Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, January 8, 2013

Entry Pembukaan 2013: Tengah Bersabar Ngan Satu Syarikat Courier.


Aku sedikit kecewa dengan perkhidmatan penghantaran oleh satu syarikat courier. Aku ada buat pembelian online dari satu website. Walaupun pembelian yang tidak seberapa harganya, tapi tak bermakna and boleh memperlekehkan aku sebagai pelanggan anda.

Ceritanya begini:

Aku telah membuat pembelian pada 27/12/2012. Dalam term ada menyatakan penghantaran akan dilakukan oleh syarikat penghantaran dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. (tidak termasuk cuti hari minggu dan cuti am). Disebabkan 27hb/12 tu pembelian aku buat dah agak petang, jadi confirmation tentang pembayaran aku terima pada 28hb/12. Agak-agak aku, paling lambat aku terima barang 2hb January 2013 la. So, everyday aku check purchase status aku dalam website yang aku beli barang tu. 29hb, 31hb, 1hb, 2hb aku checked still pending. Consignment no pon belum ada. Baiklah, aku still boleh sabar. Sebab benda murah je pon aku beli. Macam kalau tak dapat pon tak la putih mata sangat kan. Then 3hb checked lagi, and status dah bertukar jadi In Progress and diberikan sekali consignment no untuk barang aku.  So untuk mendapat kepastian, aku terus ke website syarikat penghantaran untuk tengok track barang tu dah sampai mana. Rupanya since 29hb lagi barang tu dah ada kat branch Shah Alam. Tapi aku tak marah sangat la, sebab aku bajet akhir tahun ni mesti terlepas pandang and ngan banyak cutinya kan. Ok fine. Aku xde hal. Macam aku cakap la, barang murah, tak la tensi sangat.

Lagipon, if courier services ni tak dapat nak hantar barang dia akan contact no phone kita. But until 7hb/01/2013 aku tak receive apa-apa parcel atau any call from them. Mula-mula aku macam, xpe la barang tak sampai. Bukan rezeki aku la tu. Tapi tetiba rasa macam, eh! Mana hak aku sebagai pelanggan. Then aku called HQ diorang nak tanya status barang aku tu. And they asked me to called Shah Alam branch sebab barang tu should be dah ada kat sana. Yang aku hangin nya, nak dapat call Shah Alam branch macam nak call PM. Asyik xde yang pick up. Disebabkan company aku guna sevice diorang untuk hantar barang or document, so aku mintak tolong colleague aku pass kan phone if dia dapat call sana. End tengah hari semalam, dapat la aku cakap ngan pekerja syarikat tu.
Yes, barang aku memang ada kat sana. Yang aku hangin, dia siap boleh tanya aku, ni nak self pickup ke nak kita hantar. Macam bangangkan. Barang tu dah terperuk kat situ seminggu, baru kau nak tanya aku. Yang lagi aku bengang, sebab aku yang call diorang tanya. If tak, jawabnya memang barang tu lepak kat situ sampai bila-bila la kan. Tapi semalam, cerita tu tak habis lagi. Time lunch, ada sorang pekerja syarikat tu called aku inform yang dia akan serahkan barang aku pada budak yang akan datang amik document kat company aku. Aku cakap, ok xde hal. Tapi bila budak tu sampai, budak tu leh jawab, xde pon sape-sape bagi document suruh hantar kat sini.  Tapi aku ada buat satu kesilapan sebab tak tanya nama budak yang called aku tu. atoi.

Pagi tadi dalam kul 10a.m, aku call balik diorang nak check barang aku. and lepas dia amik detail aku, dia janji nak call aku balik dalam setengah jam lagi. Tapi ni dah nak masuk dua jam still xde lagi budak ni call aku. Aku still tunggu. Kalau sampai lunch tak call juga, aku akan call diorang balik. Aku ni memang tak suka nak marah-marah orang. Tapi gitu la, sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan and aku rasa company ni ada ISO yang diorang follow, they should not pandang ringan dengan setiap barang pelanggan diorang.  Even barang tu harga rm10 hinggit sekalipon, but we pay you ok. Not for free.  Aku pon dah karang email panjang mengalahkan karangan waktu SPM dulu.  Just nak tekan butang send je ni.  Aku ngah bersabar ni. Sabar sabar.

1 comment:

Mimie_Zatun said...

alhamdulillah sepanjang beli online ni takde masalah macam ko Ma..
sabar la..
ak bru order brg online jgk smlm..
tgh tnggu brg hr ni...
sabarlah wahai sahabat...
tapi kalau ak jd ko pn ak hangin..
huhuhu