Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, May 3, 2012

Entry Seminggu: Balik Kampung

Assalamualaikum...

Sebenarnya, dua hari lepas nak post entry baru, tapi sb busy sangat, terus x jadi.
Now, time lunch hour, malas nak kuar (dah makan ngan auditor, kul 11 dah lunch, awal nak mampsss) jadi amik peluang update blog.

Last week, after keje sabtu tu, terus balik ke kampung halaman tercinta, Koberang (read as Kuala Berang). dah lama gak la tak balik kampung. so sempena cuti hari pekerja 1 May, kita mintak cuti isnin and extra lg sehari, hari rabu. Konon, kalau selasa nak balik shah alam, kompom jammed.

Aktiviti balik kampung, banyak lepak umah my parents and then balik kampung jumpa my FIL. Suka la Afiqah, semua orang layankan dia. Apatah lagi my FIL. Itula sorang cucundanya (my hubby kan anak sulong. my parents dah berbelas orang cucu. Tapi kepulangan Afiqah memang dinanti nanti. Kepulangan mak ayah AFiqah takder orang nak heran. hahahah.)

Before balik kampung, dah discuss ngan en ahmad, nak bawak Afiqah pergi mandi Air Terjun Sekayu. So. Ahad kan Terengganu keje, jadi kompom tak ramai orang mandi manda. kalau pergi weekend n public holiday, for sure ramai gila umat manusia kat sana. Sebab my niece sorang tu monteng skolah (jangan ikut perangai ini ye adik2) so, dia pon ikut kami sama. (kebetulan lak air takde kat umah, so pergi mandi kat sana la.) Tapi smpai sana, mak pak nya yg over eksited. anaknya, baru masuk air dah sejuk sejuk. dari awal smpai ke dah nak balik, sejuk sejuk. geram nya mak nya ni rasa. so xlama la berendam dalam air tu. (gambar xder sebab malas nak bawak kamera or hp kat air terjun. takut masuk dalam air. tak pepasal menangis tak berlagu) Tapi kan syok sangat2 dapat berendam dalam air yang sejuk dan nyaman. dengan cuaca yang panas terik sekarang, memang rasa nak makan, minum, tidur dalam air je. tak mau kuar2. (over tau)

tapi balik kali ni ak tak sempat pergi makan ikan, sotong, or udang celup tepung. (tiap kali balik kampung, ni antara aktiviti wajib la) lega mak tak mengidam u. kalau tak kempunan i nnt. ouchhh!! (dah macam nyah bunyinya. Goli Mat.) Nak makan celup tepung apa nya lagi, dah kat umah pon melantak tak hingat. (ni la perkara paling ak tak suka bila balik kg. Memang kompom la berat mencanak canak naik. Balik shah alam, kita diet balik hokeyyy.) Mak ak masak gulai ayam kampung, sayur keladi (ni peberet laki ak.) and pagi2 sarapan nasi kerabu my mom. (TERBAIK!!!) 

balik kg haritu jugak, ak dapat melawat sekolah lama ku. Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT). tapi masuk kejap je pon. (kejap pon ok what, dari langsung xder kan?) antar my niece balik asrama. dah banyak berubah ye SMTT. Zatun n Na, ak rindu zaman sekolah dulu. Geng Jalan Ribut. Tapikan, ak sadis tengok asrama, tak berubah2 dari dulu smpai sekarang. Blok gamma tu masih buruk seperti dulu. hahahha.

Banyak la ak mengarut harini. pape pon, 8hb ni besday my hubby. tak tahu nak beli hadiah apa kat dia. tapi boleh dia mintak ak belikan tayar kete dua biji sb tayar kete ak dah start nak menunjukkan tanda2 botak sebelah. (dah macam kepala orang la plak kan?) bagus kan laki ak. hadiah untuk dia pon masih ada relate ngan ak gak. kira tak la dia nak enjoy sorang2. (tapi kalau besday ak, hadiah xleh share2. hahahha. ko igt senang orang nak bagi hadiah? )

sebelum menutup tirai entry kali ni, terima la gambar terbaru dari Afiqah Humaira Comot.

pakai sweater  kak cha....
mama nak capture gambar dia pon susah...
xduduk diam. semua gambar macam angin.. ini je yang nampak elok sikit rupannya...
tu pon tengok tangan...seperti kelajuan angin...



No comments: