Assalamualaikum…
Malas betul nak menaip sekarang. Sebenarnya last week nak
cerita aktiviti balik kg. tapi malas punya pasal just update pasal hutang. Last 2 weeks balik kampong, memang confirm
tak buka notebook punya. Sebab, hari hari di kampong mesti digunakan sebaik
mungkin. Lagipun, aktiviti balik kampong kali ni adalah attend wedding kawan
kawan and sedara mara. Bayangkan la, hari sabtu 2 june, 4 majlis kami hadiri.
And ada lagi 3 yang kami memang tak dapat pergi. Ni baru kat Terengganu. Belum
lagi undangan dari kawan2 yang jauh. Memang tak dapat la nak penuhi semua
undangan. Sedih rasa hati, sebab kalau boleh memang nak pergi semua. Dapat
jumpa kawan kawan lama.
Then ahadnya, my mom angkut semua anak and cucu dia pergi
umah my uncle kat kg bukit tumboh. Kenduri anak my uncle. Means, majlis kawen
my cousin la. Seriously ak dah lama sangat tak jumpa sepupu sepupu ak ni. Diorang ni memang satu kepala la ngan ak.
Kalau jumpa mesti ada la sesi gaduh and kutuk mengutuk. Nak gerak balik pon sempat
lagi cari point nak gaduh. Sampai mak ak bebel cakap sudah2 la tu, nak balik
dah ni. Hahaha. Tapi memang seronok dapat jumpa diorang.
Afiqah pon bukan main seronok lagi and memang sempoi habis.
Comey plak tu pakai baju kurung zaman purba kala (baju Along Ira 15 tahun
lepas). Nape ak cakap sempoi? Sebab sepupu2 dia yang lain tgk bunga telur kat
pelamin,memang muka terliur nak tapi tak berani nak mintak. Dapat kat anakanda
ku selambe cakap kuat2, nak elur. Yeee, akhirnya Afiqah dapat telur, and makan
sorang2. Orang lain tgk je la. Sb malu nak mintak. Bagus anak mama. Malu rugi,
apa pon tak dapat. Memang anak papa. (mama pemalu).
ini la baju kurung zaman purba. dah 15 tahun tapi masih cantik |
makan telur. kenyang anak mama. |
on the way balik. dalam keta ngan Ngoh. Baju kemana dah hilang. |
suka la ada orang layan. |
si debab mama. |
tak duduk diam walau sesaat. |
Sebab penat makan gulai banyak sangat, kitorang gerak balik
shah alam lepas maghrib. Sebab mengantuk, siap benti tidur kat R&R Temerloh.
Kul 3 bangun, sambung balik perjalanan. Esoknya, mc. Huhuhu. Dah kul 5++ pagi
baru sampai. Memang takde harapan la nak bangun. Ngan hidung pon leh tahan
tersumbat. (ni kes tidur dalam aircond kereta) nak wat camana, umah xde
aircond, so idung ni tak tahan. Hehehe. Lagipun ak yang drive. Laki ngan
anakanda tidur macam kat umah. Siap berdengkur lagi.
Then latest weekend pon tetap cerita majlis kawen gak. ak
should be kerja Sabtu, tapi minta tukar ngan colleague, so next week and
another next week ak kena datang keje la. Sanggup tukar cuti sebab nak attend
my USM bff nye wedding. Majlis umah dia 2 june lepas, tapi sebab kat Kelantan,
ak x dapat pergi. So bersungguh ajak en suami pergi gak majlis kat perak.
Sebabnya, semua my BFF masa USM akan attend wedding puan Eida & en
Aswad. Akhirnya, lepas 4 tahun grad, ak
dapat berkumpul balik ngan Cik Piah, Puan Midah, Puan Wadah, Puan Ziera, Puan
Ieda and Cik Sue. And tak ketinggalan, sorang lagi kawan USM gak, cik Aida. Seriously, seronok sangat. Walaupun kejap je
jumpa, tapi tetap puas hati.
sambung next entry. Panjang2 sangat nanti orang malas baca.
No comments:
Post a Comment