Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, March 28, 2013

I'm Back: Tak tahu nak letak tajuk apa

Hollaaaaa all.

Lepas 8 hari, akhirnya Google dah ok.
Tak tahu kenapa seminggu PC ni tak dapat buka webpage Google and FB.
Katanya server down & ada error.
Hari ni on PC, kuar notification dari Kaspersky cakap ada error & will fix it.
After tekan send, then hoorey!!!
Dapat dah masuk Google and dengan erti kata lain dapat la nak update blog.

Aku ada janji kat last entry kot kata nak buat review breastpump yang aku guna.
Aku dah start mengarang, but sekerat-sekerat.
Tengah nak cari masa untuk habiskan that entry then publish.
Hopefully harini dapat la publish.
Tapi ni ada sikit lagi drawing nak kena siapkan.
After that kot akan pulun untuk habiskan entry tu.
Skang duk asyik la update tentang My Breastfeeding Story kan?
Mesti orang buhsan. (macam la ada yang baca sampai buhsan kan?)
Nanti la ku update tentang anak-anak and nak share tempat makan yang best-best.
Bilanya tak dapat dipastikan lagi.

OK la. Stop lu sini.
Nak sambung keje mendrawing dulu.
Dah siap leh relax sikit.
See you again.
Taaadaaa...

Wednesday, March 20, 2013

My Breastfeeding Story #4: Mitos Mengenai Susu Ibu

Assalamualaikum.

Harini aku nak share sikit berkaitan dengan susu ibu (SI). Before this aku pon percaya dengan kebanyakan mitos mengenai SI. Disebabkan mitos-mitos inilah menjadikan kebanyakan dari kita gagal untuk menyusukan anak kita secara penuh/ exclusive. Jom baca.

Mitos mengenai susu ibu

Susu kering
::: Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.


- Bak kata pepatah, kalau hendak seribu daya, kalau taknak satu dalih pon dah cukup. tak yah banyak-banyak. Sebab tulah pentingnya memahami konsep asas penyusuan. Jangan bila cuba sekali tapi susu tak keluar terus give up. Direct feed sebanyak yang mungkin dan kalau tak dapat DF, sila la pam. Ini adalah untuk meningkatkan demand. kalau takde demand xderla supply. konsep berniaga pon macam tu kan? Untuk ibu-ibu yang baru nak berkecimpung dengan dunia breastfeed macam saya, jangan mudah putus asa sebab nak buat benda baik memang banyak cabaran. Macamana nak patahkan semua cabaran tu ialah dengan cari ilmu sebanyak yang mungkin dan jangan mudah menyerah kalah.  

Luka
::: Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.


- Ini pon berkaitan dengan ilmu jugak. kalau kita tak tahu, kita kena bertanya. Nak bertanya kena la dari orang yang tahu. Macam aku, masa bersalinkan anak pertama, lepas nurse dah bersihkan baby dia akan suh kita skin to skin dengan baby. time ni wa cakap lu, rasa sayu sangat hati. then diorang suh kita feedkan bb dengan SI. Diorang siap tanya, pandai tak macamana nak bagi baby susu. Kalau tak tahu macamana meh saya ajarkan. And the day after deliver, siap dapat taklimat free berkaitan penyusuan susu ibu and cara feed baby yang betul. Tapi ni cara bersalin kat Government Hospital la. Kalau swasta, aku tak pasti. Lagipon sekarang banyak bengkel-bengkel berkaitan dibuat untuk bakal-bakal parents. so atas nak taknak je la. Kalau still takleh selesai juga, boleh pergi jumpa pakar laktasi.

Penyebab sakit kuning
::: Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.


- Ibu-ibu yang anaknya jaundice teruskan la bagi susu ibu. sebab bila baby kerap menyusu,pasti baby akan kerap poo poo and shi shi. 

Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah
::: Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat
::: Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

Makan banyak untuk hasilkan banyak susu
::: Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.


- Jadi jangan jadikan alasan takut gemuk bila breastfeedkan anak. sebab tak perlu pon makan macam gajah tapi makan je ikut keperluan badan dan diet yang seimbang. Siap ada orang, bila breastfeed makin slim lagi. Lagipon kalori intake untuk ibu menyusu adalah berbeza dengan kalori intake orang yg tak menyusu. Ibu menyusu memang perlu makan sebab kalau tak makan mana nak ada energy. kalau takde energy, stressla, moody la. nak breastfeed xleh stress-stress. nanti susu malu-malu nak keluar. kena la sentiasa happy. Tapi kalau makan boleh happykan anda, apa salahnya makan. kena la berkorban sikit untuk anakkan.


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.


So bakal ibu and ibu-ibu yang ada niat nak menyusukan anak dengan SI, jangan mudah terpengaruh dengan mitos-mitos ni semua ye. Cari ilmu yang betul sebelum buat kesimpulan atau menyerah kalah.
Gud luck semua.

Monday, March 18, 2013

Video: Kak Iqah Blaja Mewarna


Sambil mewarna mulut tak berhenti bercakap.memang mak murai k.iqah ni
Published with Blogger-droid v2.0.9

My Breastfeeding Story #3


Assalamualaikum.

