Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, January 12, 2013

Bersiaran dari ward pusat bersalin berisiko rendah presint 8

Assalamualaikum.

Alhamdullillah, aku telah selamat melahirkan anakanda kedua ku seberat 2.85kg di hospital putrajaya tepat jam 640p.m selepas dua kali kena halau balik sb false alarm and bukaan baru 1cm.

Alhamdullillah sangat sb proses bersalin aku dipermudahkan. Doc estimate kul 10mlm aku bersalin, tapi just 30minute check in di katil labour room aku selamat melahirkan putera pertamaku, adidanda kepada puteri sulongku tersayang, kakak Qah.

Seperti yg diceritakan entry sebelah, lepas dihalau pulang, sakit contraction makin kuat. Aku jd xtau bila nak pergi ke hospital kembali. Suami bekerja hari ni, tapi sb aku rasa makin sakit,aku suh suami balik lepas selesai solat jumaat. Dengan cuaca yang hujan,around 330pm suami sampai rumah. Aku dah pesan suh suami tapaukan aku nasi sb since pagi ak just mkn biskut je. Tp kalau dah sakit, makan pon kurang selera. Pembaziran nasi suami belikan sebb aku just mkn 1/3 je.

Dah ready semua, rush amik afiqah humaira kat taska then terus ke hospital putrajaya. Putrajaya dibasahi hujan rahmat. Jam 5.00 aku lalui proses Ctg dan VE. Kekerapan contraction dah 2/10. And VE result dah 4cm. Doc terus suh aku masuk labor room.but before that masukkan ubat utk keluarkan semua najis.

6.15pm - doc amik darah untuk check hb value aku sb last ak check bulan 12, HB aku only 9.3. kira aku ada amnesia. Before tu ctg dah siap pasang. Tgh amik darah doc tanya aku nak epidural or ubat thn sakit. Konon tough, dua2 pon ak tolak. baru doc tu keluar, sakit yg aku rasa sampai buat aku nak muntah. Doc sorg lg terus offer antara dua mn aku nak. Sb dia tgk aku dah tak tahan sangat. Aku ckp aku just nk ubat thn sakit. X nk epidural. Then doc pecahkan air ketuban aku. Time tummg contraction makin menggila.menitis air mata aku. Dah la suami x masuk sb xde org nak jaga Afiqah. Tp demi Afiqah, mama jadi kuat to face it alone. Not alone actually.ramai je doc n nurse kat situ.

Kul 6.30pm - staff nurse masuk kasi injection pain killer. Ubat tak sempat berkesan, aku cakap kat nurse yg ada kt situ, aku dah rasa nak teran. Padahal 15mnt sebelum bukaan baru 4cm. in 5minit bukaan drastik jadi 10cm and i'm ready to deliver my bb boy.

Tepat 6.40pm, mengambil keberkatan jumaat penghulu segala hari, lahirla seorang bayi lelaki di muka bumi allah ini. Tapi yg lagi best, suami aku xtau aku dah bersalin sb aku x sempat nak reply last msj dari dia. Blur dia bila aku msj, abg dah azankan bb? terus gelabah dia cari nurse.

Alhamdullillah jugak, painkiller yg nurse inject before tu start berkesan time proses menjahit. Kalau x menjerit la aku kena jahit. Ni tak, siap tertido lagi. Doc bapa kali kejutkan aku sebab risau aku pengsan.

Walaupun aku ngan hubby macam tak keruan dua hari before BB AAA lahir kedunia, tapi proses bersalin aku sangat2 dipermudahkan. Sebab tu cpt2 aku blog kisah ni. Time kakak qah lahir, mama lom berkecimpung dlm dunia blogging lagi. Xde kenangan dicoret disini. But experience melahirkan kakak qah tetap terpahat dalam memori ingatan mama. N kisahnya hampir sama juga dengan situasi di atas.

Special thanks to all staff nurse n doc yang bertugas shift petang jumaat 11/01/13. korang semua memang baik2. memberi semangat dan kata perangsang pada aku menggantikan tempat suami aku. And buat suami tersayang, even abg tak teman ayang kat labour room, tp dua hari ni abg sgt2 membantu ayg. Terutama jaga Afiqah, n buat kerja rumah. Bayangkan org kuat tidur tetiba terpaksa bersengkang mata bawak kete 2 3 kali ulang alik ke putrajaya.sampai dah selsema ngan hampir nk demam.

Stop dulu coz nk tidor lak. Baru dah breastfeedkan bb walaupun susu hidup segan mati tak mahu. Hope by tomorrow rezeki lbh untuk bb. Amin. Taadaa.

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

azzpinky said...

Comeynye anak buah ak....xsabar nk jumpa...buatnya ptg ni jugak ak pegi umah mu Ma...huhuuu...tgk la cmne, nnt ak contact ye....

Peluk cium tuk Baby AAA...