Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, May 22, 2013

Bahagiamu Deritaku


Lirik Lagu Bahagiamu Deritaku – Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


Masa dalam kereta, lagu ni keluar. Then en suami cakap, lagu ni pasal apa?
Macam desperate sangat je mamat ni. Kena tinggal ngan awek ke?

Hahaha. Terus terbantut segala feeling aku. aku kalau dengar lagu ni memang melalak penuh perasaan.
Padahal tak paham pon lagu pasal apa. Lagipon aku mmg suka suara hafiz. Aku rasa dia ni macam Bruno Mars la. suara yang sangat sedap didengar.

Tak sangka lak laki aku ni menghayati tiap bait-bait lirik lagu ni.
Aku ni plak jenis dengar sedap untuk jadi halwa telinga, aku layan je.
Lirik aku main tibai je. tu yang kadang kelaut buat lirik sendiri. Bajet ingat, kalau silap aku gelak.
Tapi tetap sepenuh perasaan.

Tak pernah terpikir langsung maksud lagu tu. tak pernah sampai terpikir yang time Hafiz nyanyi lagu ni bawak mood desperate kena tinggal ngan awek.
Apolai den pon terus la semangat check lirik lagu ni.
Pastu siap buat kupasan lagi ngan en suami.

Kesimpulan aku la, lagu ni pasal awek lama dia dah ada bf baru, tapi dia still lagi sayang awek dia tu.
Pasal awek dia tinggalkan dia tu, aku rasa tak kot. Aku berpendapat yang maybe time dia bercinta ngan gf dia tu, dia macam tak berapa caring and menghargai that girl sepenuh hati, then perempuan tu jauh hati ngan dia. lepas dah putus baru dia rasa menyesal. Gitu. So bila tengok awek lama bahagia, ketidakpuasan dan kejelesan datang menyerang. Tu la, dulu time orang tu sayang kat ko taknak jaga betul-betul. Bila orang tu dah bahagia ngan orang lain baru ko nak sedih-sedih.  (bayangkan time aku bercakap ngan laki aku penuh perasaan, ala-ala macam hafiz tu ex-bf aku. then aku memadankan muka dia. Boleh?)

Laki aku plak cakap, hafiz nak cakap pompuan ni jahat tinggalkan dia terkontang kanting sorang-sorang. Then bila dah ada bf baru gi tayang-tayang depan ex-bf. Bf lak still sayang n tak marah, tu yang takleh terima hakikat. Kira lagu ni nak tunjuk pompuan salah tapi dalam bahasa yang tersirat gitu.
Lihatla betapa berbeza nya pendapat laki bini ini. Yang aku sure la bela perempuan, yang laki aku plak tetap side lelaki. Pasal lagupon leh jadi topic. Nasib different pendapat tak sampai gaduh.

Sowi la entry ntah apa-apa. Hahaha.

Pagi tadi kan YB Khairy Jamaluddin (KJ) dtg kat Hotfm. Tak sangka plak aku ni minat kat dia sampai tertunggu.  Jangan plak ada yang marah-marah aku sebab suka kat KJ then cakap aku macai BN. Aku suka tengok dia sebab dia nampak berkarisma n macho. Bagi aku contoh sape lagi YB yang macho ala-ala KJ ni dari parti lain? Standard r diakan ala-ala selebriti gitu. Dia pon memang dress up mmg smart sentiasa.  Tapi kalau dia senyum aku macam kureng sikit. Aku suka bila dia serius, and gambar dia time candid. Hahaha. Bengong je cerita pasal jantan lain kat blog. Tapi takpe, laki aku tahu. Sokmo cerita ngan dia. Cakap KJ ni smart la. Tapi ada gak bab-bab yang aku tak suka, kutuk tetap kutuk. Hehehe.
  
K la, tu je nak citer. See you next entry.  Hehee.

Tuesday, May 14, 2013

Gumuks Kah?

Harini nak story citer yang macam lawak tapi lawak yang membengangkan.
Kan ahad lepas aku gi midvalley.
Ada la booth apantah yg program education untuk anak-anak tu.
Gro apantah. malas nak gugel.
Ada la sorang stuff kat booth tu approach aku tanya anak umur berapa.
time tu aku tolak stroller afiq.
then dak tu boleh tanya aku. "akak pregnant ke sekarang?"
aku dalam hati. "What? do i look like a preggy women?"
then dia tengok afiq amsyar dalam stroller.
then mintak maaf tak perasan ada baby dalam stroller.
Ingat stroller tu for kak iqah.

Bila dah blah jauh sikit dari booth tu, laki aku dah gelak besar.
Puas hati dia kutuk aku.
Hampeh tau.
tersentap hati i.
Tapi nak gelak jugak la.
Gumuks sangat ke i sampai dak tu kata aku pregnant.
Terus balik umah cari penimbang.
Kui3.
Kalau aku kena anorexia nervosa salahkan budak tu ye.
Tapi now aku tak kuasa nak diet.
sebab klu berat aku turun lagi, aku macam takleh nak carry badan aku.
Badan aku ni jenis melebar ke tepi.
Kalau kurus sangat memang nampak sekeping je dari tepi.
rasa macam dah ok ngan berat and badan skang.
Tapi bila dah tu tegur camtu, rasa macam down plak.
kihkihkih.
tengok la aku nak diet ke tak.
skang ngan bf afiq amsyar.
lepas pam susu or df mesti rasa dahaga and lapar.
but so far aku xleh la rasa nak mentekedarah sangat.
lagipon dah dekat bulan pose kan.
bulan pose nanti la baru diet.

ntah hape-hape je story hari ni.
ni kes orang sentap tak leh terima hakikat.
waaaa...
still lagi terpikir, Gumuks sangat ke i?

