Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, June 2, 2011

Bayi Dicampak Dari Tempat Tinggi!!Kejam!!!


OH My...
X terkata bila baca paper kosmo pg ni berita bayi lelaki mati dicampak dari tempat tinggi....
Ya Allah...kejam nyer manusia ni...
sanggup perlaku bayi ni camni...
syurga la tmpt kau disana...

Kepala pecah dicampak pembunuh
ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.

Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.
Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.
Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.
Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.
“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.
“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
credit to: Kosmo Online

p/s->dunia akhir zaman, manusia makin kejam...semoga ak, keluargaku, saudara maraku, dan kenalanku dijauhkan dari perkara sebegini. amin.

2 comments:

Anah said...

biasanya org gini org yg buat dosa zina..dh la zina pastu buat dosa bunuh plak..mintak dijauhkan la dr kita n org sekeliling kita..amin

Akma said...

betul anah...mintak dijauhkan dr kita pekara mungkar mcm ni...tp bnd mcm ni jd bermusim...bila ada satu kes jd lg satu kes...takut2 bila pk kan...