain), tetiba dia datang kat aku. “kak rossssss, nak ayammmmmm.” Mula-mula ak tak paham. Apa AFiqah cakap ni, ngan kawasan bising semua. then dia ulang lagi ayat yang sama. Aku dah nak gelak besar ni. then ak tanya dia. “mana kak ross?” dia tunjuk aku smbil cakap, “Ni kak Ross.” Ni la jadi bila suka sangat layan Upin Ipin. Tiap-tiap hari mesti nak tengok upin ipin. Pantang nampak phone mesti mintak nak tengok upin ipin. Yang pasti dia akan tekan sendiri cerita mana yang dia nak tengok. Aku pon dah leh tau susunan pilihan cerita dia. yang first mesti lagu Pengembala dan biri-biri, kedua, jari jemari saleh, ketiga mesti kembara kecil kecilan.  Lepas tu dia bosan. Bila dia bosan, dia campak je phone ak kat mana-mana then start main ngan permainan dia. lama bila dia nampak balik phone tu, dia akan mintak nak tengok upin ipin. Then situasi diatas akan berulang. Kalau lagu pengembala dan biri-biri tu dia memang akan follow nyanyi. Walaupun tak semua dia boleh ikut, tapi boleh katakan banyak yang dia ingat la susunan lagu tu.

Satu lagi feveret Afiqah is berangan nak bawak kereta and motor. Pernah sekali tu ak tengah drive, tetiba dia cakap. “mama, duduk sini.” Tunjuk kat seat penumpang depan tempat dia duduk time tu. “qah bawak teta (kereta).” Sambil sengih-sengih. Hamboi, umur baru 2 tahun, dah berangan nak bawak kereta. Sekarang, pantang seat pemandu kosong, mesti dia terus take over. Siap penuh semangat pusing stereng, tekan segala button yang ada, tarik signal ngan viper. Memang gaya orang bawak kereta la. Lagi best kalau naik kereta ngan dia and kita lupa nak pakai seat belt, mesti dia akan tegur. Tapi yang biasa kena sure la papa sebab asyik lupa pakai. Afiqah akan cakap kat papa dia. “papa, pakai belt.” Malu je, budak besar tu pon pandai. Hehehe.

Inilah gaya saya driving. Korang Mampu?

Last two week (kalau tak silap) pergi jalan-jalan kat cash converter (kedai trade in barang lama then dia jual balik) ada la motor kecik yang ada enjin and guna petrol tu. papa dia letak la dia atas tu. (lupa nak snap gambar, sebab syok sangat tengok aksi dia) gaya dah macam orang racing, pastu press handle minyak dengan bunyi lak tu. siap tak mau turun. Memujuk la papa. Lepas dari tu, tiap-tiap hari duk cerita kat mama ngan papa. “ Iqah bawak motor cha (besar). Vroommmm..” siap ngan gaya kepak-kepak tangan tu. anak ak ni ada ciri-ciri nak jadi pendebat ni. hahaha.

Kalau balik dari nursery, ak just bukakkan pintu kereta and bawak bag masuk rumah. Dia akan follow belakang aku. Dia tutupkan pintu kereta, tutupkan pintu pagar, susun slipper dia atas rak kasut, then dia akan tutup sliding door, and kunci pintu. If papa balik kerja, dia dengar je papa ketuk pintu, dia akan bangun and cakap. “papa balik, qah buka intu (pintu).” Then berlari gi bukakkan kunci pintu rumah untuk papa. tapi ak akan follow la. sb takut bukan papa yang balik. bahaya. 

Adoi, kalau nak cerita pasal Afiqah, satu entry pon tak habis jawapnya. Macam-macam benda dia buat kat rumah tu. Menyanyi, mengira, mengaji, berlakon, menconteng, gosok baju semua bagi kat dia. Everyday, ada je kisah dia. Walaupun AFiqah ni kalau tengok muka or gambar tak la se adorable budak-budak kecik lain, tapi dia memang penghibur kami. Ak bersyukur sangat dapat anak macam AFiqah. Yes,  ak memang bukan ibu yang perfect untuk Afiqah. Kurang penyabar, cepat melenting. Tapi Afiqah memang sangat mudah nak jaga. Very independent.  Mungkin mewarisi perangai papa dia. nak tido malam senang, nak mandi senang, nak makan senang, nak pujuk pon senang. Bukan nak puji anak sendiri. Tapi tu la hakikatnya. Walaupun kekadang tu ada la susahnya tapi banyak senang la dari susah. Hopefully baby A nanti pon sama macam Kakak Afiqah dia jugak. 

dah titon...

bestnye lolipop

anak papa...

KIsah Raya Aidiladha yang Panjang


Ada ke kawan-kawan yang tersangkut dalam jammed Ahad lepas? Mesti adakan. Rasanya ramai yang update status dalam FB n twitter cakap stuck dalam jammed. Tak kira dari arah utara selatan timur atau barat. Semua pon sesak teruk. Memang semua syok balik kampung jumpa keluarga sampai malas nak balik ke Bandar ye. Me? Alhamdullillah, tak terjoin sama. Sebab dah gerak balik sabtu malam lepas isyak. Memang sangat tenang je perjalanan.

But kita start story raya haji kita mula dari hari kita gerak balik kampung ok. Ak n en suami memang ambil cuti on 25hb tu. planning konon nak balik pagi 25hb la. tapi disebabkan ak ni bukan reti sabar. Balik keje dah siap lipat baju n siapkan barang nak bawak balik. en suami balik, ak tiga empat kali tanya kita nak balik kul berapa? Dia kata pagi esok la. Then ak tanya lagi. Dia kata malam-malam sikit la baru gerak. macam balik raya hari tu. kakak liyana (sedara) nak balik gak, so kena amik dia kat upm dulu. So kalau gerak lewat sangat nanti tak pat amik kakak lak. So en suami cakap, kita gerak kul 8 la macam tu. bila ak dah siap semua, ak memang lg kurang sabar. Lepas je maghrib, terus ajak en suami gerak. kan maghrib sekarang awal. So 7.30 tu ak dah siap semua. suh en suami masukkan barang dalam kereta. Ak  siap terus gerak. xde tunggu kul 8. Amik kakak kat upm, konon nak gi makan lu. Kat kedai yang dekat UPM. Skali tutup. Nak cari kedai lain. Skali dah silap masuk jalan ke seri kembangan yang kawasan cina tu. so stuck dalam jammed kat situ. Skali kuar kesas, kesas pon dah jammed gila. So kami berenti makan kat Bandar Sri Permaisuri. Kul 10.30p.m gerak ke tol Gombak. But as per expected, kereta banyak gila menuju ke tol Gombak. So kami decide untuk lalu jalan lama. Memang best. Tak jammed langsung, tapi ak diam seribu bahasa. Sebab takut weh. Gelap n jalan bengkang bengkok. Si en suami ngan kakak lak suka cerita scary-scary ni. hahaha. Dasar penakut ak ni. alhamdullillah. 30-45 minit dah sampai genting sempah. Tapi sebab nak shishi. Benti la kat genting sempah. Setengah jam or lebih kut beratur sebelum leh masuk toilet. En suami sampai tertidur dalam kereta menunggu kami. Hehehe. Afiqah lak dah lama dibuai mimpi.

Kami sampai kampung jam 6.30pagi. bukan sb jammed kat lpt tapi sebab berenti tido lama sangat. Tapi macam sia-sia je benti tido, sebab last skali ak gak yang drive dari cheneh sampai ke kampung. Driver konon nak rest kejap, tapi sb memang kul 4 tu waktu membuta en suami, memang asyik menguap je. ak dengar pon sakit telinga. Last-last ak gak tawar diri nak drive. Sebelum ni buat keras, malas nak drive. Like I told before la. ak memang kurang sabar orangnya. so baik ak drive dari benti tido 3 4 kali. Setakat tekan minyak, apa adahal. Lagipon ak rasa lagi sakit pinggang duk kat seat penumpang. Tapi semua pon bergantung dari rasa malas ke rajin ak je. hahaha.  Tapi satu je ak tension bila turn ak drive, memang ak sorang je la berjaga. Memang malang nasib ak, xpernah dapat co-pilot yang leh teman sembang. So sebab korang membuta. Nasib la x dapat membuta dengan aman. Sebab ak akan melalak semua lagu dalam radio. Nasib tak baik, lagu zaman tok kaduk mana la radio ni pasang. Tapi tetap ak melalak jugak. Janji hilang mengantuk n bosan ak. Sampai kampung kita membuta la. tapi harapan la. en suami bukan boleh tengok ak berehat lebih. Mula la ajak pergi sana sini. Lega la ak ni memang bukan jenis kena tido cukup2 8 jam, kalau tak semua benda pon xjalan. Kul 1lebih dah terpacak kat Sabasun KT beli susu n diapers untuk Afiqah. Beli stok untuk sebulan terus. Then en suami konon nak makan nasi bungkus kat warung feberet dia zaman muda remaja la, skali dah habis da. sb dah habis ak ajak pergi makan ikan celup tepung kat pantai teluk ketapang. Atas jambatan sultan Mahmud skali kete slow je gerak. dalam hati, semua orang nak balik kampung belah Kelantan kot. Tapi, lepas je dari tapak tol lama, dah smooth. Memang ak tak tahu sebab apa yang slow sangat tadi. Memang bikin panas je. dah settle makan terus balik kampung. Tapi kena antar adik ipar lu. So lepak umah FIL smpai kul 6lbh. Balik umah, ak rasa lepas maghrib ak dah lepak dalam bilik. Afiqah entah kemana. Pandai2 la anak ak tu bawak diri. Lagipon apak dia ada. So ko layan la anakanda mu itu ye. Ak mau titon. Kul 1pagi ak terjaga, sebab mak ak panggil cakap Afiqah nak susu. Dah buat susu, semayang isyak, ak tido balik. Afiqah tido ngan wan dia. sb dia masuk bilik ak pon tak mau.

Raya haji adalah sama hari-hari lain. Sb tahun ni mak ak tak sihat, so xde sape pon masuk bahagian korban. Pagi raya kali ni pon, mak ak just masak nasi minyak je ngan tempah pulut panggang. Biasanya pagi raya kami request nasi dagang. tapi mak ak kata cerewet nak buat. Buat je nasi minyak.  Apak mertua ada amik bahagian korban. Tapi en suami suh ak duk umah je ngan Afiqah, dia je pergi tolong orang kat kampung. Lepas semayang raya, terus en suami terus pergi umah apak dia. Ak is lepak je kat umah dengan tak mandi lagi. Afiqah pagi2 dah bangun n siap mandi semua. dalam kul 10, Afiqah ikut mak n ayah ak, kakak liyana, n aqilah (anak sedara) melawat  nenek, atuk n pakcik kakak liyana.(kakak tido rumah ak, sb mak ayah dia tak balik kampung. Keje kat kelate) So ak adalah sorang-sorang. Jadi ak amik peluang untuk membuta sepuas hati. Hahaha. Bangun kul 12.30 kot sebab en suami dah balik. memang terbaikkk. Saya suka, saya suka.