Harini aku nak mencoret kisah My Breastfeeding Story #3. Diharap sesiapa yang membaca kisah aku ni tak menganggap aku menunjuk atau poyo. Tujuan aku mencoretkan kisah aku ni sebab aku nak jadikan kenangan untuk aku kenang dikemudian hari dan juga untuk berkongsi ilmu yang aku dapat walaupun tak seberapa. Dan dari penulisan ni juga memberikan aku semangat untuk terus menyusukan Afiq Amsyar sekurang-kurangnya 6bulan.

PANIK

Selepas aku dah jumpa BBsitter untuk Afiq Amsyar, aku niat nak antar Afiq Amsyar sehari dua untuk tengok macamana. Aku bagitahu K.Yah, maybe hari khamis  and Jumaat aku nak hantar Afiq ke rumah dia. Kiranya dari hari bagitahu K.Yah hingga hari nak hantar, aku ada 3hari nak prepare EBM untuk bekalan Afiq Amsyar. Tapi dalam peti ais time tu kalau tak silap adalah dalam 3 botol frozen EBM. Yang chilled memang xde langsung. Aku dah kelam kabut pam susu. Tapi susu macam taknak keluar. Skali pam kalau dapat 1oz tu dah syukur sangat. Sebelum ni aku tak keep stok banyak sebab aku takde tempat nak simpan. Peti sejuk yang aku beli tahun 2008 (second hand) memang limit sangat spacenya. Lama bincang ngan en suami pasal nak beli peti baru. Kiranya beli peti baru ni sebagai investment untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara exclusive. Tapi bila dah beli, susu plak tak mau keluar bila di pam. Tapi sesi DF tetap diteruskan seperti biasa. Dalam entry  sebelum INI, aku ada bagitahu aku ada pam susu tapi lebih kepada nak ajar Afiq Amsyar guna botol. Kiranya yang frozen dalam peti lama alih ke peti baru tu, baki yang aku pump time nak ajar Afiq botol la.

Aku memang stress sebab memang susu nak bawak umah K.Yah memang tak cukup. Last-last, tak jadi hantar hari khamis tu. Hantar Jumaat je sebab bekalan susu cukup untuk sehari antar je. Tapi before tu, aku start buka FB, masuk group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) untuk blaja cara marmet and macamana nak bagi susu keluar. Rupanya cara marmet aku salah selama ni. patutla susu tak mau keluar. Breastpump (BP) pureen pon tak banyak membantu. Menyakitkan Cik B aku lagi adalah. Sebab aku force untuk bagi susu keluar. Then dari pembacaan kat sana, aku troubleshoot apa masalah aku takleh pam susu banyak.

Sini aku share kat korang kenapa aku pam susu dapat sikit sangat:

  1.  Aku pam selepas DF Afiq Amsyar. Sebelum tu, aku just pam susu untuk ajar AFiq Amsyar guna bottle. So lepas pam terus feed dia. lepas tu dalam dua minggu aku tak pam langsung  just DF. (masalah peti) So supply susu just cukup untuk demand Afiq Amsyar. Jadi kalau pam lepas DF, susu yang aku dapat memang sisa-sisa yang tinggal untuk kosongkan Cik B je. 
  2.  Dah la time tu aku konon-konon nak dietkan. Takmau makan nasi la konon. Hahaha. Lepas tu, dah la diet tak makan nasi, skali air pon aku kurang minum. Dah tu mana tenaga ngan source untuk hasilkan susu. Lepas tu merasa la kau stress pump susu tak mau keluar. Lepas dapat ilmu, terus aku makan nasi. Tapi betul, bila aku tak makan nasi, berat maintain duk kat situ je. (aku pon tak tahu kenapa) skang bila aku tak skip nasi, pagi-pagi timbang (psyco kan aku takut gemuk) mesti kurang 100g. walaupun turun just 100g sehari kalau kumpul-kumpul seminggu dah 700g.
  3.  BP yang aku guna tak sesuai. Aku pernah baca satu artikel yang mengatakan “pam yang baik ialah pam yang tak menyakitkan.” Bila sakit, kita akan stress. Bila stress, susu nak kuar pon malu-malu. Jadi setelah difikirkan, kena invest untuk beli pam baru yang lebih ok. Ingat nak ngepow en suami, tapi bila fikir balik aku ni kalau benda orang bagi ni takut semangat kelaut. Bila beli ngan duit sendiri, semangat dia lain sikit, sebab fikir duit yang kau dah keluarkan sebelum ni. Kalau tak guna, rugi la duit akukan. So invest la beli pam baru. (nnt aku buat review tentang pam yang aku beli k)
  4. Aku tak buat langsung apa-apa teknik penyusuan yang boleh meningkatkan demand susu badan aku. Ini adalah kunci utama aku takdapat keep stok.  Patut yang ni kena letak point pertama.

JUMPA JALAN PENYELESAIAN

Untuk pengetahuan korang semua, aku beli BP adalah hari Jumaat. Hari yang sama aku antar Afiq AMsyar kat rumah K.Yah. Sebenarnya aku dah beli pam ni online pada hari khamis. Tapi malam khamis pon xde feedback dari diorang. Aku email diorang tanya status pembayaran yang aku dah buat and aku cakap aku nak pergi collect sendiri kat tempat diorang. Aku memang dah sangat desperate time tu.  Gila tak desperate. Stok yang aku ada pon aku dah hantar kat umah K.Yah. Kalau aku tak bertindak segera, macamana aku nak sediakan bekalan sepanjang Afiq Amsyar rumah bbsitter.  Dengan berbekalkan google map yang tiba-tiba tak tunjuk mana aku berada time tu, aku drive sendiri ke Rawang. First time ni aku sampai Rawang drive sendiri. Ngan hubby pon baru sekali pergi sana. Alhamdullillah, tuhan permudahkan perjalanan aku. Aku hampir terlepas kedai tu, tapi kuasa tuhan, tengah nak pusing roundabout aku terpandang signboard kedai Littlekidz. Masuk lorong ke kedai tu, ada plak kete nak keluar parking. Rasa macam nak nangis sangat time tu. Sangat dipermudahkan walaupun aku tak pernah sampai kat situ, and aku pergi sorang-sorang tanpa teman. Dah settle urusan pam. Sekarang aku kena usaha untuk memenuhi permintaan Afiq Amsyar sepanjang hari di rumah BBsitter.

Balik dari Rawang, terus sterilize kan semua equipment. Cik B dah bengkak sebab tak directfeed Afiq Amsyar  dari jam 9pagi. Aku sampai rumah dah pukul 3. Siap pasang semua, terus aku pump. Dapatla 6oz. Aku dah asing siap-siap 2bottle x 3oz. Hari sabtu tak dapat nak pam untuk stok sebab banyak sangat program. Just direct feed je. So aku just ada 2hari je lagi sebelum masuk keje, Ahad n isnin untuk make sure susu untuk Afiq cukup atleast seharian kat rumah BBsitter. Ahad dan isnin tu, dengan penuh kesungguhan, aku start buat tandem pumping. Afiq Amsyar df sebelah, aku pump sebelah. Every dua jam aku pump, even Afiq taknak menyusu. Malam pon bangun untuk pam. Dan akhirnya susu untuk Afiq Amsyar cukup untuk atleast 2hari. Sekarang aku akan makesure aku akan pam susu atleast 4 sesi di siang hari. Pagi sebelum pergi keje  sambil DF Afiq Amsyar, dapatla dalam 4- 5oz. 3oz untuk bekalan fresh milk Afiq Amsyar ke umah BBsitter. Selebihnya simpan dalam fridge.  Kul 10 @ 11(tengok mana sempat) , kul 1 @2 and balik keje kul 5@ 6 (yang ni pon kadang sambil DF Afiq). Sekarang aku memerlukan zat rajin untuk bangun pam dimalam hari. So far, dah dua hari aku bangun kul 3 untuk pam. Lepas tu takleh tido terus. Kul 5 baru tido. Dah tu merasa la bangun lambat. Harini mengelabah sebab lambat bangun. Nasibla 10minit je lambat masuk keje.

Kiranya sekarang aku masih terkedek-kedek untuk tambah stok frozen EBM aku. Tapi aku tetap akan cuba. Tapi chilled EBM aku insyaallah cukup untuk Afiq Amsyar dua hari kat umah BBsitter. Then sikit-sikit aku turunkan EBM ke freezer. Naikkan satu frozen, turunkan dua chilled. So dapat topup slow2. Aku naikkan yang frozen sebab nak ajar juga Afiq Amsyar ngan frozen EBM. Kalau dia tolak kan dah jadi pembaziran. Hopefully aku dapat supply susu untuk Afiq Amsyar selama yang mungkin. Seronok tengok Afiq Amsyar yang makin tembam al-debab. Kalau ikut aku nak je suapkan Afiqah skali ngan SI. Tapi mcm tak je. Kadang dia minum gak susu yang panaskan untuk Afiq time kat rumah. Sebab Afiq kalau mama depan muka memang dia main-main je ngan putting botol tu. Dari membazir, Kak Iqah la yang habiskan. Sedap dia cakap. Hehehe.

Panjang lebar sangat dah cerita aku ni. Baik aku stop dulu. Next aku akan review BP yang aku beli. (BP aku bukan jenama yang biasa orang pakai. So memang payah la nak dapat review pasal BP ni kat internet) Aku memang suka melawan arus, and amik risiko guna benda yang orang jarang pakai. Tapi jarang orang pakai tak semestinya tak ok kan. Cuma kau terpaksa take a risk la if memang tak OK kan. See you semua dalam next entry ok. Taadaa. 

Friday, March 15, 2013

Kisah Pengembaraan Bermula: Cari BabySitter untuk Afiq Amsyar


Assalamualaikum.

Harini nak story kisah pencarian BBsitter Afiq Amsyar. Ni request by my BFF, mama Na.

Agak kelam kabut juga nak cari BBstter untuk Afiq ni. sebabnya, lepas habis pantang baru sibuk nak cari. (jangan ikut cara saya) Kalau boleh, mom-to-be ke or sape yang bakal ada anak and still tak de BBsitter/Nursery, silalah cari since baby dari dalam kandungan lagi. Kalau mak ayah korang mmg available untuk take care ur daughter/son sementara, kira OK la. tapi kalau macam saya, my mom dah tak sekuat dulu. Memang takde back up langsung if xdapat BBsitter/nursery dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh saya memulakan kerja. (tetiba bersaya la plak.#inisemuapoyo)

Actually, aku dah risau time 30hari pantang sebab lom cari BBsitter untuk AFiq. Ni kes confident, nursery Afiqah accept bb 2bulan dan ke atas. (tahun lepas still terima). Bila suh papa tanyakan, Kak Za (penyelia) cakap skang Taska Lemon just terima toddler 1 tahun dan keatas sahaja. OMG! Macamana ni. Nak harap en suami round carikan taska sendiri, rasanya agak mustahil bin ajaib la. Apa lagi carikan BBsitter. memang bab-bab macamni, memang aku yang kena buat. Nak taknak tunggula hamba habis pantang ye.

FYI, awalnya berbelah bahagi nak letakkan Afiq Amsyar kat Nursery or BBsitter. Dua-dua pon ada pro and cons. Kalau ikut pandangan ramai, Baby ni better hantar pada BBsitter sebab boleh concentrate pada anak kita. Antar Nursery, diorang ada quota. Biasa bagi taska yang berdaftar, quota untuk sorang guru/pengasuh ialah 5 orang bayi. So kena la pilih BBsitter yang jaga anak kita sorang or paling ramai pon 3 orang. Sebab kalau BBsitter jaga sama ramai kat nursery jaga, better antar nursery yang berdaftar, sebab lebih secure. Kelebihan nursery compare to BBsitter ialah hari cuti. Nursery ni dia mmg dah ada waktu operasi yang ditetapkan. If terlebih, bayar la OT. And diorang takleh nak cuti sesuka hati. BBsitter ni, kalau ttb ada emergency ke sure kena cuti, then kita pon kena cuti sama la. sebab kena jaga anak kat umah.  Tapi dari segi harga, Nursery ni biasa dah fix and takleh nak nego-nego. BBsitter ni boleh la nego-nego lagi. Kalau lambat ambik leh la minta jasa baik, and bincang untuk tak charge OT. Kalau untuk toddler or budak baya Afiqah, memang nursery adalah terbaik. Sebab dia boleh belajar banyak perkara. Tapi untuk Baby macam Afiq AMsyar, tido, bangun isap susu, tido balik. itu je la keje dia. so lebih bagus antar BBsitter kot.  (pendapat orang kurang yakin dan berbelah bahagi.)

Dah la before masuk keje banyak plak kes baby kena dera. Yang paling terkesan, kes baby 4bulan yang kena lambung macam tebar roti canai dek bibik. #memangmemakiakutengokvideoni. Takut mak nak antar afiq kat orang lain jaga. Time tu jugak rasa nak benti keje, jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Tapi sendiri gak jawab takleh sebab ada komitment kereta yang nak kena bayar sampai 2017. Lama lagi tu. #pengsan. #doaadadurianruntuhdapatduitjutajuta. Atau tunggu gaji en. Suami sama ngan gaji kami berdua boleh la kot.

Ok, dah melalut plak. Back to the topic. Lepas meround Kota kemuning dan Jalan Kebun, aku just dapat 4 je no phone nursery. 2 amik baby, satu tak amik baby, satu lagi tak pickup phone. Yang amik baby dua-dua kat jalan kebun. Tapi  yang satu tu, aku terbaca kat blog orang review yang kurang best tentang nursery tu. so, aku taknak take a risk, terus reject even en suami suruh try gak tgk. Tapi aku ni, bila dah negative susah nak positivekan balik. so baik tak yah dari aku pandang orang ngan muka kerek. And last choice Taska Annizah. So far kat internet xde feedback or komen pasal nursery ni. so untuk checklist pertama dah passed. Then aku called and make appointment with person in charge. Sabtu aku pergi sana berdua ngan Afiq Amsyar (papa ada kursus full day). Tapi memang bukan rezeki Afiq Amsyar duduk kat situ. Last quota telah diisi oleh orang yang datang before aku. #Nangis.

Macamana ni. Aku dah risau sangat ni. then teringat kat colleague aku (Noni) and kawan (k.yus). Dua2 duduk jalan kebun. Terus mesej dua-dua kot ada tau sape nak jaga baby. Alhamdullillah, dua-dua bagi feedback yang baik. Noni bagitahu kakak ipar dia dah benti keje sebab nak jaga baby dia (tua sebulan dari Afiq) and dia try tanyakan kakak ipar dia samaada nak jaga budak ke tak. K.Yus pon bagitau bekas jiran dia pon ada jaga budak. So buat appointment nak jumpa dua-dua ni. Hari Ahad pagi. Satu kul 10 and satu kul 11. Tapi tetiba k,yus cakap dia ada hal. Just free belah petang. Aku plak petang tu ada tetamu.  Ingat lepas zuhur nak pergi. Tapi en suami plak dah janji nak jumpa orang. So terpaksa cancel and tak tahu bila ada masa nak gi jumpa orang tu.

