Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, March 23, 2012

Luahan Perasaan Aku: Isu Remaja Lari Ikut BF


Nowadays, sangat banyak news kanak2 and remaja hilang…If kita perhatikan betul2, kes hilang, kes buang bayi, kes dera ni bermusim…This month kita disajikan dengan berita orang hilang kat paper… dari awal bulan smpai akhir bulan…Then, bila start ada kes baru like buang bayi, then sepanjang bulan tu akan ada kisah buang bayi berderet2…same goes to kes dera…macam berantai plak…

But today, hati ni terasa geram nak menyatakan rasa hati tentang kes remaja hilang and dilaporkan pada polis telah diculik…

Ak rasa macam nak sekeh2 kepala budak pompuan hilang tu bila tau bukan kena culik tapi lari umah bf… (satu Malaysia risaukan dia, risau benda x elok jadi kat dia) then beberapa hari pastu jadi benda sama gak… modus operandi pon sama, pg beli topup then hilang… kretip betul budak umur 15 tahun skg erk… then berani take a risk…asalkan leh bersama kekasih hati…

Ak tak tahu nak salahkan cinta itu buta or hati budak2 ni buta oleh cinta… sampai lehh terfikir untuk buat benda2 macamni… ak pon pnh muda and melalui usia 15 tahun…ak rasa time tu ak tgh bz duk study sb nak xm PMR… yer la..time f1 and f2 sibuk bersuka ria, x der nak study btl…bila dah naik f3, terus masing2 struggle nak score PMR…time tu ak just pk nak dpt result cemerlang then ak leh pindah skolah lain… 

tipu la ak cakap time skolah xder suka kat boy mana2… tgk kawan ada bf, kita pon nak ada bf gak… jiwa remaja, mmg  suka mencuba… tapi hbs stkt kat situ je la… bila perlu concentrate on study (ada periksa besar), goodbye la cinta2 monyet ni semua… Xpernah terfikir pon time skolah lu yang cinta ni leh bg motivation utk focus study…bg ak, makin xleh focus adalah… tapi maybe ak manusia kuno, bukan berumur 15 tahun di zaman moden ini…

Yang ak paling tak leh blah, alasan lari ikut bf, sb tekanan perasaan…mak ayah terlalu mengongkong, suka bebel… hello adik2,  mak ayah awak bukan kongkong awak tapi awak tu baru umur 15 tahun..makan minum pon mak ayah yang tanggung, duit skolah pon mak ayah kasi… kalau mak ayah tak bagi keluar malam tu bersebab…awak tu pompuan…kalau jadi apa2 kat awak, yang susahnya sape…mak ayah awak jugak… kalau mak ayah awak marah awak bila awak asyik bergayut telefon, main sms smpai mengabaikan pelajaran awak tu bukan sb diorang sj2 suka nak bebel, tapi sb diorang nak didik awak and kembalikan awak ke jalan yang betul…diorang nak ingatkan awak, yang awak tu baru umur 15 tahun, seorang pelajar, ada tanggungjawab lain yang awak perlu wat selain bercinta…dah la duit beli topup pon mak ayah yang kasi… tu pon x reti bersyukur lagi…

Ak dulu pon, slalu kena bebel ngan mak ak la…sb apa?? Sb degil…malas baca buku… duk ngadap tv je… bila mak ak tegur, bila ak wat salah, ak pon majuk…masuk bilik, tak kuar2…sanggup tahan lapar…tp xder la plak sampai nak lari dari umah…gila ko nak lari…nnt ak nak makan apa?? Ak nak duk kat mana?? Ak nak cari duit kat mana?? nnt orang tangkap ak jual pergi Thailand, langsung tak pat jp mak ayah ak lagi…x sanggup ak… tapi budak skg, siap leh reka citer kena culik sb nak lari ikut bf…hantu betul la korang ni…

Ak skg ada anak buah yang sdg melalui fasa remaja and anak yang akan jadi remaja…ak harap sangat anak2 ak ni semua x terjerumus dgn benda2 xelok macam ni…ak paham kalau diorang suka orang tu, suka orang ni…sb ak dulu pon macam tu…(and bila mak ayah tau kompom diorang bebel punya, cakap gatal sangat nak ada bf/gf, blaja la dulu...) bebelan tu semua adalah ingatan untuk awak...peringatan untuk awak supaya tahu  meletakkan perkara yang sepatutnya kita sebagai anak/pelajar dahulukan dan bezakan baik buruk setiap tindakan awak…  

berkawan tak salah tapi biar la x mengabaikan pelajaran and smpai menderhaka pada ibu bapa…sekarang kita x nampak lagi kesan pada masa akan datang, tapi bila dah melepasi semua fasa tu baru rasa menyesal tak study betul2 dulu…menyesal tak dengar cakap mak ayah ak dulu… 

ak pegang kata laki ak… kita ni, kalau x bapa cerdik sekalipun, tapi kalau hidup sentiasa hormat orang tua (tak kira la mak ayah, datuk nenek or sape2), insyaallah kita akan berjaya dunia akhirat… ye la, bila kita baik ngan diorang, pasti diorang akan doakan kesejahteraan hidup kita… sekali diorang (especially parents kita) x redha ngan kita, x berkat la hidup kita…

4 comments:

~ NANA ~ said...

i jadi risau tau bila ada isu2 camni...ntah camne la zaman anak2 kita nnti kn? harap2 la semuanya terjaga & di bawah lindungan Tuhan...aminnn

Mimie_Zatun said...

betul ma..
aku pun geram bila tgk berita bagitau budak tu lari gi rumah BF die..
Tak kesian kat mak bapak betul..
Apa punya anak la..
Habis kecoh satu malaysia..
Tak pasal2 Mak bapak yang malu..

Akma said...

@Nana skg pon dah teruk...akan datang tak tau la caman...arap2 kita berjaya bentuk anak2 kita jadi manusia yang tahu menghargai hidup and hormat orang tua...kalau agama diterap insyaallah dilindungi...amin

@Zatun ak sangat marah tun dgr berita bila cakap diorang lari...bukan kena culik...tak pk langsung hati mak bapak budak2 ni...yang dpt malu mak ayah gak...diorg pk seronok je...yg lain diorag x pk dah...kerana cinta ak turutkan la tu...

azzpinky said...

Hah, ambik ko adik2! kan dh kena lecture ngan mama kema...hehee...ni btl2 lecture ni...

tp, u got the point, sis! mmg sgt2 btl pon...dulu kita pon ada gak admire sana sini kan, tp xde la secetek pemikiran bdk2 skrg...nk sakiti hati mak ayah smp mcm tu skali xpernah terlintas di hati malah di fikiran sekali pon...

Mudah2 anak2 kita dpt kita didik dr sifat2 cmni...