Last entry cakap Afiq Amsyar demamkan.
Rupanya demam naik campak air yang halus tu.
Alhamdullillah, sekarang dah sihat walafiat.
Tapi last Friday, aku plak demam.
Malamnya dah rasa seram sejuk.
Tak pernah-pernah pakai selimut.
Tetiba malam tu, keluar bilik cari selimut.
Laki aku dah pelik. Hahaha.
Pagi Jumaat tu tetap pergi keje walaupun badan sakit and kepala berat.
Memang rasa tak sedap badan sangat.
and breast still sakit.
Ok, lupa nak inform.
Aku demam sebabb breast kena bengkak susu.
Selama ni kalau lambat pam pon tak la sakit camni.
Ni sakit sangat.
Tapi sakit kat satu tempat je pon.
Maybe ada saluran yang tersumbat.
Walaupun Afiq Amsyar dah hisap.
Dah pam semua.
Nak masuk ke tengahari makin sakit badan.
Dah tak tahan, lunch hour pergi klinik.
Doctor cakap aku demam and bagi 2 hari MC.
Kita balik umah rehat la.
Afiq Amsyar ngan Kak Iqah petang baru amik.
Mama penat ngantuk nak tido.
sampai umah tak tunggu lama terus pengsan.
Doctor ada bagi antibiotiks.
Tapi aku tak makan pon.
Sebab takut ada effect kat Afiq Amsyar.
Dah sah-sah antibiotik ni discharge melalui susu and urine semua.
Laki aku dah takut-takutkan aku.
Suh makan juga antibiotik tu.
Nanti bernanah sape susah.
Aku cakap kalau aku makan antibiotik tu, nnt Afiq Amsyar nak minum susu apa.
Kalau anak dia tu nak minum botol kat umah takpe jugak.
Ni dia sanggup berlapar dari isap susu dari botol kalau kat rumah.
Now dah sihat pon.
Breast pon dah tak sakit.
Jangan la sakit lagi lepas ni
Citer pasal politik, biasala selagi tak habis election selagi tu mengadap la kan.
Aku ni tak de fanatik mana-mana parti politik
Aku adalah manusia yang pegang undi adalah rahsia and nak sokong mana-mana pon biar sederhana.
Kadang kalau orang tanya aku pasal politik sure aku jawab no komen
tapi bukan bermakna aku tak amik peduli
tapi aku rasa biasa yang bertanya ni lebih terdorong kepada satu pihak sahaja
Jadi baik aku jawab no komen, sebab kalau aku silap cakap terhentam pihak yang dia sokong.
Harus aku yang kena bom lepas tu.
AKu masih ada masa lebih kurang seminggu lagi untuk menilai siapa yang harus aku pilih.
Sorry la kalau ada yang fanatik nak mempengaruhi aku dengan apa dakyah sekalipon
sebab aku tak akan dengar cakap orang fanatik
Semoga 5hb nanti aku diberi ilham oleh Allah s.w,t untuk undi siapa ok.
Ok la kawan-kawan.
Selamat Mengundi. Keluarla mengundi dan pilihla calon pilihan anda.
Anda penentu masa depan negara.
6 comments:
Memang sakit bengkak susu ma..
Balik mengundi bila?
itu la..sampai demam sakit urat segala..
insyaallah jumaat balik. ko balik bila tun. due date bila?
Ak balik esok lps keje. Due hujung bulan 5 ni..
Harap2 sempat la balik mengundi coz minggu ni dh 36 weeks.. hehe
jangan lupa get ready semua barang dalam kereta even just nak balik mengundi tau. Bukan nak doakan yg tak baik tapi berjaga-jaga in case of emergency. take care tau. nak jalan jauh tu. walaupun tau ko just duduk tempat penumpang.hehee
Kema, x cakap ke bf? biase doctor ade ubat unt bf mama...
dah inform. tp doc ckp mmg antibiotik ni xde pilihan. mmg akan discharge melalui susu juga. skg pon dah ok. jdnya terbiar begitu sahaja la antibioti tu.
Post a Comment