Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, January 12, 2013

Bersiaran dari ward pusat bersalin berisiko rendah presint 8

Assalamualaikum.

Alhamdullillah, aku telah selamat melahirkan anakanda kedua ku seberat 2.85kg di hospital putrajaya tepat jam 640p.m selepas dua kali kena halau balik sb false alarm and bukaan baru 1cm.

Alhamdullillah sangat sb proses bersalin aku dipermudahkan. Doc estimate kul 10mlm aku bersalin, tapi just 30minute check in di katil labour room aku selamat melahirkan putera pertamaku, adidanda kepada puteri sulongku tersayang, kakak Qah.

Seperti yg diceritakan entry sebelah, lepas dihalau pulang, sakit contraction makin kuat. Aku jd xtau bila nak pergi ke hospital kembali. Suami bekerja hari ni, tapi sb aku rasa makin sakit,aku suh suami balik lepas selesai solat jumaat. Dengan cuaca yang hujan,around 330pm suami sampai rumah. Aku dah pesan suh suami tapaukan aku nasi sb since pagi ak just mkn biskut je. Tp kalau dah sakit, makan pon kurang selera. Pembaziran nasi suami belikan sebb aku just mkn 1/3 je.

Dah ready semua, rush amik afiqah humaira kat taska then terus ke hospital putrajaya. Putrajaya dibasahi hujan rahmat. Jam 5.00 aku lalui proses Ctg dan VE. Kekerapan contraction dah 2/10. And VE result dah 4cm. Doc terus suh aku masuk labor room.but before that masukkan ubat utk keluarkan semua najis.

6.15pm - doc amik darah untuk check hb value aku sb last ak check bulan 12, HB aku only 9.3. kira aku ada amnesia. Before tu ctg dah siap pasang. Tgh amik darah doc tanya aku nak epidural or ubat thn sakit. Konon tough, dua2 pon ak tolak. baru doc tu keluar, sakit yg aku rasa sampai buat aku nak muntah. Doc sorg lg terus offer antara dua mn aku nak. Sb dia tgk aku dah tak tahan sangat. Aku ckp aku just nk ubat thn sakit. X nk epidural. Then doc pecahkan air ketuban aku. Time tummg contraction makin menggila.menitis air mata aku. Dah la suami x masuk sb xde org nak jaga Afiqah. Tp demi Afiqah, mama jadi kuat to face it alone. Not alone actually.ramai je doc n nurse kat situ.

Kul 6.30pm - staff nurse masuk kasi injection pain killer. Ubat tak sempat berkesan, aku cakap kat nurse yg ada kt situ, aku dah rasa nak teran. Padahal 15mnt sebelum bukaan baru 4cm. in 5minit bukaan drastik jadi 10cm and i'm ready to deliver my bb boy.

Tepat 6.40pm, mengambil keberkatan jumaat penghulu segala hari, lahirla seorang bayi lelaki di muka bumi allah ini. Tapi yg lagi best, suami aku xtau aku dah bersalin sb aku x sempat nak reply last msj dari dia. Blur dia bila aku msj, abg dah azankan bb? terus gelabah dia cari nurse.

Alhamdullillah jugak, painkiller yg nurse inject before tu start berkesan time proses menjahit. Kalau x menjerit la aku kena jahit. Ni tak, siap tertido lagi. Doc bapa kali kejutkan aku sebab risau aku pengsan.

Walaupun aku ngan hubby macam tak keruan dua hari before BB AAA lahir kedunia, tapi proses bersalin aku sangat2 dipermudahkan. Sebab tu cpt2 aku blog kisah ni. Time kakak qah lahir, mama lom berkecimpung dlm dunia blogging lagi. Xde kenangan dicoret disini. But experience melahirkan kakak qah tetap terpahat dalam memori ingatan mama. N kisahnya hampir sama juga dengan situasi di atas.

Special thanks to all staff nurse n doc yang bertugas shift petang jumaat 11/01/13. korang semua memang baik2. memberi semangat dan kata perangsang pada aku menggantikan tempat suami aku. And buat suami tersayang, even abg tak teman ayang kat labour room, tp dua hari ni abg sgt2 membantu ayg. Terutama jaga Afiqah, n buat kerja rumah. Bayangkan org kuat tidur tetiba terpaksa bersengkang mata bawak kete 2 3 kali ulang alik ke putrajaya.sampai dah selsema ngan hampir nk demam.

Stop dulu coz nk tidor lak. Baru dah breastfeedkan bb walaupun susu hidup segan mati tak mahu. Hope by tomorrow rezeki lbh untuk bb. Amin. Taadaa.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 11, 2013

BERSIARAN DARI RUMAH SAMBIL LAYAN CONTRACTION

Assalamualaikum...

Kewl tak tajuk entry harini?

Ni bukan cobaan, ni betul-betul. 

Let's story what actually my condition right now.

Early morning 9th January 2013 - Kuar lendir campur darah. malamnya, rasa macam contraction every 10 minutes. Pergi hospital, tetiba sakit tu tak de terus. Tapi kalau dah menyerah kat hospital, sure CTG and VE adalah wajib. So far, heartbeat baby sangat bagus and contraction sangat mild. VE result, ada bukaan lbh kurang 1cm. Jadinya kena halau balik.

Malam 10hb January.- contraction start for every 5 minutes. memang consistence. tapi macam ragu-ragu nak pergi hospital. sebab takut kena balik lagi.

Pagi 11hb January - Jam pukul 0230 pagi. sakit makin kerap. Seriously aku memang tak tahan. so ajak gak suami pergi hospital. xkisah la kena halau pon. sebab atleast tahu condition macamana kan. memang contraction dah ada, tapi bukaan still 1cm lebih-lebih bak kata doc yang check tu. So doc suh balik. Bila dah rasa sakit lagi baru datang. dia estimate, esok malam kot bersalin. Tapi nak komplen sikit doc kali ni. Tahu la pagi buta, sure penat dah keje semalaman. Tapi cara dia bercakap, ala malas nak layan sangat. Dah la buat VE, pastu xleh bagi exactly berapa cm. Nurse siap cakap kat aku, patot awak tanya dia berapa cm sebenarnya doctor. Mana boleh cakap 1cm lebih-lebih camtu. Tapi nurse tu baik sangat. siap ajak sembang-sembang lagi. Tapi now aku confius sebab doc tu cakap bila sakit datang balik. masalahnya aku dah rasa sakit. so apa lagi tanda yang aku boleh tahu bila lagi sepatotnya aku pergi serah diri. Air ketuban pecah? Kalau dia taknak pecah macamana? Time bersalinkan AFiqah dulu, 6cm pon tak pecah sendiri. Doc yang datang pecahkan. Then dia kata, bila bukaan around 4cm datang la balik. Dah tu macamana aku nak tahu dah berapa cm. bukan aku boleh check sendiri pon.

Now aku kat rumah sorang-sorang melayan sakit yang datang every 5 minutes.Afiqah aku suh suami antar pergi taska, sebab aku takut tak terlayan dia. Suami lak gi kerja. Tapi tiap sejam kol tanya aku ok ke tak. So far aku rasa boleh tahan lagi. Aku tak sure, rasa sakit tu macam makin sakit dari semalam ke macaman. tapi yang pasti baring tak senang, duduk tak senang, berjalan  lagi la tak senang sebab rasa macam ada benda nak jatuh keluar je. Ingat nak gi keje je. Tapi kalau aku pergi pon belum tentu aku boleh buat kerja. sure hilang kosentrasi sebab layan sakit. so tengokla macamana. selagi aku leh tahan, aku tahan la dari pergi hospital. Lagipon, baby still aktif lagi. leh rasa pergerakan dia. Or maybe dah rasa macam nak teran baru gi spital kot. 

kepada sedara mara and rakan-rakan yang baca blog ni, doakan la aku cepat-cepat bersalin ye. Rasa macam nak menangis layan sakit ni. Tapi aku takut nak pergi lagi hospital, sebab sure kena seluk lagi. kalau bukaan dah lebih 3 or 4 cm ok la. ni takut jadi macam semalam lagi. aku jer beria rasa sakit gila. rupanya bukaan tetap sama. then kena halau balik umah. Kesian laki ngan Afiqah. Dah la Afiqah pon tak sihat. Asthma menyerang kembali. batuk ngan muntah je dari semalam. tapi lega dia nak minum air garam lepas muntah. risau dia dehydrate. Doakan aku ye semua. 

Sebelum tu mintak ampun dan maaf pada semua kalau pernah ada terbuat anda terasa hati or pape la. nanti dah bersalin aku update lagi. see ya.

Wednesday, January 9, 2013

Review Set Bersalin Tropical Herbs Amway


Harini nak kongsi sikit pengalaman aku sendiri menggunakan Set Bersalin Tropical Herbs dari Amway. Tapi diingatkan, penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis bukan info berdasarkan fakta saintific ye. Ini adalah testimonial dari seorang pengguna. Keberkesanan sesuatu produk adalah bergantung kepada tubuh individu itu sendiri. (MLM habis ayat aku. Huhuhu)

Set bersalin tropical herbs ni ada 10 item semuanya + satu free bengkung. Aku ada beberapa reason kenapa aku pilih produk ni berbanding dengan produk lain yang ada dipasaran. Disini aku listkan sebab-sebabnya:

  • Terpengaruh dengan review orang ramai kat forum- time tu suka layan forum. Tak kenal lagipon blog-blog semua ni. so semua pon duk bincang dalam forum je. bila ramai yang duk suggest produk ni, sedikit sebanyak mak terpengaruh nok.

  • Set ni antara yang paling murah. Harga bawah dari RM300 – Set ni bukan la set paling murah dipasaran. Ada je yang lagi murah. Yang jamu-jamu kat pasaran tu murah je or boleh je beli kat klinik ubat berpantang ni. Tapi aku kan konon-konon orang muda yang moden, so xnak kalah beli produk yang ala-ala glemer gitu. Konon kalau beli ubat kat klinik ke jamu ke takde kelas la. (jangan ikut aku) Time tu yang femes tak silap aku Sendayu Tinggi la. Yang ammy 60 days kalau tak silap. Yang tu kan time tu kalau tak silap aku dekat rm400 kot, tak pon lebih lagi. Jamu mak dara pon ala-ala baru nak femes (sebab time tu tak banyak review pasal jamu mak dara ni) and harga pon lebih rm300. Nona roguy  or sekarang dah jadi NR pon lebih RM300. Tropical Herbs ni harga time aku beli RM287. Still dalam range harga budget aku la.

  • Set adalah termasuk bengkung – first time bersalin, mestila semua benda nak baru. Tapi nak beli asing kedekut. Disebabkan set bersalin ni memang dah termasuk bengkung, tu yang terus aku ok. Lagipon bengkung dia best pakai. Bengkung tu cover dari bawah dada sampai ke paha. And satu lagi senang nak pakai. Xyah orang assist pon. Aku pakai sendiri je. kau baring then masukkan tali-tali tu dalam compartment yang tersedia. Then ketatkan ikut keselesaan diri sendiri. Lepas balik kampung berpantang, rupanya kakak aku dah ready tinggal bengkung dia untuk aku guna. Tapi bengkung kakak aku tu macam pendek. Then kena lilit-lilit yang macam bengkung tradisional. Bila pakai lama-lama macam jadi naik keatas plak. Kurang selesa bagi aku. Tapi aku guna jugak la bengkung kakak aku tu bila aku basuh bengkung aku.

  • Jamu dalam bentuk kapsul and satu jenis je skali makan – aku ni bukan orang yang pandai makan jamu serbuk tu semua. Bila dalam bentuk kapsul, ko telan je. Lagipon sehari satu jenis je. takde la pening tetiba ko rasa macam, Eh! yang ni aku dah makan ke belum tadi. Kiranya untuk orang yang sedikit pelupa macam aku, memang sangat sesuai.


Aku bagi empat sebab kenapa aku pilih tropical herbs ni. sebab kalau aku letak lagi, makin berjela-jela la entry aku kali ni. Macam aku bagitahu kat atas tadi, dalam ni ada 10 item + free bengkung. Tapi sebab aku adalah manusia yang tidak berdisiplin, dari 10 item tu, hanya 8 je yang aku guna and yang habis semua hanya 5 benda. Last month balik kampung cari barang-barang yang masih boleh guna, terjumpa la segala benda yang aku tak sentuh lagi. Membebel laki aku. Perabih boreh yo beli mahal-mahal. Last2 yang guna dua tiga benda je. Meh aku list item dalam set bersalin tu:



  • Teh Herba – Habis. Mestila habis sebab konon nak slim cepat.

  • Kapsul lepas bersalin 1 – pon habis. Reason adalah sama seperti diatas

  • Kapsul lepas bersalin 2 – habis jugak. Reason tetap sama

  • Herba pembersih wanita – Ini guna awal-awal je. lepas luka dah kering, terus aku lupakan. Ada lagi balance dalam kotak.

  • Herba mandian – Ni pon sama. Awal-awal je rajin nak merebus, semua. Lepas dah beberapa minggu, xde maknanya.

  • Minyak urut herba – ni makcik yang mengurut guna campur sama minyak dia bawak untuk mengurut aku. lepas tu aku ada gak guna nak urut kaki aku ke and sapu bila aku rasa perlu. And minyak ni habis sebab tumpah, bukan sebab guna sepenuhnya. tapi kita kira habis la ye.

  •  Minyak bayi- guna jugak bila Afiqah kembung. Tapi macam kurang effective je sebab last2 kitorang guna minyak yun yee je. Tapi untuk BB AAA, aku tak beli minyak yun yee (sebab ada pertikaian tentang isu kehalalannya), kali ni beli minyak telon je. Tapi minyak bayi ni habis jugak la. sebab kalau tetiba rasa pening ke, sakit perut ke, aku guna untuk diri sendiri jugak.

  •  Campuran peramping perut – yang ni still ada beberapa sachet lagi. Walaupun semangat nak rampingkan perut, tapi aku ni mana boleh kalau benda tu buat aku rasa leceh. Jadinya sekerat jalan la. Aku ni pemalas nak bancuh2 then sapu kat perut ni. pastu bila kering, jadi berdebu, mulala aku rimas. So last aku beli je krim mustajab. Sapu then pakai bengkung.
  • Campuran penghangat badan @ param – langsung aku tak guna.

  • Campuran penenang @ Pilis – pon aku tak guna. Aku memang tak reti nak bertempek-tempek atas dahi semua ni. Sebabnya duk tengok drama kat tv la, bila berpantang je kepala bertempek hitam, macam orang tak sihat je aku tengok. Lembik, lemah je. hahaha. Psyco je aku ni. mungkin sebab aku tak pakai pilis, yang otak jadi weng sikit lepas bersalin. Macam otak masuk air.

Dari penggunaan aku tu, rasanya macam tak layak nak ratekan produk ni berapa bintang. Sebab dah ko sendiri tak berapa disiplin, lagi nak kata benda tu bagus tak bagus. Tapi sebagai pengguna, aku puas hati ngan produk bersalin tropical herbs dari amway ni. Produk ni banyak membantu aku kurus balik lepas bersalin. Tapi nak dapatkan perut yang flat, syarat utama silalah berbengkung. Yang lain 20hari pertama je kot aku bersungguh. Tapi bengkung, memang aku pakai sampai 44hari and lepas tu sambung pakai corset. Tak tinggal. Then siap pakai seluar getah lagi, nak bagi cepat berpeluh and ramping kembali.

Untuk kali ni, aku tukar angin sikit. Aku beli set bersalin NR. Sebab item dalam set tu aku rasa yang penting je. Lagipon banyak good review tentang Phytonatal tu. so nak la trykan. Nanti dah habis pantang, aku akan review tentang set Herbanika Nona Roguy plak k. Untuk yang nak try amway pon dialu alukan, sebab tropical herbs ni bagi aku bagus. Tapi untuk aku yang hangat-hangat tahi ayam memang lupakan je la. sebab kalau beli jugak amway ni, jawabnya, berpeket-peket la param ngan pilis kat rumah aku tu. then aku akan dengar leteran lakiku untuk kesekian kalinya.

Sekian review dari aku pengguna tropical herbs amway. Aku tak dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk promo mana-mana produk bersalin. and aku pon xde bisnes jual-jual set bersalin. sape-sape yang berminat nak beli mana-mana set bersalin, boleh google je ye. banyak kedai online yang jual. tapi kalau korang nak beli set bersalin NR yang murah boleh try cari Puan Ice (Klik sini untuk ke fanpage). Ice ni kerja dia sebagai Confinement Lady. Suka baca FB dia tentang berpantang and pengalaman hidup dia. Tak sangka orangnya muda lagi, tapi pandai tentang pantang berpantang ni. kagum I dengan dia. 

Oklah, jumpa lagi for the next entry. Taadaa.

Tuesday, January 8, 2013

Mood Tak Sabar.


