Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Jam 1 Pagi

Update blog dipagi hari.
Begini la kehidupan aku semenjak ada Afiq Amsyar. 
Bila waktu tidur dia, aku pon bantai tidur sama.
Then tengah malam sure jaga sebab dia nak susu.
Bila dah jaga ni, nak boleh lelap balik payah weh.
Nanti bila aku baru nak lelap, aih kak iqah plak mintak milk-milk.
Biasa kalau aku ngantuk sangat aku suh dia tidur je.
Ngan kepala weng cakap bagi mama masa 5 minit.
Nanti mama buat milk-milk kakak.
Biasa dia akan tidur balik.
Lupa terus pasal tu.
Kalau nasib tak baik, dia lapar sangat kot, dengar la bunyi minta milk-milk lagi skali.
Time tu bangun juga la walaupun ngantuk.
Kul 5 lebih lebih nanti adalah orang duk main atas aku.
Lompat lompat suh bangun.
Tak pon dia nak lompat dari katil nak keluar dari bilik.
Siapa lagi kalau bukan Mat Afiq la.
Tiap2 hari memang dia bangun kul 5 lebih.
Dia yak yak.
Kalau nasib aku baik, lepas basuhkan yak yak dia still ngantuk, bagi susu terus tido balik.
Tapi untuk jadi macam tu sangat jarang la.
Sb kalau dia dah starf jaga maknanya sampai ke rumah BS la dia jaga.
Untuk elak jatuh katil, aku bawak dia duk living room.
Biasa aku biarkan je dia.
Aku sambubv tidur.
Dia main kat sekeliling aku je.
Tak lari jauh.
Lagi satu kena bawak keluar.
Sebab kalau tak dia akan pergi kacau kakak dia tidur.
Kalau time tu kakak minum milk-milk dia rampas botol kakak.
Tapi feveret tarik rambut kakak la.
Kalau kakak ngantuk sangat dia lari jauh dari adij then sambung tidur.
Kalau tak dengan dia dia bangun skali.
Memang masak la mama ngan papa time tu.
Sb pagi buta mintak buka upin ipin kat tv.
Tak kat tv buka hp mama.
Ni dah dua hari aku bangun tengah malan layan baca novel.
Tadi baru habis baca satu novel.
Punya la lama nak boleh habiskan satu novel.
Kalau dulu semalaman dah khatam.
(Kalau baca quran macam tu kan bagus)
Lupa nak cerita, last week aku pergi jualan gudang karangkraft kat seksyen 15 tu.
Memang tgk orang lain menggila borong novel.
Sb offer diorang memang berbaloi baloi.
Tapi apakan daya aku duit kurang.
Lagipon aku aim nak beli latest novel Ramlee Awang Mursyid (RAM).
Kalau korang pernah baca entry lama aku tau la aku ni memang peminat RAM ni.
So far aku ada buat collection novel dia.
Bila tau dia keluar novel baru nemang tak tunggu lama la.
Aku igt nak beli kat mph or popular je weekend tu.
Tapi dah rezeki plak karangkraft buat jualan gudang memang tak lepas la.
Dapat la 30% diskaun even for new novel.
Aku just beli 3 novel, 2 buku resepi and 2 buku kakak.
Novel yg aku beli magis (RAM), Adam dan Hawa 2 & rindu awak 200%.
Aku start with novel yg ringan2 dulu (rindu awak 200%)
But per expected jalan cerita dah boleh jangka and ending dia pon dah tau walaupun tak baca yang last page dulu (biasa aku buat camtu la)
For me just nice to read.
Tengok la klu rajin boleh la buat novel review.
Ni tadi igt nak start baca novel Magis tu.
Tapi bila aku start baca prolog aku dah tau aku tak leh mula lagi.
If aku start baca jawabnya pagi esok aku jdi panda.
Sebab kalau aku tinggal novel ni separuh jalan, sure otak aku tak leh rest betul2 even aku dah tidur.
Asyik duk teringat segala watak dalam novel plak.
Esok pagi bangun kepala pening.
Mula la habis orang aku nak marah.
Afiq Bangun awal pon aku marah. Hahaha.
Jadi baik aku tunggh sampai betul betul ready.
Aku memang takleh wat benda separuh jalan.
Nnt otak aku tak tidur walaupun mata dah pejam.
Kuat berfikir benda tak berfaedah aku ni.
Okla dah ngantuk plak rasanya.
Baik aku tidur sebelum anakanda aku bangun.
Ok la semua gud nite.
Sweet dreams.
Ini je yang aku beli...Dah baca Rindu awak 200%..
Oklah...boleh di baca but still kisah tentang kahwin paksa.
Dari benci jadi sayang.
Kira dah boleh jangka what will happen next, next and next.
Nanti ada masa aku review bout novel yang aku beli ni ye.
Ahmad Afiq Amsyar yang very the manja...
nak berkepit ngan mama je...
aktif sangat-sangat orang nya..
lepas tu terlebih berani...
Kerja nak memanjat je.lepas tu berlagak lepas tangan.
walaupun dah berkali-kali terlentang, terlungkup, kepala benjol, mulut berdarah tapi tak pernah serik...
Cepat-cepat la afiq boleh jalan..
Ini budak cerdik ni..
Nurul Afiqah Humaira yang chicky, yang manja, yang cergas dan yang kuat makan.
Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi dia senang pujuk..
kalau permintaan dia kita tak tunaikan, tak pernah nak mengamuk nangis-nangis...
senang compromi ngan kakak iqah ni.
Kalau ngan adik ikut angin..kadang ya allah baik bukan main..
bergurau bergelak ketawa sama-sama siap nyanyi untuk adik..
tapi kalau datang angin kuskus, tak bersebab dia pegi gigit adik...
Biasa la, belum berakal...
Ngan dia mama marah memang tak jalan...kena pujuk cakap elok elok...
Kalau mama marah, dia jawab balik kat mama "ITU PON NAK MARAH"
Dari marah pon boleh reda... Anak oh Anak..

Thursday, March 1, 2012

Selamat Datang March: Summary 2 bulan pertama...

Sekejapan sahaja kita dah sampai ke bulan ke 3 dalam tahun 2012 ni..
alhamdullillah masih diizinkan Allah untuk bernafas dibumi-Nya...

Summary 2 bulan pertama 2012:


Afiqah:
dah makin besar and makin chubby...makanan feveret afiqah spageti,macaroni, mee dan sewaktu dengannya...kalau nasi dia makan sikit...klu ada makanan feveret, selagi dia nampak ada makanan dalam pinggan selagi tu dia jerit nakkkk...dah la makan banyak, susu pon x berkurang...akal memang makin besar la...lagipun skg afiqah dah start duduk ngan kakak2 n abg2 kat nursery...before this duk ngan baby2 kat atas...jadi perangai pon dah banyak berubah...nampak makin senang control...bercakap memang banyak la...kerja hari2 bercerita ngan menyanyi...cerita n lagu apa, sowi mama tak paham tapi dengan n gelakkan aje...

abaikan yang tua...Afiqah wat mulut muncung..
tiru mama la tu...hehehe


Kehidupan Harian:
Tahun 2012, kami dah pindah masuk umah sendiri...2tahun duk umah sewa 2 storey...serious ak kelam kabut...
now duk umah single storey ni rasa lebih terurus la...cuma ada minggu ak cam xtau apa ak wat...sb ak rasa ak dah kemas umah...tapi petang tgk mcm tongkang pecah balik...tapi walaupun umah tunggang langgang tetap x mengganggu ruang tamu...sb yang jadi mangsa adalah ruangan family...so satu impian ak untuk memastikan ruang tamu sentiasa kemas tercapai...(boleh dak macam tu??)...untuk seterusnya ak akan cuba untuk lebih merajinkan diri untuk wat keje rumah hari2 dari 2 3 hari sekali...(klu rajin and kalau ak x tersadai sama ngan Afiqah Humaira la...)

dan setakat ni hobi yang dirancang tahun 2012 iatu cycling berjaya dilakukan tiap2 weekend...petang sabtu and pagi ahad...purata kayuhan sehari adalah 10km...and last week kami dah start masuk track ladang kelapa sawit...yes...kami bawak Afiqah sama...and Afiqah sangat enjoyed outdoor activity...cita-cita ak bila Afiqah dah besar nak ajak hubby pergi hiking or backpacking sama2...

kemana-mana cycling bawak anakanda ku...
afiqah ada gak helmet tapi dia bukan nak pakai...nak tudung kepala pon x kasi...

my love my hero...


Kesihatan:
awal tahun ni satu family kena sakit mata...start dari afiqah-papa-afiqah and last mama...seksa sakit mata weh...ak ni baru baik...tp bengkak masih ada...dah masuk 2 minggu...so jgn main2 ngan sakit mata ni yer...


Kerja:
Tahun ni kerja kat opis sgt memeningkan..bak kata boss, nak naik gaji, work load pon makin bertambah la...actually ak keje as a QC kat kilang ni...but ak xder manager...if anything berkaitan quality mmg ak yang kena settlekan...then direct report to MD...since dr first day ak keje sini, seme benda kena blaja sendiri...
and now, boss dah start serahkan tanggungjawab represent company pada ak...klu dulu if ada meeting, mesti ak follow boss...skg ak yang jd wakil company, boss xder ikut ak nyer...tapi ak seronok gak la...mcm skg, ak represent company utk pembangunan standard malaysia...walaupun peranan ak kecil jer...tapi nama ak ada dlm MS standard...(gila meroyan)...and ak leh kenal and blaja dari expert2 dalam industri ni...itu paling penting...
tapi ak tertekan sikit kat sini sb dah la mcm2 keje nak settle...ngan nak launch product baru lagi...dalam masa yang sama ak dah tambah jawatan jadi pelukis...sb nya dlm opis ni ak sorang jer (selain boss) yang reti guna AutoCAD...silap ak gak sb gi cakap pernah blaja...last year terlepas cakap pernah blaja SOLID WORK...
lega projek boss ak dah siap...klu x tambah lagi keje ak...hahahah..

tapi ak sedeh...ak budget gaji bulan ni plus BONUS...dah hepi nak gi Bandung, habiskan duit...
lastnye...sampai arini bayang BONUS pon lom nampak...tapi HR cakap memang ada tapi tak tahu nape boss hold dulu...saja jer tau boss ni memunahkan harapan ak...


Thursday, February 2, 2012

Jom Kayuh Basikal...


Semalam ak ada post gambar beskal kat ntry ni. Kira arini nak kena cerita la sikit apa yang sedang berlaku…
Kami kan baru pindah rumah kat Jalan Kebun. Sini kira macam ala2 kg. (memang kg la) and ada ladang kelapa sawit semua la. Time progress pindah randah tu, kami nampak banyak sgt kete parked kat tepi jalan. Dekat dengan ladang kelapa sawit, weekend lak tu, ni mesti ada sumthing yg menarik sedang berlakukan. Kami ulang alik dari umah lama ke umah baru dlm 2 3 trip gak la. So bila dah tengahari, baru la kami tahu aktiviti apa yang diorang ni wat. Jeng, jeng, jeng…Rupanya diorang berbasikal. Kira ladang kelapa sawit tu jadi track diorang la…

ni adala permulaan cerita ya kawan2…

Then bila balik kg, Terengganurian skg tgh demam basikal Fixie…
ala…beskal yg kaler striking tu…

Inila fixie..thanks miss Google...

umah my parents kat kg x terkecuali la…smpai my nephew pon dah start joint activity anjuran belia…
time balik kg last month, sempat la pinjam beskal my nephew ni sambil dukung Afiqah sebelah tangan…
baru round satu kawasan rumah, berpeluh mcm mandi hujan…
jadi otw balik ke shah alam, my hubby cakap dia nak beli beskal tp not fixie…
sb fixie ni xder gear…kurang syok la…dia nak beli MTB or Mountain Bike…
seingat ak la, masa zaman sekolah rendah dulu, my dad beli basikal Le-Run just 2ratus cam tu je…
skg, mak aih…mahey2 wehh…smpai ada yg harga berpuluh ribu…
dari beli beskal mahey2 baik beli motorkan…xpon guna utk bayar installment keta ak…
tapi sebab en suami dah nekad nak men beskal so as a wife, I support la…
lgpon ak memang nak kurangkan berat badan ni…dah mcm di pam2 plak…
so en. Suami kompom la beli beskal yg best2 utk dia…harga, boleh tahan gak la…
boleh lak wat bayar installment keta ak 2-3bulan…tp duit dia, ikut dia la…dia beli beskal best2, ak pon leh pinjam gak kan…

smlmkan hubby cuti (hari wilayah)…igtkan dia duk umah diam2..rupanya, smpai ke dengkil sana dia pergi…nak cari beskal utk ak… …asalnya,kami plan nak gi dengkil ahad ni… tp laki ak ni klu dah nekad mmg x menyabor…smlm lak dia antar ak pegi keje (bukan xleh gi sendiri, tapi mengada), so ak kol dia b4 hbs opis hour, (takut dia tido, x sedar dah kul 5)…kol punya kol x berangkat…adoi…dah jiwa ni…cmn ak nak balik…dah ready nak turun bawah mintak tolong sv kilang antar ak balik…tp laki ak ni kdg2 suka gak wat seprais…ak pon try intai takut dia dah tunggu ke…memang tepat skali…dia dah menunggu ak kat luar kilang…siap amik afiqah kat nursery sama…mmg seprais…masuk kete…lagi seprais tgk dah beli beskal utk ak…laki ak ni kan…tp sb dia beli guna duit dia, ak senyum jer la…tapi beskal ak ni range paling cikai gak la…tp ok la…frame alluminium, ada suspension, break disc belakang depan, 21 speed…cukup la utk ak mengeksesaiskan diri smbil bawak afiqah round2 makan angin…papa afiqah siap dah belikan seat utk dia lg…tp mcm biasa la…mama la yg kena bawak…hehehe

relaxkan afiqah kat depan...

so semalam dah mulakan sesi berkayuh…nampak now excited…takut gak jadi hangat2 taik ayam jer…hehhehe…ok la…ak smpai muntah2 kat pertengahan jalan…lama x eksesais…tapi after muntah tuy mmg badan rasa ringan…berpeluh jgn cakap la…tp smlm just kayuh less than 10km…dlm 6-7km jer…but ok la utk permulaan…afiqah pon enjoyed jer…Cuma nak dekat smpai umah dia dah start bukak kasut..and campak…lama sgt duduk kot…penat…

Afiqah yg over penat...air mama pon dia amik...
dah la time ngah cycling dia dah minum susu nak habis sebotol...


hope sgt dpt buat activity sihat mcm ni slalu and consistant…bukan saja nak kurus, tapi utk kesihatan and leh rapatkan lg hubungan kami 3 beranak…lgpon, ak rindu sgt nak wat aktiviti outdoor cam zaman blaja dulu…xdapat hiking or camping, cycling pon ok kan?? Kalau ada mommy2 yg minat aktvt cmni gak leh la geng…then wat aktiviti sama2…

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday #1- New Rides

This MTB will use to fulfill my 2012 wishlist- get back my ideal weight...

Thursday, July 21, 2011

Tart Gulung Pertamaku..

Hello frens,
Semalam, i super duper excited nak try resepi  'Tart Nenas Gulung' given by my dear fren, Mrs Zatun Najmiah.
Actually,ni my first trial nak wat  my own biscuit utk celebrate Hari Raya this year.
FYI, i'm not too good in the kitchen...
Masa bergelar student, saya mmg x masuk dapur tolong my mom masak...
masuk dapur cari makanan, YES...itu la saya...
Dasatkan diri ini...kihkihkih...

Berbalik kpd story mori wat tart gulung ni...
smlm, after office hour saya rush balik umah...
smpai jer umah terus kuar kan brg2 nak wat biskut...
lepas berperang kat dapur, akhirnya doh utk tart gulung pon siap...
ngan xcitednye sy pon masukkan doh dlm acuan...
try tekan acuan...Ya Ampun...macam tekan batu...
smpai peluh2 nak dpt 10 biji tart...
dlm kepala...doh ak ni keras sgt ke...rasa ngan tangan cam lembut jer...
Xpe2...try la bakar luy yg 10biji tuy...
letak dlm oven 15 minit....
Ting!!...dah siap...bukak2 oven...hambik ko...gelap...(gambar lupa nak capture)
Hahaha...try la rasa...not bad even dah hampir hangus...
lega 10 biji jer...

Ak pon tunggu la my hubby balik...nak suh tolong ak tolak acuan...
hubby ku ini, klu korg nak tau lg terre bab masak memasak dr ak...
ak nak masak kene ada resepi...dia x perlu semua tuy...
dia tung tang tung tang kat dapur...sedar2 dah masak...
sedap jauh dr ak msk lg...
Sebab tuy klu ak masak x sedap baik dia punya komen...
(tp jarang dia kata x sedap...jaga hati ak la tuy)

Balik2 jer...dia tolong ak kat dapur...
dia cakap doh ak keras ni...
so dia suh ak pukul butter smpai kembang...then masukkan balik doh tuy...
Yeeee!!!...akhirnya doh ku jd cantik molek jasa en hubby ku yg sgt hebat...

