Followers
Monday, December 31, 2012
Selamat Tinggal 2012
Saturday, December 29, 2012
Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia
Agak lama tak update blog. Actually ada gak mengarang tapi sekerat jalan dah hilang point. Huhuhu.
Tips: Dapatkan refer letter dari klinik anda buat monthly checkup yg menyatakan anda hendak bersalin di HP. Surat tu perlu dihantar ke O&G HP selepas kandungan berusia 32 MINGGU dan keatas untuk proses memasukkan data pesakit. (Booking process). Hari untuk booking hanyalah hari ISNIN dan JUMAAT.
Procedure booking lebih kurang macam ni la: Pergi ke klinik pakar HP then amik no giliran bagi pendaftaran di kaunter. (tekan Button B untuk O&G). Serahkan surat refer pada pegawai bertugas. Selepas pendaftaran di kaunter, anda akan diarahkan ke Kaunter A (Klinik O&G). Document yang diperlukan di Kaunter A ialah 1. Rekod Bulanan Pemeriksaan Mengandung 2. Surat refer 3.Buku Temujanji (diberikan oleh pegawai di kaunter pendaftaran) Letakkan document-document yang diperlukan di kotak disediakan. Seterusnya tunggu la nurse bertugas panggil nama anda. Sekian.
Kembali kepada topik utama. Lepas dah buat booking then my bff, Puan Zatun comment kat FB. She informed me that kat Putrajaya ada pusat bersalin Satu Malaysia yang dah setahun beroperasi. Tapi just accept for normal delivery. Disebabkan aku mmg cuti
Location bertanda X merah tu. |
Actually senang sangat nak pergi pusat bersalin ni. Kalau dari Elit Highway, kita nak gi Hospital Putrajaya, kita kena turn left. Tapi pusat bersalin ni kena turn right, naik flyover nak ke jambatan Putrajaya (yg ala ala Penang Bridge tu). Kalau korang dari arah bertentangan, contoh senang dari Alamanda, Pusat Bersalin ni kena turn left. Then ada traffic light before naik bridge. (Landmark: Shell belah kanan). Dekat traffic light, amik kanan (Jalan P8H), masuk ke kawasan yang banyak apartment. Then jumpa again traffic light simpang empat, amik kiri (Jalan P8G). Korang akan nampak padang bola presint 8 sebelah kanan and Apartment untuk penjawat awam belah kiri. (Jalan P8R2). Pusat bersalin tu sebelah rumah tu la. Ada tulis P8R3. (Landmark:padang bola presint 8). If korang tak jumpa jugak boleh la guna GPS ye.
kredit to (http://fadlulfifah.blogspot.com/2012/08/pusat-bersalin-berisiko-rendah.html) |
Dah sampai kat sana, so aku masuk la jumpa nurse yang bertugas. Lega la nurse tu baik hati nak melayan aku. Siap bawak pusing kawasan lagi.Tapi ingat, tak semua orang boleh bersalin kat sini. Ada beberapa syarat yang korang perlu penuhi sebelum boleh diterima bersalin. Dah nama pon Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Jadi hanya kes yang bersalin berisiko rendah sahaja diterima ok. Maksudnya? Okey aku list apa info yang aku dapat dari nurse tu td.
Info:
1. Untuk yang buat pemeriksaan di KK, hanya ibu yang mempunyai tag putih kedua di buku pink sahaja yg diterima. Maknanya ibu tersebut mengandung kali kedua hingga kelima tanpa apa apa masalah ketika proses mengandung.
2. Untuk yg private checkup macam aku: Perlu buat pemeriksaan di hospital kerajaan at least sekali. Then hospital akan buat satu surat, (lebih kepada laporan penilaian yang menyatakan kita memang boleh bersalin normal dan x mengalami apa-apa masalah ketika mengandung) Ada nurse tu tunjukkan surat tu kat aku. Tapi macam aku, memang dah 36weeks and tak pernah ada checkup kat gomen. So nurse tu cakap, aku perlu pergi ke Hospital Putrajaya dulu if dah rasa nak bersalin. Kalau ward penuh, kita memang akan direfer ke tempat lain. So dia suh aku beritahu Hospital Putrajaya aku nak bersalin kat situ. Kalau Hospital Putrajaya cakap ok, nanti diorang tahu la apa yang diorang perlu buat.
