Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, November 22, 2012

Congratz and Boycott..


Assalamualaikum kawan-kawan.

Moh sini, aku nak story mori sikit. Dah macam joyah je kan. Hehehe. 1st, nak congratz to my colleague coz dah deliver baby gurl (3.0kgs) yesterday morning, 211112. Nice number. Tapi kan yang jadi nak menjoyah ni sebab dia kena caesarean (czer) sb gyne dia expecting yang baby dia lahir nanti 4.2kgs. Actually dia nak deliver secara normal. Tapi disebabkan gyne cakap baby dia overweight, so gyne adalah prefer czer.(first baby) Ok, sebagai pesakit should be dengar apa kata orang yang lebih pakar. But kat sini aku simpulkan, technology tak la sehebat mana. Dia kata, doc yang scan dia guna mesin baru tau. Bukan yang kelabu asap (bila doc cakap, ini kepala baby, tapi ko macam hmmm..pk panjang sebab apa pon tak nampak). Tapi ni membuktikan yang manusia ni lemah. Apa yang kita tahu tetap terbatas walaupun technology secanggih mana. Hanya Dia yang lebih tahu. Right? Tapi kesian kawan ak ni. doc tak bagi dia makan nasi, kena diet and kena check kandungan gula dalam darah tiap-tiap hari. Bayangkan dia just naik 6kg je sepanjang 39w preggy. tapi maybe doc concern sgt sebab dia preggy bukan secara natural. Dia buat IVF. Maybe doc taknak take a risk if anything happened kan. And guest what ni bukan private hospital ok. Dia buat semua procedure dia kat GH. Remember cerita ak yang my fren suka sangat merungut pasal kandungan dia semua. now ak macam rasa dia jadi over macam tu sebab doc dia tu la. suka takut-takutkan patient. Dia ada gak dapatkan 2nd opinion kat private clinic. And doc tu cakap yang kandungan dia semua normal. Kesian dia, tak dapat nak melalui hari-hari preggy dengan positif and happy. Sb tiap hari kami dengar cerita yang negative je dari dia. It’s ok, semua dah selamatkan. Just pray for her happiness.


Yang kedua, pasal apa erk? tetiba terlupa plak. Atoi. Makcik dah tua. Skg mudah sangat lupa tau. Hmmm. Kalau ingat nanti kita update kat bawah-bawah. Sekarangkan isu boycott barang keluaran company yang support Israel. If open FB ke blog ke, di mana-mana ada post pasal boycott ni. Tapi yang x syok tu, ada je yang komen tak sedap didengar dibaca. Bagus korang ada pendapat sendiri, tapi tak perlu la sampai cakap pendapat orang lain useless, bodoh, tak munasabah and tah apa-apa. Kalau korang nak buat korang buat. Kalau taknak buat, tak yah buat. Jangan la cakap banyak. Niat kita ni tuhan lebih tahu. Dapat ke tak dapat pahala, tuy yang di atas lebih mengetahui. Kita buat sedaya yang kita mampu. Nak boycott ke, nak derma ke, just nak berdoa ke, sekurang-kurangnya kita ada buat sesuatu. Jangan pung pang, komen orang ni tak betul, komen orang ni tak betul tapi kita hanya setakat komen. Tapi satu apa tindakan pon kita tak ambil. Tapi yang pegang kata kita perlu boycott, jangan la plak pandang sinis kat orang yang tak boycott. Dah cara dia dan kita berbeza. So silala hormat menghormati pendapat masing-masing.


Untuk aku, In sya Allah selagi termampu aku akan cuba tak beli barang-barang yang ada kaitan ngan Israel ni. Tapi macam Intel processor yang ak memang dah pakai bertahun tu, tak dapat la ak nak boycottkan. Nak buang, macamana aku nak buat kerja. Ak bukan nya mampu sangat. Yang memang dah terbeli tu guna je la selagi benda tu halal digunakan. Sebab kalau buang, dah jadi pembaziran. Pembaziran tu kan amalan syaitonnn. Untuk barangan keperluan harian tu, In sya Allah, kita cuba elak la. sekarang banyak pilihan yang ada kat pasaran keluaran pengusaha muslim kita kan. Macam fast food Mc’D ke KFC ke Burger King ke dll kita tanam dalam hati yang makanan-makanan tu semua tak baik untuk kesihatan. Kiranya  kita cuba menjauhkan diri dari sesuatu yang boleh memudaratkan. Takkan kita sanggup nak bersikap zalim keatas diri kita sendiri? Betul tak? Tengok. Kan dah jadi 2 in 1. Bukan hanya menyokong kempen boycott tu, tapi dalam masa yang sama kita dapat menjaga kesihatan kita. Bersama-sama kita menjaga kesihatan demi masa depan yang lebih cerah. (tak agak-agak, dah macam kempen kementrian kesihatan plak.) hehehe. So anda punya pilihan untuk membantu rakyat palestin (saudara seagama kita). Tak perlu prejudis dengan setiap tindakan orang lain. Selagi tindakan kita tak bertentangan dengan agama Islam teruskan la. Kerana pasti ada ganjaran untuk setiap apa yang kita buat. Kalau bukan di dunia, In sya Allah di akhirat kelak. Allah s.w.t lebih mengetahui.


Sebab memang dah tak ingat apa cerita kedua tu smpai ke sudah, kita sudahi je la entry kita hari ni ye dengan isu diatas. Hehehe. Untuk sesiapa yang nak member bantuan kepada Gaza boleh refer bawah ni. And untuk maklumat lanjut boleh jugak masuk ke web http://www.amanpalestin.net/.  

sampai bertemu lagi. Assalamualaikum.

1 comment:

RIZZNA said...

Simpati dgn kwn kamu tu. Tp dh selamat, alhamdulillah. CiM ada pengalaman ank pertama songsang, GH Melaka, GH JB sumer suruh czer, then CiM tknk trus gi private, and its can be normal. Hurmmm..depends on credibility doc kot.

Pasal isu israel, insyaAllah kita sama2 boikot mana2 yg patut. CiM pown dh start elakkn diri dr mekdi.