Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, April 27, 2012

Cerita Pelik? Seram? or Ak yg Suka Fikir Bukan Bukan...


Assalamualaikum.
Cam lama je x corat coret kat blog ni. Sekarang banyak sangat kerja. This week  je, masa banyak kat luar office. Meeting ngan SPAN, then ada standard meeting kat SIRIM, then ada discussion ngan our SIRIM’s officer nak revised product cert to new standard. Nak kena recommend kat depa apa sample nak antar untuk test. Nak memahamkan standard baru nya, pastu nak kena compare ngan standard lama. Pas nak kena wat SOP untuk QC department for new product yg boss cakap nak launch this year jugak. Dengan audit nya yg dijangka next week, ngan my assistant yg suka suki nak cuti x bgtau. Dah la suka cuti time ak cari dia nak suh wat keje. Time ak x cari ada plak dia tercongok kat kilang.

Ok, enough talking about work because it’s make me headache. Actually yg ak nak story ni happened yesterday morning. Tapi sebab semalam my schedule sgt tight smpai otak tepu xleh wat apa langsung,so arini baru cite. Before kita start ak kena terangkan sikit working condition ak. Ak ni keje kilang bahagian quality control. Working hours ak from 8 to 5. Orang admin lak working hours diorang 8.30-5.30. Tapi disebabkan bilik ak kat kilang xder pc, jadi boss bagi ak satu meja kat office atas. Lagipon keje ak banyak kena deal ngan orang. Nak kena cari itu ini, jadi internet agak penting bg ak. (walaupun sebenarnya lebih banyak mengulor dari wat urusan keje. Hampeh punya pekerja) Jadinya, tiap hari ak orang paling awal sampai office (tukang bukak lampu and pintu la).  

Rutin harian ak pagi2, mesti  breakfast minum ais. Disebabkan minum ais ni jadi sejuk,  ak tak terus on aircond. Bila panas or orang lain datang baru on. Semalam macam biasa ak breakfast, then duk depan pc, sambil minum air, bukak fb, godek2 sana sini. Dalam hati terdetik, panas la, tapi malas la plak nak bangun buka aircond. Jadi ak pon teruskan aktiviti ak tadi. TIBA-TIBA, ak rasa sejuk, macam ada angin tiup. Terus ak dongak ke atas and tengok, aircond dah on. SERIUS, ak blur sangat2, rasa takut tu xde tapi lbh kepada pelik. Dalam kepala ak time tu, ak ada bangun on aircond ke? Rasa macam xde. Xkan ak lupa kot.  Ak recall balik apa yg ak wat dari start masuk pintu, on pc, breakfast, duk dpn pc main fb, then tgk aircond dah on. Memang ak xder bangun amik remote on aircond.

Lepas tu baru rasa kecut kejap. Dah la sorang2. Tengok kanan kiri. Terus  ak called hubby ak. Dia lak memang kaki usik orang. Leh plak dia wat lawak ada orang blakang ak. Tp dlm usik dia cakap, ntah2 aircond tu set timer. So nak sedapkan hati ak, ak positif kan diri cakap colleagues ak set timer walaupun ak tgk kat remote tu semua timer off.  Waaa..cuak kejap weh.  Saje je tau. Lega ak x pernah OT (walau keje belambak cmn pon, ak xkan OT sb OT pon free. Sekarang xder orang wat keje free boss. X siap sok gua sambung ok) tapi ak tetap berfikiran positif cakap yg dah set timer.

Ak ni ada masalah suka baca citer2 mistik kat forum or blog. (Paling ak suka baca skg blog peejburhan: expose mistik) masa ak preggy kan Afiqah, boleh kata tiap hari ak baca. Ramai gak marah kata apa baca citer2 gitu. Tapi  nak wat cmn, terminat. Tapi ak xleh dengar orang citer or tengok drama seram2 ni. Ak jadi penakut tahap dewa. Kalau nak tahu ak takut, ak diam membisu seribu bahasa la. Dan seterusnya tak pasal2 orang yg tgh cerita tu kena marah ngan ak. Heheheh.