3. Kat sini xde doctor okey. Just nurse yang memang berpengalaman. And no epidural or ubat tahan sakit. Only gas. Kata nurse tu, konsep bersalin macam kat rumah.
4. Bilik bersalin ada 6 or 5. Lupa. Memang selesa. Bilik satu2 macam kat HP gak.
5. Ward adalah rumah 3bilik. Seorang pesakit satu bilik. Jadi husband leh la temankan. Tapi lupa lak nak tanya kanak-kanak bawah 12 tahun boleh masuk ke tak.
So far itu je yang aku ingat. Tentang bayaran, lupa lak nak tanya. tapi rasanya bayaran macam klinik kerajaan jugak la. Tapi dengan condition class pertama gitu. Kat mana nak dapat bayar murah tapi dapat bilik first class. Sorang satu bilik. Kat swasta, first class punya bilik sehari paling cikai pon harus dua tiga ratus. So kalau korang memang ibu-ibu yang berisiko rendah, nak bersalin anak kedua dan seterusnya, boleh la cuba bersalin kat sini. Tempat dia dah la macam sunyi je. Tenang gitu. Semalam lepas dah balik baru teringat aku tak amik gambar sekeping pon. Aku memang bukan blogger tegar sebab sokmo la lupa nak amik gambar. hahhaa.
(Tadi blog walking ada jumpa blog mommy yang cerita pasal pusat bersalin ni jugak. Katanya, kalau memang bila check kat HP and kita berisiko rendah, automatik kita akan dihantar kesini. Aku xsure la. tapi nurse yang sembang ngan aku tu cakap, kalau ward kat HP still available, tetap boleh bersalin kat sana. and if dah full, and anda berisiko rendah baru diorang refer ke sini. Wallahuallam.)
Monday, November 26, 2012
Peringatan!!! Pencuri Di Majlis Kahwin
Korang, aku nak ingatkan korang semua yang akan buat majlis kahwin ke, cukur jambul ke, majlis berkhatan ke rumah terbuka ke, and majlis tu semua dibuat dekat rumah sendiri, (sebab kalau dewan, pencuri tak tahu nak curi apa, tapi kemungkinan tetap ada. biasa bag tetamu la jadi sasaran.) sila la berhati-hati ye. Kalau boleh barang berharga biarlah seorang yang sangat dipercayai menjaga. yang diberi amanah, sila la kelek and kepit kemana saja amanah yang diberikan pada anda. walaupun rasa cerewet macamana sekalipon. sebab ada manusia yang memang kerja or habit dia adalah mencuri and tunggu masa je nak ngap barang-barang berharga tu semua bila ada peluang.
Lagi menakutkan bila bukan je barang berharga yang jadi sasaran, tapi anak-anak kecil pon kalau boleh diorang nak culik. memang GILA sangat. Yang ada anak kecil, make sure anak anda ada yang menjaga, sebab takut ada yang hati hitam dan dasar manusia busuk yang ambil kesempatan untuk bawak lari anak anda. sekarang kan banyak sindiket jual budak or perdagangan manusia. sebab masa kenduri kawan aku last weekend, bukan je PENCURI tu nak curi barang, tapi siap cuba CULIK baby umur 2 bulan. anak buah kawan aku tu. YA ALLAH. aku tak tahu la kalau diorang berjaya larikan baby tu. taknak bayangkan apa nasib baby tu. Alhamdullillah, baby tu masih dilindungi and ada yang sedar ngan perlakuan orang tu.
Bila kawan aku share kat FB apa yang jadi, colleague aku pon ada story yang sama. and yang mengejutkan aku, modus operandi si PENCURI tu sama weh. Bawak budak kecik (kurangkan syak wasangka orang. takkan la bawak anak pon sanggup buat kerja jahat) and mintak izin nak tumpang SOLAT. Kawan aku tu, masjid sebelah umah dia je pon. Tapi bila masing-masing busy and dah ramai-ramai orang takde nak fikir bukan-bukannya. Yang colleague aku tu plak, duit yang orang kasi kat mak ayah pengantin, habis semua kena kebas. Bila ada yang tegur tanya dia sape, siap buat kecoh macam dia tuan rumah, last-last hilang macamtu je, cabut lari. memang hebatla, tak sempat nak tangkap. ni memang jenis dah biasa buat kerja mencuri la tu.
