Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, June 18, 2012

Makan Makan: Mastercook (Muslim Chinese Cuisine), Bandar Sri Permaisuri


Assalamualaikum...

Arini nak citer tentang aktiviti makan2 kitorang. Last week (lupa hari apa), kami pergi makan malam di Restoran Mastercook. Menyajikan makanan ala cina muslim gitu. 


Dah lama sebenarnya en hubby nak ajak makan kat sini, tapi asyik tertangguh je. Kenapa en suami ak bersungguh sangat ajak ak makan sini? Adakah sebab ada awek cun? Atau memang makanan dia marvelous?  Sebenarnya, laki ku itu idak la pernah lagi pergi makan sana. Tapi sebab director company dia cakap best, so dia pon nak gak try. Tapi takkan nak try sorang2 kan, kena la bawak anak bini sama. Nanti puan isteri bising and merajuk plak tak ajak dia. Nanti cakap en suami nak makan sedap sorang2. Hehehe.

 So semalam, akhirnya berjaya jugak kami makan kat sini. Kat mana location restoran ni? Ia terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras. Kedai dia bersebelahan dengan kedai Satay Station and Snogurt (kedai ala2 tutti frutti).  Jauh kan kami pergi makan. Umah kat shah alam. Cari makan sampai ke Cheras. Sebenarnya, kebetulan nak ke KLCC jumpa my sis in law. Dia datang sini untuk program maktab. So terus la pergi.

Makanan kat sini ok la. Ak bg 3.5/5 untuk this restoran. Kira makanan dia ok la. Boleh makan, but ak pernah makan tempat yang lagi sedap. Hikhikhik. Or mungkin sb kesilapan ak tak order nasi putih tapi makan lauk pauk ngan nasi goreng thai menyepoil kan kesedapan makanan tu semua. Laki ak la ni, dia kata dalam menu takde nasi putih. Ak ni plak xtau nape semalam blur tak terkeluar tanya kat waiter tu. hahhaa. Jadinya, nasi goreng thai tu ak makan hanya 1/3, selebihnya ak makan lauk je.  (nasi goreng thai tu sedap sebenarnya, tapi sebab nasi dah ada garam, lauk pauk pon sama, jadi ak rasa macam masin gila makanan ak)

Jom layan gambar makanan yang kitorang order.

air longan & barli

Tomyam...
Hubby suka, ak pon suka gak, tapi compared to tomyam kat Pormthip (kat area situ gak)
ak lagi suka yg pormthip, sebab pedas gilosss...
ak skg memang hantu pedasss...

Scallop Porridge, sedap gak la
ni en ahmad makan ngan Afiqah...
tengok Afiqah makan banyak, maknanya sedap la tu...
mama rasa sikit je...

Dry Butter Prawn. Ok la, sebab ak rasa habuk2 dia tu kurang rasa.
ak pernah makan kat satu kedai kat KLang.
yang tu memang sangat sedap smpai rasa x cukup...

ak lupa nama apa, tapi benda ni macam taufu fa, letak kicap kat atas.
yang ni ak suka, sedap sangat.
maybe sb ak memang suka makan taufu fa kot.

ni nasi gorang thai yang ak makan sikit gila.
sedap tapi masin nak makan ngan lauk2 tu semua.
So bayaran untuk semua ni RM 75++. Ak tak igt sen kat blakang. Yang jadi mahal sebab butter prawn tu la (RM45/35). Tapi takpe. Sb ak nak makan, kira mahal pon mahal la. Laki bayar. Kihkihkih.  After makan kami pon bergerak ke destinasi tujuan. KLCC. Nnt update tentang ni k.

Thursday, June 14, 2012

Sambungan: Cerita Minggu Lepas

Kita sambung balik. Entry sebelum SINI


Planning asal, after majlis ieda, kami terus balik untuk wedding kawan sekolah hubby kat KL. Tapi kami sampai umah pengantin nak dekat kul 2, jadi terus cancel planning. Lepak2 kejap ngan kawan2, then kami gerak ke parit buntar. Both of us sangat excited nak jejak PB kembali. After my graduation day, we never come back here again. Ingat nak masuk kampus engineering, tapi macam susah je. Mesti kena amik pas masuk semua. so cancel. Benti semayang kat masjid sebelah USM. Mandikan Afiqah and salin baju dia semua, kami pon teruskan perjalanan, round2 semua tempat yang kitorang pernah pergi masa jadi student dulu.
 
tido kat kakang (belakang)
Tapi, misi utama en suami ialah, pergi kedai bundle kat bukit panchor. Itu memang feveret place dia dari zaman student. Kalau dating pon, mesti singgah bundle ni. Pompuan maybe kurang suka bundle bundle ni kot.(barang second ni nampak cam kotor kot. That’s my first impression.)  Ak kalau tak pasal en suami ku ini, bundle pon ak tak pernah jejak. Tapi tu dulu, now bila dah biasa pergi bundle, kadang2 terjebak gak bila tengok jeans yang cun cun, branded and murah.
 
Dah puas pusing2 Parit Buntar and Nibong Tebal, en suami nak gi makan kat kedai nasi kandar salleh (kat kedai tu tulis nama lain, kira ni nama glemer la kot) tapi frust, kedai tu lom buka or memang tutup. Then ingat nak pergi makan kat Shasha. Teringat nasi goreng belacan kat kedai tu. ak tak pernah jumpa nasi goreng belacan macam tu kat mana2 lagi. Tapi kedai tupon tutup. (nampak cam dah lama x bukak je. Maybe dah tutup terus kot). Baikla, saya frust lagi. My hubby cakap, ni last, kalau Nuri pon tutup, kita pergi Penang, balik esok. (ni memang tahap dewa punya tensen.) Tapi, x kesampaian ak nak gi Penang sebab restoren Nuri tu buka. Puas hati la dapat makan nasi goreng cendawan kat sana. Rasa dia tetap sama and best macam dulu.

After makan2 semua, kami pon gerak balik ke shah alam. Masa nak gerak balik tu, sayu plak rasa hati. Rasa nak duk lama lagi kat sana. Nak jalan2 and pergi semua tempat makan yang kitorang suka pergi dulu. Banyak kenangan kat sini. Bila lagi dapat jejak Parit Buntar and dapat tengok USM transkrian lagi.( walaupun x dapat masuk, tapi tengok dari jauh pond ah puas hati.) Ni time menaip pon rasa rindu je hati kat USM. Rasa nak jadi student kembali. Tapi tak tahu la bila tercapai cita2 nak sambung master. Banyak sangat commitment sekarang. Maybe terkubur je impian tu kot. 

layan gambar pekan parit buntar:


sg kerian.
belakang kampus usm je

ampang jajar.
makan laksa penang kat sini

besar gilos rumah ni.
sape la tuannya




menara jam kat pekan pb

tak dapat masuk, dapat tangkap gambar signboard pon jadila

ampang jajar

tergedek gedek kejar papa

nuri bagan samak.

Cerita Basi 2 Minggu dan Minggu Lepas

Perhatian: Harini ak nak up entry lebih dari 1. biar korang bosan. hahaha.


Assalamualaikum…

Malas betul nak menaip sekarang. Sebenarnya last week nak cerita aktiviti balik kg. tapi malas punya pasal just update pasal hutang.  Last 2 weeks balik kampong, memang confirm tak buka notebook punya. Sebab, hari hari di kampong mesti digunakan sebaik mungkin. Lagipun, aktiviti balik kampong kali ni adalah attend wedding kawan kawan and sedara mara. Bayangkan la, hari sabtu 2 june, 4 majlis kami hadiri. And ada lagi 3 yang kami memang tak dapat pergi. Ni baru kat Terengganu. Belum lagi undangan dari kawan2 yang jauh. Memang tak dapat la nak penuhi semua undangan. Sedih rasa hati, sebab kalau boleh memang nak pergi semua. Dapat jumpa kawan kawan lama.

Then ahadnya, my mom angkut semua anak and cucu dia pergi umah my uncle kat kg bukit tumboh. Kenduri anak my uncle. Means, majlis kawen my cousin la. Seriously ak dah lama sangat tak jumpa sepupu sepupu ak ni.  Diorang ni memang satu kepala la ngan ak. Kalau jumpa mesti ada la sesi gaduh and kutuk mengutuk. Nak gerak balik pon sempat lagi cari point nak gaduh. Sampai mak ak bebel cakap sudah2 la tu, nak balik dah ni. Hahaha. Tapi memang seronok dapat jumpa diorang.

Afiqah pon bukan main seronok lagi and memang sempoi habis. Comey plak tu pakai baju kurung zaman purba kala (baju Along Ira 15 tahun lepas). Nape ak cakap sempoi? Sebab sepupu2  dia yang lain tgk bunga telur kat pelamin,memang muka terliur nak tapi tak berani nak mintak. Dapat kat anakanda ku selambe cakap kuat2, nak elur. Yeee, akhirnya Afiqah dapat telur, and makan sorang2. Orang lain tgk je la. Sb malu nak mintak. Bagus anak mama. Malu rugi, apa pon tak dapat. Memang anak papa. (mama pemalu).

ini la baju kurung zaman purba.
dah 15 tahun tapi masih cantik

makan telur. kenyang anak mama.

on the way balik. dalam keta ngan Ngoh.
Baju kemana dah hilang.

suka la ada orang layan.

si debab mama.

tak duduk diam walau sesaat.


