Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, December 29, 2012

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Agak lama tak update blog. Actually ada gak mengarang tapi sekerat jalan dah hilang point. Huhuhu.
Harini Semalam pergi Hospital Putrajaya untuk booking bersalin. Ni nak bagi tips sikit if korang mmg checkup private tapi nak bersalin kat Hospital Putrajaya.

Tips: Dapatkan refer letter dari klinik anda buat monthly checkup yg menyatakan anda hendak bersalin di HP. Surat tu perlu dihantar ke O&G HP selepas kandungan berusia 32 MINGGU dan keatas untuk proses memasukkan  data pesakit. (Booking process). Hari untuk booking hanyalah hari ISNIN dan JUMAAT. 

Procedure booking lebih kurang macam ni la: Pergi ke klinik pakar HP then amik no giliran bagi pendaftaran di kaunter. (tekan  Button B untuk O&G). Serahkan surat refer pada pegawai bertugas. Selepas pendaftaran di kaunter, anda akan diarahkan ke Kaunter A (Klinik O&G). Document yang diperlukan di Kaunter A ialah 1. Rekod Bulanan Pemeriksaan Mengandung 2. Surat refer 3.Buku Temujanji (diberikan oleh pegawai di kaunter pendaftaran) Letakkan document-document yang diperlukan di kotak disediakan. Seterusnya tunggu la nurse bertugas panggil nama anda. Sekian.

Kembali kepada topik utama. Lepas dah buat booking then my bff, Puan Zatun comment kat FB. She informed me that kat Putrajaya ada pusat bersalin Satu Malaysia yang dah setahun beroperasi. Tapi just accept for normal delivery.  Disebabkan aku mmg cuti rini  semalam, jadi aku pon merajinkan diri buat rondaan disekitar Presint 8. Berpeluh jugak makcik nak cari tempat ni sebab aku tak familiar sangat kat sini. Kalau nak gi Alamanda aku terre la. Kihkihkih.

Location bertanda X merah tu.

Actually senang sangat nak pergi pusat bersalin ni. Kalau dari Elit Highway, kita nak gi Hospital Putrajaya, kita kena turn left. Tapi pusat bersalin ni kena turn right, naik flyover nak ke jambatan Putrajaya (yg ala ala Penang Bridge tu). Kalau korang dari arah bertentangan, contoh senang dari Alamanda, Pusat Bersalin ni kena turn left. Then ada traffic light before naik bridge. (Landmark: Shell belah kanan). Dekat traffic light, amik kanan (Jalan P8H), masuk ke kawasan yang banyak apartment. Then jumpa again traffic light simpang empat, amik kiri (Jalan P8G). Korang akan nampak padang bola presint 8 sebelah kanan and Apartment untuk penjawat awam belah kiri. (Jalan P8R2). Pusat bersalin tu sebelah rumah tu la. Ada tulis P8R3. (Landmark:padang bola presint 8). If korang tak jumpa jugak boleh la guna GPS ye.

kredit to (http://fadlulfifah.blogspot.com/2012/08/pusat-bersalin-berisiko-rendah.html)

Dah sampai kat sana, so aku masuk la jumpa nurse yang bertugas. Lega la nurse tu baik hati nak melayan aku. Siap bawak pusing kawasan lagi.Tapi ingat, tak semua orang boleh bersalin kat sini. Ada beberapa syarat yang korang perlu penuhi sebelum boleh diterima bersalin. Dah nama pon Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Jadi hanya kes yang bersalin berisiko rendah sahaja diterima ok. Maksudnya? Okey aku list apa info yang aku dapat dari nurse tu td.

Info:

1. Untuk yang buat pemeriksaan di KK, hanya ibu yang mempunyai tag putih kedua di buku pink sahaja yg diterima. Maknanya ibu tersebut mengandung kali kedua hingga kelima tanpa apa apa masalah ketika proses mengandung.

2. Untuk yg private checkup macam aku: Perlu buat pemeriksaan di hospital kerajaan at least sekali. Then hospital akan buat satu surat, (lebih kepada laporan penilaian yang menyatakan kita memang boleh bersalin normal dan x mengalami apa-apa masalah ketika mengandung) Ada nurse tu tunjukkan surat tu kat aku. Tapi macam aku, memang dah 36weeks and tak pernah ada checkup kat gomen. So nurse tu cakap, aku perlu pergi ke Hospital Putrajaya dulu if dah rasa nak bersalin. Kalau ward penuh, kita memang akan direfer ke tempat lain. So dia suh aku beritahu Hospital Putrajaya aku nak bersalin kat situ. Kalau Hospital Putrajaya cakap ok, nanti diorang tahu la apa yang diorang perlu buat.

3. Kat sini xde doctor okey. Just nurse yang memang berpengalaman. And no epidural or ubat tahan sakit. Only gas. Kata nurse tu, konsep bersalin macam kat rumah.

4. Bilik bersalin ada 6 or 5. Lupa. Memang selesa. Bilik satu2 macam kat HP gak.

5. Ward adalah rumah 3bilik. Seorang pesakit satu bilik. Jadi husband leh la temankan. Tapi lupa lak nak tanya kanak-kanak bawah 12 tahun boleh masuk ke tak.

So far itu je yang aku ingat. Tentang bayaran, lupa lak nak tanya. tapi rasanya bayaran macam klinik kerajaan jugak la. Tapi dengan condition class pertama gitu. Kat mana nak dapat bayar murah tapi dapat bilik first class. Sorang satu bilik. Kat swasta, first class punya bilik sehari paling cikai pon harus dua tiga ratus. So kalau korang memang ibu-ibu yang berisiko rendah, nak bersalin anak kedua dan seterusnya, boleh la cuba bersalin kat sini. Tempat dia dah la macam sunyi je. Tenang gitu. Semalam lepas dah balik baru teringat aku tak amik gambar sekeping pon. Aku memang bukan blogger tegar sebab sokmo la lupa nak amik gambar. hahhaa.

(Tadi blog walking ada jumpa blog mommy yang cerita pasal pusat bersalin ni jugak. Katanya, kalau memang bila check kat HP and kita berisiko rendah, automatik kita akan dihantar kesini. Aku xsure la. tapi nurse yang sembang ngan aku tu cakap, kalau ward kat HP still available, tetap boleh bersalin kat sana. and if dah full, and anda berisiko rendah baru diorang refer ke sini. Wallahuallam.)

4 comments:

azzpinky said...

Untunglah kpd ibu2 yg xpernah kena c-ser...huhuu...

Anonymous said...

klu mcmtu 1st baby xbley lah erk?...

Anonymous said...

klu mcmtu 1st baby xbley lah erk?..

Akma said...

Rasanya mmg xleh. For second baby pon tetap kena pergi putrajaya hospital first then atas nasihat doc kat sana sama ada transfer here or bersalin kat hp je.