Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, March 26, 2014

Aku Rindu....

Assalamualaikum.

Lama tak menjenguk blog.
Ni pon sebab bosan menunggu programmer tak sampai sampai lagi.
Guna hansphone je la kita update blog.
Kalau typo kelaut tu maafkan saya penunggu gua.
This two weeks aku busy tahap menggiler.
Tiap tiap hari kena balik lambat.
Semalam kul 11malam baru balik.
Ahad pon kena kerja.
Memang tak de life langsung.
Kesian kat anak anak.
Balik je diorang dah tidur.
Aku rindu nak golek golek depan tv ngan dua budak mucyuk aku tu.
Rindu nak berlakon marah ngan kak iqah pastu tanya dia mama garang mcm serigala tak.
Rindu nak dengar celoteh kak iqah.
Rindu nak dengar kak iqah nyanyi.
Rindu nak dengar kak iqah berzikir walaupun zikir panjang jadi pendek.

Rindu ngan afiq yang manja.
Rindu nak marah afiq masuk toilet sb bila marah dia akan sengih sengih.
Rindu nak tgk dia panjat cabinet tv pastu senyum penuh bangga.
Rindu nak syium syium afiq pastu gigit pipi dia.
Rindu nak tengok afiq tiru gaya kak iqah menari.

I really really miss them.
Walaupun bukannya aku tak balik rumah terus tapi x sempat pon naik main main ngan diorang.
Dahlah sebelum balik en suami mesti suh tapau makanan.
Kak iqah akan pesan mee goreng.
Tapi bila aku sampai dia dah tidur.
Terkilan nya aku.
Lepas tu kesian takut dia lapar.
Kejutkan dia pon dia mmg takkan bangun punya.

Pagi pagi bangun aku kelam kabut siap nak pg kerja plak.
Dah la skg cuti sekolah.
Tapi mama membusy tahap dewa.
Aku memang dah tak tahan sebenarnya tapi what to do...ni pon amanah jugak.
Lagipon kerja ngan orang.
Kuli mmg macamni la...
Harap sangat cepat berakhir semua ni.
Dah settle semua ni dah boleh relax.
Dah boleh balik awal.
Dah boleh happy nga  anak anak n en suami.

Aduh geramnya aku.
Mana la programmer ni.
6.30 pon belum sampai.
Tertekan nya aku.

Thursday, March 6, 2014

Hanez Suraya Tak Takut Karma/Balasan

Aku sebenarnya tak kuasa nak komen pasal kes hangat skang ni.

Kes apa lagi kalau bukan kes pelakon Hanez Suraya ngan suami orang tu la.

Tapi tadi aku baca statement dia kata “Dia tidak takut dengan karma/balasan:

Komen aku macam ni je.


“Dik (dia lagi muda dari aku kot..ntah aku pon tak tahu), dalam islam takde karma marmar ni. Tu semua kepercayaan agama lain. Orang islam ni percaya setiap perbuatan kita baik atau jahat akan dibalas seadilnya. Kau buat jahat kat orang, balasannya jahat juga kecuali kau bertaubat. Mintak ampun pada Allah dan pada orang yang kau aniaya tu. Tuhan tu maha adil. Tak dapat kat dunia balasannya, kat akhirat tak dapat lari dik oi. Ingat la, kalau kita bersalah mohon maaf pada orang yang kita dah buat salah tu. Tak selamanya kita mendongak langit. Sekali sekala tunduk la sikit, tengok ke bawah. Sebab kalau kita jatuh tak la sakit sangat rasanya. Satu lagi sebelum nak buat PC ke statement ke, buat list ok. Tak pun buat skrip. Sebab banyak sangat percanggahan maklumat dengan boyfriend awak tu dik. Kalau tak berapa pantas mencongak hasil tambah darab bahagi, buat calculation siap siap kat rumah. Kalau rasa tak pandai jugak, bukak calendar kira kalau dari December 20 ke 5 March dah berapa bulan berlalu. Pape pon, all the best to you dik. Allah itu maha adil ye dik.”