Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, January 19, 2012

Afiqah Sakit Mata...


Salam semua…
Wah…kawan2 makin bertambah…so kena cari idea baru for my blog utk elakkan kawan2 bosan baca my entry… but firstly, salam perkenalan utk my new frens…
Ketika entry ni ditulis, my one n only pwincess of heart ada kat kg with my parents…
My mom bawa Afiqah balik kg ngan dia sebab AFIQAH SAKIT MATA…

Oh…mama sangat rindu kat AFiqah…
mama n Afiqah
time ni mata dah bengkak sikit

Sangat sunyi rumah xder budak ucyuk mama tuy…and sebab tuy jugak, mama siap balik lambat dari office…biasa on time dah cabut balik (tunggu kat office lama2 pon wat per…bukan ada OT pon…sgt kurang berdaddy kasi…)…amik ucyuk mama kat nursery, balik umah tunggu papa balik…
Ni first time Afiqah kena sakit mata…maybe skg musim kot…
Coz kat nursery, ramai yg sakit mata…and their parents still antar anak yg sakit mata ke nursery…
Sebagai ibu yang bekerja, I surely understand kenapa ada parents yg still antar anak yg sakit ke nursery…
Bukan senang nak amik leave…maybe 1 or 2 days ok la nak EL…but sakit mata bukan boleh baik dlm masa sehari  (maybe boleh, I’m not really sure bout that  coz my BFF cakap dia titik susu ibu dlm mata anak dia n esoknya teruk baik..i x BF afiqah so xder susu nak kaci…hehhhe...)  tapi like Afiqah,mata dia bukan jer merah tapi bengkak…mata dia start merah since Saturday last week and last Monday mata dia start bengkak until now tapi dah makin ok la… Jadinya, xkan parents nak EL sampai seminggu…prestasi keje akan affected tapi mereka tiada initiative lain and terpaksa jugak antar anak ke nursery…

 Tapi sebagai ibu tetap ada rasa kecewa dengan situasi ni…coz fikir kesian anak orang lain yg berjangkit disebabkan kita…saya pon mulanya risau, berapa lama nak on leave, sape nak kena amik cuti coz next week factory dah shut down for CNY, lagi nak cuti ke before tu…xkan nak antar gak AFiqah ke nursery, nnt berjangkit ngan baby…dah la AFiqah duk ngan baby2 kat atas…Afiqah yg dah besar sikit pon merengek2 sakit apalagi ngan baby2…hati ni x keruan sangat… but I’m lucky coz my big bro had meeting at Putrajaya on Monday and my mom sanggup dtg from Terengganu to take care of my baby while I’m working…klu my big bro xder meeting, my dad siap suh my mom dtg sini naik bas…betapa amik berat nya my parents ngan anak n cucu dia…(Bersyukurla kerana diri ini masih ada ibu bapa yang sanggup bersusah payah walaupun anak2 dia dah kawen…) and AFiqah x perlu pg nursery and mama xla risau anak orang lain lak berjangkit…

Afiqah n pokte nya...
mata Afiqah smpai cepet sebelah...sedey tgk...
ni gambar semalam, amik from fb my kak ipar

Tadi saya search tentang sakit mata ni…apa penyebabnya n macaman leh berjangkit…

Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.

Punca peryakit

1. bakteria( jenis haemophilus)

2. jangkitan virus (beserta selsema )

3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:

· tangan yang tercemar, tuala
,  alat kosmetik, bulu mata palsu, kanta sentuh

tanda-tanda:

· gatal, mata merah, perit terkena cahaya, mata bertahi, bengkak mata, sakit, rasa “pasir” dalam mata, kabur penglihatan

tempoh: ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.Pencegahan:

Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:

· mengelakan tangan menyentuh mata

· kerap menyuci tangan

· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan

· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata

· penggunaan kanta sentuh secara bersih

· memakai alat pelindung mata apabila perlu

· tidak berenang didalam kolam yang kotor

AMARAN:

Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda

· penglihatan berubah

· sakit mata yang bersangatan

· sakit ketika menggerakkan bola mata

· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat

· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti

· mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.

Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.Petua:

· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.

· Elakkan daripada menggosok mata.

· Kerap mencuci tangan.

· Jauhkan tangan daripada mata.

· Gunakan kacamata hitam.

· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.

· Elakkan menggunakan kanta sentuh.

· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

Disediakan oleh:

Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.

Dipetik dari: Sini 

Kesimpulannya disini, untuk mengelakkan jangkitan sakit mata, kita perlulah mementingkan kebersihan  dan mengelakkan dari berkongsi barangan peribadi dengan orang lain… kenapa kat nursery senang kena penyakit mata ialah…kanak2 yang sakit mata ni mesti akan menggosok mata ngan tangan then terus sentuh barang mainan…dan barang mainan ni akan dikongsi dengan kawan2 yang lain…benda camni bukan senang teacher diorang nak pantau…kanak2 kat nursery bukan sorg dua...nak quarantine kan plak teacher cukup2 jer jaga kanak2 kat situ… Jadi, sebagai ibu bapa,selagi boleh elakkan menghantar anak ke nursery ketika dia sakit, tapi klu dah xder choices lain, apa leh buatkan…so kena la ibu bapa lain pon faham situasi mereka2 ini…ini la cara hidup bermasyarakat…

2 comments:

ciNDerella stRikEr said...

alamak...kesian nye. kita yg dewasa ni kalo sakit mata pon rimas.

Akma said...

kan...sedey hati tgk nak2 time bgn tido...sb xleh bukak mata...