Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, January 27, 2014

Takziah Untuk Jiran Aku

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas, jiran sebelah rumah meninggal dunia.
Takziah untuk keluarga allayarhamah.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
Mintak kawan kawan sedekahkan Al-fatihah untuk beliau.
Mati itu pasti, hidup Insyaallah.
Tapi terkilan dan masih terkejut sebenarnya.
Hari khamis pagi, kami sama sama keluar rumah nak pergi kerja.
Aku nampak kereta dia berhenti tepi jalan.
Dia buka tingkap and macam tengok phone.
Tengahari aku balik rumah, then dekat taman depan ada kereta polis.
Then aku nampak kereta Persona putih macam terbabas masuk semak.
Aku nampak plat number, and terdetik kat hati aku yang tu kereta jiran aku.
Tapi aku tak sure sangat. Lagipon pagi tu kita sama sama keluar pergi kerja.
Petang tu husband hantar mesej cakap jiran sebelah kena serangan darah tinggi and now critical kat Hospital Klang.
Korang tau, kereta yang aku nampak tu memang kereta dia.
Dia maybe kena attack ngan hypertension time berhenti and nak pusing balik rumah.
Time tu lebih kurang 8 pagi.
and orang sedar dia dalam kereta dah kul 11 or 12 lbh.
Kalau la ada yang sedar awal mungkin dia selamat.
Tapi itu janji tuhan untuk dia.
Tapi aku masih di awan awangan sampai sekarang.
Bila lalu depan taman tu aku ternampak kereta dia kat tepi tu.
Walaupun aku tak rapat sangat ngan dia, tapi terkesan sangat kat hati ni.
Ajal tak mengenal tua atau muda.
Kalau dah tertulis ajal kita, takkan dapat kita menolaknya.
Aku, kamu dan semua yang masih hidup sendiri tidak tahu bila kita akan kembali pada pencipta.
Sungguh aku terkesan dengan peristiwa ni.
Benar benar peringatan untuk aku.
Aku stuck dah ni. Tak tahu nak mencoretkan apa lagi.
Banyak yang bermain di kepala namun tak dapat di coretkan di sini.
Hanya terbuku sahaja dibenak ni.
Ntah la.
Sebelum aku undurkan diri, aku memohon sepuluh jari andai ada melukai hati sesiapa.

Doakan aku sentiasa ya teman teman.

Wednesday, January 22, 2014

Kes Pembunuhan Kejam Kanak Kanak 2 Tahun

Assalamualaikum..

Rasanya dah ramai yang tau dan terkejut dengan berita ni.
Aku betul betul terganggu.
Terus teringat kat Afiqah ngan Afiq.
Dah la pagi tadi marah Afiqah sebab hilangkan name tag.
Tersentak kejap hati mak.
Bila cerita kat en suami terus kena setepek kat muka.

Aku ni memang la cepat stress, cepat marah cepat naik geram.
Sebab tu kot aku dapat laki yang gila punya penyabar.
Syukur la di situ.

Back to the story pasal kes tu.
Kenapa orang sekarang selamba tapir je pergi share gambar gambar ngeri camtu.
tak kesian ke kat baby tu, kat family dia.
Tau la masing masing kejar nak naik kan rating blog.
Tapi agak agak la weh.
Fikir kalau korang berada kat tempat keluarga baby tu.
Jaga la sensitiviti dan perasaan orang lain juga.

Aku memang taknak share apa apa cerita tentang berita tu.
Kalau google or kat timeline facebook berlambak orang share pasal ni.
Cuma sebagai parents, tolong la jaga anak anak kita.
Split second je pon, macam macam boleh jadi.
Ni ingatan untuk aku dan orang lain jugak.
I'm not a perfect mom. Kadang kadang ada terlalai sana sini.
Kalau tak lalai takkan kepala Afiq benjol langgar dinding.
Tapi kalau boleh elakkan la tinggal anak anak sorang sorang dalam kereta tak berkunci atau berkunci.
Bawak je anak kemana mana korang pergi.
Memang la cerewet sikit tapi ini untuk kebaikan.
Sebab aku bukan Supermak jadi kalau aku bertiga je ngan anak anak aku rela tak berhenti mana mana.
Terus je balik rumah.
Apa apa urusan aku buat time lunch hour atau sebelum amik anak anak dari rumah pengasuh.
Aku mengaku, aku memang tak leh nak handle dua orang anak aku kat luar sorang sorang.
Lagi lagi Afiq. Dia punya aktif memang aku tak mampu.
Tantrum dia lagi. Boleh bikin aku hot temper.
Sebab tu bila laki aku duk sebut pasal baby aku straight to the point je.
Tunggu la sampai dua orang ni besar. Time tu baru fikir.
Bukan masalah kewangan yang menghalang tapi diri aku adalah penghalang utama.

Jangan biarkan anak main kat luar sorang sorang without supervision by eldest (parents).
Kalau keluar shopping lagi la kena extra careful.
Kadang bila dah syok shopping sampai terlupa ada bawak anak anak.
Anak anak aku kalau pergi shopping sumbat je masuk dalam troli.
Kakak minta nak jalan pon aku tak bagi.
duduk je dalam tu diam diam.
Aku boleh tolak troli, tak payah rajin sangat nak tolong mak kau ni tolak troli.
Kalau degil aku marah je kat situ. Lantak la orang kata aku mak garang.
Kalau anak aku hilang bukan korang yang akan hadap.
Lagipon bukan aku marah terjerit jerit terlolong macam orang gila pukul anak depan orang.
Lain orang lain interpretation marahnya.

Aku tak boleh and taknak bayangkan langsung benda benda macam ni jadi kat anak aku.
sebab terlalu banyak fikir tentang budak hilang aku sampai boleh termimpi mimpi.
siap nangis teresak esak dalam mimpi weh.
untuk kawan kawan aku , marilah kita jaga anak anak kita dengan sebaik mungkin.
Semoga keluarga kita sentiasa dilindungi dari pandangan jahat dan fitnah dunia.
amin.


Monday, January 6, 2014

Mencari Pengasuh atau babysitter di kawasan Jalan Kebun dan sekitarnya

Hambik kau panjang berjela aku punya tajuk entry.
Macamni, anak buah Cik Yah (babysitter anak anak I la) sebelum ni jaga budak.
Tapi ada masalah dengan pihak parents bukan pihak dia.
So dia decide stop jaga anak anak orang tu la.
Sekarang dia tolong cik yah jaga afiq time cik yah ada urusan lain kat rumah cik yah.
Kakak plak lepas 11.30 baru ada.
Selain afiq ada afzan jiran cik yah. Umur 6bln kalau tak silap.
Afzan ni senang sangat jaga.
Tapi afzan ni kadang seminggu dua kali baru parents hantar.
Parents kerja shift. Biasalah kan.
Cik noor ni ada anak sebaya afiq.
Dah boleh berjalan la.
Then sorang lagi anak dia dah 6 tahun. Sekolah dekat pra-sekolah.

Cik yah ni ada buat nasi berlauk ayam, ikan and nasi kerabu jual kat gerai ayah mertua dia.
Biasa aku akan hantar afiq ngan kakak kat gerai tu pagi pagi.
So sekarang dah tak payah sebab cik noor ni dah tunggu siap siap kat rumah.
Jadi cik yah akan takde kat rumah pagi, tghari (amik ngan antar anak anak dia sekolah) & kul 5.30 (time ni aku dah amik kakak ngan afiq)
Jadinya cik yah cakap boleh kot nak amik budak untuk jaga dalam dua orang lagi kot.
Nak tolong anak buah dia ni juga.

So kalau ada yang tengah cari pengasuh untuk anak korang boleh la comment kat bawah. Tinggalkan email or no telefon.  Nanti aku contact korang balik untuk bagi phone number cik noor or cik yah.
Kalau korang nak tanya apa apa ngan aku pon boleh.
Cuma kalau tanya macam mana cik yah jaga anak anak aku hampir setahun ni, aku cuma boleh jawab aku puas hati.
Aku anggap cik yah tu dah mcm kakak aku bukan pengasuh anak aku.
Dia memang tak berkira.
Dia agak garang la tapi bukan garang tak bertempat.
Dia marah bila buat salah.
Dia marah bila anak yg dia jaga taknak makan.
Dia tak suka kalau budak budak ni kelaparan.
Afiqah tu kalau ibu dia tak paksa makan nasi memang dua tiga suap je la dia makan.
So kesimpulannya,  cik yah memang sangat baik and sangat berterus terang orangnya.
Tapi cik noor aku tak leh nak komen lagi la.
Tapi setakat dua hari dia jaga afiq ngan kakak ok la.
Kakak pon dia mandikan. Sebab dia tak yakin budak budak ni mandi sendiri.
Takut mandi p ramlee.
Kalau aku, lagi suka kot kalau kakak mandi sendiri. Kurang kerja mama.
Dasar mama pemalas.

Ok kalau nak tau apa apa komen kat bawah ye.

Genius Aulad

Assalamualaikum.

First entry in year 2014.
Busy sangat sampai baru sempat update blog.

6/1/14 - hari pertama Nurul Afiqah Humaira binti Ahmad Farehan di pre-school Genius Aulad.

Dia sangat excited.  Biasa kalau mama tak kejut tak bangun. Nak mandi pon macam berat lemah longlai.
Tapi pagi ni, kul 6.15am dah bangun. Nak gi mandi mama buat macam tak tahu je.
Semalam kan hujan. Nak suh mandi terus takut dia sejuk la plakkan.
Jam 6.45am aku suruh dia pergi mandi.
Terus melompat bangun. Bukak baju semua.
Igtkan nak mandi sendiri macam biasa. Skali suh mama mandikan.
Dah siap tak terus bagi pakai uniform.
Sebab takut kotor.
Bagi makan cheese sekeping ngan telur setengah masak.
Dah kenyang baru bagi pakai baju.
Itu yg dia aim dari minggu lepas lagi.
Akhirnya harinya sudah tiba.

Hantar afiq umah cik yah dulu.
Afiq macam biasa la.
Melalak dulu seround.
Dia bukan boleh mama depan mata.
Then terus antar kakak ke GA.
Class start 8.30 until 11.30.
Tapi utk 5 hari pertama just 2hours class.
10.30 dah balik la.
Time hantar dia ok sangat.
Nangis memang tak la.
Excited la katakan.

GA tak benarkan parents tunggu kat classroom.
If nak tunggu, tunggu la kat bawah or tunggu la kat kedai makan.
So aku just drop kat pintu, tengok dia naik tangga sampai tak nampak aku pon masuk office.
Tengok tadi tak ramai yang nangis.
Tipu la takde. Ada tapi tak ramai la.
Semua cool and steady.

Kul 10.15 aku keluar amik dia.
Biasalah 1st day a bit kelam kabut la kan.
Tapi seronok bila tgk gelagat budak budak kecik balik sekolah.
Semua tak sabar.
Yg umur 5 & 6 tahun nampak dah biasa la.
Tapi yg umur 4 tahun blur blur je.
Ada tu elok je tak nangis time turun.
Skali nampak mamanya kat depan pintu terus waaa!!!

Afiqah alhamdulillah tak nangis.
Tapi tak happy sangat la muka dia.
Masuk kereta tak nak cerita macam biasa.
Tak fun ke kat sekolah?
Risau plak mama ni.
Bila tanya baru jawab.
Harap esok she will be more comfortable with school environment.

Sebelum pergi sekolah
Lepas balik sekolah