so korang yang bakal buat majlis hati-hati tau. tak kira la korang kat negeri mana sekalipon. sebab memang ada manusia jahat yang memang kerja dia mencuri. sebelum buat majlis besar, pastikan planning keselamatan dah bincang siap-siap. maybe boleh agihkan tugas untuk ahli keluarga orang ni jaga barang-barang. orang ni jaga budak kecik. ye la, buat majlis besar, memang semua pon akan busy. and kalau ada yang nak tumpang solat tu kalau boleh tak yah kasi la kalau korang tak kenal. suh je diorang solat kat surau or masjid. kampung mana yang takde surau or masjid? mesti ada la walaupun hanya surau kecil. walaupun muka orang tu nampak baik, sopan santun and bawak anak, tetap jangan mudah percaya ok.
semoga kita dijauhkan dari manusia berhati busuk and jahat macam ni. Yang paling lega, bila dengar baby tu selamat.
Saturday, November 24, 2012
Bersalin Dimana Yer?
“Walaupun nak bersalin kat private, tapi ada apa-apa hal diorang refer ke GH gak. Nnt antar ke GH gak. Kalau takde buku pink, nanti nurse marah.”
- Selangor Vs Terengganu – ak tengah berkira-kira nak balik kampung. Nak bersalin kat sana, sebab aku nak anak aku lahir kat Terengganu Darul Iman. Dulu AFiqah dah bersalin kat Putrajaya. So IC dia dah IC Putrajaya. Sebab mak pak orang ganu, kalau boleh biar la anak pon lahir kat ganu. Lagipon jadi anak ganu ni banyak kelebihannya. Bila memikirkan kelebihan sebagai anak Ganu, itu yang berbolak balik hati ini. Tapi kalau nak bersalin kat ganu, kena la cuti awal. Xkan la dah rasa sakit nak bersalin, baru nak gerak balik kampung. Aku belum lagi bincang ngan boss aku. Kalau dia ok nak lepaskan ak at 38weeks or 39weeks, boleh la aku bersalin kat ganu. tapi better at 38weeks dah cuti la. sebab time Afiqah dulu masuk 38 minggu dah bersalin. Walaupun orang cakap lain anak, lain cara. Tapi kemungkinan untuk bersalin seawal 38 minggu tetap ada. Hmm..pening makcik pikior.
- Kemungkinan kena czer – banyak sangat cerita cakap if kat private diorang kalau boleh nak kita czer. Aku ni kalau boleh nak bersalin normal la. biar sakit time bersalin, dari sakit lepas bersalin. Kalau orang cakap, best r dapat bersalin czer, orang tu memang silap besar weh. Yang lagi bangang pernah sekali aku baca kat mana ntah. Rasanya FB sorang akak ni, dia kata ada kawan dia kata orang bersalin czer, tak terhapus dosa dia macam orang bersalin normal. Bodoh gila orang yang cakap camtu. (bukan akak tu, tapi kawan dia yg cakap tu) Dia sedar tak, xkira la czer ke normal ke, tetap bertarung nyawa. Yang bersalin normal, lepas bersalin, hazab sakit tu dah hilang. Yang kena czer? Perut dah la kena belah. Habis ubat bius, tau la macamana sakitnya. So memang aku adalah prefer normal. Lagipon keadaan sekarang, doc (private) macam bagi hint kat aku yang kemungkinan untuk kena czer adalah tinggi. dari weeks 28 lagi dah suh aku bersedia if ada bleeding even sikit. Alhamdullillah, until now still xde tanda-tanda tu. Kesinambungan dari kemungkinan kena czer is adalah duit.
- Duit – suami aku cakap duit bukan masalah. Aku decide la aku nak bersalin kat mana. If kena bersalin czer sekalipon, dia tetap akan bayar. Tapi masalahnya sekarang ialah AKU. Walaupun duit en suami yang keluarkan tapi effectnya tetap pada kami semua. Bagi aku, dari aku membazir duit bayar cost bersalin sampai lebih rm4k if bersalin czer, baik aku simpan duit tu buat benda lain. (leh aku pow laki aku buat cabinet dapur yang bertangguh tu) Kalau kena czer kat gomen pon, baru berapa je kan. Kalau normal lagi la murah. Macam bersalin AFiqah dulu kat hospital Putrajaya, normal baru rm440. Xke banyak beza tu. kalau czer pon, ak rasa cost paling tinggi pon rm2k la kot kat gomen. Lebih kurang ngan bersalin normal kat private. So point disitu kuat menyatakan, baik aku bersalin kat GH je.
- Bad review – tapi bila pikir balik, aku macam takut nak bersalin kat GH. Sebab kalau bersalin kat GH kali ni, aku rasa kat Hospital Klang la kot. Banyak weh cerita tak best aku dengar. Kalau bersalin kat Hospital Putrajaya, aku memang terbuka hati and terus decide nak bersalin kat gomen je. sebab aku memang dah ada pengalaman bersalin kat sana. Dulu memang dekat la nak bersalin kat Putrajaya. Sekarang dah pindah Shah Alam, jauh nak kejar ke sana kalau tetiba nak terbersalin. So GH paling dekat mestila Hospital Klang. Makcik takut weh bila dengar Hospital Klang. Terus ketar lutut. So terus terpikir nak bersalin kat private lak. Kalau confirm balik Ganu, aku nak bersalin kat hospital hulu je. malas la nak pikir apa private hospital yang ada kat sana. Lagipon syarat private hospital or clinic semua kena ada record at least sekali atau dua kali check up kat tempat dia. Kalau ada yang pernah bersalin kat Hospital Klang nak komen, sila la drop your komen kat comment box di bawah.
Thursday, November 22, 2012
Congratz and Boycott..
Tuesday, November 20, 2012
Risau: Maybe ada yang sudi bagi pendapat
Thursday, November 15, 2012
Selamat Tahun Baru: Cerita Awal Muharram
Friday, November 9, 2012
Luahan Rasa Je ni...x Suka x Yah Baca
Xtau la patot ke x cerita kt blog bout ni. Tp ak jd sakit hati ngan beberapa org dlm keluarga ak ni. Ak tau la laki ak ni baik, x pnh ckp x klu org mintak tolong. Tp ak dah naik segan dah ngan lakiku ni.mcm diorg ni amik ksmptn lak ngan kebaikan dia.
Bayangla,ayah dia ngan adik dia pon jrg sekali nk mntk tlg dia. Ni org lain lak lebih2. Bila ada family ak yg skt2 cari dia. Mntk dia tolong itu ini, bl ak tau ak akan marah2. Then kitorg akan gaduh. Sb dia mesti ckp kt ak, org tu bkn susahkan ak pon, tp mntk tlg dia. So ak x yah nak tensen2.
Dia mmg takkan paham knp ak angin. Sb ak malu asyik2 ada je family ak yg nak susahkan dia. Klu laki ak ni pon mmg jns suka sshkan diorg ak xde hal. Masalahnya,dlm 100 diorg cari laki ak, 1 pon lom tentu laki ak cari diorg.
Bukan kata tak leh mntk tolong tapi agak2 la.ada orang lain yg lbh dkt ngan ko, nape kami jugak yg korg nak cari. Yang lagi ak bengang, adik dia yakni adik ipar ak yg sorg tu pon nak mntk tolong ngan abg dia pon teragak2. Serius ak malu weh. Ntah apa kata family mertua ak.mesti kata ak queen control laki. Padahal,ak dah naik tensen.siap gaduh2 kami laki bini sb diorg2 ni. Nyampah2.
Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Saya tak cute tapi saya sweet...like a candy
Saya Afiqah... |
Upin & Ipin |
Inilah gaya saya driving. Korang Mampu? |
dah titon... |
bestnye lolipop |
anak papa... |
KIsah Raya Aidiladha yang Panjang
Wednesday, October 17, 2012
Friday, October 12, 2012
Thursday, October 11, 2012
Selera Makan Terumbang Ambing
Minggu ni selera makan cm ntah hape2. Seriously, tiap kali nak breakfast ke lunch ke dinner mesti blur. Blur sikit takpe. ni dah tahap kronik. langsung x tau nak makan apa. then bila ingat nasi je terus jeng krong kreng otak ni. dia feel macam tekak ni nangis raung mintak jangan sumbat nasi.
dua tiga hari lepas ok lagi la bila sumbat nasi, tapi sure pembaziran la. tapi lauk pilihan. nak ikan masin goreng ngan lada n bawang (ala2 macam ikan pekasam la, tapi pekasanm xde, ikan masin tenggiri pon boleh layan) then goreng telur (konon nak wat telur mata kerbau, last2 mata kerbau dah pecah daaa.) kalau macam ni sokmo, senyum laki ak sebab bini dia sngat berjimat cermat. hahaha.
semalam, sarapan just beli kuih 3 singgit. then tengahari tak pat balik umah sebab janji ngan boss nak gi SIRIM jumpa testing department nye orang. Kalau balik umah, kompom masak2 lu. takut terlambat lak masuk office. biasa kuli tunggu boss, nnt jadi kes boss tunggu kuli. xmau xmau, nanti dari boss niat nak bagi bonus terus dia ubah fikiran. kipas kipas. hahaha. so kena makan kedai la. mmg tepu tak tau nak makan apa. siap kol en suami mintak idea. tu pon x membantu sb dia ngah meeting, tak pat sembang. kena wat keputusan sendiri. so decide makan nasi hayamm je la. tu pon ak makan setengah je. selebihnya pembaziran lagi. tu yg ak mls nak makan luar tu. makan umah duit tak kuar. masak apa ada.
dinner sumbat sushi beli kat Aeon Bukit Tinggi. tu pon beli 8 biji. ak 4 biji, lakiku 4 biji. pastu en suami beli sponge cake yang 3slice. tiga2 slice dia makan sorang. Konon beli untuk Afiqah, tapi Afiqah tak sampai 5 minit masuk kereta dah dibuai mimpi indah.
Saja ajak en suami ngan Afiqah jalan. alasan nak gi tengok stroller. bukan nak beli lagi pon. just nak gi tengok2 je. Afiqah excited tgk stroller tu, siap suh letak dia dalam tu lagi. Kamu time dulu letak dalam stroller kamu tak mau, sekarang dia yang lebih. jangan nanti beli stroller untuk baby, kamu plak yang lebih2 nak duduk. baby mama kena dukung. terbaik la lagu tu. kalau jadi camtu, kena pikir nak beli twin stroller la. tapi kalau beli Afiqah tak mau duduk lak dah bazir lagi. tengok la camana. pikir kendian. lagipon lambat lagi nak bersalin. (3 bulan tu lama ke kak. pejam celik pejam celik dah meletup dah)
Kisah hari ni, nasi pon ak tak leh tengok. nak muntah. pagi ak makan sebiji epal ngan air kosong. tengahari ni mmg nak balik umah, tapi mood nak masak nasi kelaut. pikir2 nak masak apa. last2 bawak kete pergi gerai makcik kawan ak. tapi dah sampai depan gerai, ak rasa cam ilang mood. terus tak benti then balik umah tangan kosong. last2 ak makan megi ngan epal sebiji lagi je. kejap tadi melantak biskut kering cicah milo kosong. nak kata lapar, tak de pon. tapi yang pasti dahaga.
ak dah pening nape jadi camni. ke sebab dalam minggu ni ak gila makan epal. epal ni hilangkan selera makan ak. wahwahwah, kalau betul boleh la praktikkan lepas pantang nanti. so sep duit tak yah beli ubat kurus semua sb makan epal je selera makan ak yilek. tapi now tak sesuai la. so esok ak kena habiskan semua stok epal kat umah. kita tgk, if tak makan epal, selera kembali normal ke tak. tak pon sebenarnya ngengada ibu mengandung. hehehe.
arap sangat selera makan balik ke asal, tapi jangan makin over sudah. ak tak mau la berat naik mendadak. 1kg sebulan je kalau boleh. so petang ni ngah pikir nak makan apa lak. tapi nasi memang tak mau la. tak lalu la. sebut nasi pon dah rasa geli campur pening. hover sangat tau. hahaha.
Monday, October 8, 2012
Sembang Kosong.
This weekend memerap je kat rumah, sebab Afiqah tak sihat. Dua hari pertama demam dia still aktif. tapi semalam, melepek je. siap kena paksa mandi, makan ubat then dia tido balik. petang baru la nampak ok sikit. siap leh main air kat luar ngan papa dia. tapi semalam, kul 8p.m dia dah tido lepas kena paksa makan ubat. Ya Allah, sangat susah nak bagi makan ubat. siap kena ugut cakap orang xnak makan ubat kena tido luar. tu pon jerit taknak lagi. siap mama duduk depan pintu dapur, buat2 macam nak buka pintu, baru la makan. sowi la anak. terpaksa. kalau tak kamu taknak makan ubat. nak paksa pegang mulut kepit tangan kaki, kamu lagi terre dari mak ayah kamu. dia sembur je ubat tu.