Harini genap 38weeks kalau ikut calculation aku. (kalau ikut yang doc bagi, now 37weeks 5days.)  Maknanya, anytime la BB AAA nak kuar jumpa papa, mama and kakak Qah. But until today, still no sign nak bersalin. Aku dah macam stress sebab nak BB AAA cepat-cepat kuar. Aku dah tak larat menangung sakit pinggang sebenarnya. Bayangkan, since early pregnancy, pinggang aku ni asyik la sakit. Macam nenek tua dah rasanya. Kalau berdiri lama sikit, rasa macam menyucuk-nyucuk je. Kalau baring terlentang, memang lepas tu nak bangun memang siksa. Yang lagi best, siap bila nak start berjalan, tetiba peha jadi macam lembik, nak jatuh. Lain orang, lain masalahkan. Ada yang morning sickness tahap kronik. Alhamdullillah, aku memang takde langsung morning sickness, tapi diuji ngan sakit pinggang dari awal sampai akhir. Tapi xpe. Itula pengalaman. First pregnancy, lain cabarannya. Yang seterusnya ada la cabaran yang tersendiri. Tapi seriously, aku macam dah lupa macamana rasa sakit contraction. Dah la laki aku asyik tanya, ada rasa sakit tak. Memang la ada rasa sakit macam perut mengeras tiba-tiba, and bila nak berjalan rasa macam sakit kat bawah tu, macam ada benda tekan. Then asyik sakit perut macam nak membuang. Tapi sebenarnya tak. Tapi tak la kerap pon. rasanya dua jam sekali kot rasa macam tu.  so aku assume tu bukan tanda contraction, sebab macam lain je rasa compare masa nak bersalinkan Afiqah dulu. Gila blur aku ni. Hahaha.OK, Stop talking about that.

Preparation untuk bersalin dah ready ke? Actually, baru ahad malam lepas aku siap kemas bag untuk BB AAA and bag aku, siap pagi ni. Ni cara-cara orang yang tak sabar nak bersalin? Nampak macam penipu sangat tak sabar. Hahaha. Ntahla, baru minggu ni dapat mood nak ready barang-barang nak bawak pergi hospital. Tuy pon, duk bertangguh juga. Lakiku dah bising-bising. Jalan kemana-mana. buat tetiba nak bersalin, dah kelam kabut jadinya. Tapi tu la, instinct kuat kata last week lom nak bersalin. Tapi this week risau gak kan. Tu yang pagi tadi kuatkan semangat kerajinan kemas barang aku. huhuhu. Baju BB AAA pon weekend baru ni siap aku mendobi. Nasibla Ahad tu cuaca cerah je. Jemur pagi, tengah hari dah kering. Buat hujan melanda macam hari-hari biasa, tersengih la aku nak menunggu baju kering. Jadi pagini dah siap-siap letak bag dalam bonet kereta. Jangan time nak bersalin terbawak kete laki sudah la. Tapi no problem kot. Skg baby pon dah ada baju hospitalkan? Sama ngan mommy dia. So sempat la encik suami balik amik barang-barang. If tak, kita balut je baby ngan selimut hospital. Boleh?

Orang cakap, bila dah anak kedua, ketiga dan seterusnya dah kurang excitedkan? Bukan la tak excited macam ala mak tak kisah pon apa jadi, bila ko nak kuar, barang ko nanti2 la aku beli. Tu dah macam tak nak je dia lahirkan. Kejam sangat la macam tu. maksud kurang excited tu, masa first anak, time tahu pregnant, time2 tu nak beli segala barang. Macam tak sempat-sempat. Yang second ni biasa, dah rasa nak dekat bersalin pon, leh relax2 lagi gi cari barang. Lagipon barang pon banyak recycle yang kakak or abang punya je. Aku pon sama gak la. tapi xde la semua benda nak recycle. Ada yang perlu beli baru, aku beli la. Takde la kedukut tahap tangkai jering. Tapi apa yang boleh dielakkan beli, kita hold dulu. Berjimat cermat tu kan amalan mulia. Walaupun kadang rasa macam, kesiannya anak aku, kena guna barang lama. Kakak kau dulu semua baru. (tapi Afiqah pon banyak gak guna barang sepupu-sepupu dia dulu. Nak wat macamana, anak buah ramai.) Baju-baju just beli sikit je. Sebab yang tu boleh beli kemudian-kemudian. Botol susu pon, langsung aku tak beli. Sebab niat nak breastfeed. Lepas dah nak habis pantang baru ajar guna botol. Macam Afiqah dulu gak. And alhamdullillah, boleh dikatakan hampir 90% barang-barang dalam checklist dah ready. Tu tandanya kami memang dah tak sabar nak jumpa my BB AAA.

