Assalamualaikum.
Harini nak story kisah pencarian BBsitter Afiq Amsyar. Ni
request by my BFF, mama Na.
Agak kelam kabut juga nak cari BBstter untuk Afiq ni.
sebabnya, lepas habis pantang baru sibuk nak cari. (jangan ikut cara saya)
Kalau boleh, mom-to-be ke or sape yang bakal ada anak and still tak de
BBsitter/Nursery, silalah cari since baby dari dalam kandungan lagi. Kalau mak
ayah korang mmg available untuk take care ur daughter/son sementara, kira OK
la. tapi kalau macam saya, my mom dah tak sekuat dulu. Memang takde back up
langsung if xdapat BBsitter/nursery dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh
saya memulakan kerja. (tetiba bersaya la plak.#inisemuapoyo)
Actually, aku dah risau time 30hari pantang sebab lom cari
BBsitter untuk AFiq. Ni kes confident, nursery Afiqah accept bb 2bulan dan ke
atas. (tahun lepas still terima). Bila suh papa tanyakan, Kak Za (penyelia)
cakap skang Taska Lemon just terima toddler 1 tahun dan keatas sahaja. OMG!
Macamana ni. Nak harap en suami round carikan taska sendiri, rasanya agak
mustahil bin ajaib la. Apa lagi carikan BBsitter. memang bab-bab macamni,
memang aku yang kena buat. Nak taknak tunggula hamba habis pantang ye.
FYI, awalnya berbelah bahagi nak letakkan Afiq Amsyar kat
Nursery or BBsitter. Dua-dua pon ada pro and cons. Kalau ikut pandangan ramai,
Baby ni better hantar pada BBsitter sebab boleh concentrate pada anak kita.
Antar Nursery, diorang ada quota. Biasa bagi taska yang berdaftar, quota untuk
sorang guru/pengasuh ialah 5 orang bayi. So kena la pilih BBsitter yang jaga
anak kita sorang or paling ramai pon 3 orang. Sebab kalau BBsitter jaga sama
ramai kat nursery jaga, better antar nursery yang berdaftar, sebab lebih
secure. Kelebihan nursery compare to BBsitter ialah hari cuti. Nursery ni dia
mmg dah ada waktu operasi yang ditetapkan. If terlebih, bayar la OT. And
diorang takleh nak cuti sesuka hati. BBsitter ni, kalau ttb ada emergency ke
sure kena cuti, then kita pon kena cuti sama la. sebab kena jaga anak kat
umah. Tapi dari segi harga, Nursery ni
biasa dah fix and takleh nak nego-nego. BBsitter ni boleh la nego-nego lagi.
Kalau lambat ambik leh la minta jasa baik, and bincang untuk tak charge OT.
Kalau untuk toddler or budak baya Afiqah, memang nursery adalah terbaik. Sebab
dia boleh belajar banyak perkara. Tapi untuk Baby macam Afiq AMsyar, tido,
bangun isap susu, tido balik. itu je la keje dia. so lebih bagus antar BBsitter
kot. (pendapat orang kurang yakin dan
berbelah bahagi.)
Dah la before masuk keje banyak plak kes baby kena dera.
Yang paling terkesan, kes baby 4bulan yang kena lambung macam tebar roti canai
dek bibik. #memangmemakiakutengokvideoni. Takut mak nak antar afiq kat orang
lain jaga. Time tu jugak rasa nak benti keje, jadi suri rumah tangga sepenuh
masa. Tapi sendiri gak jawab takleh sebab ada komitment kereta yang nak kena
bayar sampai 2017. Lama lagi tu. #pengsan.
#doaadadurianruntuhdapatduitjutajuta. Atau tunggu gaji en. Suami sama ngan gaji
kami berdua boleh la kot.
Ok, dah melalut plak. Back to the topic. Lepas meround Kota
kemuning dan Jalan Kebun, aku just dapat 4 je no phone nursery. 2 amik baby,
satu tak amik baby, satu lagi tak pickup phone. Yang amik baby dua-dua kat
jalan kebun. Tapi yang satu tu, aku
terbaca kat blog orang review yang kurang best tentang nursery tu. so, aku
taknak take a risk, terus reject even en suami suruh try gak tgk. Tapi aku ni,
bila dah negative susah nak positivekan balik. so baik tak yah dari aku pandang
orang ngan muka kerek. And last choice Taska Annizah. So far kat internet xde
feedback or komen pasal nursery ni. so untuk checklist pertama dah passed. Then
aku called and make appointment with person in charge. Sabtu aku pergi sana
berdua ngan Afiq Amsyar (papa ada kursus full day). Tapi memang bukan rezeki
Afiq Amsyar duduk kat situ. Last quota telah diisi oleh orang yang datang
before aku. #Nangis.
