Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, August 17, 2012

moist choc cake for afiqah

Assalamualaikum...

Rasanya blog dah sunyi sepikan. Semua dah nak balik or dalam perjlnn balik kg. Ak? masih di shah alam. Sepatutnya ak full day hari ni. Tp sb ak dah tahap sangap xle bla kat opis, ak pon half day je arini. Planning asal malam ni nak baking cake, tp dah ak half day, terus masuk office kat dapur la.

Dalam 2jam,akhirnya moist choc cake ak berjaya dihasilkan. Rasa? wallahuallam. Tapi resepi ni ak pernah buat dulu. And result 1st time buat sgt mabelles (ikut style jarjit kwn upin ipin). hopefully this time pon sama.

Kek ni ak baked sempena anakanda nye besday semalam. Kek ni nak wat balik kg n celebrate besday afiqah kt kg ngan family member yg lain. Jangan cakap mama kedekut xnak beli kek utk anakanda ye. Tapi ak nak afiqah makan kek dari air tangan ak. Maybe mama tak dpt beli hadiah best2 utk dia tp mama buat something yg mama boleh kng nnt. And nak dia tau kek ni mama buat dgn penuh kasih sayang.

Nak tau apa rasa kek ni kena tunggu balik kg nnt la. Hopefully afiqah n papa like it.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Happy Besday Sayang Mama

Happy Besday to U,
Happy Besday to U,
Happy Besday to Afiqah Humaira,
Happy Besday to U.

Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Afiqah Humaira,
Allah Selamatkan Kamu.

16 August 2010 - 2 years back, seorang bayi perempuan seberat 2.67kg telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya tepat jam 6.25a.m. Her parents decided to name her Nurul Afiqah Humaira binti Ahmad Farehan after some argument between them. (masing masing ada nama pilihan). Tapi telah ditetapkan Allah, akhirnya nama yang bermaksud Cahaya yang Sangat Pemurah/Berpengetahuan yang kemerah merahan menjadi milik si kecil ini.

Dari sejak dilahirkan, dia memang tak banyak kerenah. jarang menangis sehinggakan jiran jiran dikampung tertanya tanya, betul ke ada baby dirumah cik zah ni. Sebelas bulan, Afiqah membesar dengan nenek di kampung, and mama dan papa akan balik selang 2 minggu. no compromise. wajib balik. walaupun jarang berjumpa, tapi Afiqah memang anak yang pintar, sangat mengenali ibu bapa dia. August 2011, we decided to bring her back to Shah Alam to stayed with us. and Alhamdullillah, she can adapt and did not give us any problem even this house new to her. Cuma awal2 pergi nursery dia menangis. tapi in a week, she's Ok.

Seriously, memang senang jaga AFiqah. Bukan nak puji anak sendiri, tapi dia memang tak banyak ragam. even sakit macam mana teruk pon dia takkan meragam teruk-teruk. paling teruk, tersentak dalam tidur je and agak takut makan ubat. tapi tetap boleh pujuk.

16 August 2012 - Today, she is big enough. Afiqah memang gud girl, tapi budak sedang membesar, susah nak jangka. sometimes she can understand arahan kita, but sometimes ter out law jugak. hehehe. yang penting, if she need something, dia dah boleh beritahu. If sakit perut ke, sakit kepala or mana2 tempat pon dia dah boleh beritahu. so mama bersyukur sangat anak mama cepat boleh bercakap. kalau tak pening fikir, nape dia lain macam. sakit ke, tak selesa kat mana2 ke.

Sempena besday afiqah yang ke dua tahun ni, mama tak buat apa2 celebration sebab jatuh bulan Ramadhan. Maybe after hari raya, mama akan arrange withe her teacher dekat nursery untuk wat small party. Boleh la dia celebrate dengan kawan kawan dia. mesti dia hepi. tapi petang ni berbuka kat luar la. celebrate kecil kecilan untuk kami bertiga dulu. kat mana? belum tahu lagi.

Untuk AFiqah Humaira, mama doakan anak mama menjadi anak yang solehah, bijak dan pintar, sentiasa cergas dan aktif, pandai hormat orang tua, dan berbudi bahasa. semoga anak mama membesar dengan sihat dan menjadi anak kebanggaan mama n papa. Mama ngan Papa sayanggggggg Afiqah sangat sangat. Afiqah harta mama yang paling berharga. Luv you sayang.