Ini la hasil kerja keras ak mlm tadi...
Cantik nyer tidak sebab ak x sapu kuning telur pon atas tart...
ak malas...just nak try masuk dlm mulut jer pon...
TADAAA!!!dipersembahkan...

ni bawak opis nak bg dak opis rasa...
Komen pengkritik utamaku:
en suami: dia kata best...leh la wat utk raya...tp pas masak tuy tolong kemas dapur yer...
ak jawab: ala smlm tertido...konon nak tunggu biskut last tuy masak...last2 ak tido smpai pg...

petang ni nak try wat Almond london cik Noni plak....


Wednesday, July 20, 2011

Keterujaan Raya...

Pagi tadi dpt resepi tart gulung from my bestfren zatun...
so tghr tadi dgn penuh semangat pg ke carefour menambah brg2 yg lom ada kat umah...

butter, inti tart, n badam

acuan tart gulung n cup nak isi almond london...
dah bersemangat waja ni...
klu x jadi wat gak xtau la nak kata apa...

Resipe Almond London Cik Noni...

Last week mintak ngan my colleague, Noni resepi Biskut Almond London...
ak beria mintak ngan dia ni, konon nak try wat utk raya tahun ni...
tp smpai sudah resepi jer ak hadap...biskutnyer lom jadi2...kui3
then my bestfren lak mintak ak share resepi tuy....
(kira sistem barter la...dia kasi ak resepi tart gulung, ak kasi resepi kat dia)
so sng share kat blog jer la...
ALAMAK...lupa lak nak mintak kebenaran dr tuan punya resepi...Noni mintak share...
hukhukhuk

Cerita sikit tntg Cik Noni ni, dia ni adik la pada ak....lom kawen yer...
Tp Noni ni mmg suka masak kek ngan kuih...
kek dia wat pon sedap...
untung cik abg yer klu dapat kawen ngan Noni....

tunjuk sikit cmn bentuk almond london tuy...
ni bukan hasil tgn ak...ni cilok dr org punya gambar...
credit pada tuan punya gambar kat lelong.com

Ni serba sedikit bahan2 nak wat almond london

Bahan2 doh
250gm Mentega
130gm Gula Icing 
450gm Tepung
2biji Kuning Telur

Untuk Isi dalam
Badam Biji (digoreng hingga garing)

pastikan badam sejuk baru leh balut ngan doh yer....jadinya better anda goreng badam siap2...pastuy letak dalam balang kedap udara...pastuy baru wat doh utk biskutnyer...


Untuk coklat salut biskut tuy ak guna resepi ak sendiri la...
ak wat coklat ni utk hias kat moist choc cake ak...
tp xder gram2...ak bantai ikut suka ak jer...hehehe...

Bahan Untuk Coklat Hiasan

Coklat Bar (cairkan jer yer..guna double boil teknik.) 

 (sebelum nak celup biskut tuy dalam coklat ni...pastikan biskut tuy dah sejuk yer...klu x boleh merekah...x cantik la biskut tuy nnt)

Badam Hancur
(ni nak tabur atas biskut yg dah siap dicelup coklat, n goreng gak kasi crunchy)

satu lg pesanan dr tuan punya resepi...klu nak balut doh kat badam biji tuy...
make sure balut seadanye jer...cukup2 tutup badam tuy jer...
sb nnt biskut tuy kembang...klu balut tebal2 nnt sm besar ngan ibu jari kaki plak...


tambahan: tadi ada bg resepi choc nak celup tuy...tp kali ni sy tukar yer sb tuan punya resepi kata jgn campur pape...nnt choc x keras...cairkan atas dapur jer la...n satu lg choc. bar tuy jgn masukkan dlm peti ais...nnt choc tuy xmau keras2 lak...

selamat menery yer terutama to my bestfren puan zatun najmiah...

Rajin plak kami tahun ni bertukar2 resepi...leh wat kelas memasak utk ibu2 bekerjaya ni...


Friday, July 1, 2011

Relieve Stress di Driving Range

Semalam hari yg agak stress...
ngan hati resah gelisah memikirkan anakanda yg x bapa sihat...
ngan external auditnyer...
mmg agak tekanan...
same goes to my dearest hubby...
dah la keje kat office menimbun, risau anak lg...
klu dia tension confirm dia x banyak ckp...
ak lak xleh..dia stress ak bertmbh stress...hahaha
balik2 keje my hubby ckp dia nak gi driving range...
nak relieve stress smbil mengeluarkan peluh...
after maghrib kitorg siap2 utk gerak ke Driving Range Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya...
Ni antara hobi baru kami di tahun 2011 la selain dari ak blaja wat kek...

Pemandangan di Kawasan Driving Range
ni memang tempat wajib kitorg if rasa nak pukul bola golf...
ni kami punya golf set...
ak pinjam hubby ak punya jer...bukan pandai pon..
ak mmg x pandai pon sbnrnya...
tp sonok gak...leh kuarkan peluh...
sihat tubuh badan...

ni ak nyer glove...kecik yg amat...
anak buah ak leh pakai...susah nak cari size ak ...
ni siap pusing KL baru jp...tuy pon tggl satu jer...
selain dari driving range, kat sini ada jugak tempat riadah yg lain2...
klu dtg petang2 leh jogging n relax ngan family smbil mengadap tasik...
sape yg nak main paintball pon boleh...
kelab komuniti ni btl2 tepi bangunan MP Sepang n depan kelab ni ada Universiti Multimedia Malaysia...






Tuesday, June 21, 2011

Aku Start Blaja Amik Gambar-New Hobi

In my wishlist, ak ada ckp nak belajar bout photography...
actually, i've got my 1st DSLR since 2009...
however, my DSLR only with kits lens...SAL1855...
so it's make me a bit lazy nak shot sana sini...
ye la...rasa terhad kan...
padahal nak hasil gambar yg cantik x tunggu ada lens yg besar gabak...
ituy hanya alasan sbnrnya...

gini la rope DSLR ak...

my gear only SONY alpha330...
after i bought this DSLR, sony dah stop keluarkan this model...
so rasa cam menyesal beli this camera...x ramai yg guna...
but after baca review and opinion from sifu..
x kisah la apa gear yg anda guna...if u really understand bout your gear...
you will capture a creative and beautiful pictures...
Now ak dah change from Auto Mode to manual mode...

skg ak nak share ngan kwn2 yg berminat nak belajar tntg photography.
ak blaja dr website ni:

n selain dr tuy ak join forum2 yg ada kaitan ngan bidang ni...



after dah baca2 mesti wat praktikal kan...
tp skg klu leh ak nak la cari tok guru...
sape kwn2 yg dah master??

pasni ak akan share apa yg ak dah baca yer...
tp nak share sikit la gmbr yg dicapture lps dpt ilmu ni...

gambar air pancut yg x bp nak tinggi....

gmbar bunga kat umah \ku...

Friday, June 17, 2011

Movie for today:KL Gangster

Malam td, me n hubby went to GSC Summit USJ.
Muvie plhn kami is KL Gangster...

KL Gangster...
Ak pg dgn highest expectation coz ramai yg review this movie awesome...
smpai ada yg bg rating 4* from 5...
actually after muvie 'Kami the Movie' ak rs filem malaysia banyak berubah...
kira byk citer2 melayu yg blh di tonton di Cinema...
X lg mcm dulu-dulu...
bila kuar citer melayu. org mesti ckp..."ala tunggu rayer jer la...kompom kuar tV punyer"

Berbalik kpd KL gangster, pd pandangan ak...di ulang pandangan ak...
filem ni so-so sajer...
jalan citer mmg ada...but agak boring...
aksi mmg ok, tp x wat ak kagum n ak rs dialog nyer cam panjang2 sgt...
cuma bl time dah keboringan tuy muncul la badut yg wat kita gelak...
sape lg klu bukan abg long dil...

tp ak agak konpius ngan watak Shark...dia tuy bangsa apa??
nak kata cina muka melayu...tp ckp kalah gangster cina...
wa lu wa lu...x phm gua...
dah la berlakun muka static jer...no expression...

yg lawak bila ak tgk Bang Heron Ajis atas sejadah berdoa...
terus dalam kepala ak...cam citer Nora Elena Jer...
dia mmg x nmpk gangster langsung...
ngan muka bersih...mmg xnmpk cam bekas gangster...
ok la...mgkn sb dia dah insap...tp ttp x sesuai jd gangster...hehehe...
sekali lagi pandangan ak...jgn marah yer peminat heron ajis...

but for me watak Jai, Ajib n Dragon mmg btl2 KL Gangster r...
ini la gangster...Ak mmg takut mati, tapi ak xnak mati...
hati keras macam batu...muka jahat habis...mmg terbaik...

pape pon, muvie ni ada jalan citer and straight forward...
mudah difahami...but a bit disappointed la...last citer dia hbs ngan masuk lokap balik...
sian mak dia...ntah apa jd...and citer ni cam tunjuk polis malaysia lgsung x wat keja

Kesimpulan dr citer ni: Sekali korang jd gangster, smpai bila2 korang adalah gangster. Bila korg adalah gangster, Family korg pon terlbt sm...so sayangi keluarga anda...

Thursday, June 9, 2011

Hobi Zaman Muda Remaja...




Time lunch td ak x kuar...
so duk opis tuy smpt la godek2 my hard disk...
ttb jp gambar ms zaman ak muda remaja...
skg pon muda lg tp x bapa nak remaja la...
dah jadi mak org pon...
ada la jp gmbr time pg hiking time study kat usm luy...
yg x thn time tuy ya ampun kurusnyer gue...
skg rasanya klu ak pg hiking...jwbnyer bag smpai dulu...ak still kat bwh...
gambar xpdc ke gunung bubu....




makan maggie pon kongsi2...best ooo...sb bila kat bwh sure xwat cmni punya



actually, i meet my hubby time xpdc gunung bubu ni la...
but this time kitorg x nyembang pon...
kenal2 gituy jer...
n my hubby pon giler outdoor...
cam ak hiking ni x la fav sgt...ak suka camping ngan kayaking lg...


ni ms xpdc ke brincang-irau..kurusnyer  hubby ku ini time ni...

then ni plak xpdc ke brincang irau...syok hiking kat cni...
dah sejuk giler....smpai puncak brinchang hujan la plak...
ak xtau bp lapis baju ngan suar ak pakai...
xkan lupa kngn time kat atas ngan zam ngan dr nurul...
kami 3 jer pompuan....


time CNY last 2 years smpt gak melawat puncak brinchang ngan my hubby...
mengimbau kenangan lama gituy...
tp kali ni x hiking la...kami naik ngan kete jer...
hehehhe....

ku terbang tinggi di puncak gunung...

but now ak dah xleh wat semua tuy dah...
dah keje ni, dah berfamily x sempat dah nak wat aktiviti tuy semua...
x heran la dulu kurus jer...
sb banyak wat outdoor xtvt...skg, peluh nak kuar pon malu...
klu ada xtvt outdoor pon time bwk afiqah jln2 jer la...
ni satu jer tggl gmbr kayak dr sg gula ke mn ntah...msg2 muka burn kow2...

ni hobi fav my hubby...ni gmbr zmn muda yer...jgn tertipu...
skg xder nyer slim melim camni


Thursday, April 7, 2011

Hobi baru di taun 2011

since masuk 2011 ni ak ada minat baru....

buat KEK....hehehe...

stkt bulan 4 ni dah banyak kali gak la ak wat kek...

ada yg jadi n ada yg kurang memberangsangkan...

n the best cake yg pnh ak wat adalah kek span gula hangus (kek sarang lebah) n choc moist...

kek span gula hangus ni resepi dr mie ak...mmg terbaik la...and yg pntg ak wat jd la spannyer...

walaupun dah 3 kali wat tp sekeping gambor pon ak x amik...

n yg terlatest kek ak wat ialah choc moist yg mmg menjadi ngan jayanya...
my 1st choc moist cake...xder bekas yg besar...guna pinggan jer...he3
n semalam ngan hubby wat cheese cake...

tp hasilnye agak mengecewakan...sb silap ak sdr...

kek tgh panas ak pg terbalikan....hbs jadi berlubang...

klu x mmg cantek gebus jer kek tuy...

hasil yg x bapa menarik...tp rasa dia mmg sgt best...(perasan)

ni hasil lps dipotong...
pasni nak cari resepi kek yg best2 then wat...

bawak opis kasi kawan2 mkn...ak kurang makan kek...

tp suka wat kaci org makan...

so sape2 rasa nak makan kek gitau la ak....