Lirik Lagu
Bahagiamu Deritaku – Hafiz
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku
trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan
cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku
trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Masa dalam kereta, lagu ni keluar. Then en suami cakap, lagu
ni pasal apa?
Macam desperate sangat je mamat ni. Kena tinggal ngan awek
ke?
Hahaha. Terus terbantut segala feeling aku. aku kalau dengar
lagu ni memang melalak penuh perasaan.
Padahal tak paham pon lagu pasal apa. Lagipon aku mmg suka
suara hafiz. Aku rasa dia ni macam Bruno Mars la. suara yang sangat sedap
didengar.
Tak sangka lak laki aku ni menghayati tiap bait-bait lirik
lagu ni.
Aku ni plak jenis dengar sedap untuk jadi halwa telinga, aku
layan je.
Lirik aku main tibai je. tu yang kadang kelaut buat lirik
sendiri. Bajet ingat, kalau silap aku gelak.
Tapi tetap sepenuh perasaan.
Tak pernah terpikir langsung maksud lagu tu. tak pernah
sampai terpikir yang time Hafiz nyanyi lagu ni bawak mood desperate kena
tinggal ngan awek.
Apolai den pon terus la semangat check lirik lagu ni.
Pastu siap buat kupasan lagi ngan en suami.
Kesimpulan aku la, lagu ni pasal awek lama dia dah ada bf
baru, tapi dia still lagi sayang awek dia tu.
Pasal awek dia tinggalkan dia tu, aku rasa tak kot. Aku berpendapat
yang maybe time dia bercinta ngan gf dia tu, dia macam tak berapa caring and
menghargai that girl sepenuh hati, then perempuan tu jauh hati ngan dia. lepas
dah putus baru dia rasa menyesal. Gitu. So bila tengok awek lama bahagia,
ketidakpuasan dan kejelesan datang menyerang. Tu la, dulu time orang tu sayang
kat ko taknak jaga betul-betul. Bila orang tu dah bahagia ngan orang lain baru
ko nak sedih-sedih. (bayangkan time aku
bercakap ngan laki aku penuh perasaan, ala-ala macam hafiz tu ex-bf aku. then
aku memadankan muka dia. Boleh?)
Laki aku plak cakap, hafiz nak cakap pompuan ni jahat
tinggalkan dia terkontang kanting sorang-sorang. Then bila dah ada bf baru gi
tayang-tayang depan ex-bf. Bf lak still sayang n tak marah, tu yang takleh
terima hakikat. Kira lagu ni nak tunjuk pompuan salah tapi dalam bahasa yang
tersirat gitu.
Lihatla betapa berbeza nya pendapat laki bini ini. Yang aku
sure la bela perempuan, yang laki aku plak tetap side lelaki. Pasal lagupon leh
jadi topic. Nasib different pendapat tak sampai gaduh.
Sowi la entry ntah apa-apa. Hahaha.
Pagi tadi kan YB Khairy Jamaluddin (KJ) dtg kat Hotfm. Tak
sangka plak aku ni minat kat dia sampai tertunggu. Jangan plak ada yang marah-marah aku sebab
suka kat KJ then cakap aku macai BN. Aku suka tengok dia sebab dia nampak
berkarisma n macho. Bagi aku contoh sape lagi YB yang macho ala-ala KJ ni dari
parti lain? Standard r diakan ala-ala selebriti gitu. Dia pon memang dress up
mmg smart sentiasa. Tapi kalau dia
senyum aku macam kureng sikit. Aku suka bila dia serius, and gambar dia time
candid. Hahaha. Bengong je cerita pasal jantan lain kat blog. Tapi takpe, laki
aku tahu. Sokmo cerita ngan dia. Cakap KJ ni smart la. Tapi ada gak bab-bab
yang aku tak suka, kutuk tetap kutuk. Hehehe.
K la, tu je nak citer. See you next
entry. Hehee.
No comments:
Post a Comment