Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, February 8, 2013

My Breastfeeding Story #1

Assalamualaikum.

08/02/2013, Afiq Amsyar dah 28hari. Alhamdullillah, sepanjang usia Afiq Amsyar 28hari, aku masih berjaya untuk memberikan susu ibu sahaja. Belum dicampur dengan FM atau air kosong. Impian aku adalah untuk exclusive breastfeed Afiq Amsyar sekurang-kurangnya 6bulan. Kalau berjaya sambung sampai 2tahun, lagi la bagus. Tapi aku taknak terlalu yakin. sebab takut pung pang pung pang, last-last sekerat jalan je kan. Tapi ramai yang cakap, kita kena dari awal berfikiran positif. ni belum apa-apa ayat dah down. tu yang tak berjaya. hehehe. but now still semangat and positif la.

Walaupun Afiq Amsyar anak kedua, tapi aku masih lagi merangkak tentang penyusuan susu ibu secara exclusive. Dulu aku just breastfeed Afiqah sebulan je. Then after that terus kasi dia susu FM. Siapa yang dah biasa baca blog ni mesti tau yang sebelum ni Afiqah duduk ngan nenek dia kat Terengganu sampai umur 11bulan. Masa preggykan Afiqah pon aku kurang terdedah dengan ilmu penyusuan susu ibu ni. boleh katakan zero kot. Bayangkan tempoh penyimpanan susu pon aku tak tahu. Ingatkan xleh simpan lama-lama. Rupanya EBM boleh bertahan sampai 6bulan (ikut kaedah penyimpanan yang betul).

Since Afiq Amsyar anak lelaki, lagi bagus kalau berjaya fully BF sampai 2 tahunkan. Jadi aku agak bersemangat kali ni. Afiq Amsyar pon memang akan stay ngan kitorang kat Shah Alam ni. Disebabkan tu, aku bersemangat mencari ilmu berkaitan dengan penyusuan susu ibu ni. Blogwalking, and join group berkaitan di FB, then join forum. so far ada la bertambahan ilmu yang berkaitan. Alhamdullillah.

Dalam sebulan ni, aku masih belum start buat stok untuk Afiq Amsyar just direct feed je. Tapi start semalam, aku dah start pump susu untuk ajar Afiq Amsyar hisap guna feeding bottle. Risau kalau lambat ajar nanti dia tak mau guna bottle lepas aku dah start keje nanti. Before bersalinkan Afiq Amsyar, aku memang tak ready langsung barang-barang untuk penyusuan. Botol satu pon aku tak beli. Tapi Alhamdullillah, rezeki Afiq Amsyar, Untie Na hadiahkan botol susu. Miss Ooi (colleague) pon hadiahkan dua botol jenama tupperware skali ngan warmer bag. tapi yang Miss Ooi hadiahkan besar sangat. so guna yang Untie Na hadiahkan dulu.

Nomey nomey je bottle yang Untie Na hadiahkan. Tq untie
First time guna, memang Afiq Amsyar tolak. Then try hisap sikit-sikit. Tapi nak termuntah la plak. Maybe flow laju kot. Harini mama kasi, macam ada kemajuan sikit, tapi still banyak tumpah ikut tepi mulut. bincang ngan hubby, maybe try cari puting lain yang bentuk Y atau beli banyak-banyak jenis. Try and error macam kakak Afiqah dulu. Last-last lekat ngan puting jenama Pigeon yang kaler kuning tu. Tapi skang tak beli lagi la puting lain. Lepas mama habis pantang la kot baru cari. 

Aku start pump susu guna pump yang operate guna battery jenama Pureen je dulu. Sebelum ni ada la hint en hubby cakap nak beli yang letrik punya. tapi aku risau, beli mahal-mahal guna kejap je. so masa hari ketiga bersalinkan Afiq Amsyar, breast dah start bengkak. aku suh gak hubby gi cari pump biasa. tapi tak mau yang manual sebab takut penat ngepump aku hilang mood. Hahaha. so jumpa Pump Pureen guna battery terus suh hubby beli je. Beli kat Carrefour je pon. Harga RM125.00 (tak la murah sangat). so far, setakat ni aku guna ok la. Semalam dapat 4oz. Arini pon sama. tu pon pump lepas Afiq Amsyar baru lepas direct feed. Kalau pump time breast ngah full ngan susu lagi banyak kut boleh dapat. Nak operate pon senang jugak. 

bottle boleh guna yang kepala size biasa tu.
 means storage bottle yang banyak jual tu boleh guna la.

Ni button untuk release lepas pumpu and untuk adjust pump level.

ni button on off.
semalam, cakap-cakap ngan hubby macam nak beli letrik pump jenama spectra. Tapi bila pk balik, pump ni pon boleh je guna. senang nak bawak kemana-mana sebab tak payah nak cari letrik point kan. Tengokla macam mana. kalau rasa perlu and pump ni macam tak dapat memenuhi keperluan baru fikir untuk beli pump baru. Last week konon semangat nak wat stok susu, then suh hubby beli storage bottle ngan storage bag kat onebabyworld (OBW ni dekat ngan office hubby). Tapi sampai harini, baru guna storage bottle pasang kat pump then transfer ke feeding bottle. Tapi kalau nanti nak dekat-dekat nak masuk kerja boleh la guna storage bag tu nak wat stok susu. so tak yah la kelam kabut nak gi cari kat kedai sebab benda dah ada.

yang size 7oz, ada 25pieces (pieces ke?) dalam tu. Harga kalau tak silap RM11.++

beli yang 4pcs per set. Nanti kalau rasa perlu baru beli yang lagi banyak.
yang ni harga RM16.90. Tapi rasa time beli ada discount.
Barang-barang lain yang perlu untuk storage EBM lom beli. contoh cooler pack and cooler bag lom beli. ni akan dibeli bila dah dekat nak start keje balik. Tapi alhamdullillah, warmer dah ada sebab company hubby hadiahkan. Harap nak beli sendiri tak tahu la bila kan. 

Little Been bottle sterilizer + warmer. 
but masalah sekarang adalah samaada nak cari babysitter or nursery yang boleh kendalikan EBM ni. Nursery kakak Afiqah tak terima bb bawah setahun. So memang kena cari nursery lain la. yang aku tahu ada satu nursery kat Bandar Putera 2 yang leh kendali EBM tapi macam jauh sikit dari umah and kalau aku nak gi keje kena pusing balik. jadi susah sikit la. Tapi skg malas nak pikir lagi. Lepas pantang baru ajak hubby gi cari nursery area kota kemuning ngan jalan kebun ni dulu atau tanya orang-orang sini mana tau ada yang nak jaga baby.  

Buat masa sekarang, kita stop dulu entry ni. next kita cerita lagi tentang My Breastfeeding Story #2. See ya.




3 comments:

azzpinky said...

huhuu...first time nmpk bottle tu ak terus fall in love Ma...comey kan? dan bntk puting dia pon sama cam Avent, near to natural shape of nipple si ibu...ak pon dh plan nk beli bottle tuk tuk baby ak nnt...hehe...

Raihana said...

Bestnya baca. Sy pon tgh bersemangat nk bf scnd baby n sambung bg breastmilk kat first baby. Yeay!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.