Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, January 30, 2012

Cuti Panjang Yang Sangat Padat...

Assalamualaikum...

Harini, hari pertama masuk kerja lepas 9 hari cuti sempena CNY...
lemau rasa mood ni nak masuk keje...
ye la...syok duk umah...jalan sana sini...
tak yah mengadap muka boss...tak yah dengar boss panggil...
"Nurul...please do this...Nurul...can you...Nurul...bla bla bla..."
hehhehe...adat bekerja ngan orang...kena la ikut arahan...
klu xnak kena arah...sila jadi boss...
even jadi SRSM pon kena ikut arahan...arahan sape lagi klu bukan encik suami...
(SRSM ni stand for Suri Rumah Sepenuh Masa...)


Berbalik kepada cerita cuti panjang last week...
Kami gerak balik Terengganu from Shah Alam jam 3pg at 21st...
konon nak elakkan dari jammed...lgpon Afiqah dah ada kat kg...
so boleh la nak gerak jam berapa skali pon...
klu Afiqah ada sama memang kami akan gerak balik siang...
sebelum tu..petang jumaat, balik dari keje terus ke UPM amik my adik (Aloha Liyana) dulu...
luckily, kitorang tak terperangkap ngan jammed langsung...
jalan sangat smooth...cuma kat Jerangau Jabor jalan kurang cantik...
dah la ak yang drive lepas kuar tol sampai umah...
en Suami n Cik Aloha kita syok tidur la...

Sampai umah my parents jam lebih kurang 8pg...
Afiqah dah tunggu mama n papa dia smpai...
Ahad...Terengganu still kerja..so kami decided nak pergi wat pasport...
Ingatkan tak ramai la orang...Ya ampun...sangat ramai...
Kami pergi sana jam 11.30a.m...pukul 4p.m baru selesai urusan...
siap boleh pergi jalan2...makan2...lepak2 tepi pantai...
dah la bawak Afiqah sama...nasibla anakanda ku x wat perangai...
cuma rimas orang ramai jer...and kat imigresen tuy jp my x-skulmate, cik moon n her mom...
tp yg sedih...kami just dpt amik pasport kami next working day...
Pasport Afiqah Humaira...
Isnin lak, me, en suami, Afiqah, my Mom and Cik Aloha ke Kelantan...
tujuan nyer hanyalah untk hantar Cik Aloha balik umah...
sambil melawat Kak Lah and Abg Mat Sekeluarga (Parents Cik Aloha)...
Hari yg sama terus balik Terengganu...
Hari seterusnya wat aktiviti biasa la...ke umah my FIL and sedara mara la...
rabu kami dah kena balik Shah alam...en suami kena keje...
Pagi2 lagi dah gerak ke KT amik pasport then terus gerak balik Shah Alam...

Khamis, Jumaat...En suami kena keje...Urusan umah sewa pon lom settle...
jadi mama antar Afiqah ke nursery...and mama ke BSP kemas and basuh rumah...
Sabtu barulah semua urusan sapu, kemas, buang dan basuh umah siap...
Ahad janji ngan landlord nak serah kunci rumah...
and semalam semua urusan umah sewa selesai secara rasmi...
Gud Bye BSP...kami dah jadi warga Jalan Kebun, Shah Alam...hehehe

Keadaan rumah after dah siap basuh...
Lega tuan umah puas hati...senang2 jer dia bagi balik deposit...
lepas dah selesai urusan rumah sewa...kami pergi ke Karnival Karangkraf kat Seksyen 15, Shah Alam...
Mak Aih...ramai nye orang...sampai ada yang sanggup park keta jauh...
ak memang xla...hahhaa...dasar pemalas...
nasib baik dpt park keta dekat jugak la ngan bangunan Karangkraf...tp tetap kena menapak la...
dengan keadaan sesak, papa bawak Afiqah pusing2...
and mama bersesak ngan orang cari novel...
berjaya gak la memborong novel 4 biji + buku cerita utk Afiqah...
Murah la nak banding beli kat kedai bukukan...sebijik kurang rm6 berbaloi la kan...
lupa nak snap gambar hasil tangkapan semalam...
yg berjaya di grab...Ombak Rindu (yg lama dah hilang so beli baru)
Gemersik Kalbu (Kes mls nak layan drama kat TV)
Bila Sena Kembali Berbunga 2 (sambungan BSKB...x pernah baca lg) 
and 1 novel baru Ramlee Awang Murshid (penulis fav. ak ni...semua novel dia ak ada) Penjara Mandatori 302 (klu x silap la...lupa tajuk) 
and Mia Merah Jambu (untuk Afiqah)...
lepas balik dari karnival terus ke Sri Gombak tengok basikal...
igtkan pergi tengok jer...tapi hakikatnya terus en suami beli...
nekad sungguh lakiku...katanya nekad xpe janji jangan naked...boleh???

ayork...panjang nyer entry kali ni...mesti bosan bacakan...
baikla...itu jer la cerita cuti saya...
lain kali kita cerita lagi...bye semua...



Thursday, January 26, 2012

Imperforate Hymen


Assalamualaikum to all my readers...
semoga hari2 anda sentiasa ceria dan dilimpahi kebahagian...
harini nak share satu issue yang berkaitan dengan wanita...
saya x pasti mummy diluar sana pernah dengar atau tidak istilah "Imperforate Hymen"...
apa itu "Imperforate Hymen"??
Imperforate Hymen ialah selaput dara melitupi bahagian vagina dengan lengkap dan menghalang pengeluaran darah haid.

gambar kredit google
last 2 months, my mom menyatakan kerisauan tentang Afiqah...
katanya dia x nampak ada bukaan pada vagina Afiqah...
and my mom cerita tentang anak my cousin mengalami masalah begini...
so i've decided to bring Afiqah for check up...
sape yang tak risau kan...ni melibatkan masa depan anak kita...
so i asked doc about this problem...

Dia kata kes macam ni memang berlaku tapi jarang la...
biasa after baby lahir, doc akan check samada vagina baby tertutup atau tidak...
tapi maybe masa check tuy x nampak or terlepas pandang...
setengah girl memang tak sedar vagina dia tertutup...
sampai la dia besar and bila nak period darah xleh keluar...
menyebabkan abdomen rasa sakit sebab darah terkumpul...
time tuy la baru tahu yang dia ada masalah Imperforate Hymen...
tapi if dari baby dah tahu ada masalah ni...
ianya boleh diselesaikan dengan menyapu cream pada bahagian vagina...
ini akan memberi bukaan pada kawasan tersebut...
sekiranya masih tidak dapat diselesaikan, minor surgery akan dilakukan...

so mummy2 out there, yang ada baby girl kena make sure la bout ur babies...
coz ini melibatkan masa depan ur baby...
nak lebih conformation, bawak la ur baby jumpa paed or pakar...
saya becerita ni pon sebagai berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang saya ada...
bersyukurlah kita dikurniakan kesihatan yang baik...alhamdullillah...













Friday, January 20, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia...

Innalillah..

Tadi buka ...fb ada status fren yg cakap penyanyi Izwan Pilus telah kembali ke rahmatullah...
saya pon tak ingat apa lagu yg dia nyanyi tapi dia ni abg kepada penyanyi Aril AF tu....
then terus bukak forum cari utk dptkan conformation...
Dikatakan beliau terkena jangkitan dalam darah...
beliau menghembuskan nafas terakhir jam 6.15p.m tadi...
alhamdullillah beliau meninggal pd hari jumaat...
saya pernah mendengar satu ceramah di astro awani...
ustaz tu kata klu meninggal hari jumaat ni salah satu tanda syahid dunia...wallahuallam

Semoga Allahyarham Izwan pilus ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...
marilah kita sedekahkan Al- Fatihah kepada arwah...

