Rasanya baru sangat sambut New Year 2011 and tomorrow midnight nak countdown for 2012 lak...
Adakah azam tahun 2011 anda telah berjaya dicapai??atau masih banyak yang tertinggal??
For me, 2011 mengajar pahit manis kehidupan...
apa erk berlaku sepanjang 2011??
Pencapaian secara peribadi...
macam biasa, usia meningkat lagi setahun ke usia 26 tahun...OMG, next year means ak dah 27 tahun...
dalam usia 26 tahun, ak dah bergelar isteri dan mama kepada seorang puteri...
and yang paling best sebab akhirnya my only princess stayed ngan kitorang...
11 bulan Afiqah tinggal di kampung with my parents...
mesti ada kawan2 yang akan cakap...
"Huk aloh!!anak sendri suh mak ayah dia lak jaga.Pandai beranak jer, anak sorang xleh jaga ke??"...
If kawan2 x cakap pon, ak memang rasa camtu...ikut kan kami berdua memang nak bawak Afiqah tinggal ngan kitorang since after pantang lg...but my mom berkeras x bagi...
sebab utama, dia x percaya kat anak dia (aku ler tu) jaga cucu dia...
n sebab kedua nak bagi Afiqah besar sikit if nak hantar nursery....kebetulan banyak kes baby tercekik susu kat nursery time tuy...
and now Afiqah dah duk ngan mama and papa since August 2011...
luckily, kami memang x menghadapi masalah jaga Afiqah coz Afiqah mmg sangat kenal parents dia even x duk sama2...
kat nursery pon, dia sangat independent...Petang2 bila mama amik afiqah, teacher2 akan cerita Afiqah itu ini ngan nada yang sangat hepi...means diorang hepi jaga Afiqah...
Jadi, bila Afiqah dah membesar depan mata, ini lah pencapaian terbaik mama sepanjang 2011...
tiada apa yang baik selain sentiasa ada yang tersayang disisi...semoga Afiqah membesar menjadi anak yang solehah, pintar, cergas dan cerdas...amin
Untuk keluarga lak, stakat ni azam nak jadi isteri terbaik untuk en. ahmad farehan lom berjaya...
Tahun lepas kononnya, balik keje nak masak untuk makan malam, wat sarapan pagi untuk suami,
lipat baju tiap kali basuh baju, basuh pinggan terus lepas makan, sidai baju terus lepas basuh, kemas umah and banyak lagi...tapi sampai sudah x jalan gak...
yang sempat wat hanyalah time weekend...tuy pon kalau memang duk umah jer...
kalau kaki ni gatal berjalan, tak pepasal tertangguh...jadi kita postpone azam tuy ke tahun 2012 hokey??
Kerjaya plak biasa2 sahaja...masih bekerja di tempat yang sama dah nak masuk 4 tahun...
memang teringin nak cari kerja kat tempat lain, tapi rezeki belum menyebelahi...
and disebabkan AFiqah jugak mama berfikir banyak kali nak tukar kerja lain...
coz kat tempat skg, agak bebas...x payah nak OT...
boss pon sangat flexible and tak suka marah2...if ada emergency xla susah nak mintak cuti...
gaji mungkin la tak besar sangat macam kawan2 lain...tapi xla tertekan sangat keje kat sini...
keje hanya di tempat keje...balik umah dah leh lupa pasal kerja...
tapi paling sedih 2011 ni, my mom sakit agak teruk and admitted hampir seminggu kat hospital...
tapi banyak hikmah setiap apa yang berlaku...kami sekeluarga makin closed...
and x tunggu hari raya, kami adik beradik berkumpul walaupun hanya di hospital...
and now, my mom dah sembuh...and doa kami sekeluarga, semoga abah and mie, abah,su and mak(FIL n MIL) sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati...amin..
Semoga 2012 akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua...Selamat Tahun Baru 2012 kawan2...