(nak jugak ucapan, walaupun anakanda tak baca. xpe2, mana tau, besar2 nanti dia leh baca blog mama.)

Ini gambar besday gurl pagi tadi, time hantar pergi nursery.

satu serius, satu smile cara afiqah.
Senyum je bangun pagi ni.
and hepi bila papa n mama wish besday kat dia.

Wednesday, August 15, 2012

Cerita Ceriti Empat Hari Sebelum Syawal


Assalamualaikum.

Empat  hari je lagi kita nak meninggalkan bulan Ramadhan penuh keberkatan. Masih ada lagi ramadhan akan datang untuk ak? Doa dan harapan pastinya ingin bertemu kembali.  Semalam sementara tunggu berbuka puasa, tertekan channel 105 Astro Prima (kalau tak silap) ada drama bersiri “Masih Adakah Ramadhan?” (camtu la lebih kurang tajuk dia. Ak lupa) Tahu tak kenapa buat ak tertarik hati dengan drama ni? Sebabbbb… diorang skeping dialek kampong ambe. Dialek ganu kiter. Meruntun2 hati ni nak balik kampong. Selain dari tu perisian cerita pon bagus. (ayat cover.hehehe)

Semalam, ak buka pose ngan Afiqah je. So memang malas nak masak. Ak beli lauk tunjuk2 je kat kedai. Semalam ak beli Tomyam rm3, Ikan Selar percik (kalau tak silap, sb ak memang tak berapa kenal spesis ikan) rm4 and puyuh goreng rm6. (mahal rupanya puyuh yang cenonet tu) total semua RM13. Ak rasa macam sangat2 tak berbaloi. Gila mahal. Tapi dah suh bungkus, takkan tetiba kata xnak pulak. Salah ak gak tak tanya dulu. Yang lagi tak berbaloi, tomyam tu x best, masin. Ikan plak dah tak berapa elok. Dah lembik2 kat tgh. Ak cubit rasa je.  Yang ok sikit puyuh je la kot. Tapi t upon tak habis. Sb ngah makan, afiqah mengacau. Padahal dah bagi makanan utk dia. Afiqah memang suka kacau mama. Bila mama marah, dia gelak2 je. Smlm kena pukul tangan sebab main lauk. Mak aih menangis sampai berjejeran air mata. Yang lagi hebat, siap panggil papa lagi. Pandai betul berlakon ye nak.
lauk berbuka yang tak menarik langsung..
membazir je sb sikit sgt yang luaknya.


Semalam, dah berjaya menggentel and baking biskut almond London. Tapi lom siap la sebab lom celup coklat lagi. Malam ni sambung wat la. (dah siap nnt post gambar kat blog.) Yang seronok wat biskut ni, sebab buat ngan en suami ku. Suami I ni kalau suh tolong kemas umah, memang payah la. Tapi cuba suh dia masak. Cakap je penat la bang arini, ayang rasa macam malas la nak masak. Terus bangun, pergi dapur kuarkan barang untuk masak. Tung tang tung tang, sedar2 siap dah lauk untuk makan. Memang dia sangat minat masak2 ni. Tapi failed bila tanak nasi. Tu mmg tugas ak. Kalau ak masak pon, dia mesti akan sibuk gak kat dapur. Mesti tanya, ayang dah masukkan itu, dah masukkan ini. Kalau ak kata belum, sibuk la dia nak masukkan. Kadang leh jadi gaduh tau sb ak ni jenis tak suka gangguan bila wat keje. Dia lak suka menyibuk time ak masak. Last2 ak majuk, suh dia je masak. Hahaha.

Sekarangkan, kalau masuk kete on radio mesti dengar lagu raya je kan. Harini duk ngadap keje, kepala duk terngiang2 je lagu raya. Pastu rasa nak tersengih sengih je. Excited plak nak sambut raya. Pagi tadi my sis called cakap duit raya dah ada. So leh la ak benti amik kat kuantan. Tahun ni (sama macam tahun2 sudah) akak ak ni mmg tak dapat beraya ngan kitorang sebab kena kerja. Second day raya baru dia balik. Memang tiap2 tahun, raya pertama memang tak pernah cukup ahli keluarga ak. Hopefully second day raya dapat la amik gambar raya family. Dah lama xde gambar family yang semua ada. And tahun ni ak nak amik gambar banyak2. Tahun lepas, gambar ak, suami and afiqah ada sekeping je. Tu pon ihsan adik ipar. Sadis gila. Nama je ada camera gabak2, guna nyer tak, buat apa. Hahaha.