Kadang-kadang naik geram ngan Afiqah ni. bila tak sakit, pantang nampak ubat. siap berlakon amik ubat, tuang dalam sudu then suap ke mulut. boleh mintak2 lagi nak makan. tapi bila sakit, mengamuk ngamuk taknak. siap ak kena panampor free sejibik sebab nak marah ak paksa dia makan ubat.padahal apaknya yang pegang mulut dia. ak tukang sua ke mulut je. tapi biasa la budak sakitkan. cranky tu biasa la. adat. dia sakit semua orang dia taknak. ak pon dia tak bg sentuh dia, apaknya lagi la. tapi semalam dah ok sikit. tengah malam, bangun cari mama. nak tido bawah ketiak mama dia. huhu.
Pagi ni, badan still panas2 sikit. tapi ak terpaksa antar pergi nursery jugak. sebab last week dah EL. nnt cuti banyak2 boss ak bising plak. papa pon sama, pagi petang ada meeting. Tapi dah pesan ngan cikgu dia, if tetiba suhu badan dia naik balik, just give me a call. ak akan pergi pick up dia kat nursery. but until this entry ditulis, lom ada mesej and phone call dari cikgu dia. tghr tadi mesej cikgu dia pon cakap dia ok.Hopefully dia tak buat perangai comel dia kat taska la. siap pesan kat cikgu cakap dia dua tiga hari ni mood tak elok. cikgu pon cakap ok. faham. budak tak sihat memang macam tu.
sekarang memang musim sakit kan. demam, batuk n selsema ni biasa je. ak pon tekak dah macam perit2 je. tapi maybe sb tak cukup tido kot. camana nak nyenyak tido kalau anak sakit. sabtu ak pergi keje, (Afiqah start demam khamis malam jumaat. jumaat ak EL. sabtu suami plak EL) dak opis ak tegur ak. dia cakap yang bawah mata ak lagi teruk dari mata dia. ni jawapan ak:
Ak: biasa la kalau ada anak.nnt u ada anak then leh la rasa camana.
Dak Opis: ye ke? mana tahu nanti anak i bangun makan then tido je.
Ak: Good for you.
then ak diam je la lepas tu. ak ni kan kaki sentap. hahaha. tapi seriously, now muka ak dah tahap kusam, n lemau. Since pregnant, ak jadi malas nak belek2 muka semua ni. tu nasib baik ak still cuci muka lagi. tapi skg satu hape krim pon ak tak sapu kat muka ni n secalit bedak pon xde. apa lagi nak berlipstik bagaikan. bukan je malas bila pergi kerja, tapi pergi ke mana2 pon sama je. and ak pon dah tak tahu ak letak mana segala alat make up ak and krim muka dah lama gila ak tak beli lepas habis awal bulan May haritu. Maybe after deliver kembali normal kot. Lagipon skg badan dah gumukss, so xde mood nak berlawa2. Baju pon xcukup.
cerita pasal baju. next Saturday ada convocation sedara ak. tapi dah macam adik ak dah Kakak Liyana ni. Masa baby dia pernah duk ngan parents ak jap. kira dia ni macam anak bongsu parents ak la. actually tak tahula pertalian darah jenis apa yg kitorang ada. tapi yang ak pasti, nenek n atok dia dah macam mak ayah pada mak ak. (grandparents ak ngan grandparents kakak ni berjiran dulu) and dah macam tok nenek ak sendiri dah. Kak Lah, (mak Kakak Liyana) ni dah macam adik mak ak. Maybe ada la talian kekeluargaan, tapi jauh la kot. tapi ada kami kesah. yang pasti kami adalah keluarga. panjang pulak story pasal relationship family. kui3.
So parents dia akan stay umah ak dari Friday to Sunday. So ak rasa ak perlukan baju baru. takkan nak pergi convo pakai baju t'shirt bodo. cikai2 pon pakai blouse. so kena online shopping la macamni. nak pergi jusco ke ak malas la plak bila Afiqah kurang sihat ni. Mana erk baju cun2 n harga affordable. please anyone, give me an opinion or link online shopping yang u'olls suka. ak belek2 poplook, but kurang berkenan la. maybe korang ada fav website then leh share with me.
k la. jangan lupa drop link online shopping fav korang. leh ak pergi tengok gak. sampai jumpa lagi. daaa
Saturday, October 6, 2012
Wan Kuar Ward, Afiqah Lak Demam
Semalam ak EL, sebab Afiqah demam. Today papa take over untuk jaga Afiqah kat umah coz today ak terpaksa kerja jugak. Ingatkan today nak balik kampung, tapi sebab demam AFiqah still tak kebah jugak n yang makin merisaukan sebab tiap kali makan, mesti muntah, minum susu muntah, batuk sikit muntah, duduk saja pon muntah. So perjalanan jauh buat masa sekarang not good to her. takut demam yang nak baik jadi makin teruk lak. Dah inform my mom cakap tak jadi balik. sedey je suara dia, tapi dia cakap kalau still tak sihat arini,xyah balik la. Balik lain kali je. Ak sendiri pon sedey x dapat balik sedangkan mak ak sakit. tapi kesihatan AFiqah pon kena fikir gak. so sabar la hati. raya haji nanti balik lama sikit.
Semalam just pergi klinik kat rumah. Doc cakap suhu AFiqah agak tinggi 40.8degree C. Patotla malam sebelum tu, dia tidur mama leh rasa panas badan dia. Even dah bagi makan ubat, suhu still tak turun. Biasa sebelum ni, kalau AFiqah demam, makan ubat dah kebah. Memang tak lena tido la semalam sebab nak make sure suhu badan dia tak tinggi sangat. ak basahkan kepala and badan dia dengan Aloe Vera. Dia pon tak merengek sangat bila kepala sejuk. Tapi dalam 4.30a.m dia terjaga then nangis2. dia cakap dia sakit kepala. Basahkan lagi kepala dia then picit2, tertido balik.
Ingat lepas kena masuk ubat ikut montot, dah baik. tak jugak. sampai pagi ni suhu still tinggi. If tak turun juga, kena bawak pergi hospital la. risau gak takut serius. doakan afiqah cepat sembuh ye.
Wednesday, October 3, 2012
My Mom Warded Again
Tuesday, October 2, 2012
Check up at 24 weeks
Firstly, congrats to my dearest BFF, Puan Zatun for a 2nd pregnancy. Perancangan menambah ahli keluarga di makbulkan Allah. Alhamdullillah. Take a gud care my dear. dah la keje ngah berlambak kan. at first trimester ni mmg kena xtra careful. Ak doakan semoga semua dipermudahkan sampai baby deliver.
So scan semalam, check size baby. Doc said yang baby size normal. not to small or to big. Gud kob my dear BB A. Tp ukur lilit perut dia yang besar sikit.
Lain2, doc baru kasi blue card (sama cam buku pink la) and need to bring every time ada checkup. and this card is really important kalau tetiba ada emergency nak terberanak kat tempat lain selain tempat ak biasa check up ni. Doc asked me whether dah tau baby gender or belum. Last scan, memang ada bg tahu but not to confirm coz baby only at 16w. so semalam doc cakap its a....., but buat relax je la. takut yoyo ooo je confident, tetiba kuar lain. so just wait n see. Boy or gurl, kami tetap terima dengan hati terbuka.
Next check up kena repeat detail scan untuk tgk jantung baby and maybe amik darah untuk check HB. Hopefully this 2nd time, HB akan cantik secantiknya. coz time pregnantkan AFiqah, my HB only 9.6 sahaja. but alhamdullillah, semua nya selamat n dipermudahkan. Of coz for this time, ak harapkan semua dipermudahkan la.
sebab now dah 24w, so me need to buka balik semua note lama nak tgk check list do and don't barang baby. Like i told before, barang yang dah ada n masih elok kita guna je dulu. yang penting and belum ada je kita beli dulu. nnt kalau ada mood, i share la barang apa yang perlu ada untuk panduan mommy2 yang lain. hehehe.
K la, need to stop first coz this morning i have product audit with SIRIM officer. nyempat je kan? hehehe. sampai ketemu lagi. bye bye.
Friday, September 28, 2012
Merepekan Di Pagi Jumaat
Wednesday, September 26, 2012
Luahan Rasa: Antara Keperluan & Kehendak
Saturday, September 22, 2012
Kisah Last Week
Cantik kan? Belakang umah Tokde n Kebun Mak ak je ni. dulu masa kecik leh berlari2 atas pasir putih tu lagi. mandi tak berani la. tak pernah lak tengok orang mandi. katanya ada boya. |