Izwan Pilus

Friday Blues: Doa Untuk Ibu



Mau nangis dengar lagu ni...
this song, i dedicate to all mommies out there...
and also to my mom...

mode: x sabar mau balik kg tonight...windu Afiqah n my parents...

Sarapan ke kak??

Pagi ni ak pergi petronas nak masukkan duit dlm DCM...
dah smpai kedai mesra tu sekali harung la beli sandwich ngan Nestle Bliss Yogurt Drink...
kiranya ni utk sarapan pagini la...

time bayar kat kaunter...

Adik kaunter: RM4 kak...

Ak: Jap erk...(sambil amik duit dari bag)

Adik kaunter: Sarapan ke kak??

Ak: hmmm...a'ah (muka blur habis...terkujat dgr unexpected question dari adik tu)

dik...nape tanya akak camtu...malu akak dik...
macam adik x percaya jer akak makan ni jer utk sarapan...
mesti adik pk...cukup ke akak ni...nnt mesti kebulur cari nasi...

tgk la...pagi2 dah berminda negative ak ni...
ntah org tuy just nak beramah mesra...
tapi ak ni jer yg rasa org pk bukan2...
hati2...

Thursday, January 19, 2012

Afiqah Sakit Mata...


Salam semua…
Wah…kawan2 makin bertambah…so kena cari idea baru for my blog utk elakkan kawan2 bosan baca my entry… but firstly, salam perkenalan utk my new frens…
Ketika entry ni ditulis, my one n only pwincess of heart ada kat kg with my parents…
My mom bawa Afiqah balik kg ngan dia sebab AFIQAH SAKIT MATA…

Oh…mama sangat rindu kat AFiqah…
mama n Afiqah
time ni mata dah bengkak sikit

Sangat sunyi rumah xder budak ucyuk mama tuy…and sebab tuy jugak, mama siap balik lambat dari office…biasa on time dah cabut balik (tunggu kat office lama2 pon wat per…bukan ada OT pon…sgt kurang berdaddy kasi…)…amik ucyuk mama kat nursery, balik umah tunggu papa balik…
Ni first time Afiqah kena sakit mata…maybe skg musim kot…
Coz kat nursery, ramai yg sakit mata…and their parents still antar anak yg sakit mata ke nursery…
Sebagai ibu yang bekerja, I surely understand kenapa ada parents yg still antar anak yg sakit ke nursery…
Bukan senang nak amik leave…maybe 1 or 2 days ok la nak EL…but sakit mata bukan boleh baik dlm masa sehari  (maybe boleh, I’m not really sure bout that  coz my BFF cakap dia titik susu ibu dlm mata anak dia n esoknya teruk baik..i x BF afiqah so xder susu nak kaci…hehhhe...)  tapi like Afiqah,mata dia bukan jer merah tapi bengkak…mata dia start merah since Saturday last week and last Monday mata dia start bengkak until now tapi dah makin ok la… Jadinya, xkan parents nak EL sampai seminggu…prestasi keje akan affected tapi mereka tiada initiative lain and terpaksa jugak antar anak ke nursery…

 Tapi sebagai ibu tetap ada rasa kecewa dengan situasi ni…coz fikir kesian anak orang lain yg berjangkit disebabkan kita…saya pon mulanya risau, berapa lama nak on leave, sape nak kena amik cuti coz next week factory dah shut down for CNY, lagi nak cuti ke before tu…xkan nak antar gak AFiqah ke nursery, nnt berjangkit ngan baby…dah la AFiqah duk ngan baby2 kat atas…Afiqah yg dah besar sikit pon merengek2 sakit apalagi ngan baby2…hati ni x keruan sangat… but I’m lucky coz my big bro had meeting at Putrajaya on Monday and my mom sanggup dtg from Terengganu to take care of my baby while I’m working…klu my big bro xder meeting, my dad siap suh my mom dtg sini naik bas…betapa amik berat nya my parents ngan anak n cucu dia…(Bersyukurla kerana diri ini masih ada ibu bapa yang sanggup bersusah payah walaupun anak2 dia dah kawen…) and AFiqah x perlu pg nursery and mama xla risau anak orang lain lak berjangkit…

Afiqah n pokte nya...
mata Afiqah smpai cepet sebelah...sedey tgk...
ni gambar semalam, amik from fb my kak ipar

Tadi saya search tentang sakit mata ni…apa penyebabnya n macaman leh berjangkit…

Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.