Macamana ni. Aku dah risau sangat ni. then teringat kat
colleague aku (Noni) and kawan (k.yus). Dua2 duduk jalan kebun. Terus mesej
dua-dua kot ada tau sape nak jaga baby. Alhamdullillah, dua-dua bagi feedback
yang baik. Noni bagitahu kakak ipar dia dah benti keje sebab nak jaga baby dia
(tua sebulan dari Afiq) and dia try tanyakan kakak ipar dia samaada nak jaga
budak ke tak. K.Yus pon bagitau bekas jiran dia pon ada jaga budak. So buat
appointment nak jumpa dua-dua ni. Hari Ahad pagi. Satu kul 10 and satu kul 11.
Tapi tetiba k,yus cakap dia ada hal. Just free belah petang. Aku plak petang tu
ada tetamu. Ingat lepas zuhur nak pergi.
Tapi en suami plak dah janji nak jumpa orang. So terpaksa cancel and tak tahu
bila ada masa nak gi jumpa orang tu.
So Ahad tu, pergi la jumpa kakak ipar noni ni. Kak Yah
namanya. Orangnya ramah. And sangat suka budak. Bila dah sembang-sembang semua,
en suami kata antar kat k.yah je la. lagipon kita kenal family in-law dia semua.
yang k,yus tu memang bukan sedara mara dia. lain sikit relationship tu. Aku pon
rasa k.yah tu ok. Siap dia tawarkan untuk tgglkan Afiqah if hari sabtu aku kena
keje. (nursery Afiqah charge OT kalau antar sabtu) Bila tanya berapa nak bayar
bulan-bulan. Dia cakap ikut suka aku la. Ikhlas hati. Jangan la mahal macam
antar nursery. Atoi, pening lagi. So aku cakap k.yah bagitau je berapa. Aku tak
kisah (sebab en.suami yang bayar.#kejam) janji orang tu ikhlas jaga and boleh
sayang anak kita macam anak dia sendiri. Lepas cakap-cakap, kita pon bersetuju
ngan harga yang rasa nya reasonable ngan harga pasaran sekarang. Lagipon dia
just jaga Afiq Amsyar ngan anak dia je
Haziq.
Laluan nak antar AFiq pon sehala ngan laluan aku nak gi
keje. So sangat memudahkan la. So sekarang dah 3 4 hari AFiq Amsyar duduk ngan
Cik Yah. So far, semua ok. K.yah pon setuju nak handle EBM. Hopefully semua
dipermudahkan and aku harap sangat K.yah sayang AFiq Amsyar juga and hepi jaga
dia. and semoga bertahan la sampai Afiq Amsyar dah layak masuk nursery.
8 comments:
hurm...ak setuju ngan pndpt mu Ma...
Mmg hntr kat bbysitter terasa lbh secure, tp in case diorg ni nk cuti masak la kita pon kena cuti gak even ada keje urgent tgh tggu kt ofis...
zameer pon mggu ni duk ngan kakak sepupu ak kat puncak alam nun (mu pernah jumpa dulu skali time diorg hntr ak tuk tmpang mu masa interview kat shah alam...mujur dia available smggu sbb cik d xsihat...
Zameer pon bkn main seronok kat sana main ngan abg-abg...so, ari rabu mlm tu cousin ak suh tggl je zameer tdo sana, jumaat baru ambik...sian kat ak gak nk ulang alik naik ke puncak alam...jauh gak n jln pon gelap bila dh mlm sbb xde lampu, xkira lagi lopak2 kat jln tu...
tp kemungkinan cmni la kitorg kena sedia selalu...sometime isnin pagi baru dpt tau aritu cik d xdpt jaga...mak aih...kelam kabut tau!
Ak pn setuju bby hntr bbysister. Klu baya piqah n batrisyia better hntr taska coz byk benda dieorg blh blajo..
Saya pun tengah pening mencari babysitter, due date dah dekat.harapnya dapatla bbsitter yg baik..kalau ada contact area puchong, email la pada saya : licatlica@gmail.com
Betul na, bila ada urgent case yang jd masalah sikit. sb kita pon akan amik EL sama.
Tun: baya Batrisyia ngan afiqah mmg better duk nursery. waktu untuk diorang blaja communicate.
licA: Insyaallah kalau ada saya info awak. tapi cari bbsitter ni memang kena berani tanya orang sekitar rumah.
Babe..kak yah tu dok mane ek? I nak carik baby sitter gak ni..i dok jalan kebun
K.yah tu duk kat taman muhammad 1.
Kat taman tu ada gak a few yg jaga budak.
salam. tlg bagi no phone bbsitter tu. tq
Saya mengasuh bayi 2 bulan keatas erea kmpung baru kuala lumpur hubungi saya 0123753643
Post a Comment