So hari raya haji pertama kita makan daging, daging n daging. Konon, pagi tu takde orang pon antar daging kat umah mak ak. Ak dah macam, tak ramai orang korban kot. Xde pon orang kasi daging. Skali laki ak bawak balik daging n tulang dari kampung, baru ada yang lain antar. After semayang jumaat, makin banyak n last sekali dah tak muat freeze. Amik kau. Yang antar lauk masak pon banyak. Sampai last ak xmampu nak pandang daging. Padan muko. Mula mula cam sangap tak pernah makan daging. Sekarang rasakan. Hehehe

Tapi raya kedua yang paling best. Abang ak request kat akak ak nak makan nasi ayam. So akak ak ni bersungguh la nak masak nasi ayam untuk adik kesayangan dia kan. mula mula cam semangat la nak tolong. Tapi last-last dah banyak sangat resepi, dah gaduh gaduh manja lak kat dapur. Siap laki ak sound, kalau gaduh-gaduh nnt makanan tak best. hehehe. Biasa laki ak memang semangat klu bab tolong mak ak masak. Tapi bila dah ramai chef, dia dah lepak main computer dalam bilik. Ak lak memang malas nak gaduh. So surrender awal-awal. Tinggal la akak n kak lang. tapi kak lang ada tetamu(adik beradik abang ipar ak). So kita serahkan pada akak ak je masak. Hambik ko, sampai berjam-jam kat dapur  nak boleh siapkan nasi ayam je pon. dari tetamu sampai, hingga diorang dah balik, makanan tak siap-siap lagi. Yang lawak, akak ak siap tak sedar tetamu dah sejam lebih balik. dah siap masak dia cakap suh jemput tetamu makan. Ak ni dah gelak-gelak. Tetamu celah mana. dah berkurun balik. abang din (laki akak) siap bagi nama nasi ayam tu nasi ayam perang. Hahaha. Ak ada la tolong tumbuk bahan perapan ayam. Dah gaduh sangat, yang tu kata tak yah letak bawang, yang ni nak letak. Last2 ak tumbuk je suh akak gaul. Ala, masak ni bukan ada rules pon. janji last product sedap. Masuk perut kenyang gak.  Lepas makan, kami lepak adik beradik la. Sembang-sembang. Kutuk sikit-sikit. Dah ke petang semua pon ada hal masing-masing. Ak lak dah nak kena kemas-kemas apa yang patot. Malam lepas isyak dah nak gerak balik.  Tapi petang, kami (ak n en suami) siap buat daging bakar special. Terbaik la laki ak punya resepi campak-campak. 

Friday, October 12, 2012

Thursday, October 11, 2012

Selera Makan Terumbang Ambing

Hi all.

Minggu ni selera makan cm ntah hape2. Seriously, tiap kali nak breakfast ke lunch ke dinner mesti blur. Blur sikit takpe. ni dah tahap kronik. langsung x tau nak makan apa. then bila ingat nasi je terus jeng krong kreng otak ni. dia feel macam tekak ni nangis raung mintak jangan sumbat nasi.

dua tiga hari lepas ok lagi la bila sumbat nasi, tapi sure pembaziran la. tapi lauk pilihan. nak ikan masin goreng ngan lada n bawang (ala2 macam ikan pekasam la, tapi pekasanm xde, ikan masin tenggiri pon boleh layan) then goreng telur (konon nak wat telur mata kerbau, last2 mata kerbau dah pecah daaa.) kalau macam ni sokmo, senyum laki ak sebab bini dia sngat berjimat cermat. hahaha.

semalam, sarapan just beli kuih 3 singgit. then tengahari tak pat balik umah sebab janji ngan boss nak gi SIRIM jumpa testing department nye orang. Kalau balik umah, kompom masak2 lu. takut terlambat lak masuk office. biasa kuli tunggu boss, nnt jadi kes boss tunggu kuli. xmau xmau, nanti dari boss niat nak bagi bonus terus dia ubah fikiran. kipas kipas. hahaha. so kena makan kedai la. mmg tepu tak tau nak makan apa. siap kol en suami mintak idea. tu pon x membantu sb dia ngah meeting, tak pat sembang. kena wat keputusan sendiri. so decide makan nasi hayamm je la. tu pon ak makan setengah je. selebihnya pembaziran lagi. tu yg ak mls nak makan luar tu. makan umah duit tak kuar. masak apa ada.

dinner sumbat sushi beli kat Aeon Bukit Tinggi. tu pon beli 8 biji. ak 4 biji, lakiku 4 biji. pastu en suami beli sponge cake yang 3slice. tiga2 slice dia makan sorang. Konon beli untuk Afiqah, tapi Afiqah tak sampai 5 minit masuk kereta dah dibuai mimpi indah.

Saja ajak en suami ngan Afiqah jalan. alasan nak gi tengok stroller. bukan nak beli lagi pon. just nak gi tengok2 je. Afiqah excited tgk stroller tu, siap suh letak dia dalam tu lagi. Kamu time dulu letak dalam stroller kamu tak mau, sekarang dia yang lebih. jangan nanti beli stroller untuk baby, kamu plak yang lebih2 nak duduk. baby mama kena dukung. terbaik la lagu tu. kalau jadi camtu, kena pikir nak beli twin stroller la. tapi kalau beli Afiqah tak mau duduk lak dah bazir lagi. tengok la camana. pikir kendian. lagipon lambat lagi nak bersalin. (3 bulan tu lama ke kak. pejam celik pejam celik dah meletup dah)

Kisah hari ni, nasi pon ak tak leh tengok. nak muntah. pagi ak makan sebiji epal ngan air kosong. tengahari ni mmg nak balik umah, tapi mood nak masak nasi kelaut. pikir2 nak masak apa. last2 bawak kete pergi gerai makcik kawan ak. tapi dah sampai depan gerai, ak rasa cam ilang mood. terus tak benti then balik umah tangan kosong. last2 ak makan megi  ngan epal sebiji lagi je. kejap tadi melantak biskut kering cicah milo kosong. nak kata lapar, tak de pon. tapi yang pasti dahaga.

ak dah pening nape jadi camni. ke sebab dalam minggu ni ak gila makan epal. epal ni hilangkan selera makan ak. wahwahwah, kalau betul boleh la praktikkan lepas pantang nanti. so sep duit tak yah beli ubat kurus semua sb makan epal je selera makan ak yilek. tapi now tak sesuai la. so esok ak kena habiskan semua stok epal kat umah. kita tgk, if tak makan epal, selera kembali normal ke tak. tak pon sebenarnya ngengada ibu mengandung. hehehe.

arap sangat selera makan balik ke asal, tapi jangan makin over sudah. ak tak mau la berat naik mendadak. 1kg sebulan je kalau boleh. so petang ni ngah pikir nak makan apa lak. tapi nasi memang tak mau la. tak lalu la. sebut nasi pon dah rasa geli campur pening. hover sangat tau. hahaha.


Monday, October 8, 2012

Sembang Kosong.

Assalamualaikum.

This weekend memerap je kat rumah, sebab Afiqah tak sihat. Dua hari pertama demam dia still aktif. tapi semalam, melepek je. siap kena paksa mandi, makan ubat then dia tido balik. petang baru la nampak ok sikit. siap leh main air kat luar ngan papa dia. tapi semalam, kul 8p.m dia dah tido lepas kena paksa makan ubat. Ya Allah, sangat susah nak bagi makan ubat. siap kena ugut cakap orang xnak makan ubat kena tido luar. tu pon jerit taknak lagi. siap mama duduk depan pintu dapur, buat2 macam nak buka pintu, baru la makan. sowi la anak. terpaksa. kalau tak kamu taknak makan ubat. nak paksa pegang mulut kepit tangan kaki, kamu lagi terre dari mak ayah kamu. dia sembur je ubat tu.

Kadang-kadang naik geram ngan Afiqah ni. bila tak sakit, pantang nampak ubat. siap berlakon amik ubat, tuang dalam sudu then suap ke mulut. boleh mintak2 lagi nak makan. tapi bila sakit, mengamuk ngamuk taknak. siap ak kena panampor free sejibik sebab nak marah ak paksa dia makan ubat.padahal apaknya yang pegang mulut dia. ak tukang sua ke mulut je. tapi biasa la budak sakitkan. cranky tu biasa la. adat. dia sakit semua orang dia taknak. ak pon dia tak bg sentuh dia, apaknya lagi la. tapi semalam dah ok sikit. tengah malam, bangun cari mama. nak tido bawah ketiak mama dia. huhu.

Pagi ni, badan still panas2 sikit. tapi ak terpaksa antar pergi nursery jugak. sebab last week dah EL. nnt cuti banyak2 boss ak bising plak. papa pon sama, pagi petang ada meeting. Tapi dah pesan ngan cikgu dia, if tetiba suhu badan dia naik balik, just give me a call. ak akan pergi pick up dia kat nursery. but until this entry ditulis, lom ada mesej and phone call dari cikgu dia. tghr tadi mesej cikgu dia pon cakap dia ok.Hopefully dia tak buat perangai comel dia kat taska la. siap pesan kat cikgu cakap dia dua tiga hari ni mood tak elok. cikgu pon cakap ok. faham. budak tak sihat memang macam tu.

sekarang memang musim sakit kan. demam, batuk n selsema ni biasa je. ak pon tekak dah macam perit2  je. tapi maybe sb tak cukup tido kot. camana nak nyenyak tido kalau anak sakit. sabtu ak pergi keje, (Afiqah start demam khamis malam jumaat. jumaat ak EL. sabtu suami plak EL) dak opis ak tegur ak. dia cakap yang bawah mata ak lagi teruk dari mata dia. ni jawapan ak:

Ak:  biasa la kalau ada anak.nnt u ada anak then leh la rasa camana.
Dak Opis: ye ke? mana tahu nanti anak i bangun makan then tido je.
Ak: Good for you.

then ak diam je la lepas tu. ak ni kan kaki sentap. hahaha. tapi seriously, now muka ak dah tahap kusam, n lemau. Since pregnant, ak jadi malas nak belek2 muka semua ni. tu nasib baik ak still cuci muka lagi. tapi skg satu hape krim pon ak tak sapu kat muka ni n secalit bedak pon xde. apa lagi nak berlipstik bagaikan. bukan je malas bila pergi kerja, tapi pergi ke mana2 pon sama je. and ak pon dah tak tahu ak letak mana segala alat make up ak and krim muka dah lama gila ak tak beli lepas habis awal bulan May haritu. Maybe after deliver kembali normal kot. Lagipon skg badan dah gumukss, so xde mood nak berlawa2. Baju pon xcukup.

cerita pasal baju. next Saturday ada convocation sedara ak. tapi dah macam adik ak dah Kakak Liyana ni. Masa baby dia pernah duk ngan parents ak jap. kira dia ni macam anak bongsu parents ak la. actually tak tahula pertalian darah jenis apa yg kitorang ada. tapi yang ak pasti, nenek n atok dia dah macam mak ayah pada mak ak. (grandparents ak ngan grandparents kakak ni berjiran dulu) and dah macam tok nenek ak sendiri dah. Kak Lah, (mak Kakak Liyana) ni dah macam adik mak ak. Maybe ada la talian kekeluargaan, tapi jauh la kot. tapi ada kami kesah. yang pasti kami adalah keluarga. panjang pulak story pasal relationship family. kui3.

So parents dia akan stay umah ak dari Friday to Sunday. So ak rasa ak perlukan baju baru. takkan nak pergi convo pakai baju t'shirt bodo. cikai2 pon pakai blouse. so kena online shopping la macamni. nak pergi jusco ke ak malas la plak bila Afiqah kurang sihat ni. Mana erk baju cun2 n harga affordable. please anyone, give me an opinion or link online shopping yang u'olls suka. ak belek2 poplook, but kurang berkenan la. maybe korang ada fav website then leh share with me.

k la. jangan lupa drop link online shopping fav korang. leh ak pergi tengok gak. sampai jumpa lagi. daaa

Saturday, October 6, 2012

Wan Kuar Ward, Afiqah Lak Demam

Assalamualaikum.

Semalam ak EL, sebab Afiqah demam. Today papa take over untuk jaga Afiqah kat umah coz today ak terpaksa kerja jugak. Ingatkan today nak balik kampung, tapi sebab demam AFiqah still tak kebah jugak n yang makin merisaukan sebab tiap kali makan, mesti muntah, minum susu muntah, batuk sikit muntah, duduk saja pon muntah. So perjalanan jauh buat masa sekarang not good to her. takut demam yang nak baik jadi makin teruk lak. Dah inform my mom cakap tak jadi balik. sedey je suara dia, tapi dia cakap kalau still tak sihat arini,xyah balik la. Balik lain kali je. Ak sendiri pon sedey x dapat balik sedangkan mak ak sakit. tapi kesihatan AFiqah pon kena fikir gak. so sabar la hati. raya haji nanti balik lama sikit.

Semalam just pergi klinik kat rumah. Doc cakap suhu AFiqah agak tinggi 40.8degree C. Patotla malam sebelum tu, dia tidur mama leh rasa panas badan dia. Even dah bagi makan ubat, suhu still tak turun. Biasa sebelum ni, kalau AFiqah demam, makan ubat dah kebah. Memang tak lena tido la semalam sebab nak make sure suhu badan dia tak tinggi sangat. ak basahkan kepala and badan dia dengan Aloe Vera. Dia pon tak merengek sangat bila kepala sejuk. Tapi dalam 4.30a.m dia terjaga then nangis2. dia cakap dia sakit kepala. Basahkan lagi kepala dia then picit2, tertido balik.

Ingat lepas kena masuk ubat ikut montot, dah baik. tak jugak. sampai pagi ni suhu still tinggi. If tak turun juga, kena bawak pergi hospital la. risau gak takut serius. doakan afiqah cepat sembuh ye.


Wednesday, October 3, 2012

My Mom Warded Again


Assalamualaikum.

Dear all,

Tolong doakan kesihatan mak saya ye. Now dia admitted kat HSNZ sebab penyakit berulang, Usus luka. Harap tak serius, sebab if serius juga, maybe doc terpaksa operate and potong usus. Kalau boleh taknak la sampai tahap tu. 

Tuesday, October 2, 2012

Check up at 24 weeks

Assalamualaikum.

Firstly, congrats to my dearest BFF, Puan Zatun for a 2nd pregnancy. Perancangan menambah ahli keluarga di makbulkan Allah. Alhamdullillah. Take a gud care my dear. dah la keje ngah berlambak kan. at first trimester ni mmg kena xtra careful. Ak doakan semoga semua dipermudahkan sampai baby deliver.

Semalam (dah taip semalam tapi tak sempat nak post) Last Sunday, pergi klinik for monthly check up. Now dah 23w 6 days / 24 weeks la senangkan. ngengada nak juga day yg sehari je lagi tu. Alhamdullillah semua pon ok. Berat increase 0.5kg since last check up. risau gak naik terlalu banyak. tapi lagi risau kalau tak naikkan. Check up kali ni kena suntikan ATT. Baiklah, tangan saya sampai skang dua hari sakit. but it's ok, i'm tough ok. setakat cucuk ni, apa adehal. wah berlagak kau.

So scan semalam, check size baby. Doc said yang baby size normal. not to small or to big. Gud kob my dear BB A. Tp ukur lilit perut dia yang besar sikit. ni nak ikut size perut papa n kakak Afiqah ke? hehehe. yang lain semua cun ngan week pregnant. Yang buat me a bit worry is doc cakap uri/ placenta  a bit lower. time 16w scan, uri ok kat atas. but doc cakap its ok. don't worry. ak pon ada Google bout this. n mmg tak perlu risau sgt. coz makin meningkat usia kandungan, insyaallah uri akan makin naik. Just pray for baby sake.

Lain2, doc baru kasi blue card (sama cam buku pink la) and need to bring every time ada checkup. and this card is really important kalau tetiba ada emergency nak terberanak kat tempat lain selain tempat ak biasa check up ni. Doc asked me whether dah tau baby gender or belum. Last scan, memang ada bg tahu but not to confirm coz baby only at 16w. so semalam doc cakap its a....., but buat relax je la. takut yoyo ooo je confident, tetiba kuar lain. so just wait n see. Boy or gurl, kami tetap terima dengan hati terbuka.

Next check up kena repeat detail scan untuk tgk jantung baby and maybe amik darah untuk check HB. Hopefully this 2nd time, HB akan cantik secantiknya. coz time pregnantkan AFiqah, my HB only 9.6 sahaja. but alhamdullillah, semua nya selamat n dipermudahkan. Of coz for this time, ak harapkan semua dipermudahkan la.

sebab now dah 24w, so me need to buka balik semua note lama nak tgk check list do and don't barang baby. Like i told before, barang yang dah ada n masih elok kita guna je dulu. yang penting and belum ada je kita beli dulu. nnt kalau ada mood, i share la barang apa yang perlu ada untuk panduan mommy2 yang lain. hehehe.

K la, need to stop first coz this morning i have product audit with SIRIM officer. nyempat je kan? hehehe. sampai ketemu lagi. bye bye.

Friday, September 28, 2012

Merepekan Di Pagi Jumaat


Assalamualaikum.

Kejap je jumaat dan sept pon dah nak habiskan. masa memang cepat berlalu. huhuhu.

Now dah nak masuk 5bulan 2minggu (orang kira week, ak kira bulan), so ada sebulan lebih lagi nak nyoping barang2 penting. tapi rasanya just nak beli benda basic je la. baju  5 6 helai (dah deliver baru beli sikit2 baju baru), mittens & booties pon tak yah banyak2 lagi, (kalau tak cukup kita suh je papa pergi beli), selimut, kain bedung n barut guna yang dah ada, tuala sure kena beli baru. (yg ni xleh share2), feeding bottle akan dipikirkan (tapi maybe beli satu kot untuk emergency kot2 susu tak mahu keluar, tapi tgk keadaan sekarang rasnya Insyaallah boleh BF je) , sb ingat early stage (1 month) nak direct breastfeed je. bulan kedua baru start ajar guna feeding bottle. (sama cam Afiqah dulu, kena ajar untuk persediaan antar ke nursery), FM akan dipikirkan samaada perlu atau tak, Tapi rasa macam tak perlu kot. ada niat nak fully breastfeed. (kena positive and semangat untuk yang ni. Now ngah study blog kawan2 yang exclusive BF anak diorang even mommy bekerja.)

then diapers lak tgh pikir nak guna cloth diapers or yang pakai buang. dari pembacaan, CD ni walaupun first time beli agak mahal, tapi in the future menguntungkan selain daripada green. (yang ni kena discuss with hubby la camana, sebab dia yg nak invest.) Apa lagi erk? Macam tak tahu nak beli apa. Time preggy AFiqah, macam banyak je nak kena beli. Sedey je baby A sebab mama n papa cam tak excited je. Bukan tak excited tapi mama ngan papa nak gunakan konsep jimat cermat. Recycle apa yang ada dulu. If tak cukup baru beli. (kan kerajaan menggalakkan recycle. so bukan just recycle plastic, kertas, tin and kaca, tapi jangan buang barang yang masih boleh guna)

This Sunday ada check up. Rasanya only normal check up je. So far check up before2 this, semua cun. Last month kena minum air gula. Doc suh minum gak air gula sebab ada family history. (padahal first pregnant gula ok je, yg tak ok HB je) nak termuntah minum. dah la laparkan kena puasa dari malam sampai settle. dah la sampai lambat kat klinik. kul 10 baru smpai. papa la bangun lambat. kalau pergi kul 8, mesti tak seksa sangat. lepas dah siap, rasa cam merdeka je. terus cepat2 makan burger beli kat Pasar Karat Shah Alam. hahaha. kebulur weh. Sekarang, every day timbang berat kat umah, sebab takut berat naik mendadak. Tapi rasanya pergi check up AHad ni, 1 kg je naik kot. taknak naik banyak2, sebab takut kena minum air gula lagi. hahhaa.

Pregnant kali ni, sasaran berat tak leh lebih dari 10kg. kihkihkih. banyak songehkan. Masa Afiqah, 15kg naik. Tapi masa pantang turun balik la. Tapi tak dapat gak berat before kawen kan. so azam kali ni, time pantang kena pantang betul2 if nak dpt berat ideal ku kembali. dulu orang suh pantang, ak pantang betul2 20 hari pertama je, lepas tu ak bantai curi2 makan benda yang mak ak tak kasi time mak ak xnampak. (lega kurus gak walaupun mengelat. Tapi ak rasa nape ak leh kurus balik is sebab ak tak skip pakai bengkung and seluar getah yg ketat gila tu. lepas pantang pon ak still pakai girdle. sebab tu perut ak flat je.) so yang kedua ni kena la usaha lebih sebab dah dua duk dalam perutkan. mesti dia dah strecth lebih. nak kecikkan balik kena tabah la. 

Nak stop la dulu. kalau ikut ak panjang lagi ak nak bebel. tapi nanti orang bosan lak. ok la. bye

tapi sebelum tu meh layan angan2 ak dulu.

Dapat kurus cam masa tunang pon dah ok.
sebab time ni berat dah naik gak. 
tapi mmg dlm range berat ideal la.
BMI 20/21 tu kalau tak silap.


Tapi kalau dapat kurus macam time form 5 lagi bagus.
Hahahha...gila tinggi impian ak. sebab masa ni berat ak berapa je. 
Memang underweight la sb BMI ak x smpai 19 pon masa ni.
sekeping gila. rasanya tulang je kot.

doakan ak berjaya ngan impian ak. hahaha
kali ni betul2 byebye...
see you next2 entry

Wednesday, September 26, 2012

Luahan Rasa: Antara Keperluan & Kehendak


Assalamualaikum semua.

Kepala ni serabut sebenarnya, sebab ada la sorang colleague ak ni, dia m2b. First baby. Maybe she’s excited satu hal, tapi yang buat ak geram tu, ada je sungutan dia. Everyday ok. Kadang ak geram, ak wat tak tau je. Dia tanya pon ak jawab main2. Hahaha. Jahatkan ak?

Arini yang buat ak geramnya, dia duk bising2 takut tak cukup duit bila dah ada baby nanti. Dia tanya ak, how ak manage my money semua kan. So ak bagitau la sekian sekian. Husband ak bayar apa, ak bayar apa. Dia pon start la calculate dianya money flow now and the future. Ak ni xleh, kalau ko cakap ko tak mampu, tapi ko still lg nak maintain ko nyer lifestyle yg serba mewah. Cakap bil letrik tinggi. (Memang la tinggi kalau dah ko guna aircond sampai dua biji kat umah.) Lagi mau cakap banyak ngan ak.Cakap pakai otak la beb. Berangin je ak. Klu ko nak macam tu, please jangan cerita atau bersungut depan ak. Memang ak sound je. tak yah la pakai aircond. Dah tau ko kena bayar bil mahal, nak maintenance lg.

Then dia cakap,” nnt dah ada baby, milk powder nak kena beli. Atleast 2 tin besar sebulan. Tu dah atleast rm150.  Diapers lagi. Tu dah RM200 sebulan. Insurance lgi. Nak kena pasang aircond kat umah mak (sb nanti mama dia jaga anak dia) Ayork, you have choice la. Yes, every parents nak the best untuk anak dia. same goes to me. But please ukur baju dibadan sendiri. Untuk ak, ak tak kisah nak kurangkan kehendak ak for my baby sake. So, me and hubby saling cover mengcover if masing masing tak cukup duit atau apa janji Afiqah cukup makan minum, and keperluan harian dia tak putus. 

Kalau ikut hati and nafsu, macam2 benda ak nak beli. Orang pakai gadget mahal2, ak pon teringin. Tapi bila fikir balik, lattop yang ada kat umah pon kadang2 sebulan sekali baru on. Astro yang channel banyak2 tu pon jarang skali tengok. Ni lagi mau ada benda2 canggih. Takpe la. tunggu ak dah betul2 banyak duit lebih baru fikir nak beli ke tak. Then bila tengok umah orang besar, hati pon teringin nak rumah besar. Tapi ak ngan hubby serious tak sanggup nak bayar sampai lebih RM1K sebulan. So sebab tak sanggup, kena la cari umah kecil je. (banyak lagi benda lain nak kena guna duit) Janji ada rumah.  And selesa untuk kami bertiga and next berempat. Lagipon dapat beli rumah sendiri pon dah syukur sangat. Sebelum ni tak terfikir langsung nak ada rumah sendiri sebelum umur 30 tahun.

Tapi lain orang lain fikir. Ko cakap apa pon, kalau dia sendiri tak nak ubah hidup dia, xde apa kesan pon. Buat bazir air liur je nasihat. Kan?  Berlainan lak ngan sorang sahabat ak ni. last week dia datang umah ak. So dapat la sembang2 ngan dia. ak ingat hidup dia senang lenang, takde masalah. Siap leh sambung master lagi. Ak ni dah berapa tahun terfikir nak further study, tapi sampai sudah tak sambung2 lagi, sebab fikir pasal duit.

Banyak cabaran dia nak teruskan hidup and habiskan study dia. Dengan perkahwinan jarak jauh bukan je ngan husband, tapi anak. Husband kat Shah Alam, anak kat Kelantan and dia lak kat Penang. Then, husband lak sakit kena slip disc dah 2 tahun lebih. Sekarang dah nak operate kali ke3 or maybe ke4. Tak dapat pergi kerja. Tapi sebab kemalangan ke tempat kerja, rawatan perubatan  ditanggung oleh syarikat and masih dibayar gaji. Tapi just gaji pokok je la. Husband lak bukan jawatan besar. Gaji tak sampai pon RM2k sebulan.  Masa sihat leh la OT, dapat la duit lbh. Ni ngan gaji pokok, then wife lak ngah sambung study. Dapat duit master pon berapa je. anak lak kat kampung. Bayangkan betapa peritnya kehidupan dia. tapi untuk masa depan, suami kawan ak ni tetap bg semangat kat wife dia untuk habiskan juga study.  Sanggup ketepikan semua kehendak janji keperluan anak isteri cukup. Sewa umah kampung, janji selesa untuk duduk. Astro ke internet ke takde kat umah. Korang mampu hidup macam tu? baru hujan sikit, Astro xleh guna dah bising. Ak la tu. hehehe

Serious, kisah my fren ni buatkan ak rasa sebak sangat. Walaupun dia susah, tapi dia tak pernah tunjukkan kesusahan dia pada orang lain. Kita yang senang ni yang bila rasa susah sikit mula nak bersungut. Tak cukup itu la, tak cukup ini la. Bagi ak, kawan ak ni sangat beruntung sebab diberikan Allah ujian yang macam ni. Kagum ak ngan dia. Sampai sekarang, ak still lg duk bercerita ngan hubby ak betapa ak kagum ngan dia sekeluarga. Waa, na nangis time taip ni. Bila susah, baru ko tau orang tu sayang ke tak kat ko. Kan banyak kes sekarang. Time senang, ak sayang, xde duit sayang melayang. Tapi mintak dijauhkan la dari sahabat-sahabat ak sekalian.

Betulkan pepatah melayu, Ukur baju di badan sendiri. Sebab kalau kita ukur baju untuk kita pakai kat badan orang lain, kita memang tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada. Jadi, kalau ko rasa mampu, ko teruskan hidup ko macam mana yang ko kehendaki. Kalau rasa tak dapat tampung tapi ko masih gak tak nak berubah, tolong jangan bising kat orang lain. Annoying tau tak?

Tengok, kes tension ngan orang lain, dah panjang berjela entry ak hari ni. Cuma, nasihat ak, please berpijak di bumi yang nyata. Jangan sebab nak ikut orang,  sendiri terkontang kanting. Kalau mampu, teruskan. Kalau tak mampu, sendiri paham la. masing2 dah tua pon. Ada otak tuhan bagi. Guna bukan simpan ok.

Saturday, September 22, 2012

Kisah Last Week


Assalamualaikum.

At last, dapat gak update blog guna pc. Last entry kan dah bagi tau yg server office down. Katanya router ada problem. Tapi sorry, don’t ask me router tu apa benda. Sebab ak mmg tak tau. Cakap la buta IT ke hape. Sb mmg tak pernah amik tau. Yg ak tau, on pc terus leh online. Hahaha. Nak update blog kat umah mmg malas tahap langit ketujuh la.

Nak citer kisah last week. Tapi tgh susah hati ni. my mom tak sihat kat kampung. Rabu malam dia kata pening, dua hari tak bangun. Jumaat pagi called dia, katanya dah sihat sikit. Petang semalam called, kata demam plak. Dah gi klinik. Tapi pagi ni called, kata sakit perut lak. My mom ni ada history by passed  n ulser usus. Dia xleh makan even sebijik pain killer. Nnt leh sb kan usus dia luka and berdarah. Takut jadi balik je sakit tu. N semalam pon Afiqah tak sihat. Batuk n hidung berair n tanda2 asthma nak serang tu dah ada. Pagi ni pon panas badan. Semalam dia buat amukan yg pertama kali mama n papa kena hadapi. Pujuk tak makan. Baca ayat quran tak jalan. Last2 mandikan. Baru ok. Hopefully my mom n my daughter dilindungi dan cepat2 sembuh. Start citer last week.