Punca peryakit

1. bakteria( jenis haemophilus)

2. jangkitan virus (beserta selsema )

3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:

· tangan yang tercemar, tuala
,  alat kosmetik, bulu mata palsu, kanta sentuh

tanda-tanda:

· gatal, mata merah, perit terkena cahaya, mata bertahi, bengkak mata, sakit, rasa “pasir” dalam mata, kabur penglihatan

tempoh: ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.Pencegahan:

Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:

· mengelakan tangan menyentuh mata

· kerap menyuci tangan

· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan

· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata

· penggunaan kanta sentuh secara bersih

· memakai alat pelindung mata apabila perlu

· tidak berenang didalam kolam yang kotor

AMARAN:

Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda

· penglihatan berubah

· sakit mata yang bersangatan

· sakit ketika menggerakkan bola mata

· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat

· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti

· mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.

Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.Petua:

· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.

· Elakkan daripada menggosok mata.

· Kerap mencuci tangan.

· Jauhkan tangan daripada mata.

· Gunakan kacamata hitam.

· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.

· Elakkan menggunakan kanta sentuh.

· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

Disediakan oleh:

Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.

Dipetik dari: Sini 

Kesimpulannya disini, untuk mengelakkan jangkitan sakit mata, kita perlulah mementingkan kebersihan  dan mengelakkan dari berkongsi barangan peribadi dengan orang lain… kenapa kat nursery senang kena penyakit mata ialah…kanak2 yang sakit mata ni mesti akan menggosok mata ngan tangan then terus sentuh barang mainan…dan barang mainan ni akan dikongsi dengan kawan2 yang lain…benda camni bukan senang teacher diorang nak pantau…kanak2 kat nursery bukan sorg dua...nak quarantine kan plak teacher cukup2 jer jaga kanak2 kat situ… Jadi, sebagai ibu bapa,selagi boleh elakkan menghantar anak ke nursery ketika dia sakit, tapi klu dah xder choices lain, apa leh buatkan…so kena la ibu bapa lain pon faham situasi mereka2 ini…ini la cara hidup bermasyarakat…

Wednesday, January 11, 2012

Tambahan Azam Tahun Baru muncul Pagi ini....


Sekarang aku ngah unpack barang2 dari kotak2 yang sangat la banyak…
Ak x tau la barang2 tuy datang dari mana…Boleh???
Selama duk umah lama rasanya ak tak penah nengok pon kebanyakan barang2 ni…
Tetiba bila dah pindah ni, macam macam barang mak nenek ak leh jumpa…
Kat mana la benda2 ni menyorok sebelum ni ya??..ak pon x pasti…
Ok…tadi mukaddimah…crita sebenar baru bermula…
Bila ak kemas2 baju ak dari kotak, baru ak sedar yg sebenarnya banyak baju ak yer…
Tapi yang menyakitkan hati adalah, baju2 itu sudah tidak sesuai untuk dipakai…
bukan xleh pakai, tapi semua pon cam nampak x cantik di badan ak…
cam kepelikan jer…hahha…
jadinya…muncullah azam di tahun 2012 ini iaitu mau menyelimkan lagi badan yang dah sedia slim ni..
(tengok…x sedar diri lagi tuy…hahhaah)
Dulu ak ni sangat la pentingkan kecantikan (muntah) dan penampilan diri (muntah kali kedua)…
(Walau hakikatnya ak pergi keje pakai jeans ngan t shirt bodoh plus slipa yg cantik sikit dari slipa jepun yang warna warni tuy)
Gambar Ihsan Mr Google..bukan ak punya

