Assalamualaikum.
Korang, aku nak ingatkan korang semua yang akan buat majlis kahwin ke, cukur jambul ke, majlis berkhatan ke rumah terbuka ke, and majlis tu semua dibuat dekat rumah sendiri, (sebab kalau dewan, pencuri tak tahu nak curi apa, tapi kemungkinan tetap ada. biasa bag tetamu la jadi sasaran.) sila la berhati-hati ye. Kalau boleh barang berharga biarlah seorang yang sangat dipercayai menjaga. yang diberi amanah, sila la kelek and kepit kemana saja amanah yang diberikan pada anda. walaupun rasa cerewet macamana sekalipon. sebab ada manusia yang memang kerja or habit dia adalah mencuri and tunggu masa je nak ngap barang-barang berharga tu semua bila ada peluang.
Lagi menakutkan bila bukan je barang berharga yang jadi sasaran, tapi anak-anak kecil pon kalau boleh diorang nak culik. memang GILA sangat. Yang ada anak kecil, make sure anak anda ada yang menjaga, sebab takut ada yang hati hitam dan dasar manusia busuk yang ambil kesempatan untuk bawak lari anak anda. sekarang kan banyak sindiket jual budak or perdagangan manusia. sebab masa kenduri kawan aku last weekend, bukan je PENCURI tu nak curi barang, tapi siap cuba CULIK baby umur 2 bulan. anak buah kawan aku tu. YA ALLAH. aku tak tahu la kalau diorang berjaya larikan baby tu. taknak bayangkan apa nasib baby tu. Alhamdullillah, baby tu masih dilindungi and ada yang sedar ngan perlakuan orang tu.
Bila kawan aku share kat FB apa yang jadi, colleague aku pon ada story yang sama. and yang mengejutkan aku, modus operandi si PENCURI tu sama weh. Bawak budak kecik (kurangkan syak wasangka orang. takkan la bawak anak pon sanggup buat kerja jahat) and mintak izin nak tumpang SOLAT. Kawan aku tu, masjid sebelah umah dia je pon. Tapi bila masing-masing busy and dah ramai-ramai orang takde nak fikir bukan-bukannya. Yang colleague aku tu plak, duit yang orang kasi kat mak ayah pengantin, habis semua kena kebas. Bila ada yang tegur tanya dia sape, siap buat kecoh macam dia tuan rumah, last-last hilang macamtu je, cabut lari. memang hebatla, tak sempat nak tangkap. ni memang jenis dah biasa buat kerja mencuri la tu.
so korang yang bakal buat majlis hati-hati tau. tak kira la korang kat negeri mana sekalipon. sebab memang ada manusia jahat yang memang kerja dia mencuri. sebelum buat majlis besar, pastikan planning keselamatan dah bincang siap-siap. maybe boleh agihkan tugas untuk ahli keluarga orang ni jaga barang-barang. orang ni jaga budak kecik. ye la, buat majlis besar, memang semua pon akan busy. and kalau ada yang nak tumpang solat tu kalau boleh tak yah kasi la kalau korang tak kenal. suh je diorang solat kat surau or masjid. kampung mana yang takde surau or masjid? mesti ada la walaupun hanya surau kecil. walaupun muka orang tu nampak baik, sopan santun and bawak anak, tetap jangan mudah percaya ok.
semoga kita dijauhkan dari manusia berhati busuk and jahat macam ni. Yang paling lega, bila dengar baby tu selamat.
2 comments:
Make sure kena ada peti bekunci utk simpan duit2 dn brg berharga. Bilik pengantin harusla dikunci juga.
Kena banyak berwaspada klu buat kenduri kat rumah.. always escort tetamu yg datang.. nnti kang ntah sape2 g join dtg kenduri, pastu abis satu umah dia masuk..
Post a Comment