Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, November 24, 2012

Bersalin Dimana Yer?


Assalamualaikum.

Today dah masuk 31weeks 4days. Kejap je masa berlalu. So far, sepanjang 2nd pregnancy ni, everything going smoothly and steady je. Ada jugak masalah, but I think it is not too serious. Just pray and Insyaallah everything will be fine. Aku nak lalui saat-saat pregnant dengan fikiran yang positive and happy je. Hope kawan-kawan pon doakan aku sama ye.

Aku rasa semua orang bila tahu pregnant dah fikir nak bersalin kat mana kan? Aku sebenarnya lom decide lagi samaada nak bersalin kat private or gomen. Now tengah memikirkan all the consequences, pros and cons pilihan yang aku ada.

FYI, monthly checkup memang aku buat kat private. Time preggykan AFiqah pon sama. Aku tak pernah ada buku pink. Yang aku ada hanyalah card biru. Hehehe. Kalau orang yang tak tahu, (macam mak aku and also my family members) mesti marah-marah aku sebab tak pernah buka buku pink. Alasan diorang:

 “Walaupun nak bersalin kat private, tapi ada apa-apa hal diorang refer ke GH gak. Nnt antar ke GH gak. Kalau takde buku pink, nanti nurse marah.”
Xde makna diorang nak marah. Sape diorang nak marah-marah aku? Bukan aku tak pergi check up langsung kat mana-mana. aku pon ada report card aku sendiri. Isi kat dalam sama je. Cuma beza satu warna pink, satu lagi warna biru. Satu tu aku bayar rm1, and satu lagi tiap-tiap bulan ak bayar tak pernah kurang rm50 hinggit.

Mesti bila tahu aku checkup kat private je, mesti semua fikir aku confirm akan bersalin kat private kan? Aku bukan taknak pergi KK. Tapi aku ni memang kedekut masa sikit. Sekarang pon tiap-tiap bulan aku pergi check up hari Ahad. Memang tak ganggu waktu kerja aku. Lagipon kalau pergi waktu bekerja (pergi KK) aku mesti kena pergi sorang-sorang. Dulu time pregnant Afiqah pon, banyak je pergi sorang-sorang even pergi private (sebab awal-awal tu suami kerja kat Terengganu). So untuk kali ni, nak dia ikut sama. Tahu condition baby and if dia ada apa-apa pertanyaan dia leh directly tanya kat doc. (aku ni blur then laki lak suka tanya soalan mencabar minda. Jadi dari aku sentap nak marah dia tanya benda aku tak tahu, senang dia tanya sendiri ngan doc.) so checkup weekend, tak ganggu masa kerja dua-dua. Kalau bab menunggu tu, bagi aku private or gomen sama je. tetap kena tunggu. So itu bukan isu utama la bagi aku.

Back to the main topic. Walaupun check up kat private, tapi aku still lagi menimbang kemungkinan untuk bersalin kat GH. Actually, awal-awal dulu memang dah decide nak bersalin kat tempat aku checkup. Tapi tetiba aku rasa nak tukar fikiran.

  •  Selangor Vs Terengganu – ak tengah berkira-kira nak balik kampung. Nak bersalin kat sana, sebab aku nak anak aku lahir kat Terengganu Darul Iman. Dulu AFiqah dah bersalin kat Putrajaya. So IC dia dah IC Putrajaya. Sebab mak pak orang ganu, kalau boleh biar la anak pon lahir kat ganu. Lagipon jadi anak ganu ni banyak kelebihannya. Bila memikirkan kelebihan sebagai anak Ganu, itu yang berbolak balik hati ini. Tapi kalau nak bersalin kat ganu, kena la cuti awal. Xkan la dah rasa sakit nak bersalin, baru nak gerak balik kampung. Aku belum lagi bincang ngan boss aku. Kalau dia ok nak lepaskan ak at 38weeks or 39weeks, boleh la aku bersalin kat ganu. tapi better at 38weeks dah cuti la. sebab time Afiqah dulu masuk 38 minggu dah bersalin. Walaupun orang cakap lain anak, lain cara. Tapi kemungkinan untuk bersalin seawal 38 minggu tetap ada. Hmm..pening makcik pikior.