Pantang berat naik sekilo, terus ak diet sampai berat turun lg 3kilo…betapa tau…
Pantang jerawat tumbuh sebijik kat muka, terus ak cuci muka macam xder esok okey…
(nak bgtau nyer betapa amik berat nya ak ngan diri sendiri)…
Tapi pas Afiqah dah stayed ngan kami, terus ak cam ignored kan diri sendiri…
Jadinya…dengan rasminya ak mengisytiharkan, azam tahun 2012 adalah untuk grooming diri sendiri…
And menurunkan berat badan yang dah terlebih ni…
Misi akan bermula esok…
Pesanan kepada encik suami: Marilah kita sama2 slim kan diri kita kembali…

Wednesday, January 4, 2012

Sense of Urgency orang Malaysia sangat Lemah

Semalam balik dari keje minyak kete dah kelip2...
ak decide isi minyak kete kat Esso KESAS highway...
coz kat Kota Kemuning ni xder Esso....
Minyak dah kelip since amik Afiqah kat nursery...
so ak mmg tau klu isi minyak kat KESAS mmg sempat sangat la..

sampai sana semua pam ada kete...
disebabkan tangki kete ak sebelah kiri so ak pon queue blakang satu kete...
ak bajet tuan kete tuy pg kat cashier sb kete nampak kosong...
tunggu punya tunggu x dtg2 jugak tuan kete tuy...
so ak tgk pam sebelah dah kosong...
orait la....ak reverse nak masuk...
skali tgk slot credit card x leh guna...
ak decide tunggu balik blakang kete tadi...
skali ak nampak tuan kete ngah syok berpotpet potpet guna hp...
hampeh sungguh...mcm gampang jer kan...
dia bajet kita pg sn nak bersiar2 relax2 ke...
last ak mls nak tunggu lama2 wat sakit hati...
kebetulan kete pam sebelah dah nak gerak...
pindah pergi pam sebelah jer la...

ini antara sifat rakyat malaysia yang kurang peka ngan keadaan sekeliling...
selfish dan tiada sense of urgency...
mmg la, klu rushing2 n kelam kabut x bagus utk kesihatan diri...
leh kena darah tinggi, tekanan perasaan or sakit jantung...
tapi kalau dah terlalu relax sampai menyusahkan orang lain tu hampeh namanya...
bukan semua orang free and banyak masa macam ko...
jadi peka la sikit ngan keadaan sekeliling kita...
buka mata tengok kanan kiri sikit...

lagi satu ak bengang sungguh ngan orang yang bawak kete slow...
tapi duk lane tengah kat highway...
yang lagi bangang...dah la ko takeover depan kete ak...
pastu ko leh bawak kete macam orang bersiar siar...
kete depan ko tinggal ko dah jauh berdepa...
tercabut ke kaki nak tekan minyak lebih sikit...
kalau takut sangat kete ko terbang pergi la lane kiri...
or jangan gatal takeover keta orang...sampai ak kena tekan break sebab ko...
kalau keta belakang rapat ngan ak x pepasal rasa ciuman manis di bontot kereta ku..
xpepasal makan sumpah seranah...
manusia ni la culprit yang jadi penyebab kepada jammed or accident
ak x suruh ko bawak kete macam orang gila...
tapi macam ak cakap awal tadi...
peka la sikit ngan keadaan sekeliling...
atas jalan tuy bukan ko sorang cik kak/cik abang oiiiiiiiiiiii....
kalau takde orang lain ko nak parking tengah jalan pon ak x heran...

serius...ak jumpa ramai manusia yang hidup tak pk orang lain...
bukan kata ko perlu busy body jaga tepi kain orang lain..
tapi just lebih peka ngan keadaan sekeliling...
jangan sampai orang marah2 ko ...pastu ko kata orang lain kurang ajar...

sekian luahan perasaan dan pesanan masyarakat dari ak....