So Ahad tu, pergi la jumpa kakak ipar noni ni. Kak Yah namanya. Orangnya ramah. And sangat suka budak. Bila dah sembang-sembang semua, en suami kata antar kat k.yah je la. lagipon kita kenal family in-law dia semua. yang k,yus tu memang bukan sedara mara dia. lain sikit relationship tu. Aku pon rasa k.yah tu ok. Siap dia tawarkan untuk tgglkan Afiqah if hari sabtu aku kena keje. (nursery Afiqah charge OT kalau antar sabtu) Bila tanya berapa nak bayar bulan-bulan. Dia cakap ikut suka aku la. Ikhlas hati. Jangan la mahal macam antar nursery. Atoi, pening lagi. So aku cakap k.yah bagitau je berapa. Aku tak kisah (sebab en.suami yang bayar.#kejam) janji orang tu ikhlas jaga and boleh sayang anak kita macam anak dia sendiri. Lepas cakap-cakap, kita pon bersetuju ngan harga yang rasa nya reasonable ngan harga pasaran sekarang. Lagipon dia just jaga Afiq  Amsyar ngan anak dia je Haziq.

Laluan nak antar AFiq pon sehala ngan laluan aku nak gi keje. So sangat memudahkan la. So sekarang dah 3 4 hari AFiq Amsyar duduk ngan Cik Yah. So far, semua ok. K.yah pon setuju nak handle EBM. Hopefully semua dipermudahkan and aku harap sangat K.yah sayang AFiq Amsyar juga and hepi jaga dia. and semoga bertahan la sampai Afiq Amsyar dah layak masuk nursery.

Wednesday, March 13, 2013

Review Set Bersalin Herbanika NR


Seperti yang dijanjikan dalam entry #ini, after confinement aku akan buat satu entry untuk review set bersalin NR. Dan selepas 62hari, still tak buat-buat lagi. So harini, dengan rajinnya aku akan sedaya upaya habiskan story tentang produk bersalin NR.

Produk set bersalin NR didalamnya terkandung 6 jenis barang. Aku listkan barang yang ada and last sekali aku akan komen kesan set bersalin ni pada aku ye. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin bila anda gunakan kesannya akan berbeza. Dan aku juga tak ambil apa-apa keuntungan bila aku publish entry ni. Aku hanya pengguna dan kalau korang nak beli boleh la cari mana-mana penjual set bersalin NR ni ye. Jom baca.

1.PHYTO NATAL – Guna sampai habis
2.AKAR HERBANIKA – Guna sampai habis
3.MINYAK HERBANIKA – Tak guna pon time pantang. Sebab time mengurut, tukang urut tu guna minyak yang dia bawak sendiri.
4.UNCANG CUCI – ni pon tak guna. Aku guna pencuci intimates tu je sb senang. Tak yah rebus/rendam air.
5.HERBANIKA LULUR – Habis guna. Sangat suka
6.HERBANIKA BARUT – Guna sampai habis jugak.

Komen aku: 

Aku suka set besalin NR ni sebab SENANG nak guna.( Dalam senang nak guna pon ada jugak yang tak bersentuh. Ni semua kes aku nak cepat je.) Yang paling aku suka ialah Herbanika Lulur. Lepas guna tu, rasa kulit sangat lembut dan halus. Memang aku guna lulur tu bersungguh untuk sental segala daki yang ada kat badan ni. Kata pregnant kan. Stretch mark bersepah kot. Tu yang usaha gigih dan tawaduk nak bagi kulit cantik balik. and hasilnya agak memuaskan hati. Tak la sampai hilang terus stretch mark and segala daki-daki hitam tu kalau guna just time pantangkan. Kalau nak hasil yang lebih berkesan kenalah guna secara berterusan. Tapi aku dah stop guna pon lepas dah habis. Sb kedekut nak beli lain.

Herbanika Barut pon best guna. Kata guna untuk mengempiskan perut. So far ada kepis jugak la perut ni. and yang penting lebih mudah nak guna compare tu amway punya. Sebab amway kan kena bancuh. Then bila kering dia bersepah and berhabuk. Yang ni, kau picit then sapu je kat tempat yang dikehendaki. Tapi jangan lupa lapik ngan tisu or kain ye. Sebab nanti habis la kuning kain bengkung korang. Untuk kedua-dua set bersalin yang aku guna, aku suggest dua-dua sebab kesan nya sama if korang cekal hati berbengkung and pakai. Kalau setakat berangan nak kurus tapi malas, sila la berangan jugak nak dapat kesan yang terbaik ye.

