Assalamualaikum.
31/12/2012 – Hari terakhir ditahun 2012. Ya Allah, sekejap
nya masa berlalu. Rasa macam baru je jejak kaki ke tahun 2012. Tetiba esok dah
tukar tahun 2013 plak.
Perjalanan 2012 ada macam-macam cerita. Yang seronok, sedih,
pahit, manis semua pon ada. Dan semua cerita tu bila dicampur tolak darab
bahagi, inilah dinamakan pengalaman hidup. Yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk
dijadikan sempadan. Entry kalini dah
macam entry motibasi la plak.
Seperti biasa, bila masuk tahun baru, ada je wishlist baru
kan. Yang tahun lepas punya wishlist dah tercapai semua ke? Aku? ada je yang x
tercapai. Tapi xde la sampai nak nangis guling-guling macam tenggiling bila apa
yang dihajatkan tahun 2012 tak dapat dimiliki. Lagipon apa yang dihajatkan
lebih kepada keinginan diri bukan keperluan. Jadi keinginan tu boleh dibawa
lagi ketahun tahun seterusnya. Tu pon kalau still rasa nak lagi la. Kalau tak
kita kasi cuci tukar la.
This year, impian nak bercuti ke Bandung dah tercapai. Tapi
ada dua ke tiga percutian yang aku harapkan tak dapat dipenuhi. First, nak
bawak Afiqah ke Gambang water park. Semua dah get ready. Just tinggal pergi je.
Tapi last minute ada emergency kat kampung. So burn camtu je la. Walaupun
frust, tapi xpe la. anggap je bukan rezeki aku. Lagipon setakat Gambang tu je
pon. anytime boleh pergi kalau nak. (ayat sedapkan hati. Padahal sepanjang
wujud Gambang tu x pernah aku sampai.)
Yang kedua, konon nak gi USS ngan adik ipar la akhir tahun
(Dis 2012), tapi sebab aku dah pregnant, so kita tangguhkan dulu ye. Kalau
pergi pon, bukan aku boleh main semua game kat dalam tu. Aku nak pergi sana
sebab aku nak try semua benda. Bayar mahal-mahal xda guna kalau pergi just
untuk tolak stroller. Betul x? Hopefully by next year after dah deliver ada la
rezeki pergi USS. Kalau ada yang nak
sponsor lagi bagus. (pray pray pray). Then last konon cita-cita nak bawak my
parents pergi jalan-jalan Langkawi. Dengan alasan yang sama seperti di atas
(USS), jadi kita tangguh ke next year jugak.
2012 juga tahun yang membahagiakan sebab aku pregnant for 2nd
child. Actually, tak expected seawal April untuk pregnant lagi. Tapi bila dah
diberikan rezeki, kami terima je la dengan hati yang terbuka. Lagipon due date
on January 2013. Kira kalau calculate ikut tahun, Afiqah and baby akan beza 3
tahun la. Kira cun la kan.
Tahun 2012 jugak kitorang start duduk rumah sendiri. Ini
kalau ikut pencapaian terbaik 2012 la. Sebab tak sangka, umur 27tahun dah ada
rumah sendiri. Dulu tak pernah terfikir nak beli rumah before umur 30-an.
Alhamdullillah, impian kami tercapai lebih awal dari yang dijangkakan. Thanks
to all yang bagi support terutama our parents’ la. sebab bukan je bagi moral
support untuk beli rumah, tapi also financial support untuk masuk rumah baru.
Afiqah plak dah semakin besar and makin bijak pandai. Bijak sampai mama ngan papa pening sebab dia lagi hebat dari kita. semua benda dia nak buat sendiri. Jangan berangan la nak mandikan dia, nak bukakkan or pakaikan baju untuk dia. Pampers pon kalau boleh nak pakai sendiri. memang best nampak macam pandai berdikari. Tapi kalau time nak kejar masa, memang rasa nak menangis push dia suruh cepat. Yela, nak sarung baju nampak bearbear. stop kejap. nak pakai seluar, ada citer best kat tv, stop lagi. dah tu benda 3minit jadi setengah jam. Next year dah jadi kakak. Harap-harap dia ok la. sebab nampak macam dia suka baby. bila tengok gambar baby mesti nak sayang. Kalau jumpa adik Fahim (cousin dia) mesti nak kiss. Adik Fahim je rimas sebab kakak Qah asyik nak sayang je. hahaha
Dari segi kerjaya, aku still lagi stayed ngan company first
aku bekerja start dari aku graduated. Impian nak tingkatkan kerjaya tu ada.
Tapi bila fikirkan anak, terus macam malas nak fikir untuk cari kerja lain.
Next year dah bertambah ahli keluarga. I think we need extra money, tapi bila
fikir if aku tukar kerja, masa dengan keluarga adakah still akan sama macam
tempat aku kerja sekarang. Mungkin dari segi gaji boleh dapat lagi banyak. Tapi
dari segi masa? Hmmm…Or next year aku perlu fikirkan untuk buat own business.
(akan difikirkan secara serius.)
Tapi yang menyedihkan sikit bila tahun ni my mom skali lagi admitted ward sebab masalah ulser usus dia. Kalau tak silap, tahun ni dah dua kali sakit dia jadi. And peluang untuk jadi lagi adalah sangat tinggi. Memang kesihatan my mom tahun ni turun naik. Bila suruh berehat betul-betul ada je alasan dia. hmm...susah gak nak nasihat orang yang memang jenis suka tolong orang ni. My abah so far alhamdullillah masih diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya. Abah aku pon jenis tak leh duduk diam. Kalau kena duduk umah, jawabnya macam orang sakit la dia. Cuba suruh pergi kebun ke, potong getah ke, tembak tupai ke, sure sihat walafiat. Cuma doa aku, semoga kedua ibu bapa aku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang baik dan dipanjangkan umur. Begitu jugak untuk kedua ibu bapa mertua aku dan semua keluarga aku. Amin.
Oklah, stop sini dulu untuk tahun 2012. Sampai berjumpa lagi
ditahun hadapan. Bye semua.
Selamat Tinggal 2012
Selamat Datang 2013