Korang pernah tak kena kacau kat mana2. Sebab ak sedang berpikiran positif, ak anggap yg jadi semalam bukan gangguan. But masa zaman sekolah dulu, ak pernah kena kacau. Tapi just dengar, tak nampak. (ak tak mau nampak or jumpa, boleh pengsan mak oi,..) Time tu ak form 5 and dorm ak betul2 depan tangga. Kt tanggakan ada grill, and memang after prep, (x ingat pukul berapa) semua kena masuk bilik and pintu grill dikunci. And masa tu, ak ditanggungjawabkan untuk kunci grill depan bilik ak tu. Dalam kul 2 lbh, ak terjaga and tiba2 sayup2 dengar ada bunyi orang berlari2 bersuka ria kat koridor, siap buka tutup pintu grill lagi. Ak dah kecut perut, memang xleh tido. Last2 ak kejutkan adik junior yang duk katil atas ajak tidur ngan ak. Pagi sok ak tanya dia ada dengar tak semalam. And dia cakap dia pon dengar and yg pasti pintu grill tu berkunci sb pagi tu ak bangun buka pintu yang berkunci.

Ak banyak gak citer2 menakutkan yg en suami, abg and kakak ak cerita. Kalau korang ada gak jom la share ngan ak. Ak suka baca citer2 camni. hehehee

Friday, April 20, 2012

Ragam AFiqah


Makin besar makin ak kena banyak sabar.

Ya ampun! Macam2 peel cik fiqah mama sorang ni. Today umur dia dah 1tahun 8bulan 4hari. Semalam pergi antar dia kat nursery sempat la nyembang2 ngan cikgu2 yang jaga dia. Bila teacher cerita perangai nakal dia kat mama, dia wat muka seblur blurnya n mata pandang jauh ke luar. Memang tak pandang muka mama. Senyum apatah lagi.

Cikgu dia cerita:-
“ Afiqah sekarang suka kacau kawan2 dia. Dia rampas botol susu then dia bawak lari jauh2. Bila teacher mintak dia pon pergi kasi and buat macam dia tak bersalah. Cikgu cakap nanti cakap kat mama. Dia pun cakap balik kat teacher, akap mama. Mentang2 dia kat atas paling senior, tunjuk hero la.”
Bila mama cakap kat Afiqah jangan buat kawan. Bukan main lagi angguk. Bila sampai nursery tu, ak la orang paling baik. diam je. Tapi rupanya, dah jumpa kawan2, ak la paling hebat. Papa pesan suh cakap kat cikgu Afiqah, suh letak Afiqah kat bawah je ngan abg2 n kakak2. Bila duk bawah dia paling Jr. xberani dia nak pukul2 orang. Petang ni mama kena gitau teacher la. Lagipun bila duk bawah Afiqah leh blaja ABC, blaja melukis, nyanyi2, blaja aliff baa taa. Dulu masa Afiqah duk bawah sekejap, dia nampak lebih matang. Cuma satu je yang negative dia jadi penakut.

Perkembangan Afiqah
  •      Akan tiru apa yang dia dengar and nampak.

Sekarang Afiqah suka tiru apa yang dia nampak n dengar. Paling dia suka pakai tudung macam mama. Then dia akan cakap “mey mey”. Kalau merajuk pon dah ada gaya baru. Sambil nangis, pergi mengadap dinding, muka tekup kat dinding, tangan angkat ke atas (macam orang jahat kena tngkap polis tu).  Yang lucu nya, siap boleh beralih tempat. Tapi gaya tetap sama. Selagi tak pujuk or tak dapat dia nak, selagi tu gaya nye begitu. Biasa penyebab utama dia merajuk adalah papa suka kacau Afiqah. Papa memang, mama pon dia suka kenakan.
Bukan main pakai tudung tapi syekshi...
nampak cepentot..

  •       Suka dengar lagu,menari and menyanyi

Afiqah sekarang pantang dengar lagu, konpom terus menari, sambil goyang badan n tangan. Then dia akan nyanyi. (walaupun mama tak paham tapi melodi tu ada) Bila nampak phone mama, mesti cakap “nak star” sambil tangan wat kelip2. Dia nak dengar lagu kanak2. Yang mama geram, orang dah buka tu dengar je la, tapi ni sibuk nak tekan sana, nak slide sini. Bila tiba2 gelap, nak nangis. Marah2 mama. Dia yang pandai2, mama lak jadi mangsa. Tapi layankan je la. Kalau tak nanti dia nangis kuat2 lagi panjang cerita.