Sekarang ni mood nak blog mengila gila lak. sb semua kisah pasal nak raya ak nak share. walaupun sebelum ni ak beria kata mood raya terbang melayang semua kan sebab bajet lari, tapi ak ni kejap je. time ak kena kuar duit ilang la mood. skg dah lupa pon duit2 yang kena kuarkan tu semua. insyaallah, nanti adalah rezeki lain yang tuhan nak bagi. ye dak? lagipon tahun ni last kami beraya bertiga. Insyaallah tahun depan raya berempat pulak. lepas habis mood raya, kita cari mood beli barang for our incoming baby tetttt this January. Insyaallah. 

Ok la semua. bye. Nanti sehari sebelum balik kampung baru aku ucapkan selamat hari raya ok. tadaa. jp lagi di lain entry.

Monday, August 13, 2012

Aktiviti Last Weekend


Assalamualaikum.

Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah hari ke 24 kita berpuasa di bulan ramadhan. Maknanya 6hari lagi kita akan menyambut hari raya. Mesti semua excited nak balik kampong and sambut hari raya bersama keluarga tercintakan.

Nak cerita aktiviti weekend ak.  Like I’ve told before la, kereta ku ada masalah. Then sabtu tu suami dah bawak pergi kedai aircond. Hantar around 11.30am like that, and semua kerja siap jam 7.40p.m. Tokey kedai tu called ak betul2 lepas ak sudah berbuka puasa.  Total damage is RM7++. Tukar aircond compressor, gas, scheming break disc, tukar break pad and labor charge. Then tokey tu cakap yang ak punya hub bearing tayar depan belah pemandu dah rosak. Now ak tau nape kete ak bunyi kuat gila bila gerak. Ku ingatkan tayar, rupanya ada hal lain.

Atoi, kepala udah pening. Duit dah melayang RM7++. Ni nak duit  lagi tukar bearing. Tapi sebab nak jalan jauh memang kena tukar jugak. Kalau tak bahaya if tb2 bearing tu pecah, tayar leh stuck terus.  Tp ak tak tukar kat kedai tu la. Sb mahal. Suami ajak pergi kedai tayar esoknya. Maybe lagi murah. So semalam dah tukar and beli power window switch for avanza my uncle. Total damage rm3++. Hukhukhuk. Terbatuk makcik. Dalam 2 hari je, lebih 1k kuar untuk barang kereta sahaja. Tapi barang uncle ku dapat balik la duit. Tapi yang lain mampu redho je la. Lagipon kereta dah sejuk and xde bunyi kasar macam naik lori dah. So hepi la boleh balik kg dengan aman damai dan tenteram. Next kalau ada rezeki lebih nak tukar tayar plak. Dah agak botak ye. Keta tu kan ala2 bas, tak sampai 4 tahun, mileage dah 150ribu km.

Suka gak ak bila kereta ada problem, ak akan search internet cari bahan. So skg ak dah dapat ilmu pasal aircond and tayar. Sekarang dah tau la part2 yang ada dalam aircond and also tayar. Kalau tak, ak memang tau bawak je la kot.

Now, kita story citer lain. Bosan la asyik citer pasal kereta kan. Last Saturday night, committee taman perumahan ak wat majlis BBQ. Seronok jugak la. Ak ni tarap orang suka memerap dalam umah. Kuar umah bila nak gi keje, sidai baju and nak kuar jalan. Selebihnya memang ak akan lepak dalam umah je la. Bukan tak suka nak join akak2 kat area umah tu sembang petang2, tapi ak kureng sikit. Sebab boleh rasa topic diorang takkan kena ngan jiwa ak. Yela diorang kebanyakan suri rumah tangga n mengasuh anak kat umah. So bila ada mjls2 yang diorang anjurkan, ak akan take opportunity untuk join gak la. Kalau tak langsung jadi bahan umpatan and dikata kera sumbang plak.  Majlis start after terawih and habis around 12 kot. Afiqah dah tertido awal2 atas bahu papa sebab takut dengar bunyi mercun. Diam je tapi tak nangis la. Ku igt habis kat situ je. Last suami kuar balik lepas antar afiqah balik umah. Before bersahur baru balik dari majlis menyembang para suami.  