Last week time ahadnya cuti Hari Malaysia tu, ak balik kg. tp bukan la balik on 16th tu, tapi balik jumaat malam after keje. Planning asal, ak nak gi Kuantan je, nak guna voucher Livingsocial yg ak beli dari colleague ak. Next week, by 30 sept 2012 dah expired. (nmpknya burn je la) Tp tak jadi sebab atok suami meninggal. Meninggal dah Selasa tu. ak ajak balik Selasa, Rabu balik la Shah Alam balik kan. Just amik EL. Tapi Rabu tu en suami ada presentation. Lepas habis presentation, dia kata jom cuti Khamis n Jumaat. Balik kg. tapi ak memang tak boleh, sb Jumaat tu ak ada audit dengan SIRIM. By hook or by crook, after jumaat gak baru leh balik.

Nampak kejam kan. Atok meninggal pon tak balik. Pentingkan keje lagi. Tapi if kami balik Selasa tu pon, still tak sempat juga, sb malam tu jugak, after isyak dah kebumikan. (ayat cover bela diri) Tapi tak ralat sangat tak balik, coz masa dia sakit teruk (sebulan terlantar gak) suami dah balik jumpa dia. Amik EL sb MIL telepon cakap nazak. Sabtu tghr, pergi umah MIL jumpa dia. dia pon dah nak balik Kemaman dah after Zuhur.

Masa OTW nak gi umah MIL tu, my mom lak called cakap, my uncle (abang pada my mom) meninggal. Igt nak pergi menziarah petang tu, tapi sb dah over penat, xde bergeraknya. Lagipon time balik dari antar SIL kat kg, balik2 umah, umah berkunci. Tunggu mie n abah aku dah lama. Last gi lepak umah abg ak. Petang dalam kul 5 lebih kami ke bandar KT, nak pergi beli susu Afiqah. Dah habis. Lagipon pergi beli kat Sabasun murah sikit n ada pack ANMUM yang 1.2kg tu. Kat sini tak pernah ada jumpa.

Petang tu jugak kalau tak silap, ada orang datang umah bagi tau, sorang jiran n boleh kata bestfren mak ak la, admitted kat HSNZ. Kena stroke. Terkejut ak. Semua pon citer tak best didengar.  Igt tengahari Ahad tu nak gi melawat la. Tapi pagi tu, dah janji ngan FIL nak lunch ngan dia. Lagipon SIL ak dah nak balik maktab kul 12tgh. Bajet sempat la nak pergi. Tak sempat jugak. Ak balik umah parents ak dah kul 1lbh. Nak gi HSNZ lak bukan seminit dua. So tak jadi pergi.

Then mak ak ajak pergi umah Tokde (merangkap nenek sedara la). Sebab? Tokde ni rindu giler dah kat Afiqah Humaira. Dia panggil Afiqah, adikku sayang. Suka sangat dia dapat jumpa Afiqah. Raya ritu, kami pergi umah dia, dia takde. Pastu anak dia citer Afiqah shack hand ngan kucing. Marah dia sb anak dia tak gi cari dia. Sementara Afiqah main, mama n papa gi pusing2 kat kawasan belakang umah tokde ni. ada sungai. Suami I kan kaki pancing. Cari port mancing la dia. 





Cantik kan? Belakang umah Tokde n Kebun Mak ak je ni.
dulu masa kecik leh berlari2 atas pasir putih tu lagi.
mandi tak berani la. tak pernah lak tengok orang mandi.
katanya ada boya.
Hari tu jugak kakak ak kebetulan balik dari Kuantan nak antar anak dia kat SMTT. So kami berempat, ak, suami, kakak ak n abg ipar, gi menziarah family uncle ak. Petang teringin nak makan bihun sup. Sampai pusing2 satu Kuala Berang mencari. N misi berjaya. Kul 8malam, kami pon dah nak gerak balik Shah Alam. Tight kan schedule kami kat kampung.  Saja balik awal, sb nak rest sehari before masuk keje Selasa tu.

Even balik kali ni, banyak kisah sedih, tapi we still enjoyed our day sepanjang kat kampung. My kampung is the best places ever. Kalau ada peluang, memang ak nak balik kampung menetap kat sana terus. Hopefully tercapai la impian ak. Lagipon my parents dah tua. Kalau ak balik kampung leh jaga diorang. Lagipon FIL ak pon kat Koberang jugak. Dua2 pon leh jaga. Stop sini lu k kisah balik kampung last week. Next time kita story lagi k.

Thursday, September 20, 2012

My Fav Breakfast




Holla dear.
Lets start our day with Roti telur cicah gula + kari n nescafe tarik kurang manis. I am real Malaysian.
internet office still can't be use. Me still can do my job as long as not related to server n email. Backup printer ada kat lab but that pc have no microsoft office programs n internet connection. Just used for testing machine. So all the documents need to backup in hard copy still pending until the computerman done his work. But, yesterday the whole day he tried to fix it but until end still no internet connection. So do we need others? he3. we wait n see whether today the server going ok or not.
I always like this. Like to drag my mukaddimah sepanjang2 karangan. Then sampai ke main issue,  i'm totally lost what actually the story i want to share with all of you. So i need to refer back to the tittle. (luckily if i already wrote it, if not, this entry will be on the draft until i delete it.) ha3. I'll never sambung coz dah so basi.
Ha3. Still takde isi until 3rd paragraph. Sabar je la ye. Actually, i want to share my favourite breakfast ever. please refer to the pictures above. Jilat jari i told u. Pagi2 kurang sikit nak makan nasi2 ni. Kecuali teringin. So roti telur is my choice. Never bored with this food. Yes, saya seorang yg bosan. I only eat n drink benda yg sama bila pergi makan. Ha3.
okla. Stop sini lu. Malas nk taip guna handphone. Susah. Klu internet dah ok ku update lagi. Taadaa.
Published with Blogger-droid v2.0.9