Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, September 11, 2014

Kenangan Terindah - Belasungkawa Nor Hamidah Mohd Zulfli

Belasungkawa Nor Hamidah Mohd Zulfli
(Sept 1985- 22 June 2014)

Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia – 2004

Segalanya bermula disini.  Kami mungkin berlainan watak, berlainan falsafah, berlainan keinginan dan minat  namun kami tetap bersahabat. Bila ku fikir ku imbau kenapa kami masih bersama, kerana kami tiada sebab untuk bersahabat. Kami bersahabat bukan kerana sebuah kepentingan.  Kami bersahabat bukan kerana untuk mengambil kesempatan. Kami bersahabat kerana keselesaan dan kerana kami ikhlas menerima setiap kebaikan dan keburukan antara kami. Mungkin nampak exaggerate dalam menggambarkan hubungan persahabatan ini, namun itulah hakikat yang aku tak dapat bohongi.

Aku, Nur , Midah, Ieda, Wadah, Ziera dan Sue, kami berkenalan di tahun pertama pengajian di kampus kejuruteraan. Satu “School” tapi berlainan jurusan. Nur merupakan kawan pertama yang aku kenali di kampus kerana dia teman sebilik aku dan juga sama jurusan pengajian dengan aku. Aku ni agak berat mulut orangnya dalam berkawan. Jenis susah nak dapat kawan. Aku jenis berkawan dengan orang yang aku selesa sahaja. Namun, Nur ni walaupun nampak pendiam dan “Miss Cool” sepanjang masa, namun dia cepat dapat kawan. Disebabkan Nur la aku berkawan dengan Midah dan Wadah. Hamidah nama sebaik orangnya. Sama jurusan dengan aku. Nur, dan midah ni kawan pergi kelas and exam sampai ke final year la. Sebab kelas sama kan. Midah ni pendiam, tapi suka senyum. Tapi ngan kitorang ada gak humornya. Kira boleh la huhahuha. Baik sangat orangnya. Orangnya tenang, matang dan nampak ciri ciri keibuan. Kalau dibandingkan dia dan aku jauh beza, bagai langit dan bumi. Kalau dilihat dari segi perwatakan mesti orang tak sangka kami boleh jadi teman baik. Aku ni memang gila gila orangnya, tapi bila berkawan dengan orang yang ‘cool” dan pendiam macam Nur dan Midah, aku jadi terkawal dan ‘soft’ sikit la.

Wadah plak lain jurusan ngan kami bertiga, tapi sebab first year banyak amik subject sama jadi memang biasa la pergi kelas sama sama. Kalau subject tak sama je berpecah la kami. Dia ni sempoi je orangnya. Nampak lembut, tapi tegas. Nak kata mature sangat tu macam tak sangat, nak kata pendiam pon tak ada la diam sangat. Kiranya dia ni ngan kawan kawan rapat gila gila juga la. Tapi ngan orang yang tak berapa nak rapat ni dia tak la cepat mesra. Peminat setia Dragon Ball ni. Tiap kali lalu depan bilik tv pagi Sabtu atau Ahad nak pergi mandi, mesti akan nampak dia sorang sorang layan Dragon Ball. Kadang kadang ditemani  si Nur. Kiranya dia berdua mula berkenalan disebabkan bilik TV la. Kira penunggu bilik TV sejati. Duk layan kartun, drama telenovela latin tupon diorang layan  Kira kalau ada cerita best time tu sila la cari diorang ni kat bilik TV. Aku tak hantu bilik TV sangat, sebab suka duk layan chatting tak pon gi dating. Hehehe.
Ieda, Ziera dan Sue plak aku kenal masa sama sama ngan Nur, Midah dan Wadah

Ieda orangnya 'happy go lucky' dan sempoi je. Kalau nak cakap apa apa dia straight to the point je. Takde cakap depan lain belakang lain. Tapi kami ni takde la nak sentap sentap ke apa kan. Pastu Ieda ni memang nampak la orang yang bijak pandai. Cakap pon ala ala berilmiah gitu. Masa blaja result Ieda ni kira gempak la. Ieda ni satu course ngan Wadah. Budak sumber. Skang kerja ngan lombong emas. Kelas kau Ieda. Dulu pakai selebet je, skg wallaweh, kagum aku ngan Ieda, stylista, hijabista sangat skang. Teringin gak nak dress up macam Ieda, tapi macam tak sesuai je ngan aku. Aku ni sesuai pakai jeans, tshirt. Nak nampak ladies pakai baju kurung sudah.  Ziera plak anak mami.  Mata besaq, idung mancung. Cute gitu. Mulut pon cot cet cot cet. Suka bercakap, suka gelak. Geng la ngan Sue, pastu memang satu course plak tu diorang berdua. Ziera wat lawak Sue tukang gelak. Sue ni pendiam gak orangnya, tapi suka gelak. Gelak dia ada gaya tersendiri. Kira trademark dia la gelak gaya tu. Kalau dengar gelak tu dah tau la tu confirm Sue. Satu lagi kalau dia cakap, mesti bahasakan diri kami. Dari dulu sampai sekarang. Memang akan bahasakan kami. Ziera kan peramah sangat orangnya. Senang sangat dapat kawan. Ye la, nama pon suka bercakap, pastu suka tanya, pastu wat muka inisen, muka blur dia. Nasib comel, kalau tak memang nak kena penampaq kokedai la wat muka bajet cute tapi muka tak berapa siapkan.

Aku pon tak pasti bila kitorang betul betul jadi rapat. Tapi aku agak, kalau tanya budak kampus kejuruteraan yang satu batch dengan kami mesti tak tahu yang kami ni sebenarnya rapat. Dah la lain course, pastu takde identity yang menampakkan kami ni geng, pastu takde la nak berkepit 24/7 ke apa.  Tapi kami ada aktiviti wajib tiap tiap tahun. Memang dinanti nanti dan ditunggu tunggu. Aktivitinya ialah celebrate birthday sama sama. Sambutan ni dua kali setahun. Kami kumpul besday untuk tiga orang, then yang sambut besday tu kena belanja yang lagi empat. Pastu balance lagi empat akan sambut untuk sesi kedua. Sebab extra sorang jadi kena belanja special sikit la kan.

Kami ni zaman blaja, takde transport. Masa first year lagi sadis, sebab semua takde license kereta.  So bila nak keluar Parit Buntar mesti kena call teksi. Dah la bertujuh. Pastu berebut nak naik yang empat orang. Baru boleh bayar murah. Yang naik teksi berempat tu plak tak habis kat situ lagi, duk plak berebut nak duk belakang. Semua taknak duk depan. Jadi yang biasa mengalah mesti lah midah. Midah memang ala ala matured gitu. Kakak kakak sangat. Mesti mengalah ngan kami yang perangai tak berapa nak matang ni. Pastu kalau nak gi pulau, gigih naik bas sampai jeti, pastu amik feri, amik lagi bas lompat lompat nak ke komtar atau perangin mall. Yang paling gigih kami buat ialah jalan kaki gi pasar malam kat taman pekaka ngan ampang jajar. Yang ampang jajar tu konon nak wat birthday seprais kat ieda ngan sue. Siap bawak kek lagi. Tapi masa second year aku dah start blaja kereta nak amik lesen. Midah pon sama. Bila dah dapat lesen, amboi bahagianya kami. Dah tak yah naik teksi nak gi mana mana. Boleh sewa kereta. Tapi tetap kena sewa dua kereta sebab satu kereta tak muat nak sumbat tujuh orang. Kat kampus tu mana ada sewakan MPV, paling best pon kelisa. Tapi banyaknya sewakan kancil la. Tapi takpe, tak kisah dua kereta pon. Janji boleh keluar. Yang drive mestilah aku ngan midah. Masa third year yang lain dah amik lessen gak, tapi tetaplah aku ngan midah yang drive. Dengan alasan yang lain baru dapat lesen.  Tapi bila waktu puncak, kereta memang q orang nak sewa, jadi kami terpaksa gak la naik teksi kalau nak keluar. Sanggup naik teksi semata mata nak gi bazaar ramadhan Parit buntar.  Ingat lagi ayat kawan BF aku masa tu, “Awek ko takde lesen kereta ke naik teksi gi bazaar. Giler gigih. Kalau aku takde transport memang tak la kan. Baik kirim orang belikan je. “ Hahaha. Gigih sangat ke kami ni? Tak kisah la gigih ke apa, yang penting kami ada kenangan untuk diingati.

Habis blajar, masing masing busy dengan kerja and ada yang sambung master. Kira renggang sikit la hubungan tu. Tapi takde la putus terus. Still lagi berhubung ikut fb semua kan. Kalau berjumpa pon kadang tak cukup korum la. Last kami berkumpul cukup tujuh orang ialah masa majlis sambut menantu ieda dekat Kuala Kangsar. Happy sangat masa dapat jumpa. Tapi biasalah, bila majlis kawen ni akan ada sorang yang takkan fun sepenuhnya. Orang tu sure lah pengantin kan. Bukan kami je tetamu. Pastu ieda takleh la nak huhahuha lebih, nanti apa plak kata mertua. Tapi masa kami jumpa tu, midah je yang berfamily tapi datang ngan kawan kawan bujang. Sebab masa tu dia PJJ ngan suami and anakanda. Tapi midah ni biasa lah, what lek what peace je. Kalau aku mesti sedihkan. Tengok kawan kawan ngan suami dan anak anak. Tapi sebab mengejar ilmu, dia sanggup jauh dari suami dan anak. Dia ada hulur duit untuk Afiqah and Sofia (anak ziera)
Tapi semenjak ada application Whatsapp ni, kami dapat berramah mesra balik macam dulu dulu. Dalam bulan march kami ada discuss nak buat gathering kami bertujuh. 

Ohhh!! Lupa plak. Kami ada plan, konon lepas lima tahun grad, kami nak buat gathering atas star cruise. Tapi nampaknya gathering atas star cruise bertujuh takkan tercapai.  Akan tinggal kenangan sampai kami pergi meninggalkan dunia yang fana ni. So masa awal awal ada grup kat wassap ni, discuss la kami nak gathering kat mana. Ada la yang cadang kat KL, ada yang ajak g Cameroon Highland. Bila tanya bila nak gathering semua macam, “Ala, aku bulan ni busy. Bulan depan boleh la kot.” Pastu yang sorang lagi plak, “lor aku free bulan ni je, bulan depan tak free.” Dah tu, camana nak gathering. Tengah hu ha hu ha buat discussion tiba midah menyampuk. (midah jarang jarang muncul kat wassap) “Bila nak gathering kat Cameroon?” Macam dia excited sangat bila tau kitorang planning untuk gathering ni. Kebetulan masa tu midah baru masuk kelas PHD dalam dua minggu kat uitm lepas cuti pantang anak kedua. Tapi seperti biasa hanya perancangan. Lom decide pon lagi jadi ke tak gathering tu.  Kalau tak silap a few time je midah sampuk sampuk dalam grup wassap tu. Last bulan march kalau tak silap aku la. Then terus menyepi.

June 2014

Dua minggu sebelum Ramadhan, midah tiba tiba muncul dekat grup dengan menyampaikan satu berita yang sangat mengejutkan. Berita yang sangat sangat meruntun hati kami. Rupanya dia sakit.  Dah lama dia sakit, tapi dia rahsiakan dari kami. Nur tahu midah sakit, tapi atas permintaan midah dia terpaksa rahsiakan. Bila midah share gambar terkini dia, menitik air mata ni tanpa boleh disekat lagi. Ya Allah! Tak ada kata yang boleh aku gambarkan perasaan ketika tu. Kalau midah tak bagitau tu gambar dia memang kami pon tak perasan. Seluruh badan jadi bengkak dan gatal gatal. Dia hanya boleh duduk dan terbaring je sebab kaki dan tangan dia lemah. Kalau nak berjalan pon perlu bantuan orang lain. Dia kata, dia nak mintak maaf ngan kawan kawan. Kalau boleh dia nak sangat jumpa kami semua. Dia rindu sangat dengan kawan kawan baik dia. Dia kata lagi doc pon tak pasti apa penyakit dia tapi symptoms ketika diagnose menyerupai penyakit Scleroderma . Seriously masa midah bagitau penyakit dia, semua tertanya tanya. Sakit apa tu? Sepanjang aku hidup ini pertama kali aku dengar tentang penyakit ni. Terus la kami google tentang penyakit ni. And again, kami semua terkejut dengan info yang kami baca tentang penyakit scleroderma. Masa tu hanya doa yang mampu kami berikan pada midah. Harapan kami midah hanya sakit biasa dan bukan penyakit yang belum ditemui penawarnya ini.

Sedikit info tentang penyakit scleroderma ihsan Wikipedia. Untuk lebih informasi boleh ke http://en.wikipedia.org/wiki/Scleroderma atau google dengan key words (Scleroderma)

Info: Scleroderma, also known as systemic sclerosis, is a chronic systemic autoimmune disease characterised by hardening (sclero) of the skin (derma). In the more severe form, it also affects internal organs.[1][2]

Immediately lepas dapat berita tentang midah, kami create new group dekat wassap. Kami discuss macamana nak tolong midah and bila boleh melawat midah. But masih seperti sebelum sebelum ni, masa free kami semua tak sama. Ada je aktiviti yang menhalang kami untuk pergi melawat midah. Tapi Allah gerakkan hati aku untuk nekad pergi jumpa midah on 22 of june 2014. Aku beritahu kawan kawan lain planning aku untuk ke gua musang (kampong parents midah) If ada yang nak follow sangat dialu alukan. Alhamdullillah, lima orang antara kami akan pergi ke sana. Cuma ziera je yang belum pasti kerana hari yang kami rancangkan untuk melawat midah, suami ziera ada family day di Janda baik. Kami buat perancangan yang agak rapi la. Khamis aku telefon midah untuk beritahu dia yang kami akan ke rumah parents dia untuk jumpa dia. Midah beritahu aku dah ada perubahan positive pada diri dia since dia berubat dengan ustaz sekolah pondok. Dia dah boleh berjalan dan rasa badan dah sedikit kuat. Masa tu hati aku happy sangat. Ye la dengar berita baik dari midah. Hati memang melonjak lonjak nak pergi gua musang jumpa midah. Nak peluk midah. Nak cakap kat midah yang kami semua sayang dia, kami nak dia sihat.

Sabtu dalam jam 3 lebih jugak aku sekeluarga, Nur dan Sue ke Kuala Lipis untuk amik Ieda kat sana. Then kami terus gerak ke Cameroon Highland sebab kami akan bermalam semalam di sana. Wadah dan Ziera dah tunggu kami di homestay. Ziera yang asalnya tak pasti lagi nak ikut ke tak jadi ikut kami semua. Walaupun esok petang (Ahad) suami dia ada company dinner dekat KL tower. KIranya gerak pagi pagi ke gua musang dari Cameroon, then lepas jumpa midah, terus rush balik KL. Tu perancangan awal la. Tapi kita manusia hanya merancang, tapi Allah sebaik baik perancang. Sampai ke Cameroon dalam jam 9malam. 

Betul betul kami sampai ke perkarangan homestay, tiba tiba aku terima panggilan dari nombor midah. Bila angkat suara lelaki yang bercakap. Suami midah called untuk inform kami yang waktu tu midah berada dalam icu dan keadaan dia dah kritikal. Aku terus terdiam, tak terkata apa. Aku beritahu pada kawan kawan lain keadaan midah. Terdiam kami semua. Masa tu masing masing hanya mampu berdoa. Kami berbincang sama ada nak terus gerak ke Kuala Krai (midah dimasukkan ke ICU hospital Kuala Krai) atau tunggu pagi esok. Lepas perbincangan, kami decide untuk gerak pagi Ahad, seawal yang mungkin dan terus ke Hospital Kuala Krai. Sebelum suami midah call aku ada mesej midah cakap kat dia;

“Salam, midah. Esok pagi kami sampai umah kau. Kau ada umah kan. Tak sabar nak jumpa.”

Sebab tu suami dia call nombor aku inform yang midah ada dekat ICU.

