Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, March 30, 2012

Entry Penat


Hello alls…
Akhirnya ak dapat relax2 kembali mengadap pc after 3 hari berpenat lelah di KLCC Convention Centre…
Ada Asia Water 2012 exhibition…so company ak take part this exhibition…
Disbbkan company tak banyak staff, jadinya ak pon kena tolong jaga booth la utk 3 hari tu…

Ya ampun…sangat penat hokey…

Dah lama gila ak tak naik lrt, komuter atau apa2 public transport…
Sejak ada kete sendiri and dah kawen ni, ak rasa ak senang drive je kemana mana (sb bukan ak yg drive, tapi laki ak…mmg la senang…yang penat dia…hehehe)…

Seingat ak last ak naik komuter ngan my x osmet, puan intan mardiana before ak kawen…
Tu pon sb ak x konpident nak drive ke kl (nak gi tempah kad kat jalan imbi)…tapi itu skali je ak naik komuter…lps tu ak rela sesat and bersesak kat atas jln raya dari ak kena cium ketiak kepam bangla dalam komuter tu…dah la kena berdiri sepanjang stesen…

Dan selepas 2 tahun (x sure, tapi lebih kurang la), start selasa ritu, ak kena naik train sb mls nak drive ke klcc yang kompom2 akan jammed tahap gaban kesatria baja hitam la…and ak mls nak kuar duit dulu bayar parking yang mahal nak mampos…(kalau parking murah, jalan jauh gak, baik ak naik train je)…boleh je claim tapi xmo pening2…

Luckily, 3 hari naik train, ak dpt tempat duduk…tapi penat sepanjang 3 hari tu mmg tahap dewa la…tapak kaki ak ni sampai rasa kebas…(ni petanda berat badan berlebihan…x reti2 lagi nak diet ke??)…lutut dah goyang….tapi seronok gak la sb leh tgk2 orang…cuci mata beb…(supplier kami dari Taiwan antar mamat ensem kat booth kami…mmg muka boleh jual la…hahhaa..)

Sepanjang 3 hari kat sana, ada gak jumpa kawan time teknik ngan usm lu…tapi yg xbest sb ak xder kawan nak ajak lpk minum2…disbbkan tu ak pon suh colleague ak tapau je makanan utk ak… ok la next time nak cerita pasal insurance utk family… see you next entry.

Monday, March 26, 2012

Aku Sedih...nak Luah Perasaan!!!


Assalamualaikum readers…

Arini nak meluahkan rasa sedih dalam hati ni…

Pagi tadi ak hantar Afiqah kat nursery macam biasa la…kan arini isnin, dah start keje…tapi semalam, dalam kete OTW balik shah alam dari trg, badan afiqah dah start panas…makan ubat terus kebah… tapi pagi ni panas and hidung dah start berair…tapi dah siap2 kasi makan ubat terus kurang panas badan…

OTW pg nursery tu, papa dia tanya, Afiqah nak gi skul x?? then afiqah pon on the spot jawab..Tannak..sambil geleng2 kepala…ak dah risau takut dia mengamuk nangis2 kat nursery nnt…

Bila sampai taska, cam biasa afiqah akan salam papa and kissed papa…kira klu dia tak nak dia mmg nangis la…kira nampak ok la kan…so x la risau sangat… ak antar dia masuk nursery…before this letak je terus berlari nak main ngan kakak and babang…tapi hari ni dia duk depan pintu tak berganjak…

Sambil pegang tepi dinding, tgk je kakak ngan babang kat dalam…mama suh salam, tetap salam tapi muka mmg blur and sedih sangat tgk…smpai mama masuk kete and gerak pon dia still duduk situ tak berganjak… ya allah sedih sangat tgk… rasa macam nak cuti and bawak afiqah balik…

Ak lebih rela dia ngamuk2 nangis2 express her feeling then dia wat muka blur and sedih camtu… ak tak tahu apa yg ada dalam kepala and hati dia…dia suka ke sedih ke marah ke… sampai sekarang ak susah hati…bila teringat kat afiqah terus air mata ni menitik… apa la anak mama ngah wat sekarang…

Bila jadi camni terus rasa nak benti keje, jadi fulltime housewife…tapi keadaan ekonomi ak and husband tak mengizinkan ak wat keje gila tu…ak ada commitment yg perlu ak settlekan… sebenarnya ak dah bosan keje…hahhaa…mls dah mengadap segala benda kat opis ni…maybe ak perlu cari keje lain yang lebih adventure tapi bila pkkan Afiqah, ak rasa tmpt keje skg sangat terbaik…sb ak leh cuti bila2 ak nak, masuk lambat pon xder hal..just inform je…keje xpnh OT, sharp 5p.m ak caucincau…sb kalau ak OT pon bukan boss nak bayar pon…hahaha…kalau ada banyak keje sangat pon, ak just stay kat office until 5.30p.m…boss x pnh bising…janji keje jalan… so y ak nak cari keje yg menyesakkan kepala otak ak kan?? And masa untuk ak and family lbh banyak…

Panjang plak meluahkan perasaan..tapi harap2 Afiqah akan ok and sentiasa dilindungi…cepat2 la petang, nak balik amik afiqah…

Friday, March 23, 2012

Luahan Perasaan Aku: Isu Remaja Lari Ikut BF


Nowadays, sangat banyak news kanak2 and remaja hilang…If kita perhatikan betul2, kes hilang, kes buang bayi, kes dera ni bermusim…This month kita disajikan dengan berita orang hilang kat paper… dari awal bulan smpai akhir bulan…Then, bila start ada kes baru like buang bayi, then sepanjang bulan tu akan ada kisah buang bayi berderet2…same goes to kes dera…macam berantai plak…

But today, hati ni terasa geram nak menyatakan rasa hati tentang kes remaja hilang and dilaporkan pada polis telah diculik…

Ak rasa macam nak sekeh2 kepala budak pompuan hilang tu bila tau bukan kena culik tapi lari umah bf… (satu Malaysia risaukan dia, risau benda x elok jadi kat dia) then beberapa hari pastu jadi benda sama gak… modus operandi pon sama, pg beli topup then hilang… kretip betul budak umur 15 tahun skg erk… then berani take a risk…asalkan leh bersama kekasih hati…

Ak tak tahu nak salahkan cinta itu buta or hati budak2 ni buta oleh cinta… sampai lehh terfikir untuk buat benda2 macamni… ak pon pnh muda and melalui usia 15 tahun…ak rasa time tu ak tgh bz duk study sb nak xm PMR… yer la..time f1 and f2 sibuk bersuka ria, x der nak study btl…bila dah naik f3, terus masing2 struggle nak score PMR…time tu ak just pk nak dpt result cemerlang then ak leh pindah skolah lain… 

tipu la ak cakap time skolah xder suka kat boy mana2… tgk kawan ada bf, kita pon nak ada bf gak… jiwa remaja, mmg  suka mencuba… tapi hbs stkt kat situ je la… bila perlu concentrate on study (ada periksa besar), goodbye la cinta2 monyet ni semua… Xpernah terfikir pon time skolah lu yang cinta ni leh bg motivation utk focus study…bg ak, makin xleh focus adalah… tapi maybe ak manusia kuno, bukan berumur 15 tahun di zaman moden ini…

Yang ak paling tak leh blah, alasan lari ikut bf, sb tekanan perasaan…mak ayah terlalu mengongkong, suka bebel… hello adik2,  mak ayah awak bukan kongkong awak tapi awak tu baru umur 15 tahun..makan minum pon mak ayah yang tanggung, duit skolah pon mak ayah kasi… kalau mak ayah tak bagi keluar malam tu bersebab…awak tu pompuan…kalau jadi apa2 kat awak, yang susahnya sape…mak ayah awak jugak… kalau mak ayah awak marah awak bila awak asyik bergayut telefon, main sms smpai mengabaikan pelajaran awak tu bukan sb diorang sj2 suka nak bebel, tapi sb diorang nak didik awak and kembalikan awak ke jalan yang betul…diorang nak ingatkan awak, yang awak tu baru umur 15 tahun, seorang pelajar, ada tanggungjawab lain yang awak perlu wat selain bercinta…dah la duit beli topup pon mak ayah yang kasi… tu pon x reti bersyukur lagi…

Ak dulu pon, slalu kena bebel ngan mak ak la…sb apa?? Sb degil…malas baca buku… duk ngadap tv je… bila mak ak tegur, bila ak wat salah, ak pon majuk…masuk bilik, tak kuar2…sanggup tahan lapar…tp xder la plak sampai nak lari dari umah…gila ko nak lari…nnt ak nak makan apa?? Ak nak duk kat mana?? Ak nak cari duit kat mana?? nnt orang tangkap ak jual pergi Thailand, langsung tak pat jp mak ayah ak lagi…x sanggup ak… tapi budak skg, siap leh reka citer kena culik sb nak lari ikut bf…hantu betul la korang ni…

Ak skg ada anak buah yang sdg melalui fasa remaja and anak yang akan jadi remaja…ak harap sangat anak2 ak ni semua x terjerumus dgn benda2 xelok macam ni…ak paham kalau diorang suka orang tu, suka orang ni…sb ak dulu pon macam tu…(and bila mak ayah tau kompom diorang bebel punya, cakap gatal sangat nak ada bf/gf, blaja la dulu...) bebelan tu semua adalah ingatan untuk awak...peringatan untuk awak supaya tahu  meletakkan perkara yang sepatutnya kita sebagai anak/pelajar dahulukan dan bezakan baik buruk setiap tindakan awak…  

berkawan tak salah tapi biar la x mengabaikan pelajaran and smpai menderhaka pada ibu bapa…sekarang kita x nampak lagi kesan pada masa akan datang, tapi bila dah melepasi semua fasa tu baru rasa menyesal tak study betul2 dulu…menyesal tak dengar cakap mak ayah ak dulu… 

ak pegang kata laki ak… kita ni, kalau x bapa cerdik sekalipun, tapi kalau hidup sentiasa hormat orang tua (tak kira la mak ayah, datuk nenek or sape2), insyaallah kita akan berjaya dunia akhirat… ye la, bila kita baik ngan diorang, pasti diorang akan doakan kesejahteraan hidup kita… sekali diorang (especially parents kita) x redha ngan kita, x berkat la hidup kita…

Thursday, March 22, 2012

Motor Hubby Rosak & Share Resepi Kerabu Paku Pakis


Hello uolls…

Bagaimana hari anda, hangat ke hangit??heheh, dah cam dj stesen radio hot fm la plakkan. Xctually ak nak citer kisah semalam. Balik2 dari keje, singgah kedai runcit nak beli barang untuk masak kerabu paku pakis ngan ketam masak lemak cili padi. Dah beli2 and amik afiqah kat nursery, dah park kete teringat camana nak wat kerabu kalau xder ikan rebus.

Called hubby suh dia singgah kedai, padahal orang tu kat opis lagi, ngah wat keje…dasar malas nak gi kedai kan… so hubby suh pg sendiri…siap bagi direction nak gi kedai kat lorong sebelah…hahaha... dia tahu yg wife dia ni tau je kedai tu…tapi sb nak suh gi sendiri…kalau x banyak bunyi lak kata x tau la…jauh la. hehehe

Kuar balik cari ikan…smpai umah…masak nasi,siang dan rebus ikan, kuarkan ketam ngan paku pakis dari peti, perah kepala (wah, rajinnya I siap perah sendiri kelapa, x main la instant..)…asingkan sikit kelapa nak wat kerabu…kupas bawang merah, bawang putih, kunyit semua…tb2 terperasan serai xder…waaaa…hilang semangatku nak masak…banyak sangat cabaran nak memasak ni…

So macam biasa, called en suami suh beli serai…tapi dia x jawab  phone…dah balik kot, naik motor la tew…so duk lepak tunggu kawan datang amik kek lapis bandung…kiranya nak masak after en hubby balik la…suh dia beli serai je…barang lain semua dah ready…mmg seme nak arap suami…heheh…x independent langsung…(malas!)

Sementara tunggu, called my mom lu…then masuk phone called dari hubby…hati dah terdetik…aik!!lom balik ke?? Meeting kot time ak called tadi…Dah habis nyembang ngan my mom, terus called hubby…surprise!!suprise!!suprise!!...rupanya motor en hubby rosak kat laluan motor kat kesas highway…hilang nak nyusahkan suami,last2 ak yang kena…padan muka…

Ayork!!moto papa rosak


Siap2, masukkan afiqah lam kete gi amik hubby…tau2 je la kat persiaran kewajipan time kul 7p.m keadaan nya camana kan?? Stucked plak lam jammed…menarik….then en hubby tunggu tepi jalan..amik dia balik umah, malam baru gi amik motor…OTW balik rumah, singgah kedai lagi, beli serai…sampai umah terus masak…siap x bukak tudung…semangat tul…(sebenarnya dah kebulur…x lunch…)

Jadi malam tu kami lunch nasi putih, kerabu paku pakis and ketam masak lemak cili padi…wallahhhh…hilang semua tension dapat makan…dah la percubaan pertama wat kerabu tanpa refer mana2 resepi berjaya…kelas kau cik kema oiii…(getik..perasan nak mampsss, macam la susah sangat wat kerabu tu…campak ngan goreng je segala bahan dlm kuali tu…)

Lepas makan, kami pon pegi kat kesas balik…sementara tunggu en suami ku godek2 motor dia, ak tunggu lam kete tepi highway...dekat sejam gak mr handyman tu godek motor dia…(just nak bg gerak and smpai umah je)…ngah tunggu datang peronda kesas…sedang elok diorang smpai motor pon leh gerak…”Encik, lain kali nak datang, datang awal sikit yer, bukan lepas orang tu dah mandi peluh baru nak sampai”…(tapi kami xder call pon peronda, so camana diorang nak tau kan??)..