  • Kemungkinan kena czer – banyak sangat cerita cakap if kat private diorang kalau boleh nak kita czer. Aku ni kalau boleh nak bersalin normal la. biar sakit time bersalin, dari sakit lepas bersalin. Kalau orang cakap, best r dapat bersalin czer, orang tu memang silap besar weh. Yang lagi bangang pernah sekali aku baca kat mana ntah. Rasanya FB sorang akak ni, dia kata ada kawan dia kata orang bersalin czer, tak terhapus dosa dia macam orang bersalin normal. Bodoh gila orang yang cakap camtu. (bukan akak tu, tapi kawan dia yg cakap tu) Dia sedar tak, xkira la czer ke normal ke, tetap bertarung nyawa. Yang bersalin normal, lepas bersalin, hazab sakit tu dah hilang. Yang kena czer? Perut dah la kena belah. Habis ubat bius, tau la macamana sakitnya. So memang aku adalah prefer normal. Lagipon keadaan sekarang, doc (private) macam bagi hint kat aku yang kemungkinan  untuk kena czer adalah tinggi. dari weeks 28 lagi dah suh aku bersedia if ada bleeding even sikit. Alhamdullillah, until now still xde tanda-tanda tu. Kesinambungan dari kemungkinan kena czer is adalah duit.

  •  Duit – suami aku cakap duit bukan masalah. Aku decide la aku nak bersalin kat mana. If kena bersalin czer sekalipon, dia tetap akan bayar. Tapi masalahnya sekarang ialah AKU. Walaupun duit en suami yang keluarkan tapi effectnya tetap pada kami semua. Bagi aku, dari aku membazir duit bayar cost bersalin sampai lebih rm4k if bersalin czer, baik aku simpan duit tu buat benda lain. (leh aku pow laki aku buat cabinet dapur yang bertangguh tu) Kalau kena czer kat gomen pon, baru berapa je kan. Kalau normal lagi la murah. Macam bersalin AFiqah dulu kat hospital Putrajaya, normal baru rm440. Xke banyak beza tu. kalau czer pon, ak rasa cost paling tinggi pon rm2k la kot kat gomen. Lebih kurang ngan bersalin normal kat private. So point disitu kuat menyatakan, baik aku bersalin kat GH je.

  • Bad review – tapi bila pikir balik, aku macam takut nak bersalin kat GH. Sebab kalau bersalin kat GH kali ni, aku rasa kat Hospital Klang la kot. Banyak weh cerita tak best aku dengar. Kalau bersalin kat Hospital Putrajaya, aku memang terbuka hati and terus decide nak bersalin kat gomen je. sebab aku memang dah ada pengalaman bersalin kat sana. Dulu memang dekat la nak bersalin kat Putrajaya. Sekarang dah pindah Shah Alam, jauh nak kejar ke sana kalau tetiba nak terbersalin. So GH paling dekat mestila Hospital Klang. Makcik takut weh bila dengar Hospital Klang. Terus ketar lutut. So terus terpikir nak bersalin kat private lak. Kalau confirm balik Ganu, aku nak bersalin kat hospital hulu je. malas la nak pikir apa private hospital yang ada kat sana. Lagipon syarat private hospital or clinic semua kena ada record at least sekali atau dua kali check up kat tempat dia. Kalau ada yang pernah bersalin kat Hospital Klang nak komen, sila la drop your komen kat comment box di bawah.


 4 point ni pon dah buat makcik pening nak pikir. Dah tu macamana nak buat keputusan. Jawabnya kita tunggu dah lihat je la hari nak bersalin nanti kereta ku tuju kemana. Nanti bincang balik la ngan en suami. Kalau susah sangat biar dia yang tentu. Dengar point of view dari dia pulak. Kalau aku tak setuju pon aku muncung kejap je. lepas aku dah pikir logic, biasa aku akan ikut jugak. 

4 comments:

MOMMYLIN said...

bestnya hubby u nak sponsor bersalin kat swasta... klu i... gumbira sungguh... :D

bersalin kat Klang memang nurse garang2... tapi, as my mom view lagi bagus... cara dorang t.care baby tu macam ok je... tp katil bersepah tak ingt... da macam kat india... wakakak tu dlu la..

Akma said...

dia kena la bayar dah anak dia...hahaha...

actually pengalaman kat putrajaya sgt baik. so for me gomen or swasta macam xde beza sgt la...lgpon dua-dua tetap kena bayar...sb kami bukan kakitangan kerajaan. hehehe...

tapi bila awak cakap katil bersepah tu, yes, itu la yang saya dengar...siap ada yg cakap kena lepak kat kakilima sebab x cukup katil..oh no...xmau macam tu...kalau gi klang dia suh duk kakilima, memang pusing balik bersalin kat swasta la...huhuhu

Nik Syahida said...

ma..aku rs hosp putrajaya lg baik kot..cm jauh skit la..tp better than hosp klang..aku pn mgkin b'salin kt hosp sultan mizan..sbb next year dh duk sg besi..ikut syafik..

Akma said...

aku skg macam ikut la mana2 pon...
tgk gerak hati time nak bersalin kekgi...kui3...