Malam tu, aku ada cakap kat ieda yang aku tak sedap hati. Ieda cakap kat aku ”Ko jangan la cakap camtu kema.” Dah la kat homestay tu line telefon teruk sangat. Kena duk kat balkoni ruang tamu baru dapat coverage. Bangun subuh, tiba tiba masuk satu mesej missed call dan dua mesej dari nombor midah. Hati aku dah dup dap dup dap waktu tu. Mesej berbunyi;

“Keadaan midah dah teruk, doctor cakap berjaga-jaga dah.”
Second mesej:

“Salam, midah dah xde ni.”
Tengah masing masing ngah asyik sembang sesame sendiri terus terdiam bila aku beritahu berita tentang midah. Masa tu air mata je yang mampu berbicara tentang rasa hati kami. Orang paling sedih masa tu aku pasti mestilah nur ngan sue. Sebab diorang berdua paling lama bersama ngan arwah midah. Sama sama amik master. Lepas semua ready, kami terus gerak ke gua musang berpandukan tukang tunjuk arah kami iaitu Ieda. Alhamdullillah kami sampai ke gua musang, dan jenazah allahyarhamad Nor Hamidah juga sudah sampai ke rumah ibu bapa beliau.

Midah, 
Walaupun kau tak dapat baca apa yang aku tulis ni, tapi aku tetap nak luahkan rasa hati aku kat sini. Kau antara teman yang paling baik pernah aku miliki. Kau teman paling tabah yang pernah aku kenali. Walau kau diuji dengan pelbagai dugaan, namun kau tetap tabah dan kuat menghadapi ujian dari pencipta mu. Aku memang tak sabar nak peluk kau, nak tengok senyuman kau, nak dengar celoteh kau. Kalau dengan peluk kau aku boleh bagi sedikit kekuatan untuk kau bertahan aku akan peluk kau kuat kuat. Tapi Allah lebih sayang kan kau kawanku. Dia ambil kau dahulu sebelum kami sempat sampai. Hanya jasad kau yang kaku dipembaringan menanti ketibaan aku dan teman teman yang lain. Kalau kau tau betapa aku  hampa dan kecewa kerana tak dapat nak penuhi hasrat kau bertemu dengan kami. Tapi aku tetap bahagia, sekurang kurangnya aku tetap dapat mengucup dahi kau buat terakhir kali. Dapat bacakan yassin disebelah jasad kau. Kau tahu. Waktu kami sampai, keluarga kau seperti sedang menanti nanti kedatangan kami. Keluarga kau seperti mengantikan diri kau untuk menyatakan yang kau benar benar mengharapkan kehadiran kami. Hati ni bertambah runtun bila si kecil Azqi tersenyum melihat wajah kami dan melihat wajah aqil yang naïf tidak mengerti apa yang terjadi sebenarnya. Kau beruntung midah, punya ibu bapa yang tabah, yang menyayangi kau sepenuh hati mereka. Mereka rahsiakan penyakit kau yang sebenar dari pengetahuan kau demi untuk tidak mematahkan semangat kau untuk berjuang dan cuba melakukan segala yang terbaik untuk kau sebelum kau pergi meninggalkan mereka. Kau lebih beruntung punya suami yang setia hingga ke akhir hayat kau. Kau berdua memang pasangan yang tabah. Sentiasa menyokong ketika masing masing diuji. Aku yakin dia akan menjaga dan mendidik amanah yang kau tinggalkan sebaik mungkin.  Insyaalah, kasih sayang untuk Aqil dan Azqi tidak akan pernah kurang malah makin bertambah dari kami dan teman teman kau yang lain. Kenangan bersama kau akan sentiasa tersemat di dalam hati ini selagi tuhan mengizinkannya. Aku doakan kau tenang dan aman disana. Semoga kau di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Kerana Allah kita bertemu, Kerana Allah juga kita berpisah. “
 
Banyak lagi sebenarnya yang mahu aku ceritakan di sini, tapi waktu dan keadaan tidak mengizinkan. Biarlah kenangan yang indah dengan midah aku simpan dalam hati hingga nafas aku yang terakhir. 

Sekian.