Ahad tu, lewat la bangun masing2. Dah lepas subuh tidur balik so peram la lepas tu. afiqah pon lewat gak bangun. Bangun2 mandikan dia. Siap pakai baju mintak mee ngan mama. So mama masak la spaghetti sup campak2. Letak je apa yang ada. Habis semangkuk dia makan. Puas hati la kan. Lepas suami bangun, terus pergi cari workshop nak tukar bearing tayar.  Petang tu nak pergi Damansara. Nak gi berbuka kat luar. Suami dapat voucher buffet kat Tropicana Golf and Resort.  Puas hati la berbuka free. Huhuhu. Semua makanan pon rasa sedap je. Hahha.

Tu je la story weekend saya. Panjang lak entry ni ak rasa. Sowi la sekeping gambar pon xde. Sebab malas nak kuarkan camera bila dah mengadap makanan.  Memang bukan blogger sejati. Ok la. Taadaa.

Saturday, August 11, 2012

Mood Raya dan Melayang: Aircond punya pasal


Assalamualaikum.

Harini hari ke 22 kita berpuasa. Maknanya lbh kurang seminggu lagi nak berhari raya. Sebelum ni, I’m really excited nak balik kampong to celebrate hari raya with my family, but today semua mood raya dah terbang melayang.

Entry before (cerita sini), ak ada cerita yang aircond kereta ku rosak. Tapi lom tau apa rosaknya, sebab today baru suh suami pergi baiki. Last Thursday, ak dah pergi tanya kat kedai aircond kat area kota kemuning ni. Mechanic tu cakap, magnet clutch kat compressor dah hancur. Dia boleh baiki, tapi takde warranty cakap okey, sb if tukar then x ok jugak means compressor ada masalah la tu.

So this morning, suami (comel je panggil suami) bawak kereta pergi workshop area office dia to get second opinion. After dah check semua, kedai tu cakap compressor rosak and cost nak tukar compressor + service is RM9++. Terbeliak biji mata makcik mendengar.  So suami cakap, dia nak pergi kedai yang ak tanya first tu.

Around 11.30am tdi suami pergi sana. Sb taknak membazir duit rm120 tukar magnet clutch then nothing happened, better check betul2 dulu. And now I knew that, the compressor mmg rosak. And cost to change the compressor and segala benda tu around RM6++. But if ada lain2 masalah, the cost will be increase.  Orang tu cakap, biasa kalau compressor rosak, it might be affected other part jugak. But I still pray just compressor ada masalah, and after dah baiki semua back to normal. If tak,kena tukar sebijik aircond la. Yang tu ak tak pasti berapa it will cost me.
   
Ak ni, kalau tak memikirkan nak jalan jauh and ada anak kecik, memang tunggu awal tahun (arap2 ada bonus) baru baiki kot. Ye la, bulan 11 ni, nak renew insurance and road tax. 3 hari ni pergi amik afiqah kat taska ngan kete tak beraircond. Dia masuk kete terus cakap kat mama, kete panash. Dia sentuh kerusi, dia cakap “kushi panash”, dia sentuh tingkap, “ni panash”, then tunjuk atas, then cakap “atash pon panash, semua panash”.  Atoi, sedih mama dengar. Tu yang pejam mata baiki jugak.  Xpe la, duit boleh cari, keselesaan n kebahagian anak paling penting.

Sampai sini je la cerita ak. Doakan aircond ak ok ye lepas ni. Taadaa. 

Thursday, August 9, 2012

macam macam nak criter

Amboi2..mood berblog tb2 mencurah2 datang. Tp rasa mls menaip tu still ada. Bila blk rumah,mls nak on lattop. Just online kat phone je. Ok la boleh guna blogger-droid ni. Tp penat la taip sb key pad x besar mcm keyboard.

Td after maghrib,duk lepak main2 ngan Afiqah je. Papa berbuka kt luar.biasa la keje ngan developer company,ramai la nak banja makan.untung badan. Ngah main2, ak dah lena. Sian afiqah main colour pensel smbl conteng buku sesorang. Kdg dia kacau gak tp mata ni berat gila.

Semalam bgn sahur kul 4.30 then tak tido straight sampai maghrib tadi. Penat sgt sampai tertido tu. Actually dah dua hari dah tak tido after subuh. Sblm ni lps subuh kompom membuta lu before ready nak gi keje. Sb taknak tido lps subuh is ak duk lipat baju yg menggunung dlm bilik. Lps angkat campak je lam bilik. Then bila asyik bertopup baju tak berlipat,paham2 je la.

Ak mmg susah nak lipat baju kalau anakanda sorg tu tak tido. Tp klu nak tidokan dia biasanya skali ngan aku pon tido. Sb tu nekad gak nak settlekan baju2 tu before balik kg. At least baju yg baru basuh leh terus lipat je. Tak la byk sgt. Nnt nak balik kg senang nak pack. Sb baju dah siap lipat semua.
Sb tadi terjaga papa balik dari berbuka and kena bangun bukakan pintu, mata ni pon x ngantuk la plop. So settle kan lipat baju yg balance. Sok nak clear semua bilik2.  sb next week baru nak start wat kuih raya. Bila semua bilik dah clear, b4 balik kg leh mop umah keseluruhan. Kalau tak buat awal2 jwbnya kelam kabut semua la.

Ni nak balik kg ak dah siapkan semua checklist. Apa nak buat before balik kg, barang2 nak bawak balik, baju bapa helai. Barang2 untuk raya. Semua la ak wat checklist.  senang nnt ak ada rujukan. Kemungkinan barang tertggl adalah kurang.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Persiapan Raya & Aircond kerete rosak plak: Minta duit, Minta duit


Assalamualaikum.

Salam ramadhan ke-19. 

Macamana persiapan raya? Alhamdullillah, ak dah settlekan semua kelengkapan raya untuk Afiqah Humaira. Baju, seluar, kasut semua dah ada. This weekend nak kena mendobi la.

Planning asal nak ke KL Ahad ni. Nak shopping baju raya Afiqah & papa and cari tudung untuk mamanya. Macam last year, pergi sogo, pagi2 lagi dah kuar rumah sb takut jammed and susah nak dapat parking. Sampai kul 10.30, hambik nak, dah penuh orang. Tahun ni pon berhajat yang sama. Tapi bila tanya kawan2 yang pergi KL last weekend, terus terbantut niat tu. katanya umat manusia berpusu pusu shopping kat Sogo, Jalan Tar dan sekitarnya. Shopping memang boleh, tapi bila turn nak membayar yang seksa. Takkan sampai2 sorang nak beratur sorng gi shopping? Then gilir2. So bila nak bayar dah tak payah kena queue lagi.

kalau gini pemandangan nya, terima kasih la. tak sanggup nak redah ngan bawak afiqah humaira.
Picture kredit to Idazaidi.blogspot.com

Pikir punya pikir and I did a checklist nak tgk apa lg barang afiqah yang tak cukup. Tgk just nak cari tshirt and seluar untuk belasahan dia di petang raya, slipper, and stocking je pon. Baju kurung memang dah siap, kasut and gaun lak dah beli kat Bandung ritu (outdated pon taadaa hal, janji ada) and 2 helai lagi my mom yang jahitkan. So decide pergi je kat Giant. Igt nak gi shopping kat Jusco Bukit Tinggi. Tapi malas punya psl, pergi je Giant Kemuning Utama. Cari tshirt ngan suar je pon.  Lepas raya baju tu boleh angkut pergi taska jugak. Hahaha.


Actually, last year dah menyesal sb beli baju yang memang untuk belawa je. Dengan ropol2 sana sini. Anakanda ku pulak memang jenis aktif sentiasa. Kalau kain yang macam tebal sikit, mula la dia rimas. So tahun ni, nak ready baju yang sesuai untuk orang yang aktif macam afiqah. Shirt with legging and jeans. Pagi biarla dia melaram ngan baju kurung and gaun or skirt dia. Petang pakai je shirt and suar.

Afiqah semalam. tunggu waktu berbuka.
kita menconteng dulu.


Biar la kata kodokut pon baju raya tak branded, janji anak ak tak rimas. Tahun lepas beli baju Trudy & Teddy pakai sekali je. Lagi membazir. Nak pakai tahun ni, dah singkat. Jawabnya simpan untuk next baby la. Kalau girl boleh la pakai. Kalau boy, ku sedekahkan je la kat jiran2 kat kampong  yang ada anak pompuan. So semalam, dapat la grab baju 5 helai, seluar 4 helai , selipa belasahan satu, stocking and kasut. (papa terbekenan kat kasut. Nampak cantik. Dah jadi dua kasut Afiqah. Satu merah satu kelabu.) then cari bahan2 nak wat kuih. After berbuka, balik rumah la plak.


Tapi sangat lega dah settle semua barang afiqah, sb hari ni ada bad news, air cond kereta ku buat hal. Xsejuk. Nampaknya melayang lagi la duit. Kalau tak serius xpe. Kalau buatnya air compressor ke cooling coil ke rosak x ke melayang 5 6 ratus. Tu pon kalau guna barang recond. Kalau nak yang ori, ready la duit barang 1k. sb nak jalan jauh, kena gi baiki jugak la. Tapi ak tak berani nak pergi sendiri, sb takut kena tipu. So papehal kena tunggu en papa la. Igt nak gi petang ni, tapi papa lak ada majlis buka puasa kat hotel. So sabtu ni jugak la jwbnya. Sb time tu papa free. So 3 hari ni, ku berpanas bagai sauna la dulu ye.

Time nak raya ni la nak wat hal.
 xpe,
ak sayang ko punya pasal, ak baiki jugak.

Barang  barang papa ngan mama kena hold dulu la. Tgk bajet lepas baiki aircond lu. Kalau nasib baik, leh la shopping tudung and kasut baru. Kalau tak kita pakai je la apa yang ada. Tapi aku dah janji nak belanja papa baju untuk dia selai. Sian papa, baju melayu lom siap lagi. Arap2 sempat la siap sblm raya. Baju lain pon x beli lg. ni jadi camni lak. Duit dia hbs beli barang untuk anak ngan bini je. So, insyaallah akan belikan jugak long sleeve t’shirt untuk papa as per promised.


Sebenarnya banyak sangat nak story mory, tapi sb rasa macam dah panjang sangat entry kali ni. Jadi kita stop dulu and bersmbung di lain hari. Baikla. Taadaa. Assalamualaikum.

Sunday, August 5, 2012

Lee Chong Wei: Tetap Terbaik

Congratulation to DLCW for Olimpic 2012 Silver medal.

The best game i ever seen. tapi mmg bukan rezeki dia nak menang.
sebagai rakyat Malaysia, a bit disappointing la, tapi ak tetap bangga coz he do his best tonight.
Semangat juang dia sangat kuat.
x mudah mengalah and terus berjuang hingga mata terakhir.
Hakikat yang kita tak boleh sangkal, Lee Chong Wei and Lin Dan memang sama2 hebat.
Selamat berjaya untuk DLCW untuk setiap apa yg bakal dilakukan nnt.
Hopefully Malaysia berjaya mencari pelapis yang boleh menandingi kehebatan DLCW.

taadaa....

Friday, August 3, 2012

Hari ke 14 Ramadhan: Cepat Masa Berlalu

Doa Ramadhan ke-14:

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."


assalamualaikum.


Alhamdullillah, hari ni dah hari ke-14 kita berpuasa. kiranya ada lebih kurang 14 hari lagi nak berakhirnya ramadhan. n syukur sangat sebab dapat teruskan berpuasa dengan jayanya walaupun ..... nampaknya kalau xde apa2 masalah, boleh la berpuasa penuh sebulan. best2. ye la, heaven dapat puasa sebulan sebab kalau ada lopong kena ganti puasa. puasa bulan selain ramadhan ni sebenarnya lebih besar cabaran dari puasa di bulan ramadhan ni. sebab tu ramai yang nak dekat kembali ramadhan baru semua duk cepat2 nak habiskan ganti puasa. hehehe. bukan nak kata orang, sebab ak pon kadang2 lepas ramadhan, wah semangat ganti pose. konon nak kasi habis semua la. tapi nan hado. masuk rejab n syaaban baru la terhegeh2. ada je cabarannya.


pagi ni, masuk opis, terserempak ngan budak2 keje production ni ngah berasap kat depan pantry. kalau diorang kata penat keje berat,duk tengah panas, sampai memudaratkan kesihatan, diorang tak puasa, maybe ak leh accept la. tapi ni baru kul 8 adik2 oi. agak2 la. dah tu korang isap rokok plak tu. ntah la, tak tahu nak kata apa.  ak just perli je la. nampak gak cam malu2. nak tegur lebih2 nanti diorang dendam ngan ak kang tak pepasal plak. budak sekarang bukan leh tegur lebih2. katanya, mak ayah depa pon x sibuk2 , ak busy body terlebih tu kenapa. 


since ramadhan ni, baru 3 kali makan luar. first sebab hubby buka pose ngan colleague dia. so ak malas nak masak. beli je makanan kat bazar. esok, asyik kuar masuk toilet. tak tau la sebab makanan tu ke or sb ak pegi makan kerabu mangga time buka pose tu. 2nd time,konon nak gi cari steamboat, tapi bila sampai tempat tu dah bertukar, jadi buffet ramadhan. so dah sampai, malas la nak pusing balik. kita makan je la. tapi rasa x berbaloi la sebab u paid rm34 per pax, but you just ate nasi putih with 3 types of lauk and then mee kari. kuih muih pon just amik 2 keping. tapi luckily, ada kambing golek. tapi banyak mana sangat leh makan kalau dah ramai2 duk berebut nak amik. ak plak jenis malas nak beratur semata2 nak dapatkan kambing tu. dapat rasa pon dah cukup. lgpon x larat ak nak makan banyak2. isi sikit pon dah rasa kenyang. so ak ngan hubby, memang xleh makan buffet, sb dah biasa isi tangki ngan nasi putih n 1 or 2 jenis lauk je kat umah, tetiba ko nak mengadap makanan yang berjenis jenis tu, perut ak tak dapat nak compromise. so membazir bayar mahal2.


tapi sebab steamboat yang diimpi tak dapat2 lagi, so 3rd time tu pergi kat flaming steamboat kat seksyen 33 shah alam. so far, makanan ok la. but the places for me to crowded. Ngan meja agak rapat, then full house. but my colleague cakap, if bukan bulan puasa, tak crowded n meja pon jauh2. for me, maybe diorang terpaksa rapatkan meja coz nak tampung permintaan pelanggan yang ramai nak berbuka kat sana kan. fine la, ak terima. lagipon pilihan barang mentah dia pon not bad. still fresh. so rasa berbaloi la. we pay rm28.90 per pax. betul2 makan la. sb tak nak ada lebihan. nanti diorang will charge you rm10 for 100g. no no no, makan sampai licin ok. 


tapi tetap makan kat umah gak best. sb mmg masak ikut selera tekak sendiri. so far ak masak, tak pernah lagi la termasin ke terkurang garam. kira no need to alter la sb dah sedap. (tak tahan puji sendiri pandai masakkan. hahaha) yang paling penting, memang takkan membazir punya. sebab mmg masak ngam2 untuk makan 2 orang dewasa + sorang budak tecik yang juga kuat makan. (walaupun makan banyak main, sb nak makan sendiri. tapi ada gak la yang masuk perut. dari dia taknak makan lagi risau.) n kalau ada lebih pon, kompom habis time sahur. 


tapi bila masuk hari ke- 14 ni, buntu dah tak tau nak masak apa untuk buka pose. rasa macam semua lauk dah masak. (padahal ko nye pengetahuan pasal masak limited.huhuhu). keinginan nak makan luar pon tinggi la. hahaha. tapi bila pk cost, mesti tak jadi. hahaha. 


banyak plak ak melalut hari ni. skg malas lagi nak pk nak masak apa petang ni, sb it's to early to think. karang petang2 nak dekat balik baru kita godek2 resepi yang ada dalam blog kawan2. cari idea. 


hokeh la. sampai berjumpa lagi. assalamualaikum.

Wednesday, August 1, 2012

Jaga la kata kata anda...


Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.