Assalamualaikum.
Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa pada
semua.
Hahaha. Ada lagi ke yang baca blog aku ni? Berzaman tak
update. Seriously aku busy and takde
mood nak update blog. Baru dapat mood nak mengarang, time tu la ada kerja nak kena
buat. Terbantut segala idea.
These few months, a lot of thing happened to me. One of my
best friend time study dekat USM telah kembali ke rahmatullah menemui
penciptaNya. Arwah meninggal pada
tanggal 22 June 2014. Pemergian arwah sangat terkesan di hati kami teman teman
rapat dia. Aku akan buat entry khas untuk Arwah Nor Hamidah Mohd Zulfi. Yang
lebih meruntun hati kami, arwah pergi meninggalkan dua anak lelaki yang masih
kecil. Si abang nak masuk 4 tahun, dan adik baru 6bulan. Masih kecil untuk mengerti
dengan apa yang berlaku. I will story all about this in one special entry. Dah
karang pon tapi lom terdaya nak habiskan.
Also happened in June. On 1st of June 2014, aku
miscarriage. Unexpected and sangat blur blur dengan apa yang jadi. But I
have nothing to cry for. Ketentuan Allah. Sebab apa boleh miscarriage? Janin
tak sihat and naturally jatuh. Maybe I have not enough rest and a little bit
stress with my work routine. That time I am really busy sampai balik rumah pon
lewat malam. Afiq siap merajuk and buat buat tak kenal mama masa tu.Tapi apapon
yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya.
Pejam celik pejam celik, 12hari je lagi kita berada di bulan
Ramadhan Al Mubarak ni. Surely ramai dah dalam holiday mood and raya mood kan.
Dah shopping raya ke semua. Aku siap buat check list raya. Ye la, bila bajet
ciput, kena plan betul betul la. Sebab bajet ni bukan untuk raya je. Lepas raya
pon banyak lagi nak pakai duit. Lagipon bukan aku je nak raya, kereta pon nak
beraya gak. Yela, kg tercinta bukan dekat. Sebelum balik nak kena service apa
yang patut. En suami plak banyak pulak dia punya planning untuk kereta sebelum
balik kg ni. Nak tukar tayar, tukar break pad, alignment tayar lagi. Senang
cakap bajet kereta lagi besar dari bajet raya. Ni pon kira half half. Kereta
kongsi so semua kena kongsi la kan. Pastu next month pon kira besday kereta.
Nasib la dah bajet siap siap untuk insurans and road tax. Kalau tak lagi haru
biru.
Tahun ni, puasa and raya sangat bajet. Tapi kawan kawan aku
cakap bukan bajet tapi wassattiah. Tahun ni memang aku pilih untuk masak
sendiri untuk juadah berbuka. Balik kerja sempat gak la rehat rehat lu dalam
sejam. Biasa kul 6.30 baru aku start masak. Masak lauk yang simple je pon.
Pastu aku masak maximum 2 lauk. Tapi banyak hari buka puasa satu lauk je.
Memang wassattiah sangat ni. Hahaha. Sebenarnya aku ngan en.suami memang jenis
tak pandai makan lauk yang pelbagai sangat. Tak reti nak campur lauk pastu
sumbat dalam mulut. As long as takde complain dari en. Suami cukup la kan.
Perut pon kenyang jugak walaupun satu lauk. Ke macamana?
Baju raya pon beli yang biasa biasa je. Anak ni bukan dia
kisah mahal ke murah. Janji cantik ala ala pwincess cukup lah. Kalau Afiq tu
lagilah tak tau pape. Apa aku sarung itu yang dia pakai. Macam Afiqah dah ada
taste sendiri. Baju yang dia rasa cantik kita amik je la. Bajet baju raya rm300
untuk empat orang. So far berjaya bawah target lagilah.
Company aku ni tak macam gomen atau company lain. Gaji dah
tetap masuk end of month. Raya ke apa ke tetap masuk akhir bulan. Takde nak
awalkan. Kalau rasa pokai sangat boleh la mintak advance ngan boss. Aku ni ngah
fikir nak advance ke tak. Kalau advance takut sakit lepas raya plak. Happy
sangat habiskan duit untuk raya, hidup lepas raya terumbang ambing. Jadi aku akan fikirkan balik samaada nak
advance ke x. Korang rasa perlu tak?
Apa lagi ye nak story? Hmmm…kalau ada masa aku nak share
program “The Biggest Loser 2014”. Bukan rancangan TV pon. Tapi rancangan aku
sendiri. Ni semua sebab berat aku lama sangat static dengan angka 6 dihadapan.
Aku sakit hati tengok penimbang. Aku mulakan program aku ni masa berat aku
64-65kg. Memang take time la program ni.
Sebab aku tak menggunakan apa apa produk. Just buat sendiri. Jadi apa pencapaian
aku? Oklah. Ada pengurangan dari size baju dan seluar jeans kira pencapaian
yang membanggakan la. Nnt aku share ok.
Oklah…jumpa lagi di lain entry. Itu pon kalau datang mood
rajin aku lah. Selamat berbuka puasa semua. Assalamualaikum.
1 comment:
Slaam Ramadhan Ma..
Selamat Hari Raya yang bakal menjelang..
Hati2 balik kmapung..
:)
Post a Comment