Assalamualaikum.
Mungkin aku agak terlambat nak komen tentang fenomena
terbaru dunia sekarang iaitu GANGNAM STYLE. Lagu dan tarian yang diperkenalkan
oleh seorang penyanyi korea yang bernama PSY. Malaysia pon tak terkecuali
mengalami fenomena GANGNAM STYLE ni. Sampai menjadi topic perbualan di radio
dan TV. Aku ni memang selalu ketinggalan ngan benda2 macam ni. Contoh, masa
orang sibuk berpoco-poco ke sana sini, aku sampai sudah tak pernah tau pon poco
poco tu sebenarnya macamana. Setakat kekanan kekiri blakang depan or ada lain
lain gerakan lagi.
How ak tau GANGNAM STYLE melanda Malaysia? Tertengok kat MHI
yang VC hari raya satu keluarga tu. keluarga harun ke hape, aku lupa. Before tu
memang ak tengok kat FB berlambak orang share video GANGNAM ni tapi tak
tergerak hati nak bukak. Sebab aku rasa macam tak penting. Lagipon aku ni macam
ada paranoid ngan video2 orang share2 ni. Kan dulu ada video yang ko tengah
syok tengok then tetiba keluar hantu tu. serious, sebab video tu semua mmg aku
jadi takut nak buka video sembarangan.
Kalau kita tengok komen komen kat FB or forum or blog, ada
yang suka and ada yang tak suka. Biasa la, kita ni manusia. Tak semua benda
orang suka kita pon suka kan? Untuk diri aku, I totally dislike this song
or tarian yang ditarikan PSY and the gang
ni. And bukan je this song but also semua song n tarian mat-mat n minah-minah
korea (k-pop) yang pon menjadi fenomena.
Sorry to say la, aku memang tak leh terima langsung and aku rasa
anak-anak kecil tolong la jangan bagi tengok video k-pop tu. especially bila
group k-pop perempuan menari. Ya allah, dengan baju memang tak cukup kain,
pastu bontot tertonggek ke kanan ke kiri nya, terliuk lintuk macam nak suruh
orang rogol (bahasa kasar sikit) serious menyakitkan mata aku yang dah jadi mak
orang. Malu aku bila kalau time ada video k-pop tu mak ngan ayah aku ada sama. Anak
buah aku la, kalau dia balik kampung, kompom k-pop pagi sampai ke malam. Siap pegang remote control. Kalau yang lelaki
nya pulak, aku tengok pon leh jadi confused. Ni lelaki ke perempuan. Jambu nye masing2 ngan rambut yang tak tahu
style apa then make up berkati2. Cuba kalau tak groom camtu, aku rasa xde yang
sanggup pandang agaknya.
Dulu masa zaman aku sekolah, pernah gak ada fenomena gilakan
hero Hindustan, then gila tengok citer jepun (GTO la, beach boy la, ada lagi
yang tereterebozu tu lupa la tajuk dia), pastu kuar lak citer Winter Sonata,
then macam-macam lagi drama korea. Tapi pandangan aku masa zaman tu, Bollywood
ke, jepun ke korea ke, masih ada sifat ketimuran lagi. Pakaian pon masih sopan
lagi. But now, semua pon dah nak jadi macam Hollywood gak. Tapi bukan nak kata
apa la, lagikan artis Malaysia yang melayu dan katanya beragama islam pon
pakaian sorang-sorang hazabedah. Tapi taknak la nanti kata races semua kan. Sebab
bagi aku pada dasarnya semua agama pon suruh penganutnya buat benda baik dan
menjauhi perkara yang tak baik.
Sekarang disebabkan GANGNAM STYLE ni, dah terjadi perdebatan
dan melibatkan isu agama. Aku rasa aku bukan orang yang tepat untuk komen
tentang halal haram ni. Tapi dari sudut pandangan aku, kalau sesuatu benda tu
sampai boleh memberi mudarat dan melalaikan,seharusnya dijauhkan la. Sebab
benda-benda yang kita nampak kecik, (yang kita cakap just for fun, ala suka
dengar je bukan effect apa-apa pon, ala ko ni tak in la, apa la kampung dot com
la ko ni) tu sebenarnya dalam diam boleh membawa kesan yang buruk kepada akhlak
dan perlakuan kita.
Aku dah tengok VC ni, then aku rasa tarian nya tak senonoh
la. (sama macam VC k-pop or Hollywood lain gak) Perempuan menari ngan pakaian
seksi then terkangkang, then ada lelaki lalu bawah kangkang semua. Tapi yang lebih menarik perhatian aku ialah
video parody yang hari raya tu. Lelaki pakai baju melayu terkangkang depan
pintu, then ada plak yang sanggup lalu ikut bawah kangkang. Mungkin untuk
suka-suka, tapi bagi aku mana sifat malu dan adab sopan orang melayu islam
kita. Yang artis korea tu ikut dia la. Sebab aku tak suka, so aku tengok sekali
tu je then I will never see it again.
Tapi itu pandangan aku. Kalau korang rasa korang just suka
music dia n tarian dia yang korang rasa awesome tu, itu hak anda. ( Sebab aku dengar
ada yang cakap guna tarian n lagu ni untuk bersenam) Sebab aku rasa, setakat
nak halang orang dari sukakan GANGNAM STYLE ni je pon xboleh. Sebab banyak
benda lain lagi yang boleh merosakkan akhlak kita orang islam. Citer-citer dari
barat, k-pop even drama melayu sekarang pon banyak yang tak senonoh. So kalau
nak bendung jangan amik sekerat-kerat (sb GANGNAM style ni ramai yang suka)
tapi biar menyeluruh. kalau nak komen pasal agama biar menyeluruh jangan sebab
ko suka hat ni, ko kata yang ni xpe, tapi sb ko tak suka yang tu terus ko kata
orang yang suka tu salah. Dah tak betul kat situ.
Jadi, untuk menutup tirai entry aku kali ni, aku nak share komen
Ustaz Azhar Idrus tentang tarian ni. (tapi bagi aku pandangan dia menyeluruh
la. Bukan tiru Gangnam Style sahaja ok.) so tepuk dada tanya diri anda.
Kalau anda rasa pandangan saya tak betul, you can share your
opinion ngan saya jugak. Tapi saya tak mau gaduh-gaduh okey. Kira sharing is caring, amik yang baik jadi
ikhtibar dan sempadan, yang buruk jadikan tauladan semoga kita tak terpesong
jauh.
2 comments:
Ak pon xambik port pasal fenomena Gangnam Style ni...1st time dengar kat hot chat AM kru Hotfm aritu...tp dengar je la, lsg xde minat nk cari tau ape tu Gangnam Style...sbb as far as I concern, kebanyakan yg dtg dr Korea skrg byk buruk dr baiknya....
ak yang tgk jugak VC dia tu sb dah tertgk yg video raya gangnam style kat MHI la...ak tgk terus cakap, menape la diorang buat ni, terkangkang2 je...tu yg nak tau apa yg best sgt...bila tgk, huhhh, sama ngan macam korea yg lain...xleh terima
Post a Comment