Salam maal hijrah kawan-kawan. Semoga tahun ini dan
akan datang adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. So apa aktiviti di tahun
baru semua? me, adalah kena kerja hari ini. Kesian. Kilang ni tak amik cuti
awal muharram. Ni kira bernasib baiklah boss dah bagi cuti hari raya aidiladha
and alternate Saturday. Masa awal-awal keje kat sini, bekerja la diri ini 6
hari seminggu. Hari raya aidiladha pon xde. Before this, no muslim workers
here. Only Chinese and Sabahan. Sabahan ni pulak semua Christian. After my 2nd
year here, boss pon announce that Hari raya Aidiladha is public holiday. Then
at 4th years here, dapat cuti 2 kali sabtu dalam sebulan. So kene
bersyukur la dari xde langsungkan.
Sempena awal muharram, of coz la taska afiqah pon
tutup. Nasib la papa tak keje. If tak, mama kena amik leave la. so today afiqah
duk umah ngan papa je. after breakfast kat mamak and antar mama ke office,
diorang balik rumah. Around an hour camtu, dapat called dari papa cakap botol
susu afiqah tak tahu letak mana. dah merata rumah dah cari tak jumpa. Tanya Afiqah
dia cakap dia letak dekat kereta. Cari dalam kereta xde. Papa cakap dah intai
bawah kereta semua. hmmm… actually, aku kalau suh En. Farehan ni cari barang,
memang jawabnya sampai ke sudah tak jumpa. Sebab tu kalau apa-apa barang yang
tak jumpa, memang aku je la yang boleh cari. Dia barang depan mata pon tak
nampak.
Then lepas tu dapat called lagi cakap memang tak
jumpa botol tu and dia called sebab nak tanya mana satu lagi botol Afiqah. Huhuhu…pon
kena call aku. Alhamdullillah jumpa. Tu pon aku siap bagitahu atas meja dalam
bilik sekian sekian. Kalau ko cakap just dalam bilik, jawabnya aku suh dia
datang amik aku kat office, then aku amikkan and hulur kat dia.
Lunch hour tadi dia datang pickup aku balik makan
kat rumah. Sampai je rumah, jeng jeng jeng. Botol tu dah terbaring depan pintu
pagar. Dah kena lenyek ngan tayar kereta. Macam mana la dia kata dia dah cari
bawah kereta semua. sabar je la. aku siap tanya, masa langgar botol tu tak rasa
ke macam pijak something. Dia kata xde. Geleng kepala aku. Afiqah pon satu nape
la dia ada idea nak letak botol tu bawah tayar kereta time papa dia tengah
sibuk refill air bateri kereta. Dah rosak satu botol susu. Nampaknya mama kena
beli botol baru la plak. Pandai Afiqah. Lega botol yang pecah tu botol plastic.
Kalau botol stainless steel, memang menagis la mama.
Setakat ini, itu saja story mory awal muharram. Kat office
ni tahap lemau je memasing. Ngan cuaca yang dingin. Memang membuatkan mata ni
nak tutup. Lagi-lagi sebab tahu ramai orang cuti. Lagila lemau tahap langit
ketujuh. See you guys.
6 comments:
Hahaha...sama la Ma, cik-cik abg kita...kdg2 cari blm pon lagi dh tanya lg skali kat mana...kdg2 duk dpn mata dia dh, tu pon blh xnmpk...atoi....sabo je la ye...
So, skrg klau ak nk suruh dia ambikkan sesuatu or dia tanya brg kat mana ak akn bg description penuh kt mana brg tu ada...then klau kjp ak dh dgr dia ty lg skali or "xde pon.." ak akan tggu jap bbrp second lagi sbb pastu most of the time akan diikuti ngan jwpn, "Oh, dh jumpa dh..."huhuuu....
Most of lelaki gini kot...semua nak senang...aku kalau pareh tanya apa-apa, better ak bangun amik je...sb last skali ak gop tensen dgr dia kata, cari doh, tapi x jumpa pon...
salam akma..u da jpe kt bidan nk urut pas pantang tu coz i pn th cr ni..jom.cr sama2..huhu
salam awk..da jpe bidan.lps.bsalin tu?
salam akma..u da jpe kt bidan nk urut pas pantang tu coz i pn th cr ni..jom.cr sama2..huhu
@nurul belum lg...tp dah ada a few list la...tp lom rajin lg nak contact...hehehe...awak area mana?nnt boleh bagi awak no phone yg saya ada..
Post a Comment