  •      Sangat independent, semua pon nak buat sendiri.

Yang lagi buat mama geram, sekarang semua benda nak buat sendiri. Makan, minum, pakai ngan bukak baju n suar, kasut pon sama. Kalau terre xpe. Ni tak, last skali mama gak yang kena wat. Kan senang biar mama wat semua dari awal. Anak oh anak. Dah la kalau mama wt apa2, (makan ke, sikat rambut ke, pakai bedak ke) semua dia nak wat gak. Dengki ngan mama. Pastu bila kita mintak dah taknak kasi macam benda tu dia punya sorang.

  •      Makin kodokut ngan mama n papa. Tapi ngan sepupu dia ok lak dia nak share.

Kalau mama belikan makanan untuk dia, bukan main kedekut. Xmau share ngan mama n papa. Tapi kalau mama ngan papa punya, bukan main lagi dia mintak. Kalau xnak bagi tau lak dia nangis. So mama ngan papa mesti pesan kat afiqah. Kalau nak orang punya kena la share yang kita punya dulu. Tapi kejap je ingat. Sok buat balik. N mama n papa kena ingat kan lagi. Tapi kalau ngan cousin dia, semua dia nak share. Ok la. Ngan mama n papa leh over sikit.

  •      Dah pandai conteng2 kertas

Sekarang pantang nampak pen, mesti cari kertas. Pas dia pon conteng2. Pasni kena extra care la. Takut nanti dia pergi conteng dinding rumah plak. Haru mama nak bersihkan. Hehehe. Dah la semalam siap nak lukis atas muka mama.

  • Dah pandai cakap apa yang dia nak

Kalau afiqah nak apa2, dia dah pandai bagitahu. Kalau nak milk mesti cakap “Nak milk qahqah”. Kalau nak gi mana2. “bye bye kakak” (sampai mama pon dia panggil kakak). Kalau nak turun jalan sendiri “jallan” (berbelit lidah nak sebut). Kiranya skang semua benda dia nak wat dia akan bagitau.
Gigi je yang xnak tumbuh2 lagi...
tapi dah nampak ada macam biji beras kat atas gusi bawah kanan n kiri gigi sedia ada
hope gigi afiqah cepat tumbuh. sian sangat bila nak gigit makanan..

Untuk masa ini, itu je yang mampu di recall. Lagipon dah panjang berjela lak entry ku ini. Bosan lak yang duk membaca ni. Ok see you on next entry. Taadaa.

Wednesday, April 18, 2012

UPDATE SECARA PUKAL!!

Sebab cerita dah nak basi so kita compilekan semua cerita dlm 1 entry je

Sabtu

Pagi-keje half day.

Petang-konon nk bawak afiqah ke morib tp sb dia tido dlm kete jd skdr tgk laut dr dlm kete je la. (pantai morib x menepati piawaian kami. Rindu pantai kt ganu). pusing2 daerah banting sampai jmp makam diraja, istana lama dan msjd lama kt kg bandar, banting. Baru ku tahu yg dulu banting ni pernah jadi bandar pemerintahan selangor. Dah penat sesat,singgah mall cari ikan nk blk masak utk mkn mlm.

Istana Lama 

Masjid Lama - Nama betul x tahu and gambar tak cantik
capture ngan enset je pong.


Malam- masak2,makan2,lepak2 n tido.

Ahad

Pagi- tunggu hubby blk dr cycling. Ak x ikut sb afiqah baru baik demam. So x sesuai lg nk kayuh2 basikal. Dlm kul 10 siap2 brg afiqah nk gi ke Zoo Negara. Actually dah lm nk gi Zoo tapi dah 2 kali smpai dpn gate dah tutup. Rasanya dah ptg sgt kami pergi. Tapi tu hajat hubby nk gi. Afiqah duk kt kg lg time tu.so kali niat nak educate afiqah mengenali dan menyayangi haiwan, alhamdullillah tercapai gak akhirnya hasrat.