Cepatla BB AAA kuar. Tak sabar nak jumpa kamu. Tak sabar nak tengok reaksi Kakak Qah bila nampak baby in person. Selama ni duk jawab BB A dalam peyut mama. Macamana la dia bila BB duk depan dia. Hopefully dia ok la and leh adapt cepat-cepat ngan situasi baru. Serious aku dah tak sabar ni.                     (-_________-)

Entry Pembukaan 2013: Tengah Bersabar Ngan Satu Syarikat Courier.


Aku sedikit kecewa dengan perkhidmatan penghantaran oleh satu syarikat courier. Aku ada buat pembelian online dari satu website. Walaupun pembelian yang tidak seberapa harganya, tapi tak bermakna and boleh memperlekehkan aku sebagai pelanggan anda.

Ceritanya begini:

Aku telah membuat pembelian pada 27/12/2012. Dalam term ada menyatakan penghantaran akan dilakukan oleh syarikat penghantaran dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. (tidak termasuk cuti hari minggu dan cuti am). Disebabkan 27hb/12 tu pembelian aku buat dah agak petang, jadi confirmation tentang pembayaran aku terima pada 28hb/12. Agak-agak aku, paling lambat aku terima barang 2hb January 2013 la. So, everyday aku check purchase status aku dalam website yang aku beli barang tu. 29hb, 31hb, 1hb, 2hb aku checked still pending. Consignment no pon belum ada. Baiklah, aku still boleh sabar. Sebab benda murah je pon aku beli. Macam kalau tak dapat pon tak la putih mata sangat kan. Then 3hb checked lagi, and status dah bertukar jadi In Progress and diberikan sekali consignment no untuk barang aku.  So untuk mendapat kepastian, aku terus ke website syarikat penghantaran untuk tengok track barang tu dah sampai mana. Rupanya since 29hb lagi barang tu dah ada kat branch Shah Alam. Tapi aku tak marah sangat la, sebab aku bajet akhir tahun ni mesti terlepas pandang and ngan banyak cutinya kan. Ok fine. Aku xde hal. Macam aku cakap la, barang murah, tak la tensi sangat.

Lagipon, if courier services ni tak dapat nak hantar barang dia akan contact no phone kita. But until 7hb/01/2013 aku tak receive apa-apa parcel atau any call from them. Mula-mula aku macam, xpe la barang tak sampai. Bukan rezeki aku la tu. Tapi tetiba rasa macam, eh! Mana hak aku sebagai pelanggan. Then aku called HQ diorang nak tanya status barang aku tu. And they asked me to called Shah Alam branch sebab barang tu should be dah ada kat sana. Yang aku hangin nya, nak dapat call Shah Alam branch macam nak call PM. Asyik xde yang pick up. Disebabkan company aku guna sevice diorang untuk hantar barang or document, so aku mintak tolong colleague aku pass kan phone if dia dapat call sana. End tengah hari semalam, dapat la aku cakap ngan pekerja syarikat tu.
Yes, barang aku memang ada kat sana. Yang aku hangin, dia siap boleh tanya aku, ni nak self pickup ke nak kita hantar. Macam bangangkan. Barang tu dah terperuk kat situ seminggu, baru kau nak tanya aku. Yang lagi aku bengang, sebab aku yang call diorang tanya. If tak, jawabnya memang barang tu lepak kat situ sampai bila-bila la kan. Tapi semalam, cerita tu tak habis lagi. Time lunch, ada sorang pekerja syarikat tu called aku inform yang dia akan serahkan barang aku pada budak yang akan datang amik document kat company aku. Aku cakap, ok xde hal. Tapi bila budak tu sampai, budak tu leh jawab, xde pon sape-sape bagi document suruh hantar kat sini.  Tapi aku ada buat satu kesilapan sebab tak tanya nama budak yang called aku tu. atoi.

Pagi tadi dalam kul 10a.m, aku call balik diorang nak check barang aku. and lepas dia amik detail aku, dia janji nak call aku balik dalam setengah jam lagi. Tapi ni dah nak masuk dua jam still xde lagi budak ni call aku. Aku still tunggu. Kalau sampai lunch tak call juga, aku akan call diorang balik. Aku ni memang tak suka nak marah-marah orang. Tapi gitu la, sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan and aku rasa company ni ada ISO yang diorang follow, they should not pandang ringan dengan setiap barang pelanggan diorang.  Even barang tu harga rm10 hinggit sekalipon, but we pay you ok. Not for free.  Aku pon dah karang email panjang mengalahkan karangan waktu SPM dulu.  Just nak tekan butang send je ni.  Aku ngah bersabar ni. Sabar sabar.