Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, September 7, 2012

Fenomena GANGNAM STYLE: Ni Pandangan Saya, Pandangan Anda Bagaimana?



Assalamualaikum.

Mungkin aku agak terlambat nak komen tentang fenomena terbaru dunia sekarang iaitu GANGNAM STYLE. Lagu dan tarian yang diperkenalkan oleh seorang penyanyi korea yang bernama PSY. Malaysia pon tak terkecuali mengalami fenomena GANGNAM STYLE ni. Sampai menjadi topic perbualan di radio dan TV. Aku ni memang selalu ketinggalan ngan benda2 macam ni. Contoh, masa orang sibuk berpoco-poco ke sana sini, aku sampai sudah tak pernah tau pon poco poco tu sebenarnya macamana. Setakat kekanan kekiri blakang depan or ada lain lain gerakan lagi.

How ak tau GANGNAM STYLE melanda Malaysia? Tertengok kat MHI yang VC hari raya satu keluarga tu. keluarga harun ke hape, aku lupa. Before tu memang ak tengok kat FB berlambak orang share video GANGNAM ni tapi tak tergerak hati nak bukak. Sebab aku rasa macam tak penting. Lagipon aku ni macam ada paranoid ngan video2 orang share2 ni. Kan dulu ada video yang ko tengah syok tengok then tetiba keluar hantu tu. serious, sebab video tu semua mmg aku jadi takut nak buka video sembarangan.

Kalau kita tengok komen komen kat FB or forum or blog, ada yang suka and ada yang tak suka. Biasa la, kita ni manusia. Tak semua benda orang suka kita pon suka kan? Untuk diri aku, I totally dislike this song or  tarian yang ditarikan PSY and the gang ni. And bukan je this song but also semua song n tarian mat-mat n minah-minah korea (k-pop) yang pon menjadi fenomena.  Sorry to say la, aku memang tak leh terima langsung and aku rasa anak-anak kecil tolong la jangan bagi tengok video k-pop tu. especially bila group k-pop perempuan menari. Ya allah, dengan baju memang tak cukup kain, pastu bontot tertonggek ke kanan ke kiri nya, terliuk lintuk macam nak suruh orang rogol (bahasa kasar sikit) serious menyakitkan mata aku yang dah jadi mak orang. Malu aku bila kalau time ada video k-pop tu mak ngan ayah aku ada sama. Anak buah aku la, kalau dia balik kampung, kompom k-pop pagi sampai ke malam.  Siap pegang remote control. Kalau yang lelaki nya pulak, aku tengok pon leh jadi confused. Ni lelaki ke perempuan.  Jambu nye masing2 ngan rambut yang tak tahu style apa then make up berkati2. Cuba kalau tak groom camtu, aku rasa xde yang sanggup pandang agaknya.

Dulu masa zaman aku sekolah, pernah gak ada fenomena gilakan hero Hindustan, then gila tengok citer jepun (GTO la, beach boy la, ada lagi yang tereterebozu tu lupa la tajuk dia), pastu kuar lak citer Winter Sonata, then macam-macam lagi drama korea. Tapi pandangan aku masa zaman tu, Bollywood ke, jepun ke korea ke, masih ada sifat ketimuran lagi. Pakaian pon masih sopan lagi. But now, semua pon dah nak jadi macam Hollywood gak. Tapi bukan nak kata apa la, lagikan artis Malaysia yang melayu dan katanya beragama islam pon pakaian sorang-sorang hazabedah. Tapi taknak la nanti kata races semua kan. Sebab bagi aku pada dasarnya semua agama pon suruh penganutnya buat benda baik dan menjauhi perkara yang tak baik.

Sekarang disebabkan GANGNAM STYLE ni, dah terjadi perdebatan dan melibatkan isu agama. Aku rasa aku bukan orang yang tepat untuk komen tentang halal haram ni. Tapi dari sudut pandangan aku, kalau sesuatu benda tu sampai boleh memberi mudarat dan melalaikan,seharusnya dijauhkan la. Sebab benda-benda yang kita nampak kecik, (yang kita cakap just for fun, ala suka dengar je bukan effect apa-apa pon, ala ko ni tak in la, apa la kampung dot com la ko ni) tu sebenarnya dalam diam boleh membawa kesan yang buruk kepada akhlak dan perlakuan kita.

Aku dah tengok VC ni, then aku rasa tarian nya tak senonoh la. (sama macam VC k-pop or Hollywood lain gak) Perempuan menari ngan pakaian seksi then terkangkang, then ada lelaki lalu bawah kangkang semua.  Tapi yang lebih menarik perhatian aku ialah video parody yang hari raya tu. Lelaki pakai baju melayu terkangkang depan pintu, then ada plak yang sanggup lalu ikut bawah kangkang. Mungkin untuk suka-suka, tapi bagi aku mana sifat malu dan adab sopan orang melayu islam kita. Yang artis korea tu ikut dia la. Sebab aku tak suka, so aku tengok sekali tu je then I will never see it again.

Tapi itu pandangan aku. Kalau korang rasa korang just suka music dia n tarian dia yang korang rasa awesome tu, itu hak anda. ( Sebab aku dengar ada yang cakap guna tarian n lagu ni untuk bersenam) Sebab aku rasa, setakat nak halang orang dari sukakan GANGNAM STYLE ni je pon xboleh. Sebab banyak benda lain lagi yang boleh merosakkan akhlak kita orang islam. Citer-citer dari barat, k-pop even drama melayu sekarang pon banyak yang tak senonoh. So kalau nak bendung jangan amik sekerat-kerat (sb GANGNAM style ni ramai yang suka) tapi biar menyeluruh. kalau nak komen pasal agama biar menyeluruh jangan sebab ko suka hat ni, ko kata yang ni xpe, tapi sb ko tak suka yang tu terus ko kata orang yang suka tu salah. Dah tak betul kat situ.

Jadi, untuk menutup  tirai entry aku kali ni, aku nak share komen Ustaz Azhar Idrus tentang tarian ni. (tapi bagi aku pandangan dia menyeluruh la. Bukan tiru Gangnam Style sahaja ok.) so tepuk dada tanya diri anda.

Kalau anda rasa pandangan saya tak betul, you can share your opinion ngan saya jugak. Tapi saya tak mau gaduh-gaduh okey.  Kira sharing is caring, amik yang baik jadi ikhtibar dan sempadan, yang buruk jadikan tauladan semoga kita tak terpesong jauh. 

2 comments:

azzpinky said...

Ak pon xambik port pasal fenomena Gangnam Style ni...1st time dengar kat hot chat AM kru Hotfm aritu...tp dengar je la, lsg xde minat nk cari tau ape tu Gangnam Style...sbb as far as I concern, kebanyakan yg dtg dr Korea skrg byk buruk dr baiknya....

Akma said...

ak yang tgk jugak VC dia tu sb dah tertgk yg video raya gangnam style kat MHI la...ak tgk terus cakap, menape la diorang buat ni, terkangkang2 je...tu yg nak tau apa yg best sgt...bila tgk, huhhh, sama ngan macam korea yg lain...xleh terima