Note: untuk tiket masuk ada 2 jenis bg setiap golongan. ( kanak2 with or without my kids n dewasa with or without my card). 2 jenis tiket sb satu masuk semua tempat n satu jenis lagi without taman serangga. Yang ak paling sure tiket dewasa with mycard rm25 n rm20. yg lain xigt. gambar sign board tiket lupa lak nak capture.hehehe.

Seronok gak la gi Zoo. sebab Afiqah dah start kenal mcm2 haiwan. Bila kita cakap itu apa, ini apa, dia akan follow kita cakap. yang paling best tgk gajah. Afiqah cam takut tapi tak mau balik sb nak tgk gajah yang cerdik tu.

kami kat dalam dari kul 11 smpai kul 3. Lama kan. Kat dalam tu kami jalan kaki je. xder naik tram angkut 2 orang tu. betul2 exercise. Ngan layan Afiqah yang kejap nak jalan, kejap nak duk dalam stroller kejap nak dokong. Tapi overall sangat enjoy. Ni sikit je gambar AFiqah time kat Zoo. Ni gambar dari henset. Gambar dari kamera x upload2 lg dlm lattop.

Dalam kereta OTW ke Zoo...cantik je ikat rambut

dah xder cantiknya...muka pon blur2 dah..
penat sangat dah pusing2.

Selamba je kena tinggal ngan papa...
memang tak takut apa2 anakku sorang ni...

bebas meneroka...
good for her development...

baikla budak tecik...
buat la apa kamu mahu...
balik dari Zoo, tiga2 terbongkang. Ak ngan Afiqah memang tak tunggu lama. masuk rumah terus landing atas katip. Zappp...lelap sampai kul 5lbh..Penat nya.

Isnin

Keje cam biasa. Tapi skang ak sangat bz nak launch new product. Kena deal ngan orang sana sini. Bila ada yg boss tak puas hati, ak yang jadi orang tengah. Yang bestnya bila ak cakap, ada la jawapan diorang. Sistem kita down la. xleh kuar quotation la. dah 4 bulan weh. tiap2 hari ak kejar ko. smpai ke kerani ngan boss ko ak called. Tapi mcm biasa la, orang ni kalau cakap ngan boss2 terus ok. Pagi boss ak called, petang dah kuar quotation. Aik! boleh guna plak sistem korang erk. Tapi xbest la. Cam ak x buat keje lak kan. Kalau boleh taknak la smpai boss masuk campur. Ye dop?

Selasa

Semalam, seharian ak kat luar. Petang dlm kul 4 baru masuk opis. Pergi Sirim dan pergi kat supplier buat test. Penat wehh.. Igt nak ngular balik umah terus je. tapi sebab boss masuk opis, ak kena la masuk opis. hahaha. Semalam kul 3.30 baru lunch. dah tu lunch sorang2 kat kedai. (hukaloh, macamkan ko tak biasa sorang2 Nurul Akma hoi. Selama ni bukan sorang ke?hehehe..tapi biasa tapau makan kat opis) Balik opis, boss suh edit video testing yang ak wat plak. ak ni memang semua kerja buat. Ak la QC, ak la editor, ak la draftman. Segalanya ak la. So lambat sikit la balik amik afiqah kat nursery. Cian anak mama.

Nnt nak update pasal AFiqah yang dah besar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

Update laju laju

hari ni bz nak kena gi sana sini...
banyak nk cite psl weekend kami...
tapi lom ada masa...
nnt dah free sikit n leh ngadap pc akan ku update blog kesayangan ni...

Saturday, April 14, 2012

Do we aware bout our children healthy: We are so lucky.


Assalamualaikum semua.

Actually ak tak tau nak tulis tajuk apa. main hantam saja. janji macam best kan. lets start our story.

