Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, June 18, 2012

Makan Makan: Mastercook (Muslim Chinese Cuisine), Bandar Sri Permaisuri


Assalamualaikum...

Arini nak citer tentang aktiviti makan2 kitorang. Last week (lupa hari apa), kami pergi makan malam di Restoran Mastercook. Menyajikan makanan ala cina muslim gitu. 


Dah lama sebenarnya en hubby nak ajak makan kat sini, tapi asyik tertangguh je. Kenapa en suami ak bersungguh sangat ajak ak makan sini? Adakah sebab ada awek cun? Atau memang makanan dia marvelous?  Sebenarnya, laki ku itu idak la pernah lagi pergi makan sana. Tapi sebab director company dia cakap best, so dia pon nak gak try. Tapi takkan nak try sorang2 kan, kena la bawak anak bini sama. Nanti puan isteri bising and merajuk plak tak ajak dia. Nanti cakap en suami nak makan sedap sorang2. Hehehe.

 So semalam, akhirnya berjaya jugak kami makan kat sini. Kat mana location restoran ni? Ia terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras. Kedai dia bersebelahan dengan kedai Satay Station and Snogurt (kedai ala2 tutti frutti).  Jauh kan kami pergi makan. Umah kat shah alam. Cari makan sampai ke Cheras. Sebenarnya, kebetulan nak ke KLCC jumpa my sis in law. Dia datang sini untuk program maktab. So terus la pergi.

Makanan kat sini ok la. Ak bg 3.5/5 untuk this restoran. Kira makanan dia ok la. Boleh makan, but ak pernah makan tempat yang lagi sedap. Hikhikhik. Or mungkin sb kesilapan ak tak order nasi putih tapi makan lauk pauk ngan nasi goreng thai menyepoil kan kesedapan makanan tu semua. Laki ak la ni, dia kata dalam menu takde nasi putih. Ak ni plak xtau nape semalam blur tak terkeluar tanya kat waiter tu. hahhaa. Jadinya, nasi goreng thai tu ak makan hanya 1/3, selebihnya ak makan lauk je.  (nasi goreng thai tu sedap sebenarnya, tapi sebab nasi dah ada garam, lauk pauk pon sama, jadi ak rasa macam masin gila makanan ak)

Jom layan gambar makanan yang kitorang order.

air longan & barli

Tomyam...
Hubby suka, ak pon suka gak, tapi compared to tomyam kat Pormthip (kat area situ gak)
ak lagi suka yg pormthip, sebab pedas gilosss...
ak skg memang hantu pedasss...

Scallop Porridge, sedap gak la
ni en ahmad makan ngan Afiqah...
tengok Afiqah makan banyak, maknanya sedap la tu...
mama rasa sikit je...

Dry Butter Prawn. Ok la, sebab ak rasa habuk2 dia tu kurang rasa.
ak pernah makan kat satu kedai kat KLang.
yang tu memang sangat sedap smpai rasa x cukup...

ak lupa nama apa, tapi benda ni macam taufu fa, letak kicap kat atas.
yang ni ak suka, sedap sangat.
maybe sb ak memang suka makan taufu fa kot.

ni nasi gorang thai yang ak makan sikit gila.
sedap tapi masin nak makan ngan lauk2 tu semua.
So bayaran untuk semua ni RM 75++. Ak tak igt sen kat blakang. Yang jadi mahal sebab butter prawn tu la (RM45/35). Tapi takpe. Sb ak nak makan, kira mahal pon mahal la. Laki bayar. Kihkihkih.  After makan kami pon bergerak ke destinasi tujuan. KLCC. Nnt update tentang ni k.

No comments: