Assalamualaikum.....
Setelah sekian lama planning nak pergi try makanan kat
Restauran Mohd Chan (MC), akhirnya semalam berjaya juga merasa makanan kat
sana. Restauran ni last year baru buka cawangan dia di Kota Kemuning. Sebelum ni
aku biasa lalu depan kedai dia kat Seksyen 15 Shah Alam. Tapi sebab always la
sorang-sorang kalau pergi sana (pergi ambank bayar loan kereta) so tidak la nak
masuk makan. Kebetulan semalam pergi bank dekat ngan area MC restaurant ni so
kita singgah la ye.
Semalam kami order nasi putih, tom yam seafood, butter
prawn, daging masak black papper kot plus air satu sorg. Aku amik Mango QQ
jelly, hubby Jus epal asam boi and afiqah air ribena. Afiq amsyar sila tengok
sahaja. Semua skali rm73.
Penyebab utama aku nak sangat try makan kat sini is butter
prawn. First time aku makan butter prawn kat bukit kemuning. Memang sedap sangat. Cukup rasa. Memang kedai Chinese
tapi ramai gak Malay (muslim) makan kat sini. Sebab time ni orang bawak
(vendor) and diorang kata halal. So aku taknak pikir bukan-bukan la. Tapi untuk
pergi skali lagi sendiri tak la kot. Dah
banyak kedai aku pergi and try butter prawn tapi semua mengecewakan. Will see
macamana plak kat MC ni.
First tengok gambar dah passed. So kita order. Satu plate ni
harga rm25. Bila sampai, passed sebab sama yang aku harapkan. Yang penting
serdak dia tu kena cantik and kering. Tak berminyak or lembik2. So lets try.
Hmmmmmm…… Dari segi rasa tak mengecewakan aku. Tapi still xleh lawan kedai yang
first aku makan tu. dia punya serdak, bahan perasa semua sekata. Bila ko makan,
xde la yang sini masin sikit, tawar sikit. Untuk MC ni, rasa dah sedap, Cuma kadang
bila makan serdak tu, aik boleh rasa telur yang tawar. Tapi kalau kena yang
betul, memang cukup rasanya. Harap korang paham apa yang aku maksudkan la.
dalam gambar nampak macam pedas.. tapi yang aku makan semalam kaler dia pucat-pucat sikit sebab mcm letak santan/susu. |
Tom yam seafood dia aku suka. Small portion harga rm15. Berbaloi
sebab walaupun small boleh makan untuk 3-4 orang. Tomyam dia lain sikit dari
kebiasaan tomyam yang aku makan sebab macam ada masukkan santan or susu sejat. Pedas
pon light light je and sesuai la kalau bawak budak kecik cam Afiqah. Kalau ikut
selera mama dia ni, memang tak makan la anak aku tu. Suka betul Afiqah ngan
tomyam tu. 3 mangkuk dia hirup kuah. Afiqah memang feveret dia kalau kuah-kuah
or sup sup ni. KIra bila Afiqah makan berselera means tomyam dia sedap la tu.
Daging black papper tu ok la. Harga lupa la plak. Resit ada
ngan lakiku itu. Yang tu lakiku makan banyak sebab dia memang feveret
daging-daging ni. seafood suka juga tapi ikan la. Kalau udang dia kurang sikit.
So bila lakiku makan habis means ok
jugak la tu. dia xde complain apa-apa kira MC ni passed la piawaian kami. Laki
aku ni kalau tak best memang dia berzikir la kat telinga aku cakap tak berbaloi
apa semua. so bila xde bunyi bunyian kira dia suka. Nasib sebab aku yang ajak
dia makan.
Air lakiku ngan AFiqah sedap la. Tapi air yang aku pilih
rasa macam air ubat la plak. Hahaha. Tapi dalam rasa air ubat tetap habis jugak
aku sedut. Dah itu je air yang ada. takkan nak bazirkan. So minum je la sampai
habis.
Aku bagi 3.5bintang untuk restaurant Mohd Chan ni. Service
pon laju, and kedai pon bersih. Makanan dia sedap untuk dimakan tapi tak la wow
sampai ko teringat-ingat sampai sekarang. But still worth it la bagi aku. so
kalau korang nak try boleh la pergi ke cawangan yang berdekatan dengan tempat
korang. Kalau korang tak pasti kat mana boleh chekidout dianya website www.mohdchan.com.my . Kat situ ada menu
and info berkaitan ngan kedai diorang. Aku pon xde nak ambik gambar makanan
yang aku makan. Semua aku amik dari website diorang je. so credit all pictures
to Mohd Chan website.
Nota kaki:- entry ni hanya pendapat aku sebagai seorang
customer. Takde dapat komisyen pape pon buat entry ni ye. Just bagi review kot
ada yang tengah usha-usha kedai ni and still konpius ok ke x. Tapi kalau tak
kena selera korang jangan salahkan aku plak. Ni ikut selera tekak aku la. lain
orang lain pendapat. Ye dak?
No comments:
Post a Comment