Yang kena makan plak ada dua benda. Satu phytonatal and satu lagi akar herbanika (ni minum). Untuk orang yang ada masalah sembelit kena la maka 4 biji. Tapi aku ni alhamdullillah, xde sembelit semua (lepas habis pantang plak start sembelit), so aku just makan 2biji je sehari. Tu pon aku start makan hari ke 11. Sebab risau Afiq Amsyar jaundice.  Kan nurse datang hari ke-10 check baby. Konon lepas nurse kompomkan anak tak jaundice baru nak makan. Last skali, nurse tak datang pon hari ke-10 tu. malas nak tunggu, aku telan je la. lagipon tengok Afiq Amsyar elok je. xde jaundice. So far, dua benda ni antara yang membantu aku untuk turunkan berat badan. Ada dekat seminggu aku miss minum akar herbanika tu. bila aku minum balik, mak kau, segala angin keluar ikut badan. Tapi sekarang dah habis plak dua-dua benda tu. aku nekad nak continue dua benda ni even lepas habis pantang pon. tapi tak sempat lagi beli. 

Tapi aku tahu, semua mesti tertunggu aku review pasal BERAT BADAN kan? Turun tak berat. Banyak ke sikit. Berat aku before aku preggykan Afiq Amsyar ialah 63kg.(sangat demok) sampai waktu bersalin aku ternak lemak dalam badan aku lebih kurang 10kg. Lepas 60hari berat aku adalah 59kg. and aku ada 4kg lagi nak kurangkan. Tapi aku taknak kurang secara mendadak. Now aku control makan and aku tak ambil apa-apa2 ubat. Macam aku bagitahu tadi, aku nak terus amalkan phytonatal n akar herbanika ni. tapi kena kumpul duit dulu sebab duit banyak habis ke benda lain.

Kalau korang suh aku bagi berapa bintang produk ni. aku bagi 4/5 bintang and sangat recommended. Tapi apa-apa pon tetap kena disiplin. Terutama time pantang. (pandai nasihat orang, diri sendiri kelaut) aku ni disiplin kurang sikit terutama bab bertungku. And untuk orang yang berpantang sendiri and takde yang menjaga, produk ni sangat sesuai. Sebab tak cerewet.  So pilih la produk mana yang sesuai untuk korang and budget korang ye. sebab bagi aku semua produk yang ada kat pasaran ni akan bagi kesan yang positif (kalau tak takkan diorang jual and ada yang beli) sekiranya kita positif dan disiplin. Jangan mengharap kesan dalam sekelip mata. nak kurus, arini makan terus kurus. arini pakai terus cantik. xleh macam tu. badan kita ni perlu masa untuk perubahan. benda yang mendadak ni tak bagus. biar lambat asal selamat ye. selamat mencuba dan untuk wanita-wanita yang bakal melahirkan, Selamat Berpantang.

Daily Routine Totally Change

Assalamualaikum.

Amboi! Amboi! Amboi!

Konon dah masuk keje, rajin plak mengupdate blog ye. Macam xde keje ye kamu. Hehehe. Aku biasanya taip siap-siap dalam words then copy paste je ke blog. Biasa aku type entry bila otak dah tepu buat keje. Sambil take 5, gagahkan diri siapkan satu entry. Tu yang kadang satu entry sampai amik masa nak siapkan. Kalau nasib tak baik, terus hilang mood nak publish. Hahaha.

Macam diberitahu dalam entry semalam, aku dah start keje kan. So bermula la routine harian ku yang baru. Sebelum ni handle Afiqah sorang je. Now, dah ada dua anak nak kena siapkan before pergi keje. Mesti korang nak tau kan (macam la orang kisah) kelam kabut ke tak aku pagi-pagi? 2 bulan cuti memang aku relaks je.  Takdenya nak practice ke apa. Bajet terre la katakan. Alhamdullillah, dua hari ni still leh manage and masih dalam perancangan.

So today aku nak story plan aku untuk hari-hari bekerja. Kiranya flow chart aku seharian. (kata QC, kene terre tentang flow chart semua ni)

Omey Omey tak lukisan aku. Hehehe


Dah tengok gambar, kena la bagi explaination:

5.50am: Bangun pagi, mandi, gosok gigi, sabun. Then buat apa yang perlu ditunaikan. (paham-paham sendiri. Kalau tuliskan kata poyo plak.) #tangandidadamatakeatas. Pilih baju untuk diri sendiri and en suami. Iron baju, siapkan baju anak-anak dalam bag. Siapkan diri sendiri. (ni case malas nak siapkan before tidur)

6.30a.m:. Siapkan EBM yang nak bawak pergi umah BBsitter. Salinkan diapers Afiq Amsyar. Then mulakan sesi mengepump susu sambil breasfeedkan Afiq Amsyar. (Backup plan kalau Afiq Amsyar dah kenyang: sambil pump sebelah, kita mermet sebelah lagi. Nak wat camana, terbeli single pump. Kena pikir untuk invest double pump ni. tapi ni kena tunggu atleast 6bulan.)

7.00a.m: Kejut Afiqah bangun. (kalau dia bangun awal lagi senang.) Suh dia bukak baju seluar diapers then mandi sendiri.  Papa will take over untuk siapkan Kak Iqah and diri dia sendiri. (mama dah siap iron baju.) Kalau papa kena pergi keje awal, mama akan siapkan Kak Iqah. (baju n diapers dia nak pakai mama dah get ready siap-siap masa kemas bag nursery dia. susu Afiqah pon mama siapkan terus time tu and letak kat tepi bag dia.)

7.30a.m: Mama siap pakai tudung. Then bawak semua bag masuk kereta. Panaskan enjin kereta.  Masukkan budak berdua tu dalam kereta. Check lampu, kipas, Tv dah off, then kunci pintu. Salam-salam dulu. Then bergerak.

7.40a.m: Antar Afiq Amsyar umah Cik Yah.

7.50 a.m: Antar Afiqah ke nursery.

8.00 a.m: Gi sarapan dulu.

8.15 a.m: Masuk Office.

Hopefully, dengan perancangan ni semuanya akan berjalan lancar. Aku ni memang jenis yang akan plan semua benda yang aku nak buat. Siap lukis and tulis dalam organizer lagi. If tak tulis aku lupa. Then sendiri kelam kabut. Lagipon dengan ada perancangan, kita boleh buat backup plan if timbul masalah. contoh kalau en suami kena kuar awal. (kalau tak memang kuar serentak pergi kerja) Tapi bak kata orang, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Tapi atleast kita ada perancangan dari takde langsung. Sebab dengan perancangan macamni, dengan sendiri akan memudahkan kerja kita. Lagipon aku betul-betul kena rancang time consume aku sebab aku kena antar dua-dua anakanda aku. Boleh je papa nak antar Kak Iqah, tapi dah alang-alang memang laluan kerja aku. Biar aku hantarkan je la. Lagipon jauh lagi perjalanan en suami dari rumah ke tempat keje.

Mudah-mudahan kehidupan seharian aku dipermudahkan la. Walaupun nampak susah tapi seronok. Aku dulu takut aku tak dapat handle dua orang anak (orang lain berderet anak relax je. baru dua dah takut) Tapi alhamdullillah, walaupun aku tak perfect and bukan supermak, tapi aku rasa aku boleh sangat2. Tak tahu dari mana datang rasa yakin tu. Lagipun en suami banyak membantu terutama bab jaga Afiqah. Afiqah and AFiq pon senang nak jaga. Cuma Afiqah la, datang hari geram kat adik je la yang buat mama ngan papa nak marah. Yang lain semua bagus. Sebelum tutup entry, silala  layan gambar dua beradik ni dulu.




Tuesday, March 12, 2013

My Breasfeeding Story #2

Assalamualaikum.

Akhirnya berjaya gak buka page new post. Bukan main susah nak update entry baru. tak tahu la pesal internet last 2 weeks. lembs semacam. start semalam baru back to normal. Hopefully idak la lembap lagi lepas ni. tapi x kisah sangat la. sebab selasa depan dah start keje. leh mengonlinekan diri kat office je. hehehe. pekerja yang hampehkan  baik sangat. lom apa-apa dah pk nak mengular and menyalahgunakan facilities kat office.

citer ni ditaip minggu lepas. tapi terperap dalam draft. Sebab boss dah kuar, so boleh la saya amik masa update blog sikit. FYI, today my first day keje lepas dua bulan cuti. Banyak keje menunggu? Op coz la.tapi tak tahu nak start dari mana. tapi harus kena pandai berlakon. sebelum boss masuk, kita kumpul dulu soalan and apa-apa yang kita nak dari dia. baru dia tengok kita pekerja yang dedikasi. walaupun...hahaha.

Lets start the story. Lepas je habis 44hari pantang, terus xcited nak kuar berjalan. kalau dah memang kaki jalan En. suami memang semangat la nak bawak kitorang kuar sb dah lama kuar sorang or berdua je ngan kak iqah. Lagipon en. suami janji nak belikan present for me sempena my 28th besday. Walaupun dah lama sangat tapi hadiah tetap kena claimed. Lagipon hadiah yang aku nak tu kena pergi pilih sendiri. nanti tak berkenan ngan size x ngam, rugi la plak.

So weekend lepas pantang tu, untuk pertama kali nak kuar pergi Alamanda. Sebab first timer nak bawak Afiq Amsyar kuar jalan2, aku dah get ready stok EBM dalam cooler bag. Tujuan bawak EBM adalah kerana aku tak ready nak NIP and memang tak tahu samaada Alamanda ni ada tak nursing room.Tapi ape ke blur tak blur nya aku. Bawak stok EBM tapi aku bawak sebotol je susu yang Afiq Amsyar ngah duk hisap. Tak bawak back up striker langsung.

Mula-mula Afiq Amsyar ok la duk dalam stroller. kejap tido, kejap jaga tapi tak nangis. Tapi bila habis je susu, dia dah resah gelisah. Maybe dia rasa pelik so dia tak selesa. check diapers dia macam dah penuh. Nak salin kat mana erk? Tadi masa pusing-pusing nampak macam ada sign gambar baby. So cakap kat en suami nak gi tukar diapers Afiq Amsyar. Dia taknak ikut. dia bawak Afiqah kat tepi Al-ikhsan.

OK! Baru ku tahu Alamanda ada nursing room. Tapi itu satu je la. and limited sangat tempatnya. Sampai kat sana, terus tukar diapers Afiq Amsyar. Tengah duk tukar tu adalah sepasang suami isteri masuk nak tukar diapers baby dia. Untuk orang yang just nak tukar diapers anak, maybe no problem la kalau ada lelaki masuk. Tapi kalau aku nak susukan baby, sure akan rasa tak selesa even aku duduk dalam bilik tertutup. Rasa unsecure. Tapi tak menjadi kesalahan pon lelaki tu masuk dalam bilik tu, sebab xde pon tulis lelaki adalah dilarang masuk.

Lepas dah tukar diapers, tengok mulut Afiq Amsyar macam mulut burung. Takleh jadi ni. aku kena rasuah suapkan susu kat Afiq dulu ni. Tapi macam ku katakan tadi. Aku memang tak ready untuk NIP so aku tak bawak apa-apa yang boleh cover. so kena la tunggu bilik kosong. Nak suapkan terus kat changing area tu tak sesuai la plak. sebab anytime ada lelaki yang akan melalui kawasan tu. Around 5-10 minutes macamtu, baru leh masuk bilik untuk nursing. Tapi seriously aku cakap, aku just boleh duduk dalam tu untuk 5 minit kot. Ya ampun, panas gila tempat tu. berpeluh-peluh aku ngan Afiq Amsyar. Kesian AFiq, tak sempat kenyang aku dah tarik and bawak dia keluar. Cepat-cepat jalan cari papa n kak iqah, then terus ajak blah.

Kiranya pengalaman pertama keluar bawak anak yang fully breastfeed untuk aku agak kelam kabut sebab tak cukup persedian. First, aku should be dah get ready ngan nursing cover or atleast pashmina even untuk guna kat bilik khas. Ini penting sekiranya nursing room penuh and kena feed baby kat changing area. (aku mmg lom confident nak NIP) Second, aku patut bawak turun semua EBM yang aku bawak in case jadi benda-benda di atas. so boleh feed kan je baby ngan bottle.

Aku malas la nak komen tentang facility untuk ibu-ibu yang menyusukan ni. Sebab aku baru sekali gunakan. Rasa macam tak layak je. Tapi tetap gak nak cakap camni. sepatutnya, nursing room kena la ada pengudaraan yang baik. Sebab nak menyusukan ni kena la tenang, takleh stress2. And aku bukan la nak jadikan Baby room ni kawasan larangan bagi lelaki, sebab ada ibu-ibu yang memerlukan suami untuk handle anak-anak time nak tukar diapers anak.(Lainla tempat tu just tempat tukar diapers. Bezakan ye.) Tapi kalau boleh lelaki perlu ada rasa malu nak masuk and suh je bini masuk sendiri. Cakap kat bini, kalau U tengah breastfeed anak tiba-tiba ada laki orang masuk, apa U rasa?

Lepasni, aku nak shopping Nursing cover yang cun-cun. so tak yah la banyak nak mengangkut bag bawak EBM la, air panas semua. Cerewet la. Nak try NIP jugak la. Sebab time laki aku tunggu aku kat Alamanda tu, ada sorang akak tu tengah susukan anak dia dalam Nursing cover. Kalau ko tak tahu pasal NIP mesti tak perasan pon yang dia ngah susukan anak dia. Kagum, kagum. Baiklah, next time kita story lagi pengalaman breastfeed kan anak.

P/s: Semalam genap dua bulan susukan AFiq Amsyar. Doakan aku berjaya susukan Afiq Amsyar sampai dua tahun ye. .

Tuesday, March 5, 2013

Update dari tak update.

Assalamualaikum semua.

Lama gak rasanya x update blog. Just buka intai2 blog kawan2 yg update than baca. Bukan xmau update,tp internet kat rumah ni dah 2 minggu x memberangsangkan. Click new entry sampai sudah loading.dah tu camana nak update. Ni pon rajinkan diri jugak update guna phone.

Sebenarnya nak up entry MY BREASTFEEDING STORY #2. Tapi disebabkan xleh guna lattop kena tangguhkan dulu la story mory pasal tu.skg just short update elakkan orang lupakan saya. Tapi ada ke orang ingatkan aku? Hehehe.

Next week (selasa) dah start keje. Skg hati dah resah gelisah n datang mood malas nak keje. Rasa sedih nak tgglkan Afiq Amsyar. Dekat dua bulan duk ngadap dia je. Kompom rindu rinduan kt opis.

Okla.nnt klu intenet dah ok akanku update story mory ku k. Taadaa.

Published with Blogger-droid v2.0.9