Monday, May 13, 2013

ALL IN 1

Assalamualaikum,

Lama plak rasa tak update blog.
Busy skit sekarang.
Kan aku cuti sampai march lepas.
Banyak la nak kena update segala document.
Time nak audit baru duk kelam kabut.
Yeah!  Padan muka aku. Hahaha.

Arini malas nak kuar makan.
Jadi kita take opportunity to update blog yang dah hampir nak jadi sarang labah labah.
Sebab banyak sangat benda nak citer jadi kita lambak semua dalam satu entry. Boleh?
Bolehkan je la.

AFIQ AMSYAR DAH BOLEH MENIARAP.

Pada umur 3bln 26hari (07/05/13), akhirnya dak kecil ni boleh meniarap tanpa bantuan.
Sebelum ni papa suka ngelat paksa anak dia pusing.
Ada kawan cakap cepat sangat afiq amsyar boleh meniarap.
Erk?aku ni afiq amsyar masuk 3bln dah bising bilanya?
Maybe afiq amsyar tensen ngan mama n papa asyik suh dia practice.
Tu yg cpt kot.
Tp bg aku tak cepat sangat kot.
Tapi normal la range umur 3 to 5month dah boleh niarap.
Tapi now still lg mencuba untuk gerak.
He trying so hard to angkat bontot but still lom berjaya.
Never mind dik, take ur time.
Mama won't push u again.

Kebetulan plak afiq amsyar start niarap a day before papa's besday.
Jadinya, kita anggap this is present for papa.
Papa kan supporter terkuat afiq amsyar.
Tiap2 hari bg support kat anak dia suh niarap.
suka ngat mama leh tengok afiq amsyar meniarap.
ye la time kak iqah tak pat tengok every skill yang dia improved.:(

PAPA'S BESDAY

8/5/2013 besday papa yg ke 29.
Xde celebration yg havoc pon.
Just belikan carrot cake untuk papa.
Sebenarnya nak happy kan kak iqah.
Bila mama bgtau today is papa's besday,  terus dia cakap; " abiday to u kak iqah ada cake.nnt mama beli cake ok?"
Mmg la mama terus pg beli.
Kalau tak kecewa anakku sorang tu.
That day, 3 of us just makan cake for dinner. (afiq amsyar tengok je la ye.)
 Next day baru keluar pergi makan kat muara ikan bakar tanjung harapan, pelabuhan klang.
Puas hati makan sampai lupa nak snap gmbr. Hu3.

muka hepi kak iqah dapat potong cake abiday to u papa.
adik tengok je la ye.


MOTHER'S DAY & MOM N BABY EXPO MID VALLEY 2013

Semalamkan mothers day. Takde pon plan nak celebrate ke apa.
Kami mmg x excited untuk celebrate apa2 occasion beria ria.
Just dpt spend time together pon dah cukup enjoy.
A day before dah planning nak pergi mom & bb expo kt mid valley.
First time nk pg ni.
Kami berdua mmg jenis kurang suka klu pergi tempat crowded ni.
Tapi keteringinan (ada ke perkataan ni. Hentam sajalah.) tu menyebabkan diri ini gagah jua melangkah ke sana.
Kami sampai mid valley 9.30a.m (iye kami tahu sangat awal. ) tapi time tu dah tercongok beratus ratus manusia yg beratur utk register.
Aku tgk ramai sangat so x kuasa nk register semua.
Buka je expo terus masuk gi cari booth pigeon.
Alasan utama mmg nk beli barang pigeon.
Semua barang pon ada potongan 20%.
For me sangat worth it la.
Aku beli set bottle ppsu  dgn harga rm140.
Harga asal  set rm2++.
ada 3 biji bottle (1 6oz, 2 8oz wide neck peristaltic plus. 2 extra nipple peristaltic plus. pastu ada detergent, berus bottle and apa lagi ntah dah lupa.)
Peristaltic plus nipple ni sangat lembut.
Afiq memang ada masalah minum susu ngan botol before this.
Dia buat macam tak jumpa je time minum,
Tapi bila dah tukar ni alhamdullillah puas hati tengok dia hisap.
so me falling in love with pigeon product plak.
Then  beli romper brand pigeon untuk afiq.
Xde la murah sangat tapi kain dia mmg best.
Then beli bm storage bag n drying rack.
Murah jugak compare to beli kt luar or online.
Ingat nak beli nursing wear tapi tak berkenan la plak.
Nak kata murah sangat tu x pasti la.
Tapi diorg mcm ada la offer if beli 2 dpt harga lg murah.
Kejap je kt sana sebab afiq amsyar dah menunjukkan kerimasan.
So sebelum dia jd cranky better kita blah cepat2.
Keluar dari expo, afiq terus ok.
Igt nk mkn kt sana je tapi en suami ku tak mau.
Katanya nak mkn sayur kailan ngan sotong masak merah.
So balik umah masak.
Petang tu request nak makan luar.
Hoorey!  Request approved.
So kami decide mkn kt williams corner kt ss berapa ntah. Tak ingat.
Hubby is belanja me makan.
Katanya mothers day celebration.
Thanks hubs.
Memang puas hati melantak mixed grill yg portionnya extra large.
Share berdua pon ada juga tak habis.
Aku punya la tak habis sebab extra kenyang.
Then balik umah berehat n tido.
Enjoy betul this week.
Happy moment to remember.

afiq tengok je la.
kak iqah kusyuk tengok upin ipin.
tgk la mixed grill tu. besarkan portionnya.