Sebab penat makan gulai banyak sangat, kitorang gerak balik shah alam lepas maghrib. Sebab mengantuk, siap benti tidur kat R&R Temerloh. Kul 3 bangun, sambung balik perjalanan. Esoknya, mc. Huhuhu. Dah kul 5++ pagi baru sampai. Memang takde harapan la nak bangun. Ngan hidung pon leh tahan tersumbat. (ni kes tidur dalam aircond kereta) nak wat camana, umah xde aircond, so idung ni tak tahan. Hehehe. Lagipun ak yang drive. Laki ngan anakanda tidur macam kat umah. Siap berdengkur lagi.
   
Then latest weekend pon tetap cerita majlis kawen gak. ak should be kerja Sabtu, tapi minta tukar ngan colleague, so next week and another next week ak kena datang keje la. Sanggup tukar cuti sebab nak attend my USM bff nye wedding. Majlis umah dia 2 june lepas, tapi sebab kat Kelantan, ak x dapat pergi. So bersungguh ajak en suami pergi gak majlis kat perak. Sebabnya, semua my BFF masa USM akan attend wedding puan Eida & en Aswad.  Akhirnya, lepas 4 tahun grad, ak dapat berkumpul balik ngan Cik Piah, Puan Midah, Puan Wadah, Puan Ziera, Puan Ieda and Cik Sue. And tak ketinggalan, sorang lagi kawan USM gak, cik Aida.  Seriously, seronok sangat. Walaupun kejap je jumpa, tapi tetap puas hati. 

sambung next entry. Panjang2 sangat nanti orang malas baca. 

Wednesday, June 13, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Hutang.


Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

Assalamualaikum.

Pagi tadi on the way pergi office, dengar panggilan hangit tentang seorang yang beli perabot guna ansuran mudah, then after 6 months dia stop payment and tak jelaskan. benda ni berlaku 6 to 7 years ago. I dunno macamana this person buat, tak bayar but barang dia tak kena tarik. but this is not the issue. yang menyakitkan telinga ni dengar, dia tak mengaku ada beli that sofa, tuduh cakap orang guna nama dia then letak phone macam tu je. So farah called her back but her husband pick up the phone and told farah that she is not around. then her husband marah2 farah kata yang dia tuduh yang bukan2. lawak la, orang kalau tak buat salah memang takkan melenting tak tentu pasal. then farah asked him nicely whether he bought a sofa or not. and dia mengaku ada.  But when farah asked him, y they do not pay the installment. jawapan this pakcik, sebab dia tak terima apa2 surat so dia stop bayar. then farah cakap, diorang ada new management and boss dia suruh buka balik old file. pakcik tu leh cakap, boss awak dah takde duit la tu. then farah bagi balik, encik yang xder duit kot. 

Serius, ak rasa geram gila dengar panggilan hangit tadi. First, tak bayar hutang, kedua, menipu cakap orang gunakan nama dia, and ketiga, dah la buat salah, lepas tu nak marah2 orang called tanya dia tentang hutang tu (even farah just buat panggilan hangit tapi ak rasa kalau orang bank or wateva called, orang ni for sure mencarut2.) 

mesti diorang marah gila kat adik dia yang kenakan diorang kan. tapi ak rasa adik dia dah menjalankan satu tanggungjawab nak mentarbiahkan kakak dia supaya kalau tak mampu jangan berhutang or kalau dah berhutang, reti2 la bayar hutang orang tu. walaupun kau tak terima surat or wat so eva yang berkaitan, tapi bayar and keep all the resit. 

Ak pernah buat ansuran mudah untuk ak punya mesin basuh. Time tu tak cukup cash, so terpaksa la buat ansuran. memang ak xkan terima apa2 surat yang menyatakan ak dah buat payment monthly. but after a years, ak dapat surat menyatakan ak dah siap buat bayaran. so, tu bukan alasan untuk anda tak bayar hutang. tak tenang weh hidup kalau tak bayar semua commitment bulanan. rasa beban tu duk ikut sampai bila2 and asyik duk fikir la. Tapi ada orang, sb xnak bayar hutang, sanggup bg no phone palsu or tukar no phone. ak ni every month ada je bank call cari orang nama apantah. nampak sangat dia guna no orang lain then lari. tapi best ke hidup macam tu. 

Hutang wehhh, sampai akhirat bawak kalau tak selesaikan. kat dunia memang dah tak tenang. nanti kat akhirat, lagi teruk weh. jangan main2 ngan hutang. kalau pinjam ngan orang, leh cari la orang tu mintak halalkan. dah kalau pinjam ngan bank or syarikat credit, macamana nak mintak halalkan. kecuali kau bayar semua hutang tu dulu baru kira selesai la. so jangan main2 ngan hutang ye kawan2. 

P/s: ak kalau jadi makcik dan pakcik yang kena panggilan hangit tu tadi, memang dah tukar semua no phone la. walaupun farah tak kenal ak and org malaysia tak kenal tapi malu wehhhh. dah la tak bayar hutang, pastu attitude failed. malu malu.