Semalam sembang2 ngan colleague pasal anak then one of them cakap tentang anak general worker kat kilang ni yang demam panas sampai pengsan. So ak pon ngan busy body nya tanya ngan A ni pasal anak dia. Dia cerita la yang anak dia memang demam and dia just bagi ubat yang ada kat rumah. Tapi suhu badan anak dia tak turun2. Sebab dah malam, dia xde la nak bawak anak dia pergi klinik ke hospital ke. Malam tu anak dia demam panas sangat sampai anak dia pengsan. Yang ak terkejut, dia x take action pun nak bawak anak dia pergi hospital (ada utk rawatan pesakit luar or emergency case) malam tu jugak tapi pagi esok baru bawak pergi clinic. Doc cakap anak dia demam panas.  Pastu, pas balik dari clinic, dia nak pergi workshop baiki motor dia and anak dia yang sakit tu nak ikut. Dia xde tolak and bawak anak dia pergi jugak. Bila dia berhenti kan motor, and parking tiba2 anak dia jatuh pengsan lagi sampai mata dah ke atas. Dia dah panic and mintak tolong orang sekeliling, tapi sorang pon xnak tolong. And dia terus bawak motor bawak anak pergi clinic.
   
Ak ada pandangan ak tentang kisah ni. Ak bagi contoh mak ngan ayah ak kat kampong je la. Bila diorang sakit, seboleh boleh diorang akan elak untuk pergi hospital. Selagi boleh tahan, dia tahan. Paling teruk, pergi farmasi beli ubat. But untuk terus pergi clinic macam sesuatu yang mustahil berlaku. My mom, hari tu sakit smpai xleh bangun pon xnak pergi hospital, tapi sebab kena paksa ngan anak2 and sakit sangat dah tak leh tahan baru setuju nak gi hospital. Sb apa perkara macam tu berlaku? Sebab bagi diorang, macam la doc tu tahu semua benda. Kalau pergi jumpa diorang pon diorang yang tanya kita sakit apa. So bila sekeliling kita dah mcm ni, anggap sakit sikit2 ni perkara biasa, then kita pon akan terikut sama. Macam ak dulu, sama gak macam mak ayah ak. Ala, demam2 je pon. Bukan sakit apa pon. Tapi bila kita semakin terdedah ngan teknologi and persekitaran yang mementingkan penjagaan kesihatan. Sedikit demi sedikit akan merubah perspektif kita tentang sesuatu perkara.

Dengan dunia sekarang yang macam2 jenis penyakit, virus dan wabak, rasa risau dan takut perkara yang tak diingini berlaku pada keluarga menyebabkan manusia lebih aware dan terus amik tindakan segera bila sakit walaupun hanya demam biasa. Dengan konsep dunia di hujung jari, pelbagai maklumat dan info yang berguna dapat diperolehi dengan mudah. Just type kat search box kat miss google or mr yahoo or lain2 agen carian, macam2 benda kuar. Dari yang baik dan logic ke yang negetaif dan langsung tak leh di terima akal. Tapi itu kita yang memang sangat advance dgn dunia IT ni. Tapi berlainan bagi mereka yang hanya berada di kelompok mereka sahaja. Dan mereka ini biasanya suka merujuk kepada petua petua lama yang kadang2 berbeza bagi setiap kaum yang wujud di dunia ni. Dan petua ini, kadang2 adalah sangat bertentangan dengan fakta dan hanyalah mitos semata mata.

Contoh kalau dulu2 kita demam, mak kita memang xkan bagi kita mandi dan suruh kita duduk dalam selimut tebal bagi kita berpeluh. Tapi berlainan dengan cara saintific (saintific ke? Hentam saja la labu.) Bila ke clinic dan suhu badan anak terlalu tinggi, doc atau nurse akan mandikan anak kita dengan air sejuk bagi menurunkan suhu badan mereka.Siap suh jangan bagi anak pakai baju tebal lagi (xyah pakai baju lagi bagus) untuk nak cepatkan penurunan suhu. Kan lain tu caranya.

Tapi ibu2 muda sekarang memang sangat prihatin tentang kesihatan anak2 mereka. Tengok je la blog2 mommies semua, macam2 info leh dapat. Jadi bersyukur la kita diberi kelebihan tentang ilmu2 ni. Sebab tak semua orang bertuah macam kita. Selamat berhujung minggu semua. Taadaa.