Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, March 13, 2012

Tips Travel ngan Anak kecil

Assalamualaikum semua...

today dah start keje after 4 days di Bandung...
next entry will story experience di sana...
tapi conclusion yang boleh dibuat sangat best and bandung sangat menenangkan walaupun crowded...

ak ke bandung with my hubby and my dear Afiqah...
not easy to travel with toddlers lagi2 yang sedang aktif and suka explore benda baru...
maybe lebih mudah bawak baby kot sb baby ni masa tidonya lebih banyak...
cabaran paling besar yang ak hadapi bila dalam flight...
igtkan Afiqah takut2...ye la first time naik flight...
rupanya...mama silap...dia wat flight tu mcm kat rumah...
cuma lega dia tak jerit2...cuma xleh duk diam la...
ni antara tips untk mommies yang nak travel n bawak budak aktif macam Afiqah...tips ni bukan dari pro tapi hanya berdasarkan pengalaman...
harap dapat memberi panduan pada kawan2 yang lain...

tips:
1. sekiranya anak anda cepat bosan, sediakan lebih dari 1 benda atau mainan yang boleh mendiamkan/menenangkan dia...like Afiqah...mama dah upload siap2 game and lagu2 dalam phone utk bg dia main, and bawak patung angry bird kesukaan dia...Afiqah pon sukakan buku...so bagi dia baca buku or apa2 kertas yang ada dlm flight tu...

2. sediakan susu or makanan kesukaan - ni pon penting untuk menenangkan anak anda...bila ada makanan or susu, coz bila dia makan or menyusu mesti dia akan duduk diam seketika...lagipun kita perlu feed susu bagi mengelakkan telinga berdengung ketika flight naik and nak mendarat...

3. pastikan peralatan anak2 dibawa dalam satu bag yang mudah dicapai dan diletakkan di bawah kerusi hadapan...contoh diapers (takut dia poo poo dalam flight), towel kecil, susu yang cukup (if anak minum formula milk), extra bottle susu yang bersih (boleh je minta FA basuhkan botol tp cerewet la kan)...

4.sediakan ubat ubatan secukupnya- ubat demam, minyak angin, ubat batuk/ selsema, ubat cirit birit dan paracetamol (ini utk ibu bapa). pengalaman saya sendiri: cuaca di bandung sejuk..Afiqah hampir2 kena serang asthma...tapi kami memang dah ready ubat dia...kalau tak mau kelam kabut jugak...

5. bawak la baby carrier or stroller - ini penting, kerana sekiranya anak mahu tidur...and anda berjalan menggunakan public transport...kalau ada transport rasanya tak la susah sangat...sb anak boleh tidur dalam kereta...tapi klu ke tempat yang crowded elakkan bawak stroller sb nnt anda sendiri rasa rimas...sb nanti langgar orang sana sini...so baby carrier sangat penting...klu anak anda mmg sopan and boleh didukung tanpa bantuan xder hal...tapi afiqah kalau x pakai carrier jawabnya x berdukung la jawabnya...sb dia akan mencuba lepaskan diri dari dukungan kita...

6. sentiasa bawa keperluan anak anda dengan lengkap ketika berjalan2 - pastikan anda membawa keperluan yang cukup untuk anak anda...antaranya baju extra,diapers yang mencukupi, towel kecil, wipe tissue, air panas, air putih and susu, plastik kosong, minyak angin...ini antara paling penting,buat tak cukup susu takkan nak pusing balik hotel...klu anak poo poo, and tak jumpa toilet, boleh guna wipe tissue or air putih utk basuh...ala...mcm kita kuar jalan2 shopping gak...barang yang sama gak kita bawak...cuma kat tempat kita familiar tak la risau sangat...klu pergi tempat orang, klu x cukup apa2 kelam kabut jugak dibuatnya...

itu la serba sedikit tips yang boleh dikongsi untuk panduan kawan2...
next entry saya post gambar and cerita kami di bandung plak...
gambar lom upload lam pc...so xleh nak post kat sini...


No comments: