Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, February 20, 2013

Check up Afiq Amsyar & Kak Iqah Injured

Assalamualaikum,

Semalam 19 Feb 2013, kami (hubby and I) ke Klinik Desa Jalan Kebun (KD) untuk checkup  sebulan and cucuk Hep B dos ke2 Afiq Amsyar. Ini adalah kali pertama aku jejak kaki ke KD. Ye la, masa preggy tak pernah buka buku mengandung ngan kerajaan. Memang blur jugak la. Memang jenis blur sokmo pon. Hubby amik half day sebelah petang. Konon nak tunggu depan KD la dengan harapan leh siap cepat. skali tengok jam baru 1.45p.m. KD bukak kul 2.00p.m. Hubby kata kita gi tapau lauk dulu la. Siap-siap tapau lauk, terus gerak ke KD. tengok dah ada yang menunggu. Then sekejapan je, berdoyon-doyon kete masuk ke perkarangan KD. Petang pon dah ramai orang, pagi aku tak tahu la. mesti lagi ramai. Untuk pengetahuan semua (orang lain maybe dah tahu, tapi aku baru tahu, so nak kena bagi tahu jugak), Selasa & Rabu merupakan hari untuk anak-anak. so nak cucuk ke checkup anak ke hanyala pada dua hari ni je. Aku tengok kat papan kenyataan diorang, sesi pagi untuk anak-anak and sesi petang untuk perancang keluarga. Tapi aku tengok yang datang semua nak checkup anak je. Dari jumlah manusia yang datang KD, memang takdenya sempat buat satu sesi je.

Bila nurse buka je pintu klinik, semua macam nak menyerbu. Ok la,nombor aku 75. Start no petang tu 69. tak lama sangat la menunggu. so far bagi aku, perkhidmatan kat KD Jalan Kebun adalah efficient. Bila nama dipanggil, nurse suh kita bukak baju baby tinggal diapers je. Disebabkan AFiq Amsyar pertama kali datang, and lom ada buku rekod kesihatan (lepas bersalin dapat kertas dua helai je rekod kesihatan Afiq lepas bersalin) nurse mintak surat beranak. lega la lakiku bawak. then dia bukakkan buku untuk Afiq Amsyar.



Biru untuk boiboi boy Afiq Amsyar

Lepas dah buka buku, nurse suh letak bb kat tempat mengukur panjang and lilit kepala. Then, buka diapers untuk check berat bb.

Keputusan untuk ketiga-tiga tu: Berat Afiq Amsyar sekarang dah 4.5kg, Panjang 54cm & ukur lilit kepala 37cm. Ada peningkatan untuk ketiga-tiga perkara.

oopss!! seksi la plop. Tengok la dagu saya yang berlapis.

lepas dah check semua tu, kena tunggu panggil no untuk jumpa nurse. nak check fizikal baby. Alhamdullillah, everything is normal. Nothing abnormal yang di detect. and nurse telah setkan next appointment for 2 months checkup pada 25/03/2013 untuk sesi petang. Next checkup nak kena jumpa doctor.  Dah settle tu, kena tunggu lagi untuk sesi cucuk mencucuk. tunggu kejap, nurse dah panggil. memang tak sampai sejam la tunggu untuk settle semua. For the first time, KD Jalan Kebun bagi good impression and buat aku tak nyesal untuk datang sini lagi.

Cerita Afiq Amsayar kena cucuk plak, jarum menjunam je dalam daging terus dia menangis sekuat hati. sampai nak masuk kereta pon still nangis.  Ayork, apa ni anak jantan nangis. Kakak Iqah dulu, tak pernah nangis kena cucuk. Tapi Kak Iqah memang special. bab mandi, jumpa doctor dia memang terbaik la. Orang lain (termasuk mama dia) kalau balik kampung, kul 10 baru mandi, sebab sejuk gila air kat sana. tapi Afiqah Humaira, bangun tidur kul 6, terus cakap Kak Iqah nak mandi. bukak baju, diapers, masuk bilik air, mandi sendiri. Kalau sejuk sangat, dia akan cakap, "mama tujok." Tapi tetap teruskan main air. Kalau dia lelah kena nebu pon xde nak nangis jerit-jerit, siap dia pegang sendiri lagi.

Last week, cuti CNY, kami balik kampung. dah alang-alang balik, sempat la buat majlis cukur jambul Afiq Amsyar. Tapi buat simple-simple je la. xde buaian cantik-cantik. just jemput orang surau untuk marhaban, jiran-jiran and sedara mara. nanti kita story pasal majlis cukur jambul bidang terjun. Kat kampung ada kucing. Ku ingatkan Afiqah takut la ngan kucing. Oh tidak! selamba rock dia je tarik ekor, angkat kucing tu. skali time dia tarik ekor, kucing tu cakar jari dia. tapi dia selamba je. xde sakit ke apa. luka tu papa dia just sapu minyak gamat. ingat xde pape la. Kami balik Shah Alam weekend lepas. Ahad pagi, Afiqah mandi, tetiba dia cakap kat mama tangan dia sakit. Tapi time tu, Afiq Amsyar ngah menyusu, terus terlupa nak tengok tangan dia. Papa yang perasan jari dia bengkak and dah start bernanah time nak lap tangan dia yang kotor sebab makan coklat. terus on the spot bawak pergi klinik sebab dah tau infection kena cakar kucing. Kena minor surgery la jari Afiqah. Tapi Afiqah ni memang tough kot. doc just sapu alcohol then cucuk jarum sedut nanah, belah jari dia ngan pisau, sikit pon dia x nangis. cuma time doc tekan nak bagi nanah keluar semua je dia nangis sikit. dua hari gak kena gi klinik cuci luka. berbalut jari anakku

Budak injured tapi tetap aktif tak macam orang sakit.

itula dulu kisah anakanda ku dua orang tu. nanti ada kisah baru akan update lagi.

p/s: Afiq Amsyar dah respond bila kita sembang ngan dia. dah balas senyum kita. kepala pon dah tegak bila didudukkan. cepat-cepat leh meniarap ye Afiq.

1 comment:

antalya said...

salam kenalan.about taska tu actually taska tu kt dlm kwsn perumahan bandar putera 2. area jalan johan setia dah tu.bkn jln kebun.
klinik desa jln kebun kalo dtg pg mmg pack giler.sy pon bwk ank checkup on 19feb tu tp dtg pg