Dah settle balik umah, titon…itu la kisah ku yang sangat hangat…bila ak rajin, mesti macam2 cabaran datang menduga…bila ak malas,mmg steady je…duk relax tunggu laki balik umah, ajak kuar makan…hahaha

Nak share resepi kerabu paku pakis..tapi lupa nak snap kerabu yang dah siap…sb dah tahap kebulurkan..kerabu ni sesuai utk orang yang on diet…

Bahan-bahan

2 ulas bawang merah (dimayang halus)
bawang and cili
Sebantang serai (diracip2)
Cili padi (dihiris halus2)- ikut tahap kepedasan yang dimahukan.
Kelapa – tgk portion orang nak makan. Ak letak secawan je. Cukup utk dua orang makan.
Paku pakis – ni pon tgk portion. Kalau korang nak tukar ngan ulam2 lain pon boleh…contoh daun salon (org ganu pggl…org luar ganu tak ku pasti), daun pegaga (ni pon best)
Ikan rebus – ak guna seekor, tapi nak lagi best letak banyak lagi
Limau nipis, garam dan bahan perasa


paku pakis
kelapa 



Cara-Caranya:


Ikan rebus dilenyek2 sampai hancur…kemudian panas kan kuali…goreng kelapa tanpa letak minyak ye…then masukkan la bawang merah, halia, cili padi and ikan rebus tadi…gaul semua…then masukkan garam or bahan perasa (ak mmg x guna pak aji bila masak.)…kacau lagi then masukkan paku pakis…akhir skali perah asam limau dalam campuran then kacau sehingga sebati…before tutup api rasa la dulu cukup tak manis, masin or masamnya…ni ikut mulut masing2 ye…then siap…sangat mudah… mak ak rajin wat kerabu camni tapi dia guna perut lembu…

Wednesday, March 21, 2012

Afiqah dan Nursery...

we are angry bird...lol
Assalamualaikum...

rasanya lama x cerita perkembangan terkini Afiqah...
kalau ikut date entry ni, AFiqah dah berumur 1 tahun 7bulan 6hari...
tak sampai setengah tahun je lagi pon Afiqah nak masuk 2 tahun...
cepat sangat masa berlalu...

Alhamdullillah, perkembangan Afiqah nampak normal kecuali...
gigi Afiqah baru tumbuh 4batang...
kalau ikutkan usia, perkembangan ni sangat lambat...
mama sangat risau...and mama should bring afiqah jumpa paed...
and mama juga salahkan diri mama, coz time preggy kan afiqah...
mama tak amik calcium yg cukup...
coz mama Afiqah ni mmg x suka minum susu...
kalau tak perut ni memulas mulas and tekak ni rasa nak mengeluarkan kembali segala isi...
pernah la try minum anmum materna tu...
tapi xle bla la plak...
hopefully, ini bukan masalah yang besar...jangan la gigi anak ak tak tumbuh...
pengsan!!!
hehhe...
kan comel smile camni...

dari segi tingkah laku...banyak perubahan Afiqah skg...
dulu dia agak tak pandai control kelajuan tangan...sikit2 nak pukul org...
skg masih lagi ada perangai tu...tapi dah tak melulu macam dulu...
lps dia dah pindah ke bawah kat nursery...duduk ngan kakak and abg2...
dia nampak lebih matang...and paham every arahan yang kita bagi...
kalau dia tak paham dia akan tanya ha!!ha!!...
tapi hari ni, teacher cakap nak antar afiqah naik atas balik duk ngan kawan2 toddlers dia...
sb afiqah jadi mangsa buli sorang budak lelaki baru masuk kat nursery tu...
kat bawah, afiqah la paling kecik...jadinya best la budak tu nak pukul...
sb afiqah tak melawan...
budak tu pon pandai, kawan2 yang gagah pekasa dia tak wat...
berani la, ko pukul ak, ak pukul ko balik...
yang jadi mangsa yang nampak lembik, soft dan x melawan...
and Afiqah adalah feveret dia...sampai Afiqah nampak je budak tu terus nangis...
sebab kesian, teacher terpaksa bawak Afiqah naik ke bilik toddlers...
actually mama risau, bila naik atas afiqah lak jadi pembuli...
takut dia wat baby sb dia paling besar...
lagipon dia ni suka main,...klu kat bawah ada je kakak or abg yang melayan...
takut duduk atas dia bosan, mula la cari pasal...
skg pon dah pandai taknak pergi nursery...
lagi la mama risau...

hopefully everything will be baik baik sahaja...amin...
layan gambar2 afiqah sikit...

sarangheo...heheh
afiqah and mama...
smile...
ni adalah gaya smile afiqah yg tersendiri



rajinkan saya membaca...
kusyuk banget...

candid...
dah besar pon saya ni...
baru kenal dah leh bergelak ketawa...
mesra sangat Afiqah ni